
Tiada lagi kereta potong pada tahun 2010, tiada lagi subsidi untuk harga minyak, pelupusan AP bermula tahun 2015 dan berita harian baru-baru ini memaparkan pengumuman kerajaan Malaysia yang bertindak meminta semua pemilik “kenderaan veteran perang” aka kereta lama yang sudah berusia lebih 15 melalui pemeriksaan Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan. Bukan tempoh tertentu sahaja tetapi setiap tahun perlu diperiksa.
Sejak akhir-akhir ini, saya lihat pelbagai peraturan telah dikenakan banyak menekan golongan bawahan. Setuju atau tidak? Jikalau tidak bersetuju, boleh lontarkan pandangan anda. Tidak cukup dengan kenaikan premium insurans pihak ketiga dan keengganan pihak insurans untuk menerima kereta lama, sekarang pula tekanan pemeriksaan Puspakom untuk kereta lama yang lebih 15 tahun usianya .
Jikalau arahan ini dilaksanakan nanti, ia akan membabitkan sebanyak sejuta kenderaan. Ini merupakan antara sebahagian langkah kajian semula terhadap Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif negara serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi. Itulah yang dikatakan oleh kerajaan dan objektif perlaksanaan seperti ini sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV).
Walaupun butiran terperinci belum diumumkan lagi, tetapi diharapkan sangat kerajaan Malaysia mengambil pandangan dan sentimen rakyat ketika ini. Jangan hanya mahu mengkayakan sesetengah pihak, tetapi dalam masa yang sama rakyat terbeban di negara sendiri. Cukuplah rakyat melihat sendiri tindakan kerajaan yang telah mengakui sendiri kegagalan PPSMI sehingga kerugian RM3.4 bilion sejak dasar itu dilaksanakan pada 2003 hingga 2008 lalu. Itu hanya sebahagian sahaja, kalau nak disebutkan lagi, terlalu banyak lagi. Ini akibatnya tindakan terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan tanpa membuat kajian sedalam-dalamnya.

Jikalau dahulu, Puspakom yang di bawah DRB-Hicom pada mulanya melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan perdagangan sahaja dan kemudian diperluaskan lagi kepada kereta terpakai. Terkini, Puspakom diberikan pula hak untuk memeriksa semua kereta yang berusia lebih 15 tahun. Masyuk. Hai………………..Mungkin kerajaan perlu menilai dan melihat sendiri mengapa rakyat Malaysia beberapa sebab mengapa rakyat marah sangat dengan pelaksanaan yang mewajibkan pemeriksaan Puspakom setiap tahun. Antaranya :
- Kenapa MITI sejak dahulu tidak pernah mengkaji apakah sebabnya ada sebanyak 1 juta kenderaan yang berusia lebih daripada 15 tahun kenderaan di jalanraya dan 2.7 juta bagi kenderaan yang berusia melebihi 10 tahun sehingga Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi. Pernah atau tidak kerajaan terfikir?
- Rakyat Malaysia bukan semuanya kaya. Mereka tidak ada duit untuk mereka membeli kereta baru bukan seperti taukey besar, pegawai tinggi ataupun ahli Yang Berhormat di luar sana. Jadi itu sebabnya mereka menggunakan kereta lama. Nak beli kereta baru sehingga menyebabkan orang kerja gomen terpaksa buat loan sehingga 9 tahun. Yang pastinya pelaksanaan kali ini adalah tindakan secara halus kerajaan untuk merancakkan lagi pasaran kereta Nasional. Yang menjadi persoalannya, mengapa harga kereta dan tax di negara kita terlalu tinggi dibandingkan negara lain?
- Pernah ker kerajaan Malaysia terfikir yang mana majoriti yang pakai kereta lama berumur lebih 15 tahun, kebanyakannya adalah dikalangan pakcik makcik yang tinggal di pedalaman dan felda, rakyat yang berpendapatan rendah, individu yang sudah pencen, orang-orang tua di kampung yang menggunakan kereta lama untuk tujuan pergi ke pekan yang mana sumber kewangan mereka-mereka adalah terhad. Ia pastinya akan membebankan mereka. Mereka ini sebenarnya tidak memerlukan kenderaan moden atau canggih untuk ke tempat beribadat atau ke tempat kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran yang ketika ini bebas daripada hutang pinjaman kenderaan.
- Kerajaan perasan atau tidak kereta-kereta lama seperti honda accord CB2 yang tidak silap saya keluaran tahun 1992 dan model Nissan Sunny contohnya lebih elok daripada kereta Nasional yang ada sekarang ini. Jadi diminta berubahla…Proton. Jangan berada ditakuk lama. Malaysia sudah 50 tahun merdeka, sepatutnya Proton perlu berdaya saing dan buat yang terbaik dalam setiap keluaran produk mereka.
- Dengan kemudahan dan pusat Puspakom yang terhad, kasihan kepada golongan tuan yang berumur sekitar 55 tahun ke atas yang terpaksa beratur lama semasa pemeriksaan kenderaan di Puspakom.
- Kenapa kerajaan perlu mewajibkan pemeriksaan Puspakom untuk setiap tahun? Alasan keselamatan? Tahukah kerajaan, kebanyakan kemalangan yang berlaku hari ini melibatkan kereta lama atau kereta baru? Bagaimana pula keadaan jalan berlubang dan banyak yang rosak. Ada tindakan drastik?
- Pihak yang mahu melaksanakan arahan ini, adakah sudah turun pandang melihat sendiri perkhidmatan yang disediakan oleh Puspakom, dan mendengar rungutan pengguna kenderaan yang sudah berpengalaman melalui pemeriksaan Puspakom selama ini? Mereka kena beratur berapa lama.
- Kenapa kerajaan susah sangat mahu mengurangkan cukai import kereta terlebih dahulu sebelum melaksanakan arahan seperti ini, kemudiannya baru boleh boost perchasing power untuk kereta baru.
- Dengan bilangan yang terhad, Puspakom hanya terdapat di kawasan-kawasan bandar sahaja. Adakah Puspakom sudah mempunyai kemampuan untuk mengendalikan pemeriksaan pada skala besar sehingga pelanggan tidak perlu menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010
- Kenapa kerajaan suka membandingkan polisi ini dengan negara-negara maju? Banyak faktor lain yang membolehkan negara-negara maju amalkan polisi ini seperti harga kereta yang lebih rendah, pendapatan/kuasa beli, kemudahan pengangkutan awam yang amat canggih. Kenapa faktor ini tidak dibandingkan? Wahai kerajaanku yang dikasihi, rakyat hari ini makin celik. Mesti ingat.
- Adakah kerajaan sudah bersedia yang mana ada kemungkinan berlakunya peningkatan pengambilan rasuah dikalangan kakitangan Puspakom sendiri supaya pelanggan dapat melalui “prosedur dengan cara mudah dan cepat”.
- Kerajaan adakah pernah terfikir prosedur ini amat merumitkan kerana jika kenderaan mempunyai masalah ketika pemeriksaan, semua urusan pembaharuan cukai jalan akan tergendala. Tetapi kalau tidak bernasib baik, pemeriksaan yang dilakukan Puspakom akan ada yang tak kena. Ini kerana Puspakom mahu memastikan standard kenderaan yang berusia lebih 15 tahun tip-top dan terbaik seperti kerta baru. Semuanya mesti PERFECT
- Saya mahu bertanya kepada pihak yang berkenaan, adakah dengan berhutang menandakan negara kita telah maju dan negara akan semakin cepat membangun?
Justeru dengan melihat bayaran yang dikenakan untuk pemeriksaan biasa Puspakom sebanyak RM50 untuk setiap kenderaan, maka revenue untuk Puspakom setiap tahun sekitar RM50 juta. Banyak bukan? Itu belum termasuk lagi revenue untuk kenderaan komersial dan juga urusniaga kereta terpakai.
Rakyat amat berharap kerajaan dapat mengkaji semula Dasar Automatif Negara(DAN) demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Rakyat bukanlah menentang pelaksanaan DAN tetapi biarlah DAN dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat, bukannya kepada pihak tertentu sahaja. Dengarlah rintihan orang seperti kami. Jangan hancurkan kepercayaan rakyat bawahan.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [UNDI] Caj VEP Kereta Singapura Keluar Masuk VS Kereta Malaysia
- [TANGGUH] Approve Permit(AP) Dihapuskan Tahun 2015
- Rancangan Naza-Peugeot Lancarkan Projek Kereta Termurah?
- [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
- (MEWAH) Senarai Kereta Orang Kaya(VVIP) di Malaysia
- Syarikat Pembuat Kereta Terbesar di Dunia, Volkswagen Atasi Toyota


{ 11 comments… read them below or add one }
tak pasal-pasal
kena sorong kereta tua aku kat Puspakom
hampeh betul :marah
banyak masalah kena diteliti dulu..bukan terus luluskan akta yang confirm menyusahkan rakyat :nangis
Dah la kereta kat sini mahal, pas2 Puspakom cuma ada kat bandar@pekan je..Jalan raya berlubang sana sini, naik pengangkutan awam banyak kes kemalangan (sebab driver ada kes jenayah @ bawa laju x ingat dunia)..
Negara kita negara dunia ketiga, bukan negara maju. x salah tiru negara maju, tapi kena tiru kebanyakan aspek mengenai kenderaan, bukan dari statistik kemalangan jalan raya je..
Menteri tau nak kayakan poket sendiri, bukan nak amik tau susah rakyat miskin.. :serabut
Rakyat miskin makin ditekan, yang kaya makin kaya. Babi betul!!!! Aku janji BN mesti mampus dalam pilihanraya lepas ni kalau dasar ni dibuat.
mana semua orang mampu.orang kebanyakan seperti rasa
seperti ditindas.cuba faham masalah rakyat jelata sekarang ni.
mana yg mampu beli ferrari cash tu tak peduli la, tak termasuk yg dari rumah, kereta, bil2, minyak, makan minum semua kerajaan tanggung, gaji, elaun, pencen pun dapat, tak heran la depa minyak naik ke, insuran naik ke, kereta baru 5 thn sekali ke.
ini kami ni ha, bil2 rmh pun bertunggak, makan sekeluarga ikat perut takut bajet lari, nak soh berutang finance beli proton, kete veteran tu je la yg ada mampu guna, haii kerajaan, tolong la bagi muka kat kami yg sesak nan pokai ni!… Read More
kami tgh berusaha ni meningkat taraf hidup disamping berusaha menebal muka merayu majlis2 daerah supaya tak angkut barang niaga kami yg asyik kene gertak angkut sebab takde lesen yg tak pernah dikeluarkan.
tolonglah! sampai bila kami kene merempat di negara sendiri?
ITU LAH AKIBATNYA
2) Jika anda baru pertama kali berkongsi komen di sini, komen anda akan ditapis terlebih dahulu. Komen anda akan diproses dan dipaparkan secepat mungkin. Kesabaran anda amat dihargai.
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.