BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Tarikh Pilihanraya Umum Ke13 Sudah Dekat, Lebih Banyak Bantuan Rakyat Diumumkan!!

by Staff Berita Semasa on March 26, 2012

in Pilihanraya Umum 13

Semboyan pertama yang ditiupkan oleh Datuk Seri Najib Razak sudah dimulakan. Dan beliau telah membayangkan tarikh Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat dan paling pentingnya Perdana Menteri cukup yakin Barisan Nasional akan terus menjadi kerajaan dan memegang tampuk pemerintahan negara untuk menjaga anda, anda anda semua sebagai rakyat Malaysia untuk tempoh 5 tahun seterusnya. 

Apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah cukup yakin, maknanya dah tak lama dah sebenarnya…

“Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa tu, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihanraya umum)”

Dengan makin dekatnya tarikh pilihanraya umum ke 13, Perdana Menteri telah mula menabur janji dan mahu mengotakannya secepat mungkin dengan mahu mengumumkan lebih banyak lagi bantuan untuk rakyat seperti anda, anda dan anda semua tidak lama sahaja lagi. Kali kelompok mana yang bakal disasarkan oleh Datuk Seri Najib Razak?

Kalau sebelum ini :

Nampaknya sepanjang tempoh Pilihanraya Umum ke 13 kali ini bakal menjadi “pesta” dan sangat istimewa untuk rakyat Malaysia apabila bakal diangkat menjadi “raja”, dijulang, disayangi, setiap permintaan anda akan diberikan perhatian yang lebih serius berbanding sebelumnya tidak kira daripada kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional @ kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat ataupun kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional.

Sementara ada masa ini, tunaikanlah manifesto yag pernah dijanjikan semasa Pilihanraya Umum ke 12 2008. Akhirnya yang untung siapa? Anda, anda semua sebagai rakyat Malaysia: Ingat, tidak kira siapa pun yang menjadi pemerintah di dunia :

  • Apabila rakyat pandai, kerajaan akan lebih kuat bekerja
  • Apabila rakyat menjadi lebih bijak, kerajaan akan menjalankan tugas & tanggungjawabnya dengan amanah tanpa sebarang rasuah dan penyelewengan
  • Apabila rakyat lemah dan kurang bijak, kerajaan akan menjadi sambil lewa ketika menjalankan tanggungjawab mereka
  • Apabila rakyat bersatu dan kuat, kerajaan akan tunduk dengan kehendak rakyat
  • Apabila rakyat lemah, kerajaan sesuatu negara akan buat-buat tak nampak sahaja (kurang prihatin)permintaan rakyat

Sementara tarikh pilihanraya umum ke 13 yang dikatakan semakin dekat itu terus menjadi tanda tanya dan rahsia oleh Datuk Seri Najib, nasihat kami kepada kalangan pemimpin politik teruskan sahaja bekerja untuk rakyat tidak kiralah daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Biar rakyat terus memerhatikan hasil gerak-geri dan hasil kerja anda semua selama ini dan menentukannya dengan sendiri pada Pilihnaraya Umum ke 13 yang akan datang. Pandangan anda pula?

P/S : Cadangan, permintaan & harapan anda mengenai bantuan rakyat yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib kelak?


{ 99 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 PopinJay March 26, 2012 at 10:50 am

xsabar nak PRU13..nak undi BN..hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 En. Kentaki March 26, 2012 at 12:31 pm

kelakar ke undi BN?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Syahir March 27, 2012 at 12:40 am

nk undi sape ye..haha..pas kot..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 ustaz nizam insaf March 27, 2012 at 10:28 am

kenapa nk undi kalau dh tau Be End.
ABU kan aje…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 po-g March 26, 2012 at 11:07 am

kalau byk bantuan tu maknanya PRU makin dekat la ye.kenapa bantuan diberi ikut masa bukan ikut keperluan?nmpak sgt mcm nk pancing undi.dh time2 terdesak baru nk umum mcm2 bantuan sana sini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 LuZ March 26, 2012 at 12:59 pm

btul tu po-g..BN ni kite rase bantuan die bile dkat mengundi je..kalo PR kite rase sepanjang 5 tahun.contihnye air 20 m3 tu .kalo ikut kn bayaran kita kena ade la dlm rm 15 sebulan.bila sethn dah rm180.kalo 5 thn pr memerintah rm900 die da bg free2 je.air tu keperluan asas tu.sume rakyat merasa.cuba kalo pr dpt memerintah ,berapa byk kemudahan dapat depa beri.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 virago399 March 26, 2012 at 4:06 pm

betul tu LuZ…..klu pr dpt hapus kan TEMPAT LETAK KERETA BERBAYAR di kawasan pemerintahan pr….mesti org sokong lagi 5 tahun….x perlu hapuskan TOL…….x caya cuba lah….100% rakyat 1M sokong….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 muniandy March 30, 2012 at 6:01 pm

klu pr rentah..teruklah…huru hara..dunia x hormat lagi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 ahmad albab March 26, 2012 at 9:49 pm

e eleh….PR klu jd kerajaan, sama jugak…manusia makan nasi, sama jer…..jgn pandai ckp lah…. Tgok lah negeri yg PR jajah tu, bukan ada apa pun sumbangan kepada rakyat … Buang beras je……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 tahiyat akhir March 27, 2012 at 12:05 pm

tu la ahmad albab : bodoh macam lembu. duduk dalam hutan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 bisasengatkeli March 27, 2012 at 3:26 pm

Ahmad Albab. kerja kau dok jilat Najis Be End sampai mampos laa..pd kau yang dok menelan duit Projek Be End berjuta juta tu, memang lah tak nampak stakat Rm15 sebulan air Free utk Rakyat selangor..Tp utk yang susah, banyak dah tu..atau pun kau duduk bawah negeri Be End, mana ada benda benda mcm tu..patut lah kau tak tau atau ketinggalan pun..tambah pula kau asyik tengot TV3 suku je..mana ada berita berita baik kerajaan PR…hampes lah Cow Ahmad…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 virago399 March 28, 2012 at 9:36 am

@bisasengatkeli…..betul3……..sokong 100%

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 nur January 12, 2013 at 11:11 pm

betol2..sokong 100%…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 Chip March 26, 2012 at 11:07 am

kalau PRU dibut setiap 2 tahun sekali… mmg besh wooo…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 ustaznizam March 26, 2012 at 11:10 am

Bukankah ini bukti betapa Barisan Nasional selalu mendahulukan rakyat?

Ketika Allah bertanya kepadamu;
Fabiayyi aalaai rabbikumaa tukadzdzibaan ?
(Maka ni`mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)
Bagaimanakah kamu menjawabannya ?

Tunjukkan kesyukuran kita semua dengan mengundi Barisan Nasional para PRU nanti. Dengan angin perubahan yang semakin kuat melanda dimana penyokong dan pemimpin pembangkang berbondong2 menyertai Umno dan lain2 parti sekutunya, wajarlah jika kita simpulkan kemenangan besar bakal menanti pihak yang sabar dan benar, iaitu BN dan Umno.

Besar harapan rakyat agar parti yang memperjuangkan kronisme, kezaliman dan rasuah seperti negeri2 pembangkang dapat diambil alih oleh BN, dan seterusnya bersama2 menuju negara maju 2020.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 jang March 26, 2012 at 12:31 pm

nak mendahulukan rakyat hairannya masa nak dekat PRU13 je habis 54 tahun dulu takde pun….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 sytecx March 26, 2012 at 12:49 pm

bodoh la org ni! Buta hati,cetek akal!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 LuZ March 26, 2012 at 1:02 pm

sytecx:ni cybertrooper umno ni..xpn kontraktor yg xberape dapat tender da..hahaha.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 curut March 26, 2012 at 1:14 pm

pancing2 undi pun dapat jugak rakyat merasa, pembangkang bagi ape kat rakyat untuk pancing undi skalipun?? habuk pun takde…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 anti nizam penyesat March 26, 2012 at 1:16 pm

Yakhreb beitak ya nizam sesat dan menyesatkan!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 anti nizam penyesat March 26, 2012 at 1:20 pm

Pengumuman penting kepada semua pembaca berita semasa…

JANGAN PERCAYA DENGAN NIZAM YANG MENGAKU USTAZ. DIA TELAH MENYALAHGUNAPAKAI AYAT AL-QURAN. JAWABLAH ENGKAU DI AKHIRAT NANTI!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 anti nizam penyesat March 26, 2012 at 1:37 pm

Orang Turki kata: ” o inanca ula?t?r?yor !!! “

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Pro PR March 26, 2012 at 2:38 pm

hahah penjilat tegar anwar berahi tak dapat terima kenyataan yang BN pun bole tawarkan bantuan kpda rakyat tanpa bercakap kosong….hahahha kononnye nk hapuskan tol…nk mansuhkan ptptn…podah citt…manifesto kat s’ngor pun x tertunai..bak kate najib elekkkkkkk ….kutttyyyy

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 izhan hadi March 26, 2012 at 4:04 pm

poyo la org pas neh. kat selangor tol x hapuskan pun? kat kedah pun masih ada tol. pembangkang mmg x membela rakyat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 orang biru haru biru March 26, 2012 at 4:25 pm

betul tu!!!sokonglah BN supaya tol dinaikkan lepas ni..hahahaha..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 onizuka March 26, 2012 at 7:17 pm

ustang….xtau malu ker ko nie..??? klo dpn2 rakyat la ko ckp gni…aku ingat da kedlm longkang diam nyer ko nie….hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 shah March 26, 2012 at 8:03 pm

nizam,aku ni bukanlah ustaz tapi ayat al-quran yg ko copy paste tu mcm tak bape kene ngn dakwah yg ko nk smpaikan..dh la amik sepotong ayat pendek camtu je..kenapa perlu menunjukkan kesyukuran ngn mengundi BN?bukan ke kita nak tunjukkan kita bersyukur ngn Allah, kita perlu solat dan dlm pelbagai bentuk ibadah yg len. mengundi mungkin boleh dikategorikan ibadah tp mengundi BN tu harus..tolong la jgn guna name ustaz ni pangkal tu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 silat kalimah March 26, 2012 at 9:49 pm

ayat ustaz nizam tu betul la, cuma org pembangkang esp pak lebai pas mmg buta hati x paham ajaran sebenar.

nikmat yg diberi harus disyukuri. wajib mengundi BN kerana mereka pemimpin kita. mentaati pemimpin itu wajib. ko jgn sampai PEKIDA mengamuk seluruh negara nanti membelasah mereka yg x setia pada ulum-amri, YAB DS Najib Razak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 MonsieurKrabbs August 28, 2012 at 1:30 pm

PEKIDA nak belasah semua org yg tak sokong BN?
Jgn nak mengarut kat sini

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 bisasengatkeli March 27, 2012 at 4:04 pm

Ustaznizam…Ni lah yang dikatakan ustaz UMno yang menyalah gunakan ayat ayat Allah…Tempelak atau pertanyaan Allah dlm ayat yg kau sebut dri Surah Ar Rahman itu adalah ditujukan kepada golongan yang tidak bersyukur akan nikmat Allah yakni, yang engkar terhadap suruhan dan laranganNya…Apa dia suruhan yang diengkari..? iaitu sprti; tak nak solat, tak nak Puasa, tak nak tutup Aurat, Tak nak berhukum dengan hukum Allah atau tak nak laksana Hukum Hudud dan permain main kan pula seperti”kalau nak makan sup tangan, pergilah Ke Kelantan(kerana Kerajaan PAS nak laksana hukum Allah ini(HUDUD)dan banyak lagi..Tempelak Allah kpd golongan ini kerana mereka engkar serta sombong kpd Allah dan dalam masa yang sama mereka masih diberi kemewahan/rezeki yg banyak, kesihatan yang baik dan banyak lagi nikmat nikamt Allah yg tak tersebut di sini..Jdi, Nak tanya kau, kerajaan Be End sekarang ni Patuh dan bersungguh sungguh atau TIDAK dalam mentaati perintah Allah seperti sebahagian yang sy contoh kan itu.??? jawab nya tidak..banyak perkara yang Kerjaan BN kau tak patuhi syariat Allah dalam pentadbiran Negara…Tak payah sebut, semua rakyat dah tau..kalau nak sebut, penuh ruangan ini pun tak habis..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 nur January 12, 2013 at 11:15 pm

terbalik nii..ni msti akal x waras..hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 Roy March 26, 2012 at 11:21 am

dekat pilihanraya ni makin dermawan pulak para pemimpin bn ni mengalahkan malaikat. Rakyat ditabur n dimabukkan dgn mcm2 bantuan. Kalau bn menang lagi, sifat setan tamak haloba mentekedarah harta rakyat akan kembali semula dlm diri mereka. Kebajikan rakyat seolah olah hanya apabila tiba pilihanraya sahaja. Kalau bn menang lagi, PASTI akan disedut sebanyak mungkin wang rakyat untuk menggantikan wang2 yg telah ditabur sebelum ini. GST, 1CARE, minyak, tol tengah beratur untuk rakyat bayar.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 teropongkayu March 26, 2012 at 12:55 pm

Tapi masih ramai responden dalam Berita Semasa ni masih buta maklumat Roy…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Kouman March 26, 2012 at 11:23 am

Ini kali lah!! (SSKM)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 Jenglot March 26, 2012 at 12:48 pm

SSKM? apa bendatu???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 Free March 26, 2012 at 1:28 pm

Sokong bro …biar ini kali penyamun gigit jari .

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 danisha March 26, 2012 at 11:31 am

undi datang lagi..bantuan makin bertambah..bila tarikhnya..tak sabr lak nak lik ngundi..pangkah pd YB yg ikhlas wat keje

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 che awe March 26, 2012 at 11:34 am

jangkaan aku la, paling awal pada bulan jun ni.. paling liat nak wat pilihanraya pun sehinggalah habis tempoh sehingga mac 2013 heheheh. tunggu je la pengumuman dari ds najib ..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 anak merdeka March 26, 2012 at 11:40 am

semakin hampir la kot PRU ni, semoga anda memilih wakil rakyat dengan bijaksana, pastikan calon yg dipilih tidak mengamalkan rasuah dan tidak berpura-pura dihadapan rakyat marhaein. Semoga kerajaan yg betul2 ikhlas dan berkebajikan akn memperolehi kemenangan. TAKBIRRR

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 dayangthaqifah March 26, 2012 at 11:44 am

PRU ke-13 lambat pun xpe..yg penting bantuan untuk rakyat berpendapatan rendah….dapat membantukan mengurangkan bebanan kos hidup yg semakin tinggi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 orait March 26, 2012 at 11:55 am

bagus la tu kalo byk bantuan..
jgn separuh jalan jer..
biar ia berterusan… tak kisah la pembangkang atau kerajaan… kalo bagi bantuan bukan ikut musim mengundi jer..
biar dari mula sampai habis.. baru berkat…
tq

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 valuation March 26, 2012 at 11:58 am

Salam, Eh…dah dekat mengundi ker…bila tu…Sebelum mengundi..kita kena tengok beberapa movie untuk mengindahkan dan menyemarakkan suasana mengundi nie. Terdapat banyak movies yang mengisarkan suasana masyarakat dengan fahaman politik yang telah diterjemahkan kedalam bentuk perfileman dan pak cik ada senarai pendek yang terbaik iaitu:-
1. The birth of nation-1915
2. The fall of the Romanov Dynasty-1927
3. Salt of the earth-1953
4. Before stonewall-1984
5. Amerika dream-1990
6. Land and freedom-1995
7. 500 years later-2005
8. Capitalism-a love story-2009
–sesiapa yang mengambil cource sains sosial, politic dan sesiapa yang menceburi diri dalam arus politik kena la tengok-tengok cite nie. kalo susah nak cari, boleh la tengok “The king speech-2010″. Pastikan dapatkan yang original sahaja ya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 Hassan March 26, 2012 at 12:01 pm

Benar bahawa pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat ini agaknya pru 13 nanti akan lebih hebat daripada yang lepas dan BN sudah cukup bersedia untuk memenangi lebih 2/3 mejoriti sebilangan besar rakyat sudah sedar bahawa tidak ada kerajaan yang lebih pemurah yang banyak membantu mengurang beban rakyatnya untuk itu rakyat akan memberi sokongan yang padu tidak berbelah bagi untuk mengundi BN. Saya fikir pembangkang kalah teruklah kali ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 virago399 March 26, 2012 at 3:23 pm

kalau pembangkang x mau kalah teruk(ko) kali ini,,,,,merika mesti hapuskan TEMPAT LETAK KERETA BERBAYAR sebelum BERCITA CITA besar untuk HAPUSKAN bayaran TOL LEBUHRAYA.
cuba lah dulu kalau BERANI…rakyat pasti SOKONG 100%…..
selamat datang dan anda kini berada di NEGERI tempat letak KERETA PERCUMA 24 JAM…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 umno March 26, 2012 at 12:10 pm

wah…hebat la pak cik..banyak movie..pak cik sokong mana pulak nie nanti mengundi. komen pak cik sebelum ini masuk jugak akal walaupun pak cik dah tua. syabas pak cik.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 Jenglot March 26, 2012 at 12:49 pm

Sorry la najib, kau punya firasat banyak lari daa…
Kau tanya ketua kg mmg la pasai dia org bn aka pencacai BN,
tapi kau lupa nak tanya seluruh rakyat malaysia yg rata2nya mmg meluat dgn bn n UMNO. Sorry ye! Dah sampai masa malaysia berubah dan meneruskan langkah utk maju kedepan tanpa umLEMBOs n BN

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 PEMERHATI March 26, 2012 at 1:02 pm

KERAJAAN BERI ..KITA AMBIL..YG KERAJAAN BERI TU BUKAN DUIT KOCEK PEMIMPIN2..TAPI HASIL TITIK PELUH RAKYAT..MASA MENGUNDI..JADILAH PENGUNDI YG BIJAK..KERAJAAN BERI RAKYAT RM5..PEMIMPIN2 BELASAH RM5 JUTA..FIKIR2KAN..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 PEMERHATI March 26, 2012 at 1:04 pm

Rakyat dahn boleh menilai mana yg betul..mana yg salah..Rakyat mesti berani buat prubahan..Jangan takut dengan keadaan..masa nak pru le..macam2 kerajaan beri..lepas pru..batang iduing pemimpin2 yg menang pun tak nampak..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 Anak Rompin March 26, 2012 at 1:10 pm

Saya sudah 4 kali mengundi Barisan Nasional sejak pilihanraya 1995 di parlimen Rompin. Setiap kali sebelum pilihanraya mesti calon-calon adun atau parlimen akan datang jumpa kami, makan sekali, bersembang dan tanya masalah kami serta berjanji nak selesaikannya. Selepas selesai pilihanraya, wakil rakyat yang kami pilih hilang entah ke mana. Antara April 2008 – Februari 2012 (3 tahun 10 bulan) boleh kira berapa kali saja wakil rakyat kami mari berjumpa. Setiap kali PRU, janji yang sama dia cakap, tapi tak tunai pun. Yang saya tahu, ahli parlimen Rompin pergi jadi duta di US. Saya hairan macamana dia pergi sana, padahal tanggungjawabnya di Rompin ni pun tak banyak yang dia buat? Saya rasa sangat kecewa…sangat-sangat kecewa…PRU 13 ni perlukah saya undi parti lain???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 orait March 26, 2012 at 1:24 pm

kalo rasa tak setuju dgn pemimpin skang, sokong jer parti lain.. tak salah pun… kalo wakil rakyat yang sepatotnya menjadi wakil untuk rakyat takde baik pilih org yg betol2 boleh memperjuangkan nasib rakyat…

sekian

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 anti nizam penyesat March 26, 2012 at 1:46 pm

Kepada semua penyokong BN…Undilah PR, bagi peluang mereka memerintah Malaysia pula…BN dah 57 tahun sejak PRU 1955…pemimpin yang buat janji dulu-dulu pun dah mati, tapi tak buat pun…ni yang baru janji dalam televisyen baru-baru ni pun bila tahun nak tunaikan…janji demi janji demi janji demi janji demi janji demi janji demi janji demi janji…oh abang najib…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 vfi6 March 26, 2012 at 1:19 pm

nak dekat pilihanraya ni diorang banyak bagi bantuan kat rakyat tp lepas pilihanraya nanti rakyat kena ‘bagi’ balik bantuan tu kat kerajaan.tak ada beza nya jugak…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 ustaz nizam insaf March 27, 2012 at 10:38 am

sokong! Rakyat siap sedia dgn…
1) GST (sebahagian dh laksanapun…)
2) rasionalisasi subsidi especially minyak & gas, yg seterusnya menyebabkan…
3) Barang Naik

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 Gurkha Pencen March 26, 2012 at 1:31 pm

Setiap kali ada piliharaya pasti ada calon pembangkang yang menang. Calon ini dilantik sebagai wakil rakyat dan dibayar gaji oleh kerajaan negeri atau pusat. Sepatutnya sesiapa yang menang hendaklah diiktiraf oleh sesiapa yang memerintah. Itulah dinamakan amalan demokrasi yang sebenar. Aku sememangnya tabik spring pada wakil pembangkang di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.Seiap hari pembangkang ini diberi ruang yang cukup untuk menegur kerajaan negeri.Setiap kepincangan ini hendaklah diselesaikan oleh kerajaan negeri.Pembangkang merupakan penasihat kepada kerajaan yang dilantik oleh rakyat.Manakala kerajaan yang mengurus tadbir wang rakyat mestilah mengiktiraf pembangkang tersebut.Tapi yang tidak boleh diterima akal oleh rakyat Malaysia apabila sikap kerajaan pusat. Kenapa tidak memberi ruang kepada wakil rakyat pembangkang menegur kerajaan pusat didalam media perdana terutamanya TV hak milik rakyat Malaysia iaitu RTM.RTM tu memberi maksud Radio Televisyen Malaysia.RTM seolah-olah hak kepunyaan parti yang memerintah. Mana amalan demokrasi yang kita nak wujud apabila kita kata nak capai kearah negara maju.Rakyat kini bukannya macam rakyat dahulu.Dulu kita boleh ternganga mulut bila dok mengadap tv memasang telinga nak dengar berita. Dulu kita nak capai malkumat, kita kena baca paper atau tunggu ada orang beritahu melalui mulut ke mulut.Mungkin pasal pemimpin kita ni banyak dikalangan mereka yang veteran yang masih lagi ikut fesyen lama. Fesyen lama tak apa tapi otak mesti first class. Rakyat sekarang bukannya macam burung kakak tua yang diajar bercakap bohong. Zaman sekarang apabila ada bermacam gajet yang canggih, segala maklumat boleh diakses dengan cepat.Maklumat ada dalam kocek seluar atau dalam kata lain maklumat dihujung jari. Kerajaan pusat kena memberi ruang kepada pembangkang untuk menegur kepincangan urus tadbir didalam media arus perdana terutama RTM. Macamana teguran dibuat di empat negeri dibawah kepimpinan PR, begitu juga sepatutnya kerajaan pusat memberi ruang kepada PR. Jika kita tidak boleh ditegur adakah kita boleh menuju kearah negara maju.
Yang paling terbaru berita diterima apabila kerajaan Junta Tentera Myammar pun telah memberi ruang kepada pembangkang untuk berkempen di dalam TV. Tidakkah kita malu dengan seluruh dunia apabila kita yang bercakap nak capai negara maju tapi dalam masa yang sama sikap kita lebih teruk dari Junta Tentera Myammar.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 zam March 26, 2012 at 5:14 pm

KOMEN TERBAIK..SEBENARNYA POLITIK PEMBANGKANG NAMPAK LEBIH TERBUKA DARI KERAJAAN ..TENGOK SAJALAH SAMSENG2 NYA BILA PEMBANGKANG BUAT CERAMAH ..PADAHAL KALAU X SUKA X PAYAH UNDI..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 Mitos March 26, 2012 at 1:58 pm

Masa untuk bertukar sudah sampai…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 Mitos March 30, 2012 at 7:38 pm

Hanya mampu tersenyum

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 professional March 26, 2012 at 2:03 pm

Kenapala ramai yang buruk sangka pada kerajaan, bila kerajaan bagi bantuan dia kata kerajaan nak pancing undi, bila kerajaan tak bagi aper-2 dia kata kerajaan tak guna…boleh tak pikir apa yang kita dah buat untuk bantu negara?
Setiap hujung tahun tak kirala time mengundi ke tidak, bukan ke dalam pembentangan belanjawan ada sahaja bantuan dan faedah yang kerajaan bagi untuk rakyat..
Cuba fikir harga barang naik…bukan malaysia sahaja tetapi satu dunia kan????
Takkan nak harap subsidi jer…cuba la rasional sikit

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 coh March 26, 2012 at 3:16 pm

Kalau bantuan bertubi-tubi masa dekat pilihanraya, kita nak kata apa lagi. Tak caya, tunggu jer la lepas pilihanraya, bantuan entah ke mana. Pasal harga barang pulak, Proton buatan malaysia tapi harga jualan kat malaysia lebih tinggi dari negara2 lain. Apa sebab yer? Fenomena dunia jugak ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 valuation March 26, 2012 at 3:23 pm

Pak cik nak menjawab kepada “ANAK ROMPIN”. Saudara nampak keliru sebelum mengundi untuk memilih wakil di tempat anda. Oleh itu, pak cik mencadangkan beberapa movies untuk ditonton sebelum pergi mengundi bukan hanya kepada “ANAK ROMPIN” tetapi kepada semua pembaca Beritasemasa yang keliru untuk memilih wakil ditempat memasing. Diantara movies wajib ditonton seperti berikut:-
1. The Candidate-1972
2. Bob Roberts-1992
3. The perfect Candidate-1996
4. Bulworth-1998
—sekurang-kurangnya movies ini membuka minda kita agar lebih luas dan memahami apa itu politik, watak dan ceritanya. EMM..pastikan dapatkan yang original ya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 coh March 26, 2012 at 3:34 pm

Bukti umno prihatin kat Rembau.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9071-hospital-rembau-2008-batu-asas-kini-papan-tanda

Rakyat rembau, masa untuk berubah. Dari 2008 kena kencing, tak kan nak dibiarkan. Beri isyarat kepada bn supaya jangan suka menggula gulakan perasaan rakyat. Undi PR.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 LuZ March 26, 2012 at 3:47 pm

Ni satu lagi bukti umno tak amik kisah rakyat jelata..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 izhan hadi March 26, 2012 at 4:06 pm

fitnah pembangkang semua tu. kami anak2 nogori tetap setia pada pentadbiran berasaskan syariah BN

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 coh March 26, 2012 at 5:20 pm

elok la tu… yang aku biasa dengar syariah islam. Syariah bn ni baru aku dengar? Kau pakai kitab apa ye? Elok sangat2 la tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 Zaidi March 26, 2012 at 3:47 pm

Alhamdullillah..
Syukur pada Allah SWT atas rezeki,Terima Kasih Kerajaan sebagai perantaraNYA.
Semua merasa bantuan yang diberikan,tiada pulak syarat kena pangkah mana-mana parti.Undian tetap hak rakyat.
Pilihlah yang terbaik.Namun jangan jadikan kita manusia yang sombong dan angkuh.Insya Allah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 orang biru haru biru March 26, 2012 at 4:32 pm

Dalam beritaharian online…bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tegur pemimpin UMNO supaya hapuskan rasuah dalam parti dan pilihanraya. Orang veteran UMNO akui ada rasuah dalam parti, dia sedar juga la sikit, minta pemimpin UMNO hapuskan budaya rasuah, tapi diorang tak boleh buat apa dah sebab sudah menjadi BUDAYA…nak dekat pilihanraya ni ada rasuah dak???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 orang biru haru biru March 26, 2012 at 4:52 pm

Syukurlah dapat bermacam-macam bantuan…tapi yang hairannya kenapa mesti tunggu waktu dekat PRU?????KENAPA TAK BERI ANTARA 2008-2010???KENAPA TAK BERI MASA ZAMAN MAHATHIR? KENAPA TAK BERI ZAMAN PAKLAH? lepas ni mesti ada orang komen kat bawah ni, masa dulu tak cukup duit la, ekonomi tak stabil la….kali ni ekonomi dah stabil la konon…tapi hutang makin bertambah…RM450 billion @ RM450 ribu juta…jumlah hutang ni pun para pencacai jumud akan anggap fitnah pembangkang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 PopinJay March 26, 2012 at 6:01 pm

yelah,tiap2 tahun nak support bangkai mcm ko, anak yatim pon xminta sedekah mcm ko…dorang sendiri pon berusaha jual buku2 agama,etc2…ko ni tau nak kerajaan suap semua…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 popia basah March 27, 2012 at 9:03 am

dia bangkai..kau tu najis mughallazah…hahahaha.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 penembak tepat March 26, 2012 at 9:30 pm

tak mati pun kalau tukar pemerintah,yg keje gomen tetap keje,bukak le minda tu sikit,ape bn tu mcm agama ke tak bleh nak tukar,guna otak sikit lah takkan nak bg NALLAKARUPPAN berdebat dgn anwar,di manakah kmaluan ds najib?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 nekad March 26, 2012 at 10:21 pm

Memang tak mati pun kalau tukar pemerintah ,memang bn tu bukan macam agama tetapi yang bezanya kalau pemerintahan negara ini dapat dekat G*L.E ,..Melayu negara ni memang kerja gomen juga tetapi sebagai tukang cuci atau tukang kebun sajalah,lain-lain jawatan kalau Melayu nak minta bawa sijil,diploma,ijazah dan sbgnya berlori pun belum tentu akan dapat kerana berdasarkan merit ala Singpork…Dari dapat dekat G*L.E tu lebih baik aku undi bn lagi bagus ….kebanyakan orang bn ni perut dah penuh dan buncit dah berbanding G*L.E tu ,perut masih kempis ,dok tengah tercari-cari habuan untuk disumbat untuk membuncitkan perut…!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 Free March 27, 2012 at 12:56 am

Nekad makan tahi lembu mamak lagi bagus.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

73 nekad March 27, 2012 at 8:12 am

Free seekor biawak dimana identiti sentiasa berubah-rubah mengikut kesesuaian keaadan untuk cari makan…!!Sentiasa kipas orang yang menguntungkan….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

74 nekad ko March 27, 2012 at 9:16 am

mana adakeje gomen jd tukang cuci…mesti ko x blajar tggi ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

75 motorolla March 26, 2012 at 9:53 pm

pilihanraya bulan 5 da…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

76 bravo March 27, 2012 at 6:14 am

orang muda dan belia…aper yang akan disogokkan?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

77 pa March 27, 2012 at 9:14 am

xnak bn..xnk pr… xder parti lain ke ha?
dua2 sampah,,,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

78 De Be De Be Deb (robot starwars) March 27, 2012 at 10:02 am

jangkaan saya, bn dapat balik selangor mungkin ada, tapi nak tawan kedah semula, kirim salam lah… apa jasa2 tun det selama 22 tahun kepada petani2 kedah??? kelakar jadinya bila rakyat kedah (langkawi) pakai keta import dll murah2, tapi rakyat kedah yg lain (seberang sini) kena byr mahal.. kihh.kihhh..kihhh… bn memang kelakar lah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

79 De Be De Be Deb (robot starwars) March 27, 2012 at 10:06 am

pemimpin yg nampak lebih wira & hansome adalah paklah.. staf krjn amat2 berterimakasih atas kenaikan gaji yg byk oleh paklah.. bygkan tun det 22 tahun tak naik gaji, paklah 5 tahun jer dah naik.. ini mcm pemimpinlah yg nak kita cari… tapi yg sedihnya, paklah jatuh dek krn org lain.. Still remember u paklah..u r my idola

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

80 De Be De Be Deb (robot starwars) March 27, 2012 at 10:10 am

hampir 5 tahun, hanya 2 perubahan depan mata yg sy nampak dilakukan oleh pr di selangor
1. air percuma rm10-15….
2. motosikal boleh ikut highway akleh..
yg lain2 same jer dgn bn, dua2nya hampeh..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

81 De Be De Be Deb (robot starwars) March 27, 2012 at 10:14 am

harap2lah Parti Kunci (yg diterajui seorang nenek kat terengganu dulu) masuk bertanding kat selangor..
reasonnya?:
1. pasal sy tak mahu undi pr @ bn (sama2 bengong)
2. dapat juga saya ngundi, ngundi kan satu kewajipan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

82 ustaz nizam insaf March 27, 2012 at 10:42 am

robot masok air, mcm tulah.
kesian.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

83 Kouman March 27, 2012 at 9:49 pm

Sdra jenglop..apa itu SSKM? Dahulu ia membawa maksud “sabah sarawak kena main”oleh Malaya.Tetapi sekalang sudah lain.. SSKM itu ialah “SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA”.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

84 ustaznizam March 28, 2012 at 2:15 am

hasutan yang sudah dilaporkan ke pihak KDN untuk siasatan, berunsur memecahbelahkan perpaduan negara yang dibina UMNO selama ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

85 11 jun 2012 March 27, 2012 at 11:07 pm

rasa2nye pru13 d adakn pada 11jun 2012..sebab angka 11 adalh nombr btuah najib

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

86 shar March 28, 2012 at 12:43 am

kita rakyat buat yang baij sahaja

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

87 langbuana March 31, 2012 at 9:35 am

Percaya atau tidak ini adalah ramalan keputusan PRU13 yang akan datang…pastinya tidak lama lagi. BN akan terus memegang kuasa peringkat nasional dengan mengembalikan majoriti 2/3 suara di parlimen. Selangor dan Kedah akan berjaya di tawan semula BN, manakala Pulau Pinang kekal milik DAP,dgn pertambahan kerusi BN serupa juga senarionya dengan Kelantan masih kekal dengan PAS tetapi kesusutan jumlah kerusi PAS.Insyaallah, selepas pilihanraya ini pun Malaysia akan terus aman sejahtera bagi menentukan kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan mengikut kadaq dan kadar masing – masing.Aku nak mengemukakan satu saja contoh yang memungkinkan orang yangt berakal dapat mengambil pengajaran. Aku bersekolah pada tahun 1969 ( tahulah berapa umurku sekarang) Masa itu sepasang kasut GETAH ,…dalam RM1.20 sepasang dan Badminton Master RM3.50. Dalam sekolah di kampung ku tak sampai 10% yang pakai kasut….ada berselipar jepun dan selebihnya berkakai ayam.KINI 2012……..sepasang kasut BATA ( Badminton Master) dulu semurah2nya RM20 dan ke atas…. jelas dan nyata pula 100% murid sekolah kampung ku sekarang memakai kasut bahkan kebanyakkannya memiliki lebih dari satu pasang kasut.” Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu…melainkan kaum itu sendiri yang berusaha merubahnya….”.Ada juga negara2 yang dah merdeka sejak lama….namun masih tidak aman dan sejahtera.ALHAMDULILLAH Malaysia telah merdeka dan kekal aman dan sejahtera sampai hari ini.Sesungguhnya BERSYUKUR itu adalah WAJIB kerana janji AZAB Allah pada sesiapa yang KUFUR (nikmat).Undilah apa saja….asalkan Malaysia terus makmur dan rakyatnya hidup harmoni….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

88 manolito April 4, 2012 at 3:22 pm

cara hidup pasti berubah ikut peredaran masa..kalau tak berubah tu orang Papua atau Asli Afrika jer..pikiran kita harus berubah seiring kemajuan dunia masakini..kalau tak nak berubah juga itu maknanyer sama macam orang yang di atas tu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

89 bay-bear April 13, 2012 at 4:43 pm

UNDI ADALAH RAHSIA……TUNGGU PRU YG KE-13

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

90 Org sabah May 20, 2012 at 4:52 pm

Yg kamu gdu2 dlm sini napa gak,,kamu ada bukti yg kukuh ker saling tuduh menuduh,,bn ker, pr ke, pas ker,,,hei kita suma dok malaysia,,,kalo nk sgt gdu, pliz jgn babitkn sabah ek,, jgn kcu sabah..sabah wlpun x la maju sgt tp yg pnting aman,,hahahahah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

91 Menteri Gila Harta September 30, 2012 at 9:05 pm

Tidak ada kerajaan di dunia ini yang merahsiakan tarikh pilihan raya kecuali Malaysia.
Sedangkan negara lain termasuk Indonesia telah menetapkan pilihan raya (Pemilu) pada 9 April 2014 selepas mengadakan pemilihan presiden dan wakil rakyat pada 9 April 2009.
Begitu juga pilihan raya Filipina akan diadakan pada 13 Mei 2013.

Moral: Korok betul PM Malaysia ni. Tarikh pilihanraya pun nak jadi benda teka-teki.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

92 aduka jumaat December 30, 2012 at 11:16 pm

Tarikh PRU ke 13 PM aje yang tahu. Siapa yang menang..? nak tahu?
Kalian tak tahu ke…? Hanya aku je yang tahu. Sesiapa yang jadi calun YB tu kalau nak tahu boleh menang ke tidak mai lah sini jumpak sama kitak. Aku bagi tau terus awak buleh menang ke tidak. Kalau nak menang buleh. buleh.. kawan buleh tolong. asalkan awak buleh tolong kitak balik.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

93 kasi tunggu saje January 19, 2013 at 2:44 pm

…maaflah yek..
kita 1malaysia,anak bangsa malaysia,lahir pun kat tanah malaysia,cakap pun bahasa malaysia..kita semua duk satu negara yg kecil,cuma bangsa dan bahasa saja dinegara kita ni ada lebih dari 1….MALAYSIA KITA INI KECIL SAJA,KLAU KITA SEMUA GADUH SIAPA NAK JAGA…pada pemikiran sy dan kelebihan akal yg ALLAH berikan pd kita semua ni,gunalah sebaik2nya…sepatutnya kita semua anak malaysia “BERSATU KITA TEGUH,BERDERAI KITA ROBOH”..kalau kita gaduh tentang politik yg mahukan kuasa dunia,apa yg kita dapat?kita dpt DOSA free je,org yg jd ketua politik tu gak untung free..sbbkn kita gaduh utk dia..Contohlah kalau salah 1 menang..apakah ketua politik tu nk ambil tahu siapa yg tolong berikan dia kemenangan ni??apa salahnya mulai sekarang kita semua tunggu dan lihat,apa yg akan terjadi kalau kita semua duk diam,tak gaduh2 mcm sebelum ni?gaduh2 pun tak ada kesudahan,yg akan menyusahkan lagi pewaris2 anak2 bangsa lagi ada…menjadi dendam sesama sendiri dan berbalah tanpa tujuaan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

94 LEEMUZ February 7, 2013 at 8:47 am

CUKUP…. CUKUP…… SUDAH, KEKAYAAN YG DIMILIKI PEMIMPIN UMNO/BN SELAMA INI…. KEKAYAAN YG MELAMPAU LAMPAU. NAK BAWA KEMANA DUIT DAN HARTA YG BERATUS2 JUTA TUUU….. YA ALLAH. NYAWA KITA NI TAK LAMA MANA…. ESOK LUSA JA. BAGI KAT ANAK, ADIK, KRONI SEMUA SEKALI PIMPINAN UMNO/BN BUAT MACAM TU…. RAKYAT SEMUA TAHU DAH. RAKYAT YG TAK TAU TU TAK TAHU KENAPA… MASIH MAHU DI PERBODOHKAN LAGI KE… BAK KATA TUN MAHATHIR… DAH LAMAAA DAH MAKAN DUIT RAKYAT NI.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

95 nat March 15, 2013 at 11:58 pm

Saya nak gi tahu rakyat Malaysia ,
Jangan terlalu mengharapkan duit ehsan kerajaan.Sampai bila depa nak bagi.Baik minta sesuatu yang kekal- pendidikan percuma untuk anak-anak kita,kurangkan harga barangan yang melambung tinggi,kos kehidupan yang tidak terkawal,peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia dan akhir sekali minta kerajaan bantu yang daif untuk berdiri di atas usaha sendiri.Duit datang dari bukan titik peluh kita,akan hilang dengan cara lain.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

96 wait and see March 23, 2013 at 1:01 am

Tarikh pilihanraya cuma Datuk Seri sahaja yang tahu..
Lepas pilihanraya nanti,nasib kita siapa yang tahu..
Fikirkan lah rakyat jelata..yang mana tepat.
Terima kasih.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

97 mikell March 23, 2013 at 1:59 am

korang semua duk bgaduh pasl PRU 13,lau kta semua rmai2 doakn pejung ngra lg bagus kn..bab mgundi ke bubar prlmen ke bia phak yg btgjwb je wt kje..nt kta peg pangkah la..korg bgduh wtpe?SELAMAT BEJUANG PEJUANG NEGARA..smga selamat semuanya..amin.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

98 aku March 26, 2013 at 2:59 am

salam… pengundi beratur panjang pasal pilih pemimpin yang telan hasil negara… so jgn mempersia siakan peluh anda… pilih lah pemimpin yang mengikut citarasa dan acuan islam… salam

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

99 anti pakatan April 3, 2013 at 4:24 pm

Saya undi BN!!undi BN akan membawa kepada kemajuan negara, dan keharmonian dalam masyarakat malaysia yang berbilang kaum..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: