BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Skim Cepat Kaya. Bank Negara Bagi Amaran!!

by Staff Berita Semasa on May 4, 2010

in Kes Jenayah

Rasanya dah banyak kali diulang-ulang nasihat yang sama kepada mangsa skim cepat kaya. Bila keluar/tumbuh lagi skim cepat kaya yang terbaru, mula rambang mata. Masyarakat kita pula sangat gemar nak cepat kaya dengan cara yang paling mudah. Mungkin mereka masih terlupa dengan ungkapan seperti ini :

“Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah”

Sekarang ini trend, apabila skim cepat kaya di Malaysia terus mempelawa ahlinya untuk membeli pangkat pada harga RM10,000, RM20,000 atau pun RM80,000 kononnya boleh mendapatkan pulangan yang cukup-cukup lumayan dalam masa yang CUKUP SINGKAT. Ditambah pula, kononnya banyak artis Malaysia yang ikut serta. Makin ramai yang terpengaruh. Sehinggakan ada yang buat loan bank rakyat semata-mata untuk melabur dalam skim cepat kaya tetapi semua kena tipu akhirnya

KUALA LUMPUR: Sebanyak 150,000 pelabur menanggung kerugian lebih RM300 juta kerana sikap tamak mereka untuk mendapat ‘wang besar’ dengan menyertai skim cepat kaya atau skim pelaburan haram di seluruh negara sejak tahun lalu. Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya, berkata sejak Januari tahun lalu hingga kini, lapan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, empat syarikat dan mereka yang disyaki mengendalikan aktiviti skim cepat kaya dihadapkan ke mahkamah. Syarikat berkenaan adalah Gemilang Mirza Sdn Bhd, Noradz Travel & Services Sdn Bhd, Buluhmas Enterprise Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd. Mengenai sebahagian besar mangsa penipuan yang masih berharap mendapat semula wang mereka, Abu Hassan menegaskan, ia sukar dan bergantung kepada keputusan mahkamah pada akhir perbicaraan.

“Berdasarkan rekod siasatan, lazimnya baki yang tinggal dalam akaun bank milik pengendali skim cepat kaya itu adalah kecil dan jumlah itulah yang dibekukan agensi penguatkuasaan. “Sebahagian besar wang pelabur sama ada sudah habis dibelanjakan atau dipindahkan ke luar negara untuk kepentingan peribadi pengendali skim itu,” katanya kepada Berita Harian.

Untuk mendapat balik wang pelaburan, Abu Hassan menyarankan mangsa menyaman individu atau syarikat berkenaan menerusi proses undang-undang sivil, tetapi proses perbicaraan kes penipuan kewangan selalunya mengambil masa agak lama.

“Ia perlukan siasatan rapi membabitkan pengumpulan dan penganalisaan bahan bukti, rakaman penyataan pelabur dan suspek serta bantuan agensi berkaitan yang kadangkala mengambil masa lama,” katanya.

Abu Hassan berkata, dalam proses siasatan, semua pihak berkuasa seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan tanggungjawab selaras peruntukan undang-undang sedia ada.

“Oleh kerana tempoh penyelesaian panjang dan tiada jaminan mangsa mendapat semua modal, orang ramai disaran menghindari daripada terbabit dalam skim pelaburan meragukan, iaitu yang menjanjikan pulangan tinggi di luar jangkaan,” katanya.

Sebelum melabur, mereka dinasihatkan menyemak latar belakang syarikat atau membuat pertanyaan dengan menghubungi Bank Negara sama ada menerusi pusat perkhidmatan pelanggan, iaitu BNMLINK atau BNM TELELINK di talian 1-300-88-5465.

Sementara itu, bagi maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan, orang ramai dinasihatkan melawat laman Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my.

Tak serik-serik. Bila nak berubah entahlah…..Tidak perlu lagi saya ulas panjang sekali lagi, boleh semak semula artikel ini. Bisnes MLM vs Skim Cepat Kaya di Malaysia. Ramai rakan-rakan pembaca Berita Semasa yang berkongsi pendapat dan pengalaman mereka sebelum-sebelum ini.

P/S : Nak cepat kaya punya pasal, langsung jadi cepat kayap. Inilah penangan skim cepat kaya.


{ 1 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat Ini. Komen Anda Pula? }

1 solusi rahasia July 7, 2010 at 5:04 pm

memang korupsi harus nak di basmi agar nagari aman sekali

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: