[UPDATE pada 2 Julai 2012] Euro 2012 Final : Spain Vs Italy : Siapa sangka perlawanan final Euro 2012 kali ini menemukan Spain VS Italy? Tiada siapa yang menyangkanya. Di atas kertas pemerhati bola sepak dunia lebih memilih pasukan glamor dan tersohor seperti Jerman, Belanda dan juga Spain merupakan antara senarai pasukan pilihan utama trofi paling berprestij di Benua Eropah ini. Tetapi inilah yang dikatakan
kelebihan bagi pasukan yang bergelar Azzuri ini.
Mereka berjaya bermain dan dan menunjukkan prestasi sebenar tanpa sebarang harapan dan tekanan sebaliknya menunjukkan prestasi yang menakjubkan dalam Euro 2012 ini.
Tiada siapa menyangka Itali mampu pergi sejauh ini. Hakikatnya :
- Azzurri menundukkan pasukan pilihan Jerman
- Azzurri melangkah bergaya di Semi Final Euro 2012
- Azzurri akan ke final Euro 2012 (Spain VS Italy)
- Tidak mustahil Azzzuri mampu membuat kejutan sekali lagi
Euro 2012 Final Italy VS Spain Waktu Malaysia : Serangan VS Pertahanan?
- Tarikh : 2 Julai 2012
- Masa : 2:35 pagi
- Lokasi : Stadium Olimpik, Kiev, Ukraine
- Saluran : TV3 – Astro (LIVE)
Vicente Del Bosque (jurulatih Spain) mengatakan mereka akan meletakkan 3 penyerang bagi mengempur kubu pertahanan kental Italy bagi final Euro 2012 kelak. Agak-agaknya berapa pula pertahanan yang akan digunakan dan bentuk taktikal yang digunakan oleh pasukan Italy bagi menyerap dan menangkis serangan bertali arus daripada barisan hadapan Spain pada perlawanan Spain VS Italy Euro 2012 Final esok pagi?
Pasukan Spain yang rata-rata dibarisi oleh pemain dari kelab Liga Sepanyol cukup popular apabila seringkali mengamalkan pemainan yang boleh dikatakan agak tersusun dan kemas dengan hantaran pendek sehingga memberikan kelebihan pasukan Sepanyol umumnya dan juga pemain tengah yang cukup berpengaruh seperti Xavi Hernandez amnya walaupun sudah menginjak ke usia senja sehingga dilihat seringkali berjaya membantu mengawal dan menguasai sebahagian penuh permainan.
Ditambah dengan kemahiran tinggi yang dimilki oleh Andres Inesta dan Cesc Febregas memberikan satu laluan mudah untuk pasukan Spain menguasai setiap perlawanan. Tetapi…tetap malangnya ketiadaan David Villa menyebabkan siri serangan di barisan hadapan pasukan Spain agak terbatas dan sedikit tempang dalam siri Euro 2012 kali ini berbanding aksi meraka secara keseluruhannya ketika mereka menjulang Piala Dunia 2010 dahulu…
Displin, ketenangan mengawal bola dan semangat berpasukan adalah kunci utama kejayaan anak didik Cesare Prandelli menewaskan Jerman 2-1 dalam saingan separuh akhir.
Kalau diperhatikan pasukan Azzurri ini, perjalanan sukar dalam saingan diperingkat kumpulan agak sukar dan tidak diberikan “perhatian yang meluas” dan harapan yang tinggi oleh pemerhati bola sepak terutamanya. Tetapi, selepas memperlihatkan kekuatannya sehingga berjaya menyingkirkan pesaing di suku akhir sebelum menjinakkan The Team, pasukan Italy terus menjelma memberikan kesan positif selepas berjaya menjaringkan gol melalui tandukan dan sepakan deras menewaskan penjaga gol Jerman Manuel Neuer pada babak pertama.
Jerman cuba bangkit mencari gol penyamaan namun ketangkasan penjaga gawang Itali, Gianluigi Buffon menidakkan memusnahkan hasrat anak didik Joachim Low dan peminat pasukan Jerman yang hanya mampu menjaringkan satu gol melalui sepakan penalti dihujung saingan.
Spain Vs Italy Euro 2012 Final : Pemain Terbaik Kejohanan?
Apa yang boleh kami katakan dengan memetik laporan yang dikeluarkan oleh laman Goal.com, Messi dan Ronaldo perlu menghadapi seorang lagi saingan terbaru mereka dalam pencalonan Pemain Terbaik Dunia pada tahun ini iaitu Andrea Pirlo. Kami perhatikan “Arkitek” yang bertaraf dunia ini yang cukup berkarisma dan mempunyai seni yang tersendiri ini sehingga memberikan impak yang cukup besar dalam mengemudi dan memimpin pasukan Italy sehingga ke final Euro 2012, lebih-lebih aksinya ketika membenam pasukan popular seperti England dan Jerman tempoh hari.
Oleh itu, kami merasakan saingan Euro 2012 semakin mendebarkan, dengan rekod pasukan Spain yang tidak pernah kalah dalam saingan Euro 2012 dalam peringkat kumpulan bakal berhadapan dengan pasukan Itali yang penuh misteri yang sarat dengan kejutan walaupun pada awal persembahan dalam kumpulan C.
Apa pandangan dan pemerhatian anda sebelum kemuncak Isnin ini bagi perlawanan Spain Vs Itali Euro 2012 final?
[poll id="315"]
[poll id="316"]
[UPDATE] Juara Euro 2012 : Sepanyol Menewaskan Italy (4-0)
Keputusan Euro 2012 Final telah pun diketahui di mana Spain berjaya membelasah Itali dengan keputusan 4-0. Ap yang boleh kami katakan di sini adalah selepas menyaksikan perlawanan akhir awal pagi tadi, ia cukup “berat sebelah”. Apa tidaknya kelihatan pasukan Itali berterusan “dibuli oleh pasukan Spain sepanjang perlawanan awal pagi tadi
P/S : Bagi kami Fernando torres agak beruntnung musim dan tahun ini apabila permainan yang boleh dianggap biasa-biasa sahaja seringkali dilihat flip-flop ketika berusaha menunjukkan aksi sebenarnya tetapi dalam pada masa yang sama sempat menarangkul beberapa trfori berprestij antaranya, Piala FA, Piala Juara-juara Eropah Kasut Emah Euro 2012 dan tidak lupa juga Piala Negara Eropah 2012. Tahniah!!
PP/S : Apa kata anda selepas menonton perlawanan awal pagi tadi? Kongsikan perasaan dan pemerhatian anda borak-boral pasal bola Euro 2012 di sini…






{ 38 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
cayalah akhirnya Itali pergi final. kepada penyokong englang dan Germaang cuba lagi. lepas ni Spain pula boleh siap-siap beli tiket Transnasional balik kampung…
Go…go itali go…
itali pun boleh siap2 beli tiket Mahligai balik kampung jugak sebab kalau diorang menang pun diorang kena balik jugak… dah final match nak stay buat apa
PERMAINAN ITALY,GERMAN,ENGLAND DAN FRANCIS SEMUANYA LEBIH KURANG SAMA JE…
GAMES SPAIN AGAK LAIN SIKIT….SPAIN BUKANNYA TEAM YANG KUAT TAPI STRATEGINYA MAMPU MEMENINGKAN PIHAK LAWAN…..ALA-ALA SAMBA BRASIL…TAPI BRASIL PULAK TERLALU MENGHARAP STAR ….. SO YANG PASTINYA SPAIN BERKEMUNGKINAN MENANG BERDASARKAN REKOD PENCAPAIAN DAN LUCKY YANG SELALU MENYEBELAHI MEREKA
hebat apernyer pemuda umno….jadi genster la kot hebatnyer…apa pun… layan bola dulu la…jgn lyn umno…p ramlee pun dulu lg tolak umno dalam pendekar bujang lapok….saya pilih sepanyol juara…
JANGAN JALES ABANG2 SEMUA …AYU SOKONG SPAIN SEBAGAI JUARA KALI NI….MUAAAAA
result pagi esok
spain 3 vs italy 0
Italy 2 – Spain 0
Kalau pemain italy nak stay, dia perlu jadi amah bersihkan stadium. hehehehe
italy yg awal2 da bli tiket air asia blik kmpung haha
Spain menang juga akhirnya…pemain-pemain bola sepak malaysia wajib mencontohi semangat juang dan kerjasama dlm pasukan seperti yg ditunjukkan oleh Spain….
Itali will win..with small margin
jangan mimpi besar, Spain yang jadik juara
Pasukan yg paling konsisten sejak daripada peringkat kumpulan lagi
Cayalah kali ini Itali mesti menang punya, sekurang-kurangnya 2-1.
Sokong Italy sejak zaman Roberto Baggio lagi. FORZA ITALIA!
Tetap sokong Spain,go..go spain…hrap Tores main…yessssssssss
wah….berita semasa berwajah baru. Nampak kemas dan bersih. haha…sorry off topic kejap
Liga bolasepak dalaman dilanda rasuah tapi diluar mereka bukitkan itu x masalah….gila ini italy
ref utk final nie dari negara mana?
kalau x silap ref dr portugal
so awal pagi esok akan menentukan pasukan mana yg akan berada di persada Eropah…adakah pasukan Espana atau Azzuri…..aku berharap Spain akan berjaya mempertahankan kejuaraan tp secara realistiknya berdasarkan persembahan semasa Itali lebih berpeluang utk muncul pemenang….
tapi ada perlawanan yg lebih bermakna dan penting untuk negara kita, iaitu pasukan KITA SENDIRI Malaysia U22 bakal menentang Myanmar U22 bagi merebut slot automatik ke Piala AFC 2013….moga2 anak2 buah OKS akan berjaya melakukannya……
go Malaysia go…
italy will make it. delicate game by spain is a down beat for d fast n strong italy. my predict….2 nil.
saya rasa tak payahlah nak sokong mano-mano nogori, tak ada faedah eh…tengok jelah..sekadar suka-suka, sebab apatu…kedua-dua negara tu tak ada langsung jasa eh kek negara kita…..jangan lah terlalu bangga dengan negara luar ni…
akak kesal kenapa anak muda terhegeh-hegeh mengagungkan negara-negara yahudi ini? biarlah mereka berlawan sesama sendiri. ini akn mempercepatkan kejatuhan rejim zionis. sokonglah liga tempatan jauh lebvih patriotik. ini akak rasa agenda pembangkang mahu melihat anak muda terjajah minda dengan budaya imperialiasma
so..u better cut off all ties with non muslim countries. not even study abroad or buy their technology. get urselves self support. made ur own need. i heard most of d women dress r from india n china. well, makcik….! how about taking dried banana leaves to cover up ur parts?ha…ha..must suit u well aunty! d monkey must be happy to see one of them looked funny….smile aunty!
kenapa kurang ajar sangat ko ni fatin!orang tua ko x ajar nak cakap sopan eh? hajah rogayah hanye express pendapat die, yg ko nak meroyan ni nape?
akak rogayah juga yahudi..kekekekek
apa yg penting italy mesti kalah……..
aku sokong mane2 team yg dapat kalahkan italy…..
Isshhhh…
HARAM nih…sokong pasukan bolasepak kafir.
Kalu aku org PAS aku tak tgk dah Euro. Kalu aku org PKR aku akan kata bola tuh rasuah, salah guna kuasa, penipuan.
Issshhhh…REFORM!! REFORM!!
mmg,mnasabh spain mnang
berdasarkan reputasi & ranking semasa…Spain mampu menang
saya x peduli euro ke world cup ke…saya akan tidur ikut time saya 11pm hingga 6am setiap hari.
spain is another barca’s type of game….fancy football. they can easily out run weak opponents. but italy…i think stronger than german team. so to take d defeat its d most unlikely.
Buffon adalah keeper ITALI,bukan Spain
Harap admin lebih peka.
T kasih.
Italy
pirlo terbaik dalam kejohanan ini..mengemudi pasukan itali dgn baik.walaupon italy hanye underdog pade mule nye..
italy 5 spain o
wakaka..salah semua ramalan tu..Spain dah menang 4-0 italy.lagi hina result kena 0-4…10 orang player lagi..
spain menang.. aish..