
Daripada kedudukan yang jatuh terduduk sebelum ini sehingga pernah mengalami kerugian besar, mereka kini sudah bangkit sehingga mampu bersaing dengan syarikat penerbangan elit yang lain. Tahniah diucapkan kepada MAS.
Malaysia Airlines atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya, MAS telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada Smart Travel Asia baru-baru ini sebagai dikalangan 10 syarikat penerbangan terbaik dunia. MAS berjaya naik satu anak tangga ke tangga ke-8 berbanding tahun sebelumnya dan berkongsi kedudukan dengan syarikat penerbangan daripada German iaitu Lufthansa.

Untuk kategori lain pula, MAS berjaya mendapat pengiktirafan dengan mendapat tempat kelima terbaik sistem penerbangan untuk perkhidmatan kabin dan juga kelapan terbaik sistem penerbangan untuk kelas perniagaan.
Dikhabarkan dalam berita harian, tahun hadapan pelanggan MAS berpeluang untuk menikmati dan merasai sendiri kehebatan pesawat baru, Boeing 737-800 Sky Interior yang mana MAS juga merupakan syarikat penerbangan kedua di dunia yang menggunapakai pesawat tersebut awal tahun depan. MAS juga dalam perancangan untuk mula terbang menggunakan pesawat A380 pada tahun 2011.

Berikut kedudukan 10 syarikat penerbangan terbaik dunia:
- Singapore Airlines Singapore Airlines
- Cathay Pacific Airways Cathay Pacific Airways
- Thai Airways International Thai Airways International
- Emirates, Virgin Atlantic Emirates, Virgin Atlantic
- British Airways British Airways
- Jet Airways Jet Airways
- Japan Airlines Japan Airlines
- Malaysia Airlines & Lufthansa
- Qantas Qantas
- Air France, Qatar Airways Air France, Qatar Airways
Kalau tanya saya mana yang the best antara MAS dengan Air Asia, saya pilih MAS. Yela….sesuai dengan caj yang dikenakan untuk servis dan kemudahan yang kita bakal dapat. Walaubagaimanapun, masing-masing ada kelebihannya. MAS ada targeted customer mereka sendiri, begitu juga Air Asia. Bagi perjalanan jarak jauh, MAS jauh ke hadapan dan tidak lupa juga makanan-makanannya.

Nampaknya syarikat penerbangan dari Eropah termasuk juga Dubai pun terpaksa tunduk dengan kualiti yang ada dengan syarikat penerbangan dari negara kalangan Asia Tengara.
P/S : Diharap selepas ini, Malaysia Airlines mampu memberikan “gegaran” kepada Singapore Airlines. Semoga sukses MAS.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [TAHNIAH] Universiti Malaya Tergolong Antara 200 Universiti Terbaik Dunia 2009
- Bandaraya: Perkhidmatan Akses Internet Terbaik Dunia
- Ketua Eksekutif Apple Inc, CEO Terbaik Dunia Untuk Dekad Ini
- Negara Yang Mempunyai Kekuatan Ketenteraan Terbaik Dunia ??
- Syarikat Pembuat Kereta Terbesar di Dunia, Volkswagen Atasi Toyota
- Kerosakan Amerika Syarikat Punca Utama Krisis Kegawatan Ekonomi Dunia?


{ 4 comments… read them below or add one }
harga mahal xpe..janji berbaloi..tahniah MAS!
bila la aku nak rasa naik MAS & AirAsia?
harap, kalau pendapatan MAS dah meningkat nnti, MAS pon boleh la sekali2 bagi rate yg menarik.. lagi ramai org dapat gunakan perkhidmatan MAS..
air asia pon ok gak.. pramugari nye baik2..
.-= brat2104´s last blog ..kaunter pertanyaan kini dibuka! =-.
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.