Dalam keadaan rakyat Malaysia menanti hari pelancaran Proton Preve 2012 yang dijangka 16 April 2012 ini, peminat jenama Proton dikejutkan dengan berita Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal bakal mengakhiri khidmat beliau bersama Proton bermula 3 bulan daripada sekarang…..
Berita ini dikeluarkan dan didedahkan sebelum ini, oleh The Edge dan juga The Malaysia Insider. Bagi kami, berita Datuk Seri Syed Zainal mahu meninggalkan Proton bukanlah sesuatu mengejutkan. Sudah ada tanda-tanda awal, orang kuat di belakang Proton ini bakal angkat kaki selepas sahaja DRB Hicom berjaya mengambilah Proton daripada pegangan Khazanah Nasional sebelum ini.
Sudah dijangka. Ini kerana….Syed Zainal bersama dengan Pengerusi Proton sebelum ini, Datuk Nadzmi “telah berpakat” dalam cubaan mereka untuk mengambilalih Proton daripada Khazanah, tetapi akhirnya Proton jatuh ke “riba” DRB Hicom.
Jadi secara realistiknya, adakah DRB Hicom mahu “menyimpan” kelompok individu yang bersama-sama berebut dengan mereka untuk mendapat Proton? Kalau sebelum ini Datuk Nadzmi meletakkan jawatan, dan sekarang tibalah masa dan ketikanya untuk Datuk Seri Syed Zainal mengundurkan diri….itu yang pertama.
Keduanya, apatah lagi mungkin Syed Zainal, mempunyai haluan yang berlainan dengan pemilik DRB Hicom, Tan Sri Syed Mokhtar. Mungkin? Jadi, akhirnya terpaksalah Syed Zainal angkat kaki..
“Tukar pemilik kereta, tukarlah juga pemandunya”
Dan ada cakap-cakap mengatakan Tengku Mahaleel bakal masuk semula ke dalam Proton. Erm..Dan sebelum Datuk Nadzmi dan Syed Zainal letak jawatan, pakar kualiti Proton dari Jerman, Wolfgang Karl Epple sudah letak jawatan terlebih dahulu selepas 3 tahun bersama dengan Proton. (Sumber: Btimes). Sekadar pemerhatian daripada kami.
Walaubagaimanapun, melalui Buletin Utama malam tadi, DRB Hicom seperti biasa menafikan dakwaan Datuk Seri Syed Zainal letak jawatan. Adakah jawapan DRB Hicom bertujuan untuk menjaga harga saham Proton?



{ 38 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
ahaha, aku rasa kan
“Tukar pemilik kereta, tukarlah juga pemandunya”
macam ye je
Tauke dah tukar, kapten pun kena tukar la nampaknya. Asalkan selepas ni Proton lebih berdaya saing dan maju. Harap di bawah DRB Hicom Proton mampu pergi lebih jauh.
sedihnya..bagi aku, dia ni hebat orgnya dalam pengurusan!!!
daripada dulu lagi aku mmg tak percaya si mamak syed mokhtar ni berniaga
banyak mentekedarah duit orang melayu
pastu setakat buat yayasan terus orang melayu puji die…puiih
tu pun bukan pakai duit dia sepenuhnya…
tula pasal Orang yang menguasai DRB-Hicom ialah Syed Mokhtar Albukhary. Aku pun pelik kenapa mat arab ni asyik mengambil alih perniagaan/syarikat dalam negara ini.
There goes another talent macam kes Hassan Merican
menyedihkan, orang paling penting untuk kereta proton preve letak jawatan sebelum kereta sempat launch pon… mesti tinggi tekanan atasan nie..
esok2 kalu problem proton preve nie pengurusan baru boleh senang2 lepas tangan lah.
Memang patut ditukar supaya kemasukan pakar baru akan menjana pemikiran baru. Pengurusan lama pun tidak juga menunjukkan pengurusan yg cemerlang. Proton adalah simbol automotif negara. Perkara tersebut bukan menjadi isu.
Macam ok je dia pegang proton..banyak model dah kuar dah..jangan sebab prmainan politik, ada pihak yg teraniaya..renung-renungkanlah..hehehehehe..PEACE!
peace yooo…
hurm maybe ini ura-ura je kot..hoho
walaupun sampai skrg aku x percaya dah kat PROTON..tapi kalau si Mahaleel tu masuk balik, aku rasa PROTON akan kembali ke zaman kegelapan…all the damage occurred during the reign of Mahathir + Mahaleel…
Semuanya 2 X 5 = 10 billion
Mana SUV Proton
sape pun yg pegang,klau kerajaann yg sama,tak akan ada perubahan.same je
kau ingat kalau PAS ambik alih boleh maju ke Proton? lagi jahanam aset negara kalau puak merapu ini pegang. bukan tau apa-apa pun, gebang lebiihh
spekulasi untuk menarik perhatian…
Pi mai pi mai tang tu … jerung tetap bermaharajalela, ikan bilis akan sentiasa jadi mangsa. Saya dah takde konfiden lagi dengan proton. Terlalu banyak sebabnya …
sape vendor proton ek? sape yg jg quality proton ek? proton asyik dimain2kn oleh vendor2 ni je… singapore tgg peluang nk ngap proton… last2, company malaysia kne beli ngn org luar… time tu br nk sedar, br cari sape salah… melayu mmg xreti diuntung ke? org dh bg peluang, buat la duit betul2… klu dapat kt bangsa lain, mmg xlepas punye… melayu kne berubah… untuk semua peringkat…
gelap la masa depan proton lepas ni
semua bekas projek mahathir memang akan melingkup lambat laun… sebab-sebab kegagalan je berlainan cerita. tapi ending nya tetap sama. orang dosa banyak memang camtu.
cantik…… ‘Pengarah Urusan Proton dah nak letak jawatan’ HARAP pengarah yang baru boleh jadikan kereta protan benar-benar kereta nasional. murah untuk rakyat….. diulang, murah untuk rakyat…. apa kata rakyat-rakyat sekalian???
Patik setuju… tapi kalau imej murah di perbesarkan takut menjangkit macam kedai RM2.00 hinggit plak???
oi dol ini soal pgrh proton yg ltk jwtn apa kena megena dgn politik bhgal mcm keldai
uuhhhh….
tak mboh ambik tau pong aku……..
super tuler je protong ning aku rase
telur tu telur apo wea…klau tlo punyu dok lalu kawea…
elok juga dia ni letak jawatan sebab bukan menguntungkan pon…merugikan adalah….semua nya tu bukan bolih diharapkan..DRB ni orang berniaga misti pandai buat duit dan untong….yang lain sebelum tu dipilih semuanya berdasarkan ampu bodek dan tak tau berniaga….nak jadi pengarah kerana nak gaji besar dan lepas tu muflism lah proton….kesian Malasia ni….
Oi hang tau apa pasal tuan syed zainal. Ko x ernah keja dekat proton nak sedap2 komen… tuihh
Pakpandir rasa kalau jawatan itu dipegang oleh orang yang memang berkelayakan, berkemampuan untuk jadi ‘pemandu’ yang berhemah, tak jadi masalah…
Jangan jadi ‘pemandu’ macam sponge dah la.. Habis semua diserap, then keluar… Jahanam terus la jawapannya..
harga proton mahal…..mcm kereta import….
Datuk Seri Syed Zainal x patut letak jawatan sebab beliau mempunyai misi & visi yang jauh…sejak Datuk Seri menerajui Proton banyak kemajuan telah dicapai & banyak model Proton dah dikeluarkan dibawah seliaan Datuk Seri….semoga Proton akan lebih maju….
Dato’ sri pemimpin yg dihermati dan disayang di proton.. gua dh lihat dan dengar sendiri.. dia sangat mengutamakan kebajikan pekerja dan no kroni..
peduli la……siapa2 pun masuk sama je….proton tetap masih seperti yg dulu, asik minta belaskasihan kerajaan dan rakyat jadi mangsa……kalau tak dah lama jadi kilang besi buruk..
tukar vendor ….bru bersaing… ni vendor yg sama tu masalah keta bnyak
x yah beli proton.aku dah serik…..lg2 pusat servis potong macam sial…masalah aku setel lepah wat kat luar.dah la bayaran mahal.wat keje sambil lewa plak tu.kete aku bru je 2 thun tp mmg x de kualiti.nyesal
semoga yang terbaik untuk Datuk Seri Syed Zainal . You rock
Tukar pi le sapa pun….harga kereta Malaysia untuk rakyat sendiri tetap mahal….
proton baru /management semua ni cabaran untuk Malaysia jika masih berbalik pada quality seperti dulu baik henti saja pembinaan kereta nasional. Macam Thailand just sebagai tempat pembinaan dapat untung dengan penyediaan kilang2 pembinaan/proses kereta.Harga dpt murah pulak tu sebab cukai dihapuskan.
Nak dapat kereta yang berteknology tinggi dgn harga yang berpatutan beli saja hybrid honda.Tiada ragu2 memakai.
pastikan pengganti syed zainal lagi yang terbaik..masalah orang kutuk proton x de lagi…he..he..