BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Debat Anwar vs Najib vs Raja Petra – Anjuran Wikileaks. Realiti Atau Fantasi Semata?

by Staff Berita Semasa on March 26, 2012

in Anwar Ibrahim, Berita Politik

Berita mahu diadakan debat ketua kerajaan dan ketua kerajaan menjadi “siulan” bukan sahaja di Malaysia malah di dunia ketika ini, apabila laman web berpengaruh di dunia, Wikileaks melalui pengasasnya Julian Assange bersedia menganjur acara debat tersebut.

Seluruh dunia terus memerhati samada acara debat Anwar Ibrahim, Najib Razak dan juga Raja Petra Kamaruddin akan menjadi realiti atau hanyalah fantasi semata?

Sebelum ini beberapa cara debat berjaya dilaksanakan antara :

Debat : Datuk Seri Chua Soi Lek VS Lim Guan Eng

  • Setiusaha Agong DAP : Lim Guang Eng
  • Presiden MCA – Datuk Chua Soi Lek
  • Khairy Jamaluddin : Ketua Pemuda UMNO
  • Rafizi Ramli : Pengarah Strategik PKR
Debat : Datuk Ahmad Shabery Chik Vs Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Ahmad Shabery : Menteri Belia & Sukan
  • Anwar Ibrahim : Ketua Pembangkang

Bagi kami samada ada Raja Petra Kamaruddin ada atau tidak, itu perkara kedua. Yang pentingnya debat tersebut turut menemukan menemukan KETUA dengan KETUA. Seorang ketua kerajaan dan seorang lagi ketua pembangkang. Walaubagaimanapun, debat seperti ini masih belum “berjaya” dilaksanakan. Entah kenapa tampak sukar untuk dilaksanakan.

Akhirnya, Julian Assange (Pengasas Wikileaks) tertarik melihat senario yang berlaku ketika ini sehingga bertindak untuk menawarkan platform dan menjadi pengendali bagi acara debat tersebut.

Jangan risau. Belum pernah lagi kami lihat kalangan Presiden yang dipilih melalui pemenang debat. Tidak ada sama sekali. Dan sepanjang yang kami ketahui, tidak pernah diistiharkan pun mana-mana kalangan pendebat, siapa yang menang, siapa pula kalah. Tidak ada. Tetapi yang tentukan adalah rakyat. Rakyat yang akan tentukan siapa yang benar, siapa yang salah.

  • Pemikiran rakyat perlu diajak untuk berfikir, menilai setiap isu yang ada
  • Bukannya pemikiran rakyat terus “dipaksa” & disuapkan untuk menerima bulat-bulat fakta untuk setiap isu yang ada

Sejarah telah membuktikan Sedangkan Adolf Hitler (pemimpin Nazi) pun sanggup berdebat dengan pemimpin bongkak lagi angkuh, Winston Churchill (bekas Perdana Menteri Britain) dan selepas itu berjaya takluk sebahagian Eropah. Kedua-dua pemimpin yang berpengaruh di dunia ketika itu bersetuju untuk tampil berdebat.

Kalau sebelum ini Anwar Ibrahim telah ditemplak, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Timbalan perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendakwa Anwar Ibrahim hanya sama sekali tidak konsisten dan penakut kerana enggan hadir berdebat dengan blogger Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

  • Baru-baru ini Anwar Ibrahim diwawancara Julian Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global.
  • Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.
  • Anwar Ibrahim kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.
  • Isu mula timbul apabila Raja Petra mendakwa Anwar takut berhadapan dengannya dalam forum tersebut.

Kalau debat Najib Razak vs Anwar Ibrahim vs Raja Petra Kamaruddin berjaya dilaksanakan secara terbuka, ia bakal disiarkan secara langsung di seluruh dunia yang boleh disaksikan lebih 600 juta penonton.

Debat merupakan budaya ilmu sebenarnya yang perlu dipupuk dan pemimpin politik memang “dilahirkan” dalam arena politik untuk berdebat, perdebatkan isu rakyat. Yang sebenarnya, rakyat marhaen ingin mendengar kebijaksanaan pemimpin mereka mengeluarkan hujah, idea dan prinsip untuk setiap isu yang berbangkit dan dipersembahkan kepada rakyat melalui acara debat.

Semua idea dan pendapat adalah original perlu dikeluarkan secara spontan tanpa bantuan sebarang teks ucapan seperti di Dewan Rakyat. Dan debat juga perlukan fakta dan pemkiran cepat dan tersusun.  Itu yang menarik perhatian rakyat bawahan sebenarnya….

P/S : Bagaimana pula dengan anda, perlukah ketua kerajaan dan ketua pembangkang tampil berdebat isu ekonomi dan isu rakyat secara langsung kepada anda semua untuk menilainya? Mengapa?


{ 67 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 50/50 March 26, 2012 at 9:03 am

sandiwara barat..
-melaga-lagakan hal dalaman.. ingin menceroboh dan melihat malaysia negara yang aman ini, terus ranap dengan campur tangan org luar…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 tokobakso March 26, 2012 at 9:34 am

aku rase orang sekarang sangat bijak. Tak payah la nak cakap pasal agenda politik luar nak ceroboh Malaysia. what needs to be done, must be done. Debat satu perkara yang perlu. PM Najib jangan tak de telur untuk berdebat.

Jadi la seorang PM yang bebetul berkaliber dan berani nak berdepan dengan pembangkan. Kan itu hanya anwar, apa die nak takut.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Syahir March 27, 2012 at 12:40 am
4 sokong PM March 26, 2012 at 9:34 am

betul tu. harap datuk najib teguh dgn pendiriannya. jangan termakan dakyah & permainan negara asing yang suka negara kita yang sdg aman ni musnah. teruskan bekerja untuk rakyat datuk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 zaki March 26, 2012 at 10:22 am

(@50/50 & sokong PM) Nape narrow minded sgt…klu negara yg mengamalkan demokrasi debat itu adalah perlu, lain la klu malaysia ni dictator barula kita hanya dengar pandangan dari satu pihak aje…rasanya skang pon malaysia memang dictator sbb najib je bole bersuara…sedih tgk rakyat malaysia sebegini :(

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Jenglot March 26, 2012 at 1:20 pm

kalau najib ada telur beliau patut sahut cabaran ni. Ni asik satu telur kena pegang dengan rosmah je, sebalh lagi telur kena pegang dengan mahathir

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 shah March 26, 2012 at 7:37 pm

hahaha..senak kot kene genggam kuat2 ngn bik mama

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 ustaz nizam insaf March 27, 2012 at 10:14 am

bik mama kuat gentel, tu yg stim je

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 KURTZ March 26, 2012 at 9:07 am

saya sangat menyokong perdebatan ini bagi menjelaskan fakta yang sebenar dari mereka… rakyat ingin mendapatkan kebenaran yang keluar dari mulut mereka… semoga Allah membuka mata dan hati kita untuk menilai demi masa depan negara…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 ustaznizam March 26, 2012 at 11:18 am

debat antara PM dan Anwar x perlu diadakan langsung. Ianya akan memecah belahkan ummat dan menyebabkan kita semua bakal dikuasai Yahudi. Seeloknya debat diadakan antara Nik Aziz dan Lim Kit Siang shaja tentang siapa yang paling layak diusir dari negara sebab menderhaka negara.

