BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Uncle Seekers VS Sultan Johor!!

by Staff Berita Semasa on July 3, 2012

in Informasi Terkini

Ketika laporan berita ini dikeluarkan, “drama bersiri” mengenai kerabat Sultan Johor dan kepimpinan tertinggi negeri Johor dari blog Uncle Seekers boleh dikatakan baru sahaja bermula. Melihat lambakan artikel bersiri mengenai cerita disebalik tabir melalui blog Uncle Seekers ini yang kini sudah menginjak ke SIRI yang ke 62 banyak berkisar kepada beberapa persoalan yang dilontarkan kembali kepada Sultan Johor, beberapa kerabat Diraja Johor dan tidak lupa juga kepimpinan tertinggi negeri tinggi.

Dan sekarang ini, pendedahan Uncle Seekers ini sudah mula menyelitkan beberapa maklumat yang mahu dikongsikan kepada orang ramai dan tidak lupa juga kepada pihak berkuasa yang masih dilihat “tidak sudi untuk meminang” Uncle Seekers untuk disoal siasat seperti mana tindakan pantas yang dilakukan terhadap kes hina Sultan Johor yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin melalui isu plat WWW1.

Laporan Polis Terhadap Blog Uncle Seekers Hina Sultan Johor

JOHOR BAHARU – Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog Uncle Seekers, uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog Uncle seekers berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog Uncle Seekers semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya,” katanya.

Jikalau diteliti laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini, laporan polis yang dibuat oleh sekumpulan individu bukan bersandarkan kepada dakwaan fitnah tetapi lebih kepada tulisan artikel-artikel di blog Uncle Seekers yang dilihat menghina dan mengaibakan Tuanku Sultan Johor. Ehem….

  • Jikalau didapati maklumat yang dikemukanan adalah berbentuk fitnah, Uncle seekers haruslah dihukum dengan tindakan undang-undang yang sewajarnya
  • Tetapi…….persoalannya sekarang ini jikalau perkara-perkara yang dikemukakan melalui blog Uncle Seekers adalah fakta, adakah Uncle Seekers dipihak yang salah?
Apa yang penting di sini, artikel-artikel dari blog Uncle Seekers yang terus-menerus terhadap Sultan Johor, beberapa kerabat Sultan Johor dan juga kepimpinan tertinggi negeri Johor ini haruslah disiasat bagi mengetahui kebenaran disebaliknya.

P/S : Ada kemungkinan blog Uncle Seekers akan dibuang oleh pihak berkuasa selepas ini. Berkemungkinan….

PP/S : Nampaknya komen Nizar dalam twitternya hanya “sebesar hama” sahaja berbanding tulisan di blog Uncle Seekers ini yang lebih keras, lebih pedas, lebih terasa, lebih daripada menghina. Kita tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku selepas ini..

{ 5 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Prince Noob July 3, 2012 at 6:48 pm

aku masih menanti2 apakah kesudahannya nanti…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 kawan July 4, 2012 at 9:44 am

itu la..talam dua tiga muka org umno(dan talibarut) nih..kalu yg tak seteru ngan dia cepat je besarkan dlm paper toilet diaorg..munapik

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 silver price July 8, 2012 at 9:24 pm

uncle ko ni mcm barua anjeng jerk.sbb aku kata mcm ni, sbb motif ko tulis semua thread2 ni semata2 sbb nak kamal paria tu berbaik dgn sultan.bila dorang berbaik ko akan delete semua entry2 ni. apa motif ko yg sbnr? brp sen org suap ko utk buat keje2 ni semua?uncle kalo btl ko berani dan x de kepentingan apa2 dlm thread2 ni, kuarkan komen aku ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 dieta July 11, 2012 at 3:11 am

uncle ko ni mcm barua anjeng jerk.sbb aku kata mcm ni, sbb motif ko tulis semua thread2 ni semata2 sbb nak kamal paria tu berbaik dgn sultan.bila dorang berbaik ko akan delete semua entry2 ni. apa motif ko yg sbnr? brp sen org suap ko utk buat keje2 ni semua?uncle kalo btl ko berani dan x de kepentingan apa2 dlm thread2 ni, kuarkan komen aku ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Dzim August 6, 2012 at 9:15 am

Saya berharap pihak berwajib dapat menyiasat apa yang didedahkan oleh u.ckes benar atau tidak itu yang lebih penting pada saya, sekiranya apa yang dinyatakan oleh u.ckes tak benar barulah didakwa u.ckes tu di bawah ‘Akta Rahsia Rasmi’…..tapi jika apa yang didedahkan oleh u.ckes tu benar, pihak berwajib ‘WAJIB’ mendakwa pihak yang didedahkan itu….barulah keadilan ditegakkah bukan mendakwa orang yang mendedahkan kebatilan… kalau beginilah pihak berkuasa bertindak, sampai kiamatlah orang yang berkuasa akan bermaharalela dan menindas rakyat jelata……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: