[Tahniah] Kes Skandal Video VK Lingam Ditutup

by Staff Berita Semasa on October 23, 2009

in Kes Mahkamah

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

vklingam4

Siapa yang boleh lupa dengan istilah hangat seperti “corect, correct dan correct” yang pernah dipopularkan oleh seorang peguam, Datuk VK Lingam. Kalau diikutkan, bulan September 2009 yang lalu telah bermulanya perbicaraan skandal video klip Datuk VK Lingam bersama konco-konconya. Tetapi sepanjang bulan September,  tiada walau satu habuk pun mengenai kes yang penuh kontroversi ini. Rakyat ternanti-nanti episod kesudahannya………

vklingam3

Tup-tup pada hari Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk jawapan bertulisnya terhadap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Parlimen mengatakan  siasatan tidak menunjukkan sebarang kes penyalahgunaan kuasa sehingga memerlukan pendakwaan dilakukan oleh  Peguam Negara terhadap kes Video VK Lingam. Dipendekkan ceritanya, buang kes setelah lebih setahun terperap begitu sahaja. Begitulah pengakhiran kes skandal Video VK Lingam yang penuh kontroversi ini. Sehingga ia dilihat ramai sebagai kemuncak kemusnahan badan kehakiman di negara kita. Cantik punya cara. Soal siasat, tunda sehingga tempoh 11-12 bulan lamanya, senyap sekejap dan akhirnya tutup kes.

vklingam

Cuma agak kaget sikit, kerana begitu mudah alasan dan hujah diberikan bagi menidakkan pendakwaan dilakukan. Tapi takpela, kalau itu jawapan dan “keputusan yang diinginkan kerajaan”, kami rakyat Malaysia sekali lagi akur kehendak yang ada. Noktah. Walaupun  boleh dikatakan sebahagian besar rakyat Malaysia telah menonton percaturan bijak orang atasan yang mana sekarang ini badan kehakiman bukan lagi dilihat keadilannya daripada sudut hujah mahupun bukti-bukti yang ada, tetapi bergantung kepada siapa yang menjadi peguam atau hakim untuk satu-satu kes yang ingin dibicarakan.

Tahun lepas, Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama barisan kabinet telah bersetuju menubuhkan sebuah  Suruhanjaya DiRaja yang dianggotai beberapa hakim paling kanan dalam dunia kehakiman negara bagi menyiasat kesahihan skandal Video VK Lingam yang didakwa memaparkan seorang peguam Lingam, sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang didakwa hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.

Suruhanjaya DiRaja ini dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Malaya,  Tan Sri Haidar Mohd Noor selain bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mahadev Shankar dan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah, Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim

vklingam2

Keputusan Suruhanjaya DiRaja yang menyiasat skandal video VK Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi disiasat iaitu dua bekas ketua hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim. Suruhanjaya itu juga mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.

P/S : Akhirnya, betul dan tepatlah istilah yang digunakan Datuk VK Lingam semasa video ini berlangsung. Correct, correct, korek, korek tanah dan benamkan kes ini dan kambus. Buang kes. Saya tidak terkejut dengan keputusan ini. Anda?

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 6 comments… read them below or add one }

1 JohnJimat October 23, 2009 at 4:52 pm

hehe sudah dapat di agak semenjak dr mula kes ni.. pasti akan tertutup juga kes ni.. nk wt cane kan huhu :phwitt   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

2 Pak Awang October 24, 2009 at 12:13 pm

Pelik betul :serabut
ahbistu apa gunanya dengan laporan suruhanjaya tu
alahai…satu dunia dah tahu kisah ini
buat kena gelak dengan mereka :marah   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

3 JohnJimat October 24, 2009 at 6:05 pm

biar je bro. biar org ramai tau yg kerja dorng ni

p/s: suke bace artikel dari facebook anwar ibrahim :berangan   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 zaidkhalduni October 26, 2009 at 3:13 am

nampak sgt insituisi kehakiman negara ni teruk…hancur la malaysia klu macam ni…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

5 Admin [ Master G ] October 29, 2009 at 7:01 am

Hai…tak tahulah sampai nak kata apa lagi dengan badan kehakiman negara ini. Sudah terang lagi bersuluh, Suruhanjaya diRaja mengesahkan ketulenan yang ada……kalau orang besar terus disimpan dan terus bermaharajelala buat jenayah, masalah takkan selesai sampai bila2  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

6 Putera runsing August 15, 2010 at 7:11 pm

macam-macam….nnt anak-anak kita jadi menteri lagi teruk…lagi haru…aduyai……jadilah cntoh yg terbaik untuk generasi akan datang…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: