Sekarang ini Malaysia sudah dilanda demam kereta jenis MPV (Multi Purpose Vehicle). Daripada kereta MPV keluaran Proton iaitu Proton Exora VS Perodua Alza (Perodua). Masing-masing bersaing secara sihat dalam meningkatkan penjualan kereta. Adakah anda merupakan pengguna Proton Exora atau pun Perodua Alza? Bagaimana pemerhatian anda?
Pembelian kereta baru sebagai menggantikan kereta yang dibeli bagi tempoh antara tahun 2003 hingga 2005 menjadi salah satu faktor pertumbuhan penjualan kenderaan pada tahun ini. Frost & Sullivan mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) mencapai 555,000 buah atau pertumbuhan 4.5 peratus itu, sambil menggariskan pelancaran model baru, kadar faedah yang rendah, pemulihan ekonomi serta pembeli daripada golongan muda sebagai penyumbang kepada pertumbuhan tersebut.
Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan Frost & Sullivan (Asia Pasifik), Kavan Mukhtyar berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) dijangka mencatatkan pertumbuhan tertinggi sebanyak 12.7 peratus, dengan penjualan 68,000 buah yang menyaksikan persaingan sengit antara Proton Exora dan Perodua Alza. ”Pembeli berpotensi yang menangguhkan pembelian pada tahun lalu juga dijangka menggantikan kereta mereka pada tahun ini kerana keadaan ekonomi yang lebih baik,” katanya. Beliau yang juga Rakan Kongsi Frost & Sullivan menyatakan demikian ketika membentangkan tinjauan industri automotif Malaysia 2010.
Pada tahun lalu industri automotif tempatan diramal mencatatkan TIV sebanyak 531,000 buah. Kereta penumpang dijangka mencatatkan pertumbuhan paling perlahan tahun ini dengan 3.2 peratus berbanding tahun lalu berikutan kekurangan model baru selain pembeli lebih cenderung memiliki MPV. bagaimanapun, ia kekal menjadi penyumbang terbesar kepada penjualan kenderaan dengan menguasai 75.3 peratus daripada TIV. Menurut Kavan, pelancaran Perodua Alza, Kia Forte, model baru Proton, Proton Persona yang dipertingkatkan serta beberapa model baru Nissan, Kia, Peugeot dan Audi turut membantu menjana penjualan kenderaan pada tahun ini. Tambah beliau, golongan muda akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan penjualan kenderaan untuk jangka masa panjang selain bilangan pembeli kereta untuk kali pertama yang dijangka meningkat bagi tempoh beberapa tahun akan datang.
Sementara itu, Kavan memberitahu, Proton berjaya meningkatkan penguasaan pasaran sebanyak 1.9 peratus pada tahun lalu berikutan pelancaran Proton Exora. ”Bagaimanapun, Perodua terus mengekalkan kedudukan nombor satu pembuat kereta utama Malaysia pada 2009 dengan jangkaan penguasaan sebanyak 33.4 peratus diikuti rapat oleh Proton sebanyak 30.4 peratus,” jelasnya. Tambah beliau, bagi segmen kereta bukan nasional, penguasaan pasaran Toyota dijangka berkurangan sebanyak empat peratus kepada 13.6 peratus pada 2009 berikutan persaingan sengit dalam segmen MPV dan kereta penumpang bersaiz sederhana. Katanya, penguasaan pasaran Honda tumbuh sebanyak 1.6 peratus kepada 8.1 peratus ekoran pelancaran Honda City baru untuk tempoh tersebut.




{ 12 comments… read them below or add one }
Kalau tanya aku, of coursela Proton Exora is the best
banyak segi Exora lagi kedepan banding Alza. Contohnya keluasan……
kalau dah nama MPV keluasan main peranan yang penting juga Pak Awang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
mana undian poll tak de admin master g.kalau nak pilih kereta MPV.pilihan saya adalah proton exora. :call :call :call mesticun(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
bagusla.dpt bersaing secara sihat GadisAyu(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
untuk kenderaan mpv, semestinya exora adalah pilihan terbaik. pok gan(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Luas kalau kerap masuk bengkel problem jugak. Injin exora agak bising nak tarik badan berat, kalau rpm tinggi mekanik aku kata cepat haus. Tunggu 2-3 tahun lagi kita tengok macam mana.
Go alza go! Edi(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
1
0
sy sokong exora sbp cool n no komen space.. enjin blh jln mcm alza jg.. tp alza tk blh ubh saiz mcam exora.. kehhhh adika(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
tak minat dedua coz vios lg good dari mpv ni. yati(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
1
bagi saya pengguna alza yang baru 2 minggu
minyak: (saya hari2 gerak dari rumah pergi tempat kerja..yang jauh dari kawasan bandar yang sibuk dengan trafic light dan jem ke kawasan kampung yang berbukit2…kira 50km pulang balik)
lima hari bekerja…250km itu tak masuk saya singgah2 ke mana2 lagi..malam pun ada jalan juga ke kedai
hanya rm50 seminggu………full tank
jumaat samapai umah dari tempat kerja blink2 sudah lamapu amaran minyak,begitula (tapi tak sehebat kancil aku la sebelum ini seminggu makan rm30 ja minyaknya)
air con: tip top..third row pun masih rasa muka tu di kenakan air con
tempat duduk selesa
saya ni lagi gemuk..berat 90kg masih juga masuk itu alza bah jenny(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
2
0
exora dan alza ada kelebihan msing2.kalau nk jimat myak bli alza,tp ruang kalah dgn exora..bg sya yg pki kereta sedan skrg.kalu nk tukar ke mpv sya xkn amik alza coz lbih kurang sma luas dgn keta skrg.alang2 amik mpv biar bsar mcm exora,grandis,innova,dan sangkatan dgn nya.alza ni belum bleh memuaskn hati org yg brfmly bsar mcm sya. pokwa(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Ya betul.. Go Alza go.. keupayaannya sama jer ngan 1.6 .. tak rugi.. best gitu.. bawak Alza.. rase nak drive jer.. sesuai utk kluarga teman yg kecil ( 2 anak jer) di samping nilai jual balik yg tinggi berbanding keta jenis lain.. itu yg penting..
AZ zAHra(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
1
0
Sian org support National made dia duk support Foreigner made.. enjin same jer VVti gak.. kecik tapi mahal.. sempit lak tu Vios ni.. Alza best.. ringan n laju… jln jauh lagi jimat… boleh compete ngan Vios lagi kat L/raya.. tak kalah …
AZ zAHra menulis artikel blog ..KEHIDUPAN SIHAT – SINDROM METABOLISMA
AZ zAHra(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Go for ALZA only…….
Suka @ Tidak
0
0