BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Umur Bersara Kerajaan 60 Tahun. Setuju?

by Staff Berita Semasa on September 15, 2010

in Kakitangan Awam & Swasta

bersara2

Dah nak dekat dah, pembentangan belanjawan 2011 dan seperti biasa Cuepacs melakukan “tugasnya”  meminta kerajaan menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini. Harapan mereka  supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.

  • Cuepacs telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lalu, dan pada 2006 Cuepacs telah hantar memorandum, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun
  • Umur bersara pada umur 60 tahun adalah satu pilihan dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun

bersara

Alasan dan hujah Cuepacs diperkuatkan lagi apabila industri perbankan tempatan telah bersetuju baru-baru ini menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.

  • Umur bersara di Malaysia – 58 tahun
  • Umur bersara di Thailand, Brunei dan Indonesia -  60 tahun
  • Umur bersara di Singapura – 62 tahun

Mungkin bagi kami, samada umur lanjut atau tidak bukan menjadi penghalang untuk mereka meneruskan perkhidmatan mereka di sektor kerajaan. Kalau mereka berkhidmat dengan baik, mengapa tidak? Cadangan mereka sekarang ini, kakitangan kerajaan akan mempunyai pilihan samada mahu melanjutkan tempoh umur bersara mereka ke 60 tahun atau tidak. Kalau yang memberikan komitmen sepenuhnya semasa bekerja tidak mengapa lagi.

Ingat memang ada kakitangan kerajaan walaupun sudah berumur tetapi masih produktif dan kepakaran mereka sentiasa ditagih, TETAPI BUKAN SEMUANYA BEGITU. Bagaimana kakitangan awam (lanjut usia) yang jenis curi tulang, “memulau” ataupun “kerap ambil MC” dalam erti kata lainnya sudah tak produktif lagi?

“Yang paling pentingnya sudah tiba masanya golongan ini memberikan peluang kepada pelapis baru aka graduan baru”

Cuepacs tidak kasihan dengan lambakan masalah pengangguran yang berlaku di Malaysia? Masalah pengangguran belum berjaya diatasi, mahu ditambah dengan beban yang lain pula….Pada kami,  jikalau hanya penjawat awam yang mempunyai kepakaran, penjawat awam tersebut memang “menyumbang” sebelum itu dan juga berminat untuk menyambung perkhidmatan mungkin boleh diberikan tawaran untuk menyambung perkhidmatan, tetapi bukannya membuka kepada semua.

Kadang-kadang mengenai graduan ini pula, bila masa temuduga, semua kata ya, ya dan ya. Bukan semua, terdapat sebahagiannya begitu. Tetapi bila berjaya ditemuduga, permintaannya banyak sangat. Tak boleh itu, tak boleh ini dan juga tidak boleh ditegur. Sebab itulah untuk masalah yang sebegini pula, ada baiknya jika lantikan terus untuk graduan baru dalam sektor kerajaan ini, ditawarkan kontrak setahun dahulu seperti yang diamalkan semasa pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), walaupun dapat waran tetap JPA.

Apabila kontrak, majikan senang nak tamatkan kontrak jika mencapai prestasi yang memuaskan. Sebelum dapat kerja, merayu-rayu nak kerja, sampai bawa tandatangan wakil rakyatlah, menteri dll. Akhirnya apabila sudah dapat, tak boleh buat kerja pula……

“Perbuatan tak selari dengan pertuturan semasa sesi temuduga sebelum itu”

[poll id="130"]


{ 54 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 aremierulez/Amirul September 15, 2010 at 3:22 pm

ni nak bagi lagi ramai siswazah menganggur ke ape ni?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Mr. Zakwan September 15, 2010 at 3:38 pm

cuepacs jangan nak jadi hero sangat, sampai tak boleh nak fikir baik buruknya
apa kelebihannya umur 60 tahun…

1. melambatkan kenaikan pangkat kakitangan bawahan (orang lama masih kekal)
2. Melambatkan kekosongan jawatan (masih banyak yang menganggur)

jadi kerajaan jangan turut sangat permintaan bodo cuepacs tu… apa la cuepacs, bonus dan kenaikan gaji hangpa diam… cuepacs apa da…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 FrankRose September 15, 2010 at 5:14 pm

mak oi…. sampai bila nak menongkat langit… kalau yang tgh kerja heret sampai umur 60 tahun, yang bawah bila nak naik, yang tak kerja bila nak masuk kerja, yang umur 56 tahun pun kerja dah banyak lupa dari ingat, ni presiden cuepacs ni dengarnya dah cecah umur bersara wajib, tapi dok le asak tambah umur pencen, nak tongkat langit ke, larat ke…. dulu kumpulan sokongan, skg dah naik kumpulan profesional nak tambah lagi…. ingat oi, waktu pencen ni le orang nak berehat, nak melancung, dapat duit gratuity ni umrah ke, haji ke, dah kena fikir masa alam kubur nanti…. baik perjuangkan kenaikan gaji kumpulan sokongan yang gaji paras bawah sikit lubang hidung…. lagi besar faedahnya, kalau umur 60 tahun nanti, graituty pegawai kumpulan pengurusan dah berapa (cecah ratus ribu woo), golden hand-shake lagi dah berapa, dok fikir sedap kumpulan pengurusan je ni…. yang peringkat bawahan tendand tepi… cheh,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Pakcik Dit September 15, 2010 at 6:03 pm

Betol tu saudara frankrose, saya sokong. sepatutnya cuepacs nh memperjuangkan kumpulan sokongan, lebih – lebih lagi gred bawahan, anak ramai, duk di bandar bsar, naik kan gaji diorg pada kadar yg sepatutnya. bukan nk memperjuangkan had umur persaraan. itu tidak penting. makin bertmbah la kadar penggangguran.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Lee September 15, 2010 at 7:21 pm

Tak payah lah…udah-udah la tu cuepac oiii….kepala lutut pun dah terketar-ketar dah masa tu…baik pi layan cucu, buat amal sebanyak mungkin…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 lion September 16, 2010 at 1:10 am

HINGGA UMUR 60???…SAMA SEKALI TAK SETUJU SEBAB TAK JELAS PUN SISTEM TU LEBIH BAIK BERBANDING YANG ADA SEKARANG. LAGI PUN MANUSIA NI BIASANYA BILA DAH SAMPAI USIA 55 THN AKAN MULA KURANG PROAKTIF.M KESANNYA, TAK PRODAKTIF.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 JAMARLJAFFAR September 16, 2010 at 1:36 am

ni la die,org kate “bagi betis nak peha”..
cuepac ni bkn pk kesan2 die…demand ikot sedap tekak jek..
xamek kire cost kerajaan nk byr lagi pekrje yg spatutnye retired yg sure gaji da besar..baek recruit graduate yg jobless,sure gaji kecik sbb baru lg..
ckup la pae yg blaku mase tahun yg krajaan naek kn umor bersare ke 58 thn..
rmai gler guru2 maktab lmbt posting dan sektor2 yg laen…
fikir2 kan lah!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 mzanrahman September 16, 2010 at 10:53 am

Pada saya,,, ade baik buruk nye.. yg baik mgkin yang nak bersara dapat ajo yg baru…sebab ade kesempatan. tapi yang buruk nye.. staf yang bawah2 ni susah nak naik pangkat, banyak anak bangsa akan menganggur sebab xde jawatan kosong, banyak org merantau keluar negara.. tiada sumbangan utk negara. yang dah nak bersara ade masa lagi nak bersama keluarga… berehat saja di rumah.. bila lg nak berehat????aasyik kerja.. kerja..kerja. jadi beringat2 la…kata org dikesempatan usia yang ada…. berilah tumpuan pada keluarga… jgn asyik ingat kerja saja.. sudahlah seumur hidup fikir pasal kerja. jadi… fikir-fikirkan lah dan selamat beramal.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 tadpole21 September 16, 2010 at 4:15 pm

yup.. agreed.. tlg laa pk kan anak2 muda pulak.. asek pk diri sendiri je… skang kes pengangguran pon dh banyak.. nak menambahkan lagi penganggur di Malaysia ke??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 nasT September 16, 2010 at 7:45 pm

Saya sama sekali meyokong dasar kerajaan bersara umur 60. Hal ini akan membolehkan semua golongan untuk membeli rumah. Ini kerana dengan pesaraan panjang maka caruman peruman juga akan lebih murah seterusnya memungkan semua golongan dapat membeli rumah.

Graduan uitm 2009/pekerjaan: Pegawai Ehwal Ekonomi E41/ Jabatan : Agensi KPKK :kacak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Faiz September 16, 2010 at 11:40 pm

:tembak Ada pekerja pembantu am rendah ditempat i ……..tak datang kerja berbulan pun… belum kena buang….kalau datang pun tak nak buat kerja…baca surat khabar …..gaji dah rm2000…. datang tempat kerja tidur banyak….banyak pekerja cam tu …kalau tambah sampai usia 60 tahun maka dapatle orang camni makan gaji buta…kecian kat orang muda ….nak kerja camna…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 aku September 17, 2010 at 9:44 am

wakaka… lawak la cuepacs ni. nnti ketua-ketua jabatan smua dh xde gigi smpai staff xfham arahan. mesy smpai 7-8 jam sbb asyik ulang bnda yg sma (maklumlah, dh nyanyuk..) ada yg bwak cucu ke ofis sbb kesian kat cucu xde pngasuh. mgkin lebih kritikal, staff kena asyik salin lampin pkai buang bos huhu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 aku September 17, 2010 at 9:47 am

hnya stakat beli rumah aje ke kelebihan bersara smpai umur 60 thn ni ? klau g keje pun bertongkat, kalau cuti lebih byk drp bkerja, kalau baca surat pun kena pakai mikroskop baik xpayah…

nasT: Saya sama sekali meyokong dasar kerajaan bersara umur 60. Hal ini akan membolehkan semua golongan untuk membeli rumah. Ini kerana dengan pesaraan panjang maka caruman peruman juga akan lebih murah seterusnya memungkan semua golongan dapat membeli rumah.Graduan uitm 2009/pekerjaan: Pegawai Ehwal Ekonomi E41/ Jabatan : Agensi KPKK   

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 alnor September 17, 2010 at 4:05 pm

x payah la nak lanjutkan umur persaraan. nanti akan menyebabkan masalah pengangguran. ramai student2 lepasan U, x dpt keje. jadi yg mana dah patut pencen tu, bagi peluang yang baru2.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 BUJANG SENANG September 17, 2010 at 4:38 pm

Faiz: Ada pekerja pembantu am rendah ditempat i ……..tak datang kerja berbulan pun… belum kena buang….kalau datang pun tak nak buat kerja…baca surat khabar …..gaji dah rm2000…. datang tempat kerja tidur banyak….banyak pekerja cam tu …kalau tambah sampai usia 60 tahun maka dapatle orang camni makan gaji buta…kecian kat orang muda ….nak kerja camna…  

Apa JK Tatatertib kat tempat u tu buat? TIDO ke? atau JK Tatatertib kat tempat u tu pun sama berbulan-bulan tak datang keje… Tak adil kepada yang datang keje hari-hari… Tak de punch card ke? Kes buang kerja hanya melibatkan kes-kes jenayah…dan dadah… tapi, at least kalau ada tindakan, gaji dia sepanjang dia tak datang keje tu boleh diambil/ditarik balik….tp ketua unit kenelah betul juga. Jangan nak ikutkan kesian sangat. Kalau ada tindakan, mesti dia ingat kesan kepada persaraan dia nanti. Takde tindakan, SELAMAT HARI RAYA HARI HARI lah dia…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 KOBISH September 17, 2010 at 4:57 pm

Cadangan saya, umur persaraan 55 tahun dan beri pencen penuh sebulan gaji, graituty dan golden hand-shake mcm biasa lah. Kenapa yang selalu mc, sakit, x produktif di sambung servis hingga umur 58….x masuk akal langsung .dan ada yang cuti sakit bertahun pun masih di sambung perkhidmatan nya hingga 58 tahun gak……sokong ayat ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 budakhitam10 September 17, 2010 at 6:18 pm

Setuju ada dan tak setuju pun ada, bak setuju tu tengok pada jenis profesion contohnya macam pensyarah,sainstis , pakar pakar,golongon ahli fikir dan banyak lagi,mereka ni bekerja menggunakan kebijaksanaan otak, bagi melahirkan golongan pekerja macam ni agak lah terhad so rugi jika direhatkan awal ketika buah fikirannya , tenaga nya masih diperlukan untuk kemajuan negara.
Bak ta setuju ditujukan pada golongan pekerja yang menggunakan tenaga seperti buruh, sektor yang terlalu sibuk, bebanan kerja terlalu banyak, rasanya golongan ini dah terasa jemu dan tidak produktif ketiga umur dah capai 50 keatas.Bagi yang tak produktif dan banyak henki penki tu perlu direhatkan awal,jangan tunggu 55 tahun, bagi peluang pada golongan siswazah menganggor sumbangkan jasa. 1 lagi nak tambah, rasanya berapa peratus yang betul2 amanah dalam menjalankan tugas, maksud disini kerjaan tak pernah potong walau 5 sen duit gaji depa setiap bulan, adakah depa cukup masa bekerja setiap hari………..rasa nya kerja tertangguh bertimbun timbun,lu fikir la sendiri.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 isa September 19, 2010 at 9:50 pm

Had umur kaki tangan kerajaan sepatutnya bukan di tambah 2 tahun tapi sepanjang hayat dan juga jawatan tersebut di buat sebagai pusaka ( di warisi kepada anak cucu)

Alang- alang nak minta biar berpada , sepatutnya cuepacs rasional dan matang bukan nak cari populariti . Pada hemat saya presiden cuepacs ini sudah tiada idea dan suka mencari alasan agar dia nampak macam pandai buat kerja walhal tak tau nak buat kerja .

Semakin tua semakin kurang data productivity ini di akudi oleh sesiapapun . adakah presiden ini sedar atau buat-buat tak sedar akan hal ini . Atau presiden dah nak kena pencen tapi duit simpanan masih belum cukup ??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 Lee September 20, 2010 at 1:45 pm

isa: Had umur kaki tangan kerajaan sepatutnya bukan di tambah 2 tahun tapi sepanjang hayat dan juga jawatan tersebut di buat sebagai pusaka ( di warisi kepada anak cucu) Alang- alang nak minta biar berpada , sepatutnya cuepacs rasional dan matang bukan nak cari populariti . Pada hemat saya presiden cuepacs ini sudah tiada idea dan suka mencari alasan agar dia nampak macam pandai buat kerja walhal tak tau nak buat kerja . Semakin tua semakin kurang data productivity ini di akudi oleh sesiapapun . adakah presiden ini sedar atau buat-buat tak sedar akan hal ini . Atau presiden dah nak kena pencen tapi duit simpanan masih belum cukup ??  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

letak jawatan ajer ler…bagi orang muda pulak…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 afiq September 20, 2010 at 7:44 pm

Setuju dengan en isa dan kawan2 yang lain. Presiden Quepacs tu kena letak jawatan la..x produktif..Dah berapa tahun bonus takde ni. Duit bonus raya plak habis wat bayar saman..adoiii..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 Jon September 21, 2010 at 3:40 pm

Penambahan umur persaraan 60 tahun satu perkara yang baik jika ada kajian menyeluruh tentang keberkesanan perubahan umur persaraan 56 ke 58 tahun. ini kerana banyak implikasi yang timbul dari segi kekosongan jawatan, kualiti kerja dan tekanan kepada orang bawahan bagi ketua majikan yang tidak lagi berfikir rasional (kerana faktor usia) terutama golongan wanita akan memberi implikasi kepada kecemerlangan dan kekukuhan organisasi. Melainkan bagi penjawat awam yang mempunyai akademik peringkat Ph.D, kerana mereka ini adalah golongan pemikiran, dedikasi dan inovasi dalam bidang pelaksanaan pentadbiran maupun kepakaran tertentu serta penuh profisonal.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 Zaharul Helmi September 22, 2010 at 1:52 am

Aku setuju sangat kalo umur sampai 60 pencen. Best ke apa? Pergi keje, tido pastu balik..dah nak tamat waktu koje punch card ler..Gaji tetap masuk beb! :gelak :gelak :duit :duit

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 hazif September 22, 2010 at 7:51 am

kalo dah tua sangat…sampai 60…memalukan..aje….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 hazif September 22, 2010 at 8:10 am

sebenar nye…cuepacs…ni sebenar nya kena hasut dengan PTD.yang mana lepas umur pesaraan mereka ni tak tau…nak buat apa, otak sebenarnya dah kosong, yelah umur pada masa itu…pulak sudah 58…pangkat dah sampai ke Jusa….gaji dah banyak….bila pencen pulak….orang dah tak pandang pon..gulungan mereka ini….leleh2 lagi masa kerja jadi ketua sombong, belagak, tak campur orang….sebab itu…bila pencen aje mula risau…..pangkat dah tak ada, dah jadi datuk nenek…dan .hutang pulak menimbun..keliling pingang….ye..lah buat banglow…masa ambik loan maximum….pencen dah tinggal ciput.
Mula PTD-PTD ini pikir macamana nak sambung perkhidmatan….jadi nya..gunakan Cuepacs…untuk kepentingan diri sendiri….aku dah tengok…kakitangan kerajaan yang peringkat umur dah nak bersara dari kakitangan rendah sampai lah yang tertinggi…bila dah masuk 54tahun…mula lah slow performan mereka….lagi pon buruk dah….raut wajah dengan beruban, gigi pon dah ronggak, tak beseri langgsong….

Jadi nye aku sarankan agar Cuepacs ni jangan lah nak jd Hero kepada mereka ni…..cukup lah dengan kerja setakat 58 tahun….bagi peluang kepada orang lain…kepada kroni2 PTD2 tu yang nak kerja….anak-anak orang peluang pekerjaan….jangan tamak…setamak-tamak nya….

Cuepacs ko ingat dia orang nak hargai ke…apa yang kamu buat….ada depan manis belakang dia akan kamu….memang pak turut……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 comel March 6, 2011 at 9:24 pm

hazif: sebenar nye…cuepacs…ni sebenar nya kena hasut dengan PTD.yang mana lepas umur pesaraan mereka ni tak tau…nak buat apa, otak sebenarnya dah kosong, yelah umur pada masa itu…pulak sudah 58…pangkat dah sampai ke Jusa….gaji dah banyak….bila pencen pulak….orang dah tak pandang pon..gulungan mereka ini….leleh2 lagi masa kerja jadi ketua sombong, belagak, tak campur orang….sebab itu…bila pencen aje mula risau…..pangkat dah tak ada, dah jadi datuk nenek…dan .hutang pulak menimbun..keliling pingang….ye..lah buat banglow…masa ambik loan maximum….pencen dah tinggal ciput.
Mula PTD-PTD ini pikir macamana nak sambung perkhidmatan….jadi nya..gunakan Cuepacs…untuk kepentingan diri sendiri….aku dah tengok…kakitangan kerajaan yang peringkat umur dah nak bersara dari kakitangan rendah sampai lah yang tertinggi…bila dah masuk 54tahun…mula lah slow performan mereka….lagi pon buruk dah….raut wajah dengan beruban, gigi pon dah ronggak, tak beseri langgsong….
Jadi nye aku sarankan agar Cuepacs ni jangan lah nak jd Hero kepada mereka ni…..cukup lah dengan kerja setakat 58 tahun….bagi peluang kepada orang lain…kepada kroni2 PTD2 tu yang nak kerja….anak-anak orang peluang pekerjaan….jangan tamak…setamak-tamak nya….
Cuepacs ko ingat dia orang nak hargai ke…apa yang kamu buat

Hehehe…setuju sangat wak cakap tu….. saya pelik la naper nak lanjutkan umur… memang tak der seri langsung…. memang betul kate awak… diaorang takot nak pencen sebab diaorang takot nak hadapi masa WARGA EMAS mereka yang tak berpangkat tu….. harap paham lar yer insan yang nak pencen lambat…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 sisco September 30, 2010 at 9:19 pm

:doa DARI PADA CUEPACS MTK TMBH UMUR,BAIK LAWAN MTK KERAJAAN NAIKKAN GAJI MINIMUM KAKITANGAN AWAM >RM1000.CIAN KT KUMPULAN SOKONGAN.KEBANYAKKN YG DLM KESEMPITAN ADA KUMP SOKONGN..YG MTK BDK XPTT BTPE..BILA GAJI MINIMUM DH NAIK, SECARA AUTOMATIK SEMUA MERASA SBG CTH GRED 1 MINIMUM RM1000,GRED 11,17 DN KEATAS AKAN NAIK LEBIH SIKIT.DLM MS YG SAMA MTK KERAJAAN KAWAL KENAIKAN HARGA BRG COZ PENIAGA NI BKN LEH HRP SGT SBB PANTANG GAJI K/TGN AWAM NAIK..DEPA PN NK NAIK JUGA..KENA KAWAL DARI PENGELUAR SBB PERUNCIT PN DH TERIMA MAHAL,SO DIORG PN JUAL MHL LA..BKN APA KN IGT JGK PKERJA SWASTA YG XDPT KNAIKAN GAJI SPT K/TGN AWAM…ADA KOMEN?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 abugarcia1964 October 15, 2010 at 1:05 pm

dah la tu…cukup saja setakat umur yg ada yang nak bekerja tu kebanyakannya pengarah2 yang gaji mencecah puluhan ribu rgt mereka2 inilah yang nak bertugas sehingga pencen walaupun umur pencen 75tahun pun sanggup tapi prestasi hampeh…orang bawahan pun boleh juga menilai pegawai atasan..sekian tq

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 fadzil October 16, 2010 at 10:37 pm

saya tidak bersetuju dengan peningkatan umur persaraan wajib bagi kakitangan kerajaan…ini saya melihat kepada kelemahan jentera pentadbiran kerajaan…apabila orang terlalu tua untuk berkerja akan menimbulkan pelbagai kesukaran kepada staf..n satu lagi kesian kepada generasi muda (fresh graduate atau bukan) tak dapat kerja…apa diorang nak makan…kate nak naikkan kadar ekonomi rakyat…kalau cam ni caranya boleh meruntuhkan ekonomi negara kerana pekerja yang kurang produktif…jangan bandingkan dengan wakil rakyat…tu aspek yang lain. ini aspek jentera pentabbiran sahaja….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 Aish October 17, 2010 at 12:11 am

Mr. Zakwan: cuepacs jangan nak jadi hero sangat, sampai tak boleh nak fikir baik buruknya
apa kelebihannya umur 60 tahun…1. melambatkan kenaikan pangkat kakitangan bawahan (orang lama masih kekal)
2. Melambatkan kekosongan jawatan (masih banyak yang menganggur)jadi kerajaan jangan turut sangat permintaan bodo cuepacs tu… apa la cuepacs, bonus dan kenaikan gaji hangpa diam… cuepacs apa da…..  

Saya setuju dengan kata2 Mr Zakwan tu… Kalo da kerja smpai 60, bile masa plak nk ada masa dengan keluarga dgn usia yg da lanjut tuh..
Yang da kerja baru 5-6 tahun pun da rasa tertekan, ni nk tggu smpai 60… tu pasalnya ramai yg ada masalah stress kat tempat keje…
Permintaan nk bersara hingga umur 60 tahun tu memang tak masuk akal… lg sekarang zaman berpenyakit… tak sempat nk rasa duit pencen da masuk kubur dulu da…
kerajaan kata nk kurangkan kadar pengangguran, tp kalo yg da veteran2 tu tak sanggup nk pencen, mcm mana nk bg peluang kat penganggur2 tu untuk mendapatkan pekerjaan?
Ceupacs ni patut pk kan blik perkara tersebut…. Yg da veteren ni bukan boleh wat keje sgt da pun… dok kat ofis lepak2 jer… apa sumbangan yg blh diberi? membazir duit bayar gaji jer… Biar le diorg pencen awal, suh dok rehat kat umah… Dok pejabat pun, kalo tetamu dari luar datang da memalukan jabatan jer…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 nasX October 18, 2010 at 8:50 am

En Fadhil..saya ada satu jer persoalan kenapa pengangur tue x g kerja kt swasta? Kalo orang kerajan x pencen umur 60 xkn selesai juga isu graduan menganggur, untuk pengetahuan fadhil jawatan di dalam kerajaan untuk post graduate min- diploma dan keatas adalah tersangat limited sbg contoh dijabatan saya untuk jawatan skim diploma dan ijazah termasuk Master n PhD hanya berjumlah 150

fadzil: saya tidak bersetuju dengan peningkatan umur persaraan wajib bagi kakitangan kerajaan…ini saya melihat kepada kelemahan jentera pentadbiran kerajaan…apabila orang terlalu tua untuk berkerja akan menimbulkan pelbagai kesukaran kepada staf..n satu lagi kesian kepada generasi muda (fresh graduate atau bukan) tak dapat kerja…apa diorang nak makan…kate nak naikkan kadar ekonomi rakyat…kalau cam ni caranya boleh meruntuhkan ekonomi negara kerana pekerja yang kurang produktif…jangan bandingkan dengan wakil rakyat…tu aspek yang lain. ini aspek jentera pentabbiran sahaja….  

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 maryam sufiah November 3, 2010 at 1:04 am

ye la…bgus jgak…sbb kn skrang perubatan mlsia maju…yg 60 nmpak muda n sihat jerk.x de yg skit tulang,sakit lutut..so bek depa keja agiy dri dok umah g kdi kopi isap rokok tol x???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 pro kerajaan January 1, 2011 at 12:22 am

itu sebab… diorang ni nama je graduate xpi satu benda haram pown x pandai buat. macam mana orang nak beri kepercayaan kat ‘fresh graduate’ ini utk ambil alih tugas… cuba kalau yang fresh graduate ni ada kualiti mesti orang amik kerja punyer….

alnor: x payah la nak lanjutkan umur persaraan. nanti akan menyebabkan masalah pengangguran. ramai student2 lepasan U, x dpt keje. jadi yg mana dah patut pencen tu, bagi peluang yang baru2.  

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 comel February 25, 2011 at 1:25 am

Pro kerajaan…..

Tak tau tapi nak belajar tak per….. jangan tak tau buat2 tau….setiap orng ader kekurangan…. tak der orang yang datang terus sempurna….. bagi sayer…tak perlu lar lanjutkan pencen sebab berilah peluang pada orang baru….. lame2 pandailar….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 pro kerajaan January 1, 2011 at 12:25 am

bijak bijak…. pastu ini membuatkan fresh graduate ni lebih berdaya saing utk mendapatkan kerja dan akhirnya graduate yang berkualiti dapat membantu negara.

maryam sufiah: ye la…bgus jgak…sbb kn skrang perubatan mlsia maju…yg 60 nmpak muda n sihat jerk.x de yg skit tulang,sakit lutut..so bek depa keja agiy dri dok umah g kdi kopi isap rokok tol x???  

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 pro kerajaan January 1, 2011 at 12:27 am

hero apa ke benda nye mesti ada logiknyer…. kalau x diorang xkan cadangkan la…. ni la rakyat malaysia x de usul periksa nak serang jer macam mana nak maju?

Mr. Zakwan: cuepacs jangan nak jadi hero sangat, sampai tak boleh nak fikir baik buruknya
apa kelebihannya umur 60 tahun…1. melambatkan kenaikan pangkat kakitangan bawahan (orang lama masih kekal)
2. Melambatkan kekosongan jawatan (masih banyak yang menganggur)jadi kerajaan jangan turut sangat permintaan bodo cuepacs tu… apa la cuepacs, bonus dan kenaikan gaji hangpa diam… cuepacs apa da…..  

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 nana March 3, 2011 at 4:15 pm

xyah kata buruh. sy gred 41. staf bwhn juruteknik 17. umo 40an. pon pyh nk buat kja. asek xderrrr jer. kja byk pending. nk tegor da tua. leceh lah. sy pon xnk kja lame2 cmni. trlalu penat. mati ble2 masa jer. mkin tua, kn mkin x kuat. balik uma, buat amal lah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 nasT March 3, 2011 at 4:22 pm

Saya sangat menyokong penuh kenyataan tuan, di dalam pejabat tempat saya juga jawatan gred 27-jusa adalah sangat terhad..jd graduan patut cuba kerja swasta atau jd bos

nasX:
En Fadhil..saya ada satu jer persoalan kenapa pengangur tue x g kerja kt swasta? Kalo orang kerajan x pencen umur 60 xkn selesai juga isu graduan menganggur, untuk pengetahuan fadhil jawatan di dalamkerajaan untuk post graduate min- diploma dan keatas adalah tersangat limited sbg contoh dijabatan saya untuk jawatan skim diploma dan ijazah termasuk Master n PhD hanya berjumlah 150

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 nasT March 3, 2011 at 4:27 pm

@nana..sy pun pegawai gred 41 mcm awk, xder masalah utk sy arah gred 17 dan 27 buat kerja..sy rs mungkin awak kot yg masalah, mgkn awk segan tuk turun padang tanya masalah staff/jengok2 mereka..bersandar pengalaman saya sudah 2 tahun jd 41 ..xder masalah atasai golongan ini, yg penting perlu titik sentuhan(touch point)..dan saya sokong kerja sampai umur 60

nana:
xyah kata buruh. sy gred 41. staf bwhn juruteknik 17. umo 40an. pon pyh nk buat kja. asek xderrrr jer. kja byk pending. nk tegor da tua. leceh lah. sy pon xnk kja lame2 cmni. trlalu penat. mati ble2 masa jer. mkin tua, kn mkin x kuat. balik uma, buat amal lah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 azim March 3, 2011 at 6:57 pm

Aku raselah Presiden Cuepacs ni dah beballah….sapa yg lantik dia ni…aku bagi contoh polislah…macamnan dgn pakaian seragam bila dah berumur 60 thn…sepatutnya kumpulan ni umur tu dah bermain dgn cucu dan beramal ibadat kat masjid n surau…di tolak penjenayah pun dah terlentang…org mintak bonus sekurang2nya 2 bulan utk tahun 2011 kan bagus …. lain pulak di pusingnya….bagus juga …aku pun sokong dia ni boleh letak jawatan jer….menyampah dah aku tengok…ko aja sampai kojol atau buat kubur sebelah pejabat…pegi pejabat pun dgn tongkat….pikirlah sikit jgn bengap sangat….58 thn pun tak larat nak kayuh….gilo punya cadangan…..hutang banyak kot sampai nak keje umur 60 thn….cadangan yg bodoh….suruh dia keje kat Singapura atau Thailand lagi bagus….bagus ko cadang sampai umur 80thn biar merangkak atau pakai kerusi roda pegi pejabat…..yg tentera tu pencen muda2 ko tak ambil perhatian…bikin hati panassssssssss….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 comel March 6, 2011 at 8:33 pm

i like ur comment ler….tersentuh hati bila dengar…. betul jugak…. tak ptot lar umur 60 taun… saya penah keje di syarikat koprat…. ader link gan kerajaan negeri…. sorang staf nie… 2 taun lagi nak pencen tu pun nak sambung lagi tu…. da tu time nak guna internet…suh saya bukak…nak google pun tak pandai…huhuhu… paling menyedihkan nak wat poster tuk diri sendiri…tak tau nak design kan…. adus…!!! bisa pening nie…. camner nak truskan kalu umur 60???? bila bos wat kursus atau program IT… ader jer alasan tak nak ikot…. ader hal la…ader masalah lar…anak sakit lar…. pas tu bila ketinggalan boleh plak kate “saya nie bukan mcm orang muda…otak cerdas… saya dah tua da…nak pencen da…tak leh nak belajar lagi la… otak tak leh trima….” saya time tu cam nak hempuk jer laptop nie kat kepala bia tak payah blajar…program kat laptop nie dah ter’masuk’ dalam otak yang kena hempok tu…. ader lagi kes… bos siap warning lagi…kalu “awak tak pi kursus tu… awak kena wat surat tunjuk sebab kat saya”….Wah…. ingat pi lar….rupanya…. kul 8 pagi masuk….kul1 makan…pas tu kul 2… hilang…cam chipmore lak yer….hehehe…saya Tertanya-tanya…..NAPELAH ORANG CAM DIE MASIH KEKAL DALAM JABATAN NIE…saya sendiri pun tak tau….ape yang kerajaan pk pada insan bakal warga emas nie nak teruskan keje…lewatkan pencen…. bukan yang berpengalaman nak kukuhkan jabatan…tapi nak lingkopkan jabatan…. huhuhu….sedih plak rasanya…. bila di pikirkan lagi saya rasa ini jawapannyer….. sebab golongan yang maukan pencen umur 60 nie tak sanggup bila duit pencen tak same gan gaji……. dan takot nak hadapi masa depan sebenar….. takot duit pencen tak cukup nak bermewah2…. maklumla dulu keje senang….tak banyak….duit masyuk jer….. kan??? bila da pencen baru nak fikir…. aku nak wat per yer lepas pencen…berniaga??? kalu tak untung…lingkup duit pencen aku…..aku maner ader pengalaman nak berniaga…last2….REDAH jer lar…umur 60taun pencen…hehehehehe…..dunia2…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 comel March 6, 2011 at 8:03 pm

saya rasa lah kan… pro kerajaan tu nak pencen lewat lar tu…. tu asik menyokong jer pencen 60 taun….heheh…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 tungkak March 7, 2011 at 9:56 am

Saya setuju dengan cadangan anda. dah tak layak umur 60 nak kerja. Umur tu dah tak yah la kerja. gi masjid buat amal ibadah, buat bekal masa mati nanti. mmg betul masa hidup ada pangkat banyak yang kaki bodek maka senang la dia. bila pencen dah tak da sapa yang pandang, yang kaki bodek lari dulu dari yang masa dia ada pangkat dulu kena buli, buat majlis tak da sapa nak datang. masa dulu anak buah terpaksa datang. tapi nak wat mcm mana dah mmg lumrah manusia mcm tu. seminggu je ingat pas tu pasti lupa.
apa pun berbuat baik semasa kita ada pangkat adalah yng terbaik. jgn naya org bab doa org teraniaya di makbulkan TUHAN. Siapa yg adil semasa memerintah bukan org jer sayang TUHAN pun syg pemimpin yg adil. masa mati beribu org sembahyangkan bukan beribu yang datang. Apa pun bila niat kita baik dan kita tahu pangkat tu adalah AMANAH yg kena dilaksanakan dgn adil dan saksama yg sebaik mungkin , bab bila org komplain pun kita ckp dah yag terbaik aku buat, kalau kau ada lg baik tlg la buat. INGAT semuanya hak ALLAH kita hanya di beri pinjam saja.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 tunggu pencen March 23, 2011 at 10:20 am

KOBISH:
Cadangan saya, umur persaraan 55 tahun dan beri pencen penuh sebulan gaji, graituty dan golden hand-shake mcm biasa lah. Kenapa yang selalu mc, sakit, x produktif di sambung servis hingga umur 58….x masuk akal langsung .dan ada yang cuti sakit bertahun pun masih di sambung perkhidmatan nya hingga 58 tahun gak……sokong ayat ini.

Lbh baik pencen umur 50…untuk 55, 58 perlu memohon.. bersyarat mendapat sokongan di atas kepentingan jabatan/ selain tu jugak tengok rekod dulu pekhidmatan tu dulu… klu dah byak mc dan cuti ketua jabatan x payah nak sokong laaa… Buat perkiraaan sepatut nya yang sendiri boleh tau sama ada layak atau x nak sambung…. klu rasa x menepati … pandai2 lah buat rayuan… Baru lah kesungguhan bekerja tu makin produktif.. lagi tua lagi aktif..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 pemerhati biasa May 27, 2011 at 5:05 am

saya setuju dengan pandangan sebelum ini, berilah peluang kepada golongan muda juga untuk berkhidmat sebagai kakitangan awam. kalau dok asyik tambah umur bersara, bagaimana mereka nak dapat kerja. kenaikan pangkat pegawai bawahan juga akan tersekat.kalau tamabah ke umur 60 tahun mungkin selepas ini mintak 62 tahun pulak. pada pemerhatian saya, apabila seseorang kakitangan awam sudah cecah umur 50 tahun ke atas ( tidak semua ) prestasi kerja mereka dah turun dan segelintir daripada mereka tidak akur dengan arahan ketua. seolah-olah lupa akan etika kerja kakitangan awam.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 madyan musa October 1, 2011 at 4:14 pm

Saya tidak setuju umur persaran 60 tahun. Singapura dan Brunei tidak boleh dijadikan contoh, sebab? Omar Osman kena belajar sikit ilmu ekonomi! Indonesia? Omar Osman tahukah sumber ekonomi negara berkenaan, kedudukan ke berapa dalam top 20 dunia? Malaysia? Bukankah pengangguran siswazah sudah melebhi 60 ribu. Lepasan SPM dan PMR? Janganlah tamak sangat aduhai sang veteran, kasihanlah kami anak-anak muda yang ‘kelaparan!’

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 Jam Ban June 6, 2011 at 11:52 pm

apo salahnya pencen 60an?? kalo Brunei D.S. boleh sampai 60 Singapura lagi 62 kenapa Malaysia Tak boleh staff Awam pencen 60? yang muda2 tu yg belom dapat kerja sabor cari kerja kat swasta laa..jangan komen yg bukan bukan, kan negara Malaysia serba boleh??? ke angkasa pun dah pergi..lain kali ke Moon pula, Malaysia Boleh..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 saza July 4, 2011 at 6:10 pm
48 mat neutral August 1, 2011 at 10:07 pm

apa yg saya lihat, tok presiden cuepacs mmprjuangkan agenda yg brkait dgn kpntingan diri sndri dan bukan kprluan suara ramai. cukup2 la tu.. xyah lah nk sambung had umur prsaraan. tpi brilah pluang kpd jnerasi muda pulak utk ambil tanggungjwab brkhidmat dlm prkhidmtan awam. orang2 lama dh x produktif & idea pun dh tumpul. klu osman omar nk lihat realiti ats apa yg dia sndri prjuangkn ialah bnyk lh situasi org2 lama/veteran pkai tongkat, wheel chair, gigil2 dok gi keja kt pej2 krjaan. patutnya osman omar prjuangkan supaya byaran pncen dinaikkan kepada 75-80% – tu lh bnde yg patut difokuskn….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 jintan hitam August 1, 2011 at 10:45 pm

sya brstuju dgn pndngan sdr mat nuteral.. cuepacs xprlu atau dgn lain prktaan xpayah bwk usul ‘bodoh’ nk naikkn had umur prsaraan kpd 60 thun. tak kira apa pun prkiraan cuepacs – dgn pilihan & tidak wajib.. brilah prhatian kpd mslh2 kbjikan, elaun sara hidup di bandarya, kepyahan ke tmpt kerja di kwsan2 pndlman, elaun2 kritikal bgi mereka2 yg spatutnya lyak tpi sepi.. semua elemen2 pnting ni lh yg patut cuepacs lihat scra terprinci & di fokuskn srta di bawa ke meja prbincangan/rundingan.. sandainya smua yg sya nyatakn tdi tlh dpt cuepacs prjuangkn.. brulh trpncar prjuangan sbnar cuepacs yg efisyen/relevan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 ~civil servant~ September 26, 2011 at 8:46 pm

nak pencen 60 tu boleh tapi tak payah seragamkan semua. kalau produktif @ memang ada kepakaran dlm pekerjaan tu kan masih boleh kerja dengan kontrak. tapi kalau tau mengarah @ berehat je buat apa.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 Penjawat September 26, 2011 at 10:19 pm

Kebanyakan orang yang bersetuju adalah orang yang dah tua sebab diorang nak pencen. Untuk pengetahuan, diorang yang pencen ni bosan taktau nak watpe dok rumah. Yang mana ada tanah boleh la pi uruskan ladang ke, tapi yang takde kijer tu samada leak kedai kopiatau lepak masjid.

Diorang ni taknak pencen awal sbb daripada dok rumah hari2 bosan, baik dorang pi ofis, bulan-bulan masuk gaji. Diorang ni bukannya buat kijer sangat pon. Orang tua ramai yang berlagak dengan perkataan diorang ni ORANG LAMA. Menyampah betol.

Aku ni penjawat awam, memang aku tau sangat perangai orang yang senior2 ni. Ramai yang xleh pakai, buat kijer tak ikhlas sgt.

Skarang ni untuk jawatan professional memang kerajaan pertimbangkan sambung pesara ni utk bekerja balik, tapi skim kontrak le. Kalau tak perform dah, tak sambung kontrak. Cara ni dah ok. Tak perlu lanjutkan tempoh bersara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 bdk sekolah October 2, 2011 at 12:03 pm

sy x setuju la pasal skrg lambakan graduan dah byk knp x beri diorg pluang,knp nak pkirkan kpentingan diri sendiri buat kerja perlu la ikhlas dlm stuasi yg x menentu mcm ni masih pkirkan diri sendiri,lepas tu bising pasal lepasan IPT xbyr duit PINJAMAN PTPTN.skrg kerajaan perlu pkir mcm mne nak kurangkan labakan graduan.mcm mne nak wujudkan pluang pekerjaan utk diorg supaya bleh byr balik duit PTPTN tu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 dunaiakhirzaman October 2, 2011 at 1:18 pm

ada baik dan buruknya benda nie..pd sy umur persaraan nie bnda hnyalah pilihan..so klu rasa dh x larat maka bersara awal je la..namun sy stuju sgt ngan pendapat beberapa org yg mencadgkn kerelevenan benda kpd beberapa sektor cthnya dlm kategori kepimpinan dan pengajaran..coz smua nie mggunakan buah fikiran cthnya pensyrah, pengarah, pengkaji pembuat dasar dan sbgnya..smua kategori ini x perlukan tenaga sgt..knp kita fikirkn sdemikian adlh krn dlm sejarah negara kita pun blum penah PM kita yg blem mencapai tahap bersara namun masih jg d perlukan..krn apa…?..krn buah fikiran mrk dan jg gaya kepemimpinan mrk..so cmtu jg la ngan pemimpin2 jbtn..namun bg kategori yg memerlukan tenaga spt dlm pngendalian mesin dan bbrp bidang lagi maka mmg tdk relevan umur persaraan ini d lanjutkan hgga 60..ini melihat kpd keupayaan mrk dari sudut tenaga..sekadar pndgn…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 santi March 16, 2012 at 10:22 am

Kebanyakkan pekerja baru pandai fb bukannya rajin kerja,pemalas curi tulang gaji buta sori jgn siapa makan cabai rasa pedas saudara/saudari bila penyelia/bos keluar pura2 buat kerja. Orang lama apa yang perhati rajin kerja bukan seperti pekerja baru. sekian, terima kasih

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: