Dah nama pun PLUS. Maksudnya apa? Tambah! Pertambahan! Kenaikan! Peningkatan! Lainlah kalau ia ditukarkan kepada MINUS, mungkin nilainya(caj) akan berkurang. Kini, sudah mula keluar cakap-cakap kadar tol Malaysia akan dinaikkan tidak lama lagi. Perjanjian antara kerajaan dengan PLUS adalah berat sebelah. Jikalau PLUS RUGI tidak dapat menampung penyelenggaraan dan operasi, boleh diterima lagi. Tetapi untuk tahun lepas sahaja, PLUS berjaya mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda iaitu lebih daripada RM1.6 bilion. Mereka nak apa lagi sebenarnya daripada rakyat?
Seperti biasa Utusan Malaysia menjalankan tugas mereka :
MUSIM sambutan Tahun Baru Cina minggu lalu memperlihatkan berpuluh ribu kenderaan memenuhi lebuh raya utara selatan, timur dan barat. Ketika kita sibuk bercuti ke kampung halaman dan menikmati perjalanan pergi dan balik yang lancar, ada satu perkara yang mungkin kita lupa. Kita tidak mengambil peduli bahawa rangkaian lebuh raya di Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara dan juga Asia selepas Jepun dan China.
Pun begitu, pengguna perlu diingatkan bahawa perjalanan lancar itu ada harganya. Harga perjalanan akan bertambah mahal. Tahun ini, 10 lebuh raya dijangka akan menaikkan kadar tol termasuk di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang akan mengkaji kadar harga tol untuk pertama kali.
Kadar tol Jambatan Pulau Pinang tidak dinaikkan sejak 25 tahun manakala LPT akan menyemak kadar tolnya selepas enam tahun. Menurut bekas Menteri Kerja Raya, kadar tol Malaysia adalah paling murah di dunia. Purata tol dianggar daripada RM0.11 per km di LPT sehingga RM0.14 di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Jika dibandingkan dengan tol Jambatan Suramadu yang menyambung Surabaya dan Madura di Indonesia berharga 30,000 rupiah (RM11.04) bagi 5.4 km, ini bermakna pengguna membayar RM2.04 per km apabila mengguna jambatan tersebut berbanding menggunakan jambatan ketiga terpanjang di dunia iaitu Jambatan Pulau Pinang yang mengenakan kos hanya RM0.26 per km.
Jika dibuat perbandingan dengan lebuh raya Subic-Clark-Tarlac sepanjang 94 km yang merupakan lebuh raya terpanjang di Filipina, kos bagi kenderaan persendirian menyeberangi jambatan itu ialah RM0.15 per km. Bagi pengguna jambatan Bangabandhu sepanjang 5 km di Bangladesh yang menghubungkan bahagian timur dengan utara negara tersebut, mereka perlu membayar lebuh raya bertol itu pada harga AS$6 atau RM20.40 bagi kenderaan kelas 1 manakala trak dan lori membayar maksimum AS$18 (RM61.20) bagi satu perjalanan. Ini bermakna sebuah kereta persendirian membayar kira-kira RM4.08 per km.
Bayangkan tiga negara yang kategori pendapatan rakyatnya lebih rendah daripada Malaysia tetapi terpaksa membayar kos tol lebih tinggi daripada kita. Bahkan, laluan bertol di Malaysia kerap dinaik taraf dan dibaik pulih bagi memberi kemudahan dan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna. Misalnya kemudahan di kawasan rehat lebuh raya utara Selatan dan pelebaran laluan di Jambatan Pulau Pinang ternyata memberi keselesaan kepada pengguna.
Di fasa kedua LPT yang menyambung lebuh raya hingga ke Terengganu yang kini dalam pembinaan, dijangka akan menyediakan perjalanan yang pantas dan tanpa gangguan dari Kuala Lumpur hingga Kuala Terengganu.
Lebuh raya itu bukan sahaja menghubung pekan berhampiran tetapi yang penting bakal menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Tanpa lebuh raya yang menjadi salur nadi ekonomi Malaysia, negara kita tidak akan menjadi dinamik dan tumbuh dengan pantas. Jadi, ketika pengguna seronok menikmati keistimewaan lebuh raya dengan perkhidmatan dan kemudahan terbaik, jangan lupa tentang ada kosnya.
Rakyat Malaysia sudah terlalu lama dikaburi oleh harga tol yang murah. Pengguna kita dilindungi daripada kenaikan harga termasuk laluan bertol kerana ada subsidi. Ingatlah, subsidi tidak akan kekal selama-lamanya.
Dalam perancangan Model Ekonomi Baru, kerajaan sudah membayangkan tidak mampu lagi menanggung subsidi yang tinggi dan memberi kemudahan di bawah nilai sebenar meskipun ia akan menjejaskan golongan sebenar yang memerlukan bantuan. Kerajaan tidak sanggup lagi menanggung beban membayar subsidi dan ganti rugi kepada pemegang-pemegang konsesi lebuh raya bertol bagi mengelakkan kadar tol dinaikkan, kerana kosnya semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Ertinya, pengguna kenalah membayar jalan dan lebuh raya yang mereka guna dan mereka hendaklah berhenti merungut. Keselesaan pun ada harganya. Jadi, rakyat perlu bersedia membayar lebih apabila menggunakan laluan yang sekian lama diambil mudah kerana kerajaan memberi subsidi yang tinggi.
Rakyat kena memahami dan menerima hakikat bahawa mereka perlu membayar apa yang mereka guna, samalah juga mereka membayar apabila mengguna tandas, telefon awam dan tempat letak kereta. Mentaliti subsidi atau pergantungan pada kerajaan perlu dilenyapkan perlahan-lahan. Utusan Malaysia
Ingat ayat saya dalam artikel isu kenaikan harga minyak baru-baru tentang mentaliti subsidi? Ya..seperti dijangka semalam (24 Februari 2010) keluar lagi ayat ini di utusan Malaysia.
Saya ada beberapa persoalan. Antaranya :
- Kenapa kesilapan ketika perjanjian antara kerajaan dengan PLUS terpaksa ditanggung oleh rakyat bergenerasi lamanya?
- Yang menjadi rakyat tidak mampu menerimanya dan mengakui perjanjian ini adalah berat sebelah. Tidak nampak sehingga ke hari ini usaha-usaha untuk memperbaiki keadaan yang sudah berlarutan untuk tempoh yang lama.
- Walaupun yang menggunakan tol tidak ramai (golongan minoriti) tetapi mereka bukan rakyat juga ker? Sudah rezeki dan tempat mereka di tempat yang dikerumuni dan disemakkan dengan kadar tol-tol Malaysia yang sedia menjadi ceti-ceti di jalanan. Suka atau tidak, mereka perlu membayarnya.
- Ada masalahkah untuk menolong rakyat. Sedangkan duit yang banyak-banyak digunakan perkara-perkara yang tidak sepatutnya (membawa kepada pembaziran).
- Adakah kenaikan kadar tol Malaysia ini akan dapat mengurangkan kesesakan? Boleh ke perbaiki sistem bas and LRT?
Apabila saya melihat ayat seperti di bawah ini membuatkan saya terfikir :
Kerajaan tidak sanggup lagi menanggung beban membayar subsidi dan ganti rugi kepada pemegang-pemegang konsesi lebuh raya bertol bagi mengelakkan kadar tol dinaikkan, kerana kosnya semakin meningkat darisemasa ke semasa.
Bunyi seperti PLUS dalam masalah besar. Adakah pemegang-pemegang konsesi lebuhraya bertol menanggung kerugian jika kerajaan tidak bayar subsidi. Realiti hari ini dan ironiknya staf-staf mereka menikmati bonus yang tinggi pula setiap tahun.
Sepatutnya konsesi ini kena fikir, perniagaan dan bisnes yang mereka jalankan sekarang ini adalah secara monopoli atau paling tidak duopoli. Contohnya kalau dengan tol RM2 dengan jumlah kenderaan yang sedia berkhidmat (memberikan subsidi), membuatkan mereka boleh untung bersih yang banyak untuk menampung operasi sekurang-kurangnya untuk setahun yang akan datang. Jadi sekurang-kurang jika prihatin dengan masalah rakyat /pengguna, tidak timbul isu kadar tol Malaysia akan dinaikkan dan kerajaan tidak pula sampai menyalurkan subsidi.
Adakah isu kenaikan kadar tol Malaysia boleh disamakan dialog (dalam sesebuah keluarga yang mempnyai 12 orang anak) seperti di bawah :
“Seluruh anak-anakku yang disayangi, mak ayah tidak larat dah hendak menanggung beban dengan menjaga kamu semua. Jadi sekarang ini, anak-anakku sekalian, keluar dan mencari duit sendiri. Pandai-pandaila nak hidup.”
Perkara ini terlalu simple. Jika mahu menjadi kerajaan, mestilah menanggung dan membantu rakyat. Rakyat sudah menjalankan kewajiban dengan melangsaikan cukai sana dan sini, tetapi dalam masa yang sama kerajaan mengatakan mereka tidak sanggup menanggung rakyat?
Cara yang macam mana mahu membantu dan memulihkan keadaan, terpulang kepada kerajaan asalkan tidak menekan rakyat.
P/S : Dijangka PLUS sepatutnya habis konsesi pada tahun 2018




{ 16 comments… read them below or add one }
nampaknya..semua naik eh..x de yg turun tuk tahun 2010 ni :cry: huhu(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
tula psl, apa yang tak naik kat malaysia
ini kerajaan yang bukan bagi senang kat kita, makin susah adala Adehhh(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
uiks…naikla smua senang…menteri goyang kaki rakyat mcm hamba(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Hish truk btul la kerajaan ni…alasan tidak mahu bagi subsidi..tapi sebenarnya mahu makan duit rakyat sebenarnya..
selama ini kita rakyat sll tertipu..nak watpe jadi kerajaan kalau xmahu membantu rakyat. dalam hal ni PLUS amik kesempatan…xgune btul zuriaf(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
apa susah brader.
ikut jln lama.
free kot. en. ariff(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
penipu betul artikel utusan.buat cerita utk org yg bodoh baca bolehla..skrg semua rakyat M’sia dah celik la..rangkaian highway kat Thailand lebih baik dr M’sia..tak de tol pun. Patutnye wartawan Utusan pegi belaja dulu dgn Tun Mahathir how to kencing rakyat M’sia.. salwa(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Jangan Merungut….Klau x Ndak Duduk Malaysia…Duduk Luar….Itu la Mentaliti org kita…Komplain..Komplain…Komplain…. Chehhhh… Anjang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Kita duduk di Malaysia ni berbayar tau Anjang, so ada hak
bukan yes man je. Komen sikit jang oiiiiii… Afham(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
entahla…xtahu la nak ckp ape lagi..kerajaan dan negara dalam keadaan kronik kalau kerajaan sendiri xmahu membela nasib rakyat…kata byk sgt menjuarakan rakyat…hampeh aja…tp program yg nk rugikan rakyat adala… :sad: zuriaf(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Memang tidak patut kerajaan menaikkan harga tol kerana kebanyakkan tol di selangor sahaja dimonopoli oleh PLUS. Setiap hari kemana sahaja yang ingin ditujui, mesti ada tol. Jangan kata kerajaan tiada duit dan tidak mampu menanggung kerugian berjuta ringgit. Jika rakyat malaysia seperti dulu, YA anda boleh menipu, tetapi sekarang maklumat dihujung jari. Satu click boleh tahu ape menteri2 buat, ape menteri2 pakai, rumah apa menteri2 duduk, kereta ape menteri2 naik. Jika dihitung gaji para menteri2 ini, jauh sekali mereka boleh memiliki apa yg mereka ada sekarang. Rakyat bukannya bodoh. Sekali lagi saya tekankan..RAKYAT BUKAN BODOH. Jadi berhentilah memperbodohkan rakyat atau rakyat mungkin akan BERSUARA lagi pada PRU nanti.
P.s: Tak serik2 dgn pengajaran yg dibagi, dah dpt ferrari nak lamborghini..bile dpt lamborghini, nak Rolls Royce. Zaman sekarang semua org gila Kuasa dan Harta. Baik BN & PKR.2×5 je. Pemerhati Politik(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Inilah namanya Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan. Betul ker?? Peduli apa aku….keh2 :mrgreen:
Siapa pemegang saham PLUS? Menurut kenyataan Pengerusi PLUS yang disiarkan didalam laman webnya, 64 peratus saham PLUS dipegang oleh Khazanah Holdings Berhad sementara 20 peratus lagi adalah dipegang oleh KWSP, Perkeso, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji. 10 peratus dipegang oleh pelabur asing dan selebihnya 6 peratus dipegang pelabur awam.
Maknanya, PLUS adalah syarikat milik kerajaan dengan pegangan 84 peratus saham. Dengan kata lain, PLUS, sebuah syarikat kerajaan, mendapat keuntungan dengan mengutip berbilion ringgit dari rakyat dengan mengutip tol dilebuhraya. PLUS juga membayar dividen berjumlah hampir RM800 juta pada 2008 kepada syarikat-syarikat kerajaan ini. Begitu kayanya PLUS sebagai sebuah syarikat kerajaan. (Lihat laman web Plus)
Pada tahun 2008, kutipan tol PLUS berjumlah RM2.2 bilion, yang tertinggi dalam sejarah. Keuntungan yang berbilion ini sesuatu yang ‘obscene’ atau memilukan ketika rakyat mengharungi suasana ekonomi yang mencabar ini.
Amacam, ada kipas susah mati UMNOK nak jawab…..????
Jawab pantun ini, harap ada yang beli….keh..keh Pak Awang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
cuba ko tgk muka2 yg keja toll kat plus tuu…dari bwh sampai atas semua muka mcm kau pak awang. muka melayu.
keuntungan dpt ke org melayu jugekk.
dividen?? majoriti yg labur di saham plus, 80% saham amanah org2 melayu jugekk. kalau tak mcmana tabungaji nak bayar dividen kat pendepositnyaa.
nanti org simpan kat bank makan riba , kau juga yg bisingg……
kalau nak harap kan puak2 ko yg meniaga, bela kambing jampari pun boleh bankrapp…
syarikat GLC kelantan sampai kena bail-out dgn k’jaan negeri. tara baca kaaa….. joe(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
malaysia ni jauhhhh lebih baik dari indon /filiphino / thailand….bawak2 laaa berjalan bior bukak mata tu skett…..
jangan kena tipu dgn harakahkahkah jeeee
kalau ko duduk indon baru la ko tauu…. skolah , hospital..perkara asas mahal nak mampus. toll tok sah ckp laaa…
di australia, consider negara maju pun kena bayar toll….
jaga je lah malaysia ni baik2…. joe(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
mmg kalau nak sabar xleh kawan2 semua..aku da la keja hari2 lalu guthrie…tension satu hari habis 10 ringgit…kalau dpt elak tol pn xtahu mcm mane…ikoot dlm sama gak jam ni :twisted: zuriaf(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
aku dah cakap dah gomen hari ni gileeeee … jln raya tu x luak pon kalau kita lalu hari2 .tapi depa kutip duit kita hari2 ..kalau dia org ikut cara yahudi punya sistem memang mampus kita …aku pun dah pening nak fikir masalah rakyat dah ni ..ko org pilih je la parti aku nanti..kita tubuh parti khalifah rakyat bersatu semelaysia ..aku jadi presidennya pasti dan pasti aku akan jual semua besi2 yang depa dirikan tiang2 tol utk kutip duit kita tu..lepas tu enkorang semua tidak akan dikenakan sebarang cukai melaikan zakat sahaja … jln la mana2 engkorang nak pergi tol satu sen pun aku tak kenakan .. kucing69(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
pndan gam muka kena byor tol.. aku dok kelate xprnah pk bendo alah tu..biaso laa org kata kelate mundur tp rakyat hidup aman bhgio xkira kaum.. kekalkn krajaan islam
fadz(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0