Bola Sepak Malaysia rasanya dah hilang serinya. Saya sendiri dah lama betul tak layan bola sepak Malaysia. Tau-tau, pasukan sekian-sekian yang menang Liga Super dan Piala Malaysia. Saya tengok pengurusan FAM kelam kabut jadiknya. Sampai pemain dan jurulatih naik pening untuk mengikuti polisi yang acap kali bertukar. Banyak sangat “tangan-tangan politik” yang menganggu perjalanan FAM itu sendiri dalam merencana dan membangunkan perjalanan bola sepak Malaysia. Sekejap profesional, sekejap lagi semi-pro.
Ingat lagi awal-awal musim baru tahun ini. Tiada lagi pemain import!! Bincang baik buruknya. Sudahnya? Takde importlah untuk musim ini. Macam tu jugaklah. Makin baik? Tak. So adakah pemain mport diperlukan? Makin buruk pon tak jugak, sama jer. Sejak syarikat rokok tidak lagi menaja Liga Malaysia, beberapa pasukan bola sepak negeri telah “gulung tikar” dek kerana masalah kewangan. Itu belum dimasukkan lagi dengan kelewatan membayar gaji pemain.
Saya cukup menyokong dengan cadangan ini. Barula bernafas sumber kewangan dan kantung FAM. Bertahun-tahun sesak nafas sehingga hampir-hampir bangkrap. Kita pun tahu FAM tidak mampu untuk menggalas tugas untuk menyelenggarakan perjalanan bola sepak Malaysia dengan sumber kewangan yang terhad.
Mungkin melihat senario bola sepak Malaysia yang berlaku hari ini, menyebabkan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar merangkap Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), supaya kerajaan Malaysia mengkaji semula tindakan sebelum ini yang mengharamkan syarikat rokok menaja aktiviti sukan di negara kita. Semua orang tahu, gergasi syarikat rokok sangat-sangat kaya. Tidak kisah daripada seorang yang bergelar petani, penoreh getah, pegawai bank, guru sehinggalah ke ahli perniagaan. Kebanyakannya menyumbang kepada keuntungan besar syarikat-syarikat rokok.
Raja Ahmad mengatakan langkah drastik itu perlu diberikan pertimbangan bagi menyelamatkan persatuan-persatuan bola sepak negeri yang menghadapi masalah kewangan. Sebenarnya selama ini pun, persatuan bola sepak negeri banyak menampung beban kewangan mereka berdasarkan kutipan tiket yang mereka perolehi. Berapa sangatla yang mereka boleh dapat? Kalau menang besar, ramailah penyokong yang akan datang selepas itu. Begitulah…….
Samada negara kita mengalami kegawatan ekonomi, harga rokok dinaikkan, perokok tidak mengambil pusing pun sebenarnya. Kempen berhenti merokok yang bernilai jutaan ringgit pun menemui titik kegagalan juga akhirnya. Kalau perokok ini mengeluh pun dengan kenaikan harga rokok, hanya untuk tempoh yang singkat sahaja. Lepas itu ok balik. Taikun-taikun rokok pula dok “goyang kaki” sambil menggulung rokok untuk perokok tegar kita.
Semenjak syarikat Dunhill tidak menaja mana-mana aktitiviti sukan negara, bilangan perokok tidak berkurang pun sebenarnya. Kalau mereka yang mana dikalangan pemain bolasepak, pengadil dan jurulatih, mesti mereka akan setuju dengan cadangan menarik syarikat rokok untuk menaja semula bola sepak Malaysia. Sebab ini melibatkan periuk nasi mereka. Pada saya sendiri, Raja Ahmad bercakap dan memberikan cadangan bersandarkan fakta dan realiti yang berlaku pada hari ini terutamanya masalah Bola Sepak Malaysia.
Cuma diharapkan, keputusan FAM mestilah konsisten. Jangan jadi liplap pula. Tup-tup 5 tahun akan datang mereka tidak mahu syarikat rokok menaja bola sepak Malaysia. Jangan hanya tangkap muat sahaja apabila membuat sebarang cadangan dan polisi. Majulah sukan bola sepak untuk Malaysia. Yosh..
P/S : Teringat lagi dulu iklan saleem, mesti buat shooting tempat bersalji, naik ski la. Iklan Dunhill pula dengan moto popularnya gaya, mutu, keunggulan. Tapi dok tayang pakaian, tali pinggang dan perfume semata.








{ 24 comments… read them below or add one }
uik Master-G, bukan ‘gaya, mutu, keunggulan’ perillys ker huhu..
pe2 pun setuju dgn cadangan penulis supaya syarikat rokok kembali menaja liga bola sepak malaysia. ape slhnya kasi dorng menaja klu rokok pun leh kasi jual kan.. tgk pemain malaysia skrng bukan xmo main betul, tp da gaji xdpt mane nk main.. dorng pun ade anak bini nk kasi makan.. wt pe main teruk2 klu gaji xdpt..
FAM pula xabis2 dgn dipolitikkan.. patut tukar keseluruhan pucuk pimpinan senang..
JohnJimat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
ya setuju, syarikat rokok atau senang cakap syarikat-syarikat gergasi kat malaysia ni menaja apa-apa projek atau sukan seperti liga malaysia ni… kalau diorang tak tolong sape lagi nak bangunkan negara sendiri?….
orang kita patut tolong sesama kita… nonon(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
yup betul tu, klu setakat haramkan syarikat rokok jd penaja bek haramkan terus penjualan rokok.. sesuatu yg tidak masuk dek akal ape yg FAM lakukan..
JohnJimat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
klau tu je cara yang tinggal terima jelah.. daripada bekubur bola sepak malaysia. banyak lagi syarikat lain yang kaya-raya petronas contohnya tapi diorang lebih minat nak taja F1, memang munasabah lagi pun..
pape pun kelab/negeri patut had kan gaji pemain, jangan melampau.. baru bleh konsistenkan bayaran.. walau apa pun kerajaan patut tolong lah jangan terus nak swastakan bola negara, kalu F1 bleh buat bola cmane? izzat aziz(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
url kat nama dah tak berfungsi.. ni yg baru. izzat aziz(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
sekarang dh tiada apa nak dihairankan..daripada banyak pasukan tarik diri dalam liga M, pembayaran gaji pemain lewat..jadi pada pendapat aku, tak salah kalau rokok kembali menaja dalam Liga M..kan??
danzaimar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
John, FAM makin terdesak..soal prestasi pemain tak payah citerla..sekarang ni masalah kewangan yang meruncing..huhuhu..takkan FAM sanggup nak bayar semua gaji pemain liga M??
danzaimar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
ni semua pelaburan…bukan tajaan semata-mata..kalau pelaburan yang dibuat tiada pulangan lumayan, takkan ade yang nak melabur kan??tul tak??
danzaimar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
dari satu segi nampak cam sokong syarikat rokok tu jual benda haram + jilat ludah sendiri..ye la, dah wat keputusan tapi x tetap.. :merajuk
tapi, dari satu segi lain, xda jalan lain wat masa ni..pemain bola sepak pun nak makan. kena ada gaji.. penonton kita x minat nak tengok bola kalau selalu sangat kalah..
zualliz(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
mungkin FAM patut fikirkan cara untuk tambah dana/cari dana tambahan ngan ajak syarikat rokok taja bola sepak buat masa sekarang terlebih dulu..
Suka @ Tidak
0
0
tengok Myteam, khairy bawak amsuk
Pak Awang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
last-last jahanam, banyak sangat politik yang kacau
daripaad ke petronas, sampaila…ke bahagian sukan
tak ker naya pemain n jurulatih
sampai ke sudah, boleh sepak kita tak kemana
Suka @ Tidak
0
0
Kalau nak tarik penaja lain tak de masalahnya
Pak Awang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
agi bagus daripaad mengharapkan syarikat bola semata
tapi masalahnya, ada ke yang sanggup
belanja mengurus bola sepak negara
bukannya belanja sikit-sikit
Suka @ Tidak
0
0
mereka ini kalau nak menaja, nak kena tengok pulangan poket sendiri gak, kemajuan negara no 2
Pak Awang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
last2 F1 tu rugi juga
sampi ke sudah negara kita memang banyak masalah kalau tang meniaga
rugi sahaja memanjang
Suka @ Tidak
0
0
kalau ada jer campur tangan politik, memang bola sepak kita tak boleh berkembang maju…walaupun yang memimpin bola sepak tu orang politik, jangan lah dicampur adukkan dengan bola sepak… nonon(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
hanya syarikat besar je atau yang dah jadi gergasi je boleh menaja bola sepak ni. takkan lah nak harapkan syarikat kecik-kecik menaja. lingkup lah diorang kalau taja bola sepak. nonon(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
ya, yang menaja pun tengok keuntungan gak, tapi kalau betul-betul karajaan support, bola sepak kita boleh pergi jauh…sampai piala dunia pun boleh.. nonon(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
tiga orang voter tak setuju syarikat rokok menaja bola sepak tu sape la ek?hehe…actually nak tahu kenapa diorang tak setuju..erm, sape yang vote tu jawab eh…saya tunggu nonon(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
politik dalam bolasepak harus diketepikan..bukan apa…kadang-kadang ini yang menyebabkan jatuhnya sesebuah pasukan bolasepak itu..hum.. danzaimar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
betul tu nonon….syarikat gergasi yang bermodal besar layak untuk menaja dan melabur dalam sukan bola sepak ni..kalau syarikat kecik, takut tak termampu..habis gulung tikar..huhuhu
danzaimar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
betul..yang penting Return of investment (ROI)..sapela yang nak rugi bile melabur??kalao nak rugi, baik invest kt skim cepat kaya..huhuhuh
danzaimar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
memang betul lah kos untuk menampung sesebuah kelab bolasepak ni memang tinggi biasanya yang banyak duit tu lah yang boleh pegi jauh boleh beli pemain itu ini tapi tahap permainan pun nak kena maju jgk lau dah taja mahal2 pastu duduk tangga bawah sapa yang sanggup nak taja lagi…
oneman(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
~hem..kalu dh xda penaja sgt kna trimala syarikat rokok2..penaja2 len xnk join ke bntu industri sukan tanah air?
nur ash(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
macam mana x gulung tikar,tengok sendiri penyokong yang datang ke stadium.separuh pun tak sampai.macam aman nak bayar gaji pemain.huhuhuhu.. fadli(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
rokok x boleh taja, tapi sports toto yg terang2 haram disisi islam bleh plak errrr…. :roll: wgy5697(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Aku setuju benar klu liga kita ni di sponsor semula oleh syarikat gergasi cam Dunhill.Ini kerana kebayakan pasukan dlm liga malaysia ni terlalu berharap dgn geran yg diberikan fam dan penaja…klu nak harapkan kutipan tiket berapalah sgt…jika syarikat gergasi ni sponsor liga kita kompom pasukan dlm liga malaysia ni dpt menarik pemain import yg terbaik utk beraksi dlm liga kita berdasarkan kemampuan yg diperolehi….aku bkn nya sokong syarikat rokok nak sponsor liga kita tapi klu itu yg terbaik utk liga kita..rakyat malaysia boleh terima…bayangkanlah klu pemain import yg terbaik beraksi dlm liga kita kompom stadium kta dipenuhi penyokong..insyallah…..majulah Sukan utk negara…
http://malaysialeague.esq2u.com/
nazrin(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
nazrin menulis artikel blog ..Juara Piala FA rebah
Suka @ Tidak
1
0