BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Subsidi Kerajaan Berjumlah RM18.92 Billion Tahun 2012 Bagi Barang Kawalan? Wajar Atau Tidak?

by Staff Berita Semasa on January 21, 2012

in Berita Malaysia

Sebenarnya sudah memang tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat di mana-mana kerajaan sekalipun. Dalam erti kata lain juga memberikan sumbangan subsidi kerajaan kepada rakyat.

Apatah lagi, subsidi kerajaan sekarang ini sebenarnya adalah duit rakyat, duit pembayar cukai dan kerajaan menggunakan duit & menguruskannya untuk pulangkan semula dengan menanggung subsidi untuk rakyat.

  • Adakah kerajaan menggunakan duit sendiri untuk memberikan sumbangan subsidi kepada rakyat? Atau…
  • Sebenarnya rakyat yang menggunakan duit sendiri untuk menikmati apa yang dinamakan “subsidi”

Kenyataan & Peringatan Menteri Tentang Tanggung Subsidi Kerajaan Ketika Ini?

Kerajaan dijangka menanggung bebanan subsidi berjumlah RM18.92 billion bagi barang-barang kawalan bersubsidi pada tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak RM17 billion diperuntukkan untuk subsidi bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), RM1.2 bilion (minyak masak), RM567 juta (gula) dan selebihnya untuk tepung gandum.

“Pada tahun 2010, kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM17 billion bagi subsidi tersebut, dan subsidi untuk barang kawalan dijangka terus meningkat tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada 300 penduduk kaum India dan Cina di kawasan Parlimen Bera di sini, Jumaat.

Ismail Sabri berkata peningkatan subsidi itu adalah kerana senario kenaikan harga yang turut berlaku di seluruh dunia ketika ini.

“Antara faktor kenaikan harga barangan itu ialah peningkatan penduduk dunia sebanyak empat peratus sedangkan pengeluaran makanan dunia hanya meningkat sebanyak satu hingga dua peratus sahaja,” katanya.

Selain itu, katanya keadaan cuaca tidak menentu seperti kemarau berpanjangan dan kejadian bencana alam lain menyebabkan pengeluaran barangan makanan terjejas di beberapa negara pengeluar utama. Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa berusaha memastikan rakyat di negara ini tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan.

“Kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan harga barangan keperluan seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak, petrol RON95, diesel dan gas LPG sentiasa terkawal dan stabil,” katanya

Apalah sangat datuk dengan duit subsidi kerajaan itu yang dikatakan datuk sehingga berjumlah RM18.92 billion jika nak dibandingkan dengan :

Mengapa tidak RM18.92 Billion setahun untuk rakyat? Malah bagi kami, sepatutnya pembahagian bantuan kepada rakyat perlu dipertingkatkan lagi. Sesuatu negara tidak boleh rugi dan tidak akan rugi jikalau membantu rakyatnya tetapi negara akan rugi jikalau penyelewangan dan penyalagunaan kuasa dibiarkan terus berleluasa.

Jadi, harapan kamilah supaya Datuk Sabri telah tumpukan atau membantu menggerakkan kerajaan sekarang untuk lebih memfokuskan usaha-usasa untuk mengurangkan sebahagian daripada “beban-beban penyelewengan” yang kami senaraikan seperti di atas tadi yang mana sedang dipikul negara dan rakyat setakat ini. Usah lagi kerap menumpukan & meletakkan masalah selama ini yang dihadapi negara kepada rakyat seperti kami yang menggunakan subsidi kerajaan. Tetapi…..

Tetapi, jikalau kerajaan berjaya menguruskannya masalah – masalah di atas dengan baik, negara bukan sahaja dapat mengurangkan beban hutang Malaysia yang telah mencecah RM437.2 billion iaitu bersama 52.7% KDNK negara, malah kerajaan dapat menyalurkan lebih bantuan bantuan, subsidi dan juga mempunyai lebihan bajet (surplus budget) berbanding bajet defisit yang diumumkan oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet 2012 pada Oktober tahun lalu.

P/S : Kami serahkan bola tangung ini (persoalan-persoalan) ini untuk kerajaan untuk melakukannya dengan sebaik mungkin. Apa pandangan anda kewajaran rakyat mengunapakai subsidi kerajaan walaupun ketika ini negara dibebani dengan hutang yang tinggi?


{ 73 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 hanafi January 21, 2012 at 11:58 am

alah org malaysia klu boleh semua nak free
ingat senang nk urus kerajaan, itu ada yg tak tahu nak berterima kasih
lagi dikutuknya adalah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 El-Musa January 21, 2012 at 12:47 pm

DASAR PEMALAS NO.1 MEMANG CAKAP LEBIH. KAKI KOMPLEN TAK SEDAR SEDAR SAMPAI KE MATI..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 fasha sandha insaf January 21, 2012 at 6:47 pm

harta rakyat kembalikanlah kepada rakyat..bukannya tauke judi…
fasha sandha insaf recently post…mari belajar rahsia senyuman…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 jaya January 22, 2012 at 1:15 pm

tauke judi?? ko tahu kee ni?? saya sokong kerajaan bagi subsidi lebih.. kalau dapat semua bersubsidi.. beli keta proton ka produa pun ada subsidi.. baru la best kerajaan kan.. kalau kerajaan bangkrap di sebab subsidi lagi bagus.. sebab rakyat dah banyak kumpul duit.. kita kan rakyat subsidi.. apa la kisah. satu lagi.. banyak ke duit pembayar cukai ni.. orang cakap duit cukai mereka la apa la.. brapa je orang kena cukai.. kalau yang bisnes tak heran la.. mmg patut kena cukai besar. kalau setakat penjawat awam tu brapa je kena cukai? brapa je cukai diaorang? kerja swasta brapa je makan gaji lebih 3000… kalau di bandingkan brapa banyak minyak di pakai.. rakyat sebenarnya berhutang dengan kerajaan. banyak hutang tu.. belum lagi gas, gula, minyak makan, beras, ayam, daging…. ish.ish.ish.. patut la hidup rakyat malaysia tak berkat.. sebab berhutang…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 onizuka January 22, 2012 at 4:29 pm

abih bro…duit subsidi kerajaan tu duit sape bro..??? duit untung najib buat partime jual burger ker bro…??? dah tentu la duit tu duit pembayar cukai dr rakyat…mmg ptt pon duit tu dikembalikan kpd rakyat…bukan utk kak ros buat beli baju kt luar negara…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 amran jb January 22, 2012 at 8:06 pm

x baik fitnah org dosa besar tuu..mna tau adik cimb dia ksi ker?najib punya gaji ker?najib bkn pkai pun gaji dia semua kan free.kasi lah bini dia shoping beb.beli bju pun mahal2 pun di pertikaikan.x kan nk simpan duit kat gerobok lak..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 ali January 24, 2012 at 9:35 pm

aih.. bro.. banyak lu punya cukai.. lu ni ada bayar cukai ka? cukai apa lu bayar? lu pakai minyak rm1.99 seliter. lu pakai brapa lama dah.. sepatut nya kerjaan bagi subsidi setakat brapa lu bayar. baru adil

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 asddsa January 25, 2012 at 3:27 pm

tiap2 bulan aku gaji aku kena tolak sampai 1000 utk byr cukai, so aku berhak bising2. kurang ajar punya gomen, korang tu bekerja untuk aku, aku bayo gaji ko. aku bukan hamba korang

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 faiz January 21, 2012 at 2:30 pm

@hanafi.. ko ni ni mesti penjilat jubo najib kan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 awg1031 January 21, 2012 at 6:29 pm

memang kalo boleh aku nak sume free..abis ko ingat apa guna rizab luar negara Bank Negara berjumlah 400 lebih bilion tu? sekadar tunjuk malaysia ada duit?? kalo ada duit g bayar la hutang2 negara tu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 amran jb January 22, 2012 at 3:02 pm

mcm bisnes lah beb duit kt dlm simpanan mana leh pakai.itu utk kecemasan..klu org bisnes ada duit simpanan still ambik brg hutang lagi.katalah malaysia kene gempa bumi?tsunami?atau pun bencana?ada kan duit utk cover.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Blog Berita Online January 21, 2012 at 11:14 pm

kami memang berterima kasih pada kerajaan atas bantuan2 yang diberi. tp kalau duit yang sepatutnya menjadi hak samarata rakyat disonglap takkan kami nak duduk diam. jadi tunggul kayu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 amir January 22, 2012 at 4:31 am

18b utk rakyat banyak..tp kalu beza 12b diff dlm pembelian 8×8 kereta perisai taya turki tuh yg dapat beberapa org jaa… x bising ponn..kalu utk rakyat bising la pulak…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 penipu besar January 21, 2012 at 12:12 pm

ini semua cara nak menghalal kenaikan harga baranglah lepas ni
permainan ini rakyat dah tahu, dulu kata tak naik last-last naik gk
yg masuk mengalir dlm poket masing2 tu adil la sgt

