
Kenapalah situasi sebegini sering berlaku yang mana apabila sudah tidak bekerja dengan kerajaan sahaja, orang-orang kita baru nak ringan-ringankan mulut menceritakan “hal kelambu” mereka semasa berkhidmat dengan kerajaan. Terbaru diberitakan bekas sarjan yang paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson menganggotai tentera darat selama 23 tahun sehingga 1989 telah mendedahkan bagaimana beliau pernah terlibat memangkah Barisan Nasional(undi pos) bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum yang lalu.
Hai…kenapala baru sekarang nak buat pendedahan, kenapa tidak dulu. Kerana kuasa? Duit? Atau takut(ugutan). Walaubagaimanapun, BeritaSemasa.com mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas keberanian yang beliau tunjukkan untuk bersuara. Lagipun berita ini masih samar-samar lagi, kerana baru didengar oleh sebelah pihak sahaja. Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan yang rapi.

Kerana dek terlalu lama menyimpan rahsia ini, beliau tidak berapa ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu tetapi ia didakwa terjadi semasa bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia keempat waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad. Pendedahan ini dilakukan menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.
Soal dan isunya sekarang, apakah masih relevan lagi ker undi pos ke atas anggota tentera dan polis dijalankan setiap kali menjelangnya pilihanraya. Kalau yang bertugas, belajar atau masih bekerja di luar negara boleh dimaafkan lagi. Sebab melibatkan kos yang besar jika untuk dipanggil balik semata untuk mengundi, tetapi yang anggota polis dan tentera yang berada di Malaysia? Negara kita bukan macam dulu, sudah lama aman daripada sebarang pengganas.

Jika benar pendedahan ini, ini hanyalah satu kes terpencil yang kita ketahui. Bagimana situasi sebenarnya yang sedang berlaku dalam kem-kem tentera ketik ini setiap kali berjalannya proses undi pos semasa menjelangnya pilihanraya. Peluang untuk undi-undi anggota untuk dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu tetap ada.
P/S : Pilihanraya sebenarnya satu medium untuk memilih pemimpin yang benar berkaliber dan bertanggungjawab kepada rakyat. Itu sebabnya tidak boleh timbul sebarang ruang sehingga menyebabkan proses pilihanraya berjaya dimanipulasikan
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [RASMI] PAS Tersungkur, Barisan Nasional Menang Di Bagan Pinang
- [DUN Bagan Pinang] Barisan Nasional vs Parti Islam Se-Malaysia?
- Adun Bagan Pinang, Isa Samad Jadi Taruhan Barisan Nasional
- Pilihanraya Kecil DUN Kota Siputeh Akhirnya Diistihar Kosong!!
- Piliharaya Kecil Lagi? Tian Chua Kena Penjara!!
- [BULAN MAC] Pilihanraya Negeri Perak?


{ 37 comments… read them below or add one }
ada juga tentera yang nak undi pembangkang tapi takut..takut kena buang kerja, tak dapat kenaikan pangkat dll kelebihan macam kakitangan kerajaan yang lain..dia bagitau pun sebab dah bersara dari tentera..
hai..macam2..nak menang punya pasal..malaysia ku..
kalau ye…lagi sennag diorang nak adjust
nape la takut sangt nk stopkan undi pos ni, tak pun mansuhkan borang yang drang bleh trace tu, busuk betul politik
memang wajib mansuhkan je 100%, laen la kalau pengundi tu kene bertugas kat oversea kan, tu logik la jugak nak jimat kos balik ke malaysia, ni tidak. pusat mngundi ngan kem pon bpe kilometer sngat la. :merajuk
lagi bagus isap puting lembu daripada isap harta rakyat
kan-kan
rakyat sedang memerhatikannya sekarang
tunggula nanti PRU akan datang
sebab memang membantu
dikala kesempitan atau kelemasan…
tapi hal ini tidak boleh dilakukan
oleh orang Islam…
tak baik….
pengundi pos plak…
kesian diorang sebab kebebasan untuk diorang mengundi sudah ‘diragut’…. no freedom anymore…
sebab pembangkang sudah ada 5 negeri dan nak kumpul banyak negeri lagi…kerajaan pulak akan rangka camne nak ambil semula negeri-negeri yang dah kalah esp selangor…’nadi Malaysia’…
Rakan saya pernah menceritakan kepada saya bahawa rakannya sedang mencari kerja di sebuah syarikat awam (kerajaan) dan dialog diantara rakan(saya letak nama abu seman la) kepada rakan saya dan penemuduga itu pun bermula seperti dibawah:
Abu Seman: Assalamualaikum Selamat pagi tuan.
Penemuduga:Selamat pagi,sila duduk.Sebelum awak
ditemuduga,saya nak tanya sikit.Awak sokong
kerajaan atau pembangkang?
Abu Seman:erkk..saya sokong pembangkang tuan..kenapa?
Penemuduga:HMM baik,sekarang awak boleh keluar..saya tak
akan menemuduga awak..
Abu Seman:(terdiam membisu lalu keluar )
boleg menjana pendapatan secara lumayan..jual e-book pun bagus
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.