BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Skandal Rasuah Azmin Ali “Diselamatkan” oleh BPR Dengan Bantuan Anwar Ibrahim Dibongkarkan?

by Staff Berita Semasa on May 31, 2012

in Bongkar Penyelewengan

Sebelum ini, Azmin Ali telah dikaitkan dengan dakwaan skandal seks berdasarkan beberapa keping gambar yang tersebar di Internet. Kalau mana-mana daripada anda penonton setia slot Buletin Utama TV setiap hari, kita boleh perhatikan rentak penyampaian berita pada 20 minit  pertama sarat dengan berita politik tanahair yang diberikan liputan cukup meluas mengikut acuan dan perancangan pihak berita mereka sendiri.

Dan tidak terlepas juga, laporan berita pendedahan mengenai dakwaan penyelewengan oleh Azmin Ali sekitar 16/17 tahun lalu dibongkar semula oleh blogger Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin….

Buletin Utama juga tidak lupa untuk memanggil semula beberapa individu pilihan untuk memberikan respon balas selepas sahaja pendedahan yang dibongkarkan oleh blogger Malaysia Today mengenai dakwaan skandal rasuah Azmin Ali ini termausklah individu seperti :

  1. Umi Hafilda (adik kepada Azmin Ali)
  2. Zahid Mat Arip (Mursyidul Am TIBAI – Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim)
  3. Ezam Mat Noor (Senator Dewan Negara)
  4. Datuk Zahrain (Ahli Parlimen Bebas – Bayan Baru)
  5. Ada yang tertinggal?

Pendirian kami jelas, cukup jelas. Yang salah tetap salah. Kami di sini, hanya perlukan pemimpin yang benar-benar bersih untuk menjaga dan mentadbir negara kita. Bukan kerana budi dan jasa tetapi berdasarkan integriti dan pendirian masing-masing. Kita sama sekali tidak perlu sama sekali menjadi totok dan menyokong secara membuta tuli. Tiada sokongan rakyat Malaysia, tiadalah mereka berada di atas sana untuk memimpin yang di bawah. Itu sebablah ada kalangan penyokong, yang sukar menerima dengan hati yang terbuka realiti yang berlaku pada pemimpin mereka.

Cuma kami agak sedikit hairan, apakah selama ini kertas siasatan yang tersimpan rapi oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan kemudiannya di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) “tidak sedar” kertas siasatan mengenai Azmin Ali selama bertahun-tahun lamanya, seolah-oleh kertas siasatan itu tidak pernah ada dengan mereka?

Sehingga menyebabkan seorang blogger “terpaksa” memberikan tekanan dan peringatan dengan mengeluarkan semula bukti di mana , Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga merangkap Ahli Parlimen Gobak, Azmin Ali didakwa melakukan penyelewengan dengan mengumpul kekayaan semasa beliau berkhidmat dengan kerajaan.

Walaubagaimanapun, kami tetap memuji SPRM yang bertindak pantas dan mengambil perhatian serius mengenai kes ini, lebih laju tindakan SPRM daripada “kelajuan cahaya” untuk membuka kertas siasatan dakwaan kes penyelewengan melibatkan Azmin Ali berdasarkan “pembongkaran semula” oleh blogger Malaysia Today. Tahniah kami ucapkan.

Berdasarkan semakan kami menunjukkan :

  • Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, Panel Penilai Operasi SPRM akan bermesyuarat hari ini (Khamis) bagi membincangkan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Mohamed Azmin dihentikan pada 1995
  • SPRM juga sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu terutama mengenai pendedahan dokumen rahsia berkenaan di Balai Polis Putrajaya.

Di bawah ini, Antara Dokumen Yang Didedahkan Semula Oleh Raja Petra Kamaruddin mengenai dakwaan penyelewengan Azmin Ali dan salahguna kuasa Anwar Ibrahim semasa bergelar Timbalan Perdana Menteri pada masa itu :

 

Dokumen penuh boleh anda perolehi di sini, melalui artikel yang bertajuk (MACC ‘Deep Throat’ comes out of the closet)

Yang menariknya di sini, pendedahan ini mengatakan :

  • BPR pada masa itu menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar Ibrahim yang ketika itu menjawat jawatan orang nombor dua dalam kerajaan Malaysia ketika itu selepas Datuk Mahathir ketika itu.
  • Azmin Ali didakwa memilki harta sejak 1991 – 1995, antaranya sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft

Kami pulangkan semula kuasa yang ada pada SPRM untuk menjalankan siasatan dengan setelus mungkin. Jikalau bersalah mengapa tidak diheretkan mana-mana rakyat Malaysia atau pemimpin tidak kira “ikan jerung atau ikan bilis” dihadapkan ke muka pengadilan. Apa respon balas anda pula?


{ 101 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 bigboy May 31, 2012 at 9:26 am

kalu betul,dakwalah ajelah… ini saman, pastu senyap…saman, senyap… g mahkamah, tangguh, g mahkamah, tangguh.. bosan tol aku..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Selipar Jepun June 1, 2012 at 12:17 pm

Itulah metaliti politik Malaysia, hehehehe…PEACE!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Reduan June 2, 2012 at 12:26 pm

Tak pe. Biasa la tu. nak2 dekat pilihanraya nih. mcm 2008 dulu. mcm2 berita keluar. dakwa sana dakwa sini. lepas tu senyap. pasal takde bukti utk benda tak wujud.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 joe October 23, 2012 at 7:46 pm

btol tu reduan..mainan poloitik sume ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 sabri June 1, 2012 at 12:44 pm

sah memang orang pembangkang kuat rasuah, lepas tu x malu tuduh pemimpin BN, padahal langsung x ada bukti, mungkin puak2 pembangkang ni malu lihat pemimpin BN hidup sederhana kot.

mai la siasat di Kedah, berpuluh tahun Kedah tiada kes langusng tiba2 la ni pakat nak rebut tender la, jawatan MB la, jawatan exco la, bukti pembangkang mahukan kuasa. Siap kedai judi pun ada.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 red card June 2, 2012 at 12:38 am

kau tak takot mati ka sabri.. bawak2 insaf la sama…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 semut api June 2, 2012 at 11:59 pm

nyanyok..sederhana ke pemimpin bn? belanja pun nak juta2, beli brg kemas pun juta2, bela lembu pun ratus juta, kereta juta2, rumah banglo juta2….mungkin ko salah seekor lembu kak jat yg diberi makan rumput kering harga juta2 kot.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Shack June 4, 2012 at 6:39 am

BN,PKR pun sama sja sabri..rasuah ni x kira parti,engko silap2 pernah rasuah juga walau sesen..tepuk dada tanya IMAN..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 joe October 23, 2012 at 7:50 pm

sederhana la sgt hidup pemimpin umno tu sabri oiii…cincin rosmah pon dh 24juta,blom lg benda lain tu…ape daa lu..sesat dlm terang…tu la pasal byk sgt mkn gula2 umno…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 tempe cicah sambal kicap June 3, 2012 at 10:38 pm

kenapa hanya sebut azmin dan anwar jer….?
bagaimana dengan PM, KPN, pengarah BPR masa itu…?
mereka bos jadi kenapa tidak buat tindakan yg sepatutny pada kes itu ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Petai May 31, 2012 at 9:35 am

alhamdulillah kebenaran tentang kekotoran semakin terserlah, rakyat masih ada peluang untuk berubah kembali untuk beri sokongan kepada Barisan Nasional

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 org berijazah May 31, 2012 at 9:58 am

Kesian org umno..mereka ni x dpt bfikir dengan baik….cerita 20 tahun sudah semasa org tu dlm gov.sebelum anwar dhumban.sebelum bermulanya suatu perjuangan..masa era ketiadaan tekbologi..yg sekarang ni chor..yg sekarang ni chor..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 farisha June 2, 2012 at 8:49 am

petio, cam ni le kita pakat pru 13 jgn pangkah umno jgn pangkah pkr krn dua2 sama. kita pangkah pas dan dap aje

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 petio May 31, 2012 at 10:04 am

ini kekotoran dulu…masa tu anwar siapa? azmin siapa?
umno?bn?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 pelik May 31, 2012 at 10:02 pm

betul tu, keluar umno jadi pkr, sama aje busuknye..dulu pemimpin , sekarang pemimpin pembangkang, tak de beza pun, tukar nama tak tukar org pun..pusing2 balik2 tangtu je..boring..nye aku…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 Penyamun umno May 31, 2012 at 10:04 pm

Umno BN pe mampus

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 joe October 23, 2012 at 8:08 pm

adui lawak la ko ni petai…….sakit perut aku gelak kan ko…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 temulawa May 31, 2012 at 9:37 am

Berita Semasa ni ade je tapi nye…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 Otromen Taro May 31, 2012 at 12:14 pm

betul lah…..tiap2 citer aku tgk mesti ade tapinye….hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 kutooobamboo May 31, 2012 at 9:47 am

yahhhh tak taulah betoil ker tak.. betol kan jer lahh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 ericoanaci May 31, 2012 at 9:47 am

alah kutooo mmg betol lah. tu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 A r a i May 31, 2012 at 9:52 am

Pada pendapatan saya lebih baik jika diadakan satu akta untuk memaksa menteri menteri, ahli parlimen, wakil rakyat dan yang seangkatan dengannya mengisytiharkan harta harta mereka sebelum sewaktu selepas memegang jawatan. Kemudian buatlah siasatan mana yang patut jika ada yang tak kena dengan akaun dan aset mereka. Ini tak lepas sorang, sorang, pulak tu dipilih pilih akan individu ni. Macam dirancang saja seperti ada tujuan tertentu pulak. Yang salah tetap salah. Tidak kira anda dipihak yang mana.
Agak agak kita benci orang tu, wah sepantas kilat kita buat siasatan. Kalau orang tu member kita buat lambat lambat beri masa untuk menyusun strategi mengelak dari kena dakwa. Saya harap pihak yang terlibat dalam siasatan bertindak dengan sewajarnya tanpa pilih bulu mengikut sop yang standart pada setiap individu. Saya amat berharap lebih ramai lagi individu individu yang terlibat kes rasuah didedahkan dan diambil tindakan TIDAK KIRA DI PIHAK MANA BELIAU BERADA.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 petio May 31, 2012 at 10:06 am

dulu dah dicadangkan ek bro….
siapa yang tolak cadangan tu???
pemimpin ____________

