
Sekarang ini boleh dikatakan pelajar hari ini semakin bijak. Kalau kita tengok sendiri keputusan peperiksaan SPM, terlalu banyak bilangan pelajar yang mendapat A dalam semua matpelajaran yang diambil. Kalau sebelum ini, Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal yang berjaya mendapat 20A (19A1, 1A2) sehingga diumumkan pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia untuk tahun 2009 yang akan bermula pada 18 November sehingga 16 Disember 2009 ini, buat sehabis baik. Ini kerana anda semua akan dinilai dengan sistem gred baru yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini. Persaingan untuk merebut tempat untuk kursus-kursus di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan menjadi lebih sengit menerusi pengenalan kaedah pengiraan merit di bawah sistem penggredan baru dengan harapan hanya terbaik sahaja berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Contohnya, sistem baru ini akan dapat membezakan kualiti setiap keputusan peperiksaan, A+ dengan A atau A-. Di bawah sistem baru itu, pencapaian A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14 berbanding gred 1A sebelum ini.

Sebenarnya bagus juga cadangan ini. It is a good sign. Perubahan tu memang perlu, sejajar dengan kehendak dan perkembangan semasa. Yang penting ia ke arah yang lebih baik. Saya fikir ubahsuaian grading ini memang patut. Tetapi pandangan saya sendiri kenapa tidak berbalik menggunakan sistem aggregate dan pangkat yang digunakan sebelum setiap kali pengumuman keputusan SPM yang mana saya lihat kualiti keputusan SPM dahulu adalah lebih baik. Ini hanya pendapat saya.
Kalau dahulu, sekitar tahun 80 – 90an, tidak ramai yang dapat pangkat 1. Even yang dapat pangkat 2 dalam SPM pun, ada yang dapat scholarship/biasiswa kerajaan ke untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Dulu belajar mana ada kerja kursus. Sekarang ni semuanya ada kerja kursus, mah tidak mahu cikgu terpaksa bagi markah yang tinggi untuk kerja kursus supaya dapat cover student apabila peperiksaan SPM nanti. Kalau bagi markah kerja kursus rendah, akan memberi kesan kepada keputusan pelajar dan sekolah amnya. Implikasinya, apabila % sekolah jatuh, cikgu-cikgu yang berkaitan akan dipanggil mengadap termasuklah semua ketua panitia dan guru kanan. Silap-silap sampai kena pergi PPD dan JPN. itu realiti hari ini.
Lagi satu, kadang-kadang bukan semua pelajar yang ada hari ini terutamanya yang masuk ke tingkatan 4 contohnya, bukan semuanya dilahirkan bijak untuk menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis & mengira. Kadang-kadang golongan pelajar seperti ini, masuk ke tingkatan 4 kerana sistem yang tidak mahu mereka terabai dalam pembelajaran, ini menyebabkan mereka masuk ke tingkatan 4 bukannya kerana minat tetapi kerana sistem dan “terpaksa”. Adalah lebih baik, mereka-mereka ini diberi latihan kemahiran kerana bila mereka tidak minat belajar, mereka akan create suatu environment yang tidak sihat di sekolah. Seperti, tidak mahu buat kerja kursus, tidak siap kerja sekolah, selalu keluar kelas, menggangu pelajar-pelajar lain yang nak belajar, menganggu kosentrasi guru-guru sedang mengajar, ponteng sekolah dan juga beberapa masalah disiplin yang lain. ,
P/S : Kalau sebelum ini, 21 A pun boleh dapat, selepas ini akan muncul rekod baru dengan keputusan SPM sampai 21A+. Kemudian, kerajaan lihat ramai sangat dapat A+, maka diwujudkan pulak gred baru, A++.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- (Kuota Bumiputera?) Tawaran Permohonan Kemasukan ke IPTA
- Berjaya atau Rombak Sistem Pendidikan Negara?
- Kerajaan Kekurangan Dana, Kerja Guru Baru Dibeku Tahun Depan?
- (Result PMR 2009) Sekolah Cemerlang & Terbaik di Malaysia
- Sistem Pengangkutan Awam di Malaysia. Bila Nak “Pulih”?
- Keluar Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009


{ 11 comments… read them below or add one }
Patutnya kerajaan rombak sistem pendidikan, bukan ketatkan gred penilaian SPM..Pasni masalah baru lak muncul..
Pendidikan sekarang banyak teori, kurang@xda praktikal masa sekolah..Kurang2, xleh masuk universiti, tetap jadi orang berguna. boleh terus bekerja
jarang budak-budak sekolah masuk site macam ini
lebih-lebih lagi baby gurl
A dalam semua mata pelajaran.Gred SPM yang baru ni boleh tahan lah sikit.sebab ramai sangat nak berlumba dapat AAAAA.sekarang ni A+ , A dan A- versi baru ni.
Semasa aku tingkatan 4 dulu.dapat aku lihat kawan-kawan aku yang tak boleh mengusai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis & mengira.itu FAKTA.lebih baik mereka ni belajar kemahiran.daripada belajar apa benda yang mereka tak faham.aku pun belajar kemahiran juga.hehee…..
errghh
budak2 skrg mmg la bijak..
ada yg bijak btul n ada yg bijak mnipu time exam..
krajaan pun ptutnya nk bt ketat2 pun biar la mula dr budak2 yg bwh 2 ..
ni form 5 thun ni jgk jd mgsa..
ntah ape2…
huh..
aku rase kerajaan ptot pertimbngkn blek….
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.