BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


SBPA Batal. SSM Kenaikan Gaji 13%!!

by Staff Berita Semasa on March 8, 2012

in Informasi Terkini

Semua kakitangan awam sudah mengetahui yang SBPA batal dan digantikan semula dengan SSM yang bakal ditambahbaik stuktur dan pelaksanaannya. SBPA dibatalkan selepas beberapa pertikaian dan bantahan disebabkan ketidakpuashatian penjawat awam mengenai skim SBPA sebelum ini….

Datuk Seri Najib Razak mengumum berita SBPA dibatalkan dalam ucapannya semasa Perhimpunan Khas Penjawat Awam sebentar tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ini yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam di seluruh Malaysia selama ini. Biasalah untuk permulaan, mukadimah seperti telah disusun elok dan disampaikan oleh Datuk Seri Najib Razak dengan baik.

Antara isi penting ucapan & pengumuman Datuk Najib mengenai SBPA :

  • Datuk menceritakan semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula-mula diperkenalkan
  • Datuk Najib sempat menceritakan & menyentuh pula isu-isu yang berkaitan dengan muflis termasuklah perkembangan situasi di Greece.

SBPA Batal. SSM Ditambahbaik!!

  • Dan…….Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA BATAL. Akhirnya……
  • Tetapi SSM akan ditambahbaik
  • Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji & mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa akan datang untuk penambaikan perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
  • Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu melibatkan pelaksana & P&P (kenaikan 13%), gred khas Utama A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  • SSM diubah daripada struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing sama seperti yang terkandung dalam SBPA dahulu…
  • Jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
  • Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  • COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  • Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan daalm pembentangan Bajet 2012
  • Bersambung……

Persoalan Disebalik SBPA Dibatalkan VS Pengumuman Kenaikan Gaji SSM Bagi Kakitangan Awam?

  1. Pasti yang akan bertanyakan soal tunggakan. Logiknya tunggakan hanya sah apabila SBPA kekal. Sekarang ini SBPA BATAL. Jadi apa maknanya di sini? Apa yang perlu dinantikan sekarang inii, hanyalah kenaikan gaji tahunan dan pelarasan. Kecuali pelarasan ini mahu dilakukan & dilaksanakan bermula Januari 2012. Kalau begitu, mungkin akan ada tunggakan. Mungkin?
  2. Tentang bila mahu dilaksanakan, masih belum diketahui lagi. Masih lagi “tergantung” di situ. Sama-sama kita nantikan….
  3. Lagi?? Ada nak tambah?
P/S : Sementara kami mengemaksinikan perkembangan gaji kakitangan awam yang baru ini daripada masa ke semasa, anda boleh berkongsi pendapat dan respon anda berdasarkan pengumuman SBPA dibatalkan oleh Datuk Seri Najib ini.

{ 55 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 poyee March 8, 2012 at 2:40 pm

bla….bla….bla

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 ali March 8, 2012 at 3:57 pm

ADILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL UTK SEMUA

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Ekeleh March 9, 2012 at 10:54 am

adil untuk semua, bagaimana kenaikan tahunan…..kan dah jadi sikit, apabila tukar terus kepada 13%

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Zie March 8, 2012 at 5:15 pm

Sangat adil untuk semua

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 SSM still Alive March 8, 2012 at 5:22 pm

Aggghhh.. The New Ipad

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Che Kasirol March 8, 2012 at 6:04 pm

Tak pernah berlaku dalam sejarah, buat keputusan tergesa gesa, nak laksana SBPA mcm yakin sgt, lepas tu nampak cacat sana sini, PM yg paling kurang matang/ takutkan bini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 melayu March 8, 2012 at 7:08 pm

kurang ajor lu…takdesape nak bagi kesenangan utkrakyat kecuali BN.POrah lah lu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 -a- March 8, 2012 at 9:43 pm

ko la yg bodo..da btaun kne tipu ngn bn pon maseh bodo lagik…sian sian

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 ganu kite March 8, 2012 at 10:28 pm

ko dok kutuk bn tu, ko rase ko dah kenal sgt ker dgn pembangkang! buku teks kat sekolah pun kerajaan bg… wei, jgn jd manusia tak kenang budi… kesat dulu hingus kat hidung tu, baru boleh ckp pasal kerajaan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 akulani March 9, 2012 at 10:01 am

kereto ku umor 15 taun. Berjaso tu…tapi sekarong ni buet hel, rosok sololu…..nok pandu , tapi tak sampei opis, sampai gok bengkel…….nok tuko baru ko ni ? kalo ingot jasonyo. aku yang selolu panc kad merah…….kalo tukar Myvii baru, Biru panc kad ku…:-)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 kakchik March 26, 2012 at 11:50 am

Allah yg bg kesenangan dan kesusahan kepada siapa yg Dia kehendaki.. jgn sampai rosak akidah plak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Pijak DiBumi Nyata March 9, 2012 at 12:24 am

Bila ada pihak memberi, syukurlaa menerima. Tak perlu la bising sana sini, mcm orang tk ada akidah. Buka minda, jangan Melayu menangis di negeri sendiri!! Bila dh tk puas hati dan pemurah hati sgt, melayu dah tak ada apa di Penang.. Bangsa yang majoriti angguk ‘ya, yaa’ bangsa minoriti yang ‘berkuasa’.. Habok pun tadakk..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 uzeri March 9, 2012 at 1:16 am

melayu ni sibuk dengan bangsa sampai mati tak habis2 pasal bangsa… agama islamnya dibelakangkan… belum nmpk lagi orang umno ni bila cakap islam diutamakan… depa dok sibuk bangsa..bangsa…bangsa… sebab tu melayu murtad pun depa tak risau asal melayu ujud kat tanah melayu ni… jadi jangan hairan islam pupus ditanah melayu satu hari nnt disebabkan juak2 umno yg gila jaga bangsa dari agama

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 BURUNG MERAK March 9, 2012 at 8:06 am

betul bro…melayu penang banyak lari kt kedah….ramai yg beli rumah kt Sg petani…akibatnya harga rumah kt SP pun mendadak naik….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Pijak DiBumi Nyata March 9, 2012 at 10:33 am

Bangsa mana yg nak perjuangkan ‘Seksualiti Merdeka’?? Pimpinan negeri mana bacaan ayat suci AlQuran sebelum Azan Subuh diberhentikan!! Memertabatkan Imej Islam ka? Jgn sebangsa berbunuh krn bangsa lain. Setiap org tk sempurna..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 kumpang80 March 8, 2012 at 6:11 pm

Tahniah kepada PEMBATALAN SBPA dan terima kasih banyak…sebanyak-banyaknya kepada PM….POLITIK PUNYA CERITA, JANJI PULA TERLUPA ATAU SENGAJA DILUPA??? CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN….BAGUS, KERANA SBPA…HATI TERLUKA LAGI. KERANA JANJI KAU LUPA ROSAK LE SUSU SATU MALAYSIA. KITA AKAN BUKTIKAN PADA PRU 13…ITU LE NILA BALASAN PADA SEMUANYA…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 KDA1979 March 8, 2012 at 6:57 pm

Yakm PM dah teliti banyak perkara sebelum umumkan sesuatu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 KDA1979 March 8, 2012 at 6:58 pm

Yakin PM dah teliti banyak perkara sebelum umumkan sesuatu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 Dev March 8, 2012 at 7:51 pm

Amat mendukacitakan pengumuman PM, Batal SPBA dan SSM akan ditambahbaikab begitu juga dengan CUEPACS sembang aje lebih akan menjamin skim gaji yg lebih baik, kononnya menentukan pelarasan gaji yang lebih baik bagi kakitangan yang berada ditanggagaji maksima supaya terdapat jurang perbezaan diantara pekerja senior dan junior. Tapi habukpun tarak………….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 redhead March 8, 2012 at 7:53 pm

???? SBPA di batalkan… macam mana dengan usul yang lain??? maksudnya pesaraan pilihan hingga 60 tahun tu pun batal la???? yang akan pencen tahun ni, kekal pencen la???? :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 redhead March 8, 2012 at 8:01 pm

Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

Jadi kalau ikutkan penyataan di atas.. masih tidak adil la bagi SABAH & Sarawak. Sebab sebelah semenanjung naik COLA dan manakala BIW yang di terima oleh kakitangan Sabah & Sarawak tetap kekal. Sedangkan pelarasan gaji 13% dari gaji pokok semua dapat dengan adil. ada ka patut????????? dan kalau boleh, elaun rumah kakitangan awam cuba la dinaikan juga. Nilai rumah setiap tahun naik, sewa rumah pun ikut naik. Masih banyak perkara perlu di kaji semula juga dalam SSM.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 TAUFIK March 8, 2012 at 8:32 pm

Mohon beri perhatian kepada gaji anggota Polis yang bnyak berkorban mempertahankan dan menjaga keamanan negara Malaysia..Negara yang aman akan mewujudkan sebuah negara yg maju ….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Gagak Hitam March 8, 2012 at 10:58 pm

PM dah umum pagi tadi…ko nak mintak apa lagi….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 kemunting March 10, 2012 at 8:00 am

Apa ada pada anggota Polis Bro??? Kini semua politik….
siapa nak pandang dan siapa nak ambik tahu apa dia pengorbanan lu…Lu mati sekali pun kerana penjenayah depa mana ada heran…
Tak payah la lu nak bsing – bising, cakap buat hati lagi sakit dan meluat….PRU 13 dah dekat, situ le masa lepaskan perasaan….
……SHAH RUKH KHAN JUGA DAPAT DATO…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 . March 8, 2012 at 8:56 pm

btol kda1979… sikap itulah yang kita mahukan… teliti sebelum bertindak..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 labu_labi March 8, 2012 at 10:35 pm

Itulah akibatnya bila keputusan dibuat tergesa-gesa. Bila sana, sini bantah….tak tentu arah…jadinya….last-last lepas bincang bebulan-bulan…dan macam nak rak….pagi, petang siang malam….nak redekan hati kakitangan awam…last-last bila semua tindakan penyelesaian tak ditemui…. yang jumpa jalan buntu….dan tak berpenghujung…. akhirnya batalkan ajelah SBPA ni…..habis cerita….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 ciksha March 8, 2012 at 11:44 pm

Harus bersyukur. x perlu mengungkit tentang pengorbanan mesti ada ganjaran. Kekadang ganjaran yang sedikit itulah membawa berkat kepada diri dan keluarga kita dunia akhirat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 jackdonjuan March 9, 2012 at 12:42 am

wei,,bukan polis je yang tahu berkorban…masa najib jadi menteri pertahanan dah berkoyan gaji korang naik…so skrg bagi le orang lain lak naik…bukan polis sorang yang tahu berhidmat tuk negara…
ada pahammmmm

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 BURUNG MERAK March 9, 2012 at 7:56 am

Masa PM Najib jadi Menteri Pertahanan – tentera…bukan PDRM…pembetulan ye…semua rakyat berkorban utk negara tak kira apa jua bidang tugasnya….kecuali petualang yg cuba melingkupkan negara…pengedar2 dadah-perosak generasi…dll..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 jackdonjuan March 9, 2012 at 12:46 am

naik gaji mmg bagus….tapi harga barang tolong lah pantau… ikan kembong dari RM 8 dah jadi RM 20….hampir 250% naik..gaji naik 13 % je….. hai gaji naik tapi makin miskin macam mana ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 ameng March 9, 2012 at 1:40 am

berita terkini.. berita jam 12 mlm. Pelarasan gaji adalah mulai jan,2012.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 andrew March 9, 2012 at 3:48 am

syukur dengan apa yang ada.Bukan senang nak puaskan hati semua orang.gaji naik pun kira PM sudah ambil berat soal penjawat awam dan masa depan negara daripada jatuh muflis macam greece.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 nik March 9, 2012 at 8:10 am

sokong penuh jackdonjuan…….asyik dia dia dia org len lah plak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 triple h March 9, 2012 at 9:19 am

SBPA = Sidek Bakar Peluang Abu (bakar)…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 mak budak March 9, 2012 at 9:25 am

alhamdulillah ok latuh…kalau ikutkan memang semalam aku rasa tak puasti…takpe kiter tgk perlaksanaan baru camana…..camana la tak miskin kalau gaji yg ada tu korang sibuk nak beli kete baru, hp baru serba serbi baru….lingkup la hatta gaji puluh2 ribu….jadi kiter ni berbelanja jgn ikot perasaan apatah lagi harga barang skang ni aku tgk naik melampau2…apa jadi dgn kedai ! malaysia kat klang ni lum ada lagi….barangan 1 malaysia yg ada jual kat pasaraya mydin tu aku tgk mahal jugak….pampers harga dekat rm30 padahal biasa2 jer…bek beli yg memang lagi murah punya….pencuci lantai , dan lain2 barang yg konon2 cam murah pon harganya cam mahal gak la aku rasa…kata pantau harga barang…tapi kat pasaraya2 yg ada ni pon harganya mahal nak mampos gak….kalau hari gaji dah keluar tetiba jer tuko harga lain beza dari harga semalam plak…dekat rm2 tu bezanya…giler betul harga barang naik kekadang rasa melampau…dia kata murah ada sale la konon padahal harga yg dorang canangkan yg kononnyer sale tu harga lagi mahal dari harga biasa…ntah apa2 la…kalau camnih gaji naik sampai berbelas ribu pon habes ntah pape mende…ni kenaikan yg baru dpt ni cukup jer nak cover bil letrik jer…jadi ler….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 ferrari March 9, 2012 at 10:57 am

mana nak ada duit kalau belanje dan hutang kad kedit melebihi pendapatan. naik 100% pun belum tentu cukup kalau diri x boleh kawal nafsu.
org kaya adalah org yang menyimpan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 Joelabu March 12, 2012 at 5:02 pm

Betul tu, aku setuju. Banyak skim yg memberi pulangan terbaik dah diharamkan oleh kerajaan. Sepatutnya, biarkanlah. Bolehlah kita tambahkan pendapatan. Dulu ada Swiss Cash, FX Capital PLSB dan macam2 lagi. Kalau tidak, tentu ramai dah jadi kaya raya. Sekarang, semata2 bergantung kepada gaji saja, mana nak cukup. Harap2 kalau ada skim sepeti itu lagi, kerajaan berilah peluang untuk rakyat terus melabur. Gerenti ekonomi akan bertambah kukuh.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 rex March 9, 2012 at 10:05 am
39 MISS March 9, 2012 at 12:06 pm

KERAJAAN JE NAIK GAJI…APA SALAHNYA CONTROL SEKALI SWASTA…SAYA MAKSUDKAN GAJI YG STANDARD/PALING MINIMUM JE..YG MAKSIMUM IKUT SWASTA LA……YG ADA AKTA..KALU BAWAH PADA TU …AKAN ADA TINDAKAN…..YG ALAUN LAIN, KERAJAAN KASI…MCM KASI KPD PENJAWAT AWAM…KAMI PUN RAKYAT MALAYSIA…LA…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 wanfa March 9, 2012 at 12:16 pm

Kenaikan time based 8 tahun ditambah baik aku nak tanya macamana dengan orang yang dah 9 hingga 10 tahun bekerja.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 Joelabu March 12, 2012 at 4:43 pm

Awak kerja ja la..jangan dok ingat time based jer..ramai lg kat luar sana yg takda kerja. Bersyukur la kerna dapat peluang bekerja. Buat kerja elok2, nanti dapatlah ganjarannya. Aku kerja dah 25 tahun, tak pernah pikir tntang time based. Kalau boss nak bagi, aku terima, kalau tak bagi pun takpa. Asalkan setiap bulan dapt gaji boleh bagi makan kat anak2 dan bini pun cukuplah. Dulu, mula2 aku kerja pun mcm ni juga, tak cukupp belanja, siang makan nasi, malam makan mi magie. Masih lg idup sampai sekarang. Kalau nak kaya dan punyai duit banyak, buat biz. Macam2 biz ada dan memang boleh buat duit. Malam2 jual berger pun bley dpt untung bersih RM100. Bukannya susah sgt. Ataupun, petang2 jual goreng pisang, boleh dpt untung bersih RM60 setiap hari. Cukup untuk bayar installment kereta monthly.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 danne March 12, 2012 at 8:11 pm

lihat la tarikh kuatkuasanya bila… sekiranya tahun 2012 maka pada tahun 2020 iaitu 8 tahun berkhidmat barulah layak time base.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 abu March 9, 2012 at 1:12 pm

syukur ..terima seadanya..pesanan harap telti terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pengumuman.kerana rakyat sudah bijak menilai..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 endui March 9, 2012 at 2:02 pm

SBPA=Skim Bodek Pegawai Atasan…………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 Naz March 10, 2012 at 1:10 pm

SSM = sama sama menang / win win situation

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 ayuna March 12, 2012 at 8:19 am

adil lah tu spba dibatalkan ,ingat jangan tamakan duit lihat kesan jangka panjang juga.kalau hari ni naik gaji,esok dapat markah skt sikit sekali,lepas tu kena berhenti keja lagi,kan lagilah sakit sakit hati,jadilah penggunggur sejati heheh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 jang oiii March 12, 2012 at 9:31 am

cara pengiraan gaji ssm di tambahbaik adalah seperti berikut:
kira kenaikan tahunan di SBPA dulu…pas tu ambil gaji ssm sekarang dan buat purata p1+p2+p3….dapat satu gaji permulaan dan kemudian dikalikan dengan kenaikan 13%..hasilnya pula dicampur dengan gaji tahunan yang dapat pada gaji SBPA dulu…terus mencampurkan secara komulatif…dan dapatlah satu skim gaji baru…bandingkan gaji yang terhampir dan tambah lagi satu kenaikan sekiranya ia kurang dari gaji tahunan anda….selamat mencuba….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 Joelabu March 12, 2012 at 4:50 pm

Bagi la contoh pengiraannya. Aku nak kira sendiri. Formula perlu disertai dengan contoh, barulah mudah faham.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 Joelabu March 12, 2012 at 4:33 pm

Aku bawa duit pi market beli ikan dan sayur habis RM50. Dulu masa gaji aku RM500 macam2 dapat beli, siap ada lebih lg hujung bulan. La ni, gaji dah RM3000 belanja kena kemut lebih, kalau tak, makan maggie je. Tu pun harga mi maggie dah mahal. Sepatutnya, gaji RM3000 dpt gak aku rasa idup senang tapi apa yg ku rasakan sekarang, memang susah. Susah sangat..! Belanja tak pernak cukup, guna kad kredit, kalau tak guna memang sah putus belanja. Masalah pula, bila tiba ujung bulan nak kena bayar semua tuu… Pening..! Pening….! Minta kerajaan kawal la sikit harga barang. Kalau tak, gaji RM5000 pun masih tak cukup.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 zoolterer March 12, 2012 at 7:49 pm

drpad naik rm 300 (sbpa), last2 yg dpt rm 140….entah apa yg cuepacs buat…b*d*h..kata luar jangkaan..mmg luar jangkaan pun..gaji naik skit..nie suma nk tolong senior jek..yg junior nie nk start kehidupan pun susah..yg ditambah baik (ssm), cam xde langsung pun

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 BURUNG MERAK March 12, 2012 at 8:10 pm

Sdr Zoolterer…apasal jadi macam tu….mungkin ada kesilapan tu….gaji pokok x 13 % belum + KGT.Gred ape you bro…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 danne March 12, 2012 at 8:39 pm

betul la tu burung merak.. mudahnya lihat saja gaji permulaan smm dibandingkan dgn sbpa… lebih daripada 13%.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 Ahli Akademik March 13, 2012 at 3:20 pm

bersyukur apa yg ada bro…. kdg-kdg nak ikut semua rasa orang tidak mampu untuk di turuti cuma teruskan bersyukur sbb tak nak gai banyak pasti ada sesuatu yg Allah beri selama ni kita tak perasan syukur saja………….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 Ahli Akademik March 13, 2012 at 3:17 pm

bersyukur Tq kepada kerajaan….maga kita sentiasa mendapat pembelaan yang sewajarnya……amin….moga pemimpin-pemimpin kita terus bekerja ikut iman…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 mama ina March 23, 2012 at 10:46 pm

terima kepada PM….
NAK TAHU MCM MANA DENGAN KENAIKAN GRED GURU ADAKAH MASIH 8 THN SPT YANG DINYATAKN…SEBAGAI CONTOH ADAKAH GURU GRED 29 KE 32 TAHUN PERKHIDMATAN DIKIRA 8 THN ATAU BERUBAH?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: