
Tempoh hari Datuk Sri Nazri Aziz telah “meletup” dengan mengatakan Teksi Malaysia “lebih busuk” daripada jamban. Ini adalah kerana perkhidmatan teksi tidak memberi khidmat yang baik kepada pelancong-pelancong asing.Kalau lihat sekarang ini, terlalu banyak kenderaan teksi yang enggan memakai meter. Kalau pakai pun di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kalau negeri-negeri lain, sebahagian besarnya tidak memakai meter supaya mereka dapat mengenakan caj yang melampau-lampau. Kalau pakai meter contohnya kena RM5 tetapi jikalau tidak memakai meter mereka boleh mark-up sehingga RM15-M20. Bila dah ramai mula kantoi, mulalah salahkan minyak dah mahal. Tidak munasabah langsung. Sekarang ini 90% bilangan teksi yang ada sudah mula memakai NGV.

Dengan kerenah pemandu teksi yang suka ambil kesempatan terhadap pelancong dengan mengenakan bayaran terlampau, ditambah lagi dengan toilet kotor dan lambakan pengemis yang ada sekarang ini, ditakuti Malaysia akan kehilangan ramai pelancong jia tiada sebarang tindakan drastik dan tegas daripada pihak berkuasa bermula daripada sekarang. Silap-silap nanti Indonesia dan Thailand akan jadi pilihan pelancong dan kita pula “nganga” sehingga rugi berjuta-juta RM…Perbetulkan daripada sekarang sebelum terlambat. Masalah teksi ini sudah berlarutan lama sangat. Tidak nampak usaha yang betul dan bersungguh sungguh untuk selesaikan masalah penumpang teksi.
Apabila bercerita mengenai perkhidmatan saya suka untuk bercerita tentang janji kerajaan terhadap sistem pengangkutan awam di negara kita secara keseluruhannnya. Pengangkutan awam oh pengangkutan awam. Mungkin kerajaan Malaysia terlupa agaknya dengan janjinya sendiri. Itu sebabnya tahap keberkesanan sistem pengangkutan awam di Malaysia masih ditakuk lama. Tidak mengapa rakyat sendiri berbesar hati mengingatkan janji kerajaan Malaysia untuk menaiktaraf mutu pengakutan awam yang sedia ada. Janjinya bila? Tu………masa tahun 2006 lagi. Masa itu di bawah pemerintahan Pak Lah, kerajaan telah menaikkan sebanyak 30 sen untuk harga minyak ketika itu dan kerajaan berjaya menjimatkan sehingga RM4.3 billion. Malangnya kerajaan hanya berbelanja sekitar RM834.75 juta.
Manakala tahun lepas, ketika harga minyak dinaikkan sehingga 70 sen, kerajaan sekali lagi dapat menjimatkan perbelanjaan negara sehingga RM13 bilion. Duit itu di mana dan apakah langkah kerajaan untuk “overhaul” semula sistem perkhidmatan awam di Malaysia? Perlu lagikah tempoh dalam 5 tahun lagi atau 10 tahun atau 50 tahun lagikah?
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [MUKTAMAD] Kerajaan Tidak Beri Bonus Kakitangan Awam 2009 !!!
- [BARU] Sistem Baru Gred SPM, Syarat Kemasukan Ke IPTA Diperketatkan
- Berjaya atau Rombak Sistem Pendidikan Negara?
- Relevenkah Kakitangan Awam Hadiri Kursus Biro Tatanegara Anjuran JPM?
- Isu Kadar Tol di Malaysia. Plus oh Plus
- Gaji Menteri(VVIP) VS Pendapatan Rakyat Malaysia


{ 3 comments… read them below or add one }
Tidak di nafi terdapat segelintir pemandu suka mengambil tambang lebih. tapi kenyataan menteri mengatakan teksi malaysia lebih busuk dari jxxxxx.amat mengejutkan seperti juga kenyaatan mantan menteri pelancungan dulu. kenapa disasarkan pada semua teksi?.
kerajaan dengan agensinya selalu menyebut teksi dan pelancungan kalau nak dibandingkan wang pelancung kena bayar lebih bukan setakat teksi meter saja, kita tengok saja caj hotel , chalet boleh dikatakan juga ambil kesempatan keatas org2 ini dengan jelas contoh hari biasa kadar rmxx.xx hujung minggu cuti sekolah cuti umum semua naik jadi rmXX.XX adakah sesiapa mempersoalkan? dibayar juga pelancung domestik dan asing.
terdapat macam2 saranan mempertingkatkan sistem pengangkutan dimalaysia untuk jadi efisyen, berbagai janji berbagai punca yang dicari kenapa tak berjaya. bajet ada sistem macam tu juga dah berpuluh tahun, salah satu sebabnya ialah lpkp ini diterajui oleh orang2 politik sepatutnya ia diterajui oleh golongan profesional yang tidak ada kepentingan semasa PRU
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.