Gambar Hiasan
Mulai bulan hadapan, kalangan kakitangan awam yang hanya menunjukkan prestasi yang rendah bakal diperhatikan dan dilatih khas oleh “buddy” dengan cara memberikan bimbangan dan motivasi. Begitulah konsep yang ingin diterapkan…
Tujuan Sistem Buddy Diperkenalkan :
Diperkenalkan dan merupakan inisiatif unit psikologi. “buddy” akan dipilih oleh jawatankuasa khas yang terdiri daripada kakitangan sumber manusia dan psikologi :
- Menjadikan perkhidmatan awam ”lebih dinamik” dengan meningkatkan produktiviti kalangan kakitangan awam yang bermasalah
- Membina semangat dikalangan kakitangan awam
Apa yang boleh diperhatikan kebanyakan kakitangan awam yang bermasalah ada beberapa sebab dan faktor. Antaranya ialah :
- Kalangan antara mereka sering berasa tertekan ini sehingga tidak tahu cara yang sesuai untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi
- Terdapat kakitangan kakitangan yang boleh dikatakan “ghairah” terhadap seuatu tugas dan kerja yang diamanahkan kepadanya. Ini boleh dikatakan senario biasa. Tetapi yang menjadi masalahnya ada di antara mereka tidak tahu bagaimana cara nak salurkan ketegangan dan tekanan yang dihadapinya ke saluran yang lebih sesuai
- Dan, yang ketiga. Ini boleh dikatakan antara yang tergolong “kaki malas”, “kaki EL”, “kaki tutup kaunter” dan lain-lain lagi. Bukan semua kakitangan awam seperti ini. Tetapi hakikatnya memang ada. Golongan seperti ini yang telah memberikan imej buruk kepada majoriti kakitangan awam selama ini dan sepatutnya diberikan perhatian yang lebih serius.
Pada pandangan kami, manusia yang lazimnya sudah lama berada di zon yang selesa memang sukar untuk berubah. Jadi bagi kami kawalan melalui buddy sistem ini dilihat kurang efektif dan ia perlu juga diperhatikan kepada situasi yang dialami oleh kalangan kakitangan awam tersebut. Sekadar cakap-cakap dan nasihat selalunya kurang memberikan kesan dan impaknya kepada orang bawahannya. Contohnya :
- Ada yang pekerja yang dihantar ke kem motivasi tetapi beberapa lama selepas motivasi untuk berubah dan kembali rajin bekerja semula selepas pulang semua dari kem. Yang jelas, paling lama pun seminggu sahaja mampu bertahan. Selepas itu keadaan dan pemikiran kembali seperti sediakala.
- Cuma bagi kami sistem buddy ini lebih sesuai untuk dipraktikkan untuk kalangan kakitangan awam yang mengalami masalah tekanan supaya senang masalah tersebut dapat dikawal sebelum ia menjadi lebih buruk. Seperti apa yang berlaku kes baru-baru ini di mana doktor pelatih yang baru-baru ini meninggal dunia sekurang-kurangnya dapata dihindari dan dicegah lebih awal.
Tetapi jika sudah tidak mampu prestasi yang baik dan sikap pemalas yang sukar untuk diubah, walaupun sudah diberikan ruang dan peluang bertugas dijabatan lain. Akhirnya, pembuangan kalangan kakitangan awam seperti ini sepatutnya disingkarkan daripada sektor awam. Kenapa kami katakan begini?
Ini kerana terdapat suatu kes, di sebuah negeri kami mendapat tahu terdapat kakitangan awam yang sudah beberapa bulan tidak datang bertugas tanpa sebab-sebab yang munasabah. Dan ada kalanya beliau datang hanya untuk beberpa hari beberapa hari, selepas itu kelibatnya tidak kelihatan. Bagaimana penjawat seperti ini boleh dipertahankan. Apabila diadukan masalah ini diperingkat atasan, rupanya individu ini “tidak boleh disentuh” kerana bapanya ada hubungan rapat dengan orang berpengaruh”. Erm..
P/S : Walaubagaimanapun, mungkin ini suatu permulaan yang baik. Sama-sama kita perhatikan perjalanan sistem buddy selepas ini
P/s : Apa pandangan awal dengan sistem buddy yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi ini?


{ 80 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Bagus gak sistem ni.. kat private lama dah implement tapi more to increase competency. kena make sure buddy tu tak mengajar benda lagi mengarut sudah..
Harap boleh improve terutama kakitangan kaunter. muka masam je (tak semua). mungkin buddy boleh letak Ronald McDonald atau badut bagi senyum lebar skt.
Kalau kat sekolah rendah “buddy system” ni selalu diadakan untuk pelajar darjah 1 yg baru masuk sekolah…
Ni dah tua bangka pun nak kene pakai “buddy system” gak…
tak pasal2 menambahkan mslah skandal dalam pejaba jatuh cinta kat pembimbing..
aahh… sudah
“sejak u bimbing motivate ai..ai rasa muda 20 tahun malam ni u free takkk?
tak payah buddy system mcm ni. selagi mslah politik dlm kerajaan tak setel, jgn mimpi nak buat mcm2 dasar yang last2 jerat diri sendiri
Setuju!!!
masa kat skolah dulu pun rasanya ada sistem macam ni. masa tu dipanggil Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. agaknya sistem yg sama la ni.
alah orang kerajaan buatlah macam mana pun
kalau dah teruk teruk jugak
rakyat bayar mahal2 cukai tapi suka curi tulang
binawe betol
ko tu yg bodoh..sbb tu gov x amek org mcm ko ni..kalu x nak byr cukai dok la hutan kwn ngan monyet..haha
setuju dgn awak, omar sebenarnya yg binawe a.k.a. bod*h piang
setuju jugak..omar pengangur kot, x dpt kerja..rugi amek org mcm ni bekerja..buat taik je
omar tu..orangnya bckp tak pikir tak guna otaknya..tapi cakap guna emosi..orang mcm omar nih lah patut kena sepak terajang ngan aku…
ha…ha..ha…betui tu aza…jeles ngan kita kakitangan kerajaan le tu…memang ramai kat luar tu yg jeles ngan kita
Aku orang gomen. sebenarnya ada 2 puak dlm gomen ni, puak rajin dan puak malas. Puak malas ni ada dua jenis. satu kuat melawan, satu kuat membodek. Yang kuat membodek nile yang menyusahkan puak yang ikhlas buat kerja. Ramai bos kat atas tak nampak.
wa caya lu bro! memang itu lah hakikatnya ..
Kerani kewangan JKR daerah beaufort, call jam 10, xmasuk lg, call jam 11.30, dah kuar, call jam 2 xmasuk lg, call jam 3 xmasuk lg, call jam 4, dah blk plak.. Lebih2 dari YB.. Mak aku kata, klu bagi rasuah, baru la dorg lompat2. Kesian mak aku, nak urus pencen arwah ayah aku sikit punya susah.
Dulu masa aku kat sabah, lagi masuk jauh dari KK, lagile teruk dia orang punye kerja. Kalau kat KK pun ada yang problem, kat Beaufort tu memang le teruk. Aku ada urusan rumah di kk dulu, pergi bahagian perumahan negeri, pegawai keluar repair kereta rosak. Ada sekali tu pergi pertandingan sukan sampai 4-5 hari. kalau bawah persekutuan ok sikit.
Ade elaun x sape yg jadi buddy tuh?huhu…
” Apabila diadukan masalah ini diperingkat atasan, rupanya individu ini “tidak boleh disentuh” kerana bapanya ada hubungan rapat dengan orang berpengaruh”.
—-sebelum buat apa2 rancangan pembaharuan nak dibuat/laksanakan ATASI dulu le benda2 mcm ni yang boleh menghancurkan semua jabatan2 perkhidmatan awam yang lembab ni(punca lembab adanya golongan org mcm ni le).
Silap haribulan buddy tu yg dipengaruhi sama-sama jadi staf bermasalah. yang solve masalah sekarang, mslah lain pulak yang jadik
haha…
belum pun settle Suruhanjaya Penambahbaikan, mcm2 benda plak keluar……….
Bulan..
setuju jika ianya adalah salah satu alternatif terbaik bagi menyelesaikan isu kakitangan yg bermasalah ini.
buddy system untuk pekerja yg bermasalah?
its like using coaching for performance issue….
tak sesuai…
sama je ada n xada…yg b’masalah tu semua yg ada cable2 bsr kt govt..sbb tu xleh buat apa2 pn..dh masak lah semua ni..
Pemandangan Kaunter Gomen….ada 15 kaunter..tapi 5 je yang buka,bila tanya kenapa yg len tak buka? dorang jawab yg lain p kursus…jawapan mudah dan ringkas…
Pemandangan Kaunter swasta….ada 15 kaunter..tapi 5 je buka, bila tanye “diaorang pegi kursus juga dan jumpe klien…mudah,tepat, dan ringkas…
pemandangan bank swasta, 8 kaunter 1 bukak. efisen katanya sekarang zaman IT.
saye baru sahaja reject offer keja kat JPN sbgai pembantu pendaftaran..saye reject sbb saye tau kalo keja gomen mesti saye jd x productive..wat task yg same tiap2 ari..x b’kembang la mind saye~.. bkn nak ckp gomen staff teruk sgt.. tp ntah la…rezeki org lain kot post tu..btol ke keja gomen je t’jamin idup?saye tau even path yg saye pilih ni(keja swasta) susah sket & x t’jamin mungkin,tp saye ske kn cabaran.. keja gov ni hanya utk golongan yg xmo pk cara lain utk future..tggu nak pencen je
… sowey,bkn nak kutuk org keja gomen, tp saye stress mak saye sggp b’masam muka dgn saye sekarang semata2 menegakkan hanye kerja dgn gomen saje la idup saye leh t’jamin.. redha saje la jln rezeki masing2 x sama.. huhuhuh
itu…kau punye pasal la…
-ve personnyer kamu~.. sharp tongue doesn’t mean you have a keen mind~ tq for the feedback~
im agree with brader Smurf and Omar..pandangan anda berasaskan realiti senario dan budaya kerja ‘gomen sekarang..akuilah kelemahan diri kita, nilai diri
keje gomen jd tak produktif???satu persepsi yg mengarut..
ramai yg pernah keje gomen kate cm tu..mungkin tak sesuai dgn cara kerja atau takada challenge..kot..
ko sanggop belakangkan mak ko? ko rase selamat ke kalo tak ikot kate mak ko? -2cents-
tindakan bijak bro. kalau x nak keja gomen, jangan ambik pastu pas setahun benti. bagi dkt org lain pos tu. mcm kes aku,aku dengan kwn aku ni interview utk jawatan pegawai fizik tahun 2008. aku x dpt tp kwn aku ni dpt. punyalah aku frust. pastu kwn aku senang2 berenti pas setahun sebab dia bagitahu boring kerja tu, xda masa depan. sekarang dia kerja bank. Dia jenis mcm brolah, suka cabaran. banyak customer, banyak untung..
sy bpendapat brader Smurf tu bukan bniat menghina tapi dia telah buat penelitian..yg terasa terhina tu makan cili la tu
pelik kan?orang lain beria2 minta keje..yg ko dah dapat keje ko reject plak?lagi pelik…yg ko pegi minta post kerajaan tu pesal ek? ko kata jadi x productive tapi ko mohon gak??mayb ko hanya layak post2 pembantu je kot..tu la ko rasa x productive..tapi x sedar diri yg kelulusan ko tu hanya layak utk post tu jer..tak berhak utk apply jawatan gred2 tinggi..dah dapat keje yg ko layak ko tolak..langsung tak bersyukur..mayb lepas ko dah tua esok ko akan terfikir kebenaran kata2 mak ko tuh..masa tu ko menangis air mata darah pon tak guna bro..jgn hina keje orang lain..setiap tugas ada cabaran tersendiri..even tukang kebun pon ada skop kerja yg tertentu..rezeki masing, yang penting halal..if ko rasa keje kerajaan tak mencabar..tak berkembang..tak produktif..that,s your own perception based on your -eve thought..how could you judge others profession when u dont even try??belajar menghormati, insya-Allah kamu juga akan dihormati…sorry if i,m wrong..yg baik dari Allah dan yg buruk dari aku hambanya yg lemah..hopefully u,ll think more than twice to criticize others..
sebenarnya dulu, 20thn dulu ada sorang cikgu aku nasihat pd muridnya(kami yg akan ambik spm)….klu kita nk kerja dgn kerajaan rakyat mestilah kita hormati,di sanjungi, dibantu dgn sedaya upaya jika perlu..bekerja besungguh sbb gaji kita dtg dr rakyat@pembayar cukai…jgn sampai disumpah oleh org@rakyat,jgn ngular..klu rasa tak mampu atau tak minat berhenti saja jgn makan gaji buta!! nnt tak halal rezeki dan bila diberi makan pd anak bini tak berkat….klu tak ikhlas nk berbakti pd rakyat jgn keje kerajaan..nak2 yg jd ciikgu klu mengajar murid dgn tak ikhlas@terpaksa sbb hati kita tak minat pd pekerjaan tu,takan sampai pd budak…nnt bila murid tak minat belajar subjek kita,ponteng kelas kita banyak masaalah2 lain akan timbul…itu pesanan arwah cikgu ghani yg sampai sekarang aku pegang…al-fatihah….
Setuju….
kalau kerja gomen tapi pemalas dan curi tulang, haram makan duit gaji dan duit pencen.
Im agree with brader Omar and Smurf..pendapat anda berdua memang berasaskan realiti sekarang..wa sokong!
Sekarang kau tengah sehat ko boleh cakap BESAR !!!!!…..
esok lusa minggu depan bulan depan tahun depan kau cacat seumur hidup baru kau tahu hidup kau terjamin ke tidak……….ko sakit puluh kali pergi klinik swasta duit ko yang banyak tu pun akan habis…kalau ko perempuan plakk asyik pergi hospital kalau swasta ko akan rasa camana layanan buruk orang yg asyik pergi hospital ni….kalau gomen lain citer…..JANGAN BONGKAK SEBARANG BONGKAK KELAK NANTI MEMAKAN DIRI !!!
Takyah Buddy, bandi amuk ke bagai…nanti PAKATAN pegang siapla…Guan Eng pecat semua pemalas!!
bersiap sedialah kamu kerja gomen
yang akan menilai pun manusia..tapi jangan fikir yang semua PA xbagus..same je la mana2 pekerja..dalam satu organisasi swasta ataupun awam..akan ada masalah displin pekerja.pelik bila orang berfikir bila cukai tu di bayar gaji untuk PA.pada hal gaji yang PA dapat pun buat belanja beli barang dan perkhdimatan yang lain pada syarikat2 pengeluar yang berkaitan..
huhhuhu sedapnyer bunyik….makan rasuah bagai…heloo bagi pekeja yg tak de power2 cam kitorang ni takde makne amik2 resuah ni der…kene siasat apa punca dorang2 ni malas wat keje…mesti ada sebab..kalau betol2 malas buat apa amik…byk lg yg nak keje…kekadang atasan kitorg ni taknampak masa kita tgh wat keje gile2 yg dia nampak masa kita tgh lepak2 jer….masa tengahtunggang terbalik dia tak nampak….keje lambat la cek lambat la…bukan kitorang yg sign der…semua dah siap yg lambat lagi sengal…sapa…gi ler tengok pegawai2 yg kat pbt dah lama terperap bertahun2 tak mo tukar2 tempat pasai pa….dorang dah ada kepentingan ada kuasa….cam kitorang dok sampai mampos kat situ pon wat keje tu gak….tgk jawatan n iman la org yg dok pegang keje2 ni…
jadi ke gaji SSM baru bulan ni? sapa yang akauntan tahu x?
dgn citer tak jd..tak tau betol ke tak…sbb senyap ajo..
janganlah tak jadi, tinggi harapan ni..
tengok gambar kat atas teringat kat ex-bos aku, nampak sibuk je tapi yang sebenar sibuk main poker dan check harga saham hahaha, banyak kali kantoi dengan aku
buang je ramai kakitangan awam yang dok perabih duit kerajaan
bermasalah 3 kali amaran buang jer la.
ubah balik segala perintah am supaya semua yang dongoi2 ni senang buang..buat apa disimpan
kerja malas, gaji nak naik je memanjang
kitaong kat sini tak naik gaji relek je..
betul tu beb… sepatutnya tak payah tunggu 3 kali amaran, buang je, ramai lg org lain yg nk kerja… dia org yg sengal2 ni jadi perosak nama baik jabatan & k’jaan je…
kebanyakan nya lepas…..gantung keje tp gaji jalan…itu yg aku dgr….
kakitangan kerajaan la yang amat telus bekerja..sehingga gaji mereka dinaikkan..jangan cuba memburuk-burukkan kakitangan kerajaan yer..
sesungguhnya hanya rakyat yg boleh menilai adakah anda betol2 telus bekerja…cuna tanya mereka2 yg berurusan dgn anda.adakah mereka berpuas hati tau sakit hati?????
bagi aku penjawat awam yang ermasalah dan sukar nak diambil tindakan puncanya pun dari orang atasan / bos itu sendiri
senario 1:
bos tak tegas. ada pegawai yg bagus, ada pegawai yg ponteng/tak perform.
bos malas nak bertindak, hanya agihkan semua kerja2 pada pegawai yang perfom dan biarkan sahaja pegawai yg bermasalah tanpa apa2 tindakan. so, lama2 pegawai yg bagus akan rasa tertekan, makin malas, rasa di moralise dan down, terus memberontak atau memilih utk jadi seperti pegawai yg tak perform tadi.
senario 2:
pegawai sendiri kurang kompeten, kurang ilmu, malas dan kerap ponteng itu dilihat oleh staf2 bawahan mereka. so, staf2 makin tak respek dan tak takut/hormati lagi pegawai mereka. so, makin teruk tanpa ada pengawasan dari mana2 peringkat pun….
betol tu..contohnya ada sorang cikgu di sekolah anak aku,dgr citer mmg hampeh gler perangai..wat bisnes menipu pastu dgn rakan sekerja pon nak tikam2..bila repot, ppd kata cikgu tu tak ada apa masaalah pon dan apa yg dilaporkan tu tak ada kena mengena dgn cara kerja dia tp klu anak yg punch kad bapak,sedangkan bapak pukul 7.30pg masih ada pat umah atau bersiar2 dipremis perniagaan dia tak salah ke????dapat tau rupa pengetua dan penolong kanan pon buat pekara yg sama ptt cover each other!!!!hampeh!!!bapak datang lewat suruh anak punch card……..hahahaha…..
dengar cerita dr member di biro aduan awam katanya sekarang ni banyak aduan/komplen pasal cikgu2….yg lain banyak dah improve……kurang komplen,yg melambak2 ni cikgu2 macam kes pat sekolah…
Wujud kroni dan pilih kasih yang menggalakkan penjawat awam yang tidak rajin pun boleh dapat markah prestasi tinggi. Ambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja ‘work smart’ atau work less but rewarded because of cronyism.
Bila..j nak naik gred?bagi kuar lu pekeliling tuk naik gred baru kuarkan pssal buddy2 ni..,kalau tak naik gred mmg teruk la pru13ni nanti,
i gi kaunter pertanyaan jpj tapah…….dekat 1/2 jam menunggu….tak de orang jaga kaunter pertanyaan…..last aku terpaksa bertanya….dimanakah orang kaunter pertanyaan….lepas tu aku blah…….tension tunggu….
Bagi aku….bos main peranan penting….bos teruk pekerja lagi teruk….bos dalam kerajaan dipilih selalunya sebab cukup tahun bekerja…bukan sebab bagus bekerja…..tu jadi hampeh tu…..
Sepatutnya pilih yang perform kerja bukannya sebab lama kerja….
keje swasta lg mencabar..byak xperience blh gain compare keje gomen..hehe
SEbenarnya tak semua orG keje gomen malas ader yg bagus malah lebih bagus dari pekerja swasta. tapi bagi aku nak tingkatkan produktiviti DASAR EXIT POLICY MESTI DITAMBAH pada sistem SSM ni. takkanlah time naik gaji aje yg nak ditambah tapi bab exit polisi semua dok pakat tak nak. yg penting dasar exit polisi tu mestilah telus dan dipantau oleh cuepec dgn serapat-rapatnye. agar tiada penindasan. Justeru itu, peningkatan produktiviti pekerja gomen pasti akan naik. contoh dasar exit polisi diswasta yg harus dijadikan ikutan
cth 1. mc tanpa sebab kukuh macam 20 hari ker bila company bagi bonus so staff ni satu sen pun tak dpt( staff aku ade yg dah kena sebab suka mc ikut suka last-last bonus tak dak)..(lainlah mc fasal bedah ke atau penyaki kronik ke ni pening sikit dah nak mc kadg kdg tipu mc (diswasta pun sama rasanye). (aku keje kat swasta ni dah 15 tahun mc baru 5 hari itupun sebab sakit mata)
Cth 2 tidak bertugas selama 2 hari berturut-turut tanpa memberitahu sebab dlm kata lain MIA lebih 48 jam.. maka hari yg ketiga tak yah datang kejer sebab automatic anda akan dibuang. dgn cara ni maka tidak aka aderlah staf gomen yg MIA lagi
cth 3 staf yg selalu EL,lambat datang keerja dgn kerap akan diberi showcause letter kalau tak berubah juga maka masuk peringkat consequence Management (CM) kalau tak berubah juga maka akibatnye ngeri..
cth menghisap rokok dipremis majikan dlm waktu bertugas dan telah diberi amaran beberapakali agar tidak melakukan perkara tersebut… degil akhirnya diberi termination letter..atas kedegilan diri sendiri..
tulah antara contoh… Ini bukan hukuman tetapi biarlah bonus gomen tu boleh diberi kepada staff gomen yg bagus. Ini tidak yg bagus dgn tak bagus sama ajer. Mana ada jln camtu.. staf gomen yg bagus patut dpt lebihkan
Sekali lagi dasar Exit policy bukanlah sesuatu yg menakutkan sebab ia hanya menjadi mimpi ngeri kepada staff yg tak perform dan tak mau berubah. so keje dia tu bolehlah diberi kepada org lain yg dambakan pekerjaan seperti staf gomen yg bagus-bagus tuh dan juga bersusu org kat luar yg nak masuk gomen tuh.
Apa pun keje gomen sekarang sngt bagus benefitnye termasuklah gajinye sebabtu bersusun org nak masuk gomen skrg cuma utk mengelakkan ade staff bermasalah dasar exit polisi adelah yg terbaik. (berdasarkan pengalaman aku keje disyarikat berhad listed diBSKL selama 15 tahun) dasar tu (walaupun tak dipanggil exit polisi tetapi sgt bagus didalam mendisplinkan staff
Think positive……
Aku sokong hang 110 %…..
tapi cuepac nak pertahan orang tak rajin nak
buat camno………
betoi…sokong jugak!!!
Bila Pakatan ambil alih, semua cadangan diatas akan dilaksanakan. Kerajaan BN terlalu sayangkan PA kerana PA sumber undi mereka selama ini.
saya keje gomen..sya setuju klau di implement dasar Exit Policy ni tp mestila dipantau dgn telus…jgn plak sbb ada “connection” maka individu berkenaan terlepas walaupn bersalah…dn jgn pula org yg tak bersalah terkena kerana teraniaya sbb bos tak suka…
saya seorg guru berijazah..baru 7thn mengajar tapi dari pmerhatian saya mmg ada kalangan rakan2 yg suka mengelat(curi tulang)..bila dapat kerja/tugas mereka tak perform..alih2 sbb kerja tak jalan..bos bagi tugas tu pd org lain yg pd pndapat bos boleh buat kerja…
pernah saya memegang pelbagai jawatan besar pada satu-satu masa..sampai tak menang tangan..hingga kebajikan murid-murid saya pula terjejas…
tp apa tindakan pentadbir kepada individu td???paling kuat pun dia akan ditukarkan ke sekolah lain…gaji tak terjejas..bonus dapat mcm kami yang kerja 10x ganda dari individu ni..
apa akibat pkr ini pada individu yg rajin???mustahil di lubuk hati dia tak terlintas…baik aku buat malas je..aku tak keje teruk..gaji sama je..takde apa2 effect pun…
hermmmm..ntahlah..kpd bos-bos di atas patut turun dan lihat kerja anak-anak buah anda sediri jgn pakai dgr je cakap ssetngah indidvidu…nilai sendiri anak buah anda..
rezeki masing2… Allah lebih tahu…. tak baik kita buka aib org lain… teman wat cara gini… klu staf jaga solat 5 waktu berjemaah… Insya Allah dia jaga kerja dia… Asbab jaga solat Allah jaga kerja dan diri dia… <3
betul tu..sebab tu subjek pendidikan Islam dan kafa (FARDU AIN) PERLU DIWAJIBKAN SEBAGAI MATAPELAJARAN yg wajib lulus dengan cemerlang. dalam pengambilan staf kriteria ini perlu dilihat yg utama.
ya…betul pendapat sheh dilanun tu..apa2 pun kita balik kepada ajaran Islam…jaga solat…kalau x solat maknanya kita x berdisiplin…dengan Allah pun x takut…habis cerita le
Ada org solat 5 waktu…tapi disiplin kerja teruk… pakaian masa kerja tak payah cakap lagi…disiplin dengan Allah tidak sama dgn disiplin masa kerja….tak tahu ke kerja itu satu ibadah..jenis manusia apakah ini…adakah anda tidak pernah berjumpa dengan mereka2 jenis sebegini…solat 5 waktu tak pernah tinggal…tapi kalau bercakap mengumpat sana sini….inilah kenyataan sorang kawan saya….ada yg saya perhatikan solat tak cukup 5 waktu…tapi sikap dan perangai amat baik…itu soal dia dgn Allah SWT…adakah saya mengumpat…harap maaf… sekadar menyatakan yg realiti…Semoga Allah mengampuni dosa saya…Amin!!!…
kalau benda kecil ini punya nak buat kecoh, buang masa je, cuma keorang membrentras masalah besar sikit mcm rasuah, ini benda kecil cume ada kala orang stress main game sikit untuk release stress, mcm perokok, bila tiada rokok, mereka pergi mencari, sdh dapat rokok dan hisap rokok dan sambung kerja balikkan
kerje kerjn @ keje swasta sama je… kalu gi babk pun kene tunggu lama bukan sebab ramai tapi kaunter bukak dua tau tiga je dan org kat kauntr kerje lambat2 sengaja
BAGI NAIK GAJI SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN…..BARULAH EKONOMI MALAYSIA RANCAK….BODOH PUNYA JPA…..
dah tua nak kojol wat pe guna buddy sisitem lagi???kasi keluar dr jabatan awam sudah ramai lg yg lebih layak dam berdedikasi nk berkhidmat dgn kerajaan.buang masa org lain ,buang duit rakyat jer…tak adil pd yg lain yg bekerja bersungguh2 dia wat taik pulak..buang saje…
ya…gua sokong tu.buang je pekerja malas2 ni.
Bodo ada mcm2 bodo…
nie SPA bodo tahap banggang..
dah ada pekerja bermasalah..
buang aje lahh..
nanti bodo nie berjangkit ke org lain..
bersepah lg org nak keje gomen..
ya..gue sokong lu.
buang je yang tak bersungguh2 malas, banyak lagi di luar sana yang boleh ganti
Buddy sistem ada pro and kons…tapi setiap yang pelaksana perlu tahu syarat serta tahu peranan dan tanggungjawab. Penting bagi succession planning supaya yang nak mengganti tahu apa kesinambungan tugasan.