
Apabila membaca kisah pembunuhan paling kejam yang berlaku di Gemenceh baru-baru ini, teringat saya pada satu lagi kisah pembunuhan Datuk Taha Talib(bekas speaker dewan Undangan Negeri Sembilan). Masih ingatkan lagi anda? Kes pembunuhan Datuk Taha Talib yang telah pun berlaku 20 tahun yang lalu. Persamaannya adalah, kedua-kedua tempat kejadian sehingga berlakunya pembunuhan adalah sama iaitu di Gemenceh
Pembunuhnya adalah orang politik juga iaitu Datuk Mokhtar Hashim yang mana perbicaraan pada masa itu berjalan selama 2 bulan telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas beliau. Selepas beberapa tahun di dalam penjara, beliau telah diampunkan atas perkenan Yang Dipertuan Agung pada masa itu dan hukumannya telah ditukarkan kepada hukuman penjara seumur hidup. Selepas beberapa tahun di dalam penjara, beliau telah pun dibebeaskan. Boleh baca di sini kisah pembunuhan Datuk Taha Talib dan di sini.


Berbalik kepada kes pembunuhan di Gemenceh ini, entah di mana silapnya. Mengucap panjang apabila mendengar kisah empat sekeluarga menemui ajal dalam keadaan yang sangat mengerikan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan. Bagi yang sempurna akal tentunya tidak terfikir bagaimana penderitaan keempat-empat mangsa yang ditinggalkan oleh pembunuh mereka dalam keadaan cukup terseksa – putus kepala, putus tangan dan pisau tercacak di dada. Lebih memilukan, kesemua mangsa itu sebenarnya bukanlah individu yang mampu bertindak melawan apabila tiga daripadanya masing-masing berusia 90, 80 dan 76 tahun selain gadis berusia 22 tahun. 

Daripada sumber yang boleh dipercayai, suspek kes pembunuhan kejam ini(Rashidi Ismail – 34 tahun) pernah menjawat jawatan sebagai pegawai bank di Affin Bank dan kemudiannya dikenakan VSS. Selepas itu, beliau menjalankan bisnes sendiri malangnya suspek telah ditipu. Pada masa yang sama tunang pula minta putus. Suspek juga mengalami masalah kewangan yang agak teruk.
TAMPIN(5 Januari 2009) : Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam. Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Katas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang. Berita Harian
- Atan Daud, 90-an : Putus Tangan Kiri
- Sufiah Katas 80-an : Putus Tangan Kanan
- Ismail Awang 60-an : Putus Kepala
- Siti khadijah 22 thn : Pisau Tercacak di Dada
Semoga diberikan kekuatan kepada budak perempuan itu yang juga adik suspek. Budak itu pastinya trauma untuk satu tempoh yang panjang. Beliaulah individu yang menjumpai mayat yang dalam keadaan yang sungguh mengerikan dan menyayat hati. Tanpa kepala, pisau tertusuk, tangan dipotong.
(Gambar Hiasan di atas tiada kena-mengena dengan kes pembunuhan di Gemenceh)
Pengajaran demi pengajaran yang sepatutnya diambil daripada kes pembunuhan ngeri seperti ini, dengan harapan sekurang-kurangnya kejadian seperti dapat dielakkan dengan cara bertindak segera mendapatkan pertolongan dan berikhtiar walau dengan apa cara sekalipun, samada psikiatrik atau kaunselor(bergantung kepada situasi dan keadaan) jikalau mendapati perubahan perangai yang janggal berlaku pada ahli keluarga kita. Kadang-kadang sekecil-kecil benda inilah yang boleh bawa masalah besar.
Antara masalah utama ialah stigma masyarakat yang mengaitkan Wad Psikiatrik/Doktor Pakar Psikiatrik dengan orang gila sehingga mereka menjadi segan dan malu untuk bertindak.
P/S : Memang tidak boleh disangkal lagi, inilah pembunuhan paling kejam dan tragis di Malaysia. Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa pembunuhan di Gemenceh ini dan salam takziah untuk keluarga mangsa semoga diberikan kekuatan untuk menerima ketentuanNya.





Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :


{ 16 comments… read them below or add one }
diharap adik mangsa tabah harungi dugaan ujian cabaran rintangan ini.. Takziah
Takziah untuk keluarga mangsa
Al-Fatihah….
Undang2 perlu di kuatkuasakan.
Yg bersalah mesti di hukum atas kesalahan.
Apalah Mamat “pembunuh” ni mental ker? Aku tak tergamak nengok ayam kena sembelih ni kan pulak nak membunuh. Masa drive ada X-cident pon aku tutup mata tak smpai hati..NAUZUBILLAH MIN ZALIQ..
msti ada yg xkena dgn mamat ni..
klu setakat bunuh je kita bese dgr..klu dh potong kpala pastu bawa dlm beg..ish..kna rasuk ke aper bdk ni….
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.