Tahniah pasukan Malaysia! Kami selaku penyokong bola sepak Malaysia merasa amat bangga dengan kemenangan ini.Walaupun hanya bermain dengan pasukan berkedudukan ranking 143, kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong kami anggap sebagai kemenangan bermakna buat pasukan Malaysia yang turun sebagai Juara Piala AFF Suzuki.
Perlawanan malam tadi sememangnya menarik dan segar.Kedua-dua pasukan bermain sepenuh hati dalam mencari gol.Seperti tiada ruang untuk berehat. Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-44. Gol kedua pula hadir dari Amirul Hadi dalam sudut sukar menewaskan penjaga gol dan pertahanan Hong Kong.
Persembahan pasukan Malaysia, bolehlah kami anggap menarik.Mungkin masih ada sedikit kelemahan dalam penguasaan bola di sana sini, tetapi itu pastinya akan di atasi sekiranya mereka memperbaiki permainan masing-masing. Apa-apa pun, tonton video-video dibawah untuk jaringan gol dalam perlawanan tersebut.
Gol Pertama Malaysia VS Hong Kong -Safiq Rahim 44″
Gol kedua Malaysia VS Hong Kong -Amirul Hadi 90+1″

{ 13 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Tahniah Malaysia;)
berbaloi pergi stadium…kami sentiasa bersama Harimau Malaya!
bnyk peningkatan..teruskan positif
tahniah malaysia mengekalkan momentum ini… syukran2
tahniah..semakin bagus mutu permainan..asalkan jgn campurkan politik dengan bola..insyaallah boleh maju lagi..
passing dan menahan bola masih lg lemah..tapi bijak cari peluang..TAHNIAH!!
Tahniah atas kemenangan Malaysia menewaskan Hongkong 2-0. hakikat meneruskan momentom kejayaan anak buah Raja Gopal telah berjaya diadaptasi dengan kelemahan permainan pasukan Hong Kong. Permainan begitu tertutup pada separuh masa pertama dan pemain malaysia terikut-ikut rentak Hong Kong dan bermain dikwasan tengah yang mana pemaian Hong Kong “berkerumun”. gagal membuka kedua sayap bagi menguak pemain Hong Kong. Keadaan ini agak berkesan pada separuh masa kedua dan permainan kelihatan menarik dengan berbalas serangan apabila pasukan Hong Kong telah memula saingan. Kedua gol yang dijaringkan dalam keadaan sukar dan berlaku didalam kotak finalti. walaupun berjaya usaha pemain untuk menjaringkan gol diluar kotak finalti atau dari jarak jauh tidak berhasil dan mereka kelihatan takut untuk mencuba. ini satu kelemahan ketara kerana tendangan dari jaraka jauh tidak pernah tepat dan mereka seperti ‘takut’ walaupun untuk menendang ke arah gol bila mengambil tendangan sudut. Keadaan ini harus di pandang serius oleh Raja Gopal.
Takniah!!
nape Safee tak score…agaknya dok teringat pelita jaya jer kot..tak pun teringat nasi kandar Pelita..heheheh
TAHNIAH KEPADA PEMAIN MUDA NEGARA……TEBUS MARUAH NEGARA YANG ASYIK KALAH PADA PERIGKAT ANTARABANGSA,,,,
Masa menang kita org suka le…tapi bila kalah kita org sumpah seranah dia org…sampai jurulatih yg tak ada dlm padang pun di suruh letak jawatan…ini le kita org …okey apa2 pun aku tak nak lepas peluang kepada jenerasi aku ni…tahniah utk kita semua pemain2 aku ucapkan…
p/s: dah 17 tahun tak main bola sepak..teringat zaman muda dulu…zaman wakil sekolah n kpg…serata ceruk dunia aku pi kalau ada liga…lebih2 lagi sebelah 7.Lari macam lipas kudung…dgn bola n aku2 masuk ke dalam jaring gol…..indahnya zaman muda dulu..kini semua hanya tinggal kenangan…dah tua,stamina kurenggg… nafas dah semput….
Lepas ni boleh buat perlawanan persahabatan menentang pasukan lain yg lebih hebat pulak. Mungkin boleh arrange untuk lawan Syria, Kuwait atau Mesir. Kalau boleh lawan Uzbekistan atau Iraq pun bagus jugak.
Makin meningkat la mutu bola sepak malaysia bgs2.. ini yang di nanti2kan.. Harap diteruskan..
selagi prestasi mcm ni terus meningkat..insyaallah kita akan setaraf korea atau lebeh hebat lagi..
tahniah teroskan……