
Jikalau sebelum ini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada di kedudukan ke 17 lapangan terbang terbaik dunia, sekarang ini bertambah baik apabila Skytrax menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di kedudukan kelima lapangan terbang terbaik di dunia ketika ini. Tahniah diucapkan!!!
KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) muncul di tempat teratas di dalam kategori Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik dan Perkhidmatan Petugas Cemerlang Terbaik di majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2010 baru-baru ini.
Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad, berkata bagi kedudukan 25 teratas Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2010, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menambah baik kedudukannya ke tempat kelima, daripada kedudukan ke-17 sebelum itu.
“Anugerah itu menunjukkan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan cemerlang yang kami sentiasa tingkatkan, dengan menetapkan satu penanda aras bagi diri kami sendiri. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Imigresen dan tenaga kerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana pencapaian yang cemerlang ini. Anugerah ini telah menambah baik reputasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anugerah Lapangan Terbang Dunia adalah anugerah yang paling berprestasi yang mengiktiraf kualiti produk dan perkhidmatan, yang merentasi industri lapangan terbang dunia. Anugerah itu adalah satu pengiktirafan terhadap kualiti kepada industri lapangan terbang dunia di dalam menilai perkhidmatan barisan hadapan dan kemudahan pelanggan lapangan terbang secara umum yang ditentukan melalui Kajian Lapangan Terbang Dunia 2009-2010.
Ia dilaksanakan oleh Skytrax antara Julai 2009 dan Mac 2010.
Berikut adalah senarai penuh bagi anugerah lapangan terbang terbaik dunia 2010
- Lapangan Terbang Singapore
- Lapangan Terbang Seoul Incheon
- Lapangan Terbang Hong Kong
- Lapangan Terbang Munich
- Lapangan TerbangAntarabangsa Kuala Lumpur
- Lapangan Terbang Zurich
- Lapangan Terbang Amsterdam
- Lapangan Terbang Beijing
- Lapangan Terbang Auckland
- Lapangan Terbang Bangkok
- Lapangan Terbang Vancouver
- Lapangan Terbang Kansai
- Lapangan Terbang Centrair Nagoya
- Lapangan Terbang Helsinki
- Lapangan Terbang Copenhagen
- Lapangan Terbang Frankfurt Main
- Lapangan Terbang Tokyo Narita
- Lapangan Terbang Brisbane
- Lapangan Terbang Cape Town
- Lapangan Terbang San Francisco
- Lapangan Terbang London Heathrow
- Lapangan Terbang Istanbul

{ 8 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
terbaik tapi kosong x de orang,
wahhhh :setan cayalah KLIA top5!! ho3 :joget
.-= yashygsempoi menulis artikel blog ..Buat YM (Yahoo Messenger) Lebih Dari 1 =-.
Tahniah kerana kedudukan ke 5. Jangan berpuas hati, tapi usaha lagi perbaiki kelemahan supaya berada dalam 3 terbaik.
Tahniah pengurusan KLIA…cayalah. Perbaiki dr semasa ke semasa supaya kita berada di ranking No.1
wah.tahniah.Tingkatkan lagi prestasi
Tahniah kepada KLIA.tingkatkan prestasi.malaysia boleh..
Klia akn lbh mju lg pada mse akn dtg, mgkin siap nye klia 2 akn mngktkn lg mutu pnggunaan di klia.. KLIA the best world airport.. Smoga MAHB dpt mngktkn lg mutu kpd yg lbh tggi.. Drpd airport service dh pon brtukr kpd bussiness airport..KLIA akn lbh mju lg pda mse akn dtg dgn pngktn kpal yg msuk ke KLIA, skg pon dh hmpir stiap hari A380 mndrt di KLIA..Tahniah KLIA..
Best world airport bussines..KLIA maju lagi akn datang..