BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

[TERUK] Kedudukan Sebenar Indeks Rasuah di Malaysia

by Staff Berita Semasa on November 18, 2009

in Kes Jenayah

4801072158 2ea3c7463f [TERUK] Kedudukan Sebenar Indeks Rasuah di Malaysia

Nampak prestasi untuk indeks rasuah di Malaysia mencapai kedudukan yang menghampakan. Bukan semakin baik, tetapi jatuh satu tangga ke tangga yang lain.  Rasanya sudah bermacam-macam kaedah dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dengan harapan untuk memperbaiki tahap  indeks  rasuah di Malaysia. Hasilnya? Malaysia  dilihat sebagai lebih korup daripada sebelumnya hasil kajian oleh Transparency International untuk tahun 2009. Di manakah silapnya?

4801072200 19e252fdf5 [TERUK] Kedudukan Sebenar Indeks Rasuah di Malaysia

Adakah ini standard yang kita ada? Indeks rasuah di Malaysia adalah di kedudukan 56 daripada 180 negara di dunia dengan hanya mencapai nilai skor 4.5 daripada 10 berbanding kedudukan pada tahun sebelumnya iaitu pada tangga 49 dengan nilai skor 5.1.  Semakin rendah skor yang diperolehi, semakin rendah pencapaian sesebuah negara dalam mengawal kegiatan rasuah. Kita dilihat sama sahaja label dan sebaris dengan negara-negara seperti Namibia, Samoa, Latvia dan juga Slovakia. Apa yang boleh kita banggakan?

Lima negara seperti Switzerland, Sweden, Singapura, Denmark dan juga New Zealand masih mengunguli kedudukan antara negara yang paling bersih  dan berprinsip dalam menangani rasuahnya. Somalia masih kekal sebagai negara paling korup di dunia, diikuti oleh Afghanistan, Myanmar, Sudan dan Iraq, Transparency International berkata dalam Indeks Persepsi Rasuah tahunan.

4800438717 9581df89c4 [TERUK] Kedudukan Sebenar Indeks Rasuah di Malaysia

Dalam pada masa yang sama Transparency International Malaysia (TIM) melalui presidennya, Datuk Paul Low mengiktiraf usaha Malaysia dalam menangani rasuah walaupun ranking indeks rasuah di Malaysia tahun ini merosot.

Beliau berkata Transparency International Malaysia percaya satu-satunya cara bagi negara maju ke depan adalah dengan membanteras rasuah secara serius dan mempastikan keputusan dan transaksi kerajaan lebih ketara dan telus. Paul Low bagaimanapun mencadangkan agar kerajaan lebih telus dalam proses pemerolehan dengan melaksanakan ‘perjanjian integriti’ dengan pembekal untuk bertindak sebagai langkahpenghalang bagi mencegah rasuah.

P/S : Adakalanya kita menerima pengiktirafan daripada badan selidik dari negara luar, terus sahaja kita mendabik dada tanda bangga. Apabila kita menerima berita bahawa negara kini semakin jatuh daripada segi indeks rasuahnya, kita perlu menerima hakikatnya dan yang pentingnya berubah dan bertindak daripada sekarang.

PP/S : Tidak perlu menghukum seperti mana yang diterima perasuah-perasuah di China, cukup sekadar “jerung-jerung besar yang masih disimpan” dalam menjalankan kegiatan rasuah diambil tindakan segera dan sewajarnya.

{ 17 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 @cynthiakkx November 18, 2009 at 5:18 am

It’s normal for a third world countries to have highest corruption coz they are poor. And of course, its not easy for us to eradicate corruption totally

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Gestapo November 18, 2009 at 6:57 am

adehh, malu sikitla dengan israel
rasuah mereka pun lagi ok dari malaysia :nangis

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Remi November 18, 2009 at 9:18 pm

rasuah ni bukan India ke top10?
maaf le ye kalau bukan
dengar2 dari mulut org je… :senyumkambing

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 JohnJimat November 20, 2009 at 6:44 pm

mmg sudah dijangka..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 serabut16 December 29, 2009 at 2:30 am

stiap individu seharusnya mmainkn pranan dlm ks rasuah ni, fikir sblum buat!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 tripleverse December 29, 2009 at 3:09 am

rasuah. bosan betul dengar. tak cukup telus la. huhu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 roletcha December 29, 2009 at 11:28 am

rasuah2….klu pemberi rasuah dihapuskan x boleh juga….penerima rasuah sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan duit..tambah2 polis2 pangkat rendah yg nak duit lebih pe lg…dunia skang..semuanya nk duit..sape nak bayar mahal2…orang akn fikir klu aku masuk court mau kena 2 3 ratus…banyak proses lg..klu bg duit bawah meja 100 da lepas…sape yang x nak…susah..mmg susah nak hapus….tp klu ada mekanisma yang betul2 boleh menghapuskan amalan rasuah ni alhamdulillah la….

ps…bg sy kena displinkan iman dan dri…xpelah naik cour sekalipun janji perut x kembung n meletup kt akhirat nanti..wallahualam

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 nur ash December 29, 2009 at 1:30 pm

~cakap pasal rasuah..ni kena tgok nilai2 murni dlm diri individu..kalu dr muda xda nilai jujur n amanah..mmg blh terjebak dalam rasuah..ingat duit yg haram masuk kluarga xkn berkat..kalu cakp pasl rasuah xyah tgok org2 besar mcm menteri n syarikat2 je..skrg ni kalu nk minta keja pon kna ada kabel tmbh2 tmpat keja yg namaye hebat..kabel2 ni rasuah gkla kiraye secara xsedar..nk masuk sekolah asrama pnuh pon ada pkai kabel..kecian kt org yg berhak tp xdapat sbb adaye kabel2 cmnila..xpatut btul!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 fadli January 3, 2010 at 3:19 am

rasuah bukan mudah untuk ditangani lebih2 lagi melibat individu itu sendiri.Lebih2 lagi apabila dirasuah dengan jumlah wang yang besar,memang semua gelap mata

1 cara sahaja untuk menanganinya
-Mendidik anak-anak dari kecil secukupnya pegangan agama.insyaalah mereka tahu akan betul dan salah 2.ini sahaj cara yang terbaik,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 mesticun January 12, 2010 at 4:08 am

Rasuah satu penyakit yang merbahaya.perlu dirawat dengan segera.sekarang memang bertambah parah.tahun ni 2010 harap2 turun lagi lah ya. :serabut

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Allyson March 9, 2010 at 8:48 am

Incredibloe. beritasemasa.com is killer.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Awang BPR October 4, 2010 at 12:45 am

:senyumkambing Eleh..kita X mintak!! orang bagi kita ambik aje le!! itu HADIAH nama nya…lain lah kalau kita DEMAND…Contoh: dekat nak raya cina..pagi2 bukak pintu..Tu dia LIMAU 4/5 tong..depan pintu gumah…siap ada angpau…eleh!! towket tu la yg bagi.!!!.siap tulis…GONG XI PAI CAI….lagi.. :joget MANISsss limau tu…RASUAH :duit Ke? : :gila

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Azrain October 4, 2010 at 3:11 am

…..teknikal rasuah macam-macam. rasuah atau tidak, hati orang beriman boleh menilai..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 perut jalan dulu..! November 25, 2010 at 9:13 am

macamane nak bersihkan rasuah kalau org yg pernah terlibat dengan rasuah atau unsur rasuah masih terus diberi tempat dalam politik dan pentadbiran negara..?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 perut jalan dulu..! November 25, 2010 at 9:28 am

untuk bersihkan rasuah ia mesti bermula dari atas…
bukan dari bawah…yg kat bawah tu bila2 je bolih dibersihkan.
Sebab kalau atas bersih, bersih yg bermaana tiada terlibat dalam rasuah atau unsur2 yg bolih dikatagori dlm rasuah/penylewengan
atau dapat hasil dari cara yg bolih dikatagorikan pada pendapatan yg tak betul walau pun dikatakan ada hitam putih betul sedangkan pada prinsipnya adalah tidak betul, yg dilakukan sekarang atau semasa lalu samada pada dirinya atau melalui pihak/org lain dan selepas itu sesaorang itu naik atas maka negara susah utk dibersihkan dari rasuah sebab org lain yg melakukan rasuah akan mengatakankan..”alahh..! dulu dia pun makan rasuah ” atau ” dulu dia pun sama ” atau “ah..dulu dia pun sekongkol sama” atau sebagainya maka susahlah nak bersihkan rasuah…itu yg indek rasuah malaysia tak bersih2…susah nak bersih, malah makin teruk…!
Senang cakap tepuk dada tanya selera, pepatah melayu cakap !

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 perut jalan dulu..! November 25, 2010 at 9:48 am

untuk jadikan malaysia bersih dari rasuah..
SPRM hendaklah dijadikan satu badan suruhanjaya DiRaja dan diletak dibawah Yang Di Pertuan Agung.
Di Malaysia ni selagi orang2 poltik yg memerintah berkuasa keatas SPRM tak kira lah kalau SPRM tu di pantau olih satu badan bebas yg dianggotai ahli2 panel yg dianggap bebas tapi yg sebenarnya ia dikawal olih pemerintah maka indek rasuah kat Malysia ni tetap pada takuk yg sama malah akan makin merudum.
Lagi, orang paling atas dalan SPRM hendaklah di ambil dari org yg betul2 ingin bekerja tanpa kompromi dln rasuah..dan kalau tak ada atau tak mampu utk mencari atau mengadakan org yg betul2 diperlukan …jangan malu untuk buka jawatan itu kepada org luar…sebab ia lebih berkecuali

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 perut jalan dulu..! November 25, 2010 at 9:57 am

Malaysia ni kaya..
kalau pemimpin2 telus dan diamalkan pentadbiran bersih,
dah lama dah Malaysia ni menjadi neagara maju, setidak2nya kemajuan dan taraf hidup penduduknya sama dengan australia atau pun new zealand kalau pun tak bolih nak sama dengan singapore..!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: