BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Sejarah) Syarat Wajib Lulus Untuk SPM

by Staff Berita Semasa on October 24, 2010

in Cadangan & Dasar Kerajaan

Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Perhimpunan Agung United Malays National Organization (UMNO) di Putra World Trade Centre (PWTC) menyatakan bahawa menjelang tahun 2013, matapelajaran Sejarah adalah subjek yang wajib lulus, untuk mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, matapelajaran Sejarah ini juga akan dimasukkan ke dalam modul peperiksaaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.Secara jujurnya kami, amat bersetuju dengan cadangan Menteri Pendidikan ini, kerana ramai golongan muda dalam masyarakat di negara kita ini, tidak mengambil peduli tentang sejarah tanah air dan jatidiri mereka ini.

Sekurang-kurangnya, dengan pelaksaan cadangan tersebut, ia secara tidak langsung membangkitkan semangat dan membentuk kefahaman yang lebih baik tentang pembentukan negara kepada generasi-generasi muda yang akan datang.

Kalau kita tengok situasi golongan muda sekarang, semuanya seperti dah hilang jatidiri. Dengan arus globalisasi dan juga limpahan segala macam media hiburan terhadap anak-anak muda sekarang ini, lama kelamaan, sifat kewarganegaraan juga akan terhakis.

Dengan pelaksaan ini juga, sekurang-kurangnya, ia akan membuatkan pelajar lebih berdedikasi dan menumpu perhatian terhadap mata pelajaran sejarah. Mungkin juga lebih baik sekiranya diadakan juga lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan membuat praktikal di luar kawasan sekolah.

Ini secara tidak langsung membuatkan matapelajaran sejarah menjadi sesuatu yang menarik berbanding hanya menghafal fakta di dalam buku dan semasa belajar di sekolah. Generasi muda sekarang perlu mengenali sejarah pembentukan negara mereka demi menjamin ketamadunan Malaysia.

Kami amat menyambut baik saranan Menteri Pendidikan ini. Memandangkan kebanyakan generasi sekarang yang memang buta sejarah, eloklah cadangan ini dipercepatkan agar kemakmuran di dalam Malaysia ini, dapat dipuliharakan semula.

P.S. Alangkah baik sekiranya matapelajaran Islam juga diwajibkan sebagai syarat lulus SPM untuk pelajar melayu.

[poll id="154"]


{ 20 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Pakar Ekonomi Kelas 1 October 24, 2010 at 8:20 am

yes! org pertama!
nasib baik aku dh lepas spm dulu2 lg.. sejarah m/p yg boring bah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 pemikir October 24, 2010 at 9:26 am

hurm, x kisah lah apa modul yang ingin dimasukkan dalam sijil2 di malaysia ni. kena kaji balik punca masalah ini berlaku. pandangan saya di sini, ia adalah disebabkan hiburan yang terlampau. Kaji balik negara-negara yang kurang jenayah, apa langkah mereka untuk kurangkan jenayah….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 asray October 24, 2010 at 11:53 am

sokong jika diwajibkan…tp isi kandungan buku sejarah tu betul ke? kena selalu review…aku rasa mcm ada fakta yg tak berapa betul jer..a.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 ida November 19, 2012 at 8:58 am

betul tu,kandungan dalam buku berlainan saya pun pening kalau nak hafal kannya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 ijem October 25, 2010 at 7:48 am

Saya bersetuju diadakan semula pelajaran sejarah,kerana dengannya kita dapat melihat kesan tindakan manusia merubah keadaan dalam kehidupan tetapi biarlah adil dan tepat kerana masyarakat kita telah didedahkan dengan pelbagai teknologi maklumat jangan sampai mereka lebih mengetahui dari apa yang berikan kepada mereka,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 alexis October 25, 2010 at 8:27 am

elok la tu, skrg ni ramai yg buta sejarah & lebih teruk lagi buat2 tak tahu sejarah. bodoss

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 relex October 25, 2010 at 8:41 am

asray: sokong jika diwajibkan…tp isi kandungan buku sejarah tu betul ke? kena selalu review…aku rasa mcm ada fakta yg tak berapa betul jer..a.
  

sokong asray…mcm nakpak je strategi krjn khusus tuk golongan muda?….x nafikn dgn penguasaan subjek sejarah membuatkan kita cinta pd negara…perlu di ingat negara..bukn krjn atau parti politik…dan jgn sesekali fakta di salahgunakan…jenayah yg amat mamalukan!!!!…skrg pun byk iklan2 kenegaraan, tentang bunga raya la..tentang bahasa budaya kita la..mcm dh x kene dgn keadaan reality masyarakat kite skrg je…byk iklan2 tv @ radio @ menteri sendiri salah guna bahasa melayu dan ejaan dlm iklan2…sampaikan dmana pertuturan lengkp bahasa melayu nak gunakn dlm urusan krjn @ swasta pun mcm rase serba x kena, mcm mne krjn/kementerian buat dlm memperkayakan bahasa melayu dan gagal sekali pun x perlu risau sebb nye…’MELAYU TAK AKAN HILANMG DI DUNIA’……..wallahualam

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 kaw lu... October 25, 2010 at 9:42 am

sepatutnya lagi dulu mata pelajaran sejarah ni di jadikan mata pelajaran wajip utk lulus spm…
sebab sejarah ni banyak merangkumi hal2 sejarah negara….
yg sememangnya wajip sentiasa diketahui olih semua golongan rakyat…dan mulakan dulu dikalangan murid2 sekolah…sehingga mereka dewasa nanti ..mereka akan arif akan sejarah negara…
kalau dibuat dari dulu mungkin keadaan buta sejarah tidak berlaku kepada segelintar rakyat saperti sekarang ini….
dan kerajaan khususnya kementerian pelajaran jangan pulak bersikap hangat2 taik ayam….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 13 October 26, 2010 at 8:28 am

relex: sokong asray…mcm nakpak je strategi krjn khusus tuk golongan muda?….x nafikn dgn penguasaan subjek sejarah membuatkan kita cinta pd negara…perlu di ingat negara..bukn krjn atau parti politik…dan jgn sesekali fakta di salahgunakan…jenayah yg amat mamalukan!!!!…skrg pun byk iklan2 kenegaraan, tentang bunga raya la..tentang bahasa budaya kita la..mcm dh x kene dgn keadaan reality masyarakat kite skrg je…byk iklan2 tv @ radio @ menteri sendiri salah guna bahasa melayu dan ejaan dlm iklan2…sampaikan dmana pertuturan lengkp bahasa melayu nak gunakn dlm urusan krjn @ swasta pun mcm rase serba x kena, mcm mne krjn/kementerian buat dlm memperkayakan bahasa melayu dan gagal sekali pun x perlu risau sebb nye…’MELAYU TAK AKAN HILANMG DI DUNIA’……..wallahualam  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

kebanyakan komen2 dan pendapat sokong Sejarah jadi mata pelajaran wajib lulus untuk SPM…tapi kenapa la Pak menteri ni dan korang tak nak terpikir yang subject Pendidikan Islam tu dijadikan subject wajib lulus dalam SPM untuk yang beragama Islam, dan subject moral pon wajib lulus untuk yang bukan islam…tak lulus pendidikan islam atau moral maknenye SPM tak pass le…Kan ke elok???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 myview October 27, 2010 at 10:08 am

buat apa jdkan sejarah sbg setakat wajib lulus je???jdkan juga sejarah sbg subjek utama utk masuk u…mesti dpt A+ baru leh masuk u…klu dpt A je tunggu la second intake..tu pun klu dh xde pelajar yg dpt sejarah A+…wajibkan utk semua kemasukan IPTA atau IPTS…kandungan sukatannya juga mesti adil….jgn hny muka org BN je kat dlm tu…tulis juga perjuangan yang dimainkan oleh rakyat…n mmg rakyat yg besar peranannya terhadap perkembangan sejarah di msia ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 zalmar86 October 27, 2010 at 3:10 pm

relex:
sokong asray…mcm nakpak je strategi krjn khusus tuk golongan muda?….x nafikn dgn penguasaan subjek sejarah membuatkan kita cinta pd negara…perlu di ingat negara..bukn krjn atau parti politik…dan jgn sesekali fakta di salahgunakan…jenayah yg amat mamalukan!!!!…skrg pun byk iklan2 kenegaraan, tentang bunga raya la..tentang bahasa budaya kita la..mcm dh x kene dgn keadaan reality masyarakat kite skrg je…byk iklan2 tv @ radio @ menteri sendiri salah guna bahasa melayu dan ejaan dlm iklan2…sampaikan dmana pertuturan lengkp bahasa melayu nak gunakn dlm urusan krjn @ swasta pun mcm rase serba x kena, mcm mne krjn/kementerian buat dlm memperkayakan bahasa melayu dan gagal sekali pun x perlu risau sebb nye…’MELAYU TAK AKAN HILANMG DI DUNIA’……..wallahualam  

Bodoh..ni cite pasal sejarah..nak masukkan politik dalam induksi skolah mmg satu mende yg memalukan parti…jgn la jadi bengap sangat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 relex October 27, 2010 at 5:17 pm

zalmar86:
Bodoh..ni cite pasal sejarah..nak masukkan politik dalam induksi skolah mmg satu mende yg memalukan parti…jgn la jadi bengap sangat…  

Relex bro jgn emo…maksud sye fakta yg ader atau tokok tambah dlm subjek sejarah jgn dipolitikkn untuk kepentingan umno aje…sebb penyebaran maklumat yg salah akan disalah ertikkn oleh generasi muda….sebagai contoh..UMNO pejuang kemerdekaan?… Petubuhan Aliran Kiri Dicop Fahaman Kominis? Berbalik tajuk asal syarat lulus sejarah….HARAP TIADA PENYELARASAN @ TOKOK TAMBAH FAKTA SEJARAH SEMPENA ISTIHAR SYARAT LULUS SEJARAH….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 matahati October 29, 2010 at 2:44 pm

bagussss……….tapi peninggg ni…. budak perkataan BM pun tak faham…camna nak ajar… siap tanya, apa itu komunis, apa itu penjajah, apa itu perjanjian… apa itu pahlawan……eeee letih betul…ngajo sejarah ke BM niiiii………tolong lah…alang sekarang pun prestasi teruk apa lagilah nak tambah subjek sejarah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 marhaen kacak October 30, 2010 at 12:09 am

hmmm… aku sangat2 bersetuju n takdak masalah dengan hasrat kerajaan ni.. tapi sejarah yang nak diajar ni mestila telus n taklah menyembunyikan fakta2 semata atas nama ‘integrasi nasional’…

bila sejarah ni ada lompong2 yang nyata, mulala puak2 Ultra kiasu naik tocang n persoal mende2 yang tak patut disentuh….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 AbahKau.. April 4, 2012 at 12:52 pm

Sepatutnya Pendidikan Islam yg wajib lulus sbb tu orang kita teruk sbb ugama kurang…sejarah nak watpe masuk kubur sok bkn dia tnye soklan sejarah pun…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 ami August 26, 2012 at 10:10 pm

ku tak setuju dengan cadangan wajib lulus sejarah , kalau tukar ia kepada wajib bahasa english ia ku sokong . sejarah bukan senang kalau dibelajari oleh seorang murid .seorang murid tu bukan belajar satu perlajaran sahaja tapi ada lebih daripada 9 pelajaran , tetapi guru ajar satu perlajaran sahaja . sejarah bukannya susah tapi ia terlalu banyak di belajari oleh murid ,ia lebih drp 1ribu perkataan dan banyak cerita. mereka sudah tahu tentang sejarah hinggah tingkattan 3 ia sudah cukup , kalau perlajaran sejarah mesti wajib lulus . mestilah kita mahu tahu hinggah sekarang juga orang yang telah lulus sejarah spm pada 3tahun yang lalu tanyak dia ingat tak .kalau dia ingat dan ku setuju dengan cadangan ini .

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 xuan September 19, 2012 at 10:33 pm

Boleh ajar/bagi saya banyak yang idea sejarah assigement yang bertajuk’mata pelajaran sejarah telah diwajibkan dalam peperiksaan sijil pelajaran malaysia mulai tahun 2013.kemukakan rasional dan justifikasi langkah kerajaan ini.
kalau boleh ajar/bagi saya banyak idea sejarah assigment sila emil bagi saya dan email saya ialah miecheal1674@gmail.com

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 xuan September 19, 2012 at 10:36 pm

jangan sesuka membalas benda yang tidak berkaitan sejarah assigement yang bertajuk’mata pelajaran sejarah telah diwajibkan dalam peperiksaan sijil pelajaran malaysia mulai tahun 2013.kemukakan rasional dan justifikasi langkah kerajaan ini. kepada saya boleh tak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 xuan September 19, 2012 at 10:43 pm

boleh membalas sejarah assigment isi-isi penting dengan sebelum 10/10/2012

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 mia March 20, 2013 at 9:00 pm

setuju dgn pihak kerajaan utk menjadikan sejarah subjek wajib..kalau kita lihat, ramai yang mengatakan sej subjek bosan vs mengantuk..oleh itu, guru perlu mencari alternatif lain utk menarik minat pelajar..jgn la hnya membaca buku sejarah dan pelajar hanya mendengar..langsung tiada interaksi antar dua pihak..at least, dgn kewajipan lulus ini..pelajar dpt blaja sedaya upaya untuk mendapat keputusan cemerlang..scra tidak lgsg, wujudnya kefahaman yang lebih dan penghayatan dalam sesuatu perkara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: