
Kira-kira 22 orang murid dipercayai hilang selepas jambatan gantung Kuala Dipang yang mereka gunakan, runtuh serta-merta sekitar 10:30 malam tadi. Kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar-pelajar terbabit menaiki jambatan gantung berkenaan selepas menikmati minum malam di seberang sungai untuk balik ke khemah mereka.

Jambatan gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan 22 orang murid sekolah yang berada diatas jambatan tersebut terhumban ke dalam sungai. Seramai 59 peserta yang belum melintasi jambatan gantung walaubagaimanapun terselamat. Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah. Seramai 255 pelajar mengambil bahagian di dalam program di bawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu, 73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina. Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10 km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.
P/S : Gerun saya mendengar berita harian ini. Sama-sama kita doakan supaya mereka ini berada dalam keadaan selamat dan Tuhhan memberikan mereka kekuatan bagi menempuh ujian berat seperti ini di usia muda.
==============================================================================================
UPDATE : Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar, mengorbankan tiga murid perempuan dalam Sungai Kampar dan keluarga mangsa menyaman kerajaan dan beberapa pihak lain untuk RM105 juta.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- Bandar Aceh – 5 Tahun Selepas Trajedi Tsunami 2004
- [TIDAK PERLU] Jambatan ke Pulau Langkawi Kata Che Det
- Trajedi Gempa Bumi di Jakarta, Indonesia
- Pelan Pembinaan Jambatan Melaka ke Dumai Tetap Diteruskan
- [RUNTUH] Gambar Kereta Jatuh di KB Mall, Kota Bharu
- (Result PMR 2009) Sekolah Cemerlang & Terbaik di Malaysia


{ 6 comments… read them below or add one }
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.