
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita semua tidak sesekali meminta kerajaan Malaysia, menurunkan harga petrol serendah yang ditawarkan Venezuela kepada rakyatnya. Cukup sekadar harga petrol yang dikenakan tidak menekan dan menyusahkan rakyat bawah. CUKUP!! Sebabnya implikasi dan kesan rantaian yang cukup besar kepada ekonomi Malaysia apabila harga petrol dinaikkan tanpa ada kajian yang terperinci.
Berlainan pula dengan keadaan di luar sana, terutamanya negara-negara pengesport minyak dunia yang tidak sedikit pun terjejas untuk kegunaan domestik apabila berlakunya kenaikan mahupun penurunan harga minyak dunia. Sebab apa? Mereka adalah pengesport minyak dunia dan mempunyai rezab simpanan minyak yang cukup besar. Yang pastinya negara-negara Arab mengungguli kedudukan senarai 10 negara memberikan harga petrol termurah di dunia untuk tahun 2010.

10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter
Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petrol termurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.
9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?
8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.
7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.
6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.
5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.
4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.
3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi
2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.
1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.
Dan ini pula senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia
# 1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong)
# 2 Canada: 178,900,000,000 barrels
# 3 Iran: 133,300,000,000 barrels
# 4 Iraq: 112,500,000,000 barrels
# 5 United Arab Emirates: 97,800,000,000 barrels
# 6 Kuwait: 96,500,000,000 barrels
# 7 Venezuela: 75,590,000,000 barrels
# 8 Russia: 69,000,000,000 barrels
# 9 Libya: 40,000,000,000 barrels
# 10 Nigeria: 36,000,000,000 barrels
# 11 Mexico: 33,310,000,000 barrels
# 12 Kazakhstan: 26,000,000,000 barrels
# 13 Angola: 25,000,000,000 barrels
# 14 United States: 22,450,000,000 barrels
# 15 China: 18,260,000,000 barrels
# 16 Qatar: 16,000,000,000 barrels
# 17 Brazil: 15,120,000,000 barrels
# 18 Algeria: 12,460,000,000 barrels
# 19 Norway: 9,859,000,000 barrels
# 20 Oman: 6,100,000,000 barrels
# 21 India: 5,700,000,000 barrels
# 22 Indonesia: 4,600,000,000 barrels
# 23 Ecuador: 4,512,000,000 barrels
# 24 United Kingdom: 4,500,000,000 barrels
# 25 Yemen: 4,370,000,000 barrels
# 26 Australia: 3,664,000,000 barrels
# 27 Malaysia: 3,100,000,000 barrels
# 28 Argentina: 2,950,000,000 barrels
# 29 Egypt: 2,700,000,000 barrels
# 30 Syria: 2,500,000,000 barrels
# 31 Gabon: 1,921,000,000 barrels
# 32 Tunisia: 1,700,000,000 barrels
# 33 Sudan: 1,600,000,000 barrels
# 34 Congo, Democratic Republic of the: 1,538,000,000 barrels
# 35 Colombia: 1,492,000,000 barrels
# 36 Brunei: 1,255,000,000 barrels
# 37 Denmark: 1,230,000,000 barrels
# 38 Romania: 1,055,000,000 barrels
= 39 Mauritania: 1,000,000,000 barrels
= 39 Burma: 1,000,000,000 barrels
# 41 Trinidad and Tobago: 990,000,000 barrels
= 42 Vietnam: 600,000,000 barrels
= 42 Uzbekistan: 600,000,000 barrels
# 44 Azerbaijan: 589,000,000 barrels
# 45 Italy: 586,600,000 barrels
# 46 Thailand: 583,000,000 barrels
# 47 Equatorial Guinea: 563,500,000 barrels
# 48 Cuba: 532,000,000 barrels
# 49 Bolivia: 458,800,000 barrels
# 50 Germany: 395,800,000 barrels
P/S : Saya mencari juga di mana kedudukan sebenar bagi harga petrol Malaysia untuk dibandingkan dnegan negara pengesport minyak yang lain. Tetapi tidak mengapa, kerana saya masih bersyukur kerana harga petrol di Malaysia masih lagi termurah di dunia termasuk juga lebih murah daripada Thailand dan juga Singapura.

{ 40 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
tak sangka malaysia simpanan reserve , ranking yang ke 27…
.-= zik´s last blog ..Mari berzikir! =-.
ok.. ini info yang paling berguna aku dapat hari ni.. jenuh aku round banyak blog, ini antara info yang terbaik.
Kalau harga semurah itu, aku rasa perkembangan ekonomi lagi pesat. Pelabur luar akan lebih berminat.
Apa pun, harga yang agak mahal di Malaysia, still kita masih ketinggalan dengan S’pore yang menumpang kemerdekaan daripada kita.
.-= AkuTypo™´s last blog ..PERCUMA: Hantar SMS PERCUMA =-.
heyyy bro tk usa smakn dgn singapo…mreka tk da pn tlga mnyak ka prigi mnyak ka cuma ada stesen mnyak ja….bndingkan dngan pngluar mnyak yg hmpir sma bnyak hehehehe sorrryyy
Wah beshnya tinggal kat Arab Saudi..minyak sgt murah dah…
ttp tetap bersyukur tggal kat Malaysia…
.-= Mr Kamikaze´s last blog ..Bentong Kali, Penjenayah Kejam Era 90-an… =-.
senarai yang termahal takde ke
hehe
hahahaha!! bole tahan juga minyak kat Malaysia…..banyak juga tu tapi dulu harga bukan main lagi mendadak….parah lak rasanya semua barang2 ikut naik lak…
Terima kasih atas info yang penuh bermakna. Sepatutnya ditambah satu lagi perbandingan antara harga minyak dan pendapatan per kapita negara. Baharulah kita dapat lihat sama ada harga minyak di Singapura betul-betul mahal atau tidak. Nilai wang lebih tinggi dan pendapatan berkali ganda berbanding rakyat Malaysia. Nah, lihat betul-betul!
nak cakap harga minyak negara kita murah.tapi cepat je naik harga barang dan perkhidmatan lain.
ye.. sy pn bersyukur sebab Malaysia harga minyak nya lebih murah dr Singapura dan Thailand =P
sy sokong seperti ape yg dikatakan oleh PENCARI BENAR. kalu dapat perbandingan harga minyak dengan pendapatan per kapita rakyat lagi bagus. Biar terbuka sikit mata rakyat yang menyokong MEREKA yg menaikkan harga minyak dulu.. dan MEREKA akan terus mencari alasan untuk menaikkan harga minyak :tembak
s’pore bukan pengeluar minyak..so pk pk la …compare dgn yg kluarkan minyak jer..
betul setuju dgn chica.nak compare2 la dgn ngra pengeluar minyak.
malaysia mempunyai reserve myk yg yk tp harga minyak tggi.Tak patut2…
kalau kita hendak membuat perbandingan harga minyak negara kita dengan negara asing, maka kita mestilah membuat perbandinagn dengan negara pengeluar minyak juga..jangan dibandingkan dengan negara yang bukan pengeluar minyak..dan utk pengetahuan negara yang bukan pengeluar minyak seperti UK pun lebih murah harganya berbanding negara kita tercinta ini…maka,dapatlah kita lihat bagaimana berkesannya pengurusan karajaan yang ada seakarang…fikir2kan dan jangan hanya berpeluk tubuh…
X jadi nak beli proton Inspira 2.0 sb minyak pun naik..
ak pkir kau slap kot..UK dtgga 24 diatas Malaysia.
Petrol kat Malaysia ni harga dia cam skrang sbb, malaysia belum mampu untuk memproses minyak mentah dengan sepenuhnya, kita still bergantung kepada pakar dan bantuan luar…. Kalau mampu (dr segi kewangan, pakar dan kilangnya) mungkin harga petrol di Malaysia boleh diturunkan walaupun sedikit.
Info menarik. Tp aku tertanya2 apakah Brunei DS di antara negara yg tinggi harga petrolnya??
walaupun minyak di thailand mahal, diaorg xde roadtax!!!
kenapa pulak kita tak ada pakar sendiri, setiap tahuan graduate beribu keluar… Lebih dr pakar pun boleh ada kalau nak, tapi Malaysia nie baik sangat sanggup ambil pakar luar dr anak sendiri. Bukannya baru Malaysia mengerudi minyak sepatutnya dah boleh proses dengan sendiri dah… Tapi bila duit banyak benda lain pulak yang nak buat, menara Wawasan la, beli kapal selam bagi duit Rosmah shopping lagi bla..bla…
hati2 sedara… perbuatan fitnah itu sama mcm perbuatan membunuh.. yg paling penting kita jgn terjebak dgn ckp2 org.. kalau org lain mau masuk neraka, kita pun mau ikut ke?? kita tak boleh sahkan jahatnya org selagi tak nampak dengan mata sendiri.. tak kiralah, awak sokong najib ke, anwar ke, yg pasti akhirat esok awak nak kena menjawabnyer…
aku masih tak paham knp kerajaan BN liat sungguh nak turun harga minyak utk rakyatnya…gaji rakyat malaysia bukannya besar mana pon….sadis btl…
Nadri menulis Berita Terkini….Dulu Ber-2- Kini Ber-3
mahalkah road tax yg kena bayar dimalaysia? bayar road tax setahun sekali tak sampai pun seratus nak di bandingkan dengan isi minyak hari-hari?mana untung? brunei rakyatnya sikit…jangan nak bandingkan malaysia dengan brunei…cuba buat perbandingan kenderaan di brunei dan di malaysia? mana banyak?
venezuela yg x ramai pakar tu pun boleh bagi minyak murah kt rakyat die…
beli kete baru dah kene tax aku ingat lagi mase beli kete baru proton iswara pd tahun 95 harga kilang 18K cukai kerajaan 13K….. itu kalau kete local kalau kete import cukai cecah 300% ..patutnya duit cukai tu dah boleh cover duit kenaikan harga minyak…… dah la road tax kene bayar … jalan kene tol…… pastu dah jalan kat highway kene saman ekor plak tu….
betol…betol…betol…..
Oil reserves tu langsung x boleh dipercayai sbb negara2 OPEC tipu jumlah minyak yg mereka ada supaya dpt export lebih
http://bit.ly/cBgLbj
http://bit.ly/2bRAj2
Dan sediakan link sumber rujukan juga bila bg fakta mcm ni supaya pembaca dpt semak sendiri
Harga minyak diMalaysia ssuck….dah la harga kereta pun mahal..please la k’jaan M’sia..peka lah dgn bebanan rakyat
org ckp psal harga petrol bkn psal jumlah byk nye kenderaan kat brunai tu
admin..boleh bg sumber x? sy perlukan sumber untuk membalas segala persoalan pensyarah sy…
harga keta malaysia mahal sebab kt bleh pkai keta tu smpai reput, lg 1 brp bnyk jualan keta kt malaysia ni nak cover kenaikan minyak yg subsidinya berjumlah berjumlah 10bilion, mcm negara lain keta diorang bleh pkai brp tahun je pastu kn tukar, jualan tahunan brp, walaupun tax murah tp jualan nya bnyk setiap thn,
apa kn mengena plak ramai dan x ramai pakar mempengaruhi harga minyak, minyk negara venezuela pengeluarannya lbh dr permintaan dlm negara, slbhnya bleh eksport, krajaan diorang tak terbeban sgt, mcm malaysia permintaan lbh dr pengeluaran siap kn import lg utk tmpung permintaan
ingat setiap graduan keluar ilmu semua dah ckup ke, kbnyakan syarikt akan tnya pengalaman, pengalaman tu yg penting, pakar dr luar bnyk yg dah berpengalaman, keja bkn mudah pnya nak wat. graduan malaysia ni la yg akan bekerja dan menerima pengalamn bru la digelar pakar,
kilang penapis minyak kt melaka , pd dan pasir gudang tu mcm mana, bkn tu faktor utamanya, faktor utamanya permintaan minyak lbh tggi dr pengeluaran di malaysia, malaysia kn import lg utk tmpung permintaan.
mana kau tahu harga minyak uk lg murah dr malaysia, bg info plzzzzzzzzz
Pendapatan perkapita rakyat Malaysia adalah RM17,182
pendapatan perkapita rakyat Singapura sebanyak RM103,140
anggaran purata penggunaan minyak 1800 liter
singapura rm 5.25
Malaysia rm 2.90
Singapura rm 5.25*1800= rm 9450
Malaysia rm 2.90*1800= rm 5220
Peratusan berbanding perkapita singapura 9450/108140 * 100= 8.74%
Peratusan berbanding perkapita Malaysia 5220/17182 *100= 30.38%
…………………………………………………………………………………………
pihak berkuasa selalu bandingkan harga minyak dgn negara singapura dan thailand…
tapi bile nak bandingkan jumlah gaji mesti banding dgn bangladesh..xnak pulak banding dgn singapura dgn thailand…
Ramai2 kita semua pakai basikal….turun keje lambat pun tak pe…..nanti harga basikal sama dgn kereta pulak…..yg untung peniaga……nampaknya pusing kiri kanan peniaga juga yg untung….jadi kita org semua berhenti keje…. berniaga…..berniaga minyakkkkk….minyak senyonyongggggg….
Kalau nak bandingkan dgn thailand dan singapura memanglah malaysia lagi murah coz thai rangkin 46 manakala malaysia 27 jauh tu bezanya.singapura lak langsung tak ada minyak….
kerjaan terlalu berhabis dgn benda yg lain…..kos yg kerajaan kluarkan terkadang melampaui harga yg sebenar2 nya..mungkin berlipat kali ganda…jadik tepuk dada tanya akal…..kadar inflasi akan meningkat…..owwrr…nilai 50 ringgit dah mcm 5 ringgit jerk….
hrga minyak akan turun naik selalu, tapi kita tidak akan merasa hrga myk ms thn hujung 90an dan awal 2000…hrga turun naik tp akan terus meningkat di sebabkan hrga pasaran global yg x menentu di sebabkan faktor us dolar & politik negara arab… kita menjadi mangsa keadaan dan aku yakin pihak tertentu akan meraih keuntungan…aku x slhkan kjaan tp sistem ekonomi dunia terlalu memihak kpd pihak sebelah barat…
Fakta umno,kaki pembelit…jgan caye bulat2..owg umno pnya..