BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Video) Sultan Muhamammad ke V – Kelantan

by Staff Berita Semasa on September 30, 2010

in Berita Hiburan & VVIP

sultan-muhammad-ke-v

Selepas ini, Tuanku tidak akan menggunakan nama Tuanku Faris kerana selepas ini Sultan Kelantan yang baru ini akan dipanggil dengan panggilan Sultan Muhammad ke V. Selepas ini juga, tiada lagi seruan “Daulat Tuanku” yang mana ia telah digantikan dengan seruan “Allahu Akbar”. Ini antara pembaharuan yang dibuat oleh tuanku.

  • Kalau anda berkeinginan menjadi makmum kepada Sultan Muhammad ke V semasa solat Zohor dan Asar, boleh datang ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
  • Tuanku sering turun ke daerah-daerah  untuk mendirikan solat Jumaat secara rambang tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada imam atau pembesar setempat. Cara begitu untuk membolehkan baginda mengetahui realiti sebenar masjid berkenaan dan tidak mahu menyusahkan rakyat menyambut keberangkatannya
  • Baginda juga pernah bersama rakyat jelata lain melakukan korban Aidiladha. Apa yang membuatkan kami teruja sebagai orang luar Kelantan, diceritakan  baginda sendiri yang melakukan penyembelihan. Darah lembu yang memercik ke jubah baginda dilihat rakyat sebagai sesuatu yang “indah” dan di situlah letaknya ketinggian budi dan kebesaran hati Tuanku sebagai seorang raja yang sedang memimpin rakyat Kelantan
  • Baginda juga tidak mementingkan protokol dan sentiasa membuat lawatan dalam keadaan mengejut. Kalau nak cerita banyak tempat, kejadian dan situasi di sini. Orang Kelantan ada di sini bukan? Harap dapat berkongsi dengan pembaca di sini tetang Sultan baru kamu ini……
  • Jubah beserta dengan kopiah ada pakaian kegemaran Tuanku
  • Istana Telipot bersebelahan dengan masjid Telipot yang mana Istana tersebut merupakan kediaman Tuanku sebelum bergelar Sultan Kelantan. Kalau melihat sebelum ini Tuanku berjalan kaki ke masjid adalah perkara biasa bagi penduduk di sekitarnya.
  • Dikatakan, jikalau Tuanku sedang mempengerusikan mesyuarat dan apabila tiba sahaja masuk waktu solat, baginda akan menghentikan mesyuarat selama setengah jam untuk menunaikan solat.
  • Itu pun masih ada yang “iri hati” dan berfikiran tidak baik terhadap Tuanku. Ehem….

Raja sebegini pasti “rakyat akan peluk selalu”. Bagi kami, Sultan Muhammad ke V bukannya hilang protokol tetapi lebih berjiwa rakyat dan memahami tugas sebagai hamba di sini Allah S.W.T. Itu sahaja…..

INFO Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad ke-V

  • Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan.
  • Anak sulung daripada empat beradik.
  • Dimahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985
  • Dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009

PENDIDIKAN Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad ke-V

  • Pra-sekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 – 1975.
  • Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981.
  • Kelas Persediaan – The Alice Smith School,
  • A-Level – Oakham School Rutland, England 1983-1989
  • Pengajian Diplomatik – St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91.
  • Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan – Huron University College, London
  • Pengajian Perhubungan Diplomatik – Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.
  • European Business Administration – European Business School London.
  • Ketenteraan  [Brig-Jeneral (Kehormat) Komander 506 Askar Wataniah.]

Video di bawah ini pula memperlihatkan personaliti seorang raja yang berjiwa Hamba Allah iaitu Sultan Muhammad ke V ketika dilihat di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kelantan Darul Naim


{ 47 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 mag September 30, 2010 at 10:49 pm

Alhamdulillah,,inilah yang ita mahu,,bukan macam suke perabis duit rakyat beli yang bukan2 pastu berlagak macam dia punye usaha je,,,,sedangkan itu adalah hasil duit rakyat semua,,,aminnnn,,,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 owais 70 September 30, 2010 at 11:16 pm

salam rakyat kelantan harus bangga dengan tuanku kelantan yang baru…atas apa yang ia buat kita tak dapat lihat pada zaman skg nie…dulu ada :peace la tadak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 ijai October 1, 2010 at 3:34 am

Terima kasih pada rakyat kelantan yang memilih raja berdaulat, teruskan usaha anda jangan ikut proganda umno

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 pondok robek October 1, 2010 at 8:26 am

Alhamdulillah, ini produk yg lahir drp pemerintahan didikan Islam, raja tetap menganggap dirinya kerdil dan Allahlah yang maha berkuasa yg patut disembah. walaupun tuanku bersifat “jiwa rakyat” ,kasihnya rakyat terhadap tuanku semangkin kuat dan “daulat” tuanku akan terserlah. Ibarat Ular menyusur akar takkan hilang bisanya. tahniah rakyat kelantan.Allahuakbar tuhan maha besar..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Aliah October 1, 2010 at 8:28 am

Alhamdullillah…syukur kita kepada Allah SWT…sekiranye Raja yg dikasihi bertanggongjawab dan menunjukan sifat2 peribadi yg baik…mudah2an Allah sentiasa membuka rahmat dlm hidup nye…Walaupun saya bukan keturunan Kelantan tapi saya berasa bangga kerana menunjukan itulah sebenarnye yg di perlukan dlm Islam…ITULAH TUGAS RAJA…Insyaallah kita semua berdoa orang Melayu bersatu..klu kita berpecahbelah kerana satu fahaman….PANDANGAN ATAU POLITIK DAN KUASA ..dan keluar dari jammaah..yg telah lama terbina…siape kita…KHAWARIJ??????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 gee October 1, 2010 at 9:40 am

sebagai salah seorang rakyat kelate meskipun17 thn dah berhijrah ke johor ambo masih berjiwa kelate dan nak tengok institusi raja kelate aman dan tak bergolak lagi weh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Sokong Raja Yg Adil October 1, 2010 at 9:59 am

Alhamdulillah inilah sultan yg kita patut hormat dan kasih kepadanya kerana ia benar2 berjiwa rakyat dan taat kpd Allah dan menyanjung tinggi kepada agama, apalah gunanya kalu ada sultan yg angkuh hanya nak tunjukan keegoannya sedangkan rakyat jelata menyanjung dan sentiasa mendoakannya setiap hari jumaat, dalam masa lain hanya suka berhibur dgn artis2 dan majlis2 mewah saja, sedang rakyat masih ada yg susah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Abdullah October 1, 2010 at 11:08 am

Salam, baginda sultan juga mengikuti pengajian agama di Pondok Lubuk Tapah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Zenith October 1, 2010 at 11:29 am

Sepanjang baginda memangku sebagai sultan Kelantan, sebahagian duit elaun memangku digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid2.. Tengku berpesan agar disimpan untuknya seekor..bukan untuk beliau makan sorang2..tetapi untuk Baginda sembelih dengan tangan baginda sendiri.. Allahu Akbar!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Aliah October 1, 2010 at 12:14 pm

Mudah2an Raja Kelantan mendapat rahmat dari Allah swt….sebagai pemerintah beliau wajib berilmu…terutama ilmu agama…telah sampai masanye …seharusnye tak perlu kita melebelkan RAJA BERJIWA RAKYAT ..kewajipannye…haqnye…menjadi ketua..melawat, mengambiltau dan sbg..yg penting teruskan usha tsbt …sya berdoa dan InsyaALLAH perkara2 yg baik ini pasti di rahmati..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Aliah October 1, 2010 at 1:38 pm

Salam dikasihi buat semua sedara2 Islam…adelah terlalu mustahil kita sebagai hamba Allah terlalu primitif dan sempit pemikiran..belajarlah ilmu2 Allah yg tulen berguru dgn guru2 yg tulen kefahaman agama serta luas ilmu2 yg diguna pakai dari sunnah dan alquran, serta kuat pegangannye…bukan taksub dan berpecahbelah, berkompromi..jgn beburuksangka..ingatlah…klu benar n murni aqidah kita semua…Raja bukan sebagai lambang agama…tetapi Raja berilmu Agama…jgn berikan pendidikan agama yg berbau politik serta pengaruh politik…agama yg diajar oleh baginda Rasullah saw adelah asing dan tak sama dgn agama2 lain..jgn taksub dgn tok guru, ustz2, ulamak2..tapi taksub dgn ilmu allah swt..Islam itu kukuh diatas satu aqidah bukan kekuatannye datang dari budaya politik yg bertereskan kenegerian atau sentimen kebencian peribadi… Tetapi salurknlah dan ajarknlah satu suntikan ILMU2 ALLAH YG BENAR2…KETULENANNYA…JGN SESEKALI MEMPENGARUHI….hanya Allah swt shj yg bleh merubahkn nye….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 lion October 1, 2010 at 1:51 pm

…Ketinggian takwa seseorang terletak pada segala perbuatan dan niat yang telus kerana Allah dan jgn sekali-kali ada keinginan untuk menarik perhatian/tontonan umum kerana itu adalah kesia-siaan di sisi Allah (tanpa pahala)…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 lion October 1, 2010 at 2:04 pm

Aliah: Alhamdullillah…syukur kita kepada Allah SWT…sekiranye Raja yg dikasihi bertanggongjawab dan menunjukan sifat2 peribadi yg baik…mudah2an Allah sentiasa membuka rahmat dlm hidup nye…Walaupun saya bukan keturunan Kelantan tapi saya berasa bangga kerana menunjukan itulah sebenarnye yg di perlukan dlm Islam…ITULAH TUGAS RAJA…Insyaallah kita semua berdoa orang Melayu bersatu..klu kita berpecahbelah kerana satu fahaman….PANDANGAN ATAU POLITIKDAN KUASA ..dan keluar dari jammaah..yg telah lama terbina…siape kita…KHAWARIJ??????  

…KETARA SEKALI KATA2 ALIAH SANGAT ANTI KAUM LAIN…SEMUANYA UNTK MELAYU…JGN SEMARAKKAN LAGI ISU PERKAUMAN ALIAH…HARUS INGAT JIKA RAKYAT MALAYSIA BUKAN MELAYU DARI PERLIS HINGGA KE SABAH BERSATU, MELAYU AKAN MENJADI KAUM YANG PALING MENORITI DI MALAYSIA. KALAU SEMUA NONMALAY JADI PEMBANGKANG ALIAH NAK LETAK MELAYU KAT MANA?..JADILAH ALIAH RAKYAT YNG BERJIWA MALAYSIA…RIGHT??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 mr sally October 1, 2010 at 2:43 pm

lion:
…KETARA SEKALI KATA2 ALIAH SANGAT ANTI KAUM LAIN…SEMUANYA UNTK MELAYU…JGN SEMARAKKAN LAGI ISU PERKAUMAN ALIAH…HARUS INGAT JIKA RAKYAT MALAYSIA BUKAN MELAYU DARI PERLIS HINGGA KE SABAH BERSATU, MELAYU AKAN MENJADI KAUM YANG PALING MENORITI DI MALAYSIA. KALAU SEMUA NONMALAY JADI PEMBANGKANG ALIAH NAK LETAK MELAYU KAT MANA?..JADILAH ALIAH RAKYAT YNG BERJIWA MALAYSIA…RIGHT??  

yup…dats rite. . .

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 syazwan October 1, 2010 at 3:25 pm

xde hal la sultan ni…klu ak solat sebelah die pun, xpasan die ni sultan..ni yang kita nk..bukan sultan yang cakap lebih je n xbuat pe2…pakaian mmg sempoi…ni yang nk jd rakyat kelantan nih.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 Anak Johor October 1, 2010 at 5:08 pm

Walaupun saya anak johor tetapi saya turut rasa terharu kewibawaan Sultan Kelantan boleh jadi Iman, boleh buat sembelihan qurban, dan ilmu beliau sendiri tinggi dlm beberapa pengajian termasuk Agama Islam, ini bererti Sultan yang benar2 dapat menjadi payung kepada rakyat pasti beliau akan dikasihi semua hamba rakyat, takbir Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 Anak Sabah October 1, 2010 at 5:26 pm

bila keagaaman dan taqwa seorang raja meningkat bukan “daulat” yang meningkat tapi barakahnya lah melimpah-limpah…alhamdulillah tuanku sultan kelantan telah menukar daulat kepada takbir…moga terus dilimpahi rahmat Allah…moga ummat Islam di Malaysia terus-menerus beroleh pemimpin yang adil, beriman dan barakahnya menaungi sekalian rakyat…umat Islam dari perlis ke kelantan ke sabah…tanpa mengira bangsa & pbezaan politik yg pnting satu akidah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 mag October 1, 2010 at 5:47 pm

setuju,,,,,

mr sally:
yup…dats rite. . .  

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 khaz October 1, 2010 at 9:08 pm

Semoga tuanku diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T,,tuanku lebih disanjung disebabkn oleh keperibadian yg tinggi trutama didikkan agamanya dan hati yg berjiwa rakyat dan bukan disebabkn oleh pangkatnya,,ALLAHU AKBAR~~

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Anak Sarawak October 1, 2010 at 9:09 pm

Semoga Allah memberkati pemerintahan Kebawah Duli Tuanku Sultan! Allahu Akhbar!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 shinkenger October 1, 2010 at 9:39 pm

Kawe memang sokong 120% sultan faris ni, memang patut jadi contoh pada rakyat jelata.

Tak macam adik dia yg sorang tu, mengabihkan beras je, beli keta berjuta2, pastu berbangga kononnya duit dia, padahal guna duit rakyat.

Ampun tuanku, hehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 akuzle ayu October 2, 2010 at 3:14 am

salam, sy terpanggil utk menceritakan secara ringkas, situasi di masa Sultan Muhammad ke-V ini mencemar duli melawat jiran d kg sy. jiran itu mempunyai 3 anak OKU. baginda meluangkan masa selama sejam hanya untuk bertanya khabar dan berbual2 dgn tuan umah. baginda tidak menghiraukan pun segala wartawan dan pemberita yg dok snap2 gambo baginda. kalo pemimpin lain melawat kwsan or org2 miskin or OKU, bpe lama jer depa spend? itu pon dh nmpk jelas… sy bangga memegang i/c -03-…. alhamdulillahhh!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 lion October 2, 2010 at 6:17 am

…asal tak bazir duit rakyat pun dah ok….asal jgn ke luar negara buang tabiat pun dah ok…
asal jgn one day tengok anak-anak dia sekolah negara barat…..
..ni baru permulaan langkah kedua…..lepas ni just tunggu dan lihat…kalau anak-anak dia semua moral baik nanti, maka ok lah tu… KIV dulu pujian yg tinggi melintasi angkasa tu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 ustmadlagenda October 2, 2010 at 7:44 am

mag: Alhamdulillah,,inilah yang ita mahu,,bukan macam suke perabis duit rakyat beli yang bukan2 pastu berlagak macam dia punye usaha je,,,,sedangkan itu adalah hasil duit rakyat semua,,,aminnnn,,,  

ambo mahu sultan ambo macam nilah, kami warga lagenda pengamal perubatan herbal tradisional ada member 30ribu diseluruh msia memberi sokongan penuh kepada baginda sultan dan juga kepimpinan bersama tok guru niuk abd aziz nik mat mentere besar kelantan. hidup mati kami dengan islam dan kepimpionan amanah .>ustmad episode lagenda 2/10/2010

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 ustmadlagenda October 2, 2010 at 7:56 am

kami mahu semua rakyat kembali kepada ajaran allah , belajar alquran dan hadis nabi s.a.w, menghurnati guru dan ulama2 berjiwa akhirat, bukan ulama usssu’.kita kena pakat buat amal terutamanya solat 5 waktu berjemaah dimasjid, zikir2 pagi petang, tahajjud malam wajib kena bangun, ia merupakan kekuatan luar biasa allah kurniakan kpada kita umat islam, sekarang kita melawan hawa nafsu dan musuh paling besar adalah syaitan, yahudi dan israel kecil aje , bahkan ia tak ada kekuatan sebenarnya, tapi kerana kita gagal laksana perintah allah 100%, maka pertolongan allah tak ada, cuba kuatkan amalan, saya yakin dan percaya allah bantu kita sebagaiman allah bantu para nabi dan para rasul sebelum nini, ALLAH HUAKBAR, MARI KITA BERJUANG BERSAMA MENEGAK PERINTAH ALLAH,. SEKIAN TQ

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 ustmadlagenda October 2, 2010 at 7:57 am

shinkenger: Kawe memang sokong 120% sultan faris ni, memang patut jadi contoh pada rakyat jelata.
Tak macam adik dia yg sorang tu, mengabihkan beras je, beli keta berjuta2, pastu berbangga kononnya duit dia,padahal guna duit rakyat.
Ampun tuanku, hehe  

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 syahir October 2, 2010 at 8:50 am

ambo braso bekene…moga2 dpt jd ymm agong malaysia,biar islamik ckit malaysia..stuju???:doa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 Mat Bengong October 2, 2010 at 11:29 am

Aliah: Salam dikasihi buat semua sedara2 Islam…adelah terlalu mustahil kita sebagai hamba Allah terlalu primitif dan sempit pemikiran..belajarlah ilmu2 Allah yg tulen berguru dgn guru2 yg tulen kefahaman agama serta luas ilmu2 yg diguna pakai dari sunnah dan alquran, serta kuat pegangannye…bukan taksub dan berpecahbelah, berkompromi..jgn beburuksangka..ingatlah…klu benar n murni aqidah kita semua…Raja bukan sebagai lambang agama…tetapi Raja berilmu Agama…jgn berikan pendidikan agama yg berbau politik serta pengaruh politik…agama yg diajar oleh baginda Rasullah saw adelah asing dan tak sama dgn agama2 lain..jgn taksub dgn tok guru, ustz2, ulamak2..tapi taksub dgn ilmu allah swt..Islam itu kukuh diatas satu aqidah bukan kekuatannye datang dari budaya politik yg bertereskan kenegerian atau sentimen kebencian peribadi… Tetapi salurknlah dan ajarknlah satu suntikan ILMU2 ALLAH YG BENAR2…KETULENANNYA…JGN SESEKALI MEMPENGARUHI….hanya Allah swt shj yg bleh merubahkn nye….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Apa cerita ni aliah faham ke tak faham apa itu agama, agama fahaman yg tak ada hubungan politik ,ekonomi, sosial tu fahaman agama kristian, fahaman sirkular, kalau belajar agama tu biarlah habis jgn ikut2 nanti terpengaruh fahaman sirkular tu rosak akidah, dalam Islam yg dikatakan agama tu meliputi seluruh struktur kehidupan didunia dan diakhirat, dlm alquraan menyebut masuklah kamu kedalm Islam keseluruhannya. bukan masuk separuh2 atau dgn kefahaman Islam itu hanya untuk sambut ramdhan, raya kenduri akhwin, urusan kematian atau solat aja.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 Mat Bengong October 2, 2010 at 11:41 am

Aliah: Salam dikasihi buat semua sedara2 Islam…adelah terlalu mustahil kita sebagai hamba Allah terlalu primitif dan sempit pemikiran..belajarlah ilmu2 Allah yg tulen berguru dgn guru2 yg tulen kefahaman agama serta luas ilmu2 yg diguna pakai dari sunnah dan alquran, serta kuat pegangannye…bukan taksub dan berpecahbelah, berkompromi..jgn beburuksangka..ingatlah…klu benar n murni aqidah kita semua…Raja bukan sebagai lambang agama…tetapi Raja berilmu Agama…jgn berikan pendidikan agama yg berbau politik serta pengaruh politik…agama yg diajar oleh baginda Rasullah saw adelah asing dan tak sama dgn agama2 lain..jgn taksub dgn tok guru, ustz2, ulamak2..tapi taksub dgn ilmu allah swt..Islam itu kukuh diatas satu aqidah bukan kekuatannye datang dari budaya politik yg bertereskan kenegerian atau sentimen kebencian peribadi… Tetapi salurknlah dan ajarknlah satu suntikan ILMU2 ALLAH YG BENAR2…KETULENANNYA…JGN SESEKALI MEMPENGARUHI….hanya Allah swt shj yg bleh merubahkn nye….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

berterus terang ajalah apa maksud sebenar awk ni, awak maksudkan supaya berfahaman agama mengikut kefaham sirkular, atau asabiyah (perkauman) atau kefahaman liberalisme, atau faham agama secara separuh2, itu semua kehaman akidah yg salah lagi menyesatkan. itulah kalau siapa tak berguru mempunyai guru yg mursid maka syaitanlah gurunya, nanti gama mengikut sangkaan aja, buat prngrtahuan aliah dalam Islam semua struktur kehidupan tak dapat dipasahkan dgn agama maupun di dunia dan skhirat sentiasa ada hubungannya tidak berpisah, baik sosial, ekonomi, maupun politik, Firmah Allah antara lainnya (mathfumnya) menyebut masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya

Semuga Allah Sentiasa Merahmati Sultan KIta dan Rakyat dengan segala pertunjuk yg benar , amin ya rabal a’ lamin

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 Mat Bengong October 2, 2010 at 11:54 am

Mudah2an Sultan yang kita sanjung ini merupakan ikutan contoh yg baik kpd rakyat umumnya.

Mudah2an akan menunjukan kita agama Islam yg dijunjung ini secara hikmah kpd hamba rakyat, melalui program2 tertentu yang disusun bersama Tuan2 guru krana masih ramai lagi rakyat yg masih jahil tentang kefahaman Islam yang sebanarnya.
Ada diantaranya masih lagi berkekefahaman Islam secara sirkular (agama2 tak boleh campur aduk dgn sosio,ekonomi dan politik agama yg difaham mereka hanya solat puasa dibulan ramdhan kenduri aewah, akad nikah, cerai dan sebagainya hanya secara ritual spt ajaran kristian atau agama yahudi) ada pula yang berkefahaman Islam secara Leberal agama itu sama spt agama2 lain dan boleh boleh bertoleransi yg melibatkan akidah dan sebagainya, dan ada juga berkefahaman Islam secara perkauman, inilah semua gejala kefaman akidah yg salah lagi menyesatkan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 mmm October 3, 2010 at 10:49 am

alhamdulillah.. dh lama aku impikan raja yg berjiwa rakyat mcm ni di negri kelantan..
smg baginda dpt memerintah dgn lebih baik lg dan smg baginda sentiasa mendapat perlindungan dr Allah swt. Amin

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 azman October 3, 2010 at 11:00 am

Salam kepada semua rakyat kelantan yang dikasihi,>Alhamdulillah sepeninggalan Ayahanda Syed Hussain AlKubra( Wali 7)1400 th lalu, yang menyinarkan cahaya pemerintahan Islam berkurun lamanye telah kembali rohulnya melalui keturunannya.Sultan Muhammad ke v. Diharapkan dengan berkat doa muslimin dan muslimah agar diberi kekuatan zahir dan batin kepada Tuanku agar Kelantan menjadi model sebuah negeri yang zuhud dan diberkati.kerana ininlah yang memakmurkan sesbuah negara.Contohilah bagaimana para wali memerintah kelantan sehinggan seluruh asia tenggara dahulunya.Tidak mustahil sejarah akan berulang.dan kami rakyat kelantan berketurunan Tunku akan menyokong di belakang Tuanku.terima kasih.-raja jembal.

Aliah: Salam dikasihi buat semua sedara2 Islam…adelah terlalu mustahil kita sebagai hamba Allah terlalu primitif dan sempit pemikiran..belajarlah ilmu2 Allah yg tulen berguru dgn guru2 yg tulen kefahaman agama serta luas ilmu2 yg diguna pakai dari sunnah dan alquran, serta kuat pegangannye…bukan taksub dan berpecahbelah, berkompromi..jgn beburuksangka..ingatlah…klu benar n murni aqidah kita semua…Raja bukan sebagai lambang agama…tetapi Raja berilmu Agama…jgn berikan pendidikan agama yg berbau politik serta pengaruh politik…agama yg diajar oleh baginda Rasullah saw adelah asing dan tak sama dgn agama2 lain..jgn taksub dgn tok guru, ustz2, ulamak2..tapi taksub dgn ilmu allah swt..Islam itu kukuh diatas satu aqidah bukan kekuatannye datang dari budaya politik yg bertereskan kenegerian atau sentimen kebencian peribadi… Tetapi salurknlah dan ajarknlah satu suntikan ILMU2 ALLAH YG BENAR2…KETULENANNYA…JGN SESEKALI MEMPENGARUHI….hanya Allah swt shj yg bleh merubahkn nye….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 FrankRose October 3, 2010 at 11:11 am

bila didalam perlembagaan mengatakan raja2 di malaysia ni sebagai lambang ketua agama, Sultan Muhamad ke V inilah contoh yang sebenar-benarnya, pemimpin itu dituruti kerana peribadinya, bukan ditakuti sebab setannya (tengok pemimpin sekarang….), daulah khilafah akan tertegak, rahmah dari Nya akan melimpah ruah, ummah bersatu (islam untuk semua, bukan melayu je….), maka bukan islam akan hormat, itule perpaduan yang sejati……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 azman October 3, 2010 at 11:13 am

Sdra/i aliah, ketulenan hhakiki dalam islam adalah mdengamalkan apa yang diperintah an meninggalkan apa yang di larang.Adalah menjadi kelaziman kita menghormati guru atau tok2 guru yang mengajar kita. taksub adalah terlalu berbeza istilahnye.semestinye kita taksub atau perkataan lain teruja dengan guru yang mengajar kita kerana yang pasti kenapa kita menuntut ilmu?belajar? kerana kita jahil segalanye.Siapa yang memberi ilmu? membimbing?memimpin kita?guru atau tok guru yang kita belajar.taksub adalah lebih kepada fuedalisme bukan dalam kenteks keagamaan. Guru, tokguru, alim ulama adalah pewaris kpeda ajaran islam yang di bawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.dan semua mukmin mesti taksub dengan Rasulullah kan?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 luqman October 4, 2010 at 10:43 am

Alhamdulillah….Semoga dipermudahkan segala urusan tuanku untuk rakyat..Semoga Allah membalas jasa2 tuanku…amin

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 Rakyat yg Taat Kpd Pemimpin yg Metaati Allah & Rasul October 4, 2010 at 4:31 pm

FrankRose: bila didalam perlembagaan mengatakan raja2 di malaysia ni sebagai lambang ketua agama, Sultan Muhamad ke V inilah contoh yang sebenar-benarnya, pemimpin itu dituruti kerana peribadinya, bukan ditakuti sebab setannya (tengok pemimpin sekarang….), daulah khilafah akan tertegak, rahmah dari Nya akan melimpah ruah, ummah bersatu (islam untuk semua, bukan melayu je….), maka bukan islam akan hormat, itule perpaduan yang sejati……  

Wah Tabik Springlah pada Frank Rose, Takbir !
Taati keda peminpin yg taati kepada Allah dan Rasul, sekiranya pemimpin yg tidak mentaati allah dan rasul tidak ada kewajipan ketaatan kpdnya, antar lain yg sering disebut dlm khutbah2 jumaat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 jenalbeddin February 25, 2011 at 6:10 pm

sayang… raja dmsia ni raja berpelembangaan… kalau raja kuasa mutlak …dah lama kelantan tegakkan hukum islam…. semoga berjaya aminn

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 kamaza April 13, 2011 at 10:12 am

<stsultan lain pun tiru tiru la

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 nor zaida April 17, 2011 at 4:34 pm

Askum…kalau diikutkan byk sgt yg uniknya sultan baru kami ni…nantilah ada masa saya cerita…..psl baginda sembelih sendiri lembu masa hari raya haji tu sebenarnya bukan sesuatu yg baru…baginda dah melakukannya lebih kurang 10 thn dulu lagi….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 rg April 21, 2011 at 10:39 am

syahir:
ambo braso bekene…moga2 dpt jd ymm agong malaysia,biar islamik ckit malaysia..stuju???:doa

setuju… demi Islam jgn takut mati.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 pemerhati May 12, 2011 at 5:57 pm

pondok robek:
Alhamdulillah, ini produk yg lahir drppemerintahan didikan Islam, raja tetap menganggap dirinya kerdil dan Allahlah yang maha berkuasa yg patut disembah. walaupun tuanku bersifat “jiwa rakyat” ,kasihnya rakyat terhadap tuanku semangkin kuat dan “daulat” tuanku akan terserlah. Ibarat Ular menyusur akar takkan hilang bisanya. tahniah rakyat kelantan.Allahuakbar tuhan maha besar..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 pemerhati May 12, 2011 at 6:05 pm

Di samping berjiwa rakyat,takutkan Allah,seorang pemimpin itu juga perlu ikhlas,bijaksana,kritis,berpandangan jauh dan teguh pendirian.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 lancer lancergt July 3, 2011 at 12:48 pm

menitik air mata tgk sultan kelantan yg baru..bertapa sederhana nya baginda..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 lancer lancergt July 3, 2011 at 12:49 pm
45 likesultanmuhammadv July 27, 2011 at 10:55 pm

sultan yg didambakan rakyat….ALLAH AKHBAR!
(^_^)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 eitadz September 4, 2011 at 9:42 pm

syukur kpd maha pencipta

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 mael June 8, 2012 at 4:35 pm

tahniah dan syukur rakyat kelantan kerana mendapat baginda sultan yang berjiwa rakyat……..walaupun dah lama ku tinggalkan kelantan berhijrah dan menetap di negeri lain namun setiap perkembangan negeri kelahiran tetap ku ikuti segala perkembangannya……daulat tuanku..semoga dirahmat oelh Alllah swt dan rakyat kelantan hidup dalam aman dan makmur walaupun tidak sekaya negeri selangor atau negeri lain….aminnnnnnnn..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: