
Pulau Langkawi boleh dikatakan syurga membeli-belah setelah Kerajaan Malaysia mewartakannya sebagai kawasan bebas cukai. Ditambah dengan keindahan sekitar kawasan Pulau Langkawi yang mempunyai sejarahnya tersendiri.
Baru-baru ini berita harian, Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad menggesa agar kerajaan membina jambatan antara Pulau Langkawi dengan tanah besar melalui Kuala Perlis sebagai satu kemudahan untuk penduduk di pulau itu berulang alik ke tanah besar. Pembinaan jambatan itu adalah atas permintaan penduduk di pulau pelancongan itu kerana ia dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan.
Tetapi cadangannya itu telah disanggah oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan tidak perlu sama sekali melayan cadangan membina jambatan untuk menghubungkan Pulau Langkawi dengan tanah besar kerana ia akan menyebabkan kesesakan kenderaan di pulau itu. Katanya, jika terlalu banyak kenderaan masuk ke Langkawi akan menimbul kesesakan lalu lintas dan menjejaskan usaha menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Jujur saya katakan Pulau Langkawi adalah satu pilihan destinasi percutian saya selain Pulau Perhentian. Sekali pandang daripada sudut kesan pembangunan & perlancongan, pandangan Tun Dr. Mahathir ini ada benarnya. Dengan adanya kemudahan jambatan ini, bakal menyebabkan lambakan kereta seterusnya mencemarkan kawasan sekitar di Pulau Langkawi.
Sebenarnya cadangan membina jambatan ini memang ada pro dan kontranya. Daripada sudut lain pula, pembinaan jambatan mungkin boleh menyebabkan keseronokan bercuti tidak sama seperti sebelumnya disebabkan perkhidmatan feri untuk ke sana tidak lagi diperlukan. Mungkin bagi yang sekali sekala pergi ke Langkawi mesti seronok dengan suasanan sebegitu.
Tetapi, bagi penduduk Langkawi sendiri, mereka kerap berulang-alik ke masuk Pulau Langkawi dan dapat dirasakan keperluan membina jambatan ada benarnya. Lebih-lebih harga tiket untuk perkhidmatan feri boleh tahan mahal juga. Servis feri yang disediakan kadang-kala mengecewakan.

Sebelum ini pun sudah ada cadangan untuk memberikan status bebas cukai kepada Pulau Pangkor contohnya, tetapi tidak diteruskan cadangan tersebut disebabkannya kedudukan Pulau Pangkor yang dekat dengan tanah besar. Mungkin ada sebabnya penduduk Pulau Langkawi membuat permintaan sebegitu. Kalau ikutkan secara rasionalnya, perhubungan mereka dengan tanah besar cukup sukar. Bayangkan kalau ada kematian, mayat terpaksa dibawa naik feri penumpang, nak masuk wad Hospital Alor Setar , terpaksa naik feri jugak. Usunglah katil dengan nurse-nurse naik feri.

Kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan untuk membina hospital serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh penduduk Langkawi berbanding belanja yang terpaksa dikeluarkan utnuk membina jambatan yang emestinya akan mengeluarkan belanja yang sangat tinggi. Apa pandangan anda?
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [TRAGIS] Trajedi Jambatan Runtuh, 22 Murid Dikhuatiri Hilang!!
- Pelan Pembinaan Jambatan Melaka ke Dumai Tetap Diteruskan
- [HOT] Perjanjian Perkara 20 Sabah Perlu Dilaksanakan Segera!!
- [TERKINI] Harga Gula Malaysia Akan Naik Tidak Lama Lagi?
- Isu Larangan Penggunaan Nama Allah oleh Kristian. Apa Kata Anda?
- [HOT] Presiden PAS Perlu Berundur??


{ 28 comments… read them below or add one }
tapi…jambatan tu pun akan menarik pelancong…duit akan masuk…
tapi satu je, bila ada projek besar-besar ni..mula la ada ‘hantu-hantu’ yang curi duit tu…contoh: modal 5juta…bila dicuri ‘hantu-hantu’ tinggal 1 juta jer…then, x lama kemudian…mula la retak,roboh dan sebagainya…
tak jadi la tempat pelancongan.. tempat nak lepaskan tensen..
huhuhuh.. kalo spital x dek.. baik buat spital kat sana.. dapat jugak bagi org kat sana keje.. :ketawamanja
kalau dibuat jambatan , tak pasal nnt bila ramai dah senang pergi langkawi
status bebas cukai mungkin ditarik balik
siapa tahu :nangis
ye la, kat tanah besar naik keta je g mana2..
pastu g sana pun naik keta..x best la.. :nangis
cadangan master G lebih tepat..lengkapkan kemudahan untuk penduduk sana..bina hospital, shopping complex dll..
xpun, amik alih @ tubuh 1 syarikat kepunyaan awam yang menyediakan perkhidmatan feri untuk ulang alik..beri alternatif kepada perkhidmatan sedia ada + jadikan lebih murah.. :curiga
ya tak ya jugak kata pak awang…nanti status bebas cukai hilang kot..uih…takde seri la kat kedah nanti…
janji perkhidmatan mereka bermutu…orang kata ada class gitu…
seperti peniaga feri..kasihan diorang nanti
dan juga kos perbelanjaan tu
lebi baik dibuat projek lain
soal harga minyak naik lain cerita,
yang penting tambang feri lebih murah dan
perkhidmatan bagus…
untuk peniaga feri diorang boleh sediakan
elaun atau bonus bulanan..
jarang dengar kes ni..hehe. best gak jadi driver ni, boleh drift..hahaha.
tapi, kerja ni antara pekerjaan mulia…tolong bawa orang sakit
nanti ada peluang kerja tuk
1)doktor
2)nurse
3)admin
4)kerani
5)driver
6)tender cafe/canteen
7)cleaner
8)tender kiosk
9)pekerja makmal
10)banyak lagi la…
especially doctor…kerajaan dah tak perlu ambil doctor dari luar negara…guna jer doctor-doctor kita…yang belajar medic luar negara pun ramai…so, gunakanlah diorang….sama juga nurse…ramai yang dah bertaraf degree sekarang ni…
2) Jika anda baru pertama kali berkongsi komen di sini, komen anda akan ditapis terlebih dahulu. Komen anda akan diproses dan dipaparkan secepat mungkin. Kesabaran anda amat dihargai.
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.