Ramai yang pastinya akan menarik nafas lega, apabila kerajaan Malaysia bertindak mahu memberikan kenaikan gaji kepada kitangan awam. Tetapi ramai daripada kumpulan P&P (Pengurusan & Profesional) yang makan hati apabila belum lagi kedengaran yang mereka juga mendapat tempias dari kenaikan gaji kakitangan awam kali ini. Yang mana kebanyakan daripada mereka (kumpulan P&P) ada juga yang berada paras kemiskinan.
Kalau dapat selaraskan kepada semua, ia akan memberikan kebaikan kepada kakitangan kerajaan. Masing-masing ada tanggungjawab, masing-masing kelebihan dan masing-masing kakitangan kerajaan ada cabaran dan sumbangan mereka sendiri. Jadi, diharap agar kenaikan gaji kali ini meliputi kumpulan profesional & pengurusan (P&P) mahupun kumpulan sokongan.
Apabila berita-berita kenaikan gaji kakitangan awam, sebahagian besar kakitangan swasta masih mendapat gaji seperti ungkapan :
“Bak telur di Hujung Tanjuk” << Sesuai ker?
Ini bukan soal melatah ataupun tidak bersyukur ataupun dengki dengan kakitangan kerajaan. Biarlah itu rezeki mereka. Tetap yang menjadi persoalan sekarang, sampai bila mereka perlu berhadapan dan menerima gaji yang sekadar cukup-cukup makan sahaja. Tahun sudah berganti tahun, mereka sebenarnya masih terus berharap dan berharap, nasib mereka terus terbela. Mekanisme macammana terpulang kepada kerajaan Malaysia. Kalau kerajaan Malaysia ingin mendapat pandangan dan respon daripada kakitangan swasta, saya pasti mereka akan bekerjasama. Yang penting di sini. BERTINDAK!!!
Dirasakan sudah tiba masanya semakan gaji minimum di Malaysia dilaksanakan. Sebelum ini idea dan usul seperti ini telah lama dicadangkan oleh NGO yang berkaitan dengan buruh, tetapi masih belum dapat direalisasikan. Banyak halangan kata kerajaan Malaysia sebelum ini.
Memang bukannya mudah untuk membuat semakan gaji minimum di Malaysia terutamanya melibatkan kakitangan swasta yang terlibat dalam sektor perkilangan. Yang pastinya cadangan semakan gaji minimum di Malaysia ini akan ditolak oleh kebanyakan peniaga/majikan. Lebih-lebih lagi melibatkan syarikat daripada luar negara. Apa yang dilihat apabila dilaksanakan semakan gaji minimum di Malaysia, akan memberikan kesan kepada margin keuntungan bagi sesebuah syarikat, seterusnya kemungkinan harga barang akan dinaikkan. Akan ada syarikat luar tidak lagi berminat untuk menggunakan pekerja tempatan dan beralih pula khidmat mengambil pekerja asing. Natijahnya, penganguran bertambah.
“Orang bisnes, kalau boleh nak untung bertambah dan margin keuntungan mereka semakin besar”
Semakan gaji minimum di Malaysia > Kos buruh bertambah > Kos pembuatan juga bertambah = Harga barang naik = Pelabur asing tak berminat untuk masuk Malaysia
Pernah dahulu zaman Tun Dr. Mahathir, Malaysia merupakan negara pengeksport penghawa dingin terbesar dunia disebabkan salah satu faktornya kos buruh rendah, harga barang adalah murah dan kompetitif. Dulu……………
Sekarang? Kalau sekarang……..pelabur-pelabur mula mencari pasaran baru untuk melabur, yang mampau menyediakan tenaga buruh yang banyak dengan kos yang rendah. Negara-negara seperti China, India, Indonesia dan Vietnam menjadi sasaran mereka. Bukannya penyelesaian seperti cadangan semakan gaji minimum di Malaysia adalah mutlak. Kalau macam itu, bagaimanakah caranya. Jadi……kerajaan Malaysia perlu mencari cara lain yang efektif untuk mengatasi masalah ini.
- Pihak Majikan menentang Gaji minima di Malaysia
- Pihak Buruh menyokongla Gaji minima di Malaysia
Ya…mungkin untuk melaksanakan cadangan semakan gaji minimum di Malaysia akan mengalami kesukaran terutamanya sektor-sektor pembuatan, perkilangan contohnya. Mungkin kita boleh beralih dengan menuntut :
- Kerajaan kawal dan pantau harga barang seketat-ketatnya. Jangan hangat-hangat tahi ayam ataupun bermusim
- Tambah subsidi harga untuk barangan tertentu macam beras, minyak masak, tepung, gula dan lain-lain.
- Kenakan tindakan sekeras mungkin kepada ‘permainan harga’ golongan kapitalis-kapitalis ini
- Cukai-cukai yang membebankan rakyat Malaysia itu boleh dihapuskan atau dikurangkan
- Cadangan anda?
Kalau macam ini tidak dilakukan semakan gaji minimum di Malaysia pun tidak mengapa. Macam saya kata pada permulaan artikel ini, apa gunanya kalau naik gaji setinggi gunung Everest sekalipun, harga barang kemudiannya tetap melonjak naik, What’s the point?
Contoh situasi : Seorang operator pengeluaran sekarang ini, gaji permulaan hanyalah sekitar RM400 + RM180 elaun (kedatangan/transport/umah/makan…kalau hadir penuh dan tidak duduk hostel). Itu belum ditolak KWSP dan Perkeso. Katakanlah kalau dalam satu bulan tu takde OT, berapa gaji mereka yang tinggal?
Yang bekerja sebagai operator pengeluaran kebanyakannya para-para ibu yang berpendidikan rendah, yang membantu suami untuk memantapkan ekonomi. Kalau suami isteri keluar bekerja, siapa nak jaga anak. Kos penjagaan anak pun sama mahal macam petrol! kalau ada anak 5, semua hantar taska, agak-agak berapa ratus kena bayar?
Sebab tu ada wanita yang tak kerja, disebabkan kos jaga anak di taska lebih mahal daripada gaji yang diterima setiap bulan….
P/S : Macam mana tu. Itu hanya sekelumit masalah daripada ramai-ramai yang masih menanti sinar. Apa respon anda dengan cadangan semakan gaji minimum di Malaysia. Mekanisme apa yang patut digunapakai?
UPDATE 14 JUN 2010 !!
Warta gaji minimum pengawal keselamatan dah keluar sebenarnya dalam akta majlis penetapan gaji 1947. Memang sepatutnya kena laksanakannya pada bulan 7 ini sebab sudah jadi akta. Walaubagaimanapun, tunggu sahaja arahan terbaru daripada kerajaan!!!
PUTRAJAYA 13 Jun – Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum baru untuk pengawal keselamatan yang dijadualkan pada 1 Julai ini, bagi memberi lebih masa kepada pihak industri untuk mengemas kini operasi mereka. Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, penangguhan sementara pelaksanaan gaji minimum tersebut di bawah Perintah Peraturan Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Swasta bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak, adalah susulan daripada permintaan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) kepada pihak kerajaan.
Setelah pengumuman dibuat bagi melaksanakan gaji minimum baru pada 1 Julai 2010, Kementerian Sumber Manusia menerima maklum balas daripada PPKKM yang memaklumkan bahawa perintah (peraturan Gaji Minimum) tersebut akan memberi implikasi kepada perniagaan mereka terutama berkenaan kontrak sedia ada.PPKKM juga memohon supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan perintah itu untuk membolehkan mereka mengambil tindakan mengemas kini operasi mereka sewajarnya. Menurut kenyataan itu lagi, setelah mempertimbangkan rayuan PPKKM, Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum bagi pengawal keselamatan. Pada 22 April lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji antara 67 hingga 75 peratus kepada pengawal keselamatan bermula 1 Julai ini.
[poll id="83"]



{ 43 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
:phwitt sekadar nak bertanya….kenapa elaun2 antara Sabah dan Semenanjung di beza2kan. Disabah di barang murahka? Mcm lagi mahal.Mcm x adil knpa x diselarkan shj
Kenapa tidak semua kakitangan kerajaan disekat untuk menggunakan tambang mengunjungi wilayah asal???? hah ?? Kenapa????….Paling mendukacitakan, sesetengah jabatan sahaja yang mendapat kemudahan ini. RAKYAT DIDAHULUKAN (Kebajikan kakitangan awam didahulukan), PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (Prestasi berasaskan motivasi yang berfokuskan perihatin). Aku bekerja di WP Labuan nak pulang ke Kelantan tak dapat tahun ini (2010). Tambang sendiri tak cukup duit. Mana nak cukup tambang diri termasuk anak-anak lagi. LU PIKIR LA SENDIRI. Bukan marah tapi geram je. Doa orang teraniaya akan dimaqbulkan……..
Penggunaan ayat ”RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” x sesuai benorrr bunyiknya…apa yang saya nampak KUNCU-KUNCU,ADIK BERADIK VVIP DIDAHULUKAN, KEKAYAAN DIAORG DIUATAMAKAN”haa ini sesuai!! Yang kaya makin kaya, yang miskin terus miskin! Cukai semua kena bayar! Yang dah gaji besar, x payah la naik lagi, bagi la kat kita org yang gaji sikit ni(sokongan)… :marah
Inilah risiko yng harus di ambil taktala kerajaan mjemput sabah dan sarawak masuk ke dalam Malasysia.. sebagai syaratnya kenalah di patuhi.. tak puas hati.. letaklah jawatan.. aku keja sabah dapat je tiket percuma..
Pengorbanan dan kesetiaan kakitangan awam dari gaji kecil kepada kadar sekarang mrngambil masa dan amat patut dengan keadaan harga barangan yang tinggi hari ini..
Saya telah memuatkan tulisan sahabat saya mengenai gaji minimum ini. Boleh rujuk untuk pemahaman dengan lebih lanjut. :senyum
.-= msbmna menulis artikel blog ..Nota Diskusi Gaji Minimum =-.
setiap tahun kita kakitangan kerajaan asyik mendengar semakan gaji dan permohonan bonus oleh Ceupac tetapi hanya Presiden nya sahaja yang buat kenyataan akhbar,tak pernah pulak kita mendengar pihak majikan ( kerajaan ) membuat pengumuman yg menggembirakan majoriti kakitangan awam.Baru-baru ini semasa menyambut hari pekerja,semua kakitangan awam menunggu dengan penuh harapan agar ada berita gembira buat kita semua…tetapi hampa.Pada hari Polis diumumkan kenaikan gaji dan elaun mereka,Hari Guru juga diumumkan beberapa faedah untuk mereka,pada Hari Jururawat ada sesuatu yang menunggu mereka…tetapi kakitangan awam dari lain-lain bidang terpaksa melaksanakan KPI dan GST baru nak diberi imbohan,mengapa? adakah kita kakitangan awam dari pelbagai peringkat jawatan dan pangkat ini tidak pernah menyumbang untuk pembangunan negara atau KPI kami menurun?……
dah dekat nak pencen,kita golongan bawahan mmg akan trus di bwh skiranya tdk mdpat ketua yang bagus..apapun undi dtgn kita..hari polis,polis dpt bonus,hari guru,x smua guru dapat pun insentif tu…sebelum berkata teliti fakta dulu..
setiap kesusahan akan disertai kesenangan selepasnya,itu janji Allah buat kita hambanya..berdoalah agar kita hidup aman di bwh pimpinan yg adil.kalau rasa pemimpin x adil..pilihan ditgn kita
apa yg kerajaan lakukan sekarang begitu mengkagumkan, dengan kemasukan pelabur2 dari luar dan bentuk kerjasama yg dikembangkan dengan negara luar juga begitu membanggakan… tp keadaan amat membimbangkan di peringkat bawah, dimana segala kemudahan dan kenikmatan yg diberi oleh kerajaan kepada rakyat hendak diambil semula, peringkat bawah seperti rakyat faham yg kerajaan mahukan pencapaian kearah negara maju… tp bagaimana peringkat pemimpin yg dulunya begitu fanatik mahu berkhidmat untuk rakyat, ketika mahukan sokongan untuk memerintah negara, didalam benak rakyat masih lg terlintas.. adakah dasar ketelusan sebenar telah di buat oleh kerajaan? jika sudah dibuat, siapa yg mengkajinya? sepatutnya rakyat yang menentukan hasil dari dasar yang dibuat oleh kerajaan… kerajaan seharusnya mendengar suara rakyat justeru mengambil inisiatif untuk bertindak dengan telus… seharusnya dalam membentuk keutuhan dalam kerajaan sendiri… kakitangan kerajaan haruslah dijaga kepentingan dan dijaga bagai anak sendiri, bukannya banyak jumlah kakitangan yang bekerja untuk kerajaan, hanya beberapa peratus kecil dari jumlah penduduk Malaysia… itu pun masih ada dasar pilih kasih dalam menjaga kepentingan kakitangan kerajaan oleh kerajaan. buah yang elok dalam sesuatu pohon itu bermula dari baja yg diterima oleh akar, jika kerajaan mengharapkan hasil yg baik maka perlulah memberi baja yg baik untuk hasil yang terbaik… tp ya lah… kadang2 pandangan sebegini akan dipandang sinis oleh golongan atasan atau pemimpin, mereka akan berkata kami lebih tahu segalanya kerana kami berada di atas…. tp apa yang kami dibawah memandang adalah, apa yang orang diatas buat seolah hanya memenuhkan perut sendiri…. sehinggakan bangsa sendiri melata malah ada yang meminta2… beban pulak hendak diletakkan keatas bahu rakyat sikit demi sikit…. jd bagaimana lg rakyat nak mengharapkan kerajaan yang ada sekarang untuk membantu dan membela. Jd jgn salahkan rakyat jika rakyat akan cuba beralih penyokong pimpinan yang lain, jika kerajaan cuba untuk mengeksperimenkan rakyat dengan beban yg sebenarnya tak mampu ditanggung oleh rakyat, maka rakyat akan memperjudikan nasib kepada siapa yang dirasakan mampu membela mereka. mungkin kerajaan merasakan beban yg akan digalas oleh rakyat nanti mampu dipikul sebaiknya oleh rakyat, tp sebenarnya kaum majoriti akan sensara dan lebih tertekan kerana kemampuan yang begitu rendah…. ada kata pepatah, ibarat anjing menyalak bukit, suara hilang bukit tak goyang… kalau benar kerajaan mahu mendengar suara rakyat dan membantu, buka mata turun dan lihat sendiri apa yg berlaku. tp klau sekadar melihat saja, ibarat melepas batuk di tangga.. lebih baik tidur bermimpikan perubahan dari berpura pura sedih ibarat talam dua muka…salam
sekadar berkongsi pandangan, harga barang cepat naik apabila ada ura-ura harga minyak naik, tapi susah nak turun bila diarah turunkan harga barang. Saya rasa yang berwajib perlu pantau situasi ini dengan lebih kerap lagi, jangan hanya pantau di bandar sahaja sahaja tetapi di kawasan luar bandar lah yang selalu nya menjadi mangsa kerana alasan peniaga begitu banyak . Maklumlah mereka sudah arif bahawa pihak berwajib tidak akan memeriksa harga barang di kawasan luar bandar. Kalau ada pun, mungkin hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Renung-renungkan dan sama-sama lah fikir kebajikan masyarakat di luar bandar yang sentiasa dipinggir.
Emm macam xbest je dgr kakitangan awam je nk naik gaji,abis kakitangan swasta mcmana?Ni x adil la kalo nak naik biar semua yg bekerja..2 yang banyak tumbuh MLM sekarang bak “cendawan tumbuh pas hujan lebat”.Jadi kepada orang yang kurang pendapatan boleh la buat kerja sampingan di rumah je…lagi best xyah nk harungi pelbagai masalah lain…jadi cuba fikirkan kenapa perlu duit dan kenapa x senang mahupun kaya??mungkin ni sebabnya TIDAK TAHU CARI PELUANG PERNIAGAAN DAN TAK TAHU MAHU BERMULA DIMANA,so kita kena cari peluang lain
Salam,
Bunyinya macam sedap. Kakitangan awam naik gaji. Guru dapat intensif. Tapi semua yang dicanang hanya manis di mulut sahaja kerana yang dapat bukan aku… kakitangan awam guru DG44, GPK HEM. Ada tak apa-apa untuk orang seperti aku.. yang hanya untuk kakitangan sokjongan, pelarasan gaji kakitangan sokongan dan intensif untuk pengetua sahaja. Jadi, memang tak ada untu aku dan kakitangan awam seperti aku. Hampehh.
salam…ermm…nk merungut lebih2 pn x guna jgk, tp kalau ada kenaikan pn alhamdulillah…rezeki…utk kakitangan swasta jgn iri hati,dulu2 gaji kakitangan kerajaan pn rendah jgk n setahu sy dulu gaji kakitangan swasta lebih tinggi dr kakitangan kerajaan…so berpada2lah…dulu lain skrg lain..utk kakitangan awam yg lain kita jgn cemburu dgn polis @ guru, masing2 ada bebanan yg mereka perlu tanggung, cubalah kita selami tanggungjawab yg mereka pikul,rasanya belum tentu kita sanggup…kalau x puas hati jgk apa kata korg je yg kerja polis n guru,blh naik gaji byk ckit.. :tepuk
erm.. selalu akn ade pdgn negetif. cube sokong n jgn mprotes. cptla ssuatu usul diluluskan. lagi cepat usul lain dikeutarakan. paling penting selepas diluluskan kenalah dikuatkuasakan. yg engkar diambil tindakkan sewajarnyer..
kalau naik gaji mesti harga barang pun turut naik… :marah
.-= anastasyea menulis artikel blog ..P1 WIMAX – Network Service Problem =-.
yalah..elaun sekarang ni mmg tak relevan.kos sara hidup yang semakin meningkat dan elaun msh di takok lama.sewa rumah sekarang ni mana ada yang RM200 sewa bilik pon dah RM250.tengok-tengok kan lah Elaun tu PM..RAKYAT DIDAHULUKAN ,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.. Jgn kami yg rakyat dalam kump. sokongan yang merana kerana hampir 80% kakitangan awam adalah dlm kump sokongan..ORANG NAK ELECTION NI..FIKIR2X KAN LAH YEEEA
kenapa elaun antara sabah/sarawak dibeza – bezakan sedangkan harga barang di sabah/ sarawak lebih mahal jika dibandingkan dengan semenanjung. kalau betul kerajaan adil dan saksama seratakan kadar elaun kakitangan awam. dengarlah suara hati rakyat sabah/sarawak kerana jika kami di sini berpaling tadah seperti rakyat di semenanjung kerajaan BARISAN NASIONAL akan tinggal nama. terbukti sekarang kekuatan kerajaan terletak pada undi dari sabah/sarawak. oleh itu jangan ambil mudah dan jangan buat pelbagai alasan kepada kami. 1 Malaysia sudah lama wujud di sabah/sarawak. tidak pernah berlaku kes – kes seperti apa yang berlaku di semenanjung di sini bahkan tragedi 13 mei 1969 pun tidak melibatkan sabah/sarawak.. renungkanlah jika ingin terus menerajui kerajaan MALAYSIA.
Gaji minimum tu satu hal. Satu hal lagi waktu jam bekerja. Kalau kena kerja 6 hari seminggu full day. Hari sabtu pun full day. Sekarang kakitangan kerajaan bekerja 5 hari seminggu sahaja. Kerajaan juga patut menkaji semula tempoh minimum jam bekerja di Malaysia dalam seminggu. Kakitangan kerajaan buat dalam sekitar 45 jam seminggu kalau dikira satu hari 9 jam kali 5 hari. Yang bekerja swasta pulak 9jam darab 6hari, 54 jam seminggu. nampak tak bezanya. Kami yg bekerja kat swasta tenaga dikerah mcm binatang. Dahlah waktu kerja panjang kena buat overtime tak berbayar setiap hari sampai lewat mlm baru nalik rumah. Boleh tak DO SOMETHING!!!!.
10 thn sekali baru nak dengar gaji staff goment nak naik pun kecoh…tu belum bonus tahunan yg x silap aku dh 2 th tak dapat…pastu org sebuk nak hina2 and irihati nih kenapa?? staff swasta yg ader tu gaji ciput mmg kesian ..tu semua gara2 boss diorg yg gilerr x pikir kebajikan anak buah…so wat?? patut boss cam tu yg korang kene sula…keje penat2 naikkn pendapatan sykt tpi gaji tahap tanduk kerbau…semua tu ader pro & kontra…so jgn la jeles sesame kita…tu rezeki masing2… kerja kut=rang @ lebih…adakah anda layak menilai seseorg itu tanpa anda berada di dalam jabatan itu sendiri…macam la dia tau semua benda…so fikir2kan dan renung2kan lah..salam
apa salahnya kalau bagi gaji minimum,dengan melaksanakan gaji minimum saya pasti kerja2 yang selama ini hanya org asing yang nak akan dikuasai semula oleh rakyat tempatan.
kalo kakitangan sokongan dpt naik gaji, kakitangan P&P patut la dinaikkan jgk..xkn la gaji kakitangan sokongan sama or lebih dpd kakitangan P&P..kitorang kakitangan P&P belajar universiti lama-lama x ptut la gaji klh dgn kakitangan sokongan..logik la sikit.. :marah ..lgpun kerja kakitangan P&P byk, tanggungjawab bsr, selalu blik lewat kerja wpun x bleh claim OT.especially kerja mcm aku ni..mmg x adil kalo kakitangan sokongan shj yg dinaikkan gaji.. :jangan
gaji di bahagian P&P xpayah di naikkan..nak kate mereka di paras kemiskinan??
cube tgk balik gaji basic mereka di kumpulan sokongan dan P&P..jauh bezakan ??
dan juga elaun..berbeza juga
dan mereka juga ada banyak kenaikan pangkat dan kenaikan gaji berbanding sokongan
sokongan 2 contohnye cuma ada 27,32 cume kaklo nasib dapat 36..
berbanding P&P..kenaikan mereka ada banyak 41,44,48,52,54 dan kalo naik lagi ada JUsa A,B,C..jadi kenaikan mereka adalah 8 peluang untuk KENAIKAN PANGKAT DAN GAJI!! berbanding sokongan 1 dan 2..
oleh itu , sy sokong hanya sokongan dikaji semuala gaji mereka dan gaji dinaikkan..bagi golongan professional..terimalah..kamu pun tahu kan..jgn jadikan alasan kerja dan sebabagainya lagi banyak, kerana kami pun bantak kerja juga seperti kamu cuma kepentingan kami ni kurang..dan ramai kakitangan sokongan yang mengalami masalah hutang dan perbelanjaan x cukup.berbanding profesional yang mana kebanyakan adalah senang dan ok..dan kenaikan ke 44 pun hanya memerlukan 3 tahun berbanding kami di sokongan iaitu n27 ke n32 mengambil mase 9 tahun ketas begitu juna dengan N17 ke N22…mengambil mase kenaikan yang lame..so kami hanya boleh mengharap lebihan duit kami dgn kenaikan setiap tahun pada gaji basic kami saja..renung2 kanlah…
kesian pada kami, golongan yang mempunyai diploma dan degree tapi berjawatan n17. gaji permulaan adalah P1T1 berbeza dengan mereka yang mempunyai sijil gaji permulaan adalah P1T8. berbeza sungguh. kenapa tidak di selaraskan? sedangkan tanggungjawab dan bebanan hutang belajar sangat banyak berbanding dengan mereka yang mempunyai sijil. untuk menyamakan gaji dengan pemegang sijil terpaksa plak mohon KPSL yang belum tentu bleh dapat dan lulus. Untuk tangga gaji P1T1 ialah RM820.37 dan P1T8 ialah RM1245.89 begitu besar berbezaan jumlahnya. TOLONGLA DIBERI KEADILAN PADA KAMI.
KEADAILAN…KEADILAN…KEADILAN… Memang patut dipertimbangkan…ada yang tetal memegang jawatan Gred 17 dalam masa tiga tahun berlalu dengan tangga gaji P1T1 – RM820.37 namun kawannya pula bersijil dan memegang jawatn sama gred 17, tetapi perbezaan gajinya ialah P1T9 – satu ribu lebih brother…. alasan dia ada sijil… kira adil lah tu kononnya. tapi grednya apa hal? kan dred sama saje. Kes ini sama dengan keluhan dekgee…. :tembak
minyak naik,gula pun naik apatah lagi barangan menggunakan gula mesti naik bukan dah nak naik memang dah nak pun masalah sekarang ni gaji tak naik pun tahu-tahu minyak naik barangan pun naik .sekira nya tak naik gaji akan timbul masalah rakyat untuk kehidupan harian kerja bertambah dan melbihi masa tak kira siang malam dan tak sempat nasi masuk kat mulut dah kena panggil buat kerja kehendak atas kena ikut kehendak orang bawah perah keringat kalau boleh sampai kering.nak sara keluarga pun sampai gadai barang-barangan yang ada gaji orang atasan memang tinggi boleh la kata tak pa minyak naik dan barangan kesian la rakyat yang sedahanan dan rakyat miskin akan bertambah miskin dan bertambah hutang………. :serabut
haiya…itu ITP kasi naik loh..180 mana ckup sikarang punya rmh aar pn mau seribo lebih oo..alap ini bajet nanti ada naik lah..kuat susah ho…apa mcm ni mau srh org ssh..kolo msh jg ini mcm aar mmg sya DAP sjalh.
banyakkan :doa kepada Allah…. agar hati PM ikhlas utk memberi kitaorg bonus sekali dgn kenaikan gaji tahun ni… gaji aku pun cukup2 utk bayar asas umah… ni lagi nak raya… huhuhu…
elaun umah pun tgk2 la.. setakat 180 klu bujang.. kongsi2 sewa ok la… tapi da kawen ni.. tak kan nak kongsi umah dgn kawan lg kan..biarpun psgan hidup aku tu kakitangan awam jg, 180X2=360, susah nak dpt umah sewa harga mcm tu…
apa yg harap sgt2… sebelum raya ni, ada sinaran bonus@kenaikan gaji utk aku dan juga 1.2juta kakitangan awam di M’sia… sbb aku yakin… semua mengharapkan berita gembira seumpama ini..
nak tanya DGA29, amcm??
Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini mendesak kerajaan melaksanakan segera sistem gaji minimum untuk semua sektor pekerjaan di negara ini.
Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu penting kerana gaji minimum adalah antara komponen terpenting dalam pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) serta usaha ke arah negara berpendapatan tinggi. Beliau berkata, tanpa gaji minimum, MBE sudah pasti sukar untuk dijayakan, begitu juga hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi ekoran masih terdapat kelompok rakyat di negara ini diberi gaji di bawah paras kemiskinan.
“Berdasarkan kajian kira-kira 34 peratus daripada 1.3 juta pekerja yang disoal selidik memperoleh gaji kurang daripada RM700. Pendapatan ini adalah di bawah kadar kemiskinan.”Kajian juga mendapati purata kadar kenaikan gaji di Malaysia hanya sekadar 2.6 peratus dalam tempoh 10 tahun berbanding purata 3.2 peratus di peringkat dunia. Masalah ini hanya boleh diatasi dengan pelaksanaan gaji minimum,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Terdahulu, Khairy serta pemimpin Pemuda BN lain mengadakan perbincangan dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman dan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G. Rajasekaran.
Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, pelaksanaan gaji minimum bukanlah satu perkara yang asing kerana 90 peratus negara di seluruh dunia melaksanakan gaji minimum. “Telah tiba masanya pelaksanaan gaji minimum ini benar-benar direalisasikan. Pemuda BN tidak mahu melihat masih ada rakyat kita dalam zaman ini dan dalam era ini memperolehi gaji di bawah paras kemiskinan.
“Dalam perbincangan tadi, saya diberitahu terdapat sebuah kilang bertaraf antarabangs di selatan tanah air menawarkan gaji RM540 kepada pekerja mereka yang mana saya kira ia terlalu rendah,” katanya. Beliau berkata, dengan gaji sebanyak itu sudah pasti para pekerja terpaksa berhempas pulas meneruskan kehidupan kerana taraf hidup sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
Sementara itu, beliau berkata, pihak Pemuda BN, CUEPACS dan MTUC akan bekerjasama menganjurkan forum khas mengenai pelaksanaan gaji minimum. “Forum yang kita jangka diadakan dalam waktu terdekat ini akan menjadi medan perbincangan segala perkara berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum,” katanya. Antaranya, beliau berkata, angka siling bagi gaji minimum serta cara pelaksanaannya sama ada mengikut sektor atau dilakukan secara umum.
Assalamualaikum…sy nk mncelah skit lah…@pun mwkili kump. p&p (pengurusan dan profesional)….knpa perlu dikecohkan tgga gaji kami…sdgkan kami sebelum nie brtgkus lumus bljar brtahun2 utk sertai kump prkhdmtn skrg…kami jg prlu byr jumlah pnjmn yg kami ambil sms bljr dhlu….spttnya saudara perlu pikirkan beban kerja kami adalh lbih tggi…tapi kita perlulah bersikap profesional…jgn krn hndakkan kenaikan gaji, pnjwt awam kump. p&p dipertikaikan gaji mereka…gaji di bayar mengikut kelulusan saudara…bersyukurlah dengan apa yang kita ada…klu nak gaji tggi, smbg lah blajar..pluang byk terbuka skrg nie…nak atau xnak shja…
:tem
:tembak saya sokong mana yg dh dpt kenaikan pangkat ape semua x yah lah nak naik gaji ag kan x ckup jgak ker??????? la ni bg yang sokongan sahaja dah la yg pangkat 1-17 dah la???
salam nih nak mencelah sikit..ingat P&P kerja byk sgt ka? kami di sokong 1 dan 2 pun sama jugak,kerja pun byk,.Kdg2 kerja P&P pun kena buat jugakk..kononya arahan pegawai..priiii dahhh.,, bejet semua skong 1 dan 2 tak ada kelusan tinggi ka? mcm aku. aku ada sijil poli , diploma poli dan dreege ..so what??? bukan aku tak cuba nak mohon gred P&P ..tapi susah nak dtp.terpaksa kerja kat sokongn dulu..
kerjaan bukan saja kena kaji gaji minimun ,malah tentang umur pencen sama. apa bila pencen dinaik kan umur hampir 60 tahun ,maka peluang untuk golg sokongan dan golongan fresh sukar.. kenapa nak pencen sampai 58..ingat semua org nak bg komitment lagi ka time umur mcm tuh..time tuh semua dok teringat dgn anak cucu dan berkebun dah..bukan nak ingat kerja..bagi saja pencen umur 58 pada golongan atas mcm jusa yg perlukan pengalam byk..bg option pilihan .
salam..ini adalah risiko anda sendiri jika mempunyai diploma atau degree memohonan jawatan gred 17. Ini kerana gred 17 hanya untuk berkelulusan sijil SPM , sijil poli atau kolej komuniti. Tapi anda harus ingat sijil SPM beza dgn sijil poli,kolej komuniti atau LIP. Sijil SPM terlalu AM berbanding dgn sijil poli,kolej..d.s.n.. kerana sjil ini lebih spesifik. Dua tahun mereka berlajar dlm bidang berkaitan.. contoh .. Contoh kalau anda bos untuk memilih jawatan P.takbir gred 17,, anda ingin mengambil pekerja yg berkulusan sijil SPM atau yg mempunyai Sijil Akauntasi yg siap 6 bulan pengalaman Latihan Industri ? sebab itu gaji yang bekulusan sijil berbezaan dgn kelulusan sijil ada dlm bindang berkaitan..jika anda ada diploma atau degree anda boleh pelan2 kayuh memohon jawatan n27 atau n41.
menteri tu main buat je …..bukan tau pon…pndai cakap je..jadi mangsanye rakyat bergaji rendah…bab SPA tu toksah cakaplah…semua lepas……………………………tapi menderita. tunggu….alih2 aku dengar nak senang pakai kabel….hamPEHHHHHHHH
Ya la, kami bukan nk iri hati dgn org kerja kerajaan naik gaji, tapi kebyakan kerja kerajaan pakai kabel, kalu aku mintak SPA dah 3 tahun pangil pun tidak.. sape ada kabel insyaAllah mesti dapat. Kami swasta kerja 12 Jam macam kerbau sebulan rm600 silap2 kena potong lagi kena paksa ambik cuti.. jadi renung2 kanlah pekerja swasta kalu telebih gaji sikit kira nak tax pulak, aduhai MALAYSIA
aku anggota tentera berkelulusan diploma mendapat gaji kelulusan spm bertugas selama 19 tahun dan akan menamatkan perkhidmatan 2 tahun lagi. walaupun gaji tentera tidak dinaikkan aku tetap setia kerana aku bersyukur dengan apa yang aku ada. kerana gaji tentera aku berkahwin, dapat bantu emak di kampung, dapat beli kereta dan rumah. satu je pesan aku bersyukur dengan apa yang ada bukan meminta apa yang kita x ada.
jangan hanya bandingkan gaji kita dengan orang yang gaji tinggi dari kita. cuba bandingkan gaji kita dengan gaji orang yang lebih rendah dari kita. nescaya kita akan sentiasa bersyukur. bukan dengan meminta dari manusia.mintalah rezeki dari Allah selepas solat. nescaya kita dapat rezeki lebih… rezeki kesihatan, rezeki anak, rezeki kebaikan dunia dan akhirat. Wang? kita belum kebuluran lagi. kehendak melebihi kemampuan… :tembak
Assalamualaikom w.t.w. Salam1Malaysia.
Memang sepatutnya kita tidak perlu meminta-minta dengan mahkluk,perlu minta dengan Allah s.w.t. yang memberi rezeki.Dunia adalah asbab dan musabah.jadi kena buat tuntutan agar sama merasa dan mempertimbangkan oleh pihak berkenaan.Jika kita ada kedai,kita tak buka dari pagi sampai petang atau malam..maka rezeki kita tertutup.bagitu juga dengan gaji dan elaun/bonus dan sebagainya.Seorang anak meminta dengan ayahnya atau bapanya sebanyak RM10.00,namun bapanya akan bertanya..mustahak sangat ke dengan duit RM10.00.Pasti ayahnya akan memberikan 5.00 sahaja.Walaupun tak 100% hajat ditunaikan,namun 50% tertunai..Jadi bagitu juga dengan pekerja dan majikan.Hak pekerja memohon dan menuntut,manakala hak Kerajaan mempertimbangkan mengikut kemampuan.Untuk rakyat menjalankan kehidupan yang selesa,bahagia dan aman damai,pasti kena ada keadilan .Projek mega,projek raksasa dan projek kuridor yang dilancar melibatkan jutaan duit rakyat.Bersesuaian dengan meto ” RAKYAT DIDAHULUKAN,DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” amatlah baik dan bagus sekiranya pihak Kerajaan membuat penyelarasan segera mengenai gaji,elaun dan sara hidup penjawat awam yang cuma 1.2 juta sahaja.Meraka adalah kaki tangan kerajaan dan teliga kerajaan bahkan hati kerajaan.Apabila hati baik maka,baiklah segalanya.Jadi elok benarlah kerajaan melayani tuntutan CUEPACS dan pekerja agar menaikkan gaji,elaun dan sebagainya agar sebanding dengan negara-negara lain di dunia demi kesejahteraan penjawat awam dan rakyat jelata.Saya syorkan agar berikanlah segera tambahan pula projek lain boleh diadakan.jika kita tunaikan hak rakyat/penjawat awam,maka penjawat awam akan tunaikan hak kerajaan.sama-sama tunai hak.Insya Allah ada keberkatan dan kejayaan disebalik musfakat membawa berkat.salam.
Tak kira apa pun pangkat dan majikan, swasta atau kerajaan, semua perlu dinaikkan gaji memandangkan kos hidup di malaysia terlalu membebankan tambah lagi kerajaan yang tamak dan boros. Bila semua ini akan terlaksana? aku dah kurang keyakinan dengan kerajaan pimpinan PM sejak hari pertama dia jadi PM, ego je lebih, prasan bagus, boros. adakah gaji rm3000 ke bawah releven untuk ketika ini, rasanya tidak. bagaimana pula gaji bawah rm1500 lagi kesian mereka. skala kemiskinan sepatutnya pada rm1500 memandangkan kos hidup terlalu tinggi ketika ini. jadi sepatutnya gaji mestilah sekurang2nya 50% lebih dari tahap miskin. malangnya malaysia ada pekerja dpt gaji rm800(kalau tak silap hampir dengan tahap miskin ikut skala sekarang), kesian, org kerja nak bela ekonomi keluarga tapi masih tak dpt keluar dari kepompong kemiskinan. Mana menteri untuk membela. Rumah naik harga, minyak naik mcm air paip, barang naik, yuran skolah anak naik. kos2 lain pun naik. duit gaji habis mcm tu sahaja tak ada simpanan. bila rakyat mintak gaji naik, harga barang dan minyak plak dinaikkan, bila rakyat terbeban, beri plak faedah pinjaman bank, tu bukan bantu tapi tambah beban hutang, jadi aku sarankan pekerja2 semua mintaklah harga barang naik tinggi, mana tau kerajaan bagi gaji naik plak, tau2 jelahkan menteri kerajaankan pekak2 dan sengal semua . kalau nak naik gaji kena lah seimbang, jangan guna kenaikan guna peratus, tu teori salah sebab wujudkan rasa tidak puas hati terutama kakitangan profesional. menteri tak tau apa2 masalah rakyat tapi buat2 tau ikut andaian(ego=bodoh sombong), orang senang takkan dapat rasa beban org susah, menteri gaji puluh ribu tambah elaun sampai ratus ribu. kami kerja setahun pun takkan dapat lawan gaji menteri sebulan atau setengah bulan. sebab tu kerajaan masih goyang kaki dengar luahan jutaan rakyat malaysia. bagi gaji rm5000 sebulan pun rakyat bukan dapt hidup mewah dan senang selagi kurangnya kecekapan dan tambah pula kelemahan kerajaan mengawal harga barang keperluan, sluar dalam, handbag dan… je dikecualikan cukai, takkan tiap hari nak beli sluar dalam.
aku tak yakin usul gaji minimum ni terlaksana kalau ada pun mungkin sedikit je kesannya memandangkan kerajaan tamak dan kedekut, serta keinginan nafsu kerajaan menaikkan harga barang. aku sarankan kerajaan naikkan harga petrol rm5.00l alang2 dah tamak, sbb lepas pilihanraya umum nanti malaysia akan jadi neraka kepada rakyat dan hanya jd syurga pada menteri dan kroninya. sasaran ingin jadi negara maju berpendapatan tinggi, kenapa pula sekarang rasanya kos hidup negara maju dan dgn gaji negara miskin, adakah negara berpendapatan tinggi maksudnya pendapatan negara dari gaji rakyat yg ciput ni, belum lagi negara berpendapatan tinggi rakyat dah terbeban. fikir2kan, salahkan tangan anda kalau anda salah mengundi dan jgn percaya janji manis hampir dgn pilihanraya sebb tu hanya gula2 beracun. Sesiapa sahaja yg diundi tetap juga manusia bukan makhluk asing , tapi bezanya ada yg tak pekak, hati tak buta. kalau dah terbukti pekak, buat apa nak berbisik ditelinganya, cari yg lain kita undi dia.
kerajaan= rakyat bagi kerajaan kesenangan dan kuasa(hidup mewah).
rakyat= kerajaan beri harga barang keperluan naik, gaji rakyat tidak dibela dgn sewajarnya(rakyat susah/miskin).
samalah mcm anak derhaka dengan ibu, aku sumpah kerajaan jadi batu tugu peringatan.byebye.
menteri hanya boleh buat cadangan(konon dia buat kerjalah), tapi pelaksanaan selalunya tak ada,lebih buih dari air.
pandai2lah kita belanja duit gaji yang ada, tak cukup jangan mencuri dan merompak pula.
kerajaan minta kakitangan awam tingkatkan produktiviti supaya setanding negara maju, tapi pekerja minta gaji naik mcm2 alasan. karajaan hanya pandai meminta tapi bayar tak nak, suka hati dia je nak free, bayar lebih dapt lebih, bayar kurang dapat kuranglah. betul tak PM.
Sabah dan sarawak terpaksa mendapat stock barangan makanan dari p’sular malaysia..harga rm1.00 jadi rm 1.50, cekik darah sungguh..dah lah sabah kategori paling miskin indexnya..apa tidaknya, harga barang lebih tinggi daripada income sebulan. tolonglah kamiorang bukan kakitangan kerajaan senang-senang kena buang keja bila company jatuh muflis…anak nak makan apa?…batu ,pasir atau wang haram?…kitaorang juga mahu hidup senang…macam kakitangan kerajaan….plss kitorang juga ingin merasa hidup selesa…semoga ada pelarasan gaji minima…
huhu
Selangor Perkenal Gaji Minima Tahun Depan
SHAH ALAM 15 SEPTEMBER : Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minima RM1,500.
- Kerajaan persekutuan bila pula?