BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(SCAM) Permata Hijrah Tipu?

by Staff Berita Semasa on October 14, 2010

in Aduan & Tuntutan

permata hijrah LOGO(1)
Kami, pagi ini mahu berkongsi sedikit mengenai sesuatu yang menggemparkan sedikit waktu lalu, iaitu mengenai produk Permata Hijrah. Sebelum kami mengulas lanjut mengenai produk ini, adalah lebih baik sekiranya kami menceritakan serba sedikit perihal Permata Hijrah ini terlebih dahulu.

Permata Hijrah, merupakan produk di bawah Permata Hijrah Enterprise, yang di asaskan oleh dua orang tabib yang berasal dari Kelantan iaitu Ustaz Mohd Ali dan Ustaz Zulkifli Dollah. Produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat ini, didakwa ditemui dari satu rahsia khazanah alam perubatan mata yang sangat berkesan, hasil kajian dari kitab-kitab lama dan digabungkan dengan Sains Moden.

Syarikat Permata Hijrah Enterprise ini, mempunyai lebih dari 10 buah produk kesihatan, namun isu yang ingin kami kupaskan di sini, adalah mengenai produk utama syarikat ini iaitu  Toner Mata Permata Hijrah yang telah pun menjadi isu hangat dan kontroversi. Isu yang terlibat adalah mengenai keupayaan Toner Mata tersebut, untuk mengubati beberapa penyakit berkaitan mata seperti Rabun, Silau, Katarak, Glaukoma, dan juga masalah selaput mata.

Adakah Permata Hijrah tipu? Hasil selidik yang dilakukan, ternyata produk tersebut hanya merupakan produk kosmetik. Dan ianya tidak mempunyai asas dan  bukti saintifik dari segi sains perubatan. Lagipun, terang-terang perkataan “Toner” yang sememangnya kita tahu, adalah bahasa dari produk kosmetik. Yang kami sesalkan adalah, tidak ada satu pun produk mereka yang berdaftar sebagai Ubat Mata, seperti yang didakwa oleh oleh syarikat tersebut.

Gimik yang mengatakan bahawa Toner Mata tersebut, dapat mengubati penyakit mata, adalah amat tidak beretika sekali. Ia bukan ubat, dan ianya dianggap tidak lebih dari hanya produk kosmetik. Dan sebagai produk kosmetik, ia tidak boleh untuk kegunaan di dalam biji mata.

“Produk kosmetik dalam konteks ini semata-mata untuk digunakan di bahagian muka dan sekitar bahagian luar mata untuk tujuan estetika. Ia tidak sama sekali boleh digunakan ke dalam biji mata sebagai ubat titis mahupun sebagai ubat semburan”

Produk ini juga hampir setiap minggu muncul di iklan media massa utama tempatan seperti TV3 dan juga radio IKIM. Slot iklan di TV3 juga merupakan slot utama yang disiarkan pada waktu puncak iaitu dari 8.00 malam sehingga 9.00 malam. Selain itu, sekiranya anda pernah pergi ke JomHeboh anjuran TV3, pasti anda tidak terlepas pandang akan Permata Hijrah, yang menjadi diantara penaja utama fiesta itu.

Dimaklumkan bahawa, bukan sekali aduan terhadap Permata Hijrah ini telah dibuat, malah rampasan demi rampasan terhadap produk tersebut juga telah dibuat., namun ianya masih lagi diklankan di slot utama, dan bergerak aktif. Dan yang paling pelik sekali, tindakan media massa yang tidak mahu langsung menyebut nama “produk yang dirampas” itu. Berikut di bawah adalah petikan akhbar dari Harian Metro, 6 Oktober 2010:

KUALA LUMPUR: Sejumlah lebih 10,000 produk didakwa mampu mengatasi masalah penglihatan bernilai RM3 juta yang sedang dipromosi sebuah syarikat dirampas Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Ops Mata di seluruh negara sejak Ogos hingga kini.

Difahamkan, lebih 30 rangkaian produk syarikat berkenaan diserbu dalam operasi berkenaan.Sumber Bahagian Penguat kuasa Farmasi berkata, sehingga kini pihaknya sudah melakukan operasi dan rampasan bersepadu di seluruh negara membabitkan nilai hampir RM3 juta.

“Rampasan demi rampasan terpaksa dilakukan selepas beberapa mangsa mengadu terpedaya dengan janji manis penjual produk berkenaan yang mendakwa mata mereka akan pulih atau bertambah baik selepas menggunakan produk itu.

“Malangnya produk yang dibeli dengan harga ratusan ringgit terbabit gagal memberikan kesan positif seperti yang diingini. Malah, penjualan produk terbabit jelas tidak mempunyai asas saintifik bagi membuktikan ia berkesan untuk mengubati penyakit mata,” katanya. Menurutnya, dalam operasi terbaru, pihaknya menyerbu lima premis menjual produk terbabit yang terletak di Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan Keramat, di sini. “Sebelum ini, serbuan turut dilakukan di Kelantan, Kedah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Sabah.

“Tindakan merampas produk itu bukan kali pertama berikutan pihak pengedar pernah diambil tindakan sama sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Eisah A Rahman sebelum ini pernah menasihati pengguna supaya tidak mempercayai sebarang kaedah alternatif atau bentuk iklan yang mendakwa boleh merawat penyakit mata.Menurutnya, rangkaian produk itu dianggap tidak lebih sebagai produk kosmetik dan tidak boleh untuk kegunaan di dalam biji mata.

“Produk kosmetik dalam konteks ini semata-mata untuk digunakan di bahagian muka dan sekitar bahagian luar mata untuk tujuan estetika. Ia tidak sama sekali boleh digunakan ke dalam biji mata sebagai ubat titis mahupun sebagai ubat semburan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan iklan melalui media elektronik, cetak dan risalah diedarkan dalam kempen promosi beberapa syarikat mendakwa produk keluarannya dapat merawat penyakit mata seperti rabun, kerosakan saraf kerana kencing manis, mata berselaput, glaukoma dan sebagainya.

“Dakwaan sebegini tidak mempunyai asas dan bukti saintifik dari segi sains perubatan,” katanya.

toner-mata

Masalah ini bermula apabila Permata Hijrah mengelirukan pengguna dengan mengatakan “Toner” mereka mampu “Mengubati” penyakit-penyakit mata yang serius seperti Glaukoma,Katarak dan sebagainya yang secara tidak langsung, menidakkan rawatan konvensional di hospital dan klinik mata. “Over Deliver”, itulah yang mampu kami katakan kepada syarikat serta agen-agen pengedar dalam mempromosikan produk-produk mereka.

Sekiranya ianya hanya “supplement”, katakan sahaja supplement. Bukan ubat. Ini kerana ia mengelirukan pengguna-pengguna yang membeli produk ini semata-mata “percaya” bawaha ia mampu mengubati penyakit mereka. Bagi mereka yang merasa kesan positif hasil dari penggunaan Toner Mata itu, adalah tidak lebih dari segi kesan Psikologi yang mempengaruhi dan meyakinkan pengguna tersebut bahawa ia membawa kesan positif.

Adalah sangat tidak wajar apabila produk yang menjadi kekangan Kementerian Kesihatan Malaysia ini, masih lagi beroperasi seperti biasa. Dan ingin kami ceritakan di sini bahawa, dua orang “ustaz” pengasas Permata Hijrah ini juga dahulu, merupakan penjual Toner Mata Ainun Theraphy, sebelum mendaftar Permata Hijrah dan mengeluarkan Toner Matanya sendiri. Harganya juga iaitu, RM 599, adalah seperti langit dengan bumi berbanding harga Toner Mata Ainun Theraphy yang dijual pada harga RM 19.90.

Yang menjadi persoalan di sini adalah, mengapa berlaku perbezaan harga yang amat ketara sedangkan asas ramuannya adalah sama? Apakah produk ini benar-benar berkesan? Adakah Permata Hijrah sememangnya menipu pengguna?Ayuh bincang!

[poll id="148"]

P.S. Acapkali agama menjadi mainan dan sandaran dalam menarik perhatian pengguna.


{ 69 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Mr Red October 14, 2010 at 8:25 am

Inilah terjadi apabila sesuatu benda hanya dilihat berdasarkan keuntungan semata2 tanpa memikirkan kesan dan akibat.Lihat TV3 menyiarkan iklan Permata Hijrah tanpa sebarang bukti yg kukuh.Pengguna juga yg tertipu.Saya sudah lama sangsi dgn Produk nie..coz senang jer diorang claim dapat ubati sakit itu sakit ini.Belajar kat mana?Degree?,Master?PHD kat mana?Sila jawab.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 zura October 14, 2010 at 9:45 am

saya juga adalah pengguna permata hijrah, pernah membeli satu set produk permata hijrah utuk ibu mentua saya berharga RM 200.00. bukan harga yg jd ukuran tp saya terasa amat tertipu dgn produk ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 usya dari jauh... October 14, 2010 at 9:57 am

cuci mata…. pagi2 tgk matahari pagi sekali imbas..dlm berpinau tu…trus pandang pokok@daun hijau….. huhuhuhuu… dr dulu aku amalkan..huhuuhu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 asray October 14, 2010 at 10:27 am

media yg mengambil iklan pun kena bertanggungjawab…akta pengiklanan ubat pun ada (lama sgt dah) patut jdkan rujukan..pernah tgk tak iklan panadol? kat bawah tu ada tulis, kkliu xxxx…itu tandanya iklan telah ditapis dan boleh disiarkan…nanti dlm borang mohon iklan…kena letak..kelulusan pihak berkaitan..jgn main sedap nak duit je…tanggungjawab media kepada pengguna pun kena pikir gak…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 sanah October 14, 2010 at 4:18 pm

tv 3 patut terang2 tanya dulu lulus kkm tak.. ni tak dah heboh masuk tv3 pengguna gak yg tertipu, pengguna akan cari ubat yg paling baik untuk dah tv3 menguar-uar (iklan) pasti la pengguna terpecaya. lain kan kalu tv siam ke, tv indonesia ke.. mungkin org malaya tak terpengaruh.. tv3 juga bertanggungjawab ke atas penipuan produk ni! (sbb, cuai, tak bertanggujawab, tak buat homework dulu b4 nak pomot satu2 produk kat siaran mereka)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Fauzan Latif October 14, 2010 at 5:37 pm

Pada pandangan saya, sekiranya produk ini berkesan, pihak yang berkaitan patot letak sekali bukti yang menunjukkan produk ini terbukti berkesan (saintifik, testimoni orang ramai). Bagi saya, dengan info yang saya tahu berkaitan produk ni, saya takkan beli, mahupon cuba. (buat masa sekarang)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 boy October 14, 2010 at 6:36 pm

sanah: tv 3 patut terang2 tanya dulu lulus kkm tak.. ni tak dah heboh masuk tv3 pengguna gak yg tertipu, pengguna akan cari ubat yg paling baik untukdah tv3 menguar-uar (iklan) pasti la pengguna terpecaya. lain kan kalu tv siam ke, tv indonesia ke.. mungkin org malaya tak terpengaruh.. tv3 juga bertanggungjawab ke atas penipuan produk ni! (sbb, cuai, tak bertanggujawab, tak buat homework dulu b4 nak pomot satu2 produk kat siaran mereka)  

Minta TV3 bayar balik pada orang yg beli pemata hijrah..saman TV3

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 marhaen kacak October 14, 2010 at 9:13 pm

hmmm…. bagusla kalau ramai yg da sedar…. kami professional dalam bidang penglihatan taknak orang ramai terus tertipu….. kalau korang nak maklumat terperinci hasil kupasan seorang Optometrist tentang PERMATA HIJRAH ni boleh klik…. link di bawah…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 jc October 15, 2010 at 12:34 am

melampau betul!!! tv3 pun sama bukan main lagi iklan produk nie tau2 tipu jer….geramnyer!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 kalauaku October 15, 2010 at 1:39 am

rm 19.00 jual rm 500.00 perhhh patut ler macam kilat syarikat ni dapat buka cawangan. aku rasa mesti ada org penting disebalik tabir syarikat permata bodoh ni,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 duniaku February 18, 2012 at 9:54 pm

suke ati kau jer ckap org bodoh…
biase r klo de luke de ubtnyerr…
stiap manusia buat silap..2 silap diorag, tpi x payah la nak hina2 plak…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 comel December 14, 2012 at 12:12 pm

sy bli toner mata yg 29.90 tu mmg mujarab. sejak pakai mmg penglihata sy terang. mgkin sesetengah org x sesuai. kita tak boleh kutuk 100%. x sangka pulak jd isu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 otoko October 15, 2010 at 1:55 am

tv3 bukan tayang iklan dgn percuma. Semua org tau tv3 memang buat duit dgn iklan2… esp yg nak disiarkan waktu perdana… then kalo ada syarikat/product yg tipu/yg kononnya hebat serta mampu bagi income kat tv3 dah tentu la diorang siarkan. ni la akibatnya bila kepentingan financial mengatasi segalanya. Takde sape dalam tv3 yg ada decision power akan check betul2… kecuali kalo kene batang hidung sendiri. Kalo ada staf tv3 yg tau sekalipun, cukup kuat ke suara dia nak sampai ke top management yg boleh kenselkan iklan tu…Yang naya ialah orang yg mudah terpengaruh dgn iklan tv dan media.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 comfius.. October 15, 2010 at 8:11 am

aku baru ingt nk bli set ubat resdung permata hijrah ni semalam..pas2 g kedai, xde plk..housemate aku yg pernah pakai set ubat resdung 2 ckp ubat ni berkesan..hbs jerawat die hilang…ble dh ad berita cm ni plk cm comfius je nk beli…set rawatan resdung permata hijrah pn menipu jgk ke??or berita ni lebih fokus kt toner mata 2 je??produk permata hijrah yg lain ok ke x??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 aqil0507 October 15, 2010 at 10:52 am

bila duit jd tuhan! ginilah rupanya.. setan yg stiap waktu pdaya manusia yg alpa & jahil..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 amin October 15, 2010 at 11:57 am

penah pegi promosi produk nie…tanyer atuk yang test wat mata kat situ…die ckp sbelum buat,mata kabur jer…biler da buat terus terang benderang…xtau lah atuk tu tipu ker….kalau lah ubat tu mmg mujarab,kenapa dari dulu kementerian kesihatan dan klinik2 pakar mata x guna produk tuh….(hairan..kenapa certain pihak x brani nk kuarkan nama produk kat media walaupun da buat rampasan)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 kamis aman October 15, 2010 at 9:21 pm

aku dah cuba, memang baik. tapi korang lebih percaya dengan produk orang kafir, kadang tu tak berkesan manapun, tapi guna jga, harga mahal. jangan mudah terpedaya dengan dengan produk yahudi sekalipun ada testimoni. yang penting, korang cari mereka yang dah sembuh dengan produk ini. kadang-kadang kementerian takut juga dengan produk kafir.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 pondok robek October 15, 2010 at 9:31 pm

Nasib baik xde kesan, mahunya berkesan ke arah negetif …makin malap atau buta x ke haru biru.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 Timah X Tertipu October 16, 2010 at 10:03 am

Aku rasa aku lah salah seorang yang X PERNAH TERTIPU sebab aku ni jenis X percaya pada SESIAPA. Baik apa lah dari segi produk kesihatan yg macam cendawan tumbuh tu…mau pun apa apa SKIM sekali pun. Memang aku X penah beli mau pun terlibat dlm benda benda macam tu…Jadi aku X penah tertipu. Kalau sakit aku p klinik atau hospital aje. Ramai kekawan aku yg pujuk suruh beli ini dan itu, tak kurang juga yg pujuk masuk pelbagai skim…aku just buat DONO aje….Alhamdulilah..SELAMAT AKU…!!! kalau nak selamat TIRU MACAM SAYA!! JUST MAKE “DONO”……..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Tempeyek October 16, 2010 at 3:35 pm

sanah: tv 3 patut terang2 tanya dulu lulus kkm tak.. ni tak dah heboh masuk tv3 pengguna gak yg tertipu, pengguna akan cari ubat yg paling baik untukdah tv3 menguar-uar (iklan) pasti la pengguna terpecaya. lain kan kalu tv siam ke, tv indonesia ke.. mungkin org malaya tak terpengaruh.. tv3 juga bertanggungjawab ke atas penipuan produk ni! (sbb, cuai, tak bertanggujawab, tak buat homework dulu b4 nak pomot satu2 produk kat siaran mereka)  

Dicadangkan kepada para pengguna produk ini yang dah tertipu tu pakat ramai2 sue TV3 pulak. Senang2 jer dia tayangkan iklan penipu tu demi mendapatkan keuntungan duniawi akibatnya ramai yang terpengaruh dan mengalami kerugian wang dan masa pada benda yang tak berfaedah ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 ijai October 18, 2010 at 2:06 am

boy:
Minta TV3 bayar balik pada orang yg beli pemata hijrah..saman TV3  

tv 3 memang suka bersubahat benda busuk,,,anjing kerajaan menyalak bila ada keuntungan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 sanah October 19, 2010 at 12:46 pm

Tempeyek: Dicadangkan kepada para pengguna produk ini yang dah tertipu tu pakat ramai2 sue TV3 pulak. Senang2 jer dia tayangkan iklan penipu tu demi mendapatkan keuntungan duniawi akibatnya ramai yang terpengaruh dan mengalami kerugian wang dan masa pada benda yang tak berfaedah ni.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

saya setuju! (walaupun sy tak pernah guna, tp bagi org2 yg tertipoo sila buat tuntutan!)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 what? October 22, 2010 at 8:11 pm

Salam. betul ke semua ni atau ada unsur fitnah hendak menjatuhkn syarikat bumiputra islam? Yg di rampas tu produk tiruan ke original?harap pihak berwajib membuat siasatan terperinci dan menyiarkan mklumat yg tepat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 Spy leman November 24, 2011 at 11:06 am

status ustaz yang diorang pegang pn sebenarnya tipu…..sy pernah bersama permata hijrah diawal pembukaanya……semuanya satu pembohongan……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 marhaen kacak October 22, 2010 at 9:14 pm

kamis aman: aku dah cuba, memang baik. tapi korang lebih percaya dengan produk orang kafir, kadang tu tak berkesan manapun, tapi guna jga, harga mahal. jangan mudah terpedaya dengan dengan produk yahudi sekalipun ada testimoni. yang penting, korang cari mereka yang dah sembuh dengan produk ini. kadang-kadang kementerian takut juga dengan produk kafir.  

mmg baik ke aman? mai la datang jumpa aku.. kita test mata nak? takde kene mengena pun dengan kafir n islam dalam isu permata hijrah ni sayang oiii….

bende ni dah kelirukan orang melayu islam tentang penjagaan mata dan kesihatan…. bende yang tak memberi kesan tapi jual mahal2… tak ke menzalimi orang ramai…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 duniaku February 18, 2012 at 9:59 pm

pe pasal plak??memang berkait dgn islam pon sbb org yg buat produk nie islam….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 iz arau November 4, 2010 at 8:58 pm

Kalau nak komen mana-mana produk pun cubalah dulu jangan hantam keromo aja … nampak sangat bahlol dan bangangnya! Aku ni bukan nak membodek Permata Hijrah tu … sebab aku tak dapat sesen pun dengan membodek depa… tapi mata aku dah tak rabun, tak silau tak pedih lagi selepas aku menggunakan produk permata hijrah. Aku bagi ayah aku dan emak aku pun depa rasa lega … baca Al-Quran pun tak payah pakai cermin mata dah … aku bersyukur sangat-sangat pada Allah swt kerana mempertemukan aku dengan produk ini … sebelum ini aku dah banyak guna produk yang ada no pendaftaran MAL KKM tapi dah jemu ulang alik ke hospital maupun klinik tak baik-baik jugak … Alhamdulillah dengan produk ini Allah izinkan. Kalau nak dikira ada yang kata kesan jangka panjang produk ni bahaya … Ingatlah anda selalu guna Panadol … tak ada kesan jangka panjang ker? Semua kuasa Allah swt … janganlah terlalu nergantung kepada pendaftaran KKM … kalau Allah swt izinkan … air daun bemban pun mata boleh sembuh! InsyaAllah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 tipah November 12, 2010 at 10:12 am

iz arau: Kalau nak komen mana-mana produk pun cubalah dulu jangan hantam keromo aja … nampak sangat bahlol dan bangangnya! Aku ni bukan nak membodek Permata Hijrah tu … sebab aku tak dapat sesen pun dengan membodek depa… tapi mata aku dah tak rabun, tak silau tak pedih lagi selepas aku menggunakan produk permata hijrah. Aku bagi ayah aku dan emak aku pun depa rasa lega … baca Al-Quran pun tak payah pakai cermin mata dah … aku bersyukur sangat-sangat pada Allah swt kerana mempertemukan aku dengan produk ini … sebelum ini aku dah banyak guna produk yang ada no pendaftaran MAL KKM tapi dah jemu ulang alik ke hospital maupun klinik tak baik-baik jugak … Alhamdulillah dengan produk ini Allah izinkan. Kalau nak dikira ada yang kata kesan jangka panjang produk ni bahaya … Ingatlah anda selalu guna Panadol … tak ada kesan jangka panjang ker? Semua kuasa Allah swt … janganlah terlalu nergantung kepada pendaftaran KKM … kalau Allah swt izinkan … air daun bemban pun mata boleh sembuh! InsyaAllah.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

ngaper ekau sampai susah2 kuarkan RM599? kenapa tak amik air daun bemban je? kek kampong den banyak pokok bemban.
quote “Dengan izin Allah” tu bukan lesen untuk menipu orang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 hijau November 13, 2010 at 8:57 pm

kebanyakan optometris pun tak yakin dgn produk ini,pakai lah banyak manapun akhirnya kalau rabun tu kena pergi kedai cermin mata jugak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 yusuf December 15, 2010 at 10:03 am

Dari maklumat dalaman yg diperolehi, 2 orang ustaz ini memulakan perniagaan dengan mengeluarkan produk2 mereka yang telah sedia ini sudah agak lama, tp tak kaya2. Jadi bermula dengan nasihat dari syarikat pengeluar MH Ummi di kaw. industri padang tembak kota bharu kelantan mereka tukar strategi kepada harga yang mahal untuk menetapkan standard/status yang lebih tinggi kepada produk2 mereka. memang mereka untung berganda2, jahat? orang lain buat takpa pulak.. syarikat2 yahudi dah lama buat macam ni sampai kaya raya kita tak ckap apa pon. bila harga dh mahal pandangan orang ramai terus berubah dari ubat kampung ke perubatan alternatif yang moden dan innovatif. dari segi keberkesanan, memang tak dapat dibuktikan secara saintifik, tetapi toner mata dsbgnya ini memang suatui produk unik yang menggunakan bahan semulajadi yang bermutu dan halal seperti mutiara dan air zam-zam. memang ramai yang komen toner ni tak berkesan, tapi ramai lagi yang pergi ulang dapatkan rawatan dan berhabis beribu ringgit membeli produk kerana bagi mereka produk ini berkesan walaupun tidak dengan segera. formula produk2 ustaz 2 orang ini diambil dari kitab2 lama islam termasuk dari ilmu perubatan ibnu sinna. tak percaya boleh selidik. bagi saya sendiri tak pernuh pun cuba sebab alhamdulillah setakat ini mata takda masalah. tapi saya simpati jugak dengan ramai optometrist dan pakar mata yang ‘berputih mata’ tengok diorang buat duit berjuta dengan hanya belajar pondok dan baca kitab-kitab lama, tak baik dengki ni rezki diorang Allah bagi bukan sebab dia tipu orang. malah saya rasa sedikit bangga dengan usaha mereka sehingga masyarakat boleh terima produk dan rawatan cara islam ini. mungkin satu hari nanti rawatan bekam jugak akan diterima masyarakat umum dan diiktiraf oleh kerajaan sebagai perubatan sunnah yang lebih berkesan dari sistem perubatan haloepatic zaman sekarang ni yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. walhal kalau dilihat pada statistik rakyat malaysia semakin ramai yang sakit, farmasi(drug store) makin banyak, hospital tumbuh macam cendawan, ini sahajakah kerja KKM kita? kenapa tak kaji ilmu perubatan alternatif sebagaimana yang telah dilakukan oleh kebanyakan negara barat yang jauh lebih maju dalam teknologi perubatan. marilah kembali kepada fitrah. optometrists? SHAME ON YOU

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 anak mata January 19, 2011 at 2:52 am

saya baru terbaca topik ini ,memang ketinggalan, tapi tetarik juga nak bagi pendapat.Biasalah kalau produk keluaran orang melayu dari kampung kemudian gunakan pendekatan Islam, banyaklah pertikaian yang timbul, seperti ilmu yang lain kebanyakan nya dari kalangan orang Islam seperti Ibnu Sinar, Ibnu Qaiyum dan dan ramai lagi, kemudian diambil olih orang yahudi dan perkenalkan kepada dunia bahawa itu penemuan mereka dan akhirnya nama mereka yang naik dan dikanali. Sama jugalah dengan produk ini sebab diasaskan olih orang melayu Islam ramailah yang bangkang, cuba kalau orang yahudi lebih lebih lagi israel puji melambung lambung macam jenama talipon selular tu……………anda mungkin sekarang sedang guna…..mahal pulak tu……bangganya dapat sokong yahudi dan pengganas israel……..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 iz arau January 19, 2011 at 6:52 pm

Aku tak kelurakan RM599 pun . Ada ke aku catat kat tulisan atas tu aky keluarkan RM599. Itulah kalau dasar nak memperlekehkan produk Islam … pakai hantam saja. Aku cuma guna produk PH yang harga RM12 je … tempat aku tak de pokok bemban dah pupus … kalau ada aku guna la …Kenapalah bodoh sangat. Baca betol-betol!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 Ieja February 5, 2011 at 4:19 pm

Baru terbaca tajuk ini. Alhamdulillah saya antara pengguna produk Permata Hijrah yang berpuas hati dengan produk ini. (Saya tidak ada apa-apa kepentingan terhadap produk ini). Produk yang saya gunakan antara RM12 ke RM29.90 tapi alhamdulillah sudah dua tahun kami sekeluarga tidak menderita sakit mata lagi. Baru nampak nak kena ‘sakit mata’ selepas saya titiskan toner mata ini alhamdulillah keadaan pulih seperti sediakala. Berkongsi pengalaman suami saya yang terkena ‘sakit mata’ yang agak teruk beberapa tahun lalu (sebelum bertemu Permata Hijrah), setelah menggunakan ubat mata yang dibekalkan oleh doktor di klinik kerajaan keadaan bertambah teruk sehingga bengkak di pipinya, akhirnya doktor mengatakan bahawa suami saya mungkin alergik kepada steroid (Dalam ubat mata pun ada steroid rupanya). Sejak itu kami mula mencari maklumat berkaitan kesan-kesan sampingan ubat-ubatan berasaskan dadah termasuk antibiotik hingga pada akhirnya kami mengatakan TIDAK!! kepada perubatan allopathy dan mula beralih kepada perubatan Homeopathy, Herbapathy dan rawatan-rawatan berasaskan sunnah. (Doktor allopathy selalu kata ‘ Penyakit ni tidak ada ubat kami hanya boleh redakan rasa sakit sahaja’ sedangkan Allah telah mengatakan bahawa setiap penyakit ada penawarnya kecuali ‘tua’ dan ‘maut’). Sakit adalah rahmat tetapi kita perlu berusaha untuk sembuh serta yakin bahawa yang menyembuhkan adalah Allah. Walau apapun yang kita gunakan/usahakan Allah jua yang memberi kesembuhan. Namun untuk merosakkan diri dengan ubat-ubatan DADAH.. TIDAK LAGI..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 comel December 14, 2012 at 12:25 pm

aku setuju dengan ieja.. kita kena cuba dulu, jangan main kutuk saja. kalau x sesuai dengan anda, jangan beli. x semua org sama. tapi saya ttp sokong brang buatan m’sia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 joe February 8, 2011 at 5:17 pm

iz arau: Kalau nak komen mana-mana produk pun cubalah dulu jangan hantam keromo aja … nampak sangat bahlol dan bangangnya! Aku ni bukan nak membodek Permata Hijrah tu … sebab aku tak dapat sesen pun dengan membodek depa… tapi mata aku dah tak rabun, tak silau tak pedih lagi selepas aku menggunakan produk permata hijrah. Aku bagi ayah aku dan emak aku pun depa rasa lega … baca Al-Quran pun tak payah pakai cermin mata dah … aku bersyukur sangat-sangat pada Allah swt kerana mempertemukan aku dengan produk ini … sebelum ini aku dah banyak guna produk yang ada no pendaftaran MAL KKM tapi dah jemu ulang alik ke hospital maupun klinik tak baik-baik jugak … Alhamdulillah dengan produk ini Allah izinkan. Kalau nak dikira ada yang kata kesan jangka panjang produk ni bahaya … Ingatlah anda selalu guna Panadol … tak ada kesan jangka panjang ker? Semua kuasa Allah swt … janganlah terlalu nergantung kepada pendaftaran KKM … kalau Allah swt izinkan … air daun bemban pun mata boleh sembuh! InsyaAllah.  

PERMATA HIJRAH BUKAN UBAT TAPI MUJARAP..KALAU NAK UBAT PI BELI KAT FARMASI…KORANG BELI BODOH XTANYA JURUJUAL UBAT@SUPPLIMENT….AKU ADA GUNA..TAPI UNTUK CUCI SHAJA..DULU AKU PAKAI KACA MATA SEKARANG XPERLUPAKAI LAGI..KALAU KO X GUNA PENCUCI MATA…POWER KACA MATA AKAN NAIK2…SAMPAI KACA MATA TEBAL 1 INCI….SO GUNA PRODUKNI BOLEH KURANG@HILANG POWER SECARA BERANSUR2..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 princess February 21, 2011 at 6:58 pm

kebanyakkan org sekarang ni jahil tentang agama………….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 Erin Rien February 23, 2011 at 10:13 am

comfius..:
aku baru ingt nk bli set ubat resdung permata hijrah ni semalam..pas2 g kedai, xde plk..housemate aku yg pernah pakai set ubat resdung 2 ckp ubat ni berkesan..hbs jerawat die hilang…ble dh ad berita cm ni plk cm comfius je nk beli…set rawatan resdung permata hijrah pn menipu jgk ke??or berita ni lebih fokus kt toner mata 2 je??produk permata hijrah yg lain ok ke x??

mak cik saya pun guna set rawatan resdung,sabun resdung n bedak sejuk resdung..memang licin bersih muka dia. dah xde jerawat..putih lagi tuh! tp tu laa..ble dgr berita cmni, rase confusing gak ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 Tauke Farmasi February 25, 2011 at 8:26 pm

Aku jual macam-macam ubat mata kat farmasi … termasuk PERMATA HIJRAH. Aku jual sebab ada permintaan … sejak akhir-akhir ni memang PERMATA HIJRAH jadi permintaan ramai … dari mata, resdong dan sabun herbanya. Pelanggan yang guna produk ni bagi komen kata bagus. Muka mereka tak menggelupas bila pakai sabun pencuci muka Permata Hijrah … malahan kesannya sangat baik. Muka tak gatal-gatal lagi … produk lain mahal! Aku pun cuba la pencuci telinga Permata Hijrah sebab telinga aku sepanjang masa gatal dan kadang-kadang betnanah. Macam-macam ubat dah aku pakai, maklumlah tauke farmasi. Tapi tak baik-baik jugak. Alhamdulillah dalam seminggu saja aku pakai produk ni…. telinga aku dah baik macam tak pernah ada jangkitan penyakit …. sekarang dah hampr 8 bulan telinga aku tak gatal-gatal dan tak bernanah lagi. Jadi janganlah dengar khabar angin tentang keburukan produk orang lain… mungkin tak semua orang boleh guna ubat yang sama … orang lain boleh. Insya Allah!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 maniez April 28, 2012 at 9:42 pm

eh yang korang sibuk sangat tu knape klo nak kutuk pon tngk la dl q pakai ok jer x de pon kesan sampingn lagipun kat luar sane ramai pon yang pakai product PERMATA HIJRAH x de pon yg complain,jngnla kalian mudah terpengaruh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 sinki March 1, 2011 at 8:48 pm

kwn aku pun dia kata die pkai set resdung ni..bersih gila muka dia skg ni..aku cm nk try gak..dia kata dia pkai pncuci muka,bdak sjuk ngn toner..tp bila aku google ade 2 jnis bdak die ni..yg mne 1 eh?pncuci die plak cmne?gel ke sabun?

Erin Rien:
mak cik saya pun guna set rawatan resdung,sabun resdung n bedak sejuk resdung..memang licin bersih muka dia. dah xde jerawat..putih lagi tuh! tp tu laa..ble dgr berita cmni, rase confusing gak ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 kakak March 7, 2011 at 1:57 pm

mak saya pernah pakai toner mata yg siang mlm tu… mula2 pakai, x de kesan.. pastu dlm 3 minggu, dia kata mata dia terang skit dari dulu…
boleh menjahit, cucuk benang pada jarum dan membaca dah… x payah pakai spec… hai !! ntah la, nak kata tipu, mak saya sendiri yg kata bagus…
x tahu mana satu.. tp mak saya still pakai sampai skg… dia kata makin cerah mata dia..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 Erin Rien March 7, 2011 at 5:47 pm

sinki:
kwn aku pun dia kata die pkai set resdung ni..bersih gila muka dia skg ni..aku cm nk try gak..dia kata dia pkai pncuci muka,bdak sjuk ngn toner..tp bila aku google ade 2 jnis bdak die ni..yg mne 1eh?pncuci die plak cmne?gel ke sabun?

mak cik saya guna sabun die…tp untuk saranan semua, better kamu semua test dulu 2-3 hari…kalau kamu rasa tak selesa,better stop.jgn biarkan rasa ketidakselesaan tu berterusan,nanti jadi macam saya. Ingat satu produk ni, proactive solution. mula pakai memang tak ok,rase kejang je muka. licin muka tapi jerawat still naik. saya ingat tu cuma permulaan je sbb promoter tu kate itu mnndakan produk tu bagus.lalu saya pakai dn tunggu 3 bulan lebih,makin naik jerawat saya,meradang pulak tu. then saya stop terus..sekarang saya guna syurah ekstrak susu untuk neutralkan balik muka saya. Alhamdulillah,dah berkurang la radangan tu…4 my opinion,apa2 produk pun,beracun or tak,lihat pada kesesuaian dengan si pemakainya…ada orang telan racun tapi tak mati..bergantung semua tu…..kalau elok,alhamdulillah,kalau tak elok,tinggalkan lebih baik….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 sinki March 15, 2011 at 11:06 pm

tu la..cm ak skg ni da 2 bulan tuka pncuci muka..masa baru2 pkai tu ok r..muka xminyak sume..tp da nk msuk 2 bulan pkai ni..da dtg msalah pulak..jerawat kcik2 tu da start tumbuh kt pipi..kt dahi jgn ckp la..tu blum cmpur jrwt bsr yg bngkak semacam tu,.yg klu tersentuh sikit sakit dia fuhh..blh mnjerit gak laa…dh r klu dah kering dia tggalkan parut..muka aku byk gila jrwt n parut dia..malu kot.. :( tu skg ak konfius xtw nk continue guna pncuci muka yg ak pkai skg ataupun tuka yg baru..tp tu la..ak br 2 bulan pkai..tkt kesan dia lmbt..tp yg ko ckp tu btul gk..tkut nti tunggu lama2 melarat plak..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 pokjib March 22, 2011 at 8:28 am

aku rasa artikel kat dalam ni saje dengki kat permatahijrah sbb tu keluarkan statement mcm ni,… testimoni aku bc semua ok, baik korang g tanya kt tmpt diaorg tour jgn dok bc artikel mcm ni jer br puas hati…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 Kerol March 23, 2011 at 7:52 pm

As salam, nak tanya.. org yg komen negatif ni da pernah cuba ke atau tak pun cuba tanya org yg pernah guna produk ni. Dalam Islam pun kalau nak perkatakan ttg sesuatu perkara tu kena siasat/ faham/ kaji/ tahu dulu, baru bleh komen dan paling baik kalau ada faktanya skali. kalau xtau/ xsiasat/ xpernah tanya org yg cuba@xamik tau pun bleh ke komen? Sy pakai cermin mata sejak umur 12 tahun lg sebab peratus silau yg agak tinggi , tapi tahun lepas (2010 dan umur sy skrg 26 tahun) masa wat pemeriksaan mata silau tu dah turun… masa tu baru 6 bulan lepas sy pakai produk permata hijrah ni. Ini ikhtiar sy dan berkat dr Allah s.w.t. Terima kasih PERMATA HIJRAH.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 Ain March 31, 2011 at 2:18 pm

Kenapa rasa tertipu dgn produk ni?

Kerol:
As salam, nak tanya.. org yg komen negatif ni da pernah cuba ke atau tak pun cuba tanya org yg pernah guna produk ni. Dalam Islam pun kalau nak perkatakan ttg sesuatu perkara tu kena siasat/ faham/ kaji/ tahu dulu, baru bleh komen dan paling baik kalau ada faktanya skali. kalau xtau/ xsiasat/ xpernah tanya org yg cuba@xamik tau pun bleh ke komen? Sy pakai cermin mata sejak umur 12 tahun lg sebab peratus silau yg agak tinggi , tapi tahun lepas (2010 dan umur sy skrg 26 tahun) masa wat pemeriksaan mata silau tu dah turun… masa tu baru 6 bulan lepas sy pakai produk permata hijrah ni. Ini ikhtiar sy dan berkat dr Allah s.w.t. Terima kasih PERMATA HIJRAH.

Kerol:
As salam, nak tanya.. org yg komen negatif ni da pernah cuba ke atau tak pun cuba tanya org yg pernah guna produk ni. Dalam Islam pun kalau nak perkatakan ttg sesuatu perkara tu kena siasat/ faham/ kaji/ tahu dulu, baru bleh komen dan paling baik kalau ada faktanya skali. kalau xtau/ xsiasat/ xpernah tanya org yg cuba@xamik tau pun bleh ke komen? Sy pakai cermin mata sejak umur 12 tahun lg sebab peratus silau yg agak tinggi , tapi tahun lepas (2010 dan umur sy skrg 26 tahun) masa wat pemeriksaan mata silau tu dah turun… masa tu baru 6 bulan lepas sy pakai produk permata hijrah ni. Ini ikhtiar sy dan berkat dr Allah s.w.t. Terima kasih PERMATA HIJRAH.

Org yg tak dpt ksan positif ni msti gile tak konsisten menggunakannya atau memang dpt yg palsu atau lebih bnyak trus trg saya katakan,makhluk2 yang dengki cube burukkan nama produk maju ni.Sedangkan kawan mak saya sembuh penyakit silau mata dia walaupun baru 2 kali rawatan,lepas sembuh dia terus tak buat rawatan lagi(jujur saya katakn,bgitulah manusia).Pakai apa2 pun tak mujarab kalau x disiplin.Dlm islam,smbhyang(penawar jiwa)pun kene disiplin dan ikut masa.Apalagi produk penawar kesihatan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 Mizz Fika March 31, 2011 at 2:38 pm

Salam..Sume, mmg sifat dengki manusia x blh dipisahkan. KKM x pernah keluarkan pasal bahan dlm produk PH tu x leh guna tp produknya didaftarkan bawah kosmetik. Korang fikirlah sendiri PH pernah apply reg bawah farmasi tp x lulus sbb takut produk moden x jln dan optometrist complaint. Diaorg boleh menang kat dunia tp akhirat yg selama-lamanya. Lgpun, doa org teraniaya akan termakbul..Fikir-fikirkan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 blubangg June 14, 2011 at 10:47 am

saya dan beberapa rakan saya di pejabat turut mencuba produk toner ini. ada yg ambil yg murah punya, ada yg ambil yg mahal sekali.semuanya ikut kepada syor power mata yg bersesuaian.kami semua pakai secara konsisten, mengikut semua langkah, doa2, termasuk amalan diet pemakanan yg betul.
walaubagaimanapun, setelah menggunakan hampir setahun lebih, tiada seorang pun yg mengalami perubahan, walaupun sedikit. malahan sy sendiri telah meningkat power silau.

soalan sy..adakah wajar produk ini dijual dengan menggunakan claim boleh mengubati segala macam penyakit mata? adakah clinical study pernah dijalankn? bagaimana pula dengan claim bentuk molekul air zam-zam berbentuk hexagon yg ternyata penipuan padahal ianya hanyalah snowflake(sila google). berapa peratus air zam-zam yg digunakan? fikir-fikirkanlah..KKM bukanlah bodo piang mcm hgpa sgt yg dh taksub dgn produk SCAM ni..apa daa…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 blubangg June 14, 2011 at 10:55 am

Mizz Fika: Salam..Sume, mmg sifat dengki manusia x blh dipisahkan. KKM x pernah keluarkan pasal bahan dlm produk PH tu x leh guna tp produknya didaftarkan bawah kosmetik. Korang fikirlah sendiri PH pernah apply reg bawah farmasi tp x lulus sbb takut produk moden x jln dan optometrist complaint. Diaorg boleh menang kat dunia tp akhirat yg selama-lamanya. Lgpun, doa org teraniaya akan termakbul..Fikir-fikirkan..

apala paria sekoq nih..nk bohong pun pada2 la..kalu benda dh terbukti mujarab, pasaipa KKM tu x nk approve lak..baguih apa..bodoh sungguh tahap cipan gilabab teramat sgt..hg inagt KKM tu private agency apa..yg mementingkan profit? depa tu gov agency la, 1st thing depa nk protect ialah public interest supaya x kena SCAM dgn produk2 sampah camni..apada..bodoo…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 amir kipas June 14, 2011 at 7:39 pm
51 Melayu Senang Kena Kencing June 15, 2011 at 11:17 pm

orang melayu senang je nak kencing…buat produk merepek..letak la tag “ini lag perubatan islam, perubatan zaman khalifah, gunakan air zamzam , penggunaan ayat quran dsb”
hanya perlu guna ayat2 islamik…sudah tentu akan ada orang percaya….nak tambah ummpphh buat testimoni..dalam testimoni gunakan makcik pakcik yang pakai serban kopiah jubah mengatakan berkesan..pastu tampal hadis nabi yang berkaitan ubat2…u all get my point here? senang sangat nak tipu orang melayu islam…pasal terlalu taksub dengan keMelayuan..asal perubatan melayu je kira bagus..kitab2 melayu ..kitab islam la apa lah…karut! banyak baca mastika melayu smua bodoh..lepas ni nanti kluar lagi scam tapi atas title lain..modus operandi still sama gunakan islam dan ketaksuban orang melayu terhadap bangsa untuk buat duit…ahahahaha..fuck orang melayu! bodoh! pastu smua join MLM….sengal

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 subhanallah February 25, 2012 at 9:25 pm

sila jgn mnghina kitab2 islam ye sedara..kalo kitab melayu boleh lagi…so pikir dulu sblom meluahkan perasaan…kalo ilmu agama cukup..xkan kuar ayt td…sbb takut boleh terpesong kita…so pikir dulu….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 abg9inci June 28, 2011 at 12:58 pm

Konsep dia sama la bodoh..kalau ko pakai ubat pelir , pelir tak naik2 ko marah kat pelir ko la bodoh…sama juga kalau ko pakai ubat mata tak jadi ko marah le kat mata ko cungkil buat sup..da nama tawakal..melayu bangsat dengki bahlul

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 awra ixora July 9, 2011 at 3:59 pm

salam.berdasarkan pengalaman sy pakai permata hijrah utk botol rm50 yg warna hijau tu,yg utk ilangkan rabun.pakai 1 botol,then g kedai spek mata,then turun power mata sebanyak 100.then,pakai yg warna itam tu yg utk silau tu.same jugak pakai smpai abeh sebotol.alhamdulillah,p check kat kedai mata,silau dari 100 da jadi 25..skang x pakai lagi,but still maintain.pada sy,produk nie berkesan kpd yg konsisten cara penggunaannya.yg pakai sekejap2 n selang seli pas beberapa hari,memang kurang berkesan.nak npk kesan memang lambat sket,jgn nak mgharap mata terus elok kalau cara pakai pon x betul..just inform my experience je.peace no war. v(^_^)v .tq =)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 revolusi September 29, 2011 at 2:19 pm

sy pernh gna permata hijra…ok ja…pwer speak pon turun…klu spa yg gna 2 x berkesan mungkin dia beli yg tiruan ataupun mungkin Allah x izinkan sembuh…kita hanya berusaha Allah yg tentukan….(^_^)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 Shahrul November 17, 2011 at 6:57 pm

Bukan scam. Saya pun pakai. Dlu mata asyik gatal-gatal. Skang dah ok sket. Degree spek pun dah turun wlaupun taklah turun terlalu mendadak dalam masa yang singkat but still got improvement. Org ubatkan kanser pakai ubat yang diiktiraf pun makan bertahun (Kemo dsb). Jgn pulak kita terlalu berharap pakai sebotol mata dah cerah bak mata burung helang. Agak-agak la. Cuba bersabar dalam berubat. Ini tidak. Bila test sekali dua, tak sembuh. Terus claim penipu. Saya pakai pun dah dekat nak setahun. Alhamdulillah saya amat berpuas hati dan akan terus menggunakannya.

Catatan : Saya pakai Toner Set Siang dan Malam jer. Yang lain tak pernah lagi sebab saya rasa ia dah memadai. :)

Nak percaya atau tidak ? Terpulanglah empunya diri.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 MELAYU January 15, 2012 at 6:36 pm

Aku dah guna dua2 jenis ubat PH utk mata & resdung.
- toner mata, RM 59
- toner hidung & bedak sejuk, RM15 & lupa harga.
- pewangi resdung RM15
Untuk resdung memang agak segera dlm 3 – 4 hari ada effect. Bersin pagi pun stop.
pewangi resdung memang berguna utk nafas berbau, ie malam2 ngan bini.. hehe.
Untuk mata je ada mushkil sikit. mungkin kurang istiqomah. Tapi ada masa2 tertentu macam warna dilihat sungguh jelas & terang, cuma jauh masih rabun juga. For info, saya silau & rabun jauh.
Apepun, mulakan dengan nama Allah dan berserah kepadaNya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 ye keh? January 16, 2012 at 9:46 am

Salam…. aku bc komen… byk sembang je tapi bukti xde??? udah lah tu… klu nak kuarkan fakta, bg bukti sekali… bukti yg sahih… bukan nyer bagi bukti dr link yg pun sembang kosong je…. tu boleh menyebabkan fitnah…

sekadar berkongsi pengalaman… 2 tahun lepas aku guna gak produk permata hijrah…. sebelum tu mata mmg silau bila drive mlm.. tapi beli pun produk yg paling murah je… x igt berapa harga… alhamdullilah…. guna 3 botol mata dah ok…. sampai skrg dah x pakai produk tu… pendapat personal sy… produk ni mmg ok…

TQ….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 Dijah December 1, 2012 at 7:01 am

awak rasa, statement awak ni ada bukti konkrit ke? hik2…:)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 pejuang produk islamik January 18, 2012 at 7:30 pm

ada lagi manusia mcm ni yek.,,,,,,, kan dlm al quran ada mengatakan setiap penyakit ada penawarnye,,,,, tak salah klu kite nk cuba, yg salah tknk mencuba,,,,,, tkde lg sejarah dunia mengatakan guna air zam2 kat mata jd buta, hanye korang je yg buta mata, klu lah permata hijrah bersalah, nape sampai skg kkm tk saman mereka?ape la korang ni, sepatutnue, bg la sokongan sikit, ni tak,,,, hampes……………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 insan prihatin...... January 18, 2012 at 7:35 pm

aku pun ada masaalah mate beberapa tahun lepas,,,,,,,, ayah ako sampai nk kena leser,,,,,,,, tp org nasihatkan suruh berjumper dgn permata hijrah,,,,, setelah mendapat nasihat dan terapi dari nye,,,,, alhamdulliiah, tk jd leser. normal kembali,,,, syukur pd tuan empunye dunia,,,,, telah temukan sy pd permata hijrah………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 duniaku February 18, 2012 at 10:14 pm

kite sbenarnyer bukan kene percaya pada ubt 2…
tpi percaya pada ALLAH ya MAHA ESA sbb Dia yg menentukan
sgle-galenyer….sesungguhnye xde penyakit yg xde ubat kecuali mati…mintalah kpaNya spaya dia sentiasa mnjaga dri kita drpd prkare2 yg bley memudaratkan kite…semua berjalan atas kehendakNya…kite perlu berserah n pasrah padaNya…..sesungguhnyer stiap yg berlaku psti de hikmahnyer…….igt” innALLAHama’ana”(sesungguhnya Allah bersama kite)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 iqbal March 11, 2012 at 4:49 pm

x guna le g belajar jauh nun seberang , nak gelaran doktor pakar mata kalu dah ada ubat mata yang boleh dibeli dipasaran semata-mata. gyang menarik perhatian orang ramai ialah ia menggunakan gelaran ustaz. 2 yg ramai org tertarik terutama sakit mata ni adalah golongan pakcik,makcik dan atuk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 abu April 26, 2012 at 3:28 pm

jangan marah . -MELAYU BANGSA LEMAH DAN BODOH- ..

Sebab tu bangsa Melayu tak pernah nak maju . bila ada yang berjaya. semua dengki dan pakat nak jatuhkan. wtf is this sh!t ..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 zack August 31, 2012 at 12:53 am

KOTA BHARU – Seorang kakitangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan memfailkan saman RM1 juta terhadap pemilik syarikat pengeluar produk penjagaan mata selepas mendakwa ubat titis yang digunakan menyebabkan sebelah matanya buta, tiga tahun lalu.

Pegawai JKJR, Rozali Che Mat, 40, memfailkan writ saman tersebut menerusi peguam, Shaharuddin Mohamed di depan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nariman Badruddin di sini semalam.

Rozali yang menamakan pemilik syarikat tersebut, Mohd. Zulkifli Dollah serta rakan kongsinya Mohd. Azuan Alwi sebagai defendan mendakwa, mata kanannya buta hanya selepas menggunakan satu titisan ubat yang dibeli daripada syarikat defendan.

Syarikat produk penjagaan mata yang terkenal itu sebelum ini beralamat di Tumpat namun telah ditutup dan kini dikatakan beralamat di Petaling Jaya, Selangor.

Sehubungan itu, bapa kepada empat orang anak dari Pengkalan Chepa itu menuntut ganti rugi teruk dan teladan sebanyak RM1 juta serta ganti rugi lain yang diserahkan kepada budi bicara mahkamah.

Rozali ketika ditemui di mahkamah memberitahu, dia pergi ke premis perniagaan itu di Pondok Haji Ahmad, Kampung Genting, Pengkalan Kubor pada 19 Disember 2009 kerana mengalami kegatalan pada mata kanannya yang dimasuki habuk ketika bekerja di Labok, Machang.

Semasa mendapat rawatan di premis itu, plaintif mendakwa matanya disembur dengan sejenis ubat sebelum disyorkan membeli dua ubat terapi set siang dan malam untuk dititiskan ke dalam mata.

“Pulang ke rumah pada pukul 11 pagi, saya terus menitiskan ubat titis tersebut ke mata kanan saya dan kira-kira lima jam kemudian saya dapati mata saya mengalami keputihan seperti bernanah yang meliputi mata hitam saya,” kata plaintif.

Rozali menambah, pada masa itu, matanya terasa sakit, bengkak serta penglihatannya terjejas namun menyangka ia mungkin tindak balas ubat lalu terus berhenti menggunakan ubat titis tersebut.

Jelas plaintif, selepas dua hari, matanya semakin teruk menyebabkan dia pergi ke sebuah klinik pakar mata di Kota Bharu.

Pemeriksaan doktor pakar itu kemudian mengesahkan mata kanannya buta malah jawapan sama turut diberikan oleh doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 cahaya September 4, 2012 at 12:43 pm

i luv permata hijrah n i luv ALLAH…apa2 yg terjadi cahaya akn sokong gak produk islamik,..teruskan perjuangn,..jgn mudah mengalah,..walau apa yg trjadi ingt,..ALLAH sentiasa bersama kita,..insyaALLAH

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 zack November 30, 2012 at 2:51 pm

Cahaya……statement awak ni tak masuk akal. Mata bukan mcm rambut/ kuku….boleh tumbuh semula…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 anynomous January 5, 2013 at 10:44 pm

Bahaya jugak ye..mendapatkan keselamatan adalah hak kita sebagai pengguna…tp betul ke produk yg dilaporkan oleh keratan akhbar tu adalah produk permata hijrah???Sbb tak semestinya permata hijrah je yg menghasilkan produk mata…entahla….l

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 azmi April 27, 2013 at 2:37 pm

saya antara pengguna permata hijrah.memang teruja bila kita tahu akan ada produk yang berkaitan mata lagi2 ada testimoni yg hebat.tambahan dihasilkan oleh dua tabib yang berpandukan kitab pengajian lama dan bantuan atau sokongan dari seorang doktor yang mengesahkan keberkesana produk tersebut.saya dah pun bercakap dgn salah seorang ustad tu di talia serta mendapat penerangan beliau.dan saya dah menghabiskan ratusan ringgit untuk produk ini.hasilnya tiada selaput mata saya tetap.kekal tapi saya meneruskan pembelian dan yakin allahlah yang maha meyembuh sesuatu penyakit dengan usaha.kalau saya tertipu itu berbalik mereka dengan allah.sya tak mau cakap atau kondem lebih cuma skrg saya dah stop walaupun begitu hampa bila mendapat tau hal ni..allahuakbar..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: