BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Termahal) Nombor Plat Kenderaan Terkini Untuk Dijual

by Staff Berita Semasa on December 29, 2010

in Berita Malaysia

Kalau sebelum ini nombor plat kenderaan seperti gambar di atas adalah yang termahal iaitu TAY 1, selepas ini gelaran nombor plat termahal akan berpindah milik. Siapalah agaknya gerangan yang memakai nombor plat tersebut? 

Sekali tengok harganya, berpeluh juga sekejap. Individu-indivdu yang gilakan nombor plat kenderaan yang cantik dan ada “ong” memnag tak kisah setakat harga minyak naik 5 ker, 15 ker, harga barang naik ker. Yalah nama pun orang kaya, harga nombor plat pun dah sama macam harga rumah sebuah. Orang kaya, cara berbelanja pun macam orang kayalah kan. Takkanlah pakai kereta Bently beli mahal-mahal, pakai nombor yang seakan Yamaha Ego?

Harga tender nombor plat pendaftaraan kenderaan “MCA 1” RM300,100

Nombor plat pendaftaran  kenderaan “MCA 1” telah ditender pada harga  RM300,100 dan merupakan tawaran  tertinggi untuk nombor plat di negara ini, setakat ini. Kementerian Pengangkutan  berkata, sebelum ini harga plat pendaftaran tertinggi ialah “TAY 1”  yang ditender pada harga RM242,000 dan “TAN 1” sebanyak RM200,900.

“Pada masa sama, nombor pendaftaran  kenderaan “MCA 2” turut ditender dengan harga  RM101,000 dan “MCA 8” pada harga  RM88,168.00. “Manakala  “MCA 888”  mendapat tender terbanyak dengan 15 bidaan dan ia ditawarkan  pada harga RM15,400,” kata kementerian itu dalam  satu kenyataan. – Utusan

Kalau sebelum ini kecoh berkenaan nombor plat kenderaan MCA ini apabila timbul isu kononnya ia sdah pun dibolot oleh orang-orang MCA. Benarkah?Mari semak semula laporan akhbar pada bulan September 2010 lalu :

  • 20 September 2010 – Ada laporan mengatakan nombor plat kenderaan berhuruf ‘MCA’ yang bakal didaftarkan tidak lama sudah kehabisan sebelum ini. Ini disebabkan desakan ahli-ahli parti MCA supaya mereka diberi keistimewaan untuk memiliki nombor berkenaan sekali gus menyebabkan kementerian berkenaan menyerahkan kesemua nombor pendaftaran bermula daripada MCA 1 hingga MCA 9999 kepada parti terbabit.Malah cakap-cakap mengenai perkara itu mengaitkan kononnya bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat telah menggunakan kuasa vetonya untuk mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membekukan penjualan nombor pendaftaran itu agar dikhususkan kepada MCA. Tetapi beliau menafikannya.
  • 21 September 2010 – Isu nombor plat kenderaan berhuruf ‘MCA’ bertambah hangat apabila Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menunjukkan bukti bahawa terdapat individu yang cuba mengehadkan nombor plat dengan huruf tersebut kepada golongan tertentu sahaja dan beliau menunjukkan surat bertarikh 17 Februari 2010 yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang mahu nombor plat berhuruf ‘MCA’ tidak dibuka kepada tender awam. Surat tersebut ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan dan isi kandungannya adalah seperti berikut. Sekali lagi Datuk Seri Ong Tee Keat menafikannya.
  • 22 September 2010 – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan (gambar) mengesahkan beliau pernah menerima surat yang meminta agar nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula dengan MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka kepada awam.
  • 23 Disember 2010 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran nombor pendaftaran kenderaan siri “MCA 1″ hingga “MCA 999″ bermula 8 pagi (24 Disember 2010 dan berakhir 12 tengah hari 14 Disember 2010.Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata orang awam yang berminat bolehlah memasukkan tawaran itu ke dalam peti tawaran di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, Kompleks JPJ Bukit Katil, Melaka. Borang Tempahan Nombor Pendaftaran (M.V 10) boleh didapati di pejabat JPJ Negeri/Cawangan atau boleh dimuat turun melalui laman sesawang JPJ (www.jpj.gov.my).
  • 24 September 2010 – Kementerian Pengangkutan akan mengemukakan notis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya membatalkan arahan surat oleh pihak kementerian sebelum ini agar tender nombor pendaftaran kenderaan iaitu MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka kepada orang awam.

