Keputusan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam tahun 2012 bagi program lepasan Sijil Tinggi Persekolahan, matrikulasi dan asasi untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal, boleh diketahui hari ini mulai 12 tengah hari.
Calon yang ditawarkan ke tempat pengajian tinggi kali ini, adalah merupakan calon yang tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan, dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas.
Untuk semakan, anda boleh menggunakan cara-cara seperti di bawah:
Menerusi Talian Hotline
- 03-8870 6767
- 03-8870 6777
- 03-8870 6755
- 03-8870 6766
Semakan melalui SMS
- Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888
Semakan Melalui Laman Web http://upu.mohe.gov.my
Kepada adik-adik yang berjaya, tahniah kami ucapkan, manakala kepada yang tidak berjaya, jangan risau. Pintu ilmu masih lagi terbuka untuk adik-adik. Yang penting, sikap tidak putus asa dalam menimba ilmu itu sendiri.

{ 10 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Tinggal lagi setengah jam untuk semak keputusan.. Good Luck saya ucapkan kepada adik-adik yang ada membuat permemohonan untuk masuk ke Universiti…..
yes ana dah check online dan ana dah berjaya mendapat tempat di Universiti Multimedia… terima kasih kerajaan Barisan Nasional
patutnya “terima kasih kerajaan be end…”
yang tidak berjaya, mari kita sokong pembakang… hapuskan nak masuk universiti pakai kabel… hidup PKR
sy ada SPM 1B yang lain semua C…..nak sambung universiti mana ye….atau kerja dulu…..??? nak fikir ni…rasanya nak sambung luar negara….
kenapa syarat kelayakan biasiswa JPA untuk student lepasan matrik/asasi /stpm terlalu tinggi iaitu CGPA 3.75 ke atas sedangkan syarat lepasan diploma CGPA 3.5 ke atas manakala student firs yr /2nd yr degree syarat cgpa rendah sgt iaitu3.3 ke atas? kenapa JPA tak selaraskan kesemua student mesti score atleast cgpa 3.5? tak adil untuk student lepasan matrik./asasi/stpm walaupun cgpa depa melepasi 3.5 tapi tak layak terima biasiswa…kerajaan patut semak semula syarat kelayakan untuk terima biasiswa JPA ni..
nak keje kerajaan guna kabel org politik, masuk universiti guna kabel org politik…. patut org kerajaan xde kualiti. sampai bila negara kita nak maju kalau rasuah dan guna kabel berlambak.
ni sume UmngOk Be End punya hal..abeh anak2 melayu terkandas blajar..haprak..ppuiii!
sabri org pas, bila masa la plak nk keje gomen kena pakai kabel.. lu penoh auta betol la… kalo lu stakat pmr pastu apply jawatan jusa c, baru la kot kena pakai kabel…
kenapa apabila no pin di BSN masih dijual, sedangkan permohonan tidak boleh dibuat?????