BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Sultan Ibrahim Minta Ganti Tambak Johor!!

by Staff Berita Semasa on June 27, 2010

in Berita Malaysia

Dengan kerajaan Singapore jangan diberikan muka. Apabila diberikan peluang dipijaknya muka kita. Bagi betis nak peha. Singapore memang bijak dan pandai mengambil kesempatan ke atas Malaysia. Semua perjanjian yang melibatkan antara kerajaan Malaysia dan Singapore, pastinya Singapore akan memastikan mereka akan dapat tempias mahupun “hujan lebat”.

Kalau Singapore tidak “menang”, taubat mereka takkan setuju punya. Contohnya isu Tambak Johor terus menjadi tuntutan yang sampai sekarang belum menjadi realitinya….Kejap jadi, kejap dikekalkan, kejap bakal dirobohkan, kejap lagi dikekalkan + akan dipertingkatkan lagi kemudahannya….kesimpulannya FLIP FLOP. Dan…akhirnya Singapore terus tersenyum…

JOHOR BAHRU 26 JUN 2010: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail mahu Kerajaan Pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang pembinaannya dibatalkan pada 2006. Sultan Ibrahim bertitah Tambak Johor amat penting kepada rakyat malah institusi kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf  Tambak Johor.

“Jika disingkap sejak dahulu, tidak dinafikan bahawa Tambak Johor adalah amat penting kepada rakyat. Berdasarkan kepada kepentingan Tambak Johor kepada rakyat, maka keluarga saya sejak zaman moyang Almarhum Sultan Ibrahim sehingga ayahanda saya, Almarhum Sultan Iskandar sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf  Tambak Johor,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda berharap lebih banyak projek kerajaan diberikan kepada kontraktor Bumiputera di negeri ini kerana kemampuan mereka terbukti dalam membangunkan projek mega. – BERNAMA

Walaubagaiamanapun, saya kurang pasti tentang hasrat Sultan Johor samada ia berkenaan pembinaan semula jambatan bengkok atau mahu Tambak Johor dirobohkan secara keseluruhannya? Harap Sultan Johor terus konsisten dan terus-terusan mengingatkan kerajaan Malaysia sehingga ia menjadi realiti dan bukannya impian semata. Apa respon Perdana Menteri Malaysia mengenai tuntutan Sultan Ibrahim terhadap isu Tambak Johor kali ini?

KUANTAN 26 JUN 2010: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. BERNAMA

Asalnya dulu, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Gelang Patah Johor ini merupakan destinasi akhir bagi penyambung antara Singapura ke negara Malaysia (negeri Johor) sejauh 1.5 km. Tetapi itu rancangan dulu…sekarang dah jadi arkib dah bersama-sama dengan kerugian sebanyak RM222.4 juta untuk pembayaran pampasan  berikutan keputusan kerajaan di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 12 April 2006 untuk menamatkan pakej pembinaan jambatan bengkok. Kos asal jambatan bengkok + jambatan keretapi ini adalah sekitar RM1.113 billion. Atas sebab inilah Tun Mahathir mula “mengamuk” dan mencetuskan konflik antara Mahathir dan Pak Lah sehingga melarat bertahun-tahun lamanya. Sedangkan SECOND LINK link pun dah jadi separuh gajah putih.

Sekarang ini pun, orang Singapore yang boleh beli rumah RM500,00 ke atas. Apa mereka susah ker? Mereka mampu……Itu sebabnya rumah-rumah mewah di sekitar Leisure Farm,  Impian Emas, Casa Almyra, Aman Larkin ramai orang Singapore boleh beli. Orang tempatan Johor khususnya? Kebanyakannya……Nganga, telan air liur saja disebabkan tak ramai orang Johor mampu beli. Begitu juga di Wilayah Pembangunan Iskandar. Singapore juga yang banyak “membantu”. Janji masyuk….

JOHOR BAHARU, 24 Nov 2008 (Bernama) — Sultan Johor Sultan Mahmud Iskandar Sabtu meminta Tambak Johor dibuka, atau dalam bahasa Johor dirobohkan, bagi memberi laluan kepada kapal-kapal menyeberangi Selat Tebrau, yang memisahkan Johor dan Singapura. Baginda bertitah kewujudan tambak yang dibina penjajah Inggeris itu, kini menghalang kapal-kapal daripada melalui Selat Tebrau, yang menyebabkan Johor sering menerima kutukan.

“Tu causeway tu (Tambak Johor) bukakan, baru negeri Johor ini maju,” titah baginda semasa merasmikan projek Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) di Teluk Danga

Tambak Johor sepanjang 3,465 kaki (1,050 meter) dari Johor Baharu ke Singapura, dibina pada tahun 1920 dengan keseluruhan strukturnya berukuran 60 kaki lebar (18.18 meter) dan menampung dua landasan keretapi serta jalan raya selebar 26 kaki (7.87 meter). Ia juga membawa pair air dari Johor ke Singapura dan sebaliknya serta kabel komunikasi.

Sebelum Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan pertemuan em[at mata dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang berlaku pada Mei Tahun lepas (2009)

SINGAPURA  21 Mei 2009 - Akhirnya, Tambak Johor akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada jambatan baru apabila diperlukan. Namun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tiada tempoh ditetapkan untuk melaksanakannya dan itupun selepas satu kajian menyeluruh dilakukan terhadap keperluan mempunyai jambatan baru tersebut.

Perdana Menteri Malaysia berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan akhbar Singapura, The Straits Times yang diterbitkan di sini hari ini. Isu pembinaan jambatan baru  samada jambatan bengkok ke, lurus ke, atas tanah atau bawah tanah bagi menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura akan turut disentuh dalam pertemuan Najib dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, esok.

Dan..keputusannya selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Singapore, lain yang diminta lain yang dapat....Ini reaksi Datuk Seri Najib Razak

SINGAPURA 22 Mei 2009 - Kerajaan Singapura kekal berkeras tidak mahu Tambak Johor dirobohkan kerana ia tidak melihat sebarang justifikasi merobohkannya dan kos membina jambatan baru di situ melibatkan perbelanjaan yang terlalu besar.

Namun, republik itu bersedia untuk menimbang cadangan Malaysia untuk membina jambatan ketiga, yang bakal menghubungkan negara pulau itu dengan kawasan di timur Johor, khususnya di Pengerang dan Desaru, sebagai usaha meningkatkan lagi pergerakan rakyat, barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara.

23 MEI 2010 - "Kita perlu faham bahawa kita memerlukan persetujuan dan kerjasama Singapura untuk menggantikan Tambak."

Menjawab soalan sama ada projek jambatan bengkok atau lurus bagi satu hari nanti menggantikan Tambak Johor masih relevan, Najib menegaskan, cadangan tersebut tidak lagi dirundingkan ekoran keengganan kerajaan Singapura.

"Kita ada masalah (menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baru) kerana mengikut perjanjian, kita perlu mendapatkan persetujuan daripada Singapura, kita tidak boleh buat secara unilateral (satu hala). UTUSAN MALAYSIA

Kenapa perlu kita perlu mengambil berat dan kepentingan Singapore semata? Dan sebab itu hasrat rakyat Malaysia terus ikuburkan begitu sahaja?  Malaysia memerlukan kebenaran Singapore untuk merobohkan Tambak Johor. Betul ker? Kalau begitu sampai bila isu Tambak Johor bakal selesai? Nak berunding dengan pemimpin Singapore memerlukan pemimpin yang ada berani, berpendirian dan tidak mudah tunduk dengan desakan antarabangsa dan dipermainkan.

Jangan dilupa juga soal paip air menjadi isu sensitif, yang mana Paip Air itu tidak boleh diubah, diusik dan diapa-apakan selagi ada bulan dan bintang, begitulah bunyi metaforanya yang begitu kuat dan sesuai bagi perjanjian yang telah dibuat dahulu oleh Singapura dengan Kerajaan Negeri Johor. Jadi, isu paip air adalah benda yang perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak dan ianya amat sensitif untuk Singapura. Jadi bagaimana kedudukan paip air ini kelak andai kata Jambatan Bengkok ini berjaya dibina ?

Begitu juga soal Rel KTM Sinaran Malam yang beroperasi setiap hari dari KL Sentral ke Tanjong Pagar di Singapura. Bagaimana dengan nasib Rel tersebut kelak andaikata Jambatan Bengkok dibina ?

Apa alasan Perdana Menteri Singapore pada masa itu kerana tidak bersetuju merobohkan Tambak Johor?

Perobohan Tambak Johor, termasuk termasuk kos membersih sisa robohan dan pembinaan semula akan menelan belanja yang besar. Tetapi disebaliknya?

Singapore tidak pernah menghargai jasa Malaysia dan kini masih belum bersetuju hasrat rakyat Malaysia supaya Tambak Johor dirobohkan dan digantikan dengan yang baru.....

Tambak Johor menyeberangi Selat Tebrau telah dibina oleh penjajah British untuk mengangkut sumber-sumber asli dari Malaya ke pelabuhan Singapura untuk dieksport dan keperluan industri British dan Eropah yang sedang maju pada masa itu. Sekian lama Tambak Johor ini telah membantu dan memajukan Singapura dan terus-terusan mengkayakan Singapore sehingga ke hari ini.

Samada jambatan bengkok (Ilham Tun Dr Mahathir) dibina ataupun Tambak Johor dirobohkan secara keseluruhannya,sebenarnya manfaatnya bukan sahaja dinimati oleh Malaysia malah turut Singapura :

  1. Luas Selat Tebrau ni hampir 1.5km(Malaysia dan Singapura) dan Selat Tebrau juga adalah cetek dan tidak sesuai untuk laluan kapal-kapal dagang. Setakat bot nelayan, InsyaALLAH tiada masalah.
  2. Alasan Jambatan Bengkok ini dibina untuk memudahkan laluan kapal-kapal dagang ke Laut China Selatan adalah mustahil dan tidak masuk akal disebabkan Selat tebrau adalah cetek dek kerana enapan lumpur. Apabila Tambak  Johor dibuang, sekurang-kurangnya kedalaman akan bertambah secara semula jadi
  3. Jambatan bengkok lebih kepada menyelesaikan masalah alam sekitar, yakni membolehkan pengaliran air antara Selat Melaka dan Laut China Selatan disebabkan selama ini air bertakung sehingga menimbulkan rasa bimbang terhadap kesihatan di negeri Johor terutamanya.
  4. Mempunyai ketinggian 25 meter dari tanah akan membolehkan bot serta kapal kecil belayar dari Timur dan Barat Selat Tebrau
  5. Menyelesaikan masalah trafik yang tak terkawal terutamanya di CIQ lebih-lebih lagi pada hujung minggu
  6. Mewujudkan sebuah sistem pelabuhan yang menyeluruh untuk mengaitkan Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas
  7. Saliran air laut di selat tebrau dan seterusnya membolehkan pencemaran yang berlaku selama ini dikurangkan. Pantai di kedua belah pihak akan menjadi lebih bersih dan dapat dimajukan sebagai tempat rekreasi.
  8. Bantuan perairan dapat diberikan dengan lebih berkesan apabila Tambak Johor dihapuskan dengan adanya laluan terus di ke dua-dua belah tambak sekiranya berlaku apa-apa kecemasan di Selat Tebrau.

Kesimpulannya, sebab-sebab Tambak Johor dimusnahkan untuk tujuan pembinaan jambatan yang lain bukanlah  seperti yang difikirkan oleh pemimpin Singapore  kononnya untuk menandingi pelabuhan mereka kerana jambatan yang bakal dibina pun tidaklah tinggi dan laluan sempit di Selat Tebrau memang sama sekali tidak sesuai untuk laluan kapal-kapal dagang tetapi lebih kepada membantu untuk laluan kapal-kapal kecil untuk menghubungkan antara pelabuhan Pasir Gudang dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Dan...yang paling penting sekali, jambatan baru ini nanti (jikalau menjadi realiti) amat penting sebagai perhubungan baru antara 2 negara bagi pergerakan harian beribu-ribu kenderaan yang saling "kunjung-mengunjungi" antara satu sama lain tetapi disebabkan pemimpin Singapore keras kepala dan kurang semangat kejiranannya, impian ini terus menjadi angan-angan. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia masih menaruh harapan.......................

[poll id="99"]


{ 10 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Anak Malaya June 28, 2010 at 9:42 am

Itu memang menjadi budaya warga Singapore dan pemimpin2 mereka yang penuh licik memainkan peranan dan sandiwara Phua Chu Kang mereka sejak sebelum merdeka hingga sekarang. Apa yang penting mereka mesti menang dan mendahului pesaing atau lebih tepat – musuh2 dan jiran2 mereka negara Islam sekeliling mereka. Istilah ‘win-win situation hanyalah menampakkan kepura-puraan semata-mata bagi mereka itu hanyalah retorik.
Lihatlah – mereka menjadi maju adalah kerana untuk meneruskan dasar kapitalis barat yang mahu melihat negara Islam sekeliling dilihat daif, hina dan kecil berbanding Singapore. Lebih2 lagi mereka dipercayai memperjuangkan natijah Yahudi Zionis dan Imperialis Amerika dibumi Melayu.
Atas semangat inilah mereka kelihatan semakin paranoid dengan negara2 jiran Islam disekelilingnya. Bagi mereka Islam adalah ancaman kepada kesetabilan dan kemakmuran mereka sama seperti sikap Israel dan Amerika terhadap negara Islam di Asia Barat. Negara2 Islam jika tidak dapat dikuasai sekurang2 nya perlu ‘dimundurkan’ walau apa cara sekalipun hingga kepada kaedah yang sukar dijangka akal, sehinggalah negara2 Islam tadi melutut atau takut ‘melawan’.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Mat Tanjung Puteri June 28, 2010 at 9:52 am

Kebijaksanaan dalam mengatur dan mengurus dalam perhubungan antara negara ini pertama sekali adalah diperlukan kebijaksanaan dan kedua keberanian ketiga kebolehpercayaan.
Paling utama adalah pemimpin dalam mengatur dan menguruskan negeri atau negera itu perlulah orang benar-benar mempunyai intergeriti tak mudah diperdaya atau ditipudaya atau lemah iman, krana apajua kemungkinan boleh terjadi, masakan negeri kita boleh terlepas kepada orang lain.

Dalam isu membina jambatan menggantikan tambak Johor ini kita perlu kembali sejarah dan kedaulatan yang kuat iaitu kesultanan Johor diatas penguasaan Singapura dan tambak Johor dengan kerajaan Johor dibawah kuasa pentadbiran Sultan Johor dan hubungan dan kekuasaan kepada pulau Singapura itu.Segala dokumentasi itu perlulah didedahkan kepengetahuan kesemua rakyat melalui akbar dan sebagainya sebagai sejarah hubungan kerajaan Johor dan Singapura.

Kita juga perlu lihat apakah sebabnya Singapura beriya-iya ingin mengambil dan membangunkan tanah KTM ini, kerana ia mempunyai nilai sejarah yang besar kepada negara tersebut untuk menghakis terus nilai tersebut dari sejarah negara mereka .Apakah kesan nya kepada negara kita apabila kita bersetuju dengan cadangan membangun bersama satu station baru di Bukit Timah atau sebagainya dengan secara usaha sama pegangan saham 60-40 itu, secara jangka panjang siapa yang untung. Sepatutnya kita yang selayaknya membangunkan bangunan yang bersifat komesial di station Tanjung Pagar tempat yang masih kita kuasai itu sementara membangunkan sistem komuter atau LRT yang lebih maju serta akan menguntungkan kita.

Mengenai merobohkan tambak Johor juga kita perlu bijak berdiplomasi yang mana tujuan kita semata-mata adalah untuk kepentingan alam sekitar yang mana tambak Johor airnya begitu tecemar, dengan laluan air ditambak johor ini akan menyebabkan meningkatkan arus di selat teberau lama-lama kelamaan akan mendalamkan laluan selat teberau tersebut, untuk jangka panjang ia kan menguntungkan Kerajaan Malaysia walaupun akan melibatkan kos yang tinggi.
Kita juga boleh mencadangkan satu laluan sehala bagi kapal dagang yang boleh menguntungkan kedua-dua negara. Kerana disebabkan laluan kapal di sebelah singapura itu terlalu sibuk.
dan kapal-kapal Jabatan Laut dan alam sekitar sebelum ini perlu membuat pusingan melalui Singapura untuk pergi kebahagian timur negeri Johor bagi mengawal perairan dan maritim laut Johor.

Singapura biasanya bijak menekan kita kenaikan cukai seperti yang berlaku kepada penempatan tentera laut kita di wordland kita pula beralah dengan menurunkan kadar tol dilaluan jambatan link kedua untuk sebagai diplomasi permulaan ini kita boleh alau-alukan tapi diakan datang kita perlu bijak menggunakannya semula sebagai mengambil balik kerugiaan yang kita tanggung selama ini dalam isu harga air.Kerajaan johor juga perlu bijak dalam stragtegi untuk timbal balas bagi mengenakan cukai harta dalam proses jangka panjang boleh menguntungkan kerajaan negeri Johor terhadap rumah-rumah kediaman yang telah dibeli oleh rakyat Singapura.

Walaubagaimanapun saya mencadangkan pihak-pihak yang berunding terlebih dahulu perlu mengatur serta mengadakan bengkel terlebih dahulu dalam persediaan setiap perbincangan tersebut termasuklah saya cadangkan membuat latihan catur mathematik dalam bengkel tersebut bagi memantapkan daya spekulasi serta imiginasi dalam percaturan dengan negara sedemikian, waullahhualam, wassalam.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Anak Malaya June 28, 2010 at 9:57 am

Jangan beri muka pada Singapore (Singapooorahh).
Mereka itu adalah Zionist dan Imperialist !

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 beejan June 29, 2010 at 5:02 pm

kalo kat asia barat ada satu negara jahat laknatullah namanya israel. kat asia tenggara pun ada negara sebijik macam israel. dipercayai cita² negara ini menjadi negara israel idola mereka..
jadi para rakyat malaysia… BOIKOT SINGAPURA!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Kedai Jersi June 29, 2010 at 10:26 pm

singapura memang banyak tipu helah.. :marah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 nazri July 21, 2010 at 10:18 am

SIA2 NEGERI JOHOR ADE SULTAN YG BERDAULAT DAN LAGI BERKUASA KALAU HANYA TUNDUK KPD ZIONIST KAFIR LAKNAT SINGAPORE ITU..SY XSLHKAN SULTAN DAN KERABAT JOHOR KERANA MBAGINDA JUGA BERKOBAR2 DAN SENTIASA MEMBERIKAN DORONGAN SUPAYA TAMBAK JOHOR DIROBOHKAN..TAPI DIGANGGU OLEH PEMIMPIN KERAJAAN PUSAT YANG BACUL DAN HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI..TOLONGLAH FIKIRKAN MARUAH RAKYAT JOHOR YG SENTIASA DIHINA OLEH LAKNAT SINGAPORE ITU…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 blind man October 15, 2010 at 11:40 am

biasalah negara kecil dikeliling negara2 yng besar…mesti ada rasa
syakwasangka antara kejiranan…
adalah menjadi hak singapore utk menjadikan mereka negara terkuat dari segi pertahanan ( dari segi peralatan )di rantau asean…adalah hak dia utk menjadikan sesiapa saja kawan baik mereka samada israel atau sesiapa saja…dan negara lain tiada hak utk menghalang atau mempersoalkannya….
yang menjadi persoalan yg perlu kita pertikaikan ialah kebodohan pemimpin2 kita….
banyak masalah anatara malaysia dan singapore yg perlu dan belum diselesaikan…tapi dia org buat perjanjian baru…kalau nak cari publisiti utk diri jgn sampai mengadaikan maruah negara…
dah banyak kali kena masih tak serik2 dan beringat…
contohnya hal jembatan menggantikan tambak johor tu masih belum diselesaikan…dia orang dah cuba nak buat perjanjian buat terowong bawah laut pulak..
sultan johor dah cakap supaya gantikan tambak johor tu dengan jambatan..buat lahhhh..tapi pemimpin mlaysia ni macam buat tak dengar jer….dan nampaknya
mereka lebih dengar pendapat pemerintah singapore dari cakap sultan johor sendiri…..
apa hal ni…!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 blind man October 15, 2010 at 11:57 am

samada singapore setuju atau tidak rancangan nak gantikan tambak johor tu dengan jembatan…samada bengkok ker…lurus ker…
itu bukan masalah dia….sebab rancangan Tun mahathir dulu tu dah betul….buat je lah di sebelah malaysia….apa masalah nya…
apa susah nya…duit utk buat jambatan tu bukan keluar dari poket najib atau dolah mat badwi masa dia jadi pm dulu…sultan johor dan rakyat pun dah kata ganti jer tambak tu…..dah setuju….jadi tunggu apa lagi…!
ini bukan masa nak jaga hati org…bukan masa nak cari publisiti dikalangan negara2 lain…atau mungkin ada melibatkan kepentingan diri ?
jadi tunggu apa lagi..!!..air selat tebrau tu makin kotor…sama kotor macam permainan politik pemimpin singapore terhadap malaysia…dan air selat tu makin keruh, sama keruh dan kaburnya kecerdikan pemimpin malaysia dalam berurusan dgn singapore…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 johol November 26, 2010 at 11:26 am

Small country will not be able to survive when the resources depleted…. so they need house in big country… just wait n see.. like PATI don’t let the stay here..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Al Bukhary April 2, 2013 at 11:53 pm

Saya kira luas Selat Tebrau amat sesuai untuk kapal2 dagang dari serata dunia singgah di pelabuhan saya. Cuba baca berapa luas dan kedalaman Terusan Suez di bawah petikan dari Wikipedia. Permasalahan lumpur itu perkara mudah, saya boleh bikin satu lagi Smart Tunnel kat muara Sungai Johor. Terima kasih. Che Det

The Suez Canal (Arabic: ???? ??????? Qan?t al-S?wais) is an artificial sea-level waterway in Egypt, connecting the Mediterranean Sea and the Red Sea. Opened in November 1869 after 10 years of construction work, it allows transportation by water between Europe and Asia without navigation around Africa. The northern terminus is Port Said and the southern terminus is Port Tawfiq at the city of Suez. Ismailia lies on its west bank, 3 km (1.9 mi) from the half-way point.[1]
When first built, the canal was 164 km (102 mi) long and 8 m (26 ft) deep. After multiple enlargements, the canal is 193.30 km (120.11 mi) long, 24 m (79 ft) deep and 205 metres (673 ft) wide as of 2010.[2] It consists of the northern access channel of 22 km (14 mi), the canal itself of 162.25 km (100.82 mi) and the southern access channel of 9 km (5.6 mi).[3]
The canal is single lane with passing places in the “Ballah By-Pass” and the Great Bitter Lake.[4] It contains no locks; seawater flows freely through the canal. In general, the canal north of the Bitter Lakes flows north in winter and south in summer. The current south of the lakes changes with the tide at Suez.[5]
The canal is owned and maintained by the Suez Canal Authority[6] (SCA) of Egypt. Under international treaty, it may be used “in time of war as in time of peace, by every vessel of commerce or of war, without distinction of flag.”[7]

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: