Hari ini 16 September 2010, buat pertama kalinya dalam sejarah tarikh disebalik penyatuan antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak diangkat menjadi cuti umum ke semua rakyat Malaysia. Selamat Hari Malaysia kami ucapkan terutama kepada orang-orang Sabah dan Sarawak amnya dan rakyat Malaysia umumnya. Lagi satu, hari ini cuti bergaji….
“Ulangtahun Malaysia ke 47″
“Kalau kemerdekaan Tanah Melayu sudah disambut kali ke-53 tahun”
Jikalau 31 ogos 1957 adalah hari kemerdekaan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU bukan MALAYSIA yang mana perasaan patriotik lebih dirasai oleh kalangan rakyat di sebelah semenanjung Malaysia, Malaysia belum lagi terbentuk. Dalam erti kata mudahnya, Sabah dan Sarawak belum lagi merdeka. Kalau di dalam buku teks yang ada pada hari ini pun, ini semua tidak ditekankan.
Realiti dan hakikatnya, jika tiadanya kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu, Malaysia yang ada hari ini adalah Malaysia yang “tempang”. Itu sebabnya kita mesti menghargai pengorbanan mereka (Sabah & Sarawak) dan jangan sampai ada golongan yang tersisih. Ini kerana, mereka telah membayar “harga yang mahal” untuk menyertai Malaysia. Bukanlah nak menunjukkan di sini kita perlu terhutang bui sangat dengan Sabah & Sarawak, cukup sekadar mereka-mereka ini tidak teraniaya dan mendapatkan hak-hak mereka yang SEPATUTNYA.
Jangan sampai apabila nak pilihanraya baru nak janjikan pembangunan atau baru nak tunjuk muka dan turun padang untuk berjumpa dengan rakyat di kawasan masing-masing
Pada awalnya, Tanah Melayu yang merayu supaya Sabah & Sarawak membentuk sebuah persekutuan yang dinamakan MELAYU RAYA. Namun Sabah dan Sarawak tidak bersetuju. Untuk memastikan penerimaan gagasanMalaysia di kalangan rakyat yang dicadangkan Tunku Abdul Rahman, Suruhanjaya Cobbold diwujudkan bertujuan meninjau pandangan rakyat di Sarawak dan Sabah. Kemudian dengan pelbagai syarat dalam perkara 20 (pungutan suara), Sabah Sarawak bersetuju, maka timbullah di sini nama MALAYSIA pada 16 September 1963. Yang mana hari ini 16 September pada setiap tahun bermula pada tahun ini telah diangkat menjadi Cuti Hari Malaysia.
Seperti yang pernah kami timbul salah satu isu yang berlaku di Sabah contohnya, mereka orang-orang kebanyakan di Sabah dan Sarawak, tak minta pun “kemewahan” seperti :
- Parlimen tercantik dan terindah di Malaysia
- Jambatan terpanjang di Malaysia
- Bangunan tertinggi di Malaysia
- Litar lumba terhebat di Malaysia
- Dan macam-macam ter…ter di Malaysia
Apa yang mereka mahukan sebenarnya?
Cukup sekadar keperluan asas mereka disediakan, hidup mereka tak melarat di pedalaman dan hak-hak mereka tidak dirampas dan ditindas
Walauapapun jangan dilupakan, Hari Malaysia tidak boleh lari daripada perjanjian 20 Perkara, sepatutnya 20 Perkara dimasukkan ke dalam silibus Pengetahuan Am. Tetapi sampai ke hari ini tidak diambil berat perjanjian itu. Ini satu lagi sejarah yang tidak boleh dilupakan terutamanya generasi muda dan sangat signifikan dengan nama MALAYSIA. Selamat Hari Malaysia daripada kami.
P/S : Dalam kita cuti Hari Malaysia hari ini, ada yang masih bekerja? Ada di sini? Dikesempatan ini apa harapan dan ucapan anda ingin berikan disebalik sambutan Hari Malaysia kali ini?



{ 4 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Selamat Hari Malaysia! 47 tahun yang lalu, terbentuklah sebuah Persekutuan negeri-negeri Nusantara alam Melayu yang merangkumi Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Alangkah indahnya jika Brunei pun turut ikut serta waktu itu.
Namun masa membuktikan, Singapura dikeluarkan dari Malaysia kerana parti pimpinan LKY, parti PAP dalam kempennya mempromosi sentimen Malaysian Malaysia yang berlawanan dengan prinsip-prinsip perlembagaan Persekutuan Malaysia. Maka pada tahun 1965, Singapura berpisah dengan Malaysia.
Sejak itu, Malaysia telah melalui banyak peristiwa-peristiwa yang menggemparkan. Antaranya rusuhan kaum tahun 69, kerajaan perpaduan UMNO-PAS di dalam BN. GERAKAN, antara parti pembangkang yang turut menyertai BN selepas kejadian 13 Mei 1969.
Keadaan sudah berubah, masyarakat Malaysia menjadi semakin moden. Tetapi masih ada yang tidak tahu asal usul sejarah negara sendiri. Tidak ramai yang mengetahui dan mempelajari Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnya, setiap warganegara mempunyai sesalinan Perlembagaan Persekutuan supaya mereka faham dan menerima hak-hak masing-masing demi kejayaan negara Malaysia tercinta ini.
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2010!
Tak cutilah.. taukey company saya warga Malaysia tp tanak selebrate Hari Malaysia so semua staff disuruh bekerja seperti biasa, no OT or cuti berganti… muka semua kelat2. Apa pejabat buruh boleh buat? Mereka tgh syok bercuti2 sakan. Layan internet jelah mana yang boleh… yang kesian staff operation, kn buat kerja macam biasa. :hormat
samer la kiter Pekerja malang…..keje…keje….keje…. :nangis :nangis
Thank you and Please keep updating your Web site. I are going to be stopping by each time you do .