Untuk setakat tempoh 24 Disember 2010, ini merupakan senarai nombor plat kenderaan terkini yang dikeluarkan JPJ

  • Perak -  AHJ7348
  • Selangor  -  BLB4970
  • Pahang  -   CCS6906
  • Kelantan  -   DBT4200
  • Johor  -   JMQ4407
  • Kedah  -   KCV4835
  • Langkawi  -   KV467D
  • Labuan  -   LD4806
  • Melaka  -   MBY8734
  • N Sembilan  -   NCL4739
  • Pulau Pinang -   PJX4879
  • Kuching   -  QAV4353
  • Sri Aman  -   QBA8814
  • K Samarahan  -  QCC1214
  • Limbang  -   QLA4459
  • Miri  -   QMQ6540
  • Kapit  -   QP5624
  • Sarikei  -   QRF5173
  • Sibu  -   QST9460
  • Bintulu  -   QTH2501
  • Perlis  -   RJ4354
  • Kota Kinabalu  -   SAB7208D
  • Beaufort   -  SB1757B
  • Lahad Datu  -   SD4651F
  • Kudat  -   SK9874
  • Sandakan  -   SS5324N
  • Tawau  -   ST9108N
  • Keningau  -   SU3841B
  • Terengganu  -   TBB2982
  • Kuala Lumpur  -   WUS7472

P/S : Akhirnya siapa yang untung? JPJ juga. Agak-agaknya berapa kutipan terkumpul bagi nombor plat kenderaan MCA-MCA9999?

PP/S : Nampaknya masih ramai lagi di luar sana yang sanggup membeli nombor plat dengan kombinasi tertentu dan maksud yang tersirat, sehingga berhabisan keluar puluhan ribu dan hampir sekali ganda harga sebuah kereta, ada apa pada nombor plat kenderaan seperti ini?


{ 11 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 zul December 29, 2010 at 12:28 pm

ini bukti org percaya kpd bende luaran simbolik. takde faedah. no. plat bukannye name nak pileh sedap2. xpaham aku org yg suke pileh2 nombor ni. ingat ini numerologi ke. gune duit pi shopping lg best.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Bang Piss December 29, 2010 at 4:41 pm

Sedang tunggu plat PKR 1. Siapa punya….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 tahawk December 30, 2010 at 9:43 am

kelebihan no macam ni 1 jew.. org akan senang ingat kalau dorg langgar lari, or wat jenayah.. hahahaha..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 mat jerai January 1, 2011 at 12:06 am

apa hei, pasal plat kenderaan pun mau politik jua kah. dah tukar tahun baru sikap n pemikiran masih kuno.mana nak capai hasrat kjaan 1 MALAYSIA.Jangan fikir untung, fikir sama perasaan MANUSIA lain dalam 1 MALAYSIA.Apa daa…asyik2 bikin kecoh…SELAMAT TAHUN BARU 2011.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 ahaha~ January 12, 2011 at 11:19 am
6 aziemah asmadi January 16, 2011 at 10:50 pm

biasa la…
orang berduit…

~~duit rakyat didahulukan,pendapatan kerajaan diutamakan~~

dari membazir beli mahal2 baik bantu rakyat jelata yang dalam kesusahan,
tambah nk mngundi lak nati..rakyat xdapat pape faedah,bila mngundi yang kaya org pegang jawatan,rakyat sama je,barang mahal,itu mahal,ini mahal, xda pape faedah pn untuk rakyat….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 lebahlandak February 28, 2011 at 1:21 am

woooooo…mau tgk kaaa..plat AJA1 & AJA18… tggu n lhat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 kutu bikan December 29, 2011 at 6:44 pm

no PKR dah nk kuar… tapi aku x heran no PKR 1.. yg aku dok tunggu sgt2 ialah no plat PUK 1…. hehehe… bestttt

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 APIS February 12, 2012 at 4:12 pm

AKU MAU CARI NO PLATE – AP I5. . . . CANE EK

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 mae September 6, 2012 at 2:18 pm

tahun depan umur you dah naik 16 , nak cari AP 16 pulak?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 dolloh jin April 13, 2013 at 1:40 pm

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: