Tahniah diucapkan kepada muka-muka baru dan kembali semula dalam pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Muka-muka lama masih lagi dikekalkan dalam masa bola sepak Malaysia masih dalam keadaan ada turut naiknya. Apa yang lebih pentingnya di sini dalam mengabungkan muka lama dan muka baru, apa impak yang barisan kepimpinan FAM baru ini boleh berikan untuk mengangkat semula bola sepak Malaysia?
SHAH ALAM, 31 Julai – Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kembali ke pangkuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden bersama Tan Sri Annuar Musa, pada pemilihan barisan kepimpinan badan induk bolasepak negara bagi penggal 2010/2014.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatan presiden yang disandang baginda sejak 1984, apabila menang tanpa bertanding selepas pencalonan ditutup 18 Julai lalu. BERNAMA
PENTADBIRAN & JAWATANKUASA FAM YANG TERBARU :
Presiden FAM : Sultan Ahmad Shah
Timbalan Presiden FAM : Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah & Tan Sri Annuar Musa
Naib Presiden FAM : Datuk Afandi Hamzah & Datuk Subahan Kamal
Setiausaha Agung FAM : YH Lt Jen Dato’ Azzuddin Ahmad
Bendahari : Ybhg Tan Sri Dato’ Seri Mohamad Noor Bin Abdul Rahim
Ahli Majlis FAM :
- Datuk Takiyuddin Hassan
- Datuk Astaman Abdul Aziz
- Mejar Rani Abdul Rahim
- S.Sivasundram
- Dr Hamdan Mohamed Khalib
- Datuk Osman Salleh
- Rosmadi Ismail
- Datuk Jeffery Low Han Chau
Harap jangan sampai keluar ungkapan “Pi mai , Pi mai Tang Tu” juga kepada nasib bola sepak tanah air. Harap pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru tidak hanya panaskan kerusi masing-masing, jalankan tanggungjawab dengan sebaik setelah kepercayaan diberikan. Itu sahaja harapan peminat bola sepak tanahair yang masih terus dahagakan kejayaan yang betul-betul bermakna untuk bola sepak Malaysia dan mereka masih lagi yakin Malaysia mampu bangkit semula suatu hari ini.
P/S : Walauapapun, suka atau tidak untuk pembangunan sukan sebenarnya memerlukan tatatadbir yang tersusun (good governance).


{ 15 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Sultan Ahmad Shah cepat2 la bersara..klu dia duk pegang, sampai bila pun tak naik2 industri bola negara.
sudah la,
stakat isi borang tuk calon senang la depa ni, cuba test skill bola sepak diorang ni sblm dicalonkan..baru adil & sesuai dgn sukan yg dia nak pimpim..
Setuju sesangat ngan komen awak tu…..pi mai pi mai duk tang tu jugak…macam tak der orang lain yang layak….sampai bebila pun tahap bola sepak kita duk setakat tu jugaklah nampak nyer…
yup…
diorang kat FAM berani ker nk mencabar kerusi presiden FAM….sumer yer penakot aku jamin,,,, :gelak
letaklah jawatan, ganti yang lebih layak. Bekas bekas pemain kebangsaan semasa zaman kegemilangan Malaysia Team dulu. Polo Team adalah terbaik untuk Tuanku.
Pandai tendang bola atau tak pandai,…yang penting kemampuan mentadbir/mengurus…janganlah buat lebel negatif dulu. TUNGGU DAN LIHAT!!
Aku membantah sekeras-kerasnya pendapat korang (asray, ManTateh & Sexy Girl)…berbomoh handalan dari mana sehingga masa depan bola sepak negara seakan-akan dah konfom takakan naik2…??
mcm maner nak maju coz:portugal go! brazil go! england go ! italy go! MALAYSIA oh NO NO! ! !
semua jawatan kat FAM mesti dipegang bekas pemain bola sepak, baru pentadbiran berjaya, ni ahli politik yg pegang, x tau apa ke benda pasal bola, pengerusi pun kena tukaq, bru maju bola sepak malaysia
Setuju BRO.
Bukan aku tak setuju dengan pendapat korang,tapi korang perlu tau baginda Sultan Pahang sebenarnya banyak berjasa dan menyumbang kepada FAM. Untuk yang belum mengetahui,FAM tidak boleh mendapat geran atau bantuan kewangan dari kerajaan. Maka Sultan Pahang selama inilah individu yang menarik penajaan dan kewangan dalam FAM (mungkin menggunakan kedudukan baginda). Kalau tak,dah lama FAM bangkrap!!
Selain sumbangan kewangan,jasa tuanku sultan memang banyak sekali contohnya baginda menggunakan kedudukan baginda sebagai kolonel kehormat TUDM. Sebab itulah,kita lihat skuad bola sepak negara senang2 jer selalu naik pesawat kargo TUDM(charlie)..
Bagi yang mengatakan perlu memilih pemimpin FAM yang mempunyai pengalaman dalm bermain,umum perlu tahu baginda sultan seorang pemain bola yang agak baik ketika muda. Perlulah diingat bola juga mempunyai pasang surutnya sebagaimana skrg. Justeru jangan melihat kedudukan teruk skuad FAM sekarang kerana tuanku sultan kerana baginda pernah membawa FAM ke kemuncaknya suatu ketika dulu. Malah kejayaan baginda tuanku membawa AFC ke malaysia,mempunyai banyak manfaat.
Saya bukan ingin membela sultan. Tetapi jika kita benar2 inginkan perubahan dalam pemimpin,fikirkanlah bahawa mereka itu adalah mereka yang mempunyai pengaruh lebih2 lagi kewangan utk memastikan FAM terus ‘hidup’. Jangan yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.
saya sokong 100% ulasan saudara yang bernas ini.teruskanla menyokong pimpinan presiden sultan memajukan bolasepak kita.
Jangan salahkan sesiapa dalam hal kemerosotan bolasepak negara.. terutamanya FAM. Industri bolasepak negara tidak hanya memerlukan ‘political and financial wills’ yang tinggi yang telah ditunjukkan oleh FAM dan KDYMM Tuanku, kita juga memerlukan ‘pengorbanan rakyat’ untuk mengubah budaya/cara hidup agar setiap rakyat mempunyai tahap jati diri yang mantap, kekuatan fizikal yang mapan dan tahap disiplin yang tidak goyah. Ia perlu diterap dari peringkat kanak-kanak lagi.. dari semua aspek pemakanan, tumbesaran, pendidikan sains sukan, pengetahuan teknikal bolasepak, disiplin dan semangat kenegaraan. Semuanya mesti berjalan seiring dan perlu dimulakan dari peringkat kanak-kanak lagi. Barulah NANTI negara/FAM dapat memilih 22 pemain negara yang berkualiti tinggi dan berbakat besar yang boleh digarap dari beberapa juta pemain bolasepak dari seluruh negara.. mungkin anak anda salah seorang darinya.
Persoalannya. Sanggupkah anda ibubapa MENGORBANKAN wang ringgit, masa, dan ‘perseverence (istiqamah)’ bagi memastikan anak-anak anda mencapai kualiti seorang pemain bolasepak bertaraf dunia? Seperti yang telah dicapai oleh Korea, Jepun dan Mexico?
Cermin diri.. muhasabah diri.. adakah anda telah melakukan apa yang sepatutnya anda korbankan? Atau anda marah sebab anda sebenarnya kecewa dengan sikap anda sendiri yang tidak mampu menyumbang apa-apa sehingga tidak lagi dapat bersorak bangga? Ingatlah.. tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Berkorbanlah sekiranya anda mahu kembali bersorak bangga!