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 amran jb January 21, 2012 at 12:17 pm

Klu ada yg ckp mcm bgus pasal kewangan n mengutuk cara takbir kerajaan..Aku cabarlah beb..ckp byk xguna..gunakan modal sendiri buat bisnes dlm masa 2thun kasi 2k jadi 60k..bru aku respek.cermin dlu dh bgus bru leh cite pasal kewangan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 ehjang January 21, 2012 at 12:40 pm

ini bukan soal cabar mencabar tapi mengajak kita berfikir dan menilai sendiri bagaimana mereka yang di atas tu yang kita lantik mereka menjadi pemeimpin kita melakukan tindakan yang mementingkan diri mereka dan tidak kepada kita yang menyokong. kalau kita rasa seperti mereka ini bermakna penyakit tu memang ada dalam diri kita iaitu untuk bertindak sepereti mereka sekiranya kita berada di atas seperti mereka, kalau begitu jadilah hukuman seperti dalam kandang rimau…
ingatlah kita semua akan menuju akhirat kita akan diadili itu (hanya kepada mereka yang mempunyai hati saja.)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 amran jb January 21, 2012 at 3:57 pm

ckp ikut sedap mulut mmg lah.bgi tau aku negara mana yg bebas penyeludupan?singapura??yerlah tu..sdgkan perairan kecik pun org boleh seludup rokok..komplin mgg sng..nk laksanakan..humm…buku jingga lah oren lah..kelabu taik anjing pun ada..tgk kan jea lah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 awg1031 January 21, 2012 at 6:32 pm

duit sendiri ko pny pasal ko nak lingkup bisnes ke x..tapi ni memang duit rakyat..xkesahla rakyat bayar tax ke x, ko payah nak soal..tapi yg pening, mana2 dasar kerajaan pun, semua duit yg digenerate oleh kerajaan adalah duit negara a.k.a duit rakyat..bukan duit mak bapak BN dan tali barut..duit kerajaan @ duit rakyat xsalah dibelanja utk rakyat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 sepupu menteri punya anak saudara tiri January 21, 2012 at 6:40 pm

Otak karat dan jumud punya orang…dulu, kini dan selamanya…orang baru keluarkan buku jingga, tak laksanakan lagi, dah takut dah…tak matang langsung.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 amran jb January 21, 2012 at 8:01 pm

yea lah tu..bapak penasihat..mak presiden..anak naib presiden????lagi lah kroni..pelik2..nanti menteri pun anak beranak.adoi..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 En. Hanafi January 22, 2012 at 10:06 am

kalo diorang boleh jaga malaysia, biar la…ni yg ko susah2 sgt ni nape? diorg songlap duit ko ke? ke ko yg do songlap duit rakyat?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 yati January 27, 2012 at 8:59 pm

Mereka jadi orang politik pun hasil usaha keras mereka, rakyat yang sokong mereka bukan ikut pintu belakang macam sharizat, ezam, Mashitah, Khir johari dan dan yang seangkatan dengan mereka. Tu yang menteri mentekedarah duit rakyat anak beranak tu apa hal, Yang keluarga menteri dapat dana ke kontrak kerajaan anak beranak tu apa hal. Contoh Mader, Najib, Pak lah dan lain-lain lagi. Kalau nak senarai tak telarat rasanya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 orang awam January 21, 2012 at 9:55 pm

buku jingga sapa yg kuar? dia dulu bukan org kuat kerajaan ker.. dlm kerajaan x mau buat.. luar kerajaan baru bising..cadang yg baik2.. baguslah.. nanti naik balik..hilang semua cadangan tu.. dah terbukti gagal masa dlm kerajaan dulu.. cari org lainlah utk jadi pemimpin pkr…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 Botak Chin January 21, 2012 at 12:28 pm

sebelum PRU mmgle ckp cmtu, ckp mmg sedap
skrang bolehlah cakap nak kena tanggung itu ini
nanti bila kerajaan tak tertanggung lagi, naik juga harga barang
subsidi dikurangkan, harga minyak naik juga lepas pru

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 Gus Dur January 21, 2012 at 1:34 pm

sila gunakan perkataan baru = DISELARASKAN
jgn sebut ‘DINAIKKAN’.
kerajaan sensitif nanti

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 El-Musa January 21, 2012 at 12:45 pm

HARGA BARANG NAIK TAK PERLU BISING. MULUT GATAL!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 buatcucur January 21, 2012 at 1:39 pm

klau membebel pasal subsidi baik jgn urus tuk rakyat bagi kepada orang yang boleh urus… step down… kalau masalah pasal hutang luar mana pelaburan yang kerajaan buat tuk negara..? untung kah rugi… publish kat tv bukan main lagi untung banyak.. ber trillion lion…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 PutarBelit January 21, 2012 at 1:51 pm

Tajuk artikel ni adalah “Subsidi Kerajaan Berjumlah RM18.92 Billion Tahun 2012 Bagi Barang Kawalan? Wajar Atau Tidak?”

Tetapi kandungannya berbeza dengan tajuk artikel. Kalau UPSR ni susah nk dapat A.

Anyway, pendapat saya untuk tajuk artkel ini adalah WAJAR

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 Gus Dur January 21, 2012 at 2:05 pm

artikel salah @ kau yg xpaham sebenarnya?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 En. Hanafi January 21, 2012 at 2:08 pm

dah nama ko pun putar belit, macam mana ko nak paham….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 PutarBelit January 21, 2012 at 3:54 pm

Mestilah saya faham kandungan artikel ni. Sebab tu saya cakap kandungan artikel ni tak sama dengan tajuk artikel.

Pelanggan: Tauke, pendrive ni writing speed laju tak?
Tauke: Ini USB 2.0 maa, mesti laju punya…
Pelanggan: Kasi satu

Tauke takcerdik. Pelanggan pun xcerdik. Tipikal rakyat tak cerdik tapi berlagak pemikiran maju.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 Wak Kang January 21, 2012 at 9:03 pm

Betul …. ramai yg fail.

Bagi Wak, subsidi tersebut memang wajar. Cuma kerajaan kena cari mekanisma yang lebih baik agar subsidi tersebut tidak “dirompak” oleh penyeludup. Wak yakin jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan akan turun 30% TANPA kerajaan terpaksa selaras atau menurunkan kadar subsidi tersebut.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 zzzzzzzzzz January 21, 2012 at 1:52 pm

mmg patut pn duit bilion2 2 gune utk rakyat.. name pn duit rakyat.. nk bsg ap ‘trpakse menanggung’ la ‘subsidi meningkat’ la… kerajaan patut URUSkan duit rakyat supaya rakyat dpt rase kmudahan2 yg disediakn bkn GUNAkan dan HABISkan duit rakyat tp rakyat xdpt ap2.. so bagus la klau duit bilion2 2 gune kt jln yg ptut..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Tok Berjanggut January 21, 2012 at 2:04 pm

bila part bagi subsidi kepada rakyat mula bising tapi bila part kroni, komisen buat bodo je KERAjaan Barang Naik ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 En. Hanafi January 21, 2012 at 2:06 pm

Salama…kepada hanafi..
bukan tak tau berterima kasih..kita bersyukur kepada Allah ape yg telah di kurniakan-Nya…tapi ingat saudara islam ku…setiap ape yang pemimpin lakukan tidak akan terlepas dari di soal di akhirat kelak..

situasi sekarang adalah, saudara di lantik untuk menguruskan dana yg di kutip dari orang lain…dana tersebut untuk kemudahan bersama…tapi pada masa yg sama saudara merungut kerana terpaksa bayar itu dan ini padahal duit yg saudara uruskan itu adalah hak mutlak orang lain..cuba gunakan otak yg terlalu cerdik saudara untuk fikir sejenak…

dalam masa yg sama orang yg dok kat atas tak merasa beban nya kerana semua telah ‘disubsidi’…minyak, rumah, orang gaji, driver dan semua yg boleh saudara namakan adalah ‘kemudahan’ atau dengan kata lain subsidi kerajaan untuk org yg di atas..jd ape salah nye kalau org yg di bawah ni untuk merasa sedikit duit rakyat untuk kemudahan rakyat semua…bukan untuk kemudahan org yang tertentu sahaja…

lagi satu kalo org yg di atas tu memang betul2 telus dalam hal ini..kenapa banyak sgt ketirisan yg berlaku sampai rakyat sendiri boleh menilai kecuali yg sgt pandai dan cerdik seperti saudara hanafi ni lah…ketirisan ini kalo di anggar kan telah berlipat kali ganda jumlahnya dengan subsudi yg perlu di bayar oleh kerajan untuk rakyat DENGAN duit rakyat sendiri…kenapa duit ketirisan ini tidak di tangani dengan se adilnya sejajar dengan janji semasa angkat sumpah lantikan jawatan di depan yg di pertuan agong dulu…adakah sebab kekurangan kuasa untuk menjalan kan tugas, adakh kerana tak cukup kaki tangan atau adakh sebab kroni dan yg lebih teruk adakah sebab ketirisan itu sendiri untuk kepentingan peribadi????

saya tidak menuduh tidak jugak menunding jari kat sape2, tapi sampai sekrg tak ade jawapan yg solid dari kerajaan untuk semua persoalan itu sedara…jd salah sape wahai saudara hanafi? salah kita kot sebagai rakyat yang terlalu bijak dalam memilih pemimpin…taksub dengan pemimpin…akhir nya jadi lah seperti ayam…kesian….mati kelaparan di dalam stor penuh padi kat BERNAS….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 2bz4money January 21, 2012 at 3:02 pm

Memang bagus bagi rakyat merasakan agihan subsidi ini lebih-lebih lagi dengan keadaan kos sara hidup dan kadar inflasi yg semakin meningkat.
Cuma, terdapatnya kebocoran subsidi atas sebab penyeludupan dan pembaziran yg perlu ditangani secara penguatkuasaan yg lebih hebat. Ramai pembayar cukai tidak berpuashati sekiranya peningkatan subsidi datang terus dari poket mereka dgn cara potongan PCB. Gomen perlu elakkan pembaziran perbelanjaan terutamanya perolehan bekalan, perkhidmatan kerja yg tidak ‘best value for money’ serta pengurangan perbelanjaan pentadbiran dan program/aktiviti terutamanya emolumen dan TnT penjawat awam yg merugikan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 elly January 21, 2012 at 3:15 pm

tolong jangan percaya semua yg dikata oleh ismail isabri ni. semua tu alasan nak kayakan pihak dia. cuba tanya dia berapa gerai dah dia sita tahun lepas. dasar menteri makan gaji buta. eh ayah aku boleh jadi menteri kalau macam tu. baik menteri kpdn yg lama. cukup tegas, cergas dan pantas kalau berhadapan dgn isu barang. semua barang naik ni pun pasar ismail sabri yg lepas tangan tak nak pantau pi laaaaaa. subsidi konon

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 Lingkup January 21, 2012 at 3:16 pm

Haii.. Krrajan tak habis habis nk menipu rakyat jelita

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 Gurkha Pencen January 21, 2012 at 3:53 pm

Kalau dah tak boleh fikir macam mana nak meringankan beban rakyat, PRU ke13 nanti tak payah taeruk jadi calon.. Kalau boleh beri laluan mudah kepada parti yang satu lagi tu..Mereka tahu bagaimana nak urus duit rakyat yang dipanggil subsidi tu…Aku tetap menyalahkan pemimpin yang ada sekarang kerana menghalalkan 2.3 juta PATI yang dok kedarah subsidi untuk rakyat( pasal dah tak boleh nak kawal, parti berkuasa beri alasan program pemutihan konon). Itu lah pasal subsidi makin lama makin meningkat.PATI yang daftar ialah 2.3 juta tapi yang tidak didaftar tah berapa juta pulak? Pada aku kemeterian-kementerian yang menjaga hal-hal keselamatan negara dan kemasukan PATI gagal berfungsi dan menteri-menterinya berundurlah secara terhormat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 Televisi dan Misyen January 21, 2012 at 4:10 pm

Aku cadangkan 2 perkara kepada kerajaan Be End.

1. Subsidi diberi kepada rakyat secara individu mengikut jumlah cukai yang dibayar oleh individu tersebut. Kalau aku beli BMW, rumah banglo, ada tanah, dan jumlah income tax yang aku bayar lagi tinggi dari individu A yang just beli Proton, rumah teres, waive income tax; sudah pastinya subsidi dari kerajaan untuk aku patutnya lagi tinggi dari individu A tadi.

2. Kerajaan hapuskan semua jenis cukai (termasuk cukai kereta, cukai pendapatan, cukai tanah, cukai pintu dan berbagai2 jenis cukai). Pada masa yang sama hapuskan semua subsisdi. Maksudnya petrol, gula, kopi, gandum, semua ikut harga pasaran dunia. Kos hospital pon semua takde subsidi. Baru la win-win situation.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 Wak Kang January 21, 2012 at 9:13 pm

Itu idea yang bernas …… Wak sokong. Bak kata orang, kita RESET balik. No Taxs No Subsidy …. errr ….. boleh kot?
Tapi mana nak cari duit bayar gaji cikgu, pegawai kerajaan, sekolah percuma?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 orang awam January 21, 2012 at 10:01 pm

maaflah.. mungkin anda org terpelajar.. tapi pandangan anda mcm budak sekolah menengah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 Menteri Gila Harta January 22, 2012 at 9:20 am

Wow hebat!!! Tapi kau lupa eh, kalau kau kaya kau kena tolong orang yang lebih susah dari kau. Tuhan bagi kau harta melimpah ruah supaya kau mampu membantu orang-orang yang lebih memerlukan, bukan untuk kau telansorang-sorang.

DALAM SETIAP SEN DUIT KITA, ADA HAK ORANG LAIN!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 Pemerhati January 27, 2012 at 9:35 am

Televisi,Ko nie mcm bodoh pn da aku tgk.Idea x bernas lgsung.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 Jeff January 21, 2012 at 4:17 pm

klu nak harap subsidi, bila Malaysia nak maju? duit abes semata2 kerana rakyat.. subsidi harus dikurangkan demi memajukan negara ke arah yg lebih mapan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 Jin Kecoh Kacau Kampung (JKKK) January 21, 2012 at 5:56 pm

Kita dok kejar standard negara maju, tapi rakyat ramai lagi susah seperti di Sabah, Terengganu dan Sarawak. Ukur dulu la kemampuan negara ibarat ukur baju di badan sendiri. Memang tanggungjawab kerajaan bantu rakyat dengan subsidi. Yang jadi masalahnya, banyak duit kerajaan dihabiskan kepada perkara yang tak sepatutnya seperti duit komisyen beli kapal selam saja perabih RM500 juta bagi kat Perimekar sdn bhd, menteri sendiri mengaku dalam parlimen…KAU NI MEMANG JUMUD DAN JAHIL MURAKKAB..OTAK TU FIKIR CARA KAPITALIS..ORANG FIKIR UNTUK KEBAIKAN RAKYAT!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 Wak Kang January 21, 2012 at 9:17 pm

Sebelum kurangkan subsidi untuk rakyat, kerajaan kena benteras si perompak subsidi dulu ….. si penyeludup diesel, petrol, gula dsb. tu harus dihapuskan dulu ……… tangkap dan rampas hartabenda mereka sampai licin untuk bayar balik subsidi yg dia rompak tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 Subsidi January 22, 2012 at 7:34 am

Ala…nak mula mengungkit la tu…ungkit itu – ini..biasala lah tu nak ingatkan kat rakyat apa yg BN dah buat…(jasa kepada rakyat) kan dah nak pilihanraya takut nanti rakyat lupa lak…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 onizuka January 22, 2012 at 4:38 pm

duit abes semata2 kerana rakyat xblh??? abih klo duit abes utk pak menteri tu blh sgt la yer bro…pikir pakai otak bkn pakai lutut…sekian..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 insaflah... January 21, 2012 at 11:58 pm

Kesian kat rakyat luar bandar yg slalu jd mangsa keadaan dan kerakusan manusia yang tamak haloba…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 hadoi January 22, 2012 at 2:18 am

Kerajaan cakap subsidi 18bilion membebankan. Malaysiakan banyak duit. Baru2 ni BR1M pun kerajaan bagi camtu je?Bagi aku mmg tak patut pn BR1M tu. Banyak yang kerajaan boleh buat dengan duit sebanyak tu. Baiki jalan yang berlubang, tingkatkan kecekapan pengangkutan awam, tebatan banjir dll.
BR1M dah 3.28 bilion, voucher buku yang budak universiti dok jual tu dah berapa, rm100 untuk budak (ni aku setuju) dah rm400juta(kalau tak silap). Untuk gula2kan rakyat, berapa banyak kerajaan dah bazirkan untuk 2 3 bulan ni. tapi subsidi berkira pulak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 hadoi January 22, 2012 at 2:43 am

boleh delete x berita semasa. salah info

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 Subsidi lagi January 22, 2012 at 7:47 am

Nama pon rakyat Malaysia- tentulah nak minta pertolongan/ subsidi/ perhatian/ kasih-sayang/belas kasihan/ belas ehsan dari kerajaan Malaysia. Takkan minta tolong kerajaan negara lain kot….agak2 lah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 Subsidi lagi January 22, 2012 at 8:09 am

Kalau bukan kerajaan Malaysia yang bantu rakyatnya nak harapkan siapa lg…Wajarlah diteruskan subsidi tu…itulah cara terbaik kerajaan nak berjasa kepada rakyat. Tul tak…kalau boleh dibuat perbandingan…kerajaan nie umpama ayah …rakyat nie cam anak…Ayah beri belanja sama rata..walaupun ada anak yg baik…dan ada anak yang suka menentang…tapi ayah tetap bagi sama rata…ikut kemampuan ayah….begitulah juga dengan kerajaan…bagi sama rata, kan..kan..Begitulah juga bila ayah sudah tua…anak pulak yang menyara ayah….itulah investment seorang ayah terhadap anak2nya untuk kesenangan dunia dan akhirat. Ayah pulak jgn lak ungkit2 semua tu…nanti tak berkat pulak. (analogi kerajaan dan rakyat). Harap tuan-tuan semua paham kot…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 Menteri Gila Harta January 22, 2012 at 9:35 am

Kalau kerajaan malaysia rasa terbeban sangat sangat sangat nak tanggung rakyat malaysia, tak payahlah jadi kerajaan lagi. Takde sapa pun yang letak pistol kat kepala paksa jadi calon masa pilihanraya. Diri tu sendiri yang terhegeh-hegeh sangat nak bertanding pilihanraya, nak jadi ahli parlimen, jadi menteri kabinet, jadi tpm, jadi pm. Bila dah jadi, rakyat malaysia ni membebankan dia pulak. Kalau dapat dinyahkan semua rakyat malaysia dari bumi malaysia ni mungkin lagi suka kot. Tak perlu nak tanggung mana-mana rakyat. Semua duit yang ada dalam kocek malaysia boleh bolot sorang-sorang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 SAFWAN January 22, 2012 at 10:02 am

government patut spend lebih dlm construction.government mesti spend lebih untuk cycle the economic activities. GOVERNMENT = DECREASE TAX + INCREASE THEIR SPENDING!!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 SAFWAN January 22, 2012 at 10:04 am

tu ada cara untuk stimulate growth.elak dri inflation…..subsidies is one way of government spending….suggest govt should decrease TAX!!!!!!!!!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 SAFWAN January 22, 2012 at 10:07 am

FISCAL POLICY AND MONETARY POLICY IS THE BASIC GOVERNMENT GUIDELINE LA.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 BorgWarner January 22, 2012 at 10:46 am

Pembentangan Belanjawan Negara yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada tahun lalu melibatkan wang sekitar RM 233 Billion. Perbelanjaan subsidi sebanyak RM 19 Billion hanya 8 peratus dari RM 233 Billion. Saya fikir 8 peratus bukan jumlah yang membebankan dan baki 82 peratus masih boleh digunakan untuk perbelanjaan yang lain. Jika hendak dibuat perbandingan, saya agak kebanyakan barangan yang dibeli pengguna, rata-rata dikenakan cukai melebihi 8 peratus.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 Iban Sarawak January 22, 2012 at 11:09 am

oklah tu…kerajaan terus beri subsidi Berjumlah RM18.92 Billion Tahun 2012 Bagi Barang Kawalan sememangnya wajar dan tersangat wajar..lebih baik duit yg ada digunakan untuk subsidi..semua itu untuk kesenangan rakyat…daripada duit2 yang banyak tu diguna untuk benda yang tak berfaedah/untuk kepentingan individu…apa gunanya..??itu duit rakyat..jadi rakyat seharusnya menerima kesenangan. Rakyat menjana wang untuk negara..jadi rakyat seharusnya menerima balasan yang setimpal dengan apa yang telah rakyat sumbangkan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 orang malaysia January 22, 2012 at 11:36 am

Subsidi memang tanggungjawab kerajaan & hak rakyat untuk menikmatinya. Sepatutnya kerajaan lebih banyak mendalami kat mana byk duit dibelanjakan tetapi xda manfaat langsung kat rakyat. projek2 yang membazir, penyelewengan & kelemahan urustadbir kewangan sepatutnya menjadi perhatian shabery nih.. tp duit utk rakyat jugak yang dia nmpak membebankan. padahal byk lg benda lain yang boleh menjimatkan duit negara…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 w January 22, 2012 at 12:46 pm

Sabsisi memang wajar kpd rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia terlalu banyak membayar cukai , kiri kanan kena cukai menjadikan barangan mahal.

Kutip cukai utk tujuan berfaedah bukan utk dibazirkan dengan perkara2 tak perlu. Ketirisan perlu disemak semula. Rasuah , perlu hukum mati.

Subsidi tetap perlu kpd mereka yg memerlukan. PATI , org Singapork dan Thailand tak perlu mendapat subsidi yg khusus utk rakyat Malaysia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 company January 22, 2012 at 4:35 pm

Sepatutnya kerajaan x perlu membangkitkn isu subsidi itu kerana memang tanggugjawab kerajaan bantu rakyat x kira berapa jumlah pun. Fokus kepada perbelanjaan dalam kementerian dan jabatan yg sering kali membazir saban tahun. Mansuhkn konsep bajet kementerian/jabatan yang mana sesuatu kementerian/jabatan perlu menghabiskan bajet yg diberi secara tahunan bagi memastikn bajet tahun depan tidak dikurangkn cthnya bajet thn 2000 sbyk RM 1 juta tetapi yg digunakn hanya RM 300k maka thn dpn bajet adalh RM300k jika ini masih diguna pakai mana tidaknya kerajaan akan bangkap, biarlh kementerian kewangan sahaja yg menguruskn pembayaran agar “duit rakyat” x dibazirkn supaya ada tapisan pembelian barang yang perlu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 FARDAN January 22, 2012 at 9:22 pm

najib rasuah,halim diam je..?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 scid January 23, 2012 at 10:27 am

mane2 menteri yg sebok ckp depa dok tanggung subsidi utk rakyat nih layak dismash ajer blk kat muka2 depa nih..tuh sumer duit kami jugak yang hangpa dok pakai tuh…akai ada ka???ptuiihhhhh..tuh subsidi kpd kroni tuh yg layak ditarik blk..malah tak layak diberi pon..ptuihhh skali lagik

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 poie January 23, 2012 at 3:11 pm

Tahun lepas aku bayar income tax RM 1400. Bayar GST lebih anggaran RM100 sebulan = RM 1200 setahun. Bayar cukai jalan RM 200. Total RM 2600. Tak campur memacam lagi bayar kat gov. Kalau ada 5 juta orang bayar income tax macam aku, maknanya kerajaan dapat lebih 13bilion per year.. Company bayar cukai jangan cerita la.. lagi banyak.. kalau 1000 company?… pendapatan kerajaan banyak.. tapi malas nak utama rakyat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 ncj February 1, 2012 at 9:01 am

betul 2 poie…pttnya xp’lu la nak ungkit pasal subsidi nie.. sah2 memang wit rakyat bkn wit diorg (wat rakyat marah je)..hehe..tp baik g selesaikan wit yg diselewengkan oleh menteri2 yg xb’t/j & g selidik wit yg banyak tapi xtau dibelanjakan dimana.. (lg b’faedah untk negara setidak2nya ada gak lebihan untk bayar chutang) Audit pun xtau kemana wit 2….berita2 mcm 2 bole lak senyap je..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 kube January 24, 2012 at 10:50 am

jangan jadi rakyat yg tidak mahu berfikir..disuap sedikit dgn gula gula dah hilang ingatan..duit subsidi tu duit rakyat, duit cukai jgn jadi bodoh..rakyat berhak mempersoalkan kemana duit itu dibelanjakan..aku heran la ada rakyat yg tak berfikir dgn waras ni..cuba fikir berapa byk penyelewengan berlaku dalam menguruskan wang rakyat..pkfz,nfc,hutang malaysia 400 bilion tu..kemana dibelanjakan..aku tak kisah siapa yg sokong kerajaan tu tp biar la diri sendiri tu dah senang lenang tp aku rasa disebaliknya..kais pagi makan pagi..perubahan itu perlu jika ia membawa kebaikan utk semua..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 MAT YO January 24, 2012 at 11:50 am
70 MAT YO January 24, 2012 at 11:55 am

subsidi hanya untuk rakyat MALAYSIA sahaja…
kalau boleh hadkan gaji atas rm5000 xblh dpt subsidi..
ni x,org kaya dpt lebih,org miskin dpt sikit..
x fair la..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 penganggur January 27, 2012 at 2:39 pm

mmg baik ada subsidi kerajaan ttp sebenarnya yg mendapat keuntungan itu adalah org tengah yg dilantik mengurskan subsidi kerajaan ini…rakyat cuma guna 1% dr subsidi yg diberi kerajaan kepada rakyat..yg kaya tu org tengah…makan duit kerajaan je.hehehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 pp January 27, 2012 at 7:15 pm

BN akn dijumudkan PRU13 yahooooo

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

73 madsan January 31, 2012 at 9:15 pm

jaya..
pada saya..cukai pendapatan rasanya cukup tinggi yg di kenakan pada rakyat…saya kerja sewasta..bayangkn kamu tinggalkn anak bini kerja kerja jauh2… kerja overtime hari2..hasilnya 2O% bayar PCB… dapat bonus pun kena bayar PCB… tak bikin panas ka… dalam islam hanya wajibkn ZAKAT pendapatan 2.5%.. kata negara islam tapi banyak ikut sistem ciptaan barat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: