BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Semakan Keputusan Matrikulasi 2012/2013 (KPM). Kemasukan Terbaru!!

by Staff Berita Semasa on April 21, 2012

in Informasi Terkini

Kalau sebelum ini, anda sudah menerima keputusan SPM 2011 dan telah pun menghantar permohonan matrikulasi 2012. Pejam celik pejam celik, cepat rasanya masa berlalu kerana pada minggu hadapan bersamaan 25 April 2012 anda sudah boleh mula membuat semakan keputusan Matrikulasi 2012 (Kemasukan 2012/2013).

Tarikh-tarikh Penting Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2012

  • Semakan Keputusan matrikulasi 2012 : 25 April 2012 (Laman Web KPM : moe.gov.my)
  • Rayuan Matrikulasi 2012 Ditutup : 13 Mei 2012
  • Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru : 21 Mei 2012 (Melibatkan pelajar Kolej Matrikulasi Labuan Sahaja)
  • Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru : Semua Kolej-kolej yang Lain
  • Keputusan Rayuan Matrikulasi 2012 dan Ambilan Kedua : 7 Jun 2012
  • Pendaftaran Pelajar Baru (Rayuan & Ambilan Kedua) : Jun 2012

Cara Semakan Keputusan Matrikulasi Kemasukan 2012/2013

Semakan Keputusan Matrikulasi 2012 boleh dilakukan dengan dua cara;

  1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
  2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888

Pendaftaran Matrikulasi 2012

  • Jika anda berjaya  mendapat tawaran ke kemasukan Matrikulasi 2012, anda perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
  • Bawa sekali surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian diingatkan perlu dicetak sendiri oleh anda yang berjaya dan dibawa semasa hari pendaftaran kelak
  • Anda yang berjaya, diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.

Rayuan Matrikulasi 2012

  • Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.

P/S : Kami doakan anda semua yang diterima masuk berjaya meneruskan pengajian ke menara gading dengan jurusan yang anda inginkan. Gunakan tempoh sepanjang pengajian di matrikulasi dengan sebaiknya.

PP/S : [UPDATE] Semakan keputusan Matrikulasi 2012/2013 telah pun dibuka


{ 29 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Dell Walter April 21, 2012 at 4:22 pm

Salam…
Saya ada soalan..jika hilang/xingat no pin.. mcm mana ya nak buat semakan online??…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 lulu February 4, 2013 at 7:52 am

Murid yang terlupa atau hilang nombor PINnya boleh mendapatkan kembali nombor PIN tersebut dengan membayar RM6.00 di mana-mana kaunter BSN.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 lulu February 17, 2013 at 6:37 pm

bagi siapa2 yg lupa ID PENGGUNA pula . boleh guna angka giliran time SPM . :)
moga berguna ~

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 anaaa April 16, 2013 at 5:05 pm

nok gne no angka giliran guane?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Zali April 22, 2012 at 1:46 am

yaa…allah ko perkenankanlah impian dan doa hamba mu ini…
tunggu keputusan matriks lagi berdebar dpd tunggu result spm

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 YANKE MOHAD April 24, 2012 at 5:37 pm

SAYA INGIN TAHU BILA KE SAYA MENDAPAT PEMBAYARAN RM 500

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 izzat94 April 26, 2012 at 7:51 pm

mcm mana nak buat rayuan melalui internet?
kena isi details2 penting ke?
tp kat mana?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 talampening May 8, 2012 at 12:39 am

Tak de benda yang lebih kecewa dalam hidup ni selain gagal menempatkan diri di Matrikulasi. Rasa macam musnah segala impian hanya disebabkan satu perkara…. tulah dikatakan rezeki masing2, I got 7A tapi gagal masuk matrik, kawan dapat 2A dapat matrik.. Sy anggap semua yg berlaku ada sebab yg baiknya. Perancangan Allah lebih hebat dari perancangan saya…
**Moral : Jangan mengharap tinggi sangat, kalau jatuh sakit sangat2.. sbb impian dalam hidup saya tinggi sangat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 fat May 21, 2012 at 11:18 am

try buat rayuan. maybe terlepas pandang.. sya percaya anda sebenarnya layak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Faizal September 10, 2012 at 8:29 pm

adik saya 9A (6A+) mula2 pun x dpt, lepastu buat rayuan baru dpt…cuba mohon

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 fudoztakato April 25, 2013 at 10:49 am
12 dunno12 May 22, 2012 at 5:03 pm

saya baru mohon matriks under rayuan coz saya tak mohon dulu and planned just nak msok u, and then i dpt uitm bisnes which is not my first choice kna daftar 2 jun ni,,while rayuan matriks kuar 7 jun..saya nak masok matriks… so how? saya betul2 perlukan pendapat. mana lagi better? klu saya tgu matriks then x dpt? saya dapat tujuh A’s.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Natasya May 30, 2012 at 10:39 am

Saya telah ditawarkan masuk ke matrikulasi 2012 tetapi saya menolak kerana masuk ke IPTS. Tetapi jika saya menolak masuk ke ITPS dan ingin masuk semula ke Matrikulasi, adalah boleh saya berbuat demikian dan macam mana caranya?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 sya June 7, 2012 at 4:12 am

kalau diikutkan mmg x boleh dah patah balik…bila dah tolak tawaran, mmg x boleh apply dah matrik

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 insan biasa June 5, 2012 at 10:55 am

memang la 7a pun xdapat matrik , ni mesti sbb kimia D . KAN ? KAN ? i pun same , 6a 2b 1d . takdapat matrik pun -.-

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 Shay June 20, 2012 at 9:56 am

Kawan Cina saye semua 12A+ tapi xdpy matrik. Adoi sakit hati…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 fudoztakato April 25, 2013 at 10:50 am

mmg genius lah kwn kau tu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 ATIQAH June 6, 2012 at 10:00 am

sy dpt, tp sy tolak……xyakin…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 SPM student December 13, 2012 at 5:24 pm

sya betol2 nak mintak tolong…mcm mana nak dpat kan balik no siri n no pin matrikulasi kembali? saya tngah buntu dan runsing.. risau x dpat masuk ke matrikulasi.. saya betol2 perlukan bantuan.. moga tuhan membalas jasa yg membantu.. :(

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 mae January 5, 2013 at 1:19 pm

lmbt sngat keputusan nye…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 Irul February 15, 2013 at 9:28 pm

sy dh lupe mane sy letak nombor siri utk borang permohonan ke matrikulasi tu .. ckgu sy kate , nmbor tu penting .. so , ade care tk supaye sy bleh dpt semak balik nmbor siri tu .. bukn nmbor pin yee ..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 ira February 21, 2013 at 11:09 am

agaknya bole tak tolak tawaran matrix klu dptla?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 ira February 21, 2013 at 11:12 am

agkny bole ke tolak twrn klu dpt matrix nih?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 nisa March 25, 2013 at 11:52 am

betulke kalu tak dapat matrik means tak akan dapat masuk form 6?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 alelola March 26, 2013 at 9:50 pm

apakah kelayakkan matrikulasi????
apakah kelaebihannya?
selepas matrikulasi apa yg kite akn belajar???
tolong rply…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 fudoztakato April 25, 2013 at 10:48 am

haia..lama lagi lah nk tunggu nie..sy x de kat rmh time nie..slip no pin matrikulasi x bwk..x dpt nk check hr nie.._-_

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 Shamsuriati April 25, 2013 at 11:56 am

saya pun sama, so ada tk ap2 cara nak dapat blek no siri tu? “sy dh lupe mane sy letak nombor siri utk borang permohonan ke matrikulasi tu .. ckgu sy kate , nmbor tu penting .. so , ade care tk supaye sy bleh dpt semak balik nmbor siri tu .. bukn nmbor pin yee ..”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 mira April 29, 2013 at 11:17 am

Nk tnye klu dpt matrik…tawaran upu dpt x..?..saye ade bt rayuan matrik, tp rase x yakin,.saye risau tkut x dpt tawaran upu, disebabkan saye bt rayuan matrik..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 snimy May 9, 2013 at 10:41 am

saya dapat matrikulasi sains kat perak. tapi i dont know whether nak pergi atau x..bcoz my spm result so-so je…n also, mmg confuse nak pilih course yang terbaik …confuse between nak amik aliran sains atau bahasa..but my result strong kat aliran bahasa..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: