
Bagi kami mana-mana parti politik yang mempunyai dasar yang cuba “memenangkan” rakyat Malaysia dalam 2 hal (kereta dan rumah) yang cukup dekat dengan golongan muda khususnya dan rakyat Malaysia umumnya akan ada kelebihan dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
Isu ini sudah berlarutan cukup lama yang yang man masih belum nampak jalan penyelesaiannya sekatakat ini. Dimaklumkan hutang perumahan dan hutang kereta merupakan antara penyumbang tertinggi yang menyebabkan ramai kalangan rakyat menjadi bankrap di Malaysia iatu di tanahair sendiri selain daripada hutang peribadi atau personal loan.
Soalan Dan Jawapan Menteri Bagi Masalah Bankrap di Malaysia
Jawapan balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berdasarkan hansard Parlimen


Itu sebab kami cukup bersetuju syarat untuk membuat pinjaman yang diarahkan oleh Bank Negara bermula awal tahun ini diperketatakan walaupun mendapat bantahan kalangan anak muda terutamanya. Tetapi apa pilihan yang ada sekarang ini? Sememangnya perlu ada pengawalan dan garis panduan supaya kalangan individu yang benar-benar ada kemampuan untuk menampung pinjaman yang dipohon sahaj diberikan pertimbangan dan kelulusan. Berbanding sebelum ini, pemberian pinjaman dilihat cukup longgar. Tetapi…….
Adakah cukup sekadar hanya Bank Negara yang bertindak sendiri dan rakyat Malaysia terpaksa “berkorban” menahan impian buat sementara waktu ketika ini tetapi dalam pada masa yang sama harga kereta dan harga rumah di Malaysia dilihat masih lagi cukup angkuh untuk diletakkan pada nilai yang agak munasabah dan mesra pengguna? Kereta sekarang ini sudah menjadi suatu keperluan dikala pengakutan awam masih lagi ditakuk lama. Apa lagi pilihan untuk majoriti rakyat di Malaysia untuk bergerak?
- Cukai kereta di Malaysia masih lagi ditahap membebankan. Kami berikan satu contoh jikalau kereta yang bernilai RM60,000 contohnya dan kemudian memohon pinjaman kereta untuk tempoh 9 tahun
- Berapa jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar kepada bank? Jumlah boleh mencacah sekitar RM100,0000
- Harga modal kereta tanpa cukai sahaja sudah mencecah RM35,000
- Nampak tak implikasinya, antara hubungan harga kereta dan dengan kadar interest bank lagi, sehingga ramai kalangan rakyat Malaysia bekerja selama ini berhadapan dengan nilai pembayaran semul riba pada kadar yang berlebihan.
Walaubagaimanapun, jika ada dasar yang lebih baik selepas ini bagi membendung masalah harga kereta dan harga rumah di Malaysia selepas ini, rakyat Malaysia terutamanya golongan muda yang cukup mudah terjerumus dengan masalah bankrap ini, berpadalah ketika berbelanja.
“Ukur baju di badan sendiri. Jangan jadi papa asalkan dapat bergaya”
Sekarang ini kalau duduk di Kuala Lumpur dengan gaji RM2,500 contohnya dengan status sudah berkahwin mempunyai anak serta tanggungan kereta dan rumah, memang tidak mencukupi.
Kes harga kereta mahal di Malaysia contohnya hanya ada satu sahaja punca utama disebalik apa yang berlaku hari ini dan penyelesaiannya :
- Contohnya kes Proton
- Pembekal yang menjual komponen & barang kepada Proton adalah kalangan “pembekal yang bertuah” dilantik oleh Proton untuk membuat duit atas angin pada keuntungan yang berlipat kali ganda pada kualiti yang tidak setara. Dan inilah juga “nanah” yang masih belum mampu diatasi oleh pihak Proton sehingga kini. Dan nanah seperti ini jugalah yang menjadi antara punca utama kenapa VOlkwagen tidak berminat bekerjasama dengan Proton
- Jadi apabila modal buat kereta menjadi mahal disamping mahu membuat keuntungan berlipat kali ganda, mulalah merangka dasar untuk menjual harga kereta proton menjadi mahal
- Penyelesaian terbaik yang mampu dilaksanakan sehingga ke hari ini, naikkan duit import, duti eksais supaya kereta Proton yang diangkat menjadi kereta Nasional menjadi kebanggaan ramai rakyat Malaysia dapat bersaing dengan model kereta-kereta import yang lain
- Akhirnya, kereta rakyat Malaysia memerlukan kenderaan, mereka hanya memerlukan pilihan yang terhad dek bergantung kepada komitmen dan pendapatan masing-masing rakyat Malaysia.
- Disebabkan itu, rakyat Malaysia terpaksa membayar lebih semata-mata untuk mendapatkan sebuah kereta yang dianggap keperluan pada masa kini.
Mengapa perlu rakyat Malaysia pelru bayar sekali ganda sedangkan lebihan wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan lain? Bagi kami dasar yang dibuat oleh Bank Negara ketika ini belum cukup kuat lagi selagi belum ada dasar yang yang dibuat oleh kerajaan persekutuan bagi berikan lebih banyak ruang dan peluang kepada “rakyat Malaysia untuk memilih” ketika mereka mahu berbelanja.
P/S : Soal harga rumah pula contohnya perbanyakan lagi harga rumah mampu milik, berikan ruang dan peluang untuk rakyat Malaysia merasai nikmat tinggal di tanahair sendiri dengan memiliki sebuah rumah untuk didiami tanpa dihimpit babanan harga yang menekan mereka-mereka ini. Apa respon anda pula? Cadangan?

{ 119 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
tak patut… tak patut…
tulah siapa suh pandai2 hutang .. tanggong sendiri lah beb
ni smua slah umno…ehehehe
Mmg btol skali semua salah umno-
a) hutg kereta-hasil idea bodo DrM buat proton,smpai buat kete import mcm.toyota dr RM17K pd thn 1970an jd RM90K pd thn 2012.sbb proton dh.nk rugi,proton paksa kerajaan naik cukai kete import supaya proton bleh naik harga jgk.
b) hutg peribadi- hasil dr perbuatan bodoh DrM pinjam smpai RM372billion dr thn1999 lg,menyebabkn ekonomi stagnant selama 14thn dr thn 1998, menyebbkn harga brg naik,smpai rmai kakitgn kerajaan terpaksa buat loan hanya semata2 nk survive dgn hidup yg serba susah.ni mcm nk beli keperluan asas mcm beras,gandum,ayam,ikan etc sbb xmanpu!!
BeEnd- parti GAGAL!
Gagal tu satu hal, xnak ngaku gagal tu pastu letak kesalahan kt org lain….mmg falsampah bermula dr DrM smpai la skrg huhu
Rakyat Malaysia lebih suka berhutang dari menyimpan. Cuba tengok kalau bukak kaunter personal loan sebelah menyebelah dengan kaunter Unit Trust/Insuran. Yang mana satu penuh?
Yang penting bukan tak cukup duit untuk menyimpan, tapi merancang tu. Bak kata Warren Buffet, ‘Gunakan duit selepas menyimpan, bukannya dah habis guna baru terfikir nak menyimpan.’
Mula menyimpan walau sedikit. kerana lama2 akan jadi bukit.
Apabila rakyat sendiri dianaktirikan…sedih..kecewa..
umno lg yg dipersalahkan…salahkan pkr plak…ehehehe
tak lah PKR mana ada wat salah… apa lah cuba fikir baik2 nak cakap.. haaaaa
perkara ni mmg patut semua org risau…kos taraf hidup yg tinggi dan gaji yg berada pada tahap yg sederhana boleh menyebabkan bangkrap kalau disalahgunakan….
Memanglah tak patut,
Bagi yang bankrup kerana kerana secara tak langsung mereka bankrup kerana cukai, faedah bank dan juga tak berkeupayaan mengenyangkan orang tertentu…
Kasihan kita kerja bermati-matian tapi hasilnya serah kat orang lain yang goyang kaki aje.
Adakah kita semua robot?..
negara pendapatan seciput, cukai kereta mahal nak mampus.
aku setuju,turunkan tax,biarlah rakyat nak pakai keta pun sebab dah memang keperluan sekarang ni.
aku setuju,turunkan tax,biarlah rakyat nak pakai keta pun sebab dah memang keperluan sekarang ni.
hapus PTPTN bangkrap… hutang banyak cakap tak bangkrap pulak…
apa punya akal kerajaan bn ni.
Apabila rakyat sendiri dianaktirikan…sedih..kecewa
Ini semua salah:-
1. Indon yg terlalu banyak curi mkn kat Malaysia
2. Polis sepatitnua diswastakan, biar Nepal, Bangla, Myammar jadi polis. baru ok
Sememangnya diakui,masaalah bankrap rakyat malaysia diantaranya pembeli kenderaan dan perumahan, sebenarnya keadaan itu kadang kala terpaksa,memandangkan pendapatan situasi tidak menentu,juga dengan masaalah peribadi, ada yang dipermainkan oleh kawan kawan rapat,sebagai contoh penjamin kepada kenderaan itu, dan ada yang mengguna nama rakan atau kawan, ini pun adalah salah satu punca yang berlaku, sememangnya, perkara sedemikian akan berlaku,ada yang membeli kenderaan terpakai,kena tipu, anda membeli kenderaan di used car,dalam usedcar kenderaan itu canti berkilat,boleh menarik minat pembeli, disebaliknya injin dibasuh cantik berkilat, adakah kita tahu dalaman injin itu, hanya hidupkan injin bergerak, seminggu guna rosak, untuk baiki terpaksa mengeluarkan kos lagi, selepas itu kita tersangkut untuk bayar bulanan, salah satu punca ini pun ujud, semua orang berhutang,tapi apakan daya terpaksa.
Yup….
Subsidi tu menyusahkan kerajaan je….berapa billion kerajaan belanjakan untuk subsidi????
Nanti rakyat jadi spoon feeding, tak boleh berdikari, asyik harapkan subsid, subsidi, subsidi……
Lebih baik duit subsidi tu di salurkan untuk pembinaan rumah2 yang lebih berpatutan
ini tidak pembangkang asik nak gula-gulakan rakyat dengan janji kosong
tapi satu pun tak jalan
semua nak percuma
kalau kerajaan belanjaan berlebiha bukan sahaja rakyat bankrap, lepas ni negara pun boleh bankrap
lepas tu snenag pembangkang nak jual negara kita nak negara lain
macm tu yang kamu semua nak sebenarnya?
DAP tengah tepuk tangan sekarang, tgk melayu sam melayu bertelingkah
berapa bilion pulak cukai yang diambil kerajaan… yang tu kau tak sebut pulak….
Mansor ..kau ni memang selalu bodoh lah..harga kereta mahal apa ke benda kau marah pembangkang..tak usah menulis lah..baca komen kawan2 di atas banyak lojik nya..
selama ini rakyat yang mensubsidi proton..
“kalu tak berhutang,tak rasa lak nk pakai”.
sebenarnya semua tu nafsu. ukur baju di badan sendiri
jangan nak salahkan yang meminjam sahaja
yang tukang bagi pinjam pun satu kayu….tau nak untung sahaja
betul tak??
hutang keta ok lagi. hutang rumah yg xleh tahan. Lama tu nk tunggu 25 tahun…
Assalamualaikum..
Saya ingin berkongsi pandangan..
Pada zaman sekarang ni kereta merupakan satu keperluan.. Tetapi keperluan untuk membeli kereta berdasarkan kemampuan seseorang adalah berdasarkan kepada 15% daripada pendapatan bulanan seseorang..
Katakan gaji seseorang RM2000 sebulan.. Jadi wang peruntukkan untuk membayar installment kereta adalah sebanyak RM350 sebulan sahaja.. Kemudian tempoh bayaran pula tak boleh lebih daripada 5 tahun.. Ini berdasarkan info yang pernah saya baca daripada buku pengurusan wang..
Berdasarkan info tersebut, kita nilai sendiri kereta apa yang mampu kita pakai..
Sekiranya kita membeli kereta lebih daripada kemampuan tersebut.. Kita mungkin akan menghadapi masalah dalam Cash flow bulanan kita.. dan sekaligus boleh menyebabkan kita menghadapi masalah untuk membayar balik hutang pinjaman kereta..
Saya percaya orang-orang zaman dulu, membeli kereta dengan mengambil kira agihan pendapatan tersebut.. Itu sebab orang zaman dulu, takder nak beli kereta-kereta mewah.. Saya teringat kebanyakan cikgu masa zaman saya sekolah dulu setakat pakai kereta buruk-buruk jer..
Termasuk juga pengetua sekolah saya yang hanya memakai kereta DUTSON lama sahaja..
Tapi lihat zaman sekarang ni.. kebanyakan anak muda zaman sekarang suka membeli kereta mewah.. Ada tu baru bekerja 3 bulan dah naik kereta Honda, Toyota VIOS, NISSAN baru dan sebagainya..
Jadi, tak mustahillah kalau bilangan status bangkrap disebabkan oleh kegagalan membayar hutang kereta semakin bertambah..
waalaikumsalam..bro..kau ade tanya tak kereta zaman dulu berapa harga???lagi satu zaman dulu punye kereta semualebih kurang je rupanya..contohnye, yang pakai honda accord zaman dulu..mana sama dengan honda accord zaman sekarang..zaman dulu bukan sebab diorang pakai kete buruk2..sebab kereta zaman tu mmg macam tu..
nice info..!!
info ko ok…
tapi perbandingan ko tu…
umo ko bape taun skang?
nak bandingkan zaman ko sekolah cikgu ko pakai datsun?
datsun ape?zaman tu bukan ke pakai datsun da kire mewah?
aku tanye ko dulu ade vios?ape la ko ckp mcm xde kepala otak..
tengok cikgu sekarang ade pakai kete buruk?
org melalui peredaran zaman…
zaman dulu sape pakai kete dah kire mewah…
bapak aku sendiri..xpakai kete sampai umo die 54 taun..
baru die beli kete kancil second..bayar cash..
ko bagi contoh pendapatan rm2000..bole pakai kete yang bayar bulan2 rm350..dalam mase 5 tahun..
ko bagi tau aku kete ape yg bole bayar rm350 dalam mase 4 tahun? secondhand jgn cite kat sini..
abis ko nak cakap org gaji rm3500 baru layak pakai viva?
org bukan persoalkan gaji bape kete ape…org persoalkan cukai yg terlalu tinggi untuk kereta tersebut..ngan harga rumah lagi..
kalu ko ckp kete 15% untuk kete..rumah bape % lak? 20? 30? kalu gaji 10ribu sebulan sedap la nak kire main % …15% kete..20% rumah..20%makan..
katakan kete saga la..rm450 sebulan 5 taun.. rumah rm600..aku rase kalau ikut .makan minum sume2 kejadah..golek2 rm1000..
kalu ikut buku pengurusan ko tu minimun gaji rm4000 la baru bole beli kete…
jom kite kayuh basikal SAMA2!!!
jgn start berhutang dr awal
hadkan hutang pd kereta & rumah sahaja
ni nak beli tepon/camera/ipod/laptop/perabot/langsir pun semua hutang
mana tak bankrupt oiiiii
Sebab tu ada pepatah kata ukur baju di badan sendiri. Kalau dah gaji rm2000 macam si anuar kata cuma layak beli keta rm350 je bulan2 , cari la harga kereta yang rm350 saja.(BTW, formula tu SANGAT BERGUNA untuk orang agih2kan pendapatan yang ada untuk beli rumah, saving, kecemasan dan lain2 supaya TAK OVERSPENDING GAJI) Kalau 2nd hand je yang ada, beli la 2nd hand, jangan dok menggatal nak ushar keta baru. Kalau dah keta 2nd pun tak dapat dengan harga rm350 tu, beli je moto pakai untuk pegi keja.
Kalau semua orang Malaysia boleh berfikiran macam ni, dah lama harga kereta jatuh, sebab xde demand. Ni x, orang Malaysia ni pantang tengok orang keliling dia lebih sikit, dia pun nak jugak, walaupun gaji dia tu xde la besar mana pun. Keta semua nak pakai yang baru je, xnak 2nd. Dah tu nak yang import pulak.
Dah tu pulak, kalau dia tak dapat jadi senang macam orang lain yang senang di sekeliling dia, mula la nak tuduh sebab salah orang lain. Tuduh itu salah ini salah, ini x kena, itu xbetul, kerajaan salah, pembangkang salah. Padahal diri sendiri yang tak berusaha nak senang.. Adoii….
pepatah “ukur baju di badan sendiri” tu patutnya comply pada pengeluar kereta proton tu jugak…bukan pada pengguna saja…
harga mahal kualiti lembu…tapi di arab saudi…harga kancil tapi kualiti Mitsubishi…24 jam kerja umno membodoh kan rakyat sendiri je…hari2 wirid “lebih baik dari negara jiran” hatta hakikitnya negara sedang menuju ke ambang bankrup hasil buah kebongokkan polisi ekomoni senget sebelah mahadir…
“what goes around comes around” or “what you gave you get back”…hukum Alam sentiasa seimbang…bila ekonomi x seimbang…beban hutang tu akan menghantuai negara tu balik…sebab tu la Islam mengharamkan RASUAH dan RIBA…semua sebab ketidakseimbagaan yg bakal menghantui SELURUH umat sejagat x kira la Islam ke x ISlam ke…SEMUA KENA…
Islam menggalakkan KITARAN ekonomi tu sentiasa SEIMBANG…baru kehidupan sejagat hidup aman dan damai…nak kaya boleh tapi guna cara HALAL…bukaan cara MENINDAS rakyat sendiri..ni dah la UMNO tindas melayu sendiri…cine MCA dan kelling MIC pon JOIN SEKAKI…sapa yg nak tindas cine MCA dan kelling MIC pulak??? ni dah x seimbang dah ni…bila x SEIMBANG maka PENINDASAN akan terjadi…bila BERLAKU PENINDASAN jgn la buat buat terkejut rakyat menuntut KEADILAN…org kapir pon tahu nak menuntut keadilan nikan pulak org MELAYU ISLAM…x kan la membisu pulak…
Tahniah zaharUPM! Rasanye ramai yang SETUJU dengan pendapat/hujah bernas saudara. Mcm ne la yg kita nak…terbaek
setuju…
Saya bercerita ni berdasarkan pandangan dan pengalaman peribadi saya..
Janganlah nak marah pula.. Kalau pandangan ni rasa ok, Awak ikut.. Kalau tak ok, tak perlu ikut..
Oklah saya cerita sedikit kisah benar dalam hidup saya..
Sebelum saya membeli kereta ayah mertua saya berpesan supaya membeli kereta second hand macam kereta wira, Iswara, Kelisa, Kenari dan sebagainya..
Kereta second hand boleh diperolehi dengan harga yang agak murah.. dan kita dapat menyelesaikan installmen dalam masa 5 tahun..
Ayah mertua saya berharap saya dan isteri dapat memulakan kehidupan baru cara orang lama-lama iaitu “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.
Masa tu saya tak dengar nasihat ayah mertua saya.. Biasalah.. Jiwa orang muda.. Nak juga merasa pakai kereta baru.. Lagipun pada ketika itu saya tinggal di Mukah Sarawak.. Perjalanan daripada satu bandar ke bandar yang lain di Sarawak agak jauh.. dan kebanyakan jalan yang biasa kami lalui adalah jalan pedalaman..
Apabila mengambilk ira faktor keselamatan dan risau sekiranya kereta rosak dalam perjalanan.. Saya nekad untuk mengambil sebuah kereta Kia Spectra baru..
Masa mula-mula beli tak rasa ada masalah kewangan pun.. Disebabkan masa tu bujang lagi..
Tapi bila dah berkahwin dan dah ada anak dua orang dan dah membeli rumah.. Saya dapati duit perbelanjaan bualanan keluarga ada kalanya tidak mencukupi..
Baru saya tahu tentang kebenaran kata-kata ayah mertua saya.. Tentang budjet yang sepatutnya saya keluarkan untuk membeli kereta..
Sejak itu, saya mula membaca buku-buku tentang pengurusan wang.. Dan saya ada menulis satu ebook tentang pengurusan wang, untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai..
Niat saya supaya tiada lagi orang ‘muda’ yang akan melakukan kesilapan yang sama seperti mana yang pernah saya lakukan.. Kita hidup sekali jer.. Sekali kita buat silap, sukar untuk kita berpatah balik..
Lebih-lebih lagi sekiranya kesilapan yang kita lakukan melibatkan pengurusan wang sehingga terpaksa menanggung hutang yang tak mampu kita membayarnya..
Kita kena beringat sebelum terkena..
Kalau dah terkena macam statistik yang dinyatakan di atas, takker naya dibuatnya..
Saya rasa sedih bila tengok rakan-rakan kita yang berada dalam status bangkrup ini.. Syukur alhamdulillah.. Masalah kewangan yang pernah saya hadapi, tidak melarat sehingga berada di status bangkrup tersebut..
Semoga Allah menjauhkan kita daripada bebanan hutang dan penindasan orang.. Amin..
salam for all
jika kita lihat pada jumlah kenderaan yag berada di jalan raya, hanya sebilangan kecil sahaja yang akan mengatakan kononnya cukai mahal. sebenarya, jika dilihat singapura dan indonesia, kita jauh lebih beruntung. belajarlah bersyukur dan taat kepada pimpinan Islam Barisan Nasional dan Umno.
dahlah tu ijam…
dari ko melalak kat sini, baik ko tolong mak sidai kain.
belajarlah bersyukur dgn tuhan dgn bersolat. itu yg utama.
betul tu mak…ustaz ni dah songsang…
ustaz nizam…taat pd allah jer…jgn jadi terlalu naif sgt seolah2 tiada pegangan agama…sedih la org melayu islam mcm nie…hmmm
ko ni asyik sibuk taat pada pemimpin Umno ni apahal mabuk ke,Kita kena taat pada Perintah Allah dan mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.Terlampau taksub sangat sampai dah jadi macam orang mereng Ustaz Nizam ni.Buat buat la bermuhasabah diri tu.Dah tua bangka tu buat la cara macam orang tua.
maaf la sume..si nizam ni 3 suku..ckp pkai kepala takuk..maaf yea sume..
ada lagi rupanya.. ingatkan dah KO.. bagus2, masih sempat untuk bertaubat
rakyat Malaysia berhutang untuk bayar cukai kereta. terbaik la BN
habis kau ingat kalau pakatan menang, x payah berhutang dah ke? TOLOL
zaman makin mencabar…apa yg penting kita mestilah pandai mengurus kewangan…
kalau dah ramai orang gomen MLM memnag ler bankrap
aku menyokong penuh ……kalau boleh buat la satu garis panduan yang boleh mengawal kenaikan harga rumah yang melampau….
Rakyat tolong suap menteri-menteri ni kasi buncit perut.
Rakyat biar mati kelaparan.
apa nak jadi dengan malaysia
sekarang ini, 1Malaysia dah kena bahananya
turunkan harga kereta…full stop!!
kenapa harga kereta dan harga rumah dikatakan tak munasabah
tak baca ker yang sekarang dah lebih 75% yang ada rumah sendiri
cuba tengok
dalam kata hal kereta mahallah, tapi tengok berapa banyak kereta kat jalan raya sekarang ini?
sekarang ini pun setiap buah rumah kalau kita tengok paling kurang 2, 3 buah kereta ada……
rakyat mewah atau sengsara?
janagn mudah termakan hasutan pembangkang
hati2
Ini semua salah UMNO laaa…. Lagi2 tak mahu mengaku salah. UMNO la yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia bengkerap! Bhangsat punya UMNO!
Ada statistik ke yang cakap 75% ada rumah sendiri? Dah habis bayar @ masih berhutang. Kalau hutang boleh kira rumah sendiri ke? Ke 75% ada rumah dengan keluarga dan duduk dengan keluarga?
cukai kenderaan luar terlmpau tinggi,, nak beli kenderaan nasional tak berkualiti pulak.. kalau xde cukai kpd kenderaan luar harga kereta luar dgn kereta nasional hampir sama…. jadi apa pilihan yg tinggal…??
berbanggalah dengan memakai kereta nasional kalau dah memang itu yang termampu…jadilah orang yang bersyukur..
bukannya hendak menafikan kereta nasional tetapi biarlah harganya berpatutan dgn nilai barangnya… jadilah pengguna yg bijak…
kebanyakan staff gomen buat loan utk masuk MLM
tak dpt cari ahli
produk tak terjual
tu sebablah angka bankrap makin bertambah
yaaa sya setuju sngt2
Cubalah kita komen disini tanpa melibatkan mana2 parti.Ini soal kewangan poket sendiri.Kita menahan nafsu mata dan hati untuk tidak berlagak mewah,pakai kereta bejenama semata2 nak tunjuk hebat pada kawan2 dan sedara mara.Untuk yg kerja kerajaan,mmg cepat terpengaruh untuk membuat pinjaman peribadi.
Semoga anda berjaya mengawal perbelanjaan anda sendiri.Jgn mengikut nafsu dan jangan terperdaya hasutan kawan2..Selamat Beramal..
btul2
hutang rumah lebih membebankan berbanding hutang kereta. Tapi, statistik menunjukkan rata2 golongan muda bangkrap kerana hutang kereta (25%) berbanding rumah (12%). Ini hanya membuktikan majority tidak mempunyai rumah, walaupun rumah lebih penting sebagai keperluan asas dari kereta.
Sebab golong muda yg dpt beli rumah semuanya gaji rm3000 keatas (kerajaan). Bagi yang gaji rm2000 kebawah, sama ada tinggal dikuaters atau rumah keluarga. So, bila tinggal kuaters, bayar kuaters RM250(gred 41). Jadi banyak g lebih. Dptlah beli kereta viva ke hape.
kepala burit datuk korang, mmg ar kene buat pinjaman perumahan, pinjaman kereta, ko ingat aku nie shapie apdal kew…
no komen…
nak beli kereta..sesiapa disini yang ada sediakan pinjaman kereta kepada aku dengan pinjmana sebanyak rm100k dan ikat kontrak selama 100tahun..dan apabila aku meninggal dunia kita burn la duit tu..ada tak sesiapa yang sanggup buat kontrak macam ni untuk aku. please..aku nak sangat2
salam…
aku ada beberapa cadangan berapa atau tidak je bank negara nak gubal n impose… yang pertama.. pinjaman tidak perlu di kenakan interest tetapi sebalik nya peminjam perlu membayar balik harga pinjaman + ujrah…
tp bkn ujrah mcm PTPTN tu… ujrah ialah kos SEBENAR PENTADBIRAN/PERKAKAS/GAJI bagi yang terlibat… contohnya apply loan guna online jadi kos yang terlibat ialah kos bil elektrik dan gaji pekerja dan harga komputer…. semua itu boleh dinisbahkan sahaja kepada berapa peminjam yang berhubung dengan orang yang sama dan guna komputer yang sama…. jadi kos dia mmg rendah dari sekarang…so cam ne BANK Negara ada berani ke nak gubal benda ini???? baru lah ia tidak membebankan…
kami org2 muda terpaksa berhutang nak beli rumah mana mampu nak beli cash.yang pandai cakap `SAPA SURUH BERHUTANG` tu memang celaka!!! sebab ko henggat kami ni ada duit ke beratus ribu nak beli sebuah umah cash?cakap pakai otak bukan pakai kepala lutut macam UMNGOK!!!
ha…tu pun kerajaan xreti-reti nak turunkan tax kereta lagi
masalahnya kerajaan sekarang tak mahu nak dengar suara anak muda
betul3
dats rite..!!
Orang lain ada juga pakai kereta, ada rumah.. anak 6 lagi.. boleh je hidup.. Masalahnya memang orang melayu ini dilatih jangan bayar hutang.. bagi subsidi je semua.. Sebab tu yang bangkrap melayu ramai.. Tambah pulak anuoaar ajar jangan bayar hutang belajo.. lagi rosak orang melayu..
Kalau dah berkeluarga,boleh bertolak ansur antara suami isteri.Suami saya bayar hutang rumah.saya pula bayar hutang kereta.alhamdulillah,tak ada masalah.pakat-pakatlah, nak hidup.
ukur baju di badan sendiri… pakai jer kereta second hand.. tak yah blagak …..
tu baru utang rumah… kreta… personal loan ………
creadit card lagik… hah…. …….
pada pendapat aku … banyak muhasabah diri…. selalu tgk cermin…. sedar kan diri sendiri… tinggi mana kalau kita berdiri… serendah mana kalau dudok….
aku pun selalu terbabas bile berbelanje… nasib la ada abg tolong cover.. itu pun kene dgr ceramah dulu baru dapat.
Kalau mak aku tau lagi la mampus…
apa pun aku bangga dapat abg yg bertanggungjwp..
Tq bro..you saved my life!
kenapa nak salahkan kerajaan pulak???
kerajaan dah buat yg terbaik untuk kita smeua
yang salah
mereka kerja makan gaji
berpangkat rendah
bergaji tak berapa banyak
namun hasrat di hati nak ikut mcm ceritacite yusuf haslam
kereta xmain la perodua or proton
rumah pun mesti perabot mahal2 (even hutang dgn court mammoth, cavenzi etc)
handphone at least blackberry etc
makan tempat yang ada prestij
pastu x pandai manage duit
kad kredit berlambak
ptptn liat nak bayo
zakat tu x amik port pun
mana tak bangkrap….
usually orang jenis cmni memang x produktif
tapi gomen still x buang
sebab klu nak terminate, banyak sangat prosedurnya
kalau private, dah lama kena tendang
kadang kita kena tengok kesilapan diri sendiri juga…
pendapat aku yang tak seberapa:
1.Tingkatkan pengangkutan awam.
contohnya aku sebenarnya tak perlu sampai beli dua kereta tapi disebabkan wife aku jalan lain pergi kerja dan aku pula jalan lain..aku decide beli 2 kereta kerana kawasan aku bas tak masuk(bandar saujana putra)..wife kerja putrajaya dan aku kerja shah alam..bila aku terpaksa beli kereta aku perlu spend duit RM1100 untuk 2 kereta.
2.Harga rumah yang tidak masuk akal perlu ditangani dengan semua developer perlu hantar harga rumah ke jabatan kerajaan untuk mengkaji kesesuaian harga sebelum dijual..
Aku beli rumah single storey harga RM288,000 dengan diperbuat dari batu pasir..tapi sebab terpaksa..so beli jugaklah.itu pun org berebut nak beli..
Bangkrap bukan perbuatan sendiri pun ramai krn jadi penjamin pada kawan bukan suku sakat yg kaki berhutang dgn bank/sykt kewangan. Akhbar pulak siar penuh senarai org bangkrap macam kubur/liang lahad je nampaknya.
Nilai sebenar Camry, Accord, dan semua model bawah 2.0 sebenarnya hanya 70-80k sahaja, rakyat berhak merasa harga kereta dan model macam ni tapi sebab cukai gomen 105% + 60% profit margin dealer (boleh dikawal gomen juga sebenarnya) menjadikan kereta ni harga macam haram, apatah lagi harga sebenar city, vios dan semua model import 1.6 kebawah…bab rumah plak sebab mainan spekulasi orng tengah yang mencipta “bubble” menjadikan harga rumah mencanak2 naik..ditambah pula pemilikan rumah oleh bangsa asing yang mmg no hal bab duit telah dibuka gomen menjadikan permintaan yang tinggi terhadap rumah2…so no wonder la ramai bengkrap.
encik penah dengar sindrom teh tarik? sebab gula sekilo naik 20 sen.. teh tarik secawan pun naik 20 sen.. semua orang dah tamak haloba.. hamba duit
berhati2 lah selalu dengan orang yang kita tahu ada masalah hutang ni. even sedara mara..coz diaorang dalam kategori orang yang bermasalah..nanti kita pun sama terlibat. kesian tu kesian juga…tapi sebenarnya diaorang tak belajar yang tindakan diaorang berhutang hingga bankrap tu salah.
kalau dah istihar muflis, apa pun tak boleh buat. even nak ke oversea pun bermasalah.
Encourage diaorang cari pendapatan sampingan yang halal untuk menambah pendapatan. even jual nasi lemak tepi jalan pun tak apa…asalkan halal dan berkat.
Orang dulu2 kat kampung, pendapatan bukannya banyak pun, hidup ala kadar aje…tak lah berhutang sakan. ok aje..
Yang penting, perancangan mesti ada…you will fail if you failed to plan..
Yup….
Subsidi tu menyusahkan kerajaan je….berapa billion kerajaan belanjakan untuk subsidi????
Nanti rakyat jadi spoon feeding, tak boleh berdikari, asyik harapkan subsid, subsidi, subsidi……
Lebih baik duit subsidi tu di salurkan untuk pembinaan rumah2 yang lebih berpatutan
ini tidak pembangkang asik nak gula-gulakan rakyat dengan janji kosong
tapi satu pun tak jalan
semua nak percuma
kalau kerajaan belanjaan berlebiha bukan sahaja rakyat bankrap, lepas ni negara pun boleh bankrap
lepas tu snenag pembangkang nak jual negara kita nak negara lain
macm tu yang kamu semua nak sebenarnya?
DAP tengah tepuk tangan sekarang, tgk melayu sam melayu bertelingkah
improvekan kemudahan pengangkutan awam supaya rakyat mudah untuk bergerak,lebih2 lg yg bkerja ni. kdg2 t,paksa beli kereta sbb susah nak ke sana ke mari, lg2 kalu kerja kene keluar sana sini.kemudahan pengagkutan awam yg baik dan mudah ekses la yg leh bantu kurangkn org beli kete n kurangkn traffic jam. ni ade pengangkutan awam pun kene bawa kete gak nak sampai ke sana, tggu plak b’jam2, lagi tempat2 yg de station de yg xstrategic
duit gaji tiap bulan bayar hutang keliling pinggang, duit kwsp pulak bayar hutang kerajaan…kat akhirat pulak ada risiko kena tahan pasal hutang tak selesai…hutang dari hidup sampai kemati
Assalamualaikum..
1) Sedih melihat orang Melayu Islam memandang rendah soal hutang dan halal/haram.
2) Banyak rakyat kita yang sanggup berhutang bukan kerana terpaksa tetapi lebih kepada menunjuk dan bergaya.
3) Ingatlah, hutang sekupang sudah cukup untuk membuat anda tersadai di pintu syurga walaupun tiada setitik dosa lain.
4) Biarlah pakaian tidak berjenama, rumah kecil, naik motor asalkan hati tenteram kerana tiada hutang.
yg bab pakaian tu x de jenama pon x kisah la,, tp rumah skrang ni yg sederhana pon dah boleh cecah 200k,, kalau xnak hutang pon ade ke duit cash 200k atau busuk2 pon 60k untuk rumah?? yg riba tu memang antara puncanya,, tidak dinafikan…
sy bru 18thun tp,, tgk hrga rumah sekarang ni memang menakutkan….
so kalau fikir2 balik adakah wajar malaysia wujudkan proton at the first place? baca entry latest aku pasal persoalan ini
Ko ni x abis2 nk promote blog sendiri..huhu..dari blogserius aku perati…chaissss
taknak beli rumah mahal, beli tanah pastu buat rumah sendiri perlahan2… ….
taknak beli kereta mahal, beli la motorsaikel…
bank sekarang 100% riba termasuk BANK ISLAM… kawalan minda terhadap manusia sekarang adalah DUIT dan HUTANG… ada duit apa2 pon jadi…. orang bekerja sekarang adalah kerana mentaliti DUIT… kerja xikhlas, tp gaji nk besar, macamaner nak berkat duitnya…. tukang kebun sekolah, gaji ciput, anak ramai, tapi kerja ikhlas demi hasil yang sempurna, xde masalah, boleh hidup pon, malah xder gout,kencing manis, dan masalah jantung
tak payah citer pasal harga kereta mahal,rumah mahal,nafsu sume tu..bek gi kepada point sebenar..Malaysia ni nama je negara islam..mengaku kat dunia negara islam..tapi tadbir kerajaan gune sistem barat jugak..hutang meningkat sebab kite pakai sistem conventional yg org yahudi pakai..riba/interest itu halal..kalau kerajaan bersungguh2 mengaku malaysia ni negara islam, implement sepenuhnya sistem perbankan islam.sistem ini menekankan keadilan 2 pihak.xde pihak yg amek untung berlebihan..masing2 untung sama rata..ini tak..sistem perbankan islam cuma optional..spe xnk sudah.spe nak leh apply.so what the point mengaku negara islam kalo tadbir negara tak ikut perundangan islam???sabri leh jawab??hahaha
btul2..!!
Bro, kalo gune mortgage islamic finance xde beza sgt pon dgn convetional dari segi harga.. Sbgai cnth
Interst bsn 2 thn prtma 2%++ , thn ke3 -5 5%++, thn ke5 dan keatas 6.3%.
kalo calculate blk sbnrnye ia lebih tggi dari conv. So sy xnmpk yg islamic finance ni dpt mengurangkn beban hutang tu..tp sebab atas nama islamic sy teruskn jugak amek pakej ni kerana tiada pilihan islamic yg lain..
So kt sini BNM kenelah main peranan buat rules n regulation yg lebih mesra pengguna supaya golpngan marhein spt kami ni dpt la hidup dgn sedikit selesa..
aku dah x nak beli poton kerana kualiti hampeh.asyik masalah je memanjng….baru 2 tthun pkai…..
menyesal
setuju dengan pembaca setia.
HARGA KETA DI NEGRA MAHAL .80K.THAILAH 40KJE….FIKIR -FIKIR LEEE JE
padan muka orang kat malaysia ni, pasal berutang no 1..pelajar pon dah pandai berutang, kerana nak belagak, kenapa makbapak dia tak halang anak yang nak berhutang semata2 nak beli kereta, belagak nak mampos, makbapak pon hutang kereta dan utang rumah, utang kad kredit, lepas tu anak nak hidup senang jual dadah, dan jual badan…pegilah tengok kat Utube dan facebook,, bolih dating dan ajak datang umah, atau bayar prepaid rm30 dah bolih ajak keluar….makbapak borik anak rintik…makbapak kencing berdiri anak kencing belari….huhuhuuu
hazif….dah lari tajuk ni.agak-agak la bila komen.yang hazif komen tu tak ada kaitan dengan masalah hutang rumah/kereta,tapi itu masalah iman.Ingat…kita semua ada zuriat keturunan.Tak pasal-pasal kena kat anak-anak sendiri nanti.
Salam, pak cik nak bahas tang mana nie.
Pak cik poning memikirkan nyo.
emmm….pak cik salah kan bank ajer la, sonang, pinjam 100, kena bayar 200, termasuk caj perkhidmatan la, caj pengurusan la, denda lewat bayar la. mangkuk punya bank. Sonang cite.
seharusnya, kte lebihkn berfikir drpd mmbebel. Ni x, masing2 ngan ego, x mau kalah.. Cak kte nilai dri kte sendr. Betul ke x.. Kuasa penentu d tgn kta.. Bersatu tuk prthnkn hak kte sbgi pgguna. Jgn biarkn yg slah mjdi balah ngan kte.. Ni ckp je. X srupa bkin. Yg lps biar la lps… Haa berfkir ngan logik. Blh ke ngan gaji rm1500 nak beli keta honda 1st hand tu..? Smua org nak mnunjuk2. Poket kosong, mrana keluarga.. Ni la ni sikap yg sepatutnya nk buang.. Jgn slahkn sesiapa. Fikirlah dlu.
harga umah hanya 1/3 dari harga… contoh…. harga umah 200k (harga jualan selepas pemaju dan bank amik untung) harga kos hanya 70k…. upah pekerja 2/3. setelah manipulasi… jadi 230k…. beli dari org tengah harga jadi 250k…. wat loan riba masuk neraka…. bayar selama 30 tahun RM1250.
teman wat tambahan dapur 12×20 kaki kos dalam rm2500. upah zero sebab wat sendiri. beli barang binaan sikit2 bila ada duit lebih…
ambo..gewe..royak benar dah tuh…pasal utang lah sekarang ini isu nyo….masa nak berhutang tak pikir panjang…risiko nya, kalo bank nak bagi pinjaman misti lah nak untung dengan kadar faedah dan jangkamasa yang panjang.dan nak untung…nate ni masa amik loan tak pikir ke nak bayar macam mane. ada kemampuan.ke .pas loan rumah, loan kete pulak, pastu loan peribadi pulak…pastu bising salahkan bank dan salahkan kerajaan..sape suruh utang, pastu satu keluarga berhutang, anak bini dan laki..bila nak bayar..mengeluh..padan muka nak belagak,
salam,
masalah bankrap ni mesti ditangani dgn bijak dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab umumnya dan individu yg terlibat khasnya,perlu digubal satu formula yg boleh membantu golongan bankrap ni.setahu sya bank negara telah ada satu unit kaunseling hutang bagi menangani kes-kes hutang yg kebanyakan mereka yg berhutang kereta,rumah kad kredit dan lain2 sptmana yg ditulis dalam artikel beritasemasa.memang malang kumpulan yg ramai terlibat ialah berumur 45 tahun kebawah dan ini sudah pasti menunjukkan bahawa mereka adalah pekerja/penyumbang produktiviti utama kpd negara.pada pandangan sya kerajaan patut melihat secara keseluruhan dasar-dasar yang digunapakai sekrg bagi MENGURANGKAN kes-kes bankrap ni.bagi mereka yg bekerja di bandar besar termasuk sya, sya melihat banyak ‘burden’ atau kekangan kewangan yang terpaksa dihadapi antaranya perbelanjaan minyak petrol,tol,persekolahan anak-anak (termasuk di universiti),barang-barang keperluan dapur,barang-barang keperluan diri,belanja makan di pejabat,bil elektrik/air dan sudah pasti perbelanjaan utama ialah bayaran rumah dan kereta.sebab itu bagi sya gaji rm3,000 sudah dikira miskin bandar manakala gaji rm5,000 hanya sekadar cukup makan sahaja.syor sya kpd pihak kerajaan, cubala bantu rakyat terbanyak dgn menurunkan harga minyak petrol kpd rm1.50 dan turunkan tol di lebuhraya utara/selatan dan lain-lain tol kpd 50%….insyaallah kesan kpd barang-barang pengguna akan turun antara 30%-50%.rumah dan kereta adalah keperluan asas paling penting bagi manusia sama ada kaya atau miskin dan sekiranya pihak kerajaan dapat mengawal atau meletakkan satu harga yang berpatutan bagi pemaju perumahan dan pengeluar kereta,sya rasa banyak masalah dapat diselesaikan.ingatlah bahawa dua benda ini adalah kepeluan asas paling penting bagi melahirkan rakyat yg bersih akal fikiran dan sihat fizikalnya…sya pernah dimaklumkan satu kisah (yg belum tentu kesahihannya)iaitu apabila satu pemaju perumahan mencadangkan harga rumah sekian-sekian kpd kem perumahan tempatan…..tidak pula ada bantahan dari kementerian berkenaan walaupun harga sebuah rumah menjangkau sehingga rm500k.pada pandangan sya yg sudah merantau selama 22 tahun di kuala lumpur dari utara tanah air,kos-kos yg terpaksa ditanggung oleh rakyat sememangnya menjadi mimpi ngeri dari masa ke semasa….jadi kepada siapa kita hendak mengadu jika bukannya kpd kerajaan yang diamanahkan utk menjaga kebajikan rakyatnya?jika 30-40 tahun lalu,ada juga kerajaan yang menganugerahkan lot-lot banglo dgn harga berpatutan kpd rakyatnya spt wujudnya kg melayu ampang,kg melayu selayang,kg cina bentong,kg melayu cheras,kg cina cheras dan sebagainya TETAPI sekarang adakah ianya masih wujud?ya memang benar masalah bankrap ni adalah disebabkan MASALAH SIKAP INDIVIDU yg tidak tahu mengukur baju di badan bak kata pepatah,akan tetapi kos-kos berkaitan yg sya sebutkan disini juga menjadi penyumbang mungkin sehingga 50% masalah bankrap ni…ingin sya beri contoh yg dekat dgn kita iaitu 1)harga minyak petrol rm1.50/l…satu tangki persona 32l berharga rm48..jika seseorang itu bekerja di kuala lumpur dan rumah di bukit beruntung…dgn rm48 mungkin boleh digunakan selama 4/5 hari…termasuk tol jika diturunkan sehala dari tol bukit beruntung ke tol jln duta rm2.00 sehala (berbanding sekarang rm 5.80 sehala).kos yang ditanggung dalam seminggu mgkin antara rm60-rm70 shj BERBANDING SEKARANG minyak rm1.90 x 32l =rm60.80 dan tol rm5.80 x 2 =rm11.60 dan seminggu kosnya ialah antara rm100-rm120….jadi penjimatan boleh dibuat antara rm40-rm50 seminggu dan ia boleh digunakan utk membeli barangan keperluan lain…..BOLEH ATAU TIDAK PIHAK KERAJAAN MEMBANTU RAKYAT SELARAS DGN SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN?SETIAP TAHUN SYARIKAT KONSESI PLUS DGN BANGGANYA MENGUMUMKAN UNTUNG SEBANYAK RM1 BILLION!!!!!DAN SYER KERAJAAN MALAYSIA PULA IALAH HAMPIR 50%????TEPUK DADA TANYA KEPRIHATINAN ANDA TERHADAP RAKYAT YG MENGUNDI ANDA.BOLEH ATAU TIDAK RAKYAT MALAYSIA MENIKMATI HARGA MINYAK PETROL PADA HARGA RM1.50/L….kajian perbandingan telahpun dibuat oleh penulis dalam artikel beritasemasa….dan sya PASTI KERAJAAN YANG BERJIWA RAKYAT PASTI BOLEH MELAKUKANNYA….kpd pemimpin yang mempunyai kereta rasmi dan segalanya percuma dari minyak petrol,percuma tol,dapat elaun bil telefon,percuma cukai jalan,elaun driver dan sebagainya…..TOLONG LAH RAKYAT ANDA YANG SEDANG NAZAK DAN JANGANLAH MEMAKI MEREKA SEKIRANYA UNDI BUKAN UTK ANDA KERANA SUDAH PASTI PENGUNDI MALAYSIA ADALAH WARGANEGARA YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN DAN BIJAK CERDIK….hakikatnya apa jua yg berlaku mempunyai kaitan antara satu sama lain dan marilah sama-sama kita mengingati SEJARAH TERSOHOR ISLAM DIMANA PADA ZAMAN KHALIFAH UMAR ABD AZIZ…TIADA SIAPA PUN RAKYATNYA YG BERHAK MENERIMA ZAKAT HATTA MENERIMA BANTUAN….sekurang-kurangnya kita dapat mencotohi pemimpin terdahulu,Insyaallah keberkatan dari Ilahi akan sentiasa menaungi kita…jgn pula kita sebagai pemimpin MEMINTA RAKYAT UTK BERKORBAN DAN HIDUP SECARA WASATIYYAH DAN HIDUP SECARA SEDERHANA TETAPI KITA SEBAGAI PEMIMPIN MEMPUNYAI HARTA YG MELIMPAH RUAH DAN BOLEH TERBANG KELILING SATU DUNIA DGN MENGGUNAKAN WANG CUKAI YG DIPAKSA KUTIP PADA SETIAP TAHUN…..harapan sya sedikit sebanyak kisah bankrap ni menjadi iktibar buat kita semua dan harap maaf atas kesilapan fakta jika ada.WASSALAM
Aku setuju ngan Valvet, manage duet paling penting bg yg makan gaji. Tp orang kite mmg suke melaram,pasal kes cikgu2 pki keta lawa mmg x heran la. Tgk la bp cantik nyer kerajaan belai depa. yg susah nyer jadi owg pki keta x mahal asyek kn sindir jer. Naseb diberikan didikan apa itu erti nilai tersemat kt hati huhuhu. Akhirya baru la tahu memilih mana satu susut nilai mana satu yg bernilai. Ending nyer owg pki cikai2 ni gak yg upanyer ada duet. Cm na ak leh trtipu ni…..
PILIHANRAYA mahu menang dah menang pula isu semasa masallah rakyat tak nak ambil kisah pun,isu lama dan isu kehadapan yg nak diselesaikan dulu,isu semasa tak settle lagi.@yg dibawa bertaburan yg digendong berciciran.
Bukan nasib…salah tu.Sebenarnya yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.macam mana ajar anak b.melayu ni
urmm..law dpkir2,law x brhutang,manglh xbrharta..nk bli tnai..bkn harga pluh2 ringgit..nk xnk,trpkselh bhtang jgak..tpi,yg selok2nye..phak krjaan,knelh ambik taw plak ngan msaalah owg2 kte ni,jgn lh nk pkir untung je,yg trjrat,owg kte sndri..yg ssah,warga malaysia jga..urmmm…xtaw lh,smpai ble msalah htang nk slesai??
HUTANG OH HUTANG..
Tepat sekali ukur baju kat badan, isteri saya RM4500 gaji bayar viva manual RM350 X 5tahun je, saya RM 5000 gaji bayar alza RM550 X 6 tahun je, so bannyak duit lebih untuk simpan,melancong,anak2 dsbnya. Kami tak pernah baca buku pengurusan wang dsbnya tapi memang sikap kami suka low profile dan rasa tak selesa untuk show off seperti rakan-rakan sekerja dan jiran-jiran kami. Tapi saya pernah dengar seorang ustaz kata kita kena ikut seperti nabi iaitu guna unta terbaik jadi ramai la kita beli kereta impot sebab terbaik dan ikut sunnah..wallahualam.
Jadi tak perlu cari salah yang di luar kawalan kita seperti cukai import,kerajaan zalim dsbnya,jika ianya betulpun jadilah seorang yang optimistik,fikiran positif,takkan berguna mengata pihak tu & pihak ni, apa yang kita boleh buat ialah keputusan beli di tangan sendiri, apa masalahnya gaji RM4000 guna viva & RM5000 guna alza ?jatuh standard ke?masalahnya kita ni dah salah guna kayu ukur,bagi saya memang betul utk kita spend 10-15% je dari gaji untuk kereta,masalahnya kita rasa RM4000-5000 besar beno & dah melayakkan kita guna kereta import.Saya & isteri pegawai profesional Penjawat awam tapi guna alza/viva & kami tak pernah rasa jatuh standard sebab standard saya bukan letak kat tayar & badan kereta,sungguh hinalah kita jika manusia diukur dengan keretanya serupa la lembu diukur kehebatan dengan tanduknya.
mefah…gaji saya rm800.gaji suami saya rm900.kereta apa patut saya pakai?
Mefa, ni abg beri nasihat sikit
1. Gaji kau + suami = RM 1700.
2. Kau dah beli rumah ke belum?
3. Dah ada anak?
4. Abg beri nasihat agak kau belum ada anak dan duk rumah sewa.
5. Sewa rumah RM 300.
6. Makan (brg dapur) RM 400. Mesti lebihkan makan di rumah @ bawa makanan ke tempat kerja.
7. Kau ada baki RM 1000.
8. Beli kereta kancil 2nd hand, hati-hati cari, kalau boleh beli atas
tangan org (RM 5000 ), beli di kedai boleh sampai RM 9 000.
9. Bayar sebulan +- Rm 300. Hutang panjang sikit takpe, ada duit lebih bayar lebih.
10. Kau ada baki RM 700.
11. Simpan RM 300 (wajib) utk kecemasan. 12 bulan ada RM 3600 belum dividen lagi.
12. Baki RM 400 utk bil, pakaian, makan di luar, kasi mak ayah dll
13. Kalau kau ada anak dan beli rumah kau adjustlah nilai di atas
T. kasih
Pemimpin kita memang salah urus ekonomi, orang macam kamu ni ada berjuta-juta di Malaysia. Pemimpin peduli apa
takde masalah naik apa-apa keta pn….
cuma rega keta tu masih mahal……tu je….
sib baik le dia tak kata naik honda 110 (brand import ni) takde standard…masih juga siang malam pergi merempat….
kakitangan awam banyak bangkrap sbb senang buat loan..
pastu belanja bukan2.. beli kete.. masuk HAI-O etc2..
patut ketatkan sket pinjaman kakitangan gomen nie..
kenapa x jadikan pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan sebagai simpanan..
NI LAA DUNIA…TAKDE PUN TAKPE…PAKAI APE YANG DA TUHAN BAGI..TANGAN, KAKI…MANE BOLEH TUKAR GANTI…TAKDE SPERPART PUN..BILE KITE DA TAKDE KAKI BARU KITE TAHU BETAPE NIKMAT YANG BESAR…TAKDE KAKI MANE BOLEH TEKAN PEDEL MINYAK..NAK JALAN PUN KENE PAKAI TONGKAT..SENTIASELA KITE LIHAT ORG DI BAWAH KITE…JANGAN PIKIR HIDUP YANG SUSAH HANYE DI DUNIE..AKHIRAT PUN SUSAH..BERKALI GANDE SUSAH
penjawat awam terutamanaya cikgu-cikgi suka pakai kereta import,pergi mana2 sekolah rendah/menengah,bukan main melaram depa bersaing2 dengan keta import bukan bersaing2 nak mengajar anak bangsa dengan lebih komited,cikgu kena tunjuk cara hidup sederhana kepada pelajar2..ini cikgu muda dengan vios sporty,cikgu berkeluarga dengan estima, wish baru..jangan marah cikgu ye..ni teguran positif
mefah ni dah kenapa? aku ni duduk rumah orang tua. dapat posting jauh dari rumah. nak sewa rumah bapak punya mahal.hari2 nak kena travel. aku pakai kereta tahun 1997 nak jimat punya pasal. tak ckup pintu pulak tu. jangan cakap cikgu suka melaram la. yang melarat ko tak kira pulak. yang ada anak ramai. yang ada anak sekolah jauh2. cakap pakai sembur memang sedap lah. kerja sampai bawak ke rumah sampai nak rak lah apa kau nampak?
Babi ! baru-baru ini insurance keta naik lagi-dulu sum isued RM22000 bayar RM485 sekarang bayar RM511 untuk sum isued RM17000 NCD 55%, sepatutnya kena bayar cuma RM300 lebih je-Binatang punya kerja orng-orang yang berkaitan dgn kenaikan ini.Dia orang bagi tahu dah naik bulan Sept2012.
aku betul2 orang2 Najib membc komen2 pembc nie. atleast diaorg sedar tentang kesilapan diaorg.bukan sekadar minta maaf di perhimpunan agung
ade aku kisah??? nasib baik toto tolong aku….
Urustadbir kewangan kerajaan malaysia dibawah pemerintahan umno akhir2 ni sangat mendukacitakan….berbelanja yg tkdak sepatutnya, membazir dn rasuah berluasa…baik kita tukar pemerinta h yg baru bagi undi pada PKR