Bersatulah bersama UMNO demi membela agama dan menegakkan sunnah sebenar.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 KURTZ March 26, 2012 at 11:35 am

Maaf Ustaz betulkan saya jika saya salah… Adakah agama Islam dijulang, Al-Quran dan sunnah dijadikan panduan dalam negara kita… jika benar buktikanlah.. jika bersama…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 orait March 26, 2012 at 11:51 am

yo ko ustaz?
tentang menegakkan sunnah sebenar tu tak paham la???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 onizuka March 26, 2012 at 1:21 pm

nie ustad ker ustang ???…pesal plk nk mtk niz aziz debat ngn kit siang plk…mereka la pembela rakyat…bkn najib dan kak ros yg tau ngabihkan duit rakyat jer…bebal pnyer ustang….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 Macam-Macam March 26, 2012 at 1:22 pm

Ustz Celop…….BOOOOOOOOO…ptut Nik Aziz debat dgn ko klu ko bagus sngt pasl Ugama…..kita tgk ko lari pakai kain ke x?….
Ustz Celop…….BOOOOOOOOO

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 ustaz nizam insaf March 27, 2012 at 10:16 am

statement sesat lagi menyesatkan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 Berserah March 27, 2012 at 10:17 am
17 fizoo March 26, 2012 at 9:26 am

tak habis-habis nak berdebat. buang masa je. orang suruh bersumpah tak nak pulak. takut…..ler tu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 zaki March 26, 2012 at 10:26 am

sume negara berdemokrasi mengamalkan perdebatan untuk mengetahui apa agenda setiap pemimpin…xkan kita xnk tahu agenda n kemampuan seseorang pemimpin tu..terima bulat2 je ek…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 Kouman March 26, 2012 at 9:34 am

Sokong penuh!! Sabah Sarawak keluar malaysia (SSKM)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 shah March 26, 2012 at 7:38 pm
21 Pookileaks March 26, 2012 at 9:38 am

Kenapa Wikileaks terhegeh-hegeh ni?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 zaki March 26, 2012 at 10:28 am

Sbb klu nak harapkan local mmg sapa pun xbrani nak desak najib berdebat..maklumla najib kan “PM”…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Nokia 7165 March 26, 2012 at 9:42 am

KUANTAN: Kambing tidak lagi takutkan air. Mungkin itu sesuai menggambarkan tindakan sekumpulan 30 haiwan peliharaan yang turun bermain air di beting pasir dekat kuala Kampung Cherok Paloh, Pekan, pagi semalam.

Namun, gelagat kumpulan kambing itu yang cuba ‘berjinak’ dengan air membawa padah apabila mereka terperangkap di beting pasir berkenaan selepas air laut tiba-tiba pasang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 tahiyat akhir March 26, 2012 at 10:42 am

kambing pun nak amik nama gak… kan Asyik2 Lembu je ..
Wanita Umno = Lembu
Puteri Umno = Kambing

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 Berserah March 27, 2012 at 10:19 am

Kau plak cipanzi…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 Zaza March 26, 2012 at 9:49 am

Why address Najib Razak as Mr Najib,Raja Petra as Mr Raja Petra but Anwar Ibrahim as Mr Ibrahim?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 zaki March 26, 2012 at 10:34 am

An error noticed there but i guess this is due to the fact that they used to address person by family name…no biggie by the way..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 pengecut March 26, 2012 at 9:50 am

aku rasa untuk pemilihan umno akan datang, mat ezam + 6 kotak misterinya bolehlah bertanding jawatan presiden umno & kalau bernasib baik menang kerusi parlimen PRU akan datang sekaligus jadi Perdana Menteri..agak2 masa tu Anwar berani ke ajak ezam berdebat? najib ni takpayah ceritalah….habuk pun tarak..tak penah aku tengok dia berdebat & jawap soalan bertubi-tubi dalam sidang dewan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 Atas Pagar March 26, 2012 at 9:52 am

ntah la bagi aku kalau debat ni takat pong pang cakap…nak tegak benang kering or basah
mmmm……tak dak pun takpala
yag penting bagi aku janji mesti dikota
lidah jangan berbelit
bagi aku politician ni sama jer sebenarnya
PR ka BN ka
kalau setakat pandai cakap jer
malas aku nak vote
aku nak depa tunjuk kat aku yang depa betul2 deserved to be a leader!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 Pro PR March 26, 2012 at 9:55 am

Kenapa Najib perlu berdebat dengan Anwar Berahi? Kenapa tidak dengan Preseden PAS yang lebih berintegriti, Kalau sbbkan dia adalah ketua pembangkang, bagi saya tidak relevan sama sekali. Dia dicalonkan menjadi Ketua Pembangkang bukan kerana Ahli Parlimen PKR paling ramai dalam Pakatan Pembangkang. Anwar tidak layak memimpin Pakatan Pembangkang disebabkan perkara tersebut dan mempunyai masalah peribadi! Selain itu, ini adalah agenda agen yahudi bagi memecahbelahkan umat Islam dan melayu di Malaysia serta memenuhi matlamat “regime change” dapat dilaksanakan. siapakah yang akan beruntung kalau Anwar menjadi perdana menteri? sudah tentu Amerika & yahudi!!! Saya juga terfikir adakah agen yahudi akan memberi sokongan kepada Presiden PAS sekiranya dia menjadi Ketua Pembangkang seperti mana diperolehi oleh Anwar berahi???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 Pro BN March 26, 2012 at 12:42 pm

yang untung kalau Datuk Seri Anwar jadi PM:
Penjawat Awam= gaji naik lagi
mahasiswa= PTPTN dimansuhkan
Rakyat Malaysia= harga minyak turun, wifi percuma, tol mansuh
Pekerja swasta= gaji minimum

dan banyak lagi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 Pro PR March 26, 2012 at 2:32 pm

ko mcm bermimpi je…hahahhaha…selangor pun tak tertunai..inikan malaysia…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 ataspagar March 26, 2012 at 10:06 am

amat bersetuju sekali diadakan debat antara najib ngan anwar…aku pun tak paham kenapa najib sampai sekarang masih menolak pelawaan debat ni…sebagai pengundi baru macam aku ni,penting untuk pilih pemimpin yang bijak,yg menjaga kebajikan rakyat,yang pandai mentadbir negara… bila agaknya najib nak terima cabaran debat ni… aku rasa sampai pilihanraya nanti pun takkan berlaku debat ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 true malaysian March 26, 2012 at 10:11 am

di akhir perdebatan tidak akan melemahkan sesiapa dan tidak akan menguatkan mana-mana pihak. namun perdebatan ini akan membuktikan kehebatan berfikir dan mengeluarkan hujah. secara tak langsung bakal membuktikan kekuatan mental, daya pemikiran dan kebijaksanaan.

penerimaan untuk berdebat akan menunjukkan keikhlasan seseorang.

penerimaan untuk berdebat juga menunjukkan seseorang itu yakin beliau berada dilandasan yang tepat dalam sesuatu perkara dan bersedia untuk mempamerkan ketegasan pendiriannya.

pihak yang tidak mahu atau takut untuk menerima jemputan berdebat jelas menunjukkan kualiti sebenar beliau. atau beliau ingin menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum.

namun, apa yang lebih mendengkelkan adalah anjing peliharaan di sekeliling “tuannya” yang amat suka menyalak dikala “tuannya” itu sekadar menyepikan diri dan mencari ikhtiar agar batu yang sedang menuju ke arahnya ditepis ke arah lain…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 valuation March 26, 2012 at 10:20 am

Salam. Debat itu bagus. Tapi kadang kala tidak bagus. Untuk membuat suasana lebih bagus. Pak cik yang tua ini mencadangkan beberapa pekara untuk menjaga kesinambungan debat di negara kita dan mewujudkan suasana lebih happy:-
1. Debat hanya dibenarkan dilakukan di dalam stadium seperti di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam. Hanya media cetak dibenarkan membuat liputan. Bukannya dibuat di hotel ker apa-apa supaya semua orang yang hadir boleh tengok.
2. Media elektronik seperti TV3, lain-lain siaran tv tidak dibenarkan menyiarkan liputan secara langsung dan disiarkan di dalam tv demi menjaga kepentingan negara dan melindungi isu-isu negara supaya orang luar tidak mengambil kesempatan.
3. Sesiapa yang hendak mengadiri sidang debat, beliau perlu la dikenakan membeli tiket 50ringgit seorang dan paling murah 30ringgit seorang.
4. Semua wang tersebut hendaklah di dermakan kepada Tabung Bersamamu TV3, rumah-rumah anak yatim, Ibu tunggal yang susah dan orang yang memerlukan.
5. Artis-artis jemputan diperlukan dan mereka ini hendaklah membuat persembahan secara sukarela tanpa sebarang bayaran untuk mendekati diri pada peminat. Ini memberi masa rehat kepada pedebat-pedebat berehat semasa artis ini membuat persembahan.
6. Artis-artis nasyid juga dijemput bersama untuk menerapkan nilai-nilai keinsafan dan membersihkan hati sanubari setiap hadirin termasuk pemimpin agar ingat akan hari akhirat.
7. Setiap hadirin yang hadir akan diberi peluang cabutan bertuah. Mungkin ada syarikat kereta dijemput sebagai penaja. Mungkin mereka boleh bagi kereta sebagai hadiah kepada pemenang atau terbuka lain-lain syarikat yang berminat.
8. Pihak tertentu juga dibenarkan membuat liputan video untuk merekod segala acara, mungkin kepada RTM atau lain-lain syarikat seperti Warner music, Sony, EMI Entertaiment atau lain-lain. Pas record, boleh buat VCD yang diluluskan oleh “Jabatan Penapisan Perfileman Negara”. VCD ini akan dijual di setiap kedai diseluruh negara dimana memberi peluang orang ramai yang tidak dapat hadir, nak hadir tapi tiket habis memiliki VCD ini. VCD ini akan dijual pada harga cadangan RM39.90. Separuh wang jualan akan didermakan kepada Tabung Bersamamu TV3, Ibu tunggal, Orang susah, anak yatim dan lain-lain badan kebajikan.
9. Syarikat-syarikat perfileman dijemput hadir agar boleh buat filem macam cite “The king Speech 2010″, “Fair Game 2010″, “The Frost 2008″, “127 hours 2010″, “The Queen 2006″ and “The Social Network 2010″.
10. Pasukan keselamatan dijemput hadir iaitu Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Tentera untuk mengadakan pameran seterusnya mengadakan kawalan Keselamatan. Pendaftaran terbuka juga dibuka untuk mengalakan hadirin menyertai bidang perkhidmatan ini.
–Pak cik harap para pembaca boleh memberi komen seterusnya dan meningkatkan kesinambungan debat di negara kita. Janganla debat ini dijadikan tempat untuk mencari kesalahan tetapi tempat berkongsi pandangan, idea dan melistarikan pengetahuan. Apa macam, ok tak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 tahiyat akhir March 26, 2012 at 10:47 am

idea not bad but waste time.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 No Value March 26, 2012 at 12:45 pm

idea x bernas langsung..Boleh dibakul sampahkan..tak pun diberi anugerah penyapu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 danne March 26, 2012 at 6:55 pm

idea yg bagus… sy suka… biar ia jadi teh tarik.. panas2 sedapppp….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 Whatever March 29, 2012 at 3:57 pm

Sy stuju jer dgn debat tu..why not???bukan nak gaduh tp berbincang isu-isu yang serius mcm kenapa harga minyak Kat negara kita in mahal sgt sedangkan negara kita mengeluarkan minyak sendiri?harga minyak Kat negara pengeluar minyak lain Jauh Lebih murah dari negara kita…teringin Pulak nak tau apa alasan kerajaan kita yang bijaksana sgt ni….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 LuZ March 26, 2012 at 10:26 am

Saya juga menyokong diadakan debat antara 2 tokoh ini.ini penting untuk rakyat menilai yg mana pemimpin mengeluarkan isu -isu yang menguntungkan rakyat daripada membincangkan isu yang tiada faedah utk kebaikan negara spt isu liwat.negara sudah byk kerugian masa dan wang utk isu yg tiada faedah ..meskipn ramai lgi rakyat yang daif kehidupannya tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 Blog Berita Online March 26, 2012 at 10:39 am

kenapa perlu libat raja petra sekali? tak boleh ker debat najib-anwar jer?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 tahiyat akhir March 26, 2012 at 10:52 am

ya aku setuju. kenapa perlu RPK tue.. rakyat bukan nak tgk dia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 kuman March 27, 2012 at 9:32 am

RPK tu backup.. kalau2 najib gagap @ tak boleh nak jawab soklan anwar.. 2 lawan 1 x gentleman langsung pemimpin macam najib…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 orait March 26, 2012 at 11:00 am

tak sabo nak tgk..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 Alias Bin Hasan. March 26, 2012 at 11:10 am

Salam semua….

Sebagai rakyat malaysia. sistem pendidikan kita ni dah diajar untuk tidak membuat analisis dalam suatu masaalah. is lebih kepada obey your master!!!

Dalam isu debat ini , setiap peserta dan penganjur mengambil peluang yang ada.
Julian Assange = nak jual nama.
Anwar Ibrahim, Najib Razak dan juga Raja Petra Kamaruddin = Survival.

Maka kita sebagai manusia yang ada akal, pikir2 kan le…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 valuation March 26, 2012 at 11:37 am

Salam, bila pak cik terbaca komen “ALIAS BIN HASSAN” yang menyebut “obey your master” teringat pada lagu METALICA yang mengeluarkan album 1986, album bertajuk master of puppets dan di dalamnya juga ada lagu master of puppets. Pak cik terpikir liriknya dalam tajuk lagu “master of puppets” ini. Ini mesti masa muda suka dengar lagu METALICA. Dulu masa muda, pak cik suka dengar jugak, tapi sekarang bila tua, pak cik beralih pada irama klasik macam kat radio “Klasik Nasional”. kekadang, pak cik dengar lagu rock kapar. Maklumlah jiwa cintan yang cair nie masa dulu-dulu mengamit memori Nastolgia. Macam Cite Azura pun ader.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 umno March 26, 2012 at 12:15 pm

wah…romantik la pak cik. dulu jiwang karat ke pak cik nie. jiwa syahdu ajer…pop yeh-yeh tak minat ker pak cik. boleh ker berkenalan pak cik..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 Chemau March 26, 2012 at 1:19 pm

Kesian Anwar, bak kata najibuya anwar terpaksa sediakan Panadol sebakul kalau jadi debat ngan Najib dan RPK sekaligus dan disiarkan ke seluruh dunia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 amenosiyal March 26, 2012 at 1:49 pm

setuju di adakan. aku mahu sgt tengok pemimpin mana yang lebih tinggi IQ dan karisma yang ada pada dirinya. kalah menang belakang cerita. yang penting isi biji butir percakapan menggambarkan kehebatan dan kebijaksanaan sebagai ketua negara dan ketua pembangkang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 valuation March 26, 2012 at 3:38 pm

Salam. Pak cik melihat komen-komen semuanya banyak majoriti bersetuju untuk debat diadakan. Bila pak cik fikir balik, kepada sesiapa yang ingin berdebat sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat kebangsaan malah sesiapa yang terlibat dalam debat seperti pemimpin perlu melihat 2 movies yang terbaik sebelum pergi berdebat iaitu:-
1. The Last Debate-2000, and
2. The Great Debaters-2007.

The Great Debaters-2007 adalah cerita terbaik yang pernah pak cik lihat bagaimana seorang guru mendidik, mengajar, memberi latihan, tip-tip kepada anak didiknya menjadi seorang pendebat yang hebat dan digeruni. Semangatnya dalam jiwa yang kental sehingga menempuhi saat-saat sukar harus dipuji. Pak cik rasa, anda semua patut tonton movies ini. Pak cik bagi 5 bintang pada movies ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 No Value March 26, 2012 at 3:43 pm

Nie baru cadangan yang bernas.. Syabas..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 valuation March 26, 2012 at 4:08 pm

Salam, pak cik melihat pembaca Beritasemasa bermajoriti menyokong debat. Pak cik menyarankan kepada pedebat-pedebat di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, di peringkat negeri, pedebat di peringkat kebangsaan, peringkat univerisiti mahupun kepada pemimpin yang hendak berdebat melihat 2 movies ini terlebih dahulu iaitu:-

1.The Last Debate-2000
2. The Great Debaters-2007

The Great Debaters-2007 adalah movies terbaik yang pernah pak cik tonton. Bagaimana kegigihan dan kebijaksaan seorang guru melatih, mendidik, memberi tip, semangat, tabah, berjiwa kental, idea kepada anak didiknya menjadi pedebat terbaik. Part paling best yang pak cik suka tengok masa mula-mula diaorang berlatih tu, menjelajah ke serata negeri untuk berdebat dan part kat peringkat kebangsaan tu. Itu memang best. Movies nie pak cik bagi 5 bintang. Pak cik harap sebelum pergi debat, tonton la movies ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 ANAK SARAWAK March 26, 2012 at 4:26 pm

kubu kuat BN kat sarawak..adakah negeri sarawak termaju d malaysia?hanya anak sarawak ada jawabpannya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 orang biru haru biru March 26, 2012 at 5:10 pm

Buat aje la debat tu, tak buang masa la, bukan makan masa sampai berhari-berhari pun, 2-3 jam jadilah…tapi tak payah le guna orang luar sebagai perantara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 vfi6 March 26, 2012 at 5:20 pm

PM yang penakut pernah aku jumpa…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 SHUKOR ALAM March 26, 2012 at 5:45 pm

…… kata-kata Imam Syafi’e, “Aku boleh menang jika berdebat dengan orang berilmu namun aku selalu kalah jika berdebat dengan orang yang jahil.”…. Jadi ….tak perlulah berdebat ….buang masa, duit rakyat dan marauh negara

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 alahai March 27, 2012 at 7:13 am

kalau anwar tak sekolah aku percaya jahil.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 AB March 26, 2012 at 5:48 pm

Cuba kita bercakap dengan orang ‘ loya buruk’ kita akan geram dan sakit hati. Kalau bercakap dengan orang gila memang tak ada kesudahannya.
Silap haribulan kita pun jadi gila same.
Aku rasa baik tak payah debat . Buang masa aje. Baik tumpukan kepada tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah masalah sekarang ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 nekad March 26, 2012 at 7:29 pm

Eleh ,sikit-sikit nak mencontohi negara Amerika lah ,Eropah lah,macamlah bagus sangat negara penyamun ni..!!!Kalau setakat nak berhujah pong-pang,…-pong-pang..macam bagus tetapi negara mereka ,sendiri hutang bertimbun-timbun sampai tak terbayar ..hari-hari dalam kepala otak asyik berfikir negara mana pulak yang lemah -lemah untuk disamun ,,!..apa kejadah hebatnya negara-negara yang sering dijadikan contoh ini…mentaliti hanya setaraf penyamun dan lanun sahaja..tiada apa yang hebatnya dengan negara ini…hasil kemajuan mereka dahulu dan sekarang hanyalah hasil rompakan dari negara yang telah ditakhluk oleh mereka selama ini…!!..Para pemimpin negara Amerika dan Eropah sekarang pun hanya setakat menjadi proksi Yahudi saja,setakat hujah saja berdegar-degar apabila tindakan dibuat ,semuanya mengikut telunjuk Yahudi…Berdebat taraf kedai kopi saja tiada apa yang dibuatpun berdasarkan hujah yang dikatakan….dasar penyamun tiada apa yang boleh dipercayai dari kata-kata yang manis tetapi isinya penuh racun berbisa…!!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 shah March 26, 2012 at 7:53 pm

bagi aku,setiap org bebas beri pendapt sendiri dan xperlu la kita nak herdik org len kalo xb’sependpt ngn kite.b’debat @ tak bukan m’jd keutamaan..better kita pikir beyond dr perkara tu..perbanyakkan perbincangan tentang halatuju malaysia sebelum melangkah tahun 2020

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 motorolla March 26, 2012 at 10:06 pm

debat Anwar Ibrahim dan Najib Razak, memang aku suka dan sanggup bayar RM100.00 kalau kena bayar. Tapi kalau ade Raja segala Raja (Pengechut dan Penipu) Raja Kepala Botak, satu sen pun aku tak nak tenggok. Kalau bagi FREE pun aku tak ingin.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 yanda February 14, 2013 at 3:48 pm

Raja Petra takut kena masuk penjara, sebab itu dia sekarang pro kerajaan, nilailah perangai dia sebelum ini. Orang macam ini kalau masuk sabah, kena baling selipar ni….bikin malu sama orang melayu. Tiada pendirian, tiada wawasan, kerja di cari duit dengan pelbagai kepintaran yang dia ada, bila dah habis duit, baru nak balik ke pangkal jalan, tapi dah terlambat. Sesiapa yang ada akaun bank dia, tolong minta supaya kita rakyat malaysia bagi derma rm1.00 setiap seorang, kalau dapat jutaan ringgit, kita minta dia bertaubat dan jadi pendakwah jalanan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 Bond March 27, 2012 at 11:04 pm

Debat Anwar Ibrahim dan Najib Razak kerana mereka akan bertanding dan dapatlah rakyat mengundi di dalam negara yang mengamalkan demokrasi. Yang lagi sekor tu buat ape menyebok. Kalau perang kat Malaysia nie guarenti beliau dulu cabut lari keluar negara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 AB March 28, 2012 at 3:10 pm

Jangan kata seko semua lari habis. Tak de sape pun nak tunggu lagi..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 poie March 28, 2012 at 2:07 am

setuju anwar debat dengan najib dengan syarat:
1) buat masa pilihanraya.. sekarang masa untuk fokus kebaikan untuk negara.
2) dianjurkan oleh SPR.. bukan orang luar

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 addy June 29, 2012 at 12:02 pm

whistle blower itu perlu untuk komen dan pandangan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 jack December 15, 2012 at 12:02 pm

saya lah orang itu, sayalah pemimpin nagara, pikiran mesti genius.
rakyat akan bersatu padu, tiada lagi debat,gaduh,maki,tuduh,terpingir,kemiskinan. yg ada cuma kemardekaan sejagat rakyat ku, kita lahirkan penaraju nagara setiap pejuru dgn kebijaksanan, jadi lah negara yg berpristes tinggi kita akan panjat nagara moden kita tinggal kan meraka di belakang jadi lah laginda kita rakyat malaysia paling bertolarensi dan maju.tiada perbelahan, rakyat akan senang hati, dap,umno,pkr,pas.bantu rakyat sudah cukup untuk kamu jadi wira
yang disayang rakyat. akhir kata,,, lahir lah satu pemimpin satu kan pemimpin kuasa malaysia nascaya, kita akan jadi nagara paling maju. bila kita sudah tua kita akan melihat anak2 kita membesar dgn senang, tak perlu risau akan perbelahan sebab kita rakyat malaysia akan terdidik dgn tolarensi kunci segala nya pikir dgn logik, kenapa pemimpin jadi musuh toleransi sepatutnya itulah pintu menuju ke depan ,sekian
parti pemarintah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: