Semua orang sudah tahu yang kerajaan Persekutuan bersetuju dengan tuntutan isu royalti minyak Kelantan yang mana melalui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah pun memberikan jawapannya di Parlimen semalam.
Hasilnya, Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan yang mana akan disalurkan dalam bentuk pembangunan kepada kerajaan negeri Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan kerana Kerajaan Persekutuan merasakan yang Kerajaan Kelantan tidak berhak royalti minyak Kelantan di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Sebelum ini, Kerajaan negeri Kelantan membuat tuntutan isu royalti minyak Kelantan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.
Di sebelah kerajaan Kelantan pula, mereka tidak mengiktiraf pembayaran wang ehsan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu menerusi pembiayaan projek pembangunan sebaliknya tetap menuntut pembayaran royalti minyak Kelantan.
Kerajaan negeri menimbang melantik panel peguam untuk mengkaji tindakan membatalkan perjanjian dengan Petronas yang ditandatangani pada 1975 dan akan mengkaji untuk mengambil injunksi terhadap syarikat yang menjalankan operasi di kawasan pengeluaran di pesisir Kelantan di mahkamah luar negara iaitu di Amerika Syarikat dan Kanada (negara asal syarikat berkenaan). Walaubagimanapun, kerajaan negeri Kelantan dikatakan tidak menutup pintu rundingan dan sedia berunding dengan Kerajaan Pusat.
P/S : Anda boleh layan video semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan di Parlimen mengenai tuntuan Isu Royalti Minyak Kelantan.





{ 6 comments… read them below or add one }
Begitu banyak kita boleh beri alasan. safar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Macam2 alasan diberikan. Sedangkan ketika perjanjian dibuat, terus setuju.
Apepun, aku sokong tindakan kerajaan negeri Kelantan membawa perkara ini ke mahkamah. Hak patut dituntut!
zualliz(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Bila kerajaan sudah menjalankan dasar ‘belanjawan kurangan’, terhasil pula deficit n inflasi tinggi, manakala pendapatan negara menurun mengakibatkan wang(RM) di tangan merosot. Justru. dlm keadaan seperti ini DS. Najib boleh ubah/manipulasi kata2nya sebelum ini. Adakah ini maksudnya : Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan.. adiadah(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Bila kerajaan sudah menjalankan dasar ‘belanjawan kurangan’, terhasil pula deficit n inflasi tinggi, manakala pendapatan negara menurun mengakibatkan wang(RM) di tangan merosot. Justru. dlm keadaan seperti ini DS. Najib boleh ubah/manipulasi kata2nya sebelum ini. Adakah ini maksudnya : Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan..
adiadah(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
kerajaan Kelantan mmg patut dan berhak menuntut hak mereka…. ibanez_swk(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
malaysia negara bebas,
Polis(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0