BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

Subsidi IPP-Pembohongan BN Terhadap Rakyat?

by Staff Berita Semasa on May 27, 2011

in Bongkar Penyelewengan

subsidi IPP Subsidi IPP Pembohongan BN Terhadap Rakyat?Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui membuat kenyataan bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.Adakah ianya satu pembohongan yang jelas?

Kenyataan itu bagi kami adalah jelas satu lagi pembohongan besar-besaran kerajan terhadap rakyat Malaysia.Kalau bukan satu bentuk subsidi, apakah istilah yang sesuai untuk ini?

Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan.Jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.

Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh kerajaan ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi?

RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa “dilepaskan” oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.

Perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini  di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kerajaan boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.

Kegagalan kerajaan untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran kerajaan untuk menanggung beban atas kenaikan harga.

Kalau betul kerajaan melaksanakan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, paksa atau revise balik perjanjian kerajaan dengan IPP sebelum ini.Hapuskan “subsidi” kepada mereka yang berkenaan dahulu, barulah nak hapuskan subsidi kepada rakyat.

Kami tak kisah kalau tak ada subsidi pun, tapi ianya biarlah kerajaan berlaku adil dalam hal ini.Apa pandangan anda mengenai isu subsidi IPP ini?

{ 26 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 naimulfirdaus May 27, 2011 at 11:10 am

kerajaan perlu telus dalam membuat kenyataan..
naimulfirdaus menulis Berita Terkini….perempuan sundalMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 masri jafaar January 30, 2012 at 9:28 pm

yang kaya bertambah kaya komplot keroni che kalit kaki jilat menteri

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 rakyat mahu keadilan May 27, 2011 at 2:47 pm

kalau nak lagi adil, cukai pown sepatutnye mansuhkan sekali.. ini dok mansuh subsidi, cukai xnak mansuh.. drpd gst,duti import, dan mcm2 lg cukai.. rakyat x kisah sebenarnye klau xde subsidi pown.. ini cukai melampau-lampau, subsidi ciput jer.. contohnyer cukai kenderaan import.. bayaran ntuk cukai lebih mahal drpd harga kereta..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Ramu May 27, 2011 at 2:55 pm

(Interview with Tan Sri Ani Arope, former TNB Executive Chairman)- June 6, 2006)

How was the Malaysian model of IPPs created?

Tan Sri Ani Arope: Ask our previous Prime Minister(Dr.Mahathir)

How was the process of negotiations with IPPs conducted?

Tan Sri Ani Arope: There was NO negotiation. Absolutely none. Instead of talking directly with the IPPs, TNB was sitting down with the EPU. And we were harassed, humiliated and talked down every time we went there. The EPU just gave us the terms and asked us to agree. I said no way I would.

What about the pricing and terms of the contracts?

Tan Sri Ani Arope: It was all fixed up. (They said) this is the price, this is the capacity charge and this is the number of years. They said you just take it and I refused to sign the contracts. And then, I was put out to pasture.

Why did you disagree with the terms?

Tan Sri Ani Arope: It was grossly unfair.

How were you affected by the process of awarding the IPP contracts?

Tan Sri Ani Arope: I felt sick. It was morally wrong and not fair. If it is legal and not fair, I will not do it. If it is fair and illegal, I still won’t do it. It has to be legal and fair.

We work for the consumers, workers and shareholders. TNB is morally obligated to these three, but the CONSUMERS come first, otherwise we won’t be around. It is then the workers and the shareholders

When I said that, they said ‘Dia ingat bapak dia-punya’ (He thinks this is his father’s company).

This job is an amanah (trust). You are entrusted with this responsibility and you carry it out to the best of your ability.

I do not want somebody to come and urinate on my grave. In the Malay culture, that is about the worst insult they can do to a man.

(Star Biz, June, 6, 2006)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 awg1031 June 1, 2011 at 9:28 am

thx for the info!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 ain anak mak May 27, 2011 at 3:03 pm

subsidi utk ipp untuk pemimpin atsan gak ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 BorgWarner May 27, 2011 at 3:10 pm

Oleh kerana Petronas menjual harga gas lebih rendah dari harga pasaran kepada syarikat IPP, bolehlah ditafsirkan Kerajaan Malaysia, melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan – Petronas, telah memberi subsidi secara tidak langsung kepada syarikat IPP ini.

Bagaimanapun, tanpa subsidi ia akan meningkatkan kos pengeluaran syarikat IPP tersebut, seterusnya ditanggung pengguna.

Pada pandangan saya, kemudahan-kemudahan asas, seperti Perubatan, Pendidikan, Air, Tenaga dan jalanraya tidak seharusnya diswastakan, sebaliknya diurus tadbir Kerajaan untuk meminimumkan harga pasaran.

Bagaimanapun, sekiranya mereka tidak selesa dengan perkhidmatan yang disediakan kerajaan, syarikat-syarikat swasta boleh menawarkan perkhidmatan tersebut untuk memenuhi kehendak pengguna-pengguna ini. Sebagai contoh, golongan kelas atasan mungkin lebih selesa menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang berprestij dan lebih selesa menerima rawatan di pusat perubatan swasta.

Dalam kes syarikat IPP ini, Petronas sepatutnya menjual gas kepada syarikat IPP mengikut harga pasaran semasa, dan penguna-pengguna yang lebih selesa dengan perkhidmatan mereka boleh menggunakan perkhidmatan mereka dan perlu membayar perkhidmatan syarikat tersebut dengan harga yang dipersetujui diantara pengguna dan pembekal, tanpa campur tangan kerajaan.

Bagaimanapun, kerajaan perlu memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan kerajaan setanding dengan perkhidmatan yang disediakan syarikat swasta ataupun jika tidak setanding, perlu memuaskan hati golongan pertengahan dan bawahan yang menggunakan perkhidmatan mereka, atau bahasa mudahnya, berbaloi dengan harga yang dibayar.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 nurzaman January 21, 2012 at 1:44 pm

Kalau kerajaan tak boleh serve rakyat dengan baik buat apa duduk dalam kerajaan lagi.Elok la bagi pada orang lebih baik,lebih bertanggungjawab…lebih mampu memikul beban tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 beejan May 27, 2011 at 3:53 pm

satu lagi penganiayaan kepada rakyat secara terang-terangan didedahkan.
Bagus pada pihak BS. Cuma satu, kenapa tiada satu laporan polis dibuat untuk kes ini, siasatan diraja pula bagai mana? pihak BS tak mahu buat sumpah laknat ke kalau berita ini benar? mana PERKASA? mana PKR?, PAS? hatta DAP?..dan NGO?
dan lagi pelik, mana pengkritik2 tegar… senyap je

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 john May 27, 2011 at 4:37 pm

menteri2 malaysia LOW IQ LEVEL…tahap rendah dari BINATANG…sebab x boleh pikir dgn waras…sebenarnya bleh pikir…tapi….hmmmm…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 BorgWarner May 27, 2011 at 5:24 pm

beejan:
satu lagi penganiayaan kepada rakyat secara terang-terangan didedahkan.
Bagus pada pihak BS. Cuma satu, kenapa tiada satu laporan polis dibuat untuk kes ini, siasatan diraja pula bagai mana? pihak BS tak mahu buat sumpah laknat ke kalau berita ini benar? mana PERKASA? mana PKR?, PAS? hatta DAP?..dan NGO?
dan lagi pelik, mana pengkritik2 tegar… senyap je

Setahu saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah lama menimbulkan isu ini. Mungkin kamu terlepas siaran langsung debat di antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek beberapa tahun yang lalu. Saya andaikan kamu terpesong dengan isu-isu yang lebih “Hangat” yang ditimbulkan pihak kerajaan bagi menutup isu-isu yang ditimbulkan Pakatan Rakyat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 srkworld May 28, 2011 at 1:24 am

beejan: satu lagi penganiayaan kepada rakyat secara terang-terangan didedahkan.Bagus pada pihak BS. Cuma satu, kenapa tiada satu laporan polis dibuat untuk kes ini, siasatan diraja pula bagai mana? pihak BS tak mahu buat sumpah laknat ke kalau berita ini benar? mana PERKASA? mana PKR?, PAS? hatta DAP?..dan NGO?dan lagi pelik, mana pengkritik2 tegar… senyap je

der,lu ketinggalan zaman der..berabad der..macam ni lah kebanyakan melayu kita der..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Morovlizki May 28, 2011 at 8:31 am

UMNO-BN DAH X RELEVAN UTK MJADI KRAJAAN.SBB DH TLALU LAME,TLALU BYK KORUPSI, KAPITALIS ,KRONISME DLL.BYGKAN 54THN MMERINTAH OLEH PARTI YG SAME…BYK PKARA JHT N HINA SDH JD KBIASAAN KPD MREKA…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 pantaidalam May 28, 2011 at 9:47 am

yer..sekali lagi bab isu subsidi,aku pun tak berapa nak kisah sangat bab isu subsidi ni,tapi sekali lagi,tolong bagi subsidi pada pengangkutan awam sebab aku adalah pengguna tegar
pantaidalam menulis Berita Terkini….Bina Website Anti IslamMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 jam May 28, 2011 at 12:00 pm

dulu umno dan barisan nasional ni di sanjung tinggi oleh masyarakat……tapi sekarang dah tak lagi…..orang yang bertanggong jawab merosakkan umno …….ialah tun mmmmmm…….lepas dia naikan kan malaysia …….dia mengaut kekayaan malaysia……anak sedara mara dia dan kroni kaya raya ……..paling sedih sekali orang yg tak bersalah dia zalimi …………….pas 2 skrng najib nak tiru cara dia pula……………selamatkan malaysia dari kekejaman dan penindasan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 boroi May 28, 2011 at 8:56 pm

setahu aku isu IPP nir…telah cuba didedahkan oleh DSA …

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 suhai May 28, 2011 at 9:00 pm

BorgWarner:
Oleh kerana Petronas menjual harga gas lebih rendah dari harga pasaran kepada syarikat IPP, bolehlah ditafsirkan Kerajaan Malaysia, melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan – Petronas, telah memberi subsidi secara tidak langsung kepada syarikat IPP ini.

Bagaimanapun, tanpa subsidi ia akan meningkatkan kos pengeluaran syarikat IPP tersebut, seterusnya ditanggung pengguna.

Pada pandangan saya, kemudahan-kemudahan asas, seperti Perubatan, Pendidikan, Air, Tenaga dan jalanraya tidak seharusnya diswastakan, sebaliknya diurus tadbir Kerajaan untuk meminimumkan harga pasaran.

Bagaimanapun, sekiranya mereka tidak selesa dengan perkhidmatan yang disediakan kerajaan, syarikat-syarikat swasta boleh menawarkan perkhidmatan tersebut untuk memenuhi kehendak pengguna-pengguna ini. Sebagai contoh, golongan kelas atasan mungkin lebih selesa menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang berprestij dan lebih selesa menerima rawatan di pusat perubatan swasta.

Dalam kes syarikat IPP ini, Petronas sepatutnya menjual gas kepada syarikat IPP mengikut harga pasaran semasa, dan penguna-pengguna yang lebih selesa dengan perkhidmatan mereka boleh menggunakan perkhidmatan mereka dan perlu membayar perkhidmatan syarikat tersebut dengan harga yang dipersetujui diantara pengguna dan pembekal, tanpa campur tangan kerajaan.

Bagaimanapun, kerajaan perlu memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan kerajaan setanding dengan perkhidmatan yang disediakan syarikat swasta ataupun jika tidak setanding, perlu memuaskan hati golongan pertengahan dan bawahan yang menggunakan perkhidmatan mereka, atau bahasa mudahnya, berbaloi dengan harga yang dibayar.

tu ar..ni suma idea mahathir nk swastakan suma syarikat2 ni…at least nnt gomen leh dapat income dr service2 ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Hector May 29, 2011 at 1:22 am

—BANYAK ORANG TAK TAHU,YANG DAPAT TAHU BERITA NI BUKAN KEBANYAKAN ORANG MALAYSIA,TAPI LUAR NEGARA DARI AGENSI UN DIE DAPAT KESAN,DALAM 10 TAHUN DULU WANG HARAM KELUAR KE MALAYSIA SEBANYAK 888BILLION USD,KALIKAN 3 DUIT MALAYSIA—DARI EX KETUA UMNO CAWANGAN..,,,,,,,,meanz kita rakyat tahu apa?duit di simpan di bank2 luar negara,bank yahudi,bank barat mereka boleh korek..
sebab tu lah umno mati matian nak tahankan putrajaya,actually bukan sebab melayu,tapi lu pikir lah sendiri

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 pitung May 30, 2011 at 10:41 am

KAMI SUDAH XBODOH WAHAI UMNO-BN…MINDA KAMI KELAS PERTAMA,BUKAN KELAS KELAS KETIGA MCM KORG…KAMI LEBIH BERANI…INGAT LE,BILA KAMU MATI,SAPA YG AKAN USUNG KAMU NANTI,SAPE YG BACA TALKIN KAMU NANTI..INGAT LE,KIAMAT MAKIN HAMPIRRRRRRRRRRRRR…………..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 AnakPedu June 6, 2011 at 4:38 pm

Hector: —BANYAK ORANG TAK TAHU,YANG DAPAT TAHU BERITA NI BUKAN KEBANYAKAN ORANG MALAYSIA,TAPI LUAR NEGARA DARI AGENSI UN DIE DAPAT KESAN,DALAM 10 TAHUN DULU WANG HARAM KELUAR KE MALAYSIA SEBANYAK 888BILLION USD,KALIKAN 3 DUIT MALAYSIA—DARI EX KETUA UMNO CAWANGAN..,,,,,,,,meanz kita rakyat tahu apa?duit di simpan di bank2 luar negara,bank yahudi,bank barat mereka boleh korek..sebab tu lah umno mati matian nak tahankan putrajaya,actually bukan sebab melayu,tapi lu pikir lah sendiri

Betul bro, mana ada ahli politik umno yang susah…yang susah kaki ikut kat kg ja

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 rakyat di tindas June 7, 2011 at 10:12 am

wahai rakyat sekalian… buka lah mata dan minda… adakah kita akan biar diri terus tertipu… inikah yang kita pilih untuk masa hadapan anak cucu kita… rakyat menanggung beban yg amat berat… kerajaan bersenang lenang dengan hasil titik peluh rakyat yg digunakan utk makan angin ke luar negara dan bermewah2…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 Shogun June 9, 2011 at 1:05 pm

UMNO zaman dulu…sapa jadi pemimpin dia keluar duit berkempen….ZAMAN SKARANG sapa jadi pemimpin dapat gaji….(tu la sebab sampai bergaduh nak jadi pemimpin)…kluar berkempen pakai subsidi……CUBA MANSUHKAN GAJI2 UNTUK PEMIMPIN2 PARTI/ADUN….diorg nak jadi orang politik sila pakai duit sendiri…kat situ aja MALAYSIA dah boleh jimat berapa ratus bilion dah…..BAGI GAJI bukan diorg turun padang pon….BN or pembangkang sama je….stakat nak dok opis layan telepon baik takyah gaji.

rakyat di tindas: wahai rakyat sekalian… buka lah mata dan minda… adakah kita akan biar diri terus tertipu… inikah yang kita pilih untuk masa hadapan anak cucu kita… rakyat menanggung beban yg amat berat… kerajaan bersenang lenang dengan hasil titik peluh rakyat yg digunakan utk makan angin ke luar negara dan bermewah2…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Pembangkang June 11, 2011 at 10:36 pm

Dari dulu lagi kerajaan jadi penipu,
kalau nak perubahan jangan sokong BN dan UMNO. Buat kerajaan baru.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 Ali November 9, 2011 at 11:48 am

Syukur lah rakyat Malaysia sudah membuka mata sekarang. Tapi bagaimana mereka yg tinggal di kampung2, kawasan pendalaman dimana tiada capaian internet? Siapakah yg akan menerangkan kepada mereka apa yg sedang berlaku. Pengaruh television & radio amat kuat dlm hal ini kerana ia merupakan satu2nya media yg sampai kepada golongan ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 Karut Sing Barua TV3 suku November 13, 2011 at 10:24 pm

Aku pun dah mula rasa mual…loya…dgn pentadbiran busuk puak2 BN AMnya NO Otak ni..Tapi…selagi ada peneroka yg tua2, undi pos, orng asli, pelahap2 duit rasuah, penagih2 dadah yg boleh disogok yg perlu duit nak wat beli dadah, golongan2 bodoh yg takmau terima maklumat kita….aku rasa la PR ni susah jgk nak menang.. Golongan2 inilah yg mengundi BN sial ni..Apa2 pn kita kena pakat sama2 berusaha berkempen dan bertawakkal. InsyaAllah PR akan mentadbir negara msia tercinta ini..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 masri jafaar January 30, 2012 at 9:32 pm

ipp tegoh tnb melesat che kalit kaya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: