BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Gambar) 11 Bulan Selepas Tsunami di Jepun 2011 VS Perkembangan Runtuhan Stadium Sultan Mizan?

by Staff Berita Semasa on February 19, 2012

in Berita Dunia

Pejam celik pejam celik secara tidak sedar sudah 11 bulan rupanya telah berlaku tsunami di Jepun 2011. Tsunami Jepun merupakan bencana semulajadi yang telah meragut 16,000 nyawa rakyat dan memusnahkan 310,000 bangunan di sana. Daripada angka-angka yang cukup dahsyat seperti ini, semua boleh menjangkakan kesan kepada persekitaran & emosi rakyat Jepun ketika ditimpa bencana ini. Tetapi itu dahulu……

Itu dahulu, sekarang ini kita sudah boleh melihat semua rumah-rumah sementara dibina dan pusat-pusat pemindahan akan ditutup tidak lama sahaja lagi. Dan anda boleh membuat perbandingan di antara keadaan semasa dengan selepas 11 bulan kemudiannya selepas berlakunya tsunami di Jepun 2011 berdasarkan koleksi gambar-gambar di bawah ini :

Gambar Tsunami di Jepun VS Selepas 11 Bulan Kemudian

Ada banyak gambar, jadi harap bersabar untuk menantikan satu demi satu gambar tersebut habis loading dengan baik.

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #1

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #2

 Gambar Selepas Tsunami di Jepun #3

 Gambar Selepas Tsunami di Jepun #4

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #5

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #6

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #7

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #8

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #9

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #10

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #11

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #12

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #13

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #14

Gambar Selepas Tsunami di Jepun #15

Jepun VS Terengganu?

Walaubagaimanapun di Malaysia, berlainan situasinya. Walaupun Malaysia berada di luar lingkaran gunung berapi bukan bermakna Malaysia boleh dikategorikan bebas sepenuhnya daripada sebarang bencana alam. Kadangkala jikalau tiada bencana alam sekalipun kemusnahan tetap boleh terjadi, kali ini atas kesilapan & kecuaian manusia itu sendiri.

Ini telah dibuktikan dengan Stadium Sultan Mizan yang memakan kos sebanyak RM292 juta boleh runtuh dengan sendirinya.

  • Stadium Sultan Mizan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008
  • Stadium Sultan Mizan runtuh 2 Jun 2009 kira-kira pukul 9.30 pagi

Sayangnya selepas 2 tahun lebih menunggu dan terus menunggu, masih tak siap-siap lagi laporannya apatah lagi untuk membaikpulihnya. Adakah mahu tunggu Terengganu diberikan hak menganjurkan Sukma sekali lagi barulah ada “semangat yang berkobar-kobar dan betul-betul prihatin” tentang masalah ini?

(sumber : Utusan Malaysia)

 Yang baik kita jadikan contoh, yang tidak baik kita jadikan pengajaran”

Mungkin kerajaan Terengganu boleh menjenguk sebentar cara dan semangat rakyat & pemimpin Jepun membangunkan semula negara mereka selepas ditimpa bencana tsunami di Jepun 2011.

Kenapa boleh jadi begini? Runtuh satu hal, tindakan membaikpulih pun masih lagi dipertikaikan dan satu lagi sehingga ke hari ini laporan SPRM masih lagi tidak muncul-muncul lagi? Adakah SPRM kurang berminat dengan kes-kes seperti ini?


{ 71 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 golok February 19, 2012 at 11:57 am

haha…dah nak 3 tahun dh pun tak siap-siapa laghi
orang buat PHD pun dah nak balik la woooi
malaysia oh malaysia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 ncj February 19, 2012 at 12:15 pm

nak kaji mkn ms b’thn2 & mkn wit b’ribu2…buatnya belum tntu lg bile…. mcm mn bumbung 2 bole runtuh @ sape yg b’t/j t’hdp kes ini pun xde berita dah….pttnya ramai yg kn check oleh SPRM nie….br cpt ckit dorg b’gerak…hehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 khairul February 19, 2012 at 12:25 pm

aku,isteri dan anak aku ketika itu berusia 1 tahun berada di tempat duduk puncak stadium tu semasa majlis penutupan SUKMA terengganu.dimana tempat yang runtuh… syukur Alhamdulillah ia tidak terjadi waktu tersebut. dan aku dah fobia untuk ke stadium lagi.jika berlaku runtuhan masa tu,aku,isteri dan anak aku pasti sudah tiada di dunia ini.. bile memikirkan perkara itu,aku bersyukur kerana tragedi itu berlaku ketika tiada org..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 beejan February 19, 2012 at 12:30 pm

Oh Ahmad Said…..menteri besarku…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 PakLan February 28, 2012 at 2:58 pm

hee..nak buat apanye?
salahkan MB dulu…
masing2 lepas tangan…
walhal duit royalti minyak lebih dari cukup utk buat baik pulih tu…
nak dgn taknak je

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 velvet February 19, 2012 at 12:31 pm

macam tipu jer gambar ni
Macam mana boleh jamin guarantee yang first tu gambar semasa kena tsunami dan yang second tu gambar terkini?
orang boleh manipulasi balik gambar tu
jangan percaya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 alahai February 19, 2012 at 12:46 pm

kalau tengok pic semasa berlaku ada bangunan yang runtuh dan jalan raya yang rosakkan?
pic selepas bangunan yang runtuh dah tiada dan jalan yang rosak di tar (masih hitam lagi)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 ncj February 19, 2012 at 4:53 pm

pd sy xmustahil jepun dah bangun semula selepas bencana 2 dlm ms t’dekat nie… kan dorg antara negara & yg ramai rakyatnya amk insuran p’lndungan….lgpun lps bencana 2 xde lak media2 war2kan bntuan dip’lukan disana dlm ms 2,3 bulan selepas bencana…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 senget February 20, 2012 at 12:36 pm

apo ke sengal. mende cam ni x yah nk serabot2 kn pale. kerajaan jepon trus mengambil langkah memperbaiki negara nya, diulangi ekkk…. NEGARANYA yg dilanda tsunami. bkn kecik tuh nk wat. byk kot kos dan masa. at least dlm masa 11 bln byk perubahan yg berlaku. POINT nya kt sini….sdh hampir 3 tahun lepas runtuhnya bumbung stadium tuh, ada pembaikan berlaku ke? besarnya bumbung stadium tu dr negara jopun

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 PakLan February 28, 2012 at 2:59 pm

nak confirm ..senang je.. pi jepun tengok laaa hee

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 hzahin February 19, 2012 at 12:35 pm

Walapun Jepun ni asyik tukar PM jer , tapi bila ‘sistem perlaksaan amat bagus’, hasil pun sangat bagus terutama apabila ‘rakyatnya pun rajin’.. Itulah Jepun yang pernah jajah tanah melayu. Ada yang kagum, maka konsep Dasar Pandang Ke Timur didendangkan pada tahun 1982, tapi apa hasilnya walaupun dah 30 tahun – tapi still tak efektif.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 wirawang February 19, 2012 at 12:49 pm

jepun mengamalkan konsep adil untuk rakyat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 apa-apa aje February 23, 2012 at 8:28 am

Betul..malaysia pula mengamalkan adil untuk kaum kerabat…hahahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 mambang February 19, 2012 at 5:38 pm

Memang bagus Dasar Pandang Ke Timur…tapi mungkin kita tersalah pandang kot…itu yang tak berkesan tu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 alahai February 19, 2012 at 5:53 pm

Malaysia pandang yang “lain” kot

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 alahai February 19, 2012 at 12:48 pm

perasan tak pic no 2 dan 12 hampir sama?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 Staff Berita Semasa February 19, 2012 at 1:13 pm

terima kasih, memang sama
dah diperbetulkan, kami telah
membuang salah satu daripadanya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Selipar Jepun February 19, 2012 at 1:46 pm

Jepun dari dulu dari lagi dkenali sebagai manusia yang rajin dan bersemangat buat kerja..sebab diorang lebih maju dari negara-negara lain..kerajinan mereka kadang-kadang aku pikir memang melampau-lampau tapi hasilnya lebih dari yang dijangkakan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 shaarani ahmad February 19, 2012 at 2:22 pm

bila kita melihat perkembangan di jepun selepas tsunami 2011 11 bulan sudah berlalu kita seharusnya mengambil contoh yang baik. Apa yang berlaku di Stadium Sultan Mizan perlu perubahan dan kerajaan negeri perlu memainkan peranan yang penting dan tidak perlu menuding jari pada semua pihak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Gurkha Pencen February 19, 2012 at 2:28 pm

Negara Jepang ni sememangnya wa tabik spring.Dalam masa singkat sahaja dah diselesaikan masalah yang melanda rakyat mereka. Sewaktu selepas kejadian tsunami, rakyat mereka tidak berebut-rebut mengambil bantuan malah mereka tidak mengambil pun harta -harta orang di tempat bencana tersebut. Begitu berdispiln dan berakhlaknya mereka. Jika ada pemimpin yang bersalah, mereka secara sukarela melepaskan jawatan kerena bertanggung jawap atas kesalahan mereka. Tapi kalau kat Malaya ni lain pulak hal nya, pemimpinnya mati-mati bertegang leher menegakkan benang basah. Tak cukup dana negara, duit KWSP hak rakyat pun nak dipergunakan. Kalau dana simpanan negara cukup, mengapa perlu pecah tabung rakyat ( duit KWSP ). Setiap tahun rakyat tunggu dividen KWSP tapi bila dah ada yang bocor sampai bila bila pun pulangan nya tak berbaloi. Yang pelik nya ada jugak rakyat yang masih lagi mempertahankan pemimpin seperti ini. Nasib baik lah pemimpin ini berkuasa di Malaya, kalau kat Jepang dah lama dah pencen macam wa.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 Pemerhati February 19, 2012 at 6:07 pm

amat setuju dengan pandangan ini… pemimpin malaysia tak ramai yang ada integriti diri.. banyak yang tegak benang yang basah… yang peliknya rakyat bawahan boleh pulak kena tarik hidung macam lembu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 kak maria February 19, 2012 at 8:07 pm

Tak payah jauh2lah compare Malaysia mindset dgn org Japan
Tengok kat ‘genkan’ (tempt letak kasut / pintu masuk rumah) cukuplah..

Org Jepun, nak masuk rmh/tanggal kasut terus susun kemas (muncung kasut ngadap luar)
Susun guna kaki terus x perlu tangan…
Kasut depan rumah orang Mesia??? BERTERABURRRR…

Kat situ dah bagai langit dengan bumi mindsetnya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Dr.Fish February 19, 2012 at 2:47 pm

sememangnya Malaysia tidak dapat menandingi negara Jepun. Kita telah banyak ketinggalan berbanding dgn negara mereka. Mereka mempunyai kekuatan yang tidak ada di negara kita iaitu mereka sering bangkit setelah menerima sesuatu masalah. Rakyat mereka mempunyai mentaliti yang sering untuk berusaha memperbaiki diri mereka dan negara mereka. Mentaliti yg sebegini sukar untuk kita terapkan pada rakyat negara kita. Mereka tidak memandang ke belakang malah mereka meninggalkan segala yang berlaku dengan melakukan yang lebih baik dari yang dahulu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 ibu February 19, 2012 at 5:29 pm

setuju sangat bahawa manusia jepun adalah antara yang dikenali dan disegani kerana mentaliti dan sikap yang begitu gemilang…budaya berfikir yang jujur dan merendah diri begitu dikagumi…jika pemimpin yang salah akan letak jawatan tapi di malaysia dah terang dan terbukti (tak perlu bersuluh),masih mahu berdolak dalih dan menghabiskan duit untuk perbicaraan, begitu sayang dengan kuasa dan jawatan…tidak ada integriti..maka bagaimana nak dipersoalkan tentang di mana tauladannya?kita kaya dengan teori tapi amalan tidak serupa diperkatakan…mudah-mudahan kita mampu berubah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 Shack February 19, 2012 at 3:32 pm

Pemimpin dan rakyat jepun di tampuk minda kelas A+,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 yanti February 19, 2012 at 4:17 pm

saya sendiri pernah sambung belajar kat sana
kagum dengan semangat rakyat Jepun
Satu hari ada 24 jam..culture bekerja rakyat jepun.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 cikgunakal February 19, 2012 at 4:35 pm

Salam. Jepun sudah mempunyai pelan tindakan dan peruntukan yang sudah disediakan untuk tujuan tersebut.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 Lan February 19, 2012 at 5:05 pm

Mat Sait nak biar lagi lama….ingat Stadium runtuh, ingat Deris Jusoh..selamat dia!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 mcino February 19, 2012 at 5:09 pm

semasa aku di jepun dulu 1983 dh guna ATM dh tapi kita lum lgi heeeeeeee tu dh dpt bezakan kemajuannya. apa yg berlaku di sana suatu PENGAJARAN buat kita renung2kan bersama-sama

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 Diyana Amin February 19, 2012 at 5:28 pm

memang rakyat jepun hebat, saya pernah tonton dokumentary the apocalypse of WWII dan melihat bagaimana hiroshima dan nagasaki right after being hit by the atomic bomb

there were people walking around with skin falling of their frame
some walking with their eyeballs in their hands
devastating ruins of lives and buildings were everywhere… and yet
hanya beberapa dekad saje mereka membangun menjadi sebuah kuasa asia yang dikagumi..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 uncle sam February 19, 2012 at 5:32 pm

saya macam rasa nak menangis uncle tgk
Betapa berbeza nya dgn negara kita, contoh runtuhnya stadium di terengganu. Sudah hampir 3 tahun, tapi masih tiada apa2 pembaikan dimulakan.
Rakyat jepun sungguh kuat dalam meneruskan hidup. Semoga mereka lebih berbaik2 dgn semua negara negara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 Pemerhati February 19, 2012 at 6:03 pm

Jepun dan juga NZ tempat aku berada sekarang ciri2nya lebih islam dari Malaysia… Rasa2nya bukan bab runtuh stadium ni sahaja.. banyak bab2 lain pun lembap gak nak process.. Ohh Malaysia ku!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 berus gigi February 19, 2012 at 6:23 pm

emm.. ade gak yg xpercaya tuh… gi le sendiri.. yang penting bagaimana mereka mengatasi masalah dan pelaksanaannya amat bagus dan baik sekali.. kalau nak berbalah dan berdebat pasal gambar mmng xsiap2 keje tuh.. agak2nya sbb tu le stadium kat terengganu tu xsiap2 sbb diaorang xpercaya tengok gambar tuh… hahahhaha……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Jawabandar February 19, 2012 at 7:55 pm

Kalaulah negara jepun ni negara islam,alangkah baiknya.ciri2islam Jelas.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 aku February 19, 2012 at 8:28 pm

AKU TGK KAT KELANTAN DAH BERZAMAN PAS PEGAGNG TP TAKDE KEMAJUAN LANSUNG UTK RAKYATNYA..MMG LEMBAB

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 lu bodo February 19, 2012 at 9:48 pm

AKU : malaysia 50 tahun lebih umno berkuasa.. rasuah makin naik ?? bodo la lu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 apa-apa aje February 23, 2012 at 8:35 am

Hang tengok…cuba pi tanya….hanya rakyat kelantan saja yang tau…
sebab tu rakyat kelantan tetap dengan pemerintah nya…mana ada kacau bilau…pemimpin dia pun tak payah buat promotion macam orang gila masa nak mengundi sebab rakyat kelantan tau sapa pemerintah dan apa jasanya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 aku dah bosan February 19, 2012 at 8:37 pm

lampu stadium padam MALU…….stadium runtuh TAK MALU ….alahai mat said…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 Linda February 19, 2012 at 10:03 pm

Rasuah adalah bencana alam yang amat dahsyat.
Membuat bangunan jika tidak mengikut peraturan oleh kontraktor-kontraktor untuk mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan dengan cara memberi rasuah adalah satu mala petaka yang dahsyat kepada orang ramai yang menggunakan bangunan itu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 apa-apa aje February 23, 2012 at 8:39 am

Rasuah dan kronisma……lagi tak pi dok mengaji bab hukum hakam(bagi org islam yang ingat nak mati mengadap tuhan laa) selagi tu kronisma dan rasuah tak habis malah makin bertambah…hutang negara pun makin bertambah…rakyat sengsara makin bertambah…RAKYAT DIDAHULUKAN DALAM MENANGANI MASAALAH KEWANGAN NEGARA…PENCAPAIAN DALAM MENGAUT KEUNTUNGAN TERHADAP PARA KRONISMA DIUTAMAKAN

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 kak maria February 19, 2012 at 10:17 pm

sesiapa yang involve dgn service industry jgn lupa motto ni…customer is always right. no more racial issue pls. let’s move on everybody.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 apa-apa aje February 23, 2012 at 8:23 am

elok la….yang jadi mangsa…pekerja….ni la hipokrit…bermuka-muka semata-mata kerna wang….pelanggan tak selalunya betul….jelaskan secara lembut perkara yang sebenar…tak perlu sentiasa berpihak terhadap pelanggan..berpihaklah kepada kebenaran…motto barat yang akan menyebabkan kita tidak amanah dalam membuat keputusan….meng ia kan..walaupun ianya nyata tidak benar…mati esok…jawab laaa…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 Yassin February 19, 2012 at 10:19 pm

lain kali kalau nak memaki sebab makanan x sedap, servis x elok kaa, lebih baik maki selepas makan…
kalau maki sebelum makan, mmg banyak la perisa kat dalam makanan korang tu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 Animator February 19, 2012 at 10:22 pm

Ambulan, kereta bomba, trak, jentolak, kren, kereta polis, perkakas sumer guna produk Jepun. Bagus betol rakyat Jepun. Berilmu, berbudi bahasa, rajin, dan hormat-menghormati.

Dulu orang jepun berak lap guna tisu je. Tapi sekarang diorang dah produce automatic washer. Pun product dari Jepun.

Rakyat Malaysia walaupun basuh berak guna air sejak berkurun lama, tapi mentaliti masih jauh ke bawah. Lbih malangnya, rakyat yang mentaliti rendah ni menganggap yang mereka berfikiran moden, berlimu, tau serba serbi.

Itulah bezanya rakyat jepun yang berilmu dan rakyat malaysia yang cetek ilmu. Bila sembang politik, semua ilmu konon dia tau.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 apa-apa aje February 23, 2012 at 8:25 am

:) ))) betoi!!! saya setuju sangat….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 huuuuu February 19, 2012 at 10:53 pm

gmbr no 1 tu btl ke? mule sony then jd lain.. juz askin…. konfius skit

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 pemerhati semasa February 19, 2012 at 11:01 pm

oleh itu cebok bersih2 dari dulu kini dan selamanya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 Kucing hitam February 19, 2012 at 11:05 pm

Bagi aku yang salah ialah sistem pendidikan……..kita masih ditahap rendah dalam ilmu bangunan dan kejuruteraan……………..kerajaan lebih suruh belajar sains….kerja menghafal……amali kurang….

Lepas tu buat sekolah vokasional…….hanya orang yang tak berapa cerdik boleh belajar……….kat situ….cuba bagi top student belajar…….barule bangunan tak runtuh…….

Aku berani jamin engineer malaysia kalau suruh ikat bata belum tentu boleh…perkara asas dalam bangunan…sebab belajar kat universiti…pakai teori je….

samale yang belajar it suruh perbaik komputer belum tentu pandai…

perkara asas tak kukuh….hampeh…

Aku pula belajar serba serbi masa sekolah..contoh subject kh last-last apapun aku tak pakar…………..kalau suruh buat pondokpun belum tentu boleh….sebab masa kh belajar banyak jenis gam je……lagipun kayu dah siap potong…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 rumahtangga February 19, 2012 at 11:28 pm

cantik nya negara jepun selepas tsunami..rakyat dia bekerjasama

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 skywalker February 20, 2012 at 4:38 am

jepun: gambar kini dgn 11bulan lepas.
terengganu: gambar kini dgn 2thn lepas.
kelantan: nape xtunjukkan juga gambar kini dgn 10@20 thn lepas?byk perubahan ke terutama jalanraya,intrastruktur dan luar bandar?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 ISMAIL February 20, 2012 at 5:28 am

Telus dan ikhlas itu kerja mereka jujur tanpa ada rasa kepada kepentingan peribadi…RASUAH jauh sekali…..keadilan menjadi prinsip mereka itu sebab semuanya boleh di bangunkan dengan cepat….tapi kita ,asih di tahap pemikiran lama…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 Hirameki no Herwan February 20, 2012 at 6:18 am

‘Ini telah dibuktikan dengan Stadium Sultan Mizan yang memakan kos sebanyak RM292 boleh runtuh dengan sendirinya.’

Patutlah runtuh, x smpai RM 300 kos nak buat stadium. Hehehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 skywalker February 20, 2012 at 8:25 am

dari kaca mata islam,kedua-duanya sama..
apabila Allah berfirman ‘jadilah’,maka jadilah ia..(kun faya kun)
walaupun dibina dengan kos RM292juta apabila dikatakan runtuh,runtuhlah ia.jepun yg mempunyai teknologi tercanggih apabila dikatakan musnah,musnahlah ia..
apa yg tak sedap didengar ialah apabila masalah ini dipolitikkan.mana boleh samakan bencana alam dengan kegagalan infrastruktur.bencana alam xperlu siasatan.tragedi WTC kat AS thn 2001 pn lepas 5-6 thn baru buat bangunan lain..fikirkanlah….
jgn dipolitikkan masalah camni..
wat pecah belah melayu jer…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 seekers February 20, 2012 at 9:25 am

bencana alam xperlu siasat xpe. tp kalu kegagalan struktur mmg kene siasat. mmg la hukum Allah dah ditetapkan. xboleh berubah. tp sikap manusia yg penting. dari kaca mata islam amanah tu penting. hatta hak 1sen pun akan ditanyakan sok kat akhirat. ni RM292 juta. pun stadium bleh runtuh. kene cari mana silapnye supaya hak rakyat dijaga dan hukum org yg menzalimi hak org len ni. bukan nak politik kan. tp mmg menjadi kewajipan utk stp muslim mempertahankan hak sendiri.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 pemerhati February 29, 2012 at 4:21 pm

betul kata saudara…kun fayakun…kalau Allah berkehendak maka jadi lah ia…tp terfikir kah anda mengapa runtuhan ini terjadi??mungkin kah Allah mahu kita berfikir dan menyeledik apa yang tidak kena dengan pembinaan stadium ini???kalau stadium ni tak runtuh adakah kita akan siasat?? TAK KANNNNN????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 mataHati February 20, 2012 at 9:11 am

Harus difaham kajian yang dijalankan perlu memakan masa yang lama … kerana nak pastikan kos yang akan dibuat itu berbaloi serta kat sapa yang nak bagi tender tu nanti … dok cari-cari tak jumpa lagi sapa yang patut pulih balik … kalu kos rendah sapa pun tak mau … jadi lagi lama lagi tinggi kos … lagi besar masyuk.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 mansor rejab February 20, 2012 at 1:54 pm

lu pikir la sendiri……..(kata nabil)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 hamba Allah February 20, 2012 at 2:59 pm

Nak buat camana….SPRM pun kena suap…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 gaban February 20, 2012 at 8:31 pm

kalo malaysia nak jadi cam jepun payah….

sampah sndiri pun nak harap org lain tolong kutip…

abis2 buang dlm sungai…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 Kboat February 22, 2012 at 2:37 pm

mase stadium runtuh tu,masing2 lepas tangan..said kata idris,idris pulak dah tak jadi MB..hakikatnya stadium itu dibina dengan harga ratusan juta ringgit..
so,nampak lah disini “stadium” mahupun “wang rakyat” tersebut tiada value semasa kelimpahan wang royalti..,yang ada value cuma lepas projek jalan duit masyuk..
sebab tu lah 3 tahun pun,boleh buat dono jer,langsung tak ada tanggungjawab..

stadium runtuh ini rekod dunia!!sejahat2 diktator di negara lain,pun tak pernah buat stadium runtuh..

akhir kata
-lembu,monyet je sokong umno sekarang beb-=)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 PAK PANDIR February 22, 2012 at 10:24 pm

kalau korang perasan tiang eletrik jepun sangat unik. entak korang sama dgn aku ke tak…tp aku rasa tiang eletrik jepun mempunyai tarikan tersendiri

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 pakli February 23, 2012 at 10:30 pm

Ia memang disengajakan tidak dibersihkan sebab kerja-kerja forensik bangunan perlu dilakukan..berbeza dgn situasi Jepun. Jepun mengalami bencana alam, tidak perlu kerja-kerja forensik. Stadium mengalami bencana mungkin kerana kecuaian manusia dalam rekabentuk atau pembinaan. Ia memerlukan kerja forensik bangunan supaya kejadian seumpama tidak berlaku. Kejuruteraan belajar dari kesilapan. Kesilapan2 tersebut diajar kepada jurutera baru supaya tidak berlaku lagi. Segala bahan rujukan seperti kekuatan konkrit, tetulang, british standard semua diuji dan diubah sekiranya kegagalan dikenalpasti disebabkan rekabentuk. (Anda mesti penah jatuh basikal masa mula2 naik dulu kan. Sama la konsep dia)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 aishetheru February 24, 2012 at 1:18 am

APE YG PNTIG KRJESAMA….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 Bosukon February 24, 2012 at 8:57 am

Syabas pengirim! ia banyak memberi inspirasi…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 Tho Ha February 28, 2012 at 4:09 pm

Trengganu tunggu Laporan Perunding.

JKR tu, punyalah banyak jurutera lulusan universiti dalam dan luar negara. Takkan tiada seorang pun yang berkelayakan untuk memberikan laporan hingga Kerajaan Terengganu terpaksa menggunakan khidmat perunding ??

Saya tak fikir jurutera JKR hanya mempunyai Sarjana Muda (Kepujian), mesti ada yang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang pengkhususan yang pelbagai.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 az mh February 29, 2012 at 11:31 pm

aku pernah tengok gambar Hiroshima & Nagasaki semasa kena bom atom dan 5-6 tahun lepas itu. Memang tak percaya kedua bandar bandar tu pernah jadi padang jarak selepas mereka bangunkan.Apa yang di tonjolkan dlam gambar sekarang di fukushima adalah di akui ketulenannya, sebab orang jepun terkenal dengan rajin dan berdidikasi bukan macam orang kita buang sampah rata-rata macam bukit mengalahkan tsunami

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 Tho Ha March 1, 2012 at 9:47 am

Aku pernah tumpang kereta kawan aku. Dia selamba badak je buang sampah dari kereta semasa memandu. Dia cakap, “Nanti tukang sapu xde kerja”.

Tukang sapu kerja dia sapu dedaun yg luruh. Kotak rokok, plastik bekas minuman, kondom terpakai tu pandai2lah buang dlm tong sampah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 balot March 14, 2012 at 3:38 am

jepun terbaik…dorg cpt ambik tndkn ats pe yg blaku xkre bncana alam atau pe2 pon kt ngara dorg berbnding kita kt malaysia ni..ngara kita dh tlampau jauh ditinggalkn oleh jepun dr plbgai segi..harap ngara kita pon blh jd mcm jepun stu ari nanti

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 matblurr March 27, 2012 at 10:11 pm

Hahahaha……korang semua da kena kelentong lerrr……tu semua gambor super imposed lerrr…..Mana ada org berani nk tinggal kat situ lg….semuanya dah tercemar ngan radioactive lerrr….bandar tu akan jd bandar berhantu taw tak, mcm chenobyll…….hadoiii, betol kat balot, org kita terlampau jauh ditinggalkan oleh jepun dr plbagai segi tiga, empat, lima dan seterusnyaaaaa…hheheheh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 semerah September 9, 2012 at 9:47 pm

Mat said tgah tggu jurutera habis keja kt jepun tu dtg riper stadium kt ganu. Na..na.. Na tganu kite… SPRM pn xabis siasat lg. Xleh usik wei… Ha3 ada betul ka

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 ASU January 8, 2013 at 2:03 pm

DAH BACA SMUA KOMEN.. JADIK APA LAGII JOM BERUBAH… BN MEMERINTAH NEGARA MAKIN TERUK ITU SUDAH PASTI.. PR MEMERINTAH ITU BELUM PASTI… JADIK APA SALAHNYA KITA BAGI PELUANG LIHAT PR MEMERINTAH..?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: