BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Senarai 20 Sekolah Menengah & Rendah Terbaik Di Malaysia

by Staff Berita Semasa on January 26, 2010

in Berita Pendidikan

Jika sebelum ini kita telah melihat senarai sekolah menengah terbaik Malaysia bagi keputusan PMR 2009, kali ini kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah pun menyenaraikan senarai sekolah terbaik di Malaysia yang mana sekolah-sekolah di Malaysia ini juga dikenali dengan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sebagai salah satu langkah  kementerian ke arah meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Mari kita lihat sekolah mana yang tersenarai.

Yang pastinya, untuk sekolah-sekolah di Malaysia seperti di bawah ini tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) daripada kalangan 10,000 buah sekolah seluruh negara , bukannya mudah. 20 Sekolah Berprestasi Tinggi telah membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh Malaysia.

10 Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia

  • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
  • Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
  • Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  • Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
  • Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  • Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.

4 Sekolah Menengah Harian di Malaysia

  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) St. George, Pulau Pinang

6 Sekolah Rendah di Malaysia

  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
  • Sekolah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bahru
  • Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
  • Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Perak
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru.

Apabila sekolah di atas tersenarai sebagai antara sekolah terbaik di Malaysia, sekolah-sekolah ini pastinya diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan bertujuan meningkatkan keberhasilan pelajar. Itu janji dan keistimewaan yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

“Sekolah-sekolah SBT ini diberi kelonggaran dalam menetapkan waktu pengajaran minimum mata pelajaran serta memanjangkan atau menamatkan tempoh persekolahan lebih awal”

“Mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan”

P/S : Ada warga ANSARA di sini? Bekas-bekas pelajar MRSM, jangan kecil hati. Keputusan dan pencapaian pelajar-pelajar MRSM pun memang bagus. Tetapi sayangnya MRSM di bawah MARA……

PP/S : Ada sekolah lama  anda yang tersenarai?


{ 66 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 mesticun January 26, 2010 at 10:18 am

Sekolah kakak saya ada diatas.cantiklah.lepas boleh heboh pakai SMS.cuma sekolah tu nama orang putih.tak bangga sangat. :lambai :lambai :lambai

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 nabila April 24, 2010 at 11:18 am

:jangan ye kew :hormat …bolehlah kot…saya rase sekolah saye pon terbaik .x pelah ape2 hal saya comel… :peace

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Pak Awang January 26, 2010 at 12:57 pm

Ko orang penang ker mesti cun? Anak mami la ek :ketawamanja

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 nur ash January 26, 2010 at 5:12 pm

~owah..sekolah adik sy xda ker..hem..:)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Zairi Zaidi January 26, 2010 at 8:52 pm

Alahai.. Sekolah saya Sultan Ismail College takde ke…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 highcarl January 28, 2010 at 2:04 am

sekolah teknik takde ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 mindabudaya February 2, 2010 at 9:37 pm

:?: apa sudah jadi? tanya aku pada diri sendiri. terasa muak dan bosan. ini semua setelah mendengar dan membaca berita semasa yang berkaitan dengan sekolah berprestasi tinggi. dengar cerita ada pula sesetengah sekolah yang merasa tidak patut dan adalah tidak adil dan merasakan sekolah mereka dipinggirkan. semua adalah kerana tidak terpilih menjadi sekolah berprestasi tinggi [SBT].
ini semua lebih kepada hasad. berbaur dengki. kita tidak boleh berfikiran sebegitu rupa. tidak boleh diterima sama sekali. perkara pertama yang sepatutnya berpucuk dan terdetik adalah perasaan persaingan dan ingin bersaing untuk menjadi lebih bagus. bukannya dengki.
apa akan jadi jika perasaan negatif sebegini boleh dibiarkan menular di sekitar dan jika dibiarkan akan menular di dalam institusi ilmu dan pendidikan negara kita ini?
lebih lebih lagi jika diperingkat awal seperti di sekolah rendah dan menengah. sekolah yang tidak terpilih untuk menjadi sekolah berprestasi tinggi tidak patut dan tidak boleh berasa marah, terpinggir atau lebih teruk lagi, iri hati dan dengki. tenaga pengajar hendaklah mengikis perasaan sedemikian sama sekali. apa yang perlu ialah memupuk dan menanam sifat dan sikap untuk mencapai prestasi sebaik ataupun melebihi prestasi dan pencapaian sekolah sekolah yang terpilih.
adalah wajar jika dikatakan yang sekolah sekolah yang telah terpilih ini memang telah berusaha sebaik mungkin selama ini dan amat berhak untuk diberi peluang mendapat pengiktirafan. wajar untuk mendapat segala macam kemudahan dan kelebihan yang ditawarkan untuk pengiktirafan sedemikian.
perkara yang penting di dalam konteks perbincangan ini ialah untuk melahirkan generasi masa depan yang bagus bagus belaka. sifat diabaikan, iri hati dan dengki mestilah tidak diberi langsung ruang untuk bertapak, apatah lagi untuk menjadi tanggapan asas di dalam institusi pelajaran anak anak kita.
hanya sifat dan perasaan ingin dan perlu bersaing untuk mendapat tempat yang lebih baik yang perlu dipupuk dan diajar oleh para pendidik kepada anak didik.
jika semangat persaingan sihat dapat ditanam, nescaya segala penyakit dan jurang sosial yang ada sekarang ini dapat dirapatkan atau dijadikan lebih baik dimasa hadapan. kita perlu berjaya dalam menyampaikan mesej ini dengan berkesan.

kata mindabudaya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 nabila April 24, 2010 at 11:21 am

mane sekolah sbpi pekan…. :serabut …sedihnya :nangis

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 erin April 26, 2010 at 10:30 am

sekolah syer x masuk dlm ketegeri terbaik :nangis

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 c kam July 27, 2012 at 4:09 pm

Tidak hairan sekolah SBT terpilih, semua kemudahan lengkap.Kenapa tidak disenarai sekolah yang paling daif supaya segera dinaik taraf,sekurang-kurangnya fizikal sekolah dan pagar perlulah diutamakan untuk keselamatan penghuninya. Kesian semua sekolah luar bandar dan pedalaman terutama kat Sabah dan Sarawak.Tapi ada guru dari sekolah SBT pindah.. tak tahan di sekolah SBT.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Nina February 10, 2010 at 4:09 pm

Yeah ! Go Sri Aman… Maintain dari dulu sampai sekarang..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 andi mohd hairy February 26, 2010 at 10:24 pm

tahniah pada sekolah yang terpilih…

walaupun sekolah saya xtersenarai (SEKOLAH MENENGAH SAINS LAHAD DATU) tapi saya bangga berjaya masuk sekolah ini…….
sebab kakak saya pun belajar di sekolah ini juga hehehehehheheehh

sekolah yang tidak terpilih2 tridak semestinya xbagus cuma prestasi kecemerlangan yang kurang memberangsangkan.. tapi ingatlah kawanku dimana sahaja kita belajar ilmu itu tetap sama…apa yang mereka belaja sama juga macam kita…..

kepandaian kita akan merubah segalanya

Amin…….

renungkan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 kenzaki March 1, 2010 at 12:39 am
14 DariJauh March 21, 2010 at 8:56 am

em, if p sek baik pun, but that student didnt really study, asyik main2 je, xde aper gak.. setakat tumpang glamor nama sek je buat aper… but, anyway, congrats to all teachers and students of these listed schools.. it’s normal to be proud if ur school/schools is/are listed here but it’s better if u r one of the contributors and not sort of ‘menumpang glamor’ je.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 DekatAja April 26, 2010 at 12:48 pm

I sokong u. Dats totally rite. u dun just go telling people dat ur skool are the greatest in msia but ure not the contributor rite. shame on dat kind people.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 elin5598 March 22, 2010 at 5:02 pm

bestnye..klu msok sklh kt atas nie best…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 bukansindarella April 16, 2010 at 7:59 pm

:curiga
cy ANSARA..ops..MRSM xde ke?? hohoho..
xpe..MRSM bawah MARA bukan Kementerian..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 amir loves sksbu = MAKE 5A!! April 24, 2010 at 5:14 pm

i’m the best because i’m in the best primary school , which SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINTANG UTARA:) THE BEST SCHOOL MALAYSIA, WOOO-HOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!:)
HAPPY:)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 anne April 25, 2010 at 10:51 am

Salam,

Nak tanya. Ada tak setiap sekolah mempunyai laman web sendiri untuk memudahkan setiap perkembangan sekolah diketahui umum terutama pihak ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah berdekatan. Kadang-kadang ibubapa yang bekerjaya tidak dapat menumpukan 100% pelajaran anak-anak mereka mahupun aktiviti persekolahan mereka. Banyak manfaat boleh diperoleh jika sekolah-sekolah di Malaysia ini mempunyai laman web atau sekurang-kurangnya alamat emel bagi memudahkan ibubapa berhubungan secara langsung atau tidak langsung kepada pihak sekolah berkaitan dengan anak-anak mereka. Malahan apa-apa masalah para pelajar dapat dikongsi bersama dengan pihak sekolah dan para ibubapa.

Diharapkan pihak terbabit tidak hanya menumpukan kepada sekolah2 cemerlang malahan sekolah-sekolah lain terutama luar bandar juga perlu diberi keutamaan. Untuk apa pihak kerajaan membelanjakan berbillion-billion ringgit untuk membina rangkaian IT jika ia tidak digunakan sepenuhnya oleh rakyat. Malahan diluar negara yang maju, pembelajaran mereka hanya dilakukan secara online sahaja dirumah terutama jika pelajar tersebut cuti sakit ataupun cuti sekolah. Ini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan anak-anak mereka walau berada diluar sekolah. Untuk kita buat apa yang termampu tetapi digunakan sepenuhnya tanpa ada sebarang perbezaan dan birokrasi.

Ini adalah pendapat dan cadangan. Jika saya ketinggalan kalian boleh mengemaskinikan pengetahuan terbatas saya ini. Persaingan sememangnya baik namun jangan sampai untuk mendapat sekolah yang cemerlang hanya menumpukan kepada pelajar yang berpotensi sedangkan pelajar yang mungkin “degil” atau tidak menyerlah kurang diberi perhatian. Sepatutnya keseimbangan perlu ada, disamping menjadi sekolah cemerlang juga perlu menghasilkan pelajar yang seimbang pemikiran dan akhlaknya. Inilah perlunya komunikasi dua hala yang tidak terbatas antara ibu bapa dan guru.

Sekian, Wassalam

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 DekatAja April 26, 2010 at 12:51 pm

website skolah nih kalau ade pon dorang tak selalu update. dorang malas. coz bukan semua orang akan research skolah tu on internet. better parents gi je skolah tu tny gurubesar/pengetua die

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 neddy May 20, 2010 at 8:36 pm

wahhhhhhhhhh… sultanah asma alor star ade…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 ILA June 5, 2010 at 10:19 am

kn best klau thon dpan aq dpt msuk dlm skola2 yg terbaek…………… :berangan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 humaira April 28, 2013 at 6:18 pm
24 zowieyana June 21, 2010 at 1:39 am

mak aku dulu sekolah st.george
sekolah aku sbp tapi xde lak..xelit lg ni..
sultanah asma,aku bangga sebab aku pernah smpi sana..sekolah ni mmg jd pilihan budak2 lepasan upsr mase skola kat lgkawi dl

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 farahcomel July 4, 2010 at 4:42 pm

kenapa nama sekolah saya tak da…… ini namanya x adil…..apasal setengah sekolah yg ada dan setengah sekolah x der…. :berangan :ketawamanja …………..heheheheh :ketawamanja :berangan :berangan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 intan July 5, 2010 at 10:12 am

go mozac go…….. :tepuk :tepuk :tepuk :phwitt

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 syaumiya July 14, 2010 at 4:18 pm

mesticun: Sekolah kakak saya ada diatas.cantiklah.lepas boleh heboh pakai SMS.cuma sekolah tu nama orang putih.tak bangga sangat.   

:tepuk :tepuk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 miera July 14, 2010 at 7:54 pm

:tepuk berikanlah tepukan skit tntg brita sklh2 tu :jangan alah sklh saye pun blh challenge kowg :peace :peace

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 pah July 16, 2010 at 7:14 am

congratz SMS Muzaffar Syah aka MOZAC :tepuk
MOZAC memang sekolah terbaik dari dulu sampai sekarang :senyum

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 sontel July 24, 2010 at 4:23 am

nabila: mane sekolah sbpi pekan…. …sedihnya   (Balas Komen Ini)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 chocolate_gurlz August 27, 2010 at 12:00 am

sekolah sy iaitu SMK (P)SRI AMAN antara sekolah terpilih.. x snka..alhamdulilah..pengetua dah bgtaw tp rase x percaya..hemm nak kekalkan 2 yg susah..sume pergerakan dilihat dan diteladani.. hope dpt kekalkan sekolah SBT ini.. nak bina swimming pool dah sek sy nie.. hrp lebih ramai pelajar berminat memasuki sekolah sy..for female only..hehehe :lambai

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 poyo jewk August 30, 2010 at 6:42 pm

skolah sye x dew ke???kire o.k apew :nangis ….(SEKOLAH KEBANGSAAN (P) SULTAN IBRAHIM)54 tu yg dpt 5A…ape cer?? :curiga

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 ehsan August 31, 2010 at 5:25 pm

kenapa sekolah simpang lima,klang tak de? mana gambar sekolah simpang lima? mana gambar kelas di sekolah simpang lima? sekolah tu saya sokong tau sebab the school is the best to me. sekolah itu semua murid pandai.ujilah kehebatan sekolah itu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 ehsan August 31, 2010 at 5:26 pm

i love that school.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 ehsan August 31, 2010 at 5:27 pm

:nangis :nangis :nangis menitis air mata.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 ehsan August 31, 2010 at 5:30 pm

saya rasa ada :setan kacau sekolah saya sehingga tidak dipilih.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 love skkj2 September 10, 2010 at 12:37 am

:tembak eeeeeeeee!!!!!!!!!! aq rasa mcm nak tembak je org yg menunjuk-nunjuk skolah dia tersenarai sbagai skolah terbaik… skolah aq ape krgnyer???? sume sporting lar!!!! tah-tah mrd2 skolah dorang sume muke serius…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 Msom September 10, 2010 at 12:43 am

Saudara dan saudari,
Sama ada sekolah kita tersenarai atau tidak, kita tidak peduli. Yang penting sekolah kita telah melahirkan orang yang hebat seperti kita, betul tak?

Sekolah yang tersenarai itu ialah sekolah yang murid-murid dan ibu bapanya golongan elit. Jika tidak pun mereka golongan pertengahan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 arm October 20, 2010 at 11:17 am

aku heran la gn gov..np klau skul luar bndar xd pun dpt twaran stdy kt luar negara…tp skul kn bandar,skit dpt twaran stdy kt aversea…cm tah pe2 lak…pdhal y dpt smue ank orag kye..ank y miskin jd pe..gov bg ank org kaye nek myk ke…alsan nye ,xnk malukn gov lau anta budak jgmpung…stupid idiot gov…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 ingin juga tersenarai October 26, 2010 at 4:13 pm

Apa dak jeles sekolah terbaik, tengoklah kategori mana masuk sana,upsr mereka dpt brapa? tuisyennya lagi,kemampuan keluarga lagi,memang patutlah dpt maintain memanjang. Kalau anak petani, nelayan,buruh,peneroka yg jauh dipedlman,senaraikan juga sekolah golongan tersebut terbaik.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 farah123 December 10, 2010 at 12:50 pm

alaaaa~ skula sye tak ader p0n.. ini tak adil.. huk3 :’(

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 nasm December 23, 2010 at 12:00 pm

ape slhnye jke mrsm dsenaraikn wlaupun brada di bwh mara? adakh sk2 sbp tkot trkebawh dlm senarai jke kmi (mrsm2) dsenaraikn?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 wookkk December 25, 2010 at 5:03 pm

skolah bdk jahat xde ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 najibROSMAH January 16, 2011 at 11:41 pm

mari lah kita mengharap agar RUNTUH Umno dan Barisan Nasional ….. dia mana kisah korang dari kampung…….orang kampung !!!!! jangna UNDI sama BN lagi…..kita ranapkan BN!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 Mahasitua January 17, 2011 at 2:10 am

wookk sebut pasal sek budak jahat, teringat saya waktu sekolah dulu teringin sangat nak ke sekolah tersebut, sebab mak bapak takyah keluar duit, tapi tak layak padahal saya tergolong murid yang paling menyusahkan orang (popular satu daerah…..) Berkaitan keputusan sekolah cemerlang ni bukan hanya sistem pembelajaran di sekolah itu yang terbaik, tapi murid yang akan belajar di situ yang dipilih dari kalangan pelajar yang mempunyai keputusan UPSR yang terbaik saja.Ditambah lagi dengan peralatan dan kemudahan yang terbaik dan mencukupi, berbanding dengan sekolah yang mempunyai guru yang tak berapa ikhlas nak mengajar,(utamakan urusan peribadi seperti berniaga dan sembang kosong) alat bantuan mengajar yang dah rejet dari sekolah lain itu pun kongsi (satu komputer kongsi sepuluh murid) persekitaran belajar yang merimaskan dan sempit. Tapi kadang kadang keputusan akademik sekolah terpilih memang cemerlang tapi sahsiah murid …….nauzubillah…….bukan menyedihkan tapi menakutkan, Nak itegur?….nak dibetulkan?……. siapa yang berani…tak fasal masuk mahkamah nanti atau pun kalau kita ni guru atau kakitangan sekolah ada harapan bertukar ketempat lain atau boleh jadi penganggur nanti……emakbapak diorang tu siapa ……kita pula siapa……..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 iyatieku January 23, 2011 at 7:34 pm

sekolah asli takde ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 siti nadroh January 26, 2011 at 12:38 am

Saya dari Indonesia, ingin menyekolahkan anak saya pada sekolah menengah atas berasrama di Malaysia. Minta saran bagamana prosedurnya dan di mana yang bagus. Infokan langsung ke email saya: siti.nadroh@yahoo.co.id

terima kasih

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 VANU April 21, 2011 at 9:06 pm

Zairi Zaidi: Alahai.. Sekolah saya Sultan Ismail College takde ke…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 Diana Mohamad July 24, 2011 at 12:37 am

klau sklh saya,saya tak eran.. bab baru d bka thun ini?? hehe.. tp, hrp2 sklh sy dpt keputusan yang cemerlang.. amin..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 shyshy May 18, 2011 at 2:58 pm

yeahhh,mckk always the best…;)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 Putera Watan May 21, 2011 at 12:59 am

Go SASIC(Kolej Islam Sultan Alam Shah)…satu2 nya wakil sekolah agama yg berteraskan Islam….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 ezzatie irshad July 30, 2011 at 2:04 pm

erm… nmpaknya skolah sya blom mencpai kcmrlangannya utk turut tersenarai di sini. apapun… sya still syg skolah sya.. smka al-irshad da best..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 hanaa October 8, 2011 at 6:26 pm

my ex school Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru. :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 ALYA NIZAINA November 16, 2011 at 10:35 pm

ai x de name skola saye ke??????????????sk sementa popular tau hang x tau………..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 irdina November 18, 2011 at 2:50 pm

sekolah sye tengah tunggu keputusan untuk spt thn 2011 hehe go sk putrajaya presint 11 (1)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 DAUDAKPE November 21, 2011 at 8:12 pm

semua sekolah adalah yang paling bernilai bagaikan emas dan berlian. yang melahirkan belia negara yang bakal menjadi pemimpin negara. tak perlu nak bezakan terbaik atau tidak. ibu bapa tidak perlu terburu-buru meghantar anak ke sekolah terbaik yang menjadi pilihan cukup sekolah biasa pun akan membentuk jati diri pelajar itu dengan syarat pelajar itu sentiasa ingat ilmu itu ada dimana dan teramat berguna jangan sia siakan kedua guru dan ibu bapa memainkan peranan penting untuk membentuk pelajar yang berjaya.

AMIN

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 ajai March 4, 2012 at 12:18 pm

sekolah kakak saya pun ada kt atas .Tapi dia sekolah kt tunku khurshiah.bosannya….sedih.sedih sebab tk dapat ikut akak saya.kerana sekolah tu sekolah perempuan semua.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 ajai March 4, 2012 at 12:22 pm

insyaallah ,saya akan masuk ke sekolah top 1-10

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 eyana July 2, 2012 at 1:12 am

ranow faris petra nyowhh!! sero top10 sopmo!! narak hop luar pade kelantan jah!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 eyana July 2, 2012 at 1:14 am

ranow faris petra tadop nyoh!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 syafi September 10, 2012 at 7:49 pm

insyaAllah sy mendapat keputusan straight ‘A’ dlam PMr thun depan . AMIN . jika ia menjadi kenyataan , sy akan meminta tawaran ke Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban , dan berharap akn diterima . INSYAALLAH . sekolah top 2 , hehe .

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 fatin farhana September 25, 2012 at 4:02 pm

bestnya kalau dapat sekolah kat sana

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 sufinajwa October 7, 2012 at 6:48 pm

sekolah kebangsaan taman sri pulai,johor bahru,johor atau pun sunmarry school kuala lumpur tak ada ke?:(

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 Afiq January 17, 2013 at 9:47 am

SDAR the best among the best…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 Kem Komandan Kem Gemilang March 24, 2013 at 9:05 pm

Assalamualaikum wbt

SEKADAR PANDANGAN PERIBADI :

MENTALITI masyarakat tentang mendapatkan tempat anak-anak di sekolah berasrama penuh (SBP) merupakan satu prestij perlu diubah.

Yang penting, bukan jenis sekolah tetapi pengurusan yang cekap dan perancangan yang strategik oleh pihak sekolah IAITU PENGETUA & GURU-GURU amat perlu untuk memastikan kecemerlangan pelajar sentiasa berterusan dan berada ditahap paling optimum samada SBP atau pun sekolah harian.

Penglibatan ibu bapa melalui PIBG amat ditagih bagi memastikan pencapaian pelajar dan pengurusan berada di peringkat optimum. Tidak wajar bagi sesetengah ibu bapa yang mengharapkan kecemerlangan anak-anak bergantung kepada pihak sekolah semata-mata tanpa terlibat sama dalam usaha melonjakkan kecemerlangan sekolah.

Walau bagaimanapun, kecemerlangan seseorang pelajar itu tidak harus diukur dari aspek akademik semata-mata, tetapi haruslah dilihat dalam skop yang lebih luas merangkumi kecemerlangan dari aspek sahsiah, kepimpinan, pengurusan diri dan personaliti, keteguhan rohani dan juga ketangkasan jasmani kerana secara tidak langsung ia banyak membantu ke arah pencapaian akademik yang cemerlang. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang sangat perlu agar pelajar sentiasa bermotivasi untuk menjadi seorang insan yang cemerlang.

wallahualam bissawab

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 Khaidir Zakaria April 3, 2013 at 4:43 pm

Errmm, kenapa Sekolah Tinggi Klang tidak tercalon sebagai sekolah terbaik? :-(

KZ

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: