BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Tasik (Baikal) Paling Dalam di Dunia ada Harta Karun?

by Staff Berita Semasa on September 2, 2010

in Berita Dunia

harta3

CAPE TOLTSY, Rusia – Harta karun berbentuk emas bernilai berbilion-bilion pound sterling milik maharaja Rusia atau dikenali dengan gelaran Tsar dipercayai ditemui di dasar tasik paling dalam di dunia

harta4GAMBAR menunjukkan Tsar Nicholas II (kiri) yang merupakan maharaja terakhir Rusia bergambar bersama keluarganya.

Sejak beberapa hari lalu, krew sebuah kapal selam mini, Mir-2 menemui banyak objek bersinar seperti emas semasa melakukan kerja pemetaan di Tasik Baikal pada kedalaman 400 meter dari permukaan air. Sebelum ini, legenda tempatan menyatakan bahawa sejumlah 1,600 tan emas hilang apabila sebuah kereta api komander tentera diraja Rusia tergelincir dan terjunam ke dalam Tasik Baikal di negeri Siberia.

harta2KAPAL selam Mir-2 menemui objek bersinar seperti emas di dasar Tasik Baikal di Siberia

Emas itu dipercayai milik Maharaja Rusia terakhir, Tsar Nicholas II dari Dinasti Romanov yang memerintah negara itu pada tahun 1900 tetapi baginda dibunuh dalam revolusi komunis Bolshevik selepas Perang Dunia Pertama pada 16 Julai 1918 oleh anggota-anggota tentera komunis. Pada tahun lalu, bangkai kereta api dan sejumlah kotak berisi peluru ditemui di dalam tasik itu tetapi baru-baru ini, Mir-2 membuat penemuan terbaru itu di sini.

Krew-krew kapal selam berkenaan cuba mengambil beberapa objek bersinar itu menggunakan tangan robot tetapi gagal kerana permukaan tasik yang berselut dan berpasir.

harta
Sumber-sumber memberitahu, krew-krew kapal selam itu tahu lokasi emas berkenaan dan merancang misi baru bagi mengesahkan penemuan tersebut tanpa mendedahkan tarikh ekspedisi tersebut. AGENSI


{ 4 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 belantara hutan... September 2, 2010 at 11:54 am

itu harta.. ahmad albab yg punya!!! :ketawa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Akmal September 2, 2010 at 3:31 pm

Salam..wah :senyumkambing …lepas ni ramai la lanun moden yang akan pegi kesini..harap..jgn la berperang. :tembak .ia la harta berbilion pound sterling. :berangan ..banyak tu.. :joget

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 mrset@n June 13, 2011 at 2:19 pm
4 sunil June 24, 2012 at 10:04 am

i nk tlg cari blh!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: