BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Umur Persaraan Penjawat Awam 58 ke 60 Tahun DiKaji !

by Staff Berita Semasa on September 14, 2011

in Kakitangan Awam & Swasta

Kerajaan bakal mengkaji tarikh umur persaraan kakitangan awam sekarang dari 58 tahun ke 60 tahun.Ini kerana terdapat ura-ura bahawa ada penjawat awam yang ingin bekerja lebih lama dalam perkhidmatan awam.

PUTRAJAYA 12 Sept — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu membuat kajian terlebih dahulu berhubung cadangan melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, ini kerana JPA harus mengambil kira kesannya terhadap tenaga kerja baru, terutama pelajar tajaannya yang akan menamatkan pengajian.

“JPA banyak membuat tajaan kepada penuntut yang cemerlang daripada semasa ke semasa dan pada masa yang sama kita juga mengusahakan semua pelajar terbabit memperolehi pekerjaan, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta,” katanya kepada pemberita, di sini.

Mengulas lanjut, Abu Bakar yang secara peribadinya bersetuju dengan cadangan itu berkata, di negara maju umur persaraan penjawat awam adalah antara 60 dan 65 tahun.

Beliau juga berpandangan, cadangan tersebut wajar dipertimbang memandangkan Malaysia bakal menjadi negara maju dalam tempoh sembilan tahun lagi menerusi Wawasan 2020.

“Di negara maju umur bersara adalah 65,” katanya. Bagaimanapun katanya, jika cadangan itu dilaksana penjawat awam akan diberi pilihan sama ada untuk bersara pada umur 58 atau 60 tahun. — Bernama

Antara alasan lain bahawa.di negara maju,umur persaraan bagi kakitangan awam mereka adalah pada umur 65 tahun.Dan mereka berpendapat,cadangan tersebut wajar dipertimbangkan,memandangkan visi kerajaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju.

Kami pula berpendapat, umur persaraan ini diberi dalam bentuk pilihan.Ini kerana,tak semua kakitangan awam yang ingin bekerja sehingga umur 60 tahun.Dan masalah kesihatan pada umur sebegitu juga, bakal menimbulkan masalah dalam memberikan perkhidmatan memuaskan.

Apa pendapat anda pula?Sesuaikah sekiranya umur persaraan kakitangan awam dinaikkan ke umur 60 tahun.


{ 71 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 sha September 14, 2011 at 9:23 am

kalau JPA setuju…. bg kakitangan yg nak sambung tu….biar le yg boleh buat kerja…. jgn asyik2 ke klinik je… nyusahkan org lain je kena cover kerja deme…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 suhaimi84 September 14, 2011 at 10:08 am

pandangan saya…mengapa mesti dilanjutkan umur persaraan penjawat awam..bagilah peluang kepada org lain..yang dah berumur dah boleh berehat dirumah.banyakkan amal ibadat..dalam kehidupan kita sebagai orng islam kn bukan dunia yang dicari semata2..akhirat pun kna cari jgk…sma2 kita pkrkan….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Maklumat: Malaysian Health September 14, 2011 at 10:33 am

MALAYSIA LIFE EXPECTANCY HISTORY

1960: (Age-54.3 years) World Ranking No 81
1970: (Age-61.6 years) World Ranking No 76
1980: (Age-66.9 years) World Ranking No 68
1990: (Age-70.3 years) World Ranking No 60
2000: (Age-72.6 years) World Ranking No 55
2010: (Age-73.6 years) World Ranking No 81
2011: (Age-73.8 years) World Ranking No 112

TOP 5 MALAYSIA CAUSE of DEATH

1. Coronary Heart Disease (22.18%)
2. Stroke (11.67%)
3. Influenza & Pneumonia (9.20%)
4. Road Traffic Accidents (7.85%)
5. HIV/AIDS (5.53%)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 jawabandar September 14, 2011 at 11:01 am

Pada pendapat aku,kurang wajar kerana bagaimana graduan2 di Malaysia lepasan ijazah berpeluang untuk berbakti kepada negara.Lagipun, bila mencapai umur 60 tahun,kudrat atau tenaga semakin menurun.Yang hanya boleh disumbang hanyalah idea.Siapa yang akan merealisasikan idea tersebut?Pegawai yang muda2 juga.Tapi bagaimana untuk merealisasikannya jika pegawai-pegawai ini tidak bersara dan jawatan kepada pegawai baru tidak dapat diwujudkan.So,lebih elok jika bersara mengikut masa yang ditetapkan.Beri peluang kepada generasi baru untuk meneraju negara pula.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 UMNO TAK TAKUT ALLAH September 14, 2011 at 11:10 am

ok…supaya banyak pegawai2 kerajaan yang tak pernah taubat untuk dapat byk rasuah ……..sbb had berkhidmat 60-tahun….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Honda September 14, 2011 at 11:19 am

Aku doakan anak cucu hang nanti diberikan akal yang cerdas dan badan yang cergas supaya dia dapat buat bisnes sendiri atau masuk syarikat swasta. Maklumlah, pegawai kerajaan kan banyak rasuah.

Kalau sakit, pegilah hospital swasta. Nanti kalau dah sembuh, xberkat pulak hang nak solat kalau pi hospital keraajaan.

Kalau anak cucu nak masuk Universiti, masuk la private universiti. nanti xberkat plak ilmu tu blajar dengan pegawai berasuah, kalau masuk IPTA.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 helmi September 14, 2011 at 11:49 am

patotla nk masok keje gov x dapat2..da tua2 x reti2 nk bg laluan graduan muda..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 nasT September 14, 2011 at 11:55 am

Bagus berita nie harap jd kenyataan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 mat syabuu... September 14, 2011 at 12:01 pm

elok lah kaji semula….
beri peluang kepada muka2 baru…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 naimulfirdaus September 14, 2011 at 12:07 pm

bagilah rehat awal..yang nak sambung takpela..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Maklumat: PUGSOM September 14, 2011 at 2:03 pm

PERDANA UNIVERSITY GRADUATE SCHOOL OF MEDICINE (PUGSOM)

- Founded in 2010 in collaboration with Johns Hopkins University School of Medicine.
- The first American-style graduate medical school in Malaysia.
- Offers a 4 years program.
- Developed in concert with a fully integrated teaching hospital and research enterprise.
- Located 25 minutes from downtown Kuala Lumpur in Serdang, Selangor, Malaysia.
- Offering 100% tuition coverage for eligible Malaysian students.
- Tun Dr Mahathir as Chancellor

4 Year Projected Tuition and Fees
Year 1: RM 250,000
Year 2: RM 250,000
Year 3: RM 250,000
Year 4: RM 250,000

Total: RM 1 million (approximately $300,000 US)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Menteri Gila Harta September 14, 2011 at 2:14 pm

Takpelah, bagilah diorang kerja. Kos hidup makin meningkat. Nak harapkan pencen berapalah sangat. Nak tunggu anak-anak hulur bulan-bulan, diorang pun belum tentu senang juga.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Tok Berjanggut September 14, 2011 at 6:14 pm

tak payah la, bagi ruang kepada orng muda-muda, dah tua banyakkan amal ibadat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 PM pada tahun ???? September 14, 2011 at 8:26 pm

xmasuk akal langsung cadangan nie…nmpk sgt nk jimatkan kos..kalo lanjutkan umur bersara, kena jgk lanjutkn umur utk mjadi kakitgn kerajaan, dr umur 35 tahun kepada 45 tahun..kalo kerajaan buat mcm nie, mmg bjuta2 duit dpt d jimatkan drpd byr gaji org yg baru mjadi graduan dan terpaksa juga membayar pencen kpd bekas kakitgn kerajaan..sebenarnya, tujuan utama kerajaan nk wat mcm nie untuk jimatkn DUIT PENCEN..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 shah September 14, 2011 at 9:44 pm

Xpayah la sambung lagi..adohai..aku tgk makcik2 kerani tu,umur lps 45(zaman2 menopause) rate keje sgt rendah..xyah la..buang duit,masa ngn tenaga keje je.serapkan je tenaga keje baru yg betul2 nk keje dan berdaya saing utk menuju ke wawasan 2020. negara maju tu psl taraf pemikiran diorg tinggi,tgk la cara keje camne..makin tua makin berisi..kita,makin tua,bdn yg berisi..=X

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 Org Gomen September 14, 2011 at 10:16 pm

saya sokong, org lama lagi bijak mengurus dan berpglmn, rugi negara kalau xgunakan kemahirn mreka…harap budak muda skrg….ntah xtaulaaa…tau nak kerja senang…gaji banyak…lepasan u pon…xleh harap sgt. bila bagi tugasan, mcm2 alasan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 haizzzz September 15, 2011 at 1:25 pm

tgk org ngn jawatan gak..xsume tua tu b’pengalaman luas dlm bidang masing2..kalo dh kuat ngulor dr start keje,dpt pengalamn mendenye..kalo jawatan mcm cikgu,engineer,pegawai2 gred 41 ke atas la..ok lg kot..tp kalo yg keje biase2 ni,maaf ckp la..kureng la

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Menteri Gila Harta September 14, 2011 at 10:31 pm

Suka hatilah.

Zaman sekarang semua orang nak “retire young, retire rich”.

Tapi apakan daya, tak mampu nak retire young & rich. Sampai ke tua pun hidup tak senang-senang.

Saya menteri gila harta, harta yang ada 10 generasi pun tak habis. Anytime can retire…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 wan September 14, 2011 at 11:05 pm

kalau umur 60 anak2 kecik lg camne??
kawin umur 40, umur 60 thn anak baru nk masuk U..
kena keje gak..
tgk keadaan le. Ada yg terpaksa keje tu biar le diorang keje. yang mampu brenti le.bagi laluan kat anak muda

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 haizzzz September 15, 2011 at 1:22 pm

cari la keje swasta..yg swasta anak kecik lg ko xnk pk lak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 julia September 15, 2011 at 1:39 am

tak da guna bg sambung pon..kakitangan yg tua2 nie ramai yang pemalas.dtg keje lambat.makan rasuah tak ingat dunia.bukak company pulak tu,ambil sub sendiri..pass projek sesama dia..nie semua cilaka punya kerajaan…sape kaki bodek ,kerajaan bg sambung..klu tak bodek,kene kick awal2..sy cadangan umur 50 dah cukup..oleh itu akan kurang masalah penganguran..rasuah pon akan menurun,sbb yg tua2 tak sedar diri nie,akan berambus.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 haizzzz September 15, 2011 at 1:28 pm
23 Hamba Allah July 7, 2012 at 10:47 am

aku pun setuju gak!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 mohammad September 15, 2011 at 7:48 am

cukuplah tu. berihatlah. luangkan masa dengan keluarga. pergi Haji. sertai kegiatan masyarakat setempat. beri peluang kepada golongan muda untuk gantikan tempat. ambil peluang untuk berbakti kepada masyarakat di sekitar kawasan kejiranan. buat persiapan terakhir sebelum dipanggil berjumpa denganNya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 lensahitam September 15, 2011 at 8:06 am

sy berpendapat tidak pantas umur persaraan dilanjutkan kepada umur 60 tahun kerana lebih bagus diberi peluang kepada graduan baru supaya dapat dielakkan pengangguran yang semakin ramai

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 kampung bahagia September 15, 2011 at 10:53 am

Aku bukan apa, dah ada pengalaman berurusan dgn akak2 yg dah nak jadi nenek pun, cakap pun tak tgk muka kita, dahlah malas bebenor, sapai aku nyer urusan 3 , 4 kali pergi pun tak settle2 jugak…..dah bagi maklumat silap kat kita…aku naik angin terus dia bagi kat staf lebih muda….barulah selesai masalah…mood kerja dia org pun dah takder pun, 0% kerja sekadar nak tunggu habiskan pencen jer…..bos pun dah tak kuasa nak bgai kerja lebih2 asyik tertangguh jer (nak pencen umur 60 ker) nampak lagi ke dia org nak menaik tue nanti, alahaii………duk rumah jelah buat amat ibadat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 mmrs September 15, 2011 at 11:22 am

hurm xpayah la nak disambung2 lagi..baik dok umah buat amal ibadat..duit kalo nak cari sampai bila2 pon xcukup2..bg peluang kepada generasi muda yang lain..dah tua2 nanti kuat ngulat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 WAR FOR RAKYAT September 15, 2011 at 2:31 pm

bagus2 cadangan mcm ni…dr umur 58 ke 60 utk umur persaraan bg penjawat awam…nampaknya ramai lg graduan- graduan yg keluar dr IPTA & IPTS akan mengganggur dinegara sendiri….dahlah negara sendiri dibanjiri warga asing saban tahun merampas peluang kerja warga tempatan…skrg ni pulak penjawat awam pulak bersara umur 60 tahun…APA CER..? terima kasih byk2 kerajaan skg…tnggulah bila graduan-graduan muda mula bersuara nanti…pikir lah sendiri masa tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 asraf September 15, 2011 at 2:59 pm

ermm bagi la peluang graduan baru..gaji satu orang tua yg dh nk pencen=3org fresh graduate..memang la org tua byk pengalaman,oleh itu,sebelum diorg bersara,curah2 kan la ilmu tu kt org muda,jgn kedekut ilmu..org muda pula,jgn la sombong nk belajar dari org tua..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 Menteri Gila Harta September 15, 2011 at 3:04 pm

Nanti bila dah dapat lanjut khidmat sehingga umur 60 tahun, akan lanjutkan ke umur 65 tahun pula.

Alasan: Nak ikut seperti di negara maju.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 nasT September 15, 2011 at 3:18 pm

Yg nak bising2 nk kerja gomen kenapa, kerja swastakan banyak..x dpt kerja kerajaan kerjala swasta..yg kita semua nk marah cadangan kerajaan kenapa bukankah ini bermanfaat..stau maklumat untuk dikongsikan : -
Singapore Pencen umur 63
Germen Pencen umur 67
Jepun Pencen umur 65

jai kesimpulannya xder masalah la kalo pencen umur 60 tak gitu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 Hang Jebat September 15, 2011 at 3:33 pm

I think it’s ok, but only to non-Malay.

Malay is very malas, 45 years old pun goyang kaki saja maa. Malay only knows to complain. Malay very bad english. Don’t bother to improve. And dont even want their child to get improve. Buang duit kerajaan saja maa.

Aiyaa I’m Malay also, thats y my english bad lor..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 nasT September 16, 2011 at 10:41 am

I think kind of racist, and I believe even non-malay also lazy like pig also according to the SPRM , non-malay especially Chinese like to practise bribery..and I also believe you also a kind of stupid but act like angel, I believe if a maly goverment officer who work longer than 58. they are not become lazy, since lazy is a factor of individual rather than race, so please stop your prejudise fool !!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 MERAPU September 15, 2011 at 3:53 pm

alah, takyah nk smbung 60. ckplah tu 58 thn. bab nk naik umur persaraan bkn main lgi tp bila brg naik, minyak naik, gaji tak pulak naik…bg je bebudak tu keja gomen, bg dier org pulak menikmati keja gomen. duit pencen pn bkn byk maner, lgpun umur2 senja tu baik-baik buat ibadat, buat amal….nikmat duniawi dh puas dirasai….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 inSan PerihatiN September 15, 2011 at 4:09 pm

Salam…..bagi gue,umur 60 thn sekalipun tak guna kalau selalu jadi ” ULAR SAWA”,semua keja dilepaskan pada staff baru….tak guna buang duit kerajaan,utk lanjutkan umur bagi pnjawat awam sedemikian…
APAGUNANYA tenaga muda,graduan2…yang memiliki ijazah/diploma kalau tidak digunakan?? yang penting sekarang adalah penyelarasan gaji utk penjawat awam,bukannya kenaikan umur pencen sehingga 60 thn….
pencen sampai 70 thn pun tak guna,kalau pencen masa pesaraan masih kecil,
silap2 kena keja dkt company pulak pas tuu….!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 helmi September 15, 2011 at 10:13 pm

haiya..pegi ofis gov mau jumpa nenek2 lagi kaa?bagi la peluang cuci2 mata cari jodoh sket..haiya..tarak pikir ini olang..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 adik kecik September 15, 2011 at 11:38 pm

Salam semua.
Adik dulu masa muda2 kerja dengan syarikat swasta (Jepun). Setiap kali mensyuarat, ramailah pengurus2 Jepun terlibat sama. Kebanyakan berumur 55 tahun keatas. Bila mensyuarat, apa jadi??? Kebanyakan pengurus2 Jepun ini tertidur. Orang yang yang paling kuat kerja di Asia pun boleh meeting tertidur, inikan rakyat M’sia terutamanya orang Melayu. Adik rasa prestasi kerja berkurangan dengan kadar usia meningkat. Betul kematangan berfikir dan pengalaman berkadar terus tetapi dengan keadaan dunia yang semakin cepat maju, orang2 tua dah tak dapat menyaingi orang muda. Orang muda sekarang semakin tinggi ilmu dan berdaya maju serta berinovasi. Dengan ilmu agama yang tinggi seiring dengan teknologi, mereka lebih layak memimpin, mengurus dan bekerja dengan telus, rajin, bersistematik dan mampu melonjakkan negara menjadi negara Islam M’sia yang berteknolgi tinggi. Orang2 tua banyak pelupa dan ketinggalan. Adik berhenti kerja umur 42 tahun. Tak mampu menyaingi jurutera2 muda yang belajar di Jepun. mereka lebih layak. S’krg, berniaga. Alhamdullillah, ilmu yang dituntut dulu digunakan dalam perniagaan keluarga. Bila lagi nak mengajar anak2 berniaga. Inilah masanya… Berniaga itu SUNNAH…! Walllahualam.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 mrsyahs September 16, 2011 at 12:54 am

saya berpendapat kerajaan harus memberi peluang kepada graduan kerana mereka perlu menyelesaikan hutang ptptn dahulu.. jika sukar mendapat kerja, sukar jugak la nak melangsaikan hutang.

lagi pun pegawai kerajaan yang bersara berpeluang cerah untuk berkhidmat dalam sektor swasta

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 nasT September 16, 2011 at 10:43 am

kadang2 pelikla..kenapa org melayu,cina dan india yg muda suka sgt kerja goverment? xnk ker depa try kerja swasta?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 imah September 16, 2011 at 5:56 pm

Tak perlulah nak tambah umur persaraan sampai umur 60 tahun..Takut nyanyuk pulak buat kerja, mata rabun,.Bagilah peluang orang muda pula..lagi pu ramai yang menganggur sekarang ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 tanam anggur x jadi September 16, 2011 at 11:29 pm

bdak lepasan u bkn x leh harap tp dia msk mesti diajar bkn msk terus pegang jawatan beso….apakata orang lama kat jabatan tu dinaikan pangkat lepas tu jawatan kosong diisikan lg…orang yg da veteran leh jadi penasihat..ini bukan saja bole meningkatkan prestasi malah boleh menjadi pembelajaran untuk masa depan…andaikan lah satu hari nnt sume org veteran x der..takkan nak harap sume org lama dlam opis wat keje…so peningkat x der lah..saper nak ajar org lama utk kerja veteran, org lama nak pula ajar org baru wat keje…org baru confirm kena buli/ mara oleh org lama…so hidup ni asyik menyalahkan satu sama lain lah….

Org Gomen:
saya sokong, org lama lagi bijak mengurus dan berpglmn, rugi negara kalau xgunakan kemahirn mreka…harap budak muda skrg….ntah xtaulaaa…tau nak kerja senang…gaji banyak…lepasan u pon…xleh harap sgt. bila bagi tugasan, mcm2 alasan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 ahmad September 17, 2011 at 8:26 am

kasihan lah lapisan pelejar baru yg sudah habiskan pelajaran…kalau org lama x pencen, mcm mane org baru nk dpt kerja dan org yg sepatutnya naik pgkat xdpat naik…kalau pencen umur 55 tahun pun dh kira ok la…bg lah pluang lapis2 baru pulak naik…sekian…wasalam

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 bunga sedang berkembang September 18, 2011 at 8:06 am

saya setuju pihak kerajaan menaikkan umur persaraan ke 60 tahun sebab kebaikannya semua pengalaman dan kemahiran kakitangan veteran (sering disebut orang lama) akan disalurkan kepada kakitangan baru tidak kira berjawatan pegawai atau kakitangan bawahan..gaji dan pencen adalah perkara kedua tetapi sumbangan idea dan cara mengatasi masalah2 dalam sesuatu jabatan dapat diatasi bersama..hanya kakitangan kerajaan sahaja yang boleh memahami mengapa persaraan dilanjutkan kepada umur 60 tahun dan semua orang kena trima hakikat jika kerajaan meluluskan cadangan tersebut.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 jebon September 18, 2011 at 1:59 pm

bagilah generasi baru ni peluang pekerkerjaan dah lama menunggu tapi tak juga panggil…bagi pekerja veteran tu besara je la dok kat umah buat amal ibadat lagi bagus…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 malaysia September 19, 2011 at 1:19 am

kalau pilihan ok lah.
sebaiknya kerajaan sepatutnya beri pilihan bersara umur 55th,58thn,60thn atau 65thn, dan bukan wajib bersara pd umur tertentu sebab pekerja itu sendiri dpt menentukan setakat mana komitmen yg dpt mereka berikan.
yg setujunya berilah org lain peluang kerja.
tapi apa yg lebih bagus adalah berilah kenaikan gaji, barulah dapat menuju negara berpedapatan tinggi, ni negara je berpendapatan tinggi tapi rakyat tak berpendapatan tinggi.
Kalau kerajaan nak menuju pendapatan tinggi bukan dengan menaikkn umur persaraan kerana pengalaman dan produktiviti mereka, tapi jgn lupa lama2 org kerja produktiviti akan turun bila sampai umur dekat nak bersara. tapi kalau bagi kenaikan gaji sekurang2nya 70% berdasarkan kos hidup sekarang itu lebih baik akan menaikkan motivasi kerja serta komitmen dan produktiviti kerja, jadi kita tidak terus bergantung dengan muka lama sahaja. Kalau gaji besar, lepas pencen masih dapat pendapatan besar, org takkan pencen sampai 58thn atau 65 tahun kalau diberi pilihan.
sepatutnya kerajaan lebih fokuskan kepada kebajikan pekerja seperti kenaikan gaji atau tambah juga elaun kesihatan atau perubatan sebab kerajaan nak naikkan umur bersara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 fsteyme September 20, 2011 at 3:39 pm

tak perlu kerja sampai umur lanjut begitu, beri peluang pada graduan2 yang baru kuar universiti pula untuk bekerja. Jika diteruskan juga bertambah teruklah pengangguran yang berlaku akibat tiada kekosongan jawatan.

Lagipun secara peribadinya jika umur tu dah sampai 60-an eloklah luangkan masa beribadat ingat Allah sentiasa, bertaubat dan menuntut ilmu agama maklumlah dah nak sampai umur subsidi dah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 zb September 26, 2011 at 9:41 am

saya bersetuju kalau lelaki yang berkerja sampai 60 tahun tapi kalau wanita umur 58 sudah cukup kerana apa yang saya dapati kalau yang perempuan dia patut dibersarakan awal kerana nak jaga anak cucu tapi kalau lelaki 60 tahun masih kuat berkerja.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 Simon Munang September 28, 2011 at 9:32 am

Saya sokong penuh cadangan kerajaan bagi lanjutan umur persaraan 60 atau 65 tahun hanya untuk sektor seperti BioTek, Sains Tisu, Sains angkasa, DNA, Atom, Radioaktif atau kepakaran yang lain sukar diisi oleh JPA. Bagi sektor-sektor sokongan, PP atau JUSA (kecuali kes-kes mendesak) boleh diisi oleh jutaan lepasan sekolah, beribu-ribu graduan dan pegawai kanan.

Terima kasih.
(Pembayar cukai)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 ismi September 29, 2011 at 11:46 pm

Simon Munang: Saya sokong penuh cadangan kerajaan bagi lanjutan umur persaraan 60 atau 65 tahun hanya untuk sektor seperti BioTek, Sains Tisu, Sains angkasa, DNA, Atom, Radioaktif atau kepakaran yang lain sukar diisi oleh JPA. Bagi sektor-sektor sokongan, PP atau JUSA (kecuali kes-kes mendesak) boleh diisi oleh jutaan lepasan sekolah, beribu-ribu graduan dan pegawai kanan.Terima kasih.(Pembayar cukai)

tak ada peluang anak2 muda nak isi jawatan kosong…. :) :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 dudung October 5, 2011 at 6:05 pm

Saya betul2 tidak setuju dengan usia persaraan dinaikan sampai 60 tahun .Bagi yang berjawata tinggi seperti pengarah boleh sebab dia cuma bekerja menggunaka buah fikiran tapi bagi kakitangan yang bergred rendah terpaksa menggunakan seluruh kudrat tenaga bekerja ikut arahan dari atasan.Letih Oooo…Kalau dah umur 50- keatas mana ada kekuatan lagi untuk bekerja.Lagipun bagilah peluang anank-anak muda yang baru habis belajar peluang untuk bekerja.Takan biarkan dorang menganggur tunggu orang pencen sampai 60 tahun.Lagipun kalau Umur dahmencecah 50 keatas tu perbanyakanlah amal ibadat yang banyak ditinggalkan sepanjang kita bekerja……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 AkuTaukeh October 5, 2011 at 10:34 pm

Haiya! Melayu lu apa takut itu olangtua mahukilija sampae 60 ka 65 ka, lu olang Muda Melayu boleh meniaga ma! Bikin kilang sendili, workshopka, macam=macam lain. Kelajaan kasih lu belaja free dSMK, Vokasional, Kolej Universiti semua free ma, semua ilmu ada ma . Kalu semua bersatu hati boleh bikin kilang manyak-manyak tatk pelu kerja gomenma, jadi Taukehma. Olang Cina mana ade suka kilija gomen, kelija sendilima, Olang Muda Melayu manyak langsi macam kaya kasi kaya Cina, mau makan pisangpun cina tanam, makan mi cina bikin juga. Melayu bodo makan gaji tatak mahu kelija sendili jadi taukeh. Kalau DAP/PKR jadi kelajaan Melayu mesti jadi kulilo, cakap manyak mesti kasi buangma maumakan apa lo meniaga titak pandai makan dadah manyak pandai, kelija sendililah Melayu jangan layu……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 aku taukeh pandai cakap October 11, 2011 at 12:19 pm

aiya taukehhh..saya belajar itu unibesiti aa, talak free woo. mau bayar itu ptptn wo. belaja mana yg talak pakai duit? mau beli buku pun akai duit wo. lu pandai ke talak pandai tauke? lu ingat wa talak minat bisnes ka? lu ingat mak bapak wa olang ada duit ka mau sponsor wa punya bisnes? mau bisnes talak pakai duit mula2 ka tauke? sewa kedai deposit ribu2. kalau bisnes nasi lemak aa, kena beli itu payung, peralatan masak jugak. wa punya umah bukan dekat jalan besar. wa kena jalan kaki 30 minit bawak barang2 nasi lemak ka tauke, banyak tu kena bawak. wa bukan ada kereta.

apa guna wa belaja tinggi2 tapi wa tak dapat curahkan idea n bakti wa dalam jurusan wa ambil. lu bising suruh org bikin kilang sendiri. wa mau bukak kilang guna BULU KAKI wa ka tauke? wa org islam talak boleh beli no ekor, kalau menang boleh jugak buat modal bisnes. wa cuba nak buat pinjaman tekun tapi sudah dekat 4 bulan tak ada keputusan apa2. pinjaman bank lagi la jangan mimpi.

apa guna wa belaja tinggi2 tapi lu suruh tanam pokok. kalau tanam pokok talak pakai duit ka tauke. baja semua. lu ingat wa punya rumah tanah besar ka tauke. takkan lu mau suruh wa beli ladang. guna BULU KAKI lagi ka tauke? baik tutup aja semua unibesiti. wa sikalang keje swasta gaji x berpatutan dengan keje wa. macam mana mau pinjam bank. nak bayar ptptn lagi. harapkan gomen tuk menjamin masa depan, alahai…dah naikkan pencen umur 60 pulak. tauke tauke…lu macam pandai tapi lu lebih langsi saja lor

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 BUMIPUTERA November 13, 2011 at 4:26 pm

itu la meLAYU…cakap sikit dah melenting…apa “AkuTaukeh” tu cakap memang betul maa…pikir la sikit. klu 30-40 tahun dulu ko cakap alasan macam tu mungkin boleh terima…tapi ni suda tahun 2011…sebab bangsa lain dari dulu berusaha…doirang pun mcm ko juga dulu…tapi diorang tidak malas macam ko…harap kerajaan saja. MeLAYU ni kerja dia hisap dadah, merempit, berlagak, ragut, buang anak, haruan makan anak, pagar makan padi, cucu rogol nenek, bunuh, samseng, buli, rasuah, malas, banyak lagi ar….lu pikir la sendiri…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 rincool October 8, 2011 at 10:50 am

jawabandar:
Pada pendapat aku,kurang wajar kerana bagaimana graduan2 di Malaysia lepasan ijazah berpeluang untuk berbakti kepada negara.Lagipun, bila mencapai umur 60 tahun,kudrat atau tenaga semakin menurun.Yang hanya boleh disumbang hanyalah idea.Siapa yang akan merealisasikan idea tersebut?Pegawai yang muda2 juga.Tapi bagaimana untuk merealisasikannya jika pegawai-pegawai ini tidak bersara dan jawatan kepada pegawai baru tidak dapat diwujudkan.So,lebih elok jika bersara mengikut masa yang ditetapkan.Beri peluang kepada generasi baru untuk meneraju negara pula.

saya amat setuju pendapat sahabat ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 rincool October 8, 2011 at 11:00 am

Simon Munang:
Saya sokong penuh cadangan kerajaan bagi lanjutan umur persaraan 60 atau 65 tahun hanya untuk sektor seperti BioTek, Sains Tisu, Sains angkasa, DNA, Atom, Radioaktif atau kepakaran yang lain sukar diisi oleh JPA. Bagi sektor-sektor sokongan, PP atau JUSA (kecuali kes-kes mendesak) boleh diisi oleh jutaan lepasan sekolah, beribu-ribu graduan dan pegawai kanan.

Terima kasih.
(Pembayar cukai)

Ini saya amat bersetuju juga pendapat yang begini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 rincool October 8, 2011 at 11:04 am

zb:
saya bersetuju kalau lelaki yang berkerja sampai 60 tahun tapi kalau wanita umur 58 sudah cukup kerana apa yang saya dapati kalau yang perempuan dia patut dibersarakan awal kerana nak jaga anak cucu tapi kalau lelaki 60 tahun masih kuat berkerja.

Tolong lah bro nanti macam Ape lompat Ape lompat hayah sudah tow maa malalah buli keleja mata pun tala nampak ohh hali hali tingok komputer maa biar lah kasi 58 cukup lah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 rincool October 8, 2011 at 11:08 am

dudung:
Saya betul2 tidak setuju dengan usia persaraan dinaikan sampai 60 tahun .Bagi yang berjawata tinggi seperti pengarah boleh sebab dia cuma bekerja menggunaka buahfikiran tapi bagi kakitangan yang bergred rendah terpaksa menggunakan seluruhkudrat tenaga bekerja ikut arahan dari atasan.Letih Oooo…Kalau dah umur 50- keatas mana ada kekuatan lagi untuk bekerja.Lagipun bagilah peluang anank-anak muda yang baru habis belajar peluang untuk bekerja.Takan biarkan dorang menganggur tunggu orang pencen sampai 60 tahun.Lagipun kalau Umur dahmencecah 50 keatas tu perbanyakanlah amal ibadat yang banyak ditinggalkan sepanjang kita bekerja……

Gue Kok Enga setujuh cuba kalian pikiran dong kalo umur uda lanjut mao kasi sampaie 60 nati kok banyak typing erro kok bikin susah aje dehhh, lagi mata kok enga terang loh ehhhhhh sabar ya?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 ropi October 11, 2011 at 4:03 pm

sha:
kalau JPA setuju…. bg kakitangan yg nak sambung tu….biar le yg boleh buat kerja…. jgn asyik2 ke klinik je… nyusahkan org lain je kena cover kerja deme…

depa tak tau kaumur dah 60 tu memang dah tua tu…he…tah..tah nanti ken pakai lampin pakai buang…he..he…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 ropi October 11, 2011 at 4:15 pm

WAR FOR RAKYAT:
bagus2 cadangan mcm ni…dr umur 58 ke 60 utk umur persaraan bg penjawat awam…nampaknya ramai lg graduan- graduan yg keluar dr IPTA&IPTS akan mengganggur dinegara sendiri….dahlah negara sendiri dibanjiri warga asing saban tahun merampas peluang kerja warga tempatan…skrg ni pulak penjawat awam pulak bersara umur 60 tahun…APA CER..? terima kasih byk2 kerajaan skg…tnggulah bila graduan-graduan muda mula bersuara nanti…pikir lah sendiri masa tu.

c erita gini dema takut pencen awal ..dah tua -tua gitu kudrat pun kurang berilah peluang utk generasi muda.pergilah buat amal ibadah atau tak pun jaga cucu kat rumah ke!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 ropi October 11, 2011 at 7:31 pm

asraf:
ermm bagi la peluang graduan baru..gaji satu orang tua yg dh nk pencen=3org fresh graduate..memang la org tua byk pengalaman,oleh itu,sebelum diorg bersara,curah2 kan la ilmu tu kt org muda,jgn kedekut ilmu..org muda pula,jgn la sombong nk belajar dari org tua..

satu pandangan yang bagus!ingatlah umur dah 60 tu memang dah jadi warga emas.memanglah koma banyak pengalaman tapi lepasan graduan juga mampu merealisasikan pelbagai bidang,cubalah jangan lokek untuk berkongsi dengan generasi muda pasti anda orang akan sanjung tinggi!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 Betul Tak Tipu October 12, 2011 at 11:50 pm

ropi: c erita gini dema takut pencen awal ..dah tua -tua gitu kudrat pun kurang berilah peluang utk generasi muda.pergilah buat amal ibadah atau tak pun jaga cucu kat rumah ke!!!

bro bkn warga asing mermpas pekerjan di malaysia, sebab nya golongan anak anak muda tempatan sekarang nie mana mahu kerja di panas terik nie dan terlalu memilih pekerjaan pulak tu , sebab tulah warga asing suka dtng ke malaysia bukan merampas nama nya cuma mencari reziki yang Halal.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 Mary November 29, 2011 at 10:52 am

Bersetuju asalkan pilihan bersara wajib pada umur 56 tahun dikekalkan. Bererti penjawat awam boleh bersara wajib pada usia 56, 58 atau 60 tahun. Boleh bersara pilihan pada usia 40 tahun untuk wanita dan 45 tahun lelaki. Tidak semua bersara umur 60 tahun. Kamipun tak larat nak kerja lama-lama.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 kuturayau November 29, 2011 at 11:46 am

depa ni asyik fikiq buat duit bukan nk ingat apa,kalau umur 50 th keatas mola nk tunggang tebalik kejar sana kejar ni,ligan sana ligan sinun,huh mcm tak dak keja,bagi can la yg baru-baru nk naik tu yg muda2 tu,yg kiut tu ada fikiran bernas, pandai keja dan buat duit.Jadi negara 1 malaysia yg segak2,bercahaya,wawasan baru,prokerja dan timbangrasa,senyum pun ada kelas.Ha..mcm ni kita mau yg lama suruh pencen cepat2 org baru nk masuk.Depa ni semangat lebih tak lah ada byk pusat serenti.Berenti setakat ni kut byk2 pun tak masuk otak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 ncj January 11, 2012 at 3:16 pm

pd pndangan sy la mgkin sbb kerajaan xnak ks duit krjaan keluar banyk untk thn nie..bkn ke lps p’saraan ssorg kakitangan krjaan akn dpt wit mcm wit sagu ati beribu2 (xpsti brp)memandangkan krjaan sndri nak gn wit ats sbb2 t’tn2 untk thn nie maka t’pksa la mereka lnjutkan usia p’saraan…maka wit yg sepatutnya dibyar kpd pesara bole digunakan lu…& mgkin 1 lg sbb bos2 besar xsmpt nak menikmati gaji besar apabila naik pgkat serta langsaikan hutang msg2… (pandangan ini xsmstinya dip’setujui olh org lain k) hehe…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 muraly May 26, 2012 at 1:45 am

tak sokong naikan umur persaraan…
jgn ikut negara asing ikut kaedaan dimalaysia
ramai golongan muda nak berkerjaya khawin dll perlukan kerja kenapa yg org lama2 ni tak paham cerite mereka dah habis org muda cerita baru bermula so bagi peluang kepada mereka….
pengalaman boleh dikongsi …tak semestinya kerja sgn kerajaan leh buka business sendiri gaji banayak juga

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 kontol June 20, 2012 at 5:00 am

Bersetuju asalkan pilihan bersara wajib pada umur 56 tahun dikekalkan. Bererti penjawat awam boleh bersara wajib pada usia 56, 58 atau 60 tahun. Boleh bersara pilihan pada usia 40 tahun untuk wanita dan 45 tahun lelaki. Tidak semua bersara umur 60 tahun. Kamipun tak larat nak kerja lama-lama.
{ini pendapat terbaik daripada marry}

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 mamang July 11, 2012 at 8:28 pm

kekalkan pencen umur 55,56…orang muda sukar dapatkan kerja klau umur pencen di naikkan ke umur 60…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 pesara 51 December 11, 2012 at 7:26 am

kakitangan awam ada berbagai kategori, 1. ada yg memabg cekap dan berminat nak kerja dan pengetahuan nya diperlukan dalam perkhidmatan awam.Yang ini perlu bersara hingga 60 tahun, 2.Nak pencen lewat kerana tak ada kerjA NAK BUAT bila besara nanti jadi datang pejabat untuk relex, makan-makan borak-borak. kerjanya tak ada.3. ada jenis yang hutang maseh belum habis jadi kerja lagi untuk menjelaskan hutang terutama pegawai tinggi.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 pesara 51 December 11, 2012 at 7:37 am

lazimnya pegawai awam orang malaysia bila sudah melepasi umur 55, segalanya lemah , ingatan, tenaga, semangat, kesihatan.sdebenarnya bila umur sudah 50, kesihatan sangat penting,oleh itu dengan berpencen, dapat menjaga kesihatan,dan tumpuan kepada ibadat sangat perlu, lubang kubur sudah hampir.
Setelah besara,saya sering berkunjung kepejabat kerajaan, sangat kecewa melihat telatah sebahagian kakitangan awam,cara melayan , bercakap,displin dalam pejabat, >SYUR, kerajaan kalau nak tahu nilai , lantik beberapa pesara jadi pemerhati pemantau untuk menilai kakitangan awam , kerana mereka lebeh faham dan tahu macamana sepatutnya bekerja. dulu mereka pegawai,sekarang mereka pelAngan,.tk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 Pesara Tua December 16, 2012 at 4:17 pm

Bersara diumur 60 adalah tdak wajar.Yang nak ditunjukkan disini rasa hebat kesatuan PERKERJA berjaya membuat ugutan kepada kerajaan.!!! Yang mereka buat tuntutan tanpa membuat kajian terperinci.Boleh diibaratkan menang sorak kampun tergadai.Mereka yang berkerja di sektor awan tetentu rasa amat gembira,tiap bulan duit masuk penuh aktra untuk 5 tahun berikutnya.Cuba lah fikir-fikirkan nasib anak-anak muda lepasan universiti.Mereka kena tunggu sampai ketua untuk memohon pekerjaan disektor awam.Guna la otak jangan ikut hati yang haloba..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 Zakaria December 24, 2012 at 9:25 am

Salam,
Persaraan wajib bagi pegawai / kakitangan perlu mengikut landasan asal iaitu pada usia genap 56 tahun kerana pada tahap usia sebegini boleh dianggap produktif. Persaraan / berkhidmat sehingga usia genap 60 tahun tiada sesuai memandang generasi sekarang mempunyai tahap pendidikan yang baik perlu diberi peluang untuk menjana tenaga / fikiran dalam perkhidmatan awam.
Kerajaan juga perlu mengaji tahap umur untuk memasuki perkhidmatan awam. Umur yang sesuai untuk memasuki perkhidmatan awam (lantikan pertama) pada usia berikut:-

1. Jawatan kelayakan masuk – SPM – 20 tahun hingga 30 tahun.
2. Jawatan kelayakan masuk – Diploma – 22 tahun hingga 35 tahun.
3. Jawatan kelayakan masuk – Ijazah pertama ke atas – 25 tahun 40 tahun.

Syarat ini terkecuali kepada mereka yang telah berkhidmat,
tetapi lantikan kejawatan yang lebih tinggi hanya mereka yang berumur kurang daripada 50 tahun. Bagi jawatan seperti pensyarah, guru, doktor dan golongan pakar / profesional dikecualikan

Golongan pentadbir seperti PTD pengambilannya perlu dikurangkan supaya diwujudkan monopoli dalam jabatan dan kementerian. Kelayakan lantikan / kenaikan pangkat perlu diselaraskan dengan P & P yang lain.

Kewujudan PTD yang ramai dalam pentadbiran akan mengkucar kacir organsasi, di mana unit kecil juga ada PTD yang menjadi ketua unit. Sepatutnya golongan ini perlu dilatih dengan kerja-kerja pentadbiran / profesional tahap tinggi sepertimana yang di amalkan di bawah sistem pra-merdeka / awal merdeka. kenaikan pangkat yang cepat drastik tanpa pengalaman yang luas dalam pentadbiran akan merencatkan dasar kerajaan.

Saya harap Transformasi Perkhidmatan Awam yang dikemukakan oleh SKMTPA akan mengambilkira padangan saya / rakyat Malaysia supaya perkhidmatan awam akan terus kompetatif / berdaya maju.

Jangan ujudkan jawatan yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak pandai buat kerja dan hanya mementingkan jawatan dan pangkat. Ini hasrat sebenar saya sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan bangsa, negara dan agama. Aiyoh, lakukan perubahan segera.

Perlu saya ingatkan, penjawat awam jangan suka dipolitikan oleh golongan ahli politik desprado yang memperalatkan penjawat awam demi kepentingan peribadi. Apa yang lebih penting, kualiti perkhidmatan kepada rakyat dan negara merdeka ini.

Saya menyokong hasrat KSN untuk melakukan perubahan kepada perkhidmatan awam supaya bukan hanya berdaya saing, tetapi berdaya maju dan profesional.

Terima-kasih KSN, teruskan usaha untuk kebaikan perkhidmatan awam bagi menempuh cabaran yang mendatang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: