Selamat pagi semua. Enaknya tidur. Bangun sahur!!! Begitulah juga rutin untuk tempoh sebulan ini. Wah… enaknya tidur. Sahur dah nak habis dah. Sama-sama kita ingat-ingat semula antara satu sama lain termasuk diri kami sendiri iaitu niat puasa Ramadhan samada untuk sehari-hari atau sebulan sekaligus.
Anak-anak anda sudah bersedia untuk berpuasa?
Maka perbanyakkan amal ibadat di bulan puasa yang penuh barakah dengan pahala yang berlipat ganda sebaik mungkin.
Setahun hanya sekali. Sempat juga mendengar tazkirah ringkas daripada Ustaz yang mana doa berbuka puasa di baca selepas kita menjamah makanan, contoh kurma. Sebelum itu, bacalah doa makan atau bismillah, kemudian makan kurma. Selepas itu baru bacakan doa berbuka puasa . Baru kami tahu……
Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
1) Pengertian Puasa di Bulan Ramadhan
- Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
2) Syarat wajib Puasa Ramadhan
- Islam
- baligh
- berakal
- berupaya(sihat)
- bermukim
3) Syarat Sah Puasa Ramadhan
- Islam
- Berakal
- Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
- Niat
4) Rukun Puasa Ramadhan
- Niat
- Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
5) Masa Puasa Ramadhan
- Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
6) Faedah Puasa Ramadhan
- Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
- Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
- Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
- Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
- Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
- Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
- Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
- Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia
- Ada nak tambah?
7) Sunat-sunat puasa Ramadhan
- Makan Sahur serta melambatkannya
- Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
- Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
- Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
- Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
- Membaca Al-Quran
- Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
- Ada info tambahan?
8) Perkara makruh ketika berpuasa
- Berbekam
- Mengeluarkan darah
- Berkucup
- Merasa makanan
- Bersugi selepas gelincir matahari
- Mencium wangian
9) Perkara yang membatalkan puasa
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
- Makan dan minum sepanjang hari
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
- Keluar darah haid & nifas
- Gila
- Pitam atau mabuk sepanjang hari
- Murtad
10) Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
- Musafir
- Sakit
- Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
- Tua
11) Keistimewaan Bulan Ramadhan
- Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
- Allah merahmati orang yang mengimaninya
- Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
- Iblis dipenjarakan
- Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
- Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
12) Menghormati Bulan Ramadhan
- Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
- Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.
13) Niat Puasa Ramadhan (seharian) :
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
14) Niat Puasa Ramadhan (sebulan)
Erti : Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala
15) Doa Ketika Berbuka Puasa
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.






{ 4 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
kalau nak niat sebulan boleh…tp utk niat puasa setiap hr perlu jugak…kalau kes lupa nak niat setiap hr tu baru di kira xape sebb dah niat sebuln….
salam..info yang berguna :peace selamat menunaikan ibadah puasa 1431h/2010m :peace
yang x tahannya bulan ramadhan pun kaum perempuan pakai pakaian yang ketat dan seksi di khalayak ramai cthnya di bazar ramadhan menyebabkan pahala amalan kita pun kurang,insaflan wahai muslimah…..kerana keseksiaan kalian la yang menyumbang seks,buang bayi dan rogol…
orang perempuam di jadikan bukanuntuk tontonan.Jangan jadi bulan puasa ni sebagaialasan untuk mendapat dosa. Dosa tu awak sendiri yang cari.