
Melihatkan statistik jualan kereta di Malaysia untuk tahun 2009 di bawah ini nanti, kemasukan Perodua Alza telah menyebabkan jualan bagi model kereta Perodua MYVI dan juga Toyota Avanza agak terjejas. Model kereta Perodua MYVI sebelum ini mencatatkan purata jualan 8,000 unit telah jatuh kepada 6,000 unit sahaja sebelum ketika ini. Manakala, Toyota Avanza pula, jika sebelum ini mampu mencatatkan jualan 2,000 unit sebulan terus merudum pada 500 unit sahaja.
Mungkin sudah sampai tempohnya. Toyota AVANZA adalah model lama. Sudah 7 tahun berada dalam pasaran Malaysia. Kalau di Indonesia lagi lama.
Dalam banyak-banyak model kereta yang tersenarai di atas ini, mana satu kereta yang sedang anda milki sekarang ini atau mungkin anda sedang bercita-cita nak sambar satu lagi kereta? Tidak semestinya jualan kereta menunjukkan tahap kualiti yang ada pada sesebuah model kereta kerana ia bergantung kepada minat, citarasa dan tahap kewangan pembeli itu sendiri.
Contoh terbaik antara Toyota VIOS dengan Honda City. Kalau diikutkan statistik jualan kereta di Malaysia untuk tahun 2009 menunjukkan yang mana Toyota VIOS lebih ramai pembelinya berbanding Honda City itu sendiri. Tetapi daripada segi tahap kualitinya, Honda CITY jauh lebih ke hadapan lebih-lebih lagi dianugerahkan BEST COMPACT SEDAN.

{ 3 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Mana kereta aku ni??? takde ker?
alamak lupa pulak, takdek kereta
tapi aku minat Vios
aku suka vios!! adakah honda city lagi best dari vios???
Pergh… tak lama lg myvi gerenti berada kat takhta no 2. Caya la saga….