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 puih! May 31, 2012 at 10:40 am

yeah…
hehehe…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 kube May 31, 2012 at 1:59 pm

aku sokong sgt pendapat ko tu..ini baru tahap bilis je..yg kelas jerung paus keatas blom keluar lg..kalau rakyat tgk mesti kena lemah jantung 40hari 40malam…secara zahirnya PKR tu kan pecahan dari umno jgk..umpama emak sama tp bapa lain lain..dulu umno(jahiliyah) skrg mungkin dah sedar kot??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 sytecx May 31, 2012 at 11:49 pm

ada la sedar sikit kot..tapi..
eh timbalan perdana menteri besar tol power dia utuk suruh kes tu ditutup ye? kalau betol la kn nape la pihak umeno ni x nk gunakan kes ni awal2 lagi utk kasi habis je?simpan utk pilihan raya je ke? atau……. satu lagi wayang KERAjaan Bohong Negara?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 joe October 23, 2012 at 8:52 pm

wayang terbaru ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 ericoanaci May 31, 2012 at 10:01 am

kasik potong anu dia… lps ni dah tak buat lg..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 valuation May 31, 2012 at 10:01 am

Salam, di pagi yang berbahagia ini.

BPR sila siasat berkenaan pekara tersebut tidak kira la orang tu PKR, PAS atau UMNO.

Ada banyak orang yang berselindung di dalam politik dan sentiasa mengambil rasuah. Kami sebagai rakyat sudah bosan dengan tingkah laku orang politik yang makan rasuah dan berhasrat dengan cara yang licik.

Siasat jangan tak siasat termasuklah sesiapa sahaja tak kira pangkat, jawatan, pengaruh dan kuasa seseorang itu di Malaysia ini.

Bersihkan pengamal politik dalam negara dengan orang orang macam ini. Kami benci dan muak melihat manusia bertopengkan membela rakyat tetapi bertindak Demi untuk membuncitkan perut sendiri. Ada banyak lagi kes-kes sebegini di Malaysia. BPR perlu siasat dan bebas.

Demi menyucikan politik negara dan menjauhi rasuah. BPR perlu diletakan terus di bawah pentadbiran YANG MULIA DI PERTUAN AGUNG Malaysia dan Majlis Raja-Raja. dengan ini, tiada siapa lagi boleh membudakkan BPR termasuklah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Setiausaha Sulit, Setiausaha, Eksekutif Kerajaan, Ketua Peguam Negara atau sesiapa sahaja yang difikir layak mengawal keberkesanan BPR atau sesiapa saja yang berkepentingan termasuklah Ketua Polis Negara, Sesiapa sahaja mahupun Ketua Gengster, kakitangan awam dan orang perseorangan dan hatta Kerabat Di raja.

Undang-undang rasuah perlu digubal dan ditambah lagi dengan hukuman ganti rugi teladan 1 juta bersama penjara madotori 5 tahun. Nama mereka juga di senarai hitamkan untuk menjadi pemimpin, ahli politik, menjawat jawatan penjawat awam, dan disenarai hitamkan dari menjadi pengundi selama 20 tahun.

Kita semua berharap BPR di beri kuasa penuh sepenuhnya dan Diletakan terus di Bawah Kuasa Yang Mulia Di Pertuan Agung Malaysia. Oleh yang demikian, Yang MUlia Di Pertuan Agung adalah pemerintah tertinggi bagi memimpin BPR dan mencegah rasuah.

Cadangan tersebut telah pak cik ajukan sebelum ini sejak tahun lepas. Beritasemasa juga pernah menyiarkan artikel berkenaan rasuah sebelum ini.

Pak cik secara rasmi, menyokong sepenuh hati usaha BPR dan siasat sesiapa sahaja individu yang makan rasuah termasuklah ahli politik PAS, PKR atau UMNO.

Sekarang, kes Azmin dan Anuar, siasat terus, jika bersalah, sumbatkan sahaja ke dalam JEL. Siasat sahaja semua kes rasuah di Malaysia tanpa kompromi.

Seluruh rakyat Malaysia melihat peranan BPR dan kami mahu BPR menjalankan tugasnya dan bersihkan RASUAH di Malaysia!!!!.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 puih! May 31, 2012 at 10:44 am

betol tu pakcik..
siasat jer tak kira la siapa mereka..
parti mana sekalipun kena siasat..
kami mahukan negara bebas rasuah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 Otromen Taro May 31, 2012 at 12:17 pm

aku sokong.siasat sape2 saje x kira dr parti n pihak mane pon.hari2 dgr citer psl politik kotor, pening pale aku.yg kerajaan la yang pembangkanglah….sume same…knp lah xde pemimpin yg btl2 memimpin negara n rakyat berlandaskan al-quran dan sunnah.100% ikut…baru malaysia ni bebas dari segala “KEKOTORAN”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 bewoxair May 31, 2012 at 2:29 pm

betul tu pokcik….. masaalahnya org2 bpr tu org sapa? org2 spr tu org sapa? gaji dorang kan di bayar oleh kerajaan UMNO… dr poket menteri2 UMNO tu… gaji dorang… bukan duit2 rakyat… bukan dr hasil negara… tapi strait dr poket dorang… jgn tak tau….
hak tuih….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 bewoxair May 31, 2012 at 2:30 pm

tak dapek do…. adakah pakcik bermimpi di siang hari?…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 pemerhati May 31, 2012 at 3:03 pm

ini ke sikap orang atas pagar? aku baca komen ko dah tau ko ni budak-budak tak matang.

