Semalam hasil perbincangan yang panjang lebar antara JPA dan Cuepacs berkenaan beberapa penambaikan dalam SBPA JPA ini, beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah…
Terma-terma Yang Lama SBPA JPA:
- Kalau prestasi kakitangan awam di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku
- Markah bagi pelaksanaan Dasar pemisah (exit Policy), mana-mana kakitanagn awam yang gagal mencapai markah 70 akan dimasukkan dalam Dasar Pemisah
- Terima opsyen SBPA atau SSM sehingga 31 Disember 2011
Terma-terma SBPA JPA 2012 Yang Terbaru :
- Markah bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta
- JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65
- Pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diturunkan daripada 70 kepada 60 di mana tempohnya turut dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan
- (Pengumuman pada 23 Disember 2011) JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA JPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan. Walaubagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Disember 2011 (lusa)
Kajian & Perbincangan Semula (SBPA JPA 2012) Antara Cuepacs VS JPA Di Masa Akan Datang?
- Diadakan akhir Februari 2012
- Isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal
Yang mana masih mengharapkan penyelarasan gaji memang tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat. Manakala kes-kes gaji Premier dan JUSA memang mereka turut sama tidak mahu sama sekali dikurangkan. Hakikatnya yang perlu diketahui, siapa yang berikan cadangan dan rangka SBPA JPA ini? Kelompok mana agaknya yang akan naik JUSA nanti? Kalau anda tahu jawapannya, anda akan tahu kenapa skim SBPA JPA 2012 jadi sebeini rupa.
Sekurang-kurangnya untuk setakat ini, ada keputusan & kepuasan melibatkan terma-terma yang dipersoalkan seperti di atas. Manakala mengenai umur pencen, yang mana rasakan mampu, teruskan sahaja kepada umur 58 atau 60. Tetapi kalau anda sendiri merasakan diri sudah tiba masa untuk merehat, jangan dipaksakan diri, kelak nanti akan menyusahkan kakitangan yang lain. Berikan peluang kepada golongan & generasi muda pula.
- Samada nak nak pencen 56, 58 atau 60 tak salah. Tetapi kalau SSM dah letak umur pencen 58, jadi untuk kes seperti ini hanya boleh ambil pilihan 58 atau 60 sahaja. Tidak boleh diawalkan.
- Setiap orang tahu kemampuan diri masing-masing bukan?
UPDATE PADA 29 DISEMBER 2012 :
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju kaji semula bermula Januari 2012 berhubung tahap kelulusan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi memohon kerja sebagai penjawat awam berdasarkan kriteria sektor yang berkaitan.
- Kajian ini turut membabitkan permohonan menggunakan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma serta sama ada sesuai untuk dipadankan dengan jenis pekerjaan yang dipohon dalam sektor awam.
- Kalau sebelum ini di bawah skim SBPA JPA 2012, kelulusan minimum PMR sudah memadai bagi memohon jawatan dalam sektor awam
[poll id="244"]
P/S : Diharap anda semua dapat mengundi ruangan undian di atas samada nak pilih skim SBPA JPA 2012 atau kekal dengan skim lama dan kongsikan pendapat anda. Mengapa anda pilih skim tersebut?
[poll id="245"]
PP/S : Selain daripada terma-terma di atas, apa lagi cadangan yang anda rasakan sesuai untuk diperbaiki dalam skim SBPA JPA ini?


{ 98 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
nak naik gaji or selaras gaji biaula same
nak naek 200 smue kene naik 200 ratus la. Ni tidak mcm junior dh same gaji dengan yg senior pulak. apelaa…
penat senior kerje bertahun2..
tau xpe.. yg bestnye siapa yg lulus PTK dulu 4-4 gaji turun PT 2 atau PT 3 skrg sama je gaji dgn PT 1. walhal berhempas pulas dulu nk lulus. Prinsip anamoli pun mmg x patut sebab siapa yg naik pengkat, kenaikan gaji mmg akan tersangat la kurang. Itu belum lagii yang tengah memangku gred lebih tinggi tapi tak confirm2 lagi. Dah beribu-ribu org PA dh tnya Tan Sri KPPA, tp masih tak ada jawapan yang bernas lagi memuaskan hati..
itulah yang peliknya..apa yang diorang fikir agaknya…
ye betul Malay Power..yg mcm kami teruk teraniaya..mmg xsampai 7% pun naik..pastu ikut kelulusan…habisla..naik pun 61sen je..dimana kebajikan kami..kami bkn org senang..tp ttp berkhidmat untuk negara..walaupun xlah nampak dmata org atasan…biarlah jawatan tetap..upgrade sajala skim gaji yg ada..bg kami pendapatan yg penting..xde pangkat pun xpe…
kepada BISINGJE..harap faham,bukan kami semua xbersyukur dgn rezeki yg dberi..sepatutnyer org bawahan seperti kami diberi bantuan..bak kata kerajaan..pendapatan dibawah RM3000 kebawah adalah dbawah paras kemiskinan..so renungkanlah…kami ni penjawat awam adalah rakyat juga..dgn isu LEMBU,bantuan RM400juta membazir begitu ditambah dgn SBPA yg tak logik,xmustahil kerajaan yg ada akan bertukar…Suara Rakyat…demi keadilan..
Ketua pengarah JPA telah buat kesilapan, akibatnya kerajaan dimarahkan oleh kakitangan sendiri. Perkara ini menjadi modal pembangkang untuk hentam krj. Adakah Ketua Pengarah JPA tali barut pembangkang. Sebagai cth semasa taklimat, soalan yg diajukan tidak dapat dijawab dgn tepat sebaliknya jawapannya ialah adakah berlaku kenaikan gaji dari SSM kepada SBPA, tentunya ada tetapi berapakan kenaikan, RM 1 pun kenaikan juga. Krj umum 7 hingga 13 % tapi lain yg jadi. Inilah org yg disukai oleh krj dan pembangkang untuk jadi pengarah JPA kerana terima apa saja yg diberi tanpa buat kajian. Fikirkanlah…..
SBPA banyak yang perlu ditambahbaik untuk keadilan semua terutama kumpulan Khidmat Sokongan yang begitu jauh jurang kenaikan gaji dan kenaikan gaji tahunan hingga kata sesetengah kakitangan kerajaan pangkat kanan dan tertinggi tidak banyak bezanya ini berbeza dengan kakitangan Pengurusan dan Profesional..
gaji starting bagi setiap skim xnaik byk. Indah khbar daripada rupa
mcm gred aku naik RM 30 jer, tapi kenaikan tahunan tu agak byk la. Naik hampir 2 kali ganda, kira ok gak la. Cuma aku tak paham kenaikan gaji berdasarkan prestasi tu, so kalau aku perform brapa kenaikan?
adakah lebih dari kenaikan sekarang? katakan tiap2 tahun naik RM 50, so kalau perform bleh dpt lebih dari tu?? kalau mcm tu ada ler motivasi utk maju…
siapa yang boleh bantu & terangkan kat sini
Shahir Aizat…untuk makluman anda,gaji berdasarkan prestasi hanya digunapakai untuk jawatan 54 dan ke atas..dan bg gred 52 dan ke bawah,kenaikan tahunan seperti biasa,dan ada kenaikan seperti yg di maklumkan anda….
terima kasih bro faizal dengan penerangan tersebut
sangat membantu
Yg aku pelik, kenapa masih nak berahsia sangat pasal lampiaran ‘C’ tu?? sebelum ni masa ‘SSM’ mudah jek nak tahu scale gaji.. bila tanya pada cc or kerani jawapannya RAHSIA….. hehehe… mcmana nak sign kalau rahsia ni??? mcmanapon aku dah sign pon…. tp tu la… musykil…..
Adie, saya pun pelik kenapa kali ini yang dikatakan Lampiran ‘C’ itu rahsia dan memang ditulis besar-besar RAHSIA tetapi kalau hendak menyemak boleh dihadapan pegawai perjawatan, rupanya memang jadi pertikaian banyak setelah melihat sifir pelarasan dan kenaikan gaji tahunan yang tidak adil langsung..
kene tangguh pulak. nmpk gayanya gaji baru dapat dlm bulan 2 la kan?
kewangan buat gaji 3 bulan advance.. so mungin dlm bulan 4 baru dapat. jgn risau. ade tunggakan..
kritikan yang aku petik daripada berita harian
2011/12/28
BEBERAPA bulan lalu, kami kakitangan awam berasa sangat gembira apabila skim gaji baru diumumkan Perdana Menteri yang membabitkan kenaikan antara tujuh peratus hingga 13 peratus berkuat kuasa 1 Januari 2012.
Andaian kami sudah pasti kakitangan kerajaan pada gred paling rendah akan menikmati kenaikan 13 peratus sementara gred paling tinggi iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan mendapat kenaikan tujuh peratus.
Namun sangkaan ini meleset apabila melihat kepada Tawaran Opsyen dikemukakan Jabatan Perkhidmatan Awam. Kami diarahkan untuk membuat opsyen dalam keadaan sangat tergesa-gesa tanpa mendapat penjelasan mengenai skim gaji baru itu daripada ketua jabatan. Apabila mendapat surat opsyen berkenaan, kami diarahkan untuk menurunkan tandatangan pada borang opsyen pada masa itu juga.
Sebagai ketua jabatan di sebuah bandar kecil di Pahang, saya agak terkejut apabila melihat skim baru itu. Kenaikan dikatakan itu hanyalah omong kosong daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sebagai contoh tawaran yang diberi kepada pegawai bawahan saya yang berada pada gred paling rendah dalam kerajaan iaitu untuk jawatan Pekerja Awam Gred R1 yang dulunya dipanggil `buruh` yang berkhidmat selama 15 tahun bergaji pokok RM1242.09 hanya mendapat kenaikan RM88 saja. Berbanding jika dihitung naik 13 peratus, beliau sepatutnya mendapat RM161.47. Sebaliknya jumlah kenaikan diperoleh itu hanya lebih kurang tujuh peratus.
Begitu juga dengan kerani yang berjawatan Pembantu Tadbir Gred N17 yang sudah berkhidmat selama lebih kurang sembilan tahun bergaji pokok RM1,369.39. Beliau hanya mendapat kenaikan RM61 iaitu tidak sampai pun lima peratus.
Begitu juga saya yang berada dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional hanya mendapat tidak sampai enam peratus, walaupun diumumkan kenaikan paling rendah tujuh peratus. Saya bukan daripada kumpulan pengurusan tertinggi tetapi di Gred 41 iaitu gred yang paling rendah dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Pengalaman saya sebelum ini, biasanya kenaikan gaji baru ialah paling kurang 10 peratus tetapi kali ini ternyata paling rendah.
Adakah kami tersalah pandang atau ada kesilapan dalam tawaran dibuat JPA?
PEGAWAI KERAJAAN, Raub, Pahang
JPA ni haprak. Aku tengok semua kenaikan hanya utk org atasan atau golongan profesional (Dari pengurusan hingga ke primier) yg melebihi dari 13% kenaikan. Yg golongan sokongan ni naik tak seberapa (ada yg 6% – 9%).terutama golongan primier kenaikan hingga 50%, mgkn ada yg tak percaya kan. tapi itulah yg aku tengok untuk skim SBPA ini. Golongan pengurusan hingga primier yg lebih untung.
boleh sape2 terangkan pasal J17 upgrade pg J27?apasal gaji yg d tawarkn tak same dngn gaji gred J27?
Bkn yg tu je Junior dh sama gaji dgn Senior…aku yg dh dpt anjakan gaji dlm SSM (gaji di P2) sbb lulus PTK 4 pun bila convert gaji ke SBPA iaitu gaji sebaris bleh sama dgn org yg x lulus PTK….iaitu org yg gaji sblm ni di SSM P1….Xde kelebihan langsung, penat je blajar nk tingkatkan kompetensi sblm ni. JPA tlg la hargai skit, buatla semakan blk…jgn asyik bg golongan JUSA yg dh dpt gaji dgn emolumen yg berpuluh2 ribu tu je…tgkla sama kami ni..
remaja jugak, betul, sokong 100 %. kenapa JPA x perasan kan situasi ni ye? sepatutnya kene la kajian yang lebih mendalam.
Lagi satu berhubung dengan timebased kenapa dikalangan guru sebelum ini 10 tahun tetapi setelah SBPA hanya 8 tahun tetapi skim lain masih 15 tahun….hrp2 pihak berwajib dpt memikirkan satu mekanisma yg boleh menyenangkan hati semua penjawat awam….TQ
Aku yang dah P3 ini pun bila convert gaji ke SBPA iaitu gaji sebaris bleh sama dgn org yg x lulus PTK. Masa SSM dulu lulus PTK3/4 boleh naik pangkat tapi bayangnya tak adapun sampailah SBPA ni tak adapun kelebihan bagi kami gred N17 ni. SBPA nipun sama ajele janji beri kenaikan dulu SSM dan bila SBPA undur pula kebelakang(contoh: P3T21 (SSM) ke P15(SBPA) banyaknya kami rugi sampai enam tangga kebelakang. Harap JPA semak betul2 kami yang berkhidmat lama ini jangan gaji sama dengan yang baru dan penjumudan jawatan N11/N14 TPG beri Januari aje bagi mereka yang dah berkhidmatan lebih 10 tahun ni dijawatan lantikan.Jgn asyik bg golongan JUSA yg dh dpt gaji dgn emolumen yg berpuluh2 ribu tu je…tgkla sama kami ni..
Bagi kakitangan yang mempunyai sijil politeknik selain juruteknik tidak diambil kira. Juruteknik boleh naik taraf ke STPM. Tetapi bagi kelulusan seperti sijil penyimpan kira masih dalam kelompok SPM.
kalau nak jempot orang utk dtg ke majlis kahwin kita, Majlisnya besok bg kad jemputan harini….. kalau nak sign SBPA pon xpayah baca detail sgt, sign jek… harini dpt borang , harini gak sign… bila ditanya lanjut jawapannya RAHSIA…. Apapon SBPA ni ada kelebihannya… cuma cara penyampaian tu… nak sign,, tp xboleh tengok@baca lama2.. nak xnak… sgin jekk la… ada yg sign borang kosong lagi.. pelik2… walaubagaimanapon aku masih bersyukur dengan apa usaha yg JPA buat ni… semoga ada penambahbaikan lagi dimasa akan dtg….
BYK SKIM DALAM GRED 17 TIDAK DIKAJI DENGAN BETUL..
MUNGKIN INI KESILAPAN JPA TBUAT KERJA SECARA TERGESA-GESA..
SESETENGAH JAWATAN 17 YANG KELAYAKAN MASUK SIJIL MASIH ADA DISAMATARAFKAN DENGAN SPM..KADAR KGT(KENAIKAN GAJI TAHUN) ADALAH SPM BERBANDING J17 KADAR KGT DIBERIKAN KADAR KGT SIJIL..
WALAUPUN MELIBATKAN KEWANGAN KERAJAAN DIHARAP ADA PENAMBAHBAIKKAN DI MASA AKAN DATANG DAN TERDEKAT…
Tak puas hati kenaikan JUSA yang menerima gaji hakiki.
JUSA C : Kenaikan RM5,500.00
JUSA B : kenaikan hampir RM6,500.00
JUSA A : kenaikan RM7,00.00 – RM8,000.00
Yang baru naik pangkat Jusa C untung la.. Gaji basic RM8k lebih, 2012 terus sampai RM13k lebih.. elaun je pun da lebih RM5k..
melampau la.. brapa % kenaikan tuh??????
bising laaa… melalak tak abis2…
kerajaan dah bagi bising..
tak bagi bising…
melalak selupa anjing lu tau ka…
jangan ini mcm maaa…
kalau yg junior ke senior…
rilek laa… rezeki masing2…
apa yg nak pertikai..
kalau nak kira senior junior pelancau semua..
baik tgk tok nenek moyang kita dulu..
gaji bpe kerat je dulu..
rilex je xda melalak mcam hilang bini…
skg smua tgh kaji … jgn risau.. jgn melalak mcm xda otak..
Rezeki dah diberi… Kalau tak bersyukur ditarik nikmat apa pon tak boleh..!!!!
Dari melalut melalak selupa anjing.. baik pegi buat keja…
SKT dah nk kira nih… Ptuihhhh
ala, x kena kat kau, memang la. ntah kau gred brp la kan. komen patutnya menjurus pada perbicangan. kalau kau x nak bg komen, SILA SENYAP. Pergi buat SKT ko yg ntah tidak 75 ke bwh..
kpd BISING JE…lu kalu nk komen skali pun pakai ayt yg maneesss seket…hengat!!!!!! lu pun rakyat msia..,msia orgnye kaya budi bahasa,mak bapak lu x ajar lu budi bahasa ka?
jgn bikin hati org sakit maaaa…x pasal pasal lu dpt dosa free…
ke lu memang kt gred jusa?…lu x melalak la sbb kenaikan pun paling busuk 5.5K….
kami discuss kt sini nk tnye pndapat kwn2 pasal SPBA ni..
kalu lu asyik nk sakitkan hati org,bek lu blah..org mcm lu x di alukan…
x blh ckp mcm tu brader..x adil bg yg berjawatan rendah n dpt kenaikan yg sket..yg jwtan tggi plak naik mencanak..msti la org x puas hati..diorg suarakan pndapat,ape slhnye..bknnye buat demo n timbulkan huru hara pun..
ntah…..ada gak orang yg masih tak btamadun kat sini(BISING JE)….kalau nak ckp gunalah ayat yang tak myakitkan hati….!
ini contoh pandangan yang singkat dan pentingkan diri sendiri. sentuh tentang rezeki, sentuh tentang nenek moyang, sentuh tentang anjing. tiada isi. kosong. baca, buat sakit hati. contoh orang yang kurang membaca.
kpd Bising je…. pukimak lu! Lu sudah senang jadi PTD dpt jusa plak melantak kenaikan rm5000 lu betul pukimak lu
GRED 17
T1 = SSM RM820 ……….. SBPA T1 = RM955 KENAIKAN (16%)
GRED JUSA C
T1 =SSM RM6595………..SBPA T1 = RM12000 KENAIKAN (81%)
PERBEZAAN KENAIKAN…
BKN GRED BAWAHAN NAK GAJI JUSA,TAPI % KENAIKAN YANG AMAT KETARA..
Aku dah nak masuk 10 tahun berkhidmat..dg41 P2 naik RM30….
junior aku 8,9 tahun sama gaji ngan aku untung le mereka
P1 pun sama ngan aku…sia sia lulus ptk takde maknenya….
Itule sebabnya lampiran c tak dikeluarkan
JPA dah buat silap….nak tarik balik malu…..so dia orang teruskan….
Pengarah JPa…main sain je…tah tah tak baca pun lampiran c…..
GRED 17
T1 = SSM RM820 ……….. SBPA T1 = RM955 KENAIKAN (16%)
GRED JUSA C
T1 =SSM RM6595………..SBPA T1 = RM12000 KENAIKAN (81%)
PERBEZAAN KENAIKAN…
BKN GRED BAWAHAN NAK GAJI JUSA,TAPI % KENAIKAN YANG AMAT KETARA..
BERBANDING KETIKA PAKLAH(2007) UMUM 5-35% KENAIKAN
GRED 17 MENDAPAT 35% + SBPA 16% = 51%
JUSA MENDAPAT 5% + SBPA 81% = 86%
TAHUN 2007 DIJADIKAN KAMBING HITAM..
zaman nenek moyang.. gaji sekerat.. gula sekilo 10 cen jer..nak bising tak de internet..
I suke dan I sokong..
betul…betul…zaman tok nenek dl,1sen pun blh beli brg…zmn kita?1sen mana wujud ag…
staff gomen ni kebanyakkan ok jer walau apapun skim nak dibuat…
cuma bab yg paling sensitif adalah bab gaji.
kalau kenaikan tu adil utk semua mmg tak kisah punya, kalau kata naik 10% biar semua tangga gaji dan skim naik 10%, selesai masalah…ini sini naik sikit, yg atas byk, yg baru masuk gaji naik byk, yg senior dpt penyelarasan sikit.. mau lah tak hangin…
ooooo….. itu yang rahsia sangat2 tu… emmmphh… tau dah…
SY TGK GRED BAWAHAN HANYA DAPAT GUNAKAN INTERNET SEBAGAI LUAHAN MASALAH SB ITU BELIAU MELALAK SANA MELALAK SINI..
TAK BAIK MENGHINA.. JIKA PUAK BAWAHAN INI MENGHARAPKAN PIHAK ATASAN PANJANGKAN PERKARA BERBANGKIT PADA YANG BERTANGGUNGJAWAB,PASTI TIADA TINDAKAN.. KERANA PIHAK ATASAN MENDAPAT DURIAN RUNTUH 81%..
TETAPI JIKA PIHAK ATASAN DIANIAYA..PASTINYA BELIAU DIAM TAK BISING KERANA BELIAU ADALAH PEGAWAI ATASAN..BOLEH MENGUBAH DASAR SESUATU SISTEM DENGAN BERMESYUARAT…
KIJA PIHAK BAWAHAN YANG BERMESYUARAT,PASTINYA AKAN DIBERIKAN PRESTASI RENDAH KERANA MEMBANTAH!!
TQ
buat lah apa cara sekalipun, orang kerajaan mana pernah puas
tetap akan ada yg kata, TAK ADIL
dh sifat manusia camtu, agaknya kalau dibuat sistem gaji dia je yg naik, gaji org lain tak naik, br bg dia adil
bg dia je la…..huhuhhh
it is the same as, bg yg sblm ini gaji dah P2….bila sbpa ni..gaji basic sama mcm yg belum P2….
cth: SMM P2T13 – gaji dh RM2900 lbh kurang, then bila SBPA, jd DG1-1 T6, gaji RM3050.
yg SMM P1T13 – gaji RM2780 lbh kurang, masuk SBPA, basic DG1-1 P1T6 RM3050 gak…
so, kenaikan bg manusia ke-2 lbh tggi dr manusia pertama tu
tp sbb dh dinyatakan dlm SBPA, gaji dah takde paras atau peringkat
semua satu paras shj, redha je lah
itu pun ada desas-desus ramai tak puas hati menyatakan manusia pertama tu sepatutnya dpt lbh dr 3050 sbb dia dh lulus PTK 4,4 dan naik P2 sblm tu
but then, again
kalau kita asyik bandingkan dgn pihak yg LEBIH dr kita, smpi bila2 hati kita tak senang n tak bersyukur
silap2 hb boleh jd kufur nikmat. kalau gaji PnP naik tggi dr gaji bos2…..bos2 lak tak puas hati kat golongan PnP, nnt penilaian prestasi kang bos2 boikot lak
smer tak dpt anjakan gaji tahun2 depan….
camno tu???
hurm… x abis2 lagi rupanya
ambe yg duduk di kelompok pelaksana pon kena tempiasnya
tp malas nak fikir la, redha je la….rezeki kalau ada takkan ke mana-mana
Depa jawab je la kat akhirat nanti kerana duk aniayakan orang bawah.
mana taknya …
masa dalam Skim SSM KGT ambe adalah RM108.90 dan bila dinaikkan ke Skim SBPA KGT ambe adalah RM115.00 …
Beza Kenaikan antara SSM ke SBPA hanya RM6.10 sahaja….
Semasa SSM….
Kenaikan KGT dan Pergerakan Gaji sama dengan J22 punya tanggagaji dan Gred
Ketika SBPA…
KGT dan Pergerakan Gaji sangat jauh berbeza punya tanggagaji dan skim gred…
Terima kasih byk2 la JPA kerana menaikkan KGT saya sebanyak RM6.10 sahaja berbanding KGT di SSM, dan menambahkan lagi 2 tanggagaji maksimum kepada 4 tahun lagi berbanding tinggal 2 tahun lagi untuk maksimum di SSM
aku heran betui… memang SBPA ni berat sebelah…mcm mana la depa buat rangka gaji ni… benefit pun ciput sgt.. pastu ada dasar pemisah… baik x payah ada skim mcm ni lebih bagus..ada yg naik rm60,ada yg naik rm100 ,ada yg naik rm45…tapi gred jawatan sama…bodoh betui la org yg buat mcm tu….x naik gaji pun x pa….dlm petikan bajet” org yg menerima sbpa akan mendapat kenaikkan gaji 7%-13%… hakikatnya x sampai pun 7%…indah khabar dari rupa..klu dh silap, baik bubar ja sbpa…..
bg junior senior tu tak payah laa dengki..rezeki sama2 naik kan..
yang patut di isukan perkara KGT berlainan walaypun taraf yang sama..
Alhamdulillah, JPA dan kerajaan ada inisiatif utk menambaik gaji khidmat awam. Mungkin ada yang tak puas hati, dan mungkin ada yang tersenyum lebar menunggu durian runtuh. Tapi nampaknya, rata-rata tak puas hati. Sana sini rungutan dalam blog2 & forum2. Apa2 pun, bak kata BISING JE, jangan pertikai. Mungkin betul tu, rezeki tetap rezeki walau pun sikit. Tapi bila baca APALAH NASIB.. saya rasa kesian pada kakitangan yang bawah2 macam kita ni.. kenaikan 60 – 70 ringgit.. susu anak pun tak lepas..
Minta tuan2 yang kat atas sana, tolong tengok2 balik lah skim gaji ni.. Kalau boleh biar kena pada tempatnya. Bukan minta banyak $$, tapi letakkan pada tempatnya. Terutama bagi yang senior2 yang dah lama menyumbang jasa..
Jangan nak bertengkar sgt, PRU13 dh dkt, jd kita ada Opsyen sdiri.. Jd skrg ni pilih la BN atau PR.. Kalo nak tetap ngan SSM pilih BN.. Kalo nak cuba Skim Gaji Alternatif, pilih PR.. Keputusan ditangan kita.. Takyah nak pening2 kepala.. TUNGGU PRU13 jer…
haha…betul tu 100%. Pangkah jela parti lain. Bn dah byk nyusahkan rakyat. lagi lama lagi hancur
ckp lain buat lain…
kelakar la geng2 sokongan nih. Yang pegawai gred 41 kebanyakan tak jeles pun ngan gaji premier yg tinggi berbelas ribu
dah derang memang layak. Yang banyak bising geng sokongan jek
semua tak puas hati ngan gaji pegawai n premier, takkan nak beza 2-3 ratus je kot. Kalau nak gitu, korang tubuh parti komunis jela, semua sama jek nanti..gaji doktor sama ngan kerani
ini aku sokong
Betul tu Usin, aku sokong 100%. Lain pemimpin, lain strategi..
GRED 17
T1 = SSM RM820 ……….. SBPA T1 = RM955 KENAIKAN (16%)
GRED JUSA C
T1 =SSM RM6595………..SBPA T1 = RM12000 KENAIKAN (81%)
PERBEZAAN KENAIKAN…
BKN GRED BAWAHAN NAK GAJI JUSA,TAPI % KENAIKAN YANG AMAT KETARA..
BERBANDING KETIKA PAKLAH(2007) UMUM 5-35% KENAIKAN
GRED 17 MENDAPAT 35% + SBPA 16% = 51%
JUSA MENDAPAT 5% + SBPA 81% = 86%
TAHUN 2007 DIJADIKAN KAMBING HITAM..
huhuhu ada ke yang bgtau kat sini takada 41 ke atas?
Kepada kakitangan kerajaan yang tak berpuas hati ngan SBPA sila la buat notis berhenti kerja, sbb ramai lagi rakyat yang nak keja kerajaan.. Kalo berani sangat nak komen pasal SBPA, hantar la surat layan pada JPA.. Bagi tau kat depa yang hang tak puas hati.. Nanti bila hang dah berenti keja, cuba hang pegi mintak kerja kat kilang.. Tgk, best ke tak.. Bersyukur la dgn apa yg ada.. Hang ni bkn nye nk berterima kasih ngan Kerajaan.. Nak gaji tinggi, blajar la tinggi2, keja rajin2 supaya hangpa jd Jusa..
betul le kalau nak gaji banyak awatlah dulu tak mau belajar pandai2…..la nak jeles dgn org lak
kalau inilah orang malaysia patutlah sampai skang malaysia tak maju-maju lagi……rupanya ada rakyat malaysia masih bodoh walau dah kerja…….sekarang masalahnya KERAJAAN dh umum kenaikan antara 7-13% kenaikan…tapi pelaksanaan tidak seperti yang diumumkan……itu sebab kita menuntut hak kita…..bukan duk terima saja…..siapa kata kita dengki dengan kump jusa dan premier tapi dimana kebenaran yang telah diumumkan oleh kerajaan……fikir lah bro jangan jadi pak turut jer guna otak sikit ler……
kan bagus macam time paklah dulu
kasi naik gaji terus 20% semua sekali
nie naik gaji macam tak ikhlas nak kasi
ALLAH tambah NIKMAT jika BERYUKUR
SEDAR atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.
Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-
“Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”
(Surah an-Nahl, ayat 18)
Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam yang fana ini.
Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.
Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup ‘ukhrawi’ – hari akhirat yang kekal abadi.’
Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
l Nikmat bersifat ‘fitri’ atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.
l Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan sewaktu-waktu.
Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:
“Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur – berterima kasih.”
(Surah an-Nahl, ayat 78)
Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini.
Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal).
Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.
Segala sesuatu yang ada dalam alam ini, bermula daripada tanam tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan barang logam, semuanya diperuntukkan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia.
Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur.
“Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur.”
(Surah Yasin, ayat 31 hingga 35)
Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).
Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat.
Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.
Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang.
Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan terasalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu.
Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya.
Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya.
Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.
Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud :-
“Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya.”
(Surah an-Nahl, ayat 144)
Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya.
Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya, maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan yang dijadikan Allah untuk mempertahankan diri daripada perkara yang mengancamnya bukan mencedera atau membinasakan orang lain.
Seseorang itu dianggap tidak menggunakan nikmat matanya kerana mengkufuri nikmat mata apabila menggunakannya untuk melihat wajah perempuan yang bukan muhrimnya.
Mata dijadikan Allah untuk melihat perkara mendatangkan kebaikan bagi agama dan dunia.
Sebab itu mata hendaklah dipelihara daripada melihat perkara yang mendatangkan bahaya dan mudarat.
Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Tuhan tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia.
Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang engkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia.”
(Surah al-Naml, ayat 40)
Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Illahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.
Seseorang yang memperolehi kekayaan, maka kekayaan itu hendaklah digunakan pula untuk keperluan kebaikan seperti membantu fakir miskin, menolong orang yang memerlukan dan sebagainya.
Orang berpangkat dan berkuasa hendaklah melakukan kebaikan terhadap orang di bawah atau rakyat jelata.
Sesungguhnya bagi orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7)
Sedar akan pentingnya sikap ini, maka syukurilah nikmat kurniaan Allah kepada kita baik nikmat lahir atau batin.
Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah baik di dunia atau akhirat
Hari ni meeting kt ofis aku psl SBPA ni dan aku jadi peserta TUNGGAL yg x sign SBPA.
Sebab apa? Sbb AKU BUKAN KAKI BODEK DAN TAK RETI NAK BODEK BOS sbb lain aku lebih REALISTIK. Contohnya klu dulu utk APC kita akan dpt ganjaran seperti jam,duit dan kenaikan gaji secara menegak atau melintang…
TAPI thn berikutnya APC cuma dpt duit 1K n sijil. dan klu ikut SBPA pula penerima APC akan terima sijil dan pingat sj. KENAPA GANJARAN INI DIKURANGKAN??
ADAKAH SBB DUIT KERAJAAN DH CIPUT??? So.. korang fikir-fikirkanlah MAMPUKAH kerajaan nk byr kenaikan gaji 8-15% setahun??
Aku fikir-fikri balik Tidak mustahil nnt akan wujud SISTEM KOUTA seperti yg dilakukan dlm PTK. Aku hanya beri pendapat sj. Korang tengoklah annti…mungkin ada yg lebih baik pandangannya. wassalam.
8-15 peratus tu golongan gaji min max sahaja…
bagi aku (golongan PnP),
patut gaji minimum golongan pelaksana kena naikkan ke paras rm1500
apabila berlaku kenaikan dari bawah, yang atas akan naik menjadi rm2300-2700 (PnP)
golongan pengurusan tertinggi, minimum rm5000-6000
golongan premier, minimum rm15,000
p/s: jangan terlalu banyak GAP antara kesemua golongan ini….sebab ianya akan menyebabkan yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin….
SIAPA SETUJU MACAM INI???
kenapa penyelaran gaji Sbpa tidak sama dengan setiap orang walaupun kedua2 penjawat awam tersebut memiliki tahap pengajian yang sama, gred yang sama dan tahu bekerja pun sama.tapi sekarang dalam borang, gaji berbeza, gred berbeza.jadi dari aspek mana penyelarasan gaji di buat.
nak bg biarlah adil. Nampak sgt nak pancing undi
buat dlm keadaan tergesa2, kalau adil org tak bising pekerja pun ada hak jugak
dgn keadaan skang ni kenaikan sebnrnya nak cover brg taun lepas
ni aku tgk diorg lebeykan yg dah bergaji beso
JPA ni pun satu punya sengal..
Dulu zaman paklah naik sampai 15%, takde pulak aku dengar orang yang bising2 ek? masa tu PnP x sampai pun 15%, sampaikan yang sambung belajar ada degree gred 41 LEBIH RENDAH dari gred 32. Beza dekat RM800 beb. Ada orang bising? Ada?
yang paling gembira dengan SBPA mestilah orang atas
mereka yang naik gaji byk. smpaikan ketua pengarah tmpat saya
kerje first day dah sain borang opsyen
sebab ape golongan pelaksana xpuas hati ngn kenaikan gaji cuba fikir gred 17 aje sampai nk pencen..
tapi Gred 41 lak 4-5 tahun dah naik Gred44, 4-5 naik lagi Gred 48 dan naik dan naik ..
Mesti la yang gred bawahan xpuas hati , kami pon ada pendidikan gak.
Gaji jusa logik naik banyak…kerana
1. Ada berapa orang je dalam malaysia ni..
2. Bukan senang nak dapat jusa
3. Kos belanja tinggi…belanja kawan kat hotel, kena main golf, kena pakai kereta besar, baru ade class….takkan le jusa nak pakai kereta proton saga….
kalau setakat gaji 4000 -5000 buat digelak orang luar je gaji jusa camtu….
4. Nak suruh pekerja buat kerjapun kena hulur sikit baru jalan
5. tetamu mai kat pejabat…kena belanja
6. Kena beli baju kot
7. Beli baju ada brand…class gitu
8. Jam pun kena beli yang mahal
9. Cincin…ooop sensitif….
10. Kena pi majlis-majlis
Bak kata pepatah….periuk besar kerak pun besar….ada betuika
Lebih kurang camtu le….nooo
Walaupun aku ni gaji kecik ….tapi aku paham keperluan jusa ni….
sebab kalau aku jadi jusa nanti….aku pun kena camtu….class gitu
Lewat bro , tapi saya balas jugalah
Yg orang marahnya, kebanyakan perkara yg tn sebutkan di atas tu dia orang dah ada elaun2 yg tersendiri pun, tak perlu usik gaji. Dia orang pakai kereta kerajaan percuma, minyak pun kerajaan tanggung, tn tau ka? Kalau kereta rosak/accident boleh dapatkan kereta lain. Tempoh hayat kereta pun beberapa tahun saja, lepas tukar baru. Itu baru soal kereta bro, yg lain2 tak usah ceritala!
susahkan korang nl kira2? berenti je mcm aku. keje dh la tertekan. karenah birokrasi lgi. ape kejadahnya naik pangkat dkt 5 kali ddk tmpt yg sama. dh la buat kja x bkaitn langsung. tah la manusia2 yg menurut perintah sekalian. wakakaka.
ada ke patut Gaji saya sekarang U29 SSM (P1T17) RM 2225.49 ke SBPA (T6) RM 2295.00 beza hanya RM69.51????? Di mana kenaikan 7%-13% nya?????? sungguh tidak adil…………………..
Aku geram betul dengan “BISING JE”. Kalau aku dpt dia ni mmg aku nk sunat jer bagi potong abis. Kpd “BISING JE” aku nk tnye ko ni org indon ke tempatan? Jgn smpi rmai org sumpah ko jd anjing pulak.
Bahasa melambangkan bangsa…”Beretika la ketika melontarkan idea & pandangan…kita bangsa beradab..biar rasional dan matang..sekadar perkongsian
terpaksa setuju dgn skim BARU ni…skg risau dgn org yg menilai ptk…ni…klu pilih kasih bg markah rendah gmna?….tmpt kmi skg ada org mcm ni…mmg menyusahkan…memeningkan….kepala,,,minta naik gaji spya dpt bntu rakyat tp ni tmbah menyusahkan……rakyat adalah….
nampaknya kanaikan sbpa ni memang tak realistik.ramai yang tersasar dari segitafsiraan kenaikan 7% hingga 13 %.Tafsiran kebanyakan adalah jusa 7% proffwesional 10% dan sokongan 13%.kalau naik % ini dari pokok saya rasa tak ada bising masing-masing dah jelas.
Contoh: kalu gaji 3000 naik 10% jadi 3300
kalau 3000 naik 7 % jadi 3210
kalau 3000 naik 13 % jadi 3390 kan adil macam ni dah tentu ta ada bising.
pengalaman kiraan matematik sekaj zaman-berzaman dah standard.
tapi formula yang digunakan dalam sbpa ini pelek sikit …sebabtu tak hairan ada yang naaik 61 sen, ada yang RM200, Rm3000 dan bermacam-macam.saya harap gunalah formula yang realistik dan dapat diteruma semua.rujuklah banyak pakar-pakar matematik dan kewangan di negara kita untuk duduk berbincang.tak adalah jadi kucar kacir macam sekantrang.dari segi kenaikan tahunan tu memang cantik sesuai dan realistikmemang orang dah faham dan tak bisng pun.cuma tak puas hati tafsiran kenaikan 7% hingga 13% tu macam rasa tertipu.lain ditafsir lain yang timbul.kalaau tafsirannya macam kenaikkan paklah dulu 7% hinggas 35% kan senang.tak adalah rasa ada yang terinaya….itu pandangan saya..sebagai guru matematik dah 33 tahun mengajar…walau bagaimanapu itu pandangan saya…sama-sama kita fiokirkan..t.kasih
Cikgu bob…..guru matematik 33 tahun kena pi belajar lagi
ilmu matematik politik…. barule dapat kira ngan betul
………
ini ck gu x sekolah kira2 pun x betul
kenaikan yang xrelevan dgn keadaan semasa. bukan membantu rakyat tapi menyusahkan dan menindas rakyat je. HUH!
sekarang dah mcm nk sunyi dah.. dah lupe dah semua..
GAJI SIKIT TIDAK MENGAPA JIKA PERBELANJAAN TIDAK MELEBIHI PENDAPATAN.
GAJI BANYAK KALAU DEFISIT SENGSARA JUGA, BOLEH TERJERUMUS KE ARAH BERHUTANG SEKELILING PINGGANG
MASALAHNYA GAJI YANG SEDIA ADA PN XCUKUP UTK MENAMPUNG PELBAGAI PERBELANJAAN YG SEMAKIN MENINGKAT SKRG. KENAIKAN GAJI YG TERLALU SIKIT XMEMBANTU MENGURANGKAN BEBAN. INI JUGA BOLEH MENGGALAKKAN HUTANG UNTUK MENANGGUNG KEPERLUAN HIDUP YANG SEMAKIN MENDESAK TAMBAHAN LAGI DGN TANGGUNGAN ANK YG RAMAI.
tul 2 nuar,
maslanya saya dah lama berkhidmat tapi gaji sama dengan yg baru 2 tahun berkhidmat……harap JPA kaji semual dengan baik.
Nasihat saya: Kalau ada perkara berbangkit/tak puas hati/rasa ditindas/dianaktirikan dsb. boleh buat surat petisyen kpd JPA. Mcm jawatan saya ( Gred 27), kami ada group yang lead utk handle surat petisyen kepada JPA dan CUEPACS berkenaan skim kami yg dianaktirikan. JPA pun dah maklumkan akan ada penambahbaikan dlm SBPA ni nanti. JPA dan CUEPACS akan ada meeting every 3 month. So, lambat atau cepat perkara yang kita bangkitkan pasti ada penambahbaikannya. Insyaalah.
Saya cadangkan gred 27 dinaikkan ke gred 29 dengan kelayakan masok Diploma Pentadbiran Awam atau yang setaraf dengannya. Contoh jawatan sekarang Penolong Pegawai Tadbir.
Bagi gred 27 kelayakan masok Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma Eksekutif dari Universiti Tempatan (ditawarkan untuk orang sedang bekerja). Sebagai contohnya jawatan Pembantu Tadbir ditukar ke jawatan Eksekutif Tadbir gred N27 atau N3-1. Baharu sedap sikit kan. Kelayakan masok seperti di atas dan yang tidak mempunyai Sijil/Diploma berkhidmat lebih dari 20 tahun layak dipertimbangkan.
aku mmg tak sokong apa yang telah JPA buat pada kami di peringkat bawahan terutama gred 3-27…kami teraniya…….akibat nanti JPA akan menangung apa yang akan terjadi di pilihan raya umum nanti…
mesti lh org marah yg da gaji besar bertambah besar..gaji kecik kenaikan pun keci..tp bukan kerajaan katank bantu bagi mereka yg bergaji bawah 3000…skrg mcne? mesti lh marah ade kakitangan awm yg da lama berkidmat berhumpas pulas belajar tul lulus peperiksaan semata mata tuk kenaikan gaji ni tetiba pulak masuk je kerje da sama dgn gaji mereka sapa yg xmarah kalo cmni kan??? kenaikan gaji katanya 7%-13% tp tak nampak mcm tu tp lebih…yg gaji besar bertambah besar 3kali ganda yg kecik bertmbah kecik…xadil
kalu org atas naik RM1000,tp kita naik RM500 itu pun dah kira ok,tapi masalahnya dia orang naik beribu-ribu tapi kita naik ratus-ratus aje ……suruh pegawai atasan tu turun padang buat kerja sama-sama dgn pegawai pelaksanaan ,baru tahu langit tu tinggi ke rendah…..
Assalamualaikum..wahai sahabat2 smua…manusia semuanya tidak sempurna kecuali Allah SWT..jadi kita anggaplah ini adalah kecacatan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri..maka perlu penambahbaikan dari semasa ke semasa dengan izin Allah…
Kita tidak tahu sebab perancangan Allah lebih terdahulu dari kita, dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita hamba2Nya..
InsyaAllah serah bulat-bulat kepada Allah..ada hikmah & ada yang lebih baik yang dirancangkan oleh Nya..
bebonar 2,sya setuju benor.wt kiro la mcm mna pun,,
asalkan dpt menepati matlamat asal,golongan mana yg perlu dibela,,
sama je laa.selagi nama org bawahan…macam 2 la nasib
Sabar jelah kekawan semua, sesungguhnya apa yg berlaku mesti ada hikmah disebaliknya….saya yakin dan percaya bahawa PM kita akan berpegang pada slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kita tunggu sehingga 16 April kesudahan SBPA the new edition, hrp2 ada yang terbaik utk kita semua…..amin.
senang cerita kerajaan dh banyak habis duit kat tmpat lain….pas tu yang aku nmpak kerajaan ni cm nk buang org yang bermasalah je..tu psl dia buat prestasi markah,bawah 65% 3tahun berturut turut mesti ade tindakan yang akan diambil nnti…
ade ko patut orang kerja 5 tahun gaji sama dgn yang kerja 3 tahun. ini sifir apo hang pakai… zaman pak lah dulu …nampaknya lebih baik drp zaman la ni… ish..ish.
jusa kja mkn gaji buta aje apa dia ada wat kja ke kta org bwhan nie yg wat kja memang la jusa ada skt aje kat mlasyia ne but jngan la mta gaji melampau sngat org lain pun nak juga tapi jaraknya mvm langit dgan bumi“`;;;;;;;;;;;;;;;
sbpa akan dikaji dari gred 54 ke bawah….
yang gred atasan tu tak perlu dikaji lagi ker…? sepatutnya double check
gred jusa tu….tak patut.
SETUJU!! Macam lah dia orang saja yang kerja… kita orang yang kerja setengah mati menyokong dia tu, bukan manusia ke??
CILAKA ITU KSU KSN!!!!!!!!!
Naik tak naik gaji sama sahaja. Sudah bertahun gaji dah mati….cuma orang nyer belum mati. Kalau hendah hidup senang buatlah kerja-kerja lain jual nasi lemak, goreng pisang……kalau yang pandai sikit buatlah kerja-kerja jolok jamban sumbat atau korek longkang pun dapat jugak duit tambahan….dapat gaji naik Rm100 tapi belanja berulang alik ke putrajaya lebih Rm 500.
Saya telah berkhidmat lebih 26 tahun, jawatan N22 pun dah jumudkan semasa SSB tinggal dalam (KUP), semasa SSM jawatan dikekalkan N22 (KUP) jumud.
Apabila SBPA dilaksanakan dapat opsyen lagi tapi berlainan sikit, tidak terima akan dibersarakan. Setelah berkerja 26 tahun baharu JPA tahu jawatan tersebut tidak relevan lagi dan ditukar lantik, dilonggokkan ke jawatan PT (P/O).
Ini bermakna selepas ini saya akan menjalankan tugas-tugas yang baharu dan pengalaman selama 26 tahun tidak dapat digunakan lagi dan tugas yang baharu adalah berbeza.
Kenapa pihak JPA tidak memberi peluang pada orang lama yang telah berkhidmat dan mencurahkan bakti kepada kerajaan lebih dari 26 tahun. Diberi opsyen yang lebih baik contohnya ke gred N27 atau N3-1….ini lebih bermakna bagi kami dan tidak diberi opsyen ulangan yang terpaksa menerimanya . Yang lebih teruk tidak terima dibersarakan.
Syarat kenaikan pangkat bolehlah dilonggarkan sikit contohnya pegawai yang telah berkhidmat 25 tahun dalam gred N22 (termasuk yang telah dijumudkan) boleh ditawarkan ke jawatan gred N27 atau N3-1.
Saya begitu gembira melihat rakan-rakan Juruteknik dapat kenaikan gred dan gaji dari J17 ke J27 atau J3-1 walapun bukan semuanya memliki Sijil Politeknik.