Kalau dahulu ada sekolah-sekolah ada program Schoolnet. Dan sekarang ini dengan projek 1Bestarinet ini. Bagi kami matlamat bagi projek 1Bestarinet ada baiknya. Tetapi, “yang menariknya” ia telah dianugerahkan kepada YTL. Contoh tender 1Bestarinet yang diberikan YTL Communications Sdn Bhd ada dalam berita ini.
Kalau semak berita sebelum ini daripada The BorneoPost, kemungkinanan Telekom Malaysia (TM) dan Timedotcom dilihat akan kemampuan untuk mendapat projek 1Bestarinet. Manakala berita daripada The Star pula melaporkan YTL hampir pasti mendapat projek 1Bestarinet ini :
YTL dah dapat dah pun projek 1Bestarinet ini :
Kalau sekarang ini anda nak cari di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia tiada lagi. Telah pun dikeluarkan dalam tempoh beberapa jam sahaja sebelum ini.
Projek 1Bestarinet akan menghubungkan 9924 sekolah satu Malaysia yang bernilai RM1.5 bilion
Kenapa kami mengeluarkan berita pemberian projek 1Bestarinet ini kepada YTL ?
- Projek 1Bestarinet ini akan menyediakan saluran internet dan pembelajaran virtual (internet acces and virtual learning) selama 15 tahun
- YTL ini menang tender bukan calang-calang saingannya, kebanyakan berpangalaman dalam industri ini. Syarikat-syarikat lain seperti TM, Timedotcom, Maxis dan Celcom yang ternyata terbabit terus dalam bidang telekomomunikasi dan lCT ‘fibre’ seperti TM begitu mudah diketepikan
- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ”lebih senang” memilih YTL daripada yang lain
- Apabila YTL dapat projek, lepas tu akhirnya guna TM/TDC punya infra. “Pimai-pimai Tang Tu” juga
- Dan…..yang menjadi kemusykilan & kerisauan sekarang ini pastilah melibatkan data yang diperolehi mereka. YTL mampu menembusi maklumat-maklumat strategik mengenai diri pelajar, ibu bapa, tempat kerja, pendapatan ibu bapa dan apa-apa perkara yang berkaitan soal keselamatan, demografi dan politik negara
Apa kita nak sistem pendidikan di Malaysia menjadi lebih baik, kita mesti menjadikan sistem pendidikan negara lain yang lebih baik dari Malaysia untuk dijadikan contoh. Boleh semak video yang menceritakan corak sistem pendidikan di Finland. Mungkin ada sesuatu yang boleh perhatikan dan praktikkan di Malaysia…..
P/S : Apa pandangan anda pula dengan anugerah Projek 1Bestarinet yang diberikan YTL ini?





{ 43 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
tak tahu lagi sejauh mana YTL ni boleh pergi..
kalau u all nak tahu…dulu semasa projek SchoolNet, kerajaan dah bagi dah kat syarikat melayu. 6 tahun tender tu dijalankan dan kerajaan dah habis beratus juta nak bayar kat syarikat tu…tapi u all nak tahu apa yang jadi???sengsara nya azabnya tuhan jer tahu… internet dah le slow..selalu server down(schoolnet guna server berasingan dengan server yang kat rumah kita guna tu) servis hampeh..kekadang kalau router rosak atau line problem, call centre dia…mau juga seminggu staff dia datang check, tak bolleh settle, staff dia balik, seminggu lagi dia datang… kalau boleh repair, guna lah…kalau tak mau sebulan tak boleh guna internet…servis memang teruk…tak blah punya syarikat…so, harap2 kerajaan tak tersilap langkah bagi tender ni ke YTL … harap2 syarikat ni mampu bagi servis selepas jualan terbaik kepada sekolah2 khasnya….
Lepas ni mula la…report rosak je xde feedback…macam biasa kene sabar…tapi maklumat parent student tu boleh ancam keselamatan negara….patut GLC dapat projek ni
company aku dulu penah involve gak dalam pojek ni.. banyak melayu je la yang dapat. sekarang ini nak masukkan cina pulak??
Kita tunggu jer la laporan ketua audit negara 2011 pulak, apa laporan tu kata. Bila laporan tu keluar nanti, kita tengok la pesta menbazir sana sini. Pesta mentekedarah, songlap duit rakyat.
dah dah, apalagi subkonla…bukan susah pn
jolok atas bawah meja, dapat projek
ada pengaruh, duit banyak jalan…
menteri pelajaran kite bangsa cina, sudah tentu apa-apa projek, bangsa dia la yang dapat. balas dendam
orng kafir harta dunia je yg dkejar..orang islam harta dunia akhirat perlu dkejar..fikir2 kn lah
bro…..menteri pelajaran bukan kaum cina la.tapi melayu kita.muhyidin ler…….mana ko dapat menteri pelajaran kita org cina…..
engko ni tak tau sindiran ke
Waktu syarikat melayu dapat projek kerajaan, sumer bantah!! Hah, sekarang macam ner lak? Bukan YTL ni syarikat Francis Yeoh tu.. Aper lagi? Infrastruktur mender dorang janjikan? Sistem rangkaian seluruh negara pon kelam-kabut, ni lak kerajaan beri kat dorang lak.. Haiihhh.. Nasib kite lah labu..
bukan itu masalahnya….kan GLC ada…TM tu ada..kenapa bagi pada YTL??? itu menunjukkan kerajaan dipimpin oleh orang yg bodoh!!!….TM asyik rugi??? sebab kerajaan tak sokong….YTL?? kerajaan sokong..sebab??? senang depan nak fund tuk PRU13…tu je…rakyat yg jadi mangsa…..itulah bila rakyat berjaya diperbodohkan oleh pemimpin yg mereka undi……..yg menjadi persoalan..kenapa tak guna TM??? tak mampukah TM??……Binasa Negara…..Be End…..
masuuukkkk banyakkk…dapat project lah…apapun benda tiada bukti…kena tengok juga maybe YTL proposal serta kos lagi baik
Waktu keluar artikel “Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Nak “Sambar” Kontrak Digital TV Pula Dengan Nilai RM2 Billion!!” byk komen negatif dari bangsa sendiri….Bile si Francis Yeoh dapat projek RM1.5 Billion…seme dok senyap sunyi…sedih betul la Malaysia ni…
Standard la bro. Orang melayu malaysia ni memang camtuh, penuh dengan hasad dengki.
Kalau orang kaya tu melayu, dorang ckp dia kaya sebab kroni.
Kalau orang kaya tu Cina/India, dorang still akan cakap kroni kerajaan.
Tapi bila yg kaya ni orang pembangkang, dorang akan kuar hadis “harta xleh bawak masuk kubur”.
Alasan famous: “Aku bisnes tapi sebab kroni, bisnes aku takjalan”. Bila failed, nak salahkan orang lain jgak xnak mengaku salah sendiri.
Mampukah YTL untuk membangunkan 1BistariNet? Atau kerana YTL telah menabur dengan banyak dan termakan budi, maka itu justifikasi terbaik?
Fikirkanlah tentang masa depan anak bangsa dan juga maklumat peribadi yang jatuh ke tangan YTL.
Mudah dan murahnya harga diri untuk dijual. Teringat lagu Warisan!
apa alasan projek ni kena bagi kat YTL? dia orang bukan ada rangkaian seluruh malaysia….. untung la dia orang dapat beribu ribu sekolah untul pacak network dia orang….free lagi…tak payah susah2 nak sewa bangunan… ni nama nyer ada udang sebalik mee dan orang2 kerajaan senang2 bagi kat YTL bumbung sekolah….. bijak benor la pentadbiran konon nyer….hampeh
Btul3! Senang2 je nk luaskan network YES diorang tu. Nanti budak2 pun makin bengap hari2 kene radiation atas kepala. Bukan murah nk pacak tower, kene dapat kelulusan itu ini la, sewa lagi, mcm2. Maxis/Celcom/DiGi bersusah payah nk compete, YTL ni sng2 je dpt infra. Adus.. menteri yg approve mesti ada share punya.. biasa la tu
1.5 bil tu baik gunakan utk lain la..mrapu smua ni
YTL comm adalah unproven ISP.. macamana nak wired up satu Malaysia dengan xda experience..dah la company cina..co melayu semua dok nganga laa.. at least award lah pada lain ISP GLC n co2 bumi yg lain.. xkn award satu je.. something wrong…evaluation pun x transparent langsung..
apa kata korang tnye kat abah 1 malaysia korang tu..kan dia ade Fb 1 malaysia..tgk apa jwpn abah hangpa!!
Kami OKU ( Orang Kuat UMNO ),PERKASA dan PERKIDA menyokong segala
cadangan yang murni ini supaya segala data peribadi orang kita ini di simpan oleh YTL.
hahaha..lawak la korg punye comment..xpe la..p’dpt memasing.tender besar2 ni mmg payah nk ckp..xnak la buruk sangka..pe2 pon tu dh jd tggjwb penilai2 yg nilai proposal tender2 t’sebut..tp ikut pengalaman aku yg b’keje di company bumiputera, hampir 18 tender masuk,1 pon xde yg sangkut..tender yg masuk pon direct deal yg harga xsampai rm20k..camne company bumiputera yg br nk menapak ni nk idup bro..haizzzz tul la..tkt aku tgk org yg deal2 ngn tender ni..t’silap lgkh,dh t’mkn rasuah..payah2..
Macam mana YTL boleh dapat, tak nampakpun prasarana internet yang mereka ada. Sepatutnya prasarana disediakan terlebih dahulu seperti kabel fiber optik atau menara pemancar barulah kelulusan diberi, silap haribulan ianya akan jadi projek terbengkalai dimana duit habis hasil kosong. Alasan yg diberikan adalah sekolah jauh dipendalaman dan tiada kemudahan bekalan elektrik. Jika tak percaya tunggu dan lihat, lepas tu tukar nama dari Scoolnet, 1Bestarinet, 1Sekolahnet dan begitulah seterusnya. Fikirkanlah……….
bro haizz…apa pdpt ko….penilai2 yg ko ckpkn tu telus or tak? adakah mrk btl2 profesional(xde pngruh org politik or duit komisen) dlm menilai comp2 yg btl2 lyk utk dpt tender ini? Mrk xde infa utk bt projek nie bg aku bkn 1 mslh pn..tm/celcom/t.com kn ade..mrk boleh guna infra diorg.
Ha ha ha.. Kan tag line YTL ” Pay as you use”.. Tak lama jd mcm power supply kerajaan beli dari doranglah.. Lama-kelamaan sumer org melayu papa kedana.. Yang kaya bertambah kaya.. Yg aku heran, klu benar lah kroni2 kat kementerian pelajaran tu PANDAI wat evaluation, mana ker YTL nyer infra yg dorang comply tu? Toolllooonnngg lah… Mana lah MACC bila kite perlukan.. Babak mende mcm ni, batang idung pon x nampak!!
kamu semua main sedap cakap….projek besar tue…selain daripada kemahiran…cash flow serta kewangan kena cukup…agak2 ader company bumiputra yang sanggup…
tidak nafikan YTL akan sub kontrak project tersebut….namun begitu, kewangan mestilah cukup…company melayu nie payment mahu cepat…kerja berkira..biasalah kerajaan lambat bayar…banyak prosidure kena ikut..
project schoolnet pun syarikat GLC sebelum nie sudah pening kepala nak mengurus…
pasal bangsa tue diketolak ketepi sebab bila gagal projek nie ada alasan pihak pembangkang menghentam kerajaan…
sejauh mana keberkesanan sistem ni kita belum tahu,pentingkah ia?kenapa nak dinamakan 1bestari?adakah ia penjenamaan umno..rm 1.5 billion terlalu besar,kos untuk membina sek moden sekarang dalam 15-20 juta..bole buat 100 sekolah tu..
Aku x kisahlah sape pon yg dpt projek nie..ape yg aku kisah ader lah hasilnya..projek PPSMI pn dulu telan duit billion jgk tu, pasang projektor d tiap2 kelas, skrg ape dh jd dgn sume tu..hancur, x pcaya dtg skolah, msuk dlm kelas tgk..knp jd mcm tu, sbb, lepas pasang, xder org nk selenggara kalo ader kerosakkan..last2 jd phiasan jer..komputer yg d bekalkan oelh kerajaan utk program PPSMI pn dulu byk x d gunakn..sbb..cikgu2 takut nk guna, kalo rosak, kena baiki dgn duit poket sdiri…projek makmal komputer, setiap 1 skolah ader makmal komputer, tp kebanyakkan pc x ble guna, sbb budget utk beli dan pasang ader, tp budget utk selenggara xder..
ala cuba ke belakang…Schoolnet…Projek schoolnet pun byk masalah..Sebab?…di beri pada Anak TM gak. so atas kroni lah menyebabkan projek tu bermasalah sedangkan org atas kaut keuntungan giler. ..1Bestarinet???….sama lah tu. harap2 gov buat betul penilaian teknikal yg teliti supaya anak bangsa semua kaum kita tidak rugi kemudian hari.
bukan anak TM tapi anak tiri TM
Trend Malaysia skang ni, sape boleh bagi percent byk, dia la dpt projek. Sape tlg fund pilihanraya, dia la dapat projek. Sape ikut jalan yg lurus, betul, munasabah dan amanah, xdapat ape2. Sekian
SAYA ANAK MALAYSIA KENAPA KERAJAAN MEMBERIKAN PROJEK KEPADA SYARIKAT SWASTA YTL U SAYA PERNAH KERJA DI YTL KENAPA KERAJAAN TAK BAGI NGAN SYARIKAT GLC BUMI…INI AMAT MENGECEWAKAN ANAK BUMIPUTERA…..SPT SAYA HARAP KERAJAAN BAGI DENGAN BUMI..BKNYA KASI KAYA KOMPENI CINA….TM,CELCOM.DN LAIN2 KAN ADA….HRAP MENTERI INGAT ORANG BUMIPUTERA…JGN JA KSI KAYA TAN SRI 2 KESIAN ANAK BUMI YANG INGIN MAJU…BAKAL PENGUNDI PRU 13…
perkasa mana, perkasa?
tak nak buat demo ker
ni kontrak bagi kat taikun cina maha kaya?
tak terjejas ker hak org melayu?
konon pejuang bangsa….bacin btul
Kami tgh sibuk nak tentang Merdeka Seksualiti 2011.
PKR dan PAS xnak join kami ke?
aii….pelik…. aritu tan sri syed albukhary nk dptkn projek kerajaan bukan main ramai yang kutuk sakan……kroni la apela…
ni ytl dpt pojek billion ringgit ni senyap jer…. nape senyap je? ktuk la woii…
YTL jauh ke depan berbanding dgn TM. Bukan nak kutuk tapi ini kenyataan. Projek melayu PPSMI ada jadi?? korang fikir x? kerajaan rugi berbillion sbb projek ni.. bagi kat syarikat melayu lah… PC dan peralatan komputer jadi barang hiasan kat sekolah2.. kalau ada projek je nak fikir bagi kat kroni, bagi kat melayu, akan jadi mcm nilah.. niat asal nak mendidik anak2 kita berjaya dalam pendidikan, bukan nak bagi kontraktor melayu kenyang.. aku ni bangsa melayu, tapi aku tau YTL mampu.. dia ada kapakaran dan pengalaman yg luas. yg penting teknologi pendidikan kita akan berkembang jauh ke depan, bukan di takuk lama. Aku percaya ramai syarikat2 bumi juga akan menumpang kejayaan YTL di dlm perlaksanaan projek ini.. Conguratulation YTL!!!
anda mungkin silap..saya pernah bekerja dengan YTL..banyak sikap2 racist dalam YTL..org melayu dipinggirkan dan dianggap kuli saje..YTL sendiri tak mempunyai teknologi yg canggih..percaya atau tidak, mereka masih menggunakan Windows NT, 98, Dos dalam urusan harian mereka..tanyalah engineer2 YTL komputer apa mereka pakai, itu pun kalau diberi komputer..perkhidmatan YES terlalu teruk..boleh try beli devices2 YES..tak sampai setahun dah rosak..dan YTL communication sebenarnya tak mempunyai dana sehingga 1.5 billion..semua dana adalah dari YTL power..salah satu IPP di malaysia..berapa billion kerajaan berbelanja setahun untuk bayar YTL Power..mana datang duit tu kalau bukan duit rakyat..pikirkan lah kenapa TPM ada masa pelancaran YES dulu..
semua projek bergantung pada tender…
mungkin YTL mampu sediakan harga yang lebih murah dan munasabah berbanding company yang lain…dan mungkin prasarana yang mampu disediakan YTL lebih baik…
apa2 pun, kerajaan tetap akan sentiasa membantu rakyat…
kita tak tau apa2 ni, lebih baik jangan buat spekulasi yang tak betul dan tak tepat….
kerajaan tetap dipimpin manusia..salah silap perkara normal dan biasa..
nak bagi komen yang tidak membina, harap pandang diri sendiri dulu..
TK..
Pihak KPM dan KSU tentu ada alasan berfakta utk mempertahankan pemberian tender ini kpd YTL walaupun logiknya TM & CELCOM lebih wajar atas kapasitinya sebagai GLC yg akhirnya dividen akan dinikmati oleh rakyat juga. Rakyat lebih tahu siapa YTL dlm industri perhotelan, simen Perak & pelancongan. Selepas ini YTL dijangka akan dapat projek dibawah PTV (transformasi pelajaran – kemahiran). Sbb bekas KPP KPM menjadi orang kuatnya). Moral korupsi pegawai kanan di KPM ini akan menimpa Kerajaan, perdana menteri & UMNO. Menteri selalu terlepas pandang dlm mencari punca kekalutan pengurusan terutama berkaitan kewangan & tender.
Projek dapat kat sapa pun aku tak kisah,yg penting semua sek dpt kualiti yang sama,jgn dianak tirikan,takut mula-mula saja kualiti dia bagus,kemudian lingkup…semua line lambat sebab tiada penyelenggaraan dibuat.Aku tahu sebab aku sebagai juruteknik komputer kat sek hari-hari guna internet.Jangan bezakan bandar dgn luar bandar serta pedalaman.Semua sekolah berhak mendapat prasarana dan kemudahan internet yang stabil dan bagus.
biasa ler….inikan pjk kroni namanye…padahal TM dulu pun ok….cuma tbh sikit peruntukan untuk naik taraf pada UNIFI….x payah duk sibuk nak pasang tower…..guna wifi…aku dah ada pengalaman jaga satu company yang guna equipment mcm ni….siap ler bila cuaca tak baik nanti…..hahahaha
Apa2 project yang melibatkan kepentingan negara seharusnya diberikan kepada GLC…