BPR @ SPRM under JPA, orang JPA dibayar gaji dengan duit rakyat! kalau ko nak menulis pun tulislah dengan fakta.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 bewoxair June 1, 2012 at 12:10 am

ko ni lagi bodoh…. tatau org dok perli…. bodo sombongla ni… sesikit nak fakta….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 abusayyaf May 31, 2012 at 11:26 am

valuation
aku sokong cadangan ni,
dan aku percaya org2 politik xkan sokong punye,
kalau ada yg sokong pun mungkin TGNA je, yg lain ?????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 ADUN June 1, 2012 at 4:37 pm

kami seluruh wakil rakyat menolak cadangan menyiasat harta kami. sekian. jika harta pembangkang, kami setuju. siasat hingga lubang cacing.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 tat June 1, 2012 at 5:37 pm

Kalau setakat air liur aje mana sprm nak siasat pakcik valuation oii!!!.bekalkan bukti bukti sekali ada berlaku rashuah. macam isu beberapa bulan lepas dato shafie abdal dan zahida rafik tu..dari mana zahida mendapat kekayaan? memiliki rumah mewah, kereta mewah, jawabnya tiada bukti nak mensabitkan mereka.

oh ye, kes tu dah ditutupkan, pemandu zahida pun dah bebas kan?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 tupai3 May 31, 2012 at 10:14 am

Bosanlah cerita politik mesia skrg, pelakon semua yg sama aje. Takde kemajuan langsung. Dedah sana sini tp hampeh.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 bewoxair May 31, 2012 at 2:25 pm

betul tu bro…. aku dok tunggu gak… bilala citer belu nak dihalalkan…… pelakon dah ramai…..
dulu dok sibuk cari citer pasal si nuar…. bogel la liwat la… cinadol la…. dah abis kot…. skang si azmin la pulak… aku tgh tunggu ni… bila plak cite belu dia nak kuar…. kalau terdesak sgt akan adala….
abis cite si azmin ni…. cite sapa pulak ye?… tgna plak kot? kalu tak pon tghadi…. nak wat citer pasal karpal, tau plak takut… hm…. kite tunggu jela ye… cite2 belu yg akan kuar nanti….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 joe October 23, 2012 at 9:56 pm

tp belu die x bes la..x de kaler,itam putih x clear la…hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 Tokey Pasir Kampar May 31, 2012 at 10:14 am

Haha..Siasat ! Jangan tak siasat.. ! Murshidul Am TIBAI dah bagi warning kat SPRM, cepat siasat kes rasuah Azmin dalam masa 7 hari.. kalau tak siap, ahli TIBAI akan berdemo di hadapan bangunan SPRM.. propaganda je lebih dekat PRU13..last sekali kes digugurkan sebab kekurangan bukti..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 Anti tipu May 31, 2012 at 11:32 am

SPRM nak siasat tapi serbasalah. Kalau siasat YB Azmin dan DS Anwar, maka pemimpin-pemimpin UMNO lain termasuk Tun Dr. Mahathir pun terpalit sama. Satu lagi kalau pun betullah (bukan fitnah) cerita Azmin ni, itu cerita masa dia dlm UMNO dulu. UMNO dengan rasuah ni kan dah macam makan nasi dengan ikan masin (duit), mesti tambah sambal belacan (rasuah). Sekarang YB Azmin dah sedar, kaya mana le YB Azmin dan DS Anwar sekarang ni. Sudahlah puak-puak UMNO ni. Kamu macam anjing menyalak bukit. Ekor bergelumang dengan tah*.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 antiDAP June 1, 2012 at 10:49 am

kalau dah sedar, xde ler dia nak simpan duit rasuah tu.. ini tak, makin bertambah dia punya hasil. duit tu beranak agaknya. atau pun mungkin rasuah ni hanya haram bg orang umno, tapi halal untuk pkr. tu baru duit rasuah, belum lahi moral utk video seksnya. jahanamlah negara ada pemimpin camni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 temulawa June 5, 2012 at 2:27 pm

aah la…toi gak…kalo dh sedar xde la dia dok simpan duit rasuah tu..dok beranak lg ade ye…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 pemerhati May 31, 2012 at 12:06 pm

sudah jelas lagi bersuluh…azmin ali ni “jerung” juga…ingatkan “bilis” pejuang kaum laut…

kes ni juga menunjukkan bahawa:-

1)BPR dahulu tunduk pada tekanan politik, sekarang SPRM tak tahulah pula jika masih tunduk

2)anwar ibrahim menggunakan proxy kuasanya untuk menutup kesalahan anak-anak “jerung”nya

inilah contoh sikap pemimpin “harapan” rakyat marhaen…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 bewoxair May 31, 2012 at 2:19 pm

bro… takyah la nak ngaku ko pemerhati/atas pagar….
menda ni dah lama berlaku…. napa br nak di timbulkan? ke pasal nak tutup kes lembu?
aku rasa ko ni org2 upahan umno…. nak tunjuk yg ko dr atas pagar dah memberat ka umno….
tak payah la nak ngajak org2 atas pagar cam aku ni memberat ke mana2 pihak…
aku dulu, kini dan selamanya akan dok atas pagar…. senang nak cantas ke2-2 belah pihak…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 pemerhati May 31, 2012 at 2:57 pm

apa yang ko mengarut ni?

ada ke aku ajak korang sokong BN?

apa kaitan komen aku dengan NFC?

aku memang benci + meluat pemimpin yang kononnya memperjuangkan hak rakyat, tapi main wayang!

tak kiralah BN @ PR, pemimpin yang kotor wajib ditolak!

ko nak sokong apa pun ikut suka engkaulah, ko atas pagar ke apa ke apa aku kisah!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 umno May 31, 2012 at 12:27 pm

Ini telah terbukti bahawa perjuangan PKR adalah tidak membela nasib rakyat

Hanya pimpinan UMno sahaja yang benar benar telus membela nasib rakyat

Lihat segala kes rasuah berpihak kepada PKR

Ketelusan dan keikhlasan pimpinan UMNO tiada tandingan dan tidak boleh dipersoalkan lagi

Terus la anda semua memberi sokongan kepada umno demi kesejahteraan masyarakat.

Umno parti yang bersih dan benci rasuah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 bewoxair May 31, 2012 at 2:14 pm

bro… takyah la guna nama umno…. aku tau ko org pembangkang…. saje nak provoke org2 dr parti pembangkang…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 najib yang bijak May 31, 2012 at 5:03 pm

taktik dan org yg hampir putus asa tu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 bewoxair June 1, 2012 at 12:14 am

samo yo ngan geng ko tu….
ramai yg sedang dan telah dilatih tuk menutup kebocoran umno kat alam maya ni….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 Anti tipu June 3, 2012 at 4:06 pm

Aku cabar SPRM siasat harta Tun Dr. M, Tun Abdullah, DS Najib, dan Semua ahli kabinet. Lepas tu dedahkan kepada parlimen termasuk harta DS Anwar dan YB Azmin . Kalau dedahkan kat paper pun boleh. SPRM dan UMNO macam anjing menyalak bukit. Ekor penuh dengan tahi.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 joe October 23, 2012 at 10:05 pm

lawak la ko ni umno…bengong2 alang ko ni kan…hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 mat May 31, 2012 at 1:03 pm

umno bersih dari rasuah?..bukan ke dulu mrk2 tu dok dlm umno?bukan ke rasuah dah jadi darah daging umnobn?dulu kini selamanya..dari pemilihan parti,p/raya smpai ke kerajaan trbabit rasuah,kroni,korupsi dll..yg sprm pon dgn pntas siasat kes 17 thn dulu tapi kes yg baru mcm kes kapal selam scorpene libatkan PM lembab la pulak,buat2 tak nmpak lak tu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 joe October 23, 2012 at 10:09 pm

emm kes kapal selam tu kira setel dh tu…angap je xde pape trjadi…”kate najib”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 bewoxair May 31, 2012 at 2:10 pm

hahahaha…. pilihanraya dah makin dekat….
jom pakat2 telanjangkan org……..
makin dekat p/raya makin banyak cite2 belu/lucah/hamjadah/rasuah/dan segala mcm berita2 sensasi untuk tontonan anak2 remaja bawah umo. untuk satu titik pembelajaran tidak langsung wat dorang…. menjadikan semua menda tu adalah satu kelaziman/lumrah dalam kehidupan. (kalau dorang buat pon tak dela nak malu sgt)
liwat/rogol/zina/keruntuhan akhlak adalah salah satu dr cabang kehidupan…. menda2 tu salah… tp takde menda pun… sbb tu berita selalu dok kuar menda2 mcm ni… adab sopan/budibahasa/sifat malu itu semua kekampungan… tak up to date la org katakan…..
welkam… welkam… to zaman jahiliah yg selalu di sebut oleh Nabi s.a.w. dan kpd pencari berita2 sensasi mcm ni… tahniah (korang pun dapat gak saham tuu….)…. nanti kita pakat tengok adab perangai cucu cicit kita nanti…. tak lama lg malaysia akan jd cam turki…. arak? bole je, malah harus di minum…. tudung?…. nak pakai bleh… tp kena pakai ngan skirt pendek….. taubat?… dah tua nanti kita pakat2 la tobat…..
time kasih kpd kerajaanku…. kerana menerapkan nilai2 MURNI dalam kehidupan anak2 muda jaman sekarang…. begitu juga ngan puak2 pembangkang….. (jom pakat2 tambah saham kita kat sana)….
satu kebaikan yg kita ajarkan…. insyaAllah ada lah saham yg sentiasa berkembang selagi ajaran itu di gunapakai… begitu juga ngan ajaran buruk/fitnah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 MeLayU Layu!! May 31, 2012 at 3:20 pm

wahh org melayu lagi…hahahaha mmg k0rng bngse layu lahh.. melayu mmg amalkn p0litik k0tor…hahahaha.. time nie bngse mne yg pgg bpr ekk? spe pm kita? timbln pm? pegawai yg myiasat spe? hakim bngse mane yg spptnye uruskn? wakakakakaka… melayu bod0 lahhh yg pye kije nie..hahahahaha

p/s: sy bkn org melayu tp sy beragama islam….sy jijik mgaku sy nie bngse melayu..kalo isi mne2 f0rm part bnge t0h sy tuli lain2…
ppatah hang tuah “xkn melayu ilang d dunia” mksd nyew prngai org melayu yg b0ngkak bod0 smb0ng sial dll smuanye xkn ilang… hahahahaha id0p melayu layu!!!!!! hahahahahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 kerusi May 31, 2012 at 3:55 pm

ala dah dekat pru13.biasalh smua kena bongkar..siapa lh orgnya yg snggup brsusah pth mcari kslhn2 yg 16thun lpas? Taib mahmud tak kena siasat ke?dia tu bkn jerung tetapi bapak jerung

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 Umno temberang bangsa June 1, 2012 at 1:06 am

tu tak payah kira, harta dia melimpah ruah dah kat sarawak. ni dah kira moyang jerung dah ni, 100keturunan pun tak habis harta dia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 pelik June 1, 2012 at 10:12 am

la org kat serawak asyik pangkah moyang jerung buat ape..pangkah la ikan bilis yg lain, ikan pari ke, ikan talapia ke.. so tak de la moyang ikan jerung tu tertungguk aje kat situ hehehe, org belah semanjung tak dapek le nak tolon….u all pakat2 le pangkah ikan lain na…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 pelik June 1, 2012 at 10:45 am

aku rasa kan if setiap 5 tahun kita pangkah org lain, maka tak sempat la ikan2 ni membesar jadi jerung hehehe. why dont kita semua bagi kuasa kat depa 5 thn aje, lepas tu tukar org lain n always tukar pangkah kita pada org lain every 5 years. so depa ni semua tak dpt le membesar jadi jerung.. biar membesar takat ikan talapia je..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 Umno temberang bangsa June 1, 2012 at 3:54 pm

undi semua moyang jerung dah beli bro.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 Insafnya Akuuuu... May 31, 2012 at 4:53 pm

Hari ini adalah hari paling bersejarah dalam hidup aku kerana telah insaf untuk masuk UMNO yang bagus, gah, hebat, canggih dan lain-lain lagi di dunia nyata dan alam jin. Semoga perjuangan UMNO terus berjuang untuk orang melayu dan …… ? acah jer…tengah cari parti yang betul betul perjuang nasib rakyat malaysia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 joe October 23, 2012 at 10:22 pm

PAS la yg memperjuangkan melayu n islam..umno untuk memperjuangkan melayu je der,entah yea ntah tidak tu aku pn xtau la..agama islam umno x peduli..sembang pasal agama mcm bgus,buatnye x..x yah la ko percaya munafik umno ni der…menyokong pemimpin zalim adalah zalim der..tempat org zalim kt ahirat nti kt mane der?pikir sendiri la der…peace

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 valuation May 31, 2012 at 4:59 pm

Bewoxair, sememang pak cik bermimpi di siang hari. Masa pak cik dah banyak berlalu dan pak cik tak dapat menyumbang apa apa kebaikan untuk masyarakat dan negara.

Pak cik harap, Bewoxair yang masih muda dan masih banyak masa boleh memimpin masa depan negara dengan melaksanakan tugas dengan penuh amanah tanpa mengambil kesempatan atas kedudukan suatu hari nanti.

Pak cik yakin, tamadun yang hilang itu boleh di bina kembali. Tanah ini telah menjadi saksi. Telah tercatat wujudnya laksamana terbilang dari tanah ini membawa khabar hingga ke seberang dunia.

pak cik, adik adik yang muda semua di sini bersatu hati untuk terus menentang rasuah dalam negara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 rosmah cincin besar May 31, 2012 at 5:35 pm
68 rosmah cincin besar May 31, 2012 at 5:36 pm

tengokla jari aku nih..besar kan??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 rosmah cincin gergasi May 31, 2012 at 11:29 pm

aaaa… betulla..
besar sebab terketuk tukul besi…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 Amirul May 31, 2012 at 6:07 pm

Em…em…menarik2…Aku xnk cakap la pasai rasuah ka penyelewengan ka…yang komen kat atas dah banyak. cuma kalo korang tgk dokumen-dokumen siasatan BPR tu siap ada cop SULIT!! SULIT!! So maknanya Ada orang BPR sudah bocor…sebagai penjawat awam…

kalau kes NFC, yang kerja Bank tu dikira pecah amanah n diambil tindakan…adak2 kes ni ada ka org SPR tu kena tindakan…

Cer pk…Cer pk…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 semut api May 31, 2012 at 6:25 pm

kes lembu shahrizat ditutup, sibuk dengan nak buka kes lama.

Tapi bagi aku kes azmin ni betul ke salah tak kesah buka je semula kes tersebut.
Apa yg dpt dinilai di sini, sesiapa dalam umno bn pasti selamat kes rasuah. Jadi, kena siasat semua aset menteri umno bn baru kita tau..kalau ada yg kereta berlambak dan hartanah bertimbun, siasat jugalah isteri menteri yg bukan menteri yg ada aset barang kemas juta2.
Kita tukar parti kerajaan, baru kita nampak semua penyelewengan selama ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 red card May 31, 2012 at 9:18 pm

dulu kena la tutup waktu tu bn, sekarang timbalan dah jadi pembangkang, kena buka la balik… kau kena tunggu pembangkang memerintah , atau shahrizat masuk pembangkang, baru boleh buka kes…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

73 semut api June 1, 2012 at 12:49 am

betul tu..dalam bn semua boleh tutup dan yg bukan ustaz pun boleh jadi ustaz.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

74 Pen hitam May 31, 2012 at 6:45 pm

Siasat jelah, tak payah kecoh2 tiap2 hari kat media.
Berat betul politik malaysia ni.
Sepatutnya kita berbicara tentang isu yg lebih positif tentang ekonomi,sosial dan sebagainya yg boleh memberikan impak yg positif kepada rakyat dan arena politik negara. Ni tak, berlumba2 nak tunjukkan siapa yg lebih teruk, ini ke tauladan yg kita nak tunjukkan pada bangsa kita..memalukan lagi adalah.
Aku dah muak dengan politik malaysia ni, semakin lama semakin parah.
Aku cadangkanlah, kalau ada parti yg asyik nak hidangkan dan hentam dgn isu negatif, aku rasa parti yg kena baik diam je dan biar mereka melalak dan memburuk2kan, tapi sebagai parti mangsa
kita usulkan idea memajukan negara, lepas tu kita tunjukkan sumbangan parti kita dan tunjukkan juga sumbangan parti musuh. Tak payah ikut cara org yg berhati busuk. Jangan risau berlaku baik pada musuh politik, sebab rakyat zaman sekarang bijak menilai dan takkan terima bulat2 tanpa berfikir.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

75 KOPI TENOM June 14, 2012 at 9:40 pm

Wah pen hitam bulih tahan lu punya ceramah, berjela jugalah. Saya setuju dengan pendapat pen hitam. Tapi yang part: “rakyat zaman sekarang bijak menilai dan takkan terima bulat2 tanpa berfikir.” tu yang saya rasa tak berapa kena tu. Kalau itulah tahap kematangan rakyat maaysia tak adalah maki memaki dalam laman ni, bagi gelaran macam2 kat orang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

76 joe October 23, 2012 at 10:33 pm

setuju dgn pen hitam

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

77 meon May 31, 2012 at 10:15 pm

setuju sangat dengan pendapat2 pakcik valuation.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

78 awek otai May 31, 2012 at 10:29 pm

kalau pun btol…malas nak ambil kesah lah…
dah puluhan thn lalu sekarang baru nak kecuh ?
kenapa masa berlakunya hal itu tak pun di ambil tindakan ?
PM masa tu pun perlu di persalahkan sebab sebagai ketua dia bolih ambil tindakan pada anwar, azmin, bpr, polis dan yg sesiapa yg berkaitan dgn kes tu… tapi apa dia dah buat ?
aku bukannya ssokong pada anwar dan PR ni tapi
kenapa sekarang baru nak kecuh…?
Ape BN dah rasa goyang ker ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

79 KOPI TENOM June 14, 2012 at 9:46 pm

Awek otai! kata tak sokong? Nampak dengan ? ? ? yang banyak tu + dengan soalan baris terakhir tu, sokong ler tu! Apa lagi yang bukan bukan nye tu!!!! kih! kih! kih! Peace yoo!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

80 joe October 23, 2012 at 10:35 pm

goyang pnya pasal la tu reka2 cite,fitnah sane sini…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

81 awek otai May 31, 2012 at 10:38 pm

SPRM MESTI CARI LEMBU2 YG BARU LESAP TU DULU…
BARU LOGIK UTK BUKAK CERITA LAMA….
MUAK DAN MELUAT LAH TENGOK KERJA MACAM NI…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

82 Bob May 31, 2012 at 10:49 pm

Pehh…kaya betul azmin…pemimpin umno tak lah sekaya ni….dasyat…tak pernah lg aku tgk org umno pakai keta BMW…sprm…siasat segera….jgn siasat org umno pulak…org umno tak pernah makan rasuah…semua baik,alim,cerdik…ishk,ishk….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

83 semut api June 1, 2012 at 1:01 am

betul tu bob, org umno tak pernah pakai BMW, proton satria, proton wira, proton perdana..tapi org umno pakai porsche, hummer, bugatti veyron,ferrari..
tulah bob, org umno ni mcm baik, alim, tapi kalau dapat siasat mau terbeliak mata rakyat malaysia tengok harta mereka. tapi ada gak cerdik mengaburi mata rakyat dgn letak nama saudara mara atau anak isteri, tu yg sampai ada isteri yg dapat beli barang kemas juta2.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

84 Hud June 1, 2012 at 3:10 am

Ini bukan soal lama x lama..siasat terus..jgn plih kasih..umno ke pkr ke, yg pnting jgn pilih kasih..aku b4 this undi pakatan..tp bila tgk anwar n azmin mcm kemaruk kuasa,mcm menyampah pulak..belum pegang negara dh riuh psal nk jd pm..then dtg karpal singh..pun citer siapa bkal pm..

Bg aku, anwar n the team terlalu obses nk tawan putrajaya tp x memandang isu2 lain..psal anwar nnt, melayu sama melayu bergaduh..

Siapa pun pm, yg pnting kebajikan org melayu dijaga, agama islam dipelihara..jgn nnt bala menimpa..bangsa lain mmg duk tggu melayu berpecah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

85 tat June 1, 2012 at 12:29 pm

falsafah mengatakan berusaha dan ikhtiar dapat mencapai kejayaan,, tak kira matlamat baik atau matlamat tak baik,,
contoh nak merompak, setelah bersungguh2 berusaha, berjaya juga siperompak..ini matlamat jahat, begitu juga nak tawan putrajaya,,kalau bersungguh2 lambat laun akan berjaya juga.
apa yang berlaku sekarang sipembangkang sedang berusaha dengan bersungguh2 untuk mencapai matlamatnya.. begitu juga pemerintah sedang bersungguh2 mempertahankan putrajaya, dengan banyak modal yang telah di laburkan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

86 najwa latif June 1, 2012 at 3:27 am

hope pak cik azmin ade anak lelaki, boleh najwa couple ngn anak org kaya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

87 ustazah mesir June 1, 2012 at 9:58 am

kalau nak bebas dari tuduhan…ha..ha…pergi buat umrah cam dato shahrizat..berdoalah banyak2,,kalau ada duit banyak, buatlah umrah 3 atau 4 kali.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

88 Puan A June 1, 2012 at 4:28 pm

apapun kita boleh buat jika ada kuasa kan?hamba sahaya cam kita nih melopong je la dengar cite2 cam nih..hehehe…anyway perbuatan baik dibalas baik; dan sebaliknya..peace!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

89 farisha June 2, 2012 at 9:16 am

klu bn umno dn pkr dua2 sama pru 13 kita pangkah pas dan dap ok.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

90 ana mualimah June 2, 2012 at 6:39 pm

Farisha,pangkah DAP??jgnlah bercakap menurut nafsu.nak sgt ke hak melayu tergadai?ko fikir bila DAP memerintah apa depa nak dgr cakap PAS?jgn harap….silap haribulan azan kat masjid pun tak blh guna speaker..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

91 semut api June 3, 2012 at 12:05 am

ko ingat senang2 ke DAP nak buat mcm tu! ko ingat dia org bodoh ke nak buat mcm tu yg boleh kurangkan sokongan rakyat pada mereka? Cakap pun ikut sedap mulut dah sama mcm burung tiong ulang je ckp si penipu bn.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

92 jo@pj June 2, 2012 at 10:59 am

Skrg bn tgh cari kes2 yg besar..cm thn2 lpas gak..ad je kes besar,bn trus adakan p.raya tnpa t,tangguh2..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

93 orang asli June 3, 2012 at 8:46 am

siasat dgn adil dn tdk berat sebalah …. rakyat pandai nilai, tindakan yg berat sebalah lebih menambah kebencian rakyat kpd pemerintah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

94 orangbijak June 5, 2012 at 3:59 pm

ade je TV3 ni ngan berita2 yang nak memburukkan orang lain. berita tv3 ni macam akhbar metro, dengar boleh, kalau nak percaya kene cari sumber lain dulu. Dieorang ni lidah kerajaan, tak bebas langsung

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

95 skywalker June 5, 2012 at 9:44 pm

hahaha…
khidmat azmin dah xdiperlukan oleh anwar..
skrg anwar pn xnk backup azmin dah..
masa utk ditendang keluar dgn sebar video sex beliau..
inilah cara anwar…
jgn salahkan stesen tv dan akhbar jer ORANGBIJAK…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

96 joe October 23, 2012 at 10:46 pm

skywalker ni dh la bodo..sombong lak tu…hakkktuiii

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

97 penegak keadilan June 6, 2012 at 9:41 am

TV3 mmg sampah.. anjing.. gampang sumer ade.. dorg dh xde modal nk wat cerita n farid redzuan 2 nk dpt tmpt kt ati rosmah, 2 yg bt citer bkn2.. mmg gampang la tv3, klau btol, kuarkn bukti, lpas 2 suh pemimpin2 negara yg tergolong dlm UMNgOk 2 skali wat ishtihar harta.. ade bran??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

98 kepala berjambol June 12, 2012 at 4:58 pm

skywalker..memang patot nama ko camgitu…ko cuma berjalan kt atas sky je..tp x brpijk dibumi yg nyata…ni lagi bangang..adalh plak kes razmin anwar yg buat..owwhh..lepas ni muhidin plak yg akn kena oleh najib psl najib dh xnak guna dia…haiikktuihh…tolol le ko ni….ke engko ni asyik jln kt awan dh lama x turun ke bumi…sbb tulah x tau butiran yg org ckp..ke nak aku terangkan…aku cadangkan ko beli batu 1000tan kasi turun walker ko tu supaya leh brpijak di bumi yg nya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

99 KOPI TENOM June 14, 2012 at 9:54 pm

Kepala berjambul, maksud ko, seperti Mahathir dan Anwar suatu ketika dahululah kan, tak gitu? Jangan hangat noh, cuma tanya? lagu tu ka?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

100 kabel putus June 14, 2012 at 12:38 pm

ni semua salah n punca dari umno. bagi point of view pembangkang..sedangkan ada orang kene samun pun boleh salahkan umno. pendapat je..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

101 kepala berjambol June 18, 2012 at 8:30 am

kopi tenom…haaa..lagu tu la…time suka dipuja..bila dah x suka di benci2..ha3…ala2 lirik lagu dulu2 plak bunyinya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: