
Ya….yang kaya bertambah kaya. Tahniah diucapkan kepada kalangan yang berjaya menempatkan diri dalam senarai orang yang terkaya di Malaysia 2010. Seramai 40 orang terkaya di Malaysia 2010 telah berjaya mencatatkan peningkatan daripada segi nilai kekayaan sebanyak RM156.7 bilion, atau 63 peratus lebih banyak daripada RM96.3 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu. Tetapi jumlah keseluruhan masih kurang daripada RM171.9 bilion yang dicatat pada tahun 2008.
Seperti dijangka, tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu individu korporat seperti Tan Sri Robert Kuok, Kuok Group yang baru sahaja melepaskan gelaran dan mahkota “Raja Gula” dengan menarik diri daripada bisnes gula di Malaysia yang dipegangnya selama bertahun-tahun. Beliau masih lagi orang terkaya di Malaysia 2010 dengan berjaya mengumpul kekayaan sejumlah RM42.76 bilion, naik RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu.
Hartawan media dan telekomunikasi iaitu Ananda Krishnan mengekalkan kedudukan kedua bagi orang terkaya di malaysia 2010, dengan mencatatkan kekayaan sejumlah RM27 bilion. IOI Corporation Bhd’s Tan Sri Lee Shin Chen ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion, diikuti oleh Tan Sri Teh Hong Piow dengan RM10.86 bilion.
Genting Group Tan Sri Lim Kok Thay, bernilai RM10.38 bilion, melompat 10anak tangga ke kedudukan kelima. Hong Leong Group Tan Sri Quek Leng Chan mengambil tempat di RM7.09 keenam bilion sementara Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary daripada Albukhary Foundation, bernilai RM6.01 bilion, menetap diri di kedudukan ketujuh bagi orang terkaya di malaysia 2010.
[LENGKAP] Senarai 10 orang terkaya di Malaysia 2010
1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion
2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27 bilion
3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92 bilion
4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86 bilion
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38 bilion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09 bilion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01 bilion
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4 bilion
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5 bilion
10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2 bilion
5 Pendatang Baru Dalam Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2010
1) Lee Swee Eng dari KNM Group
2) Datuk Shahril saudara Shahriman Syamsuddin
3) Datuk Seri Nazir Razak CIMB Group
4) Ong Leong Huat dari OSK Holdings
5) Syamsuddin dari Sapura
Anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia 2010. Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.
Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 dengan kekayaan sebanyak RM2.8 bilion. Datuk Seri Nazir Razak yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia 2010.
UPDATE pada 27 Mei 2010 !!
Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2010
1) Tan Sri Robert Kuok; US$12 billion
2) Tan Sri T. Ananda Krishnan; US$$8.1 billion
3) Tan Sri Lee Shin Cheng; US$4.6 billion
4) Puan Sri Lee Kim Hua; US$3.9 billion
5) Tan Sri Quek Leng Chan; US$3.85 billion
6) Tan Sri Teh Hong Piow; US$3.8 billion
7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay; US$2.5 billion
8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary; US$1.7 billion
9) Tan Sri Vincent Tan; US$1.6 billion
10) Tan Sri Tiong Hiew King; US$1.2 billion

{ 23 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
hehe. sampai tarik diri dibuatnya..
.-= titan´s last blog ..Pertandingan Komen Terbanyak di Blogsafar.com =-.
Bangganya aku ada bangsa kita yang masuk sekali senarai ini
macammana mereka jadi kaya, no 2
hehe..
kaye gle ayah aku pun tak kaye mcm tu ayah aku bisnesman die boss ade mcm 2 syarikat
SPRM BUAT APA, TANGKAP ORANG VIP DULU YG MENYALAHGUNA KUASA SEBELUM TANGKAP IKAN BILIS
Macamana orang melayu nak kaya, ada syarikat nak naik dah kena stop oleh Bank Negara,KDN,Suruhanjaya skuriti duit mereka kena rampas macamana ni..tak senang nak tengok orang senang,,kesian orang-orang melayu kita..
kaya tul diorg tu ye…xpe la kita2 dpt jadi jutawan masa pencen sok pon xpe la x lah kena keje 12 jam sehari 30 hari sebulan ye x…..oleh itu jom buka akaun simpanan di etiqa takaful macam2 boleh buat dengan simpanan anda itu nanti
.-= etiqa mat menulis artikel blog ..SIMPANAN BERPERLINDUNGAN =-.
majoriti cina pegang,biarla diorg kaya kt dunia ni…
kt akhirat nti diorg miskin plak :tembak
loser jer ckp mcm tu… change ur mind thinking, org bejaya: lawanya kete BMW tuh, mcm mana aku nak pakai?
org kurang bejaya: betuahnya org yg pakai kete BMW tu, biar lah dah nasib diorang baik.
islam tak ajar mengeluh, islam suruh kamu jadi org kaya sekaya yg boleh, dan kaya di dunia dan akhirat. tak ada sahabat nabi miskin. semua kaya raya.
kayanye………
MALANG BENAR NASIB ANAK MELAYU. DIE YANG PUNYE NEGERI, TAPI TAK SATU PUN YANG MASUK RANGKING 1O BESAR ORANG TERKAYE. INI YANG DISEBUT ORANG, MATI SEMUT KERANE GULE…..
Tahniah mereka yg kaya rayo,asalkan cara perolehannya betul okeylah..jgn jadi ketua along,ketua penyeludup kayu balak @ apa2 hasil yg menyalahi undang2 cukuplah.aku senang dengan cara aku…sederhana…letak kepala terus lena…nanti kaya tidurku pun tak lena.
Kalau kaya tapi hati tak senang jer setiap masa, buat apa. kumpul duit banyak2, lepas tu mati, tak sempat nak belanja. Ynag untung anak cucu jer lah.
Banganya jadi orang Melayu, kebaikannya menjadi contoh dunia, Rajanya Melayu, pemerintahnya Melayu, tanah asalnya Semenanjung Tanah Melayu, majoritinya Melayu, tapi yang kayanya orang lain, Munsyi pernah berkata ” baiknya perempuan melayu, musafir lalu ditanakkan nasi, laki pulang kelaparan tak dipeduli”
kesilapan org melayu sendiri kerana tidak mempertahankan harta kita dari dulu…. konon nak jaga hati orang… sebab tu bagi harta pada org lain… orang lain tak pernah nak jaga hati kita….
saya pun nak jadi orang yang terkaya di dunia..
huhuhu.
kalau tak boleh di dunia,di malaysia pun boleh lahh..
Bangsa lain yang lebih ramai kaya dari bangsa saya sendiri… saya turut sedih
Kaya raya..Kereta berselerak, Mewah belako..BMW+++. Rumah Banglo, Mahligai+++.ETc…Rupanya dinasihat Doctor boleh makan Biskut Tawa..Hehee.Kesian…Allah jua yang Maha Kaya…Mereka Mewah harta tp papa(ditarik) nikmat makan…Bini, anak, menantu, cucu+++ juga yang bahagia…
Bila nak masuk kubur..Ooopppp,. Kereta, Mahligai+++ NO ENTRY..keh keh keh..
Apa pun, kalau Hartawan dari hasil yang Halal dan Pemurah pula..MasyaAllah, Bahgia dunia dan Akhirat…Jangan Jadi Qorun dan Abu Lahab sudah laa..
Hai selamat mlm dan selamat hari malaysia saya ucap injap semua org.krg nhe saya nak ke ikan satu soalan kepada tuan.”tuan apa kah rasuah sebenar nak menjadi seorang kaya?
Bagi mereka yang menjadi jutawan bukan ada jalan pintas menjadikan mereka kaya raya, sudah tentu bersusah dahulu. Sebagai contoh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, bermula dari bawah dan banyak menyumbang kepada agama dan negara tanpa diketahui ramai..
kapan ya jadi orang kaya beneran.
thanks dari sewa mobil
orang melayu malas dan selalu buat keja yang tak senonoh!! kalau buat jenayah kalah binatang kalau hendak di banding kan..asyik2 kalau tonton tv3 asyik2 tengok melayu buat jenayah..rogol anak sendiri la,hisap dadah la,merogol la,meragut la,dan macam2..tak malu ka..cuba tenggok bangsa org dulu sebelum hendak menuduh org dulu…
ytl paling banyak utang bank negara ooooo… boleh bayar ka???!!