
Bagi kenalan terdekat saya sendiri yang merupakan jurutera Petronas dan sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di perantauan bersama-sama dengan isterinya yang juga engineer Petronas(ambil cuti setahun). Dalam pada masa sama, beliau sendiri masih mengenang masa depannya selepas tamat pengajiannya nanti. Kenapa sampai begitu? Ini kerana, polisi Petronas sekarang ini meminta mana-mana kakitangannya tidak dibenarkan untuk bekerja satu negeri bersama-sama isteri atau suami mereka yang juga staff Petronas Malaysia. Contohnya, mesti salah satunya bekerja di KLCC dan yang satu lagi satu lagi di Terengganu. Adakah ini salah satu tindakan “secara halus” Petronas untuk menghalau staff mereka daripada Petronas? Erm…..mungkin saya sepatutnya berfikir secara positif.
Tetapi….berita di mana Petronas bakal membuang seramai 3000 orang dalam masa 3 tahun menguatkan lagi tanggapan kami. Ini kerana, mana-mana yang berjawatan rendah sudah mula menggelabah katanya. Semua peringkat akan terkena tempias “tsunami VSS Petronas”, bermula dengan 16 orang pengurus/”manager”. Budak-budak baru Petronas sedang berkira-kira untuk mengintai peluang di Middle East.
Selama ini pun Petronas ambik kerja semata-mata nak bagi peluang dan pendedahan kepada anak Melayu dalam sektor minyak, tapi akhirnya mereka meninggalkan petronas setelah diberi latihan yang secukupnya. Bukan semuanya, sebilangan kecil sahaja. Kalau mereka-mereka yang akan dapat VSS nanti, anggarannya tidak lari sekitar RM100,000.

Tetapi yang sedihnya, Petronas ni kiranya adalah “beg duit negara”, 40% pendapatan negara datang dari petronas. Sampaikan Putrajaya pun Petronas tanggung, Proton pun Petronas pernah ‘bail-out’. Walaupun begitu, jika Petronas yang dikatakan “kantung duit negara” tidak diuruskan dengan betul akhirnyaa, ditakuti peristiwa dan episod yang berlaku pada Pertamina akan berulang lagi. Masih ingatkah anda? Mereka pun syarikat minyak juga, tetapi disebabkan pengurusan tidak betul maka terjelupuk dan terduduk mereka sekarang.
Struktur Pertamina Indonesia adalah model asal Petronas. PetroCanada syarikat milik Negara Kanada pun boleh rugi, terpaksa ‘merging’ jual dan diswastakan terus oleh kerajaan Kanada, ini negara maju ni … usia lebih kurang Petronas. Tak semua syarikat minyak untung sebenarnya. Diharap mereka-mereka berkaitan, jagalah “aset” negara ini sebaiknya.
P/ S : Tan Sri Hassan Merican akan habis kontraknya pada Februari 2010 ini. Siapalah pengantinya ya?
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :


{ 1 comment… read it below or add